2. a. Terima kasih kerana berkongsi
maklumat tersebut.
Aspek 4 (Pra-andaian) (Pendengar telah
melakukan sesuatu yang berfaedah kepada
penutur sehingga penutur berterima kasih
kepada pendengar sebagai tanda
penghargaan.
Aspek 5 (Perhubungan sosial) (Jarak sosial
jauh kerana penutur menggunakan ayat yang
formal kepada pendengar seperti kenalan
baru)
3. b. Saya akan pulangkannya secepat
mungkin. (mengenyitkan mata)
Aspek 2 (Lakuan Tuturan) ( Penutur
menjanjikan pendengar untuk memulangkan
kembali sesuatu barang milik pendengar.)
Aspek 4 (Pra-andaian) (Tindakan penutur
mengenyit mata kepada pendengar memberi
andaian janji yang diujarkan penutur kepada
pendengar adalah tidak secara ikhlas / telus.)
4. c. Jangan lewat lagi.
Aspek 2 (Lakuan Tuturan) (amaran) (Penutur
memberi amaran kepada pendengar agar tidak
lewat lagi.)
Aspek 4 ( Pra-andaian) (Pendengar pernah
melakukan kesilapan yang sama sebelum ini
terhadap penutur.)
Aspek 5 (Pehubungan Sosial) (Jarak sosial di
antara penutur dan pendengar adalah jauh kerana
ungkapan penutur secara formal.
5. d. Mariam berjumpa dengan Razak di
KLCC.
Aspek 1 (Prosodi) (Nada suara penutur akan
memainkan peranan kepada pemahaman
pendengar. Contoh: nada gembira, nada
sedih dan nada marah)
Aspek 3 (Cara Tidak Langsung) (Penutur
mengekspresikan perasaan cemburunya
mengenai pihak ketiga kepada pendengar.)
6. e. Kamu akan menerima baucer buku
sebanyak RM250.
Aspek 2 (Lakuan Tuturan) (Penutur
menjanjikan kepada pendengar bahawa
pendengar akan menerima baucer buku yang
bernilai RM250.)
Aspek 4 (Pra-andaian) (Pendengar
berkemungkinan seorang pelajar.)
7. f. Dia tidak lagi memberi kucingnya makan.
Aspek 3 (Cara Tidak Langsung) (Penutur
memberitahu pendengar secara tidak langsung
agar penutur dan pendengar memberi makanan
kepada kucing tersebut.)
Aspek 4 (Pra-andaian) (Ungkapan penutur
kepada pendengar mengandaikan bahawa pihak
ketiga sebelum ini selalu memberi makanan
kepada kucing itu tetapi tidak lagi pada waktu
ungkapan ini diungkapkan oleh penutur.)
8. g. Tolong tinggalkan bilik ini! / Keluar!
Aspek 2 (Lakuan Tuturan) (Penutur memberi
arahan kepada pendengar untuk keluar
secepat mungkin.)
Aspek 4 (Pra-andaian) (Ungkapan penutur
kepada pendengar menunjukkan bahawa
pendengar telah melakukan kesalahan
terhadap penutur.)
9. h. Selamat pagi.
Aspek 3 (Cara Tidak Langsung) (Penutur
mengujarkan ujaran ini kepada pendengar
dengan nada sinis kerana pendengar bangun
lewat hari seperti tengahari dan petang.)
Aspek 5 (Perhubungan Sosial) (Jarak sosial
antara penutur dengan pendengar adalah
jauh kerana ungkapan penutur ini formal.)
10. i. Isteri saya adalah tukang masak yang
bagus.
Aspek 1 (Prosodi) (Pemahaman pendengar
terhadap ungkapan ini bergantung kepada
nada ungkapan penutur seperti nada gembira
dan nada sinis.)
Aspek 4 (Pra-andaian) (Penutur diandaikan
telah mempunyai seorang isteri sebelum
ungkapan ini diujarkan.)
11. j. Parti ini sangat hebat, kan?
Aspek 1 (Prosidi) (Ungkapan ini bergantung
kepada ujaran penutur untuk difahami oleh
pendengar. Samada untuk memuji parti ini
bahawa ia benar-benar hebat atau sebaliknya
apabila ungkapan ini diujarkan oleh penutur
dengan nada sinis.)
Aspek 5 (Perhubungan sosial) (Jarak sosial
penutur dan pendengar adalah dekat kerana
ungkapan penutur terhadap pendengar tidak
formal.)
12. k. Meminta tumpang kereta ke Mid-Valley. (pertimbangkan
jarak sosial dan kuasa dalam membuat permintaan kepada
adik-beradik anda, seorang kenalan anda dan bos anda)
Adik beradik (Abang, hantar adik pergi Mid
Valley.)
Rakan(Boleh tak saya tumpang awak pergi ke
Mid Valley?)
Bos (Maaf mengganggu bos. Kalau tidak
keberatan, boleh bos tumpangkan saya ke
Mid Valley kerana saya ada urusan penting
untuk diselesaikan di sana?)
13. k. Meminta tumpang kereta ke Mid-Valley. (pertimbangkan
jarak sosial dan kuasa dalam membuat permintaan kepada
adik-beradik anda, seorang kenalan anda dan bos anda)
Aspek 5 (Perhubungan Sosial) (Ungkapan
penutur terhadap pendengar samada formal
atau tidak formal adalah berkait rapat dengan
jarak sosial penutur dengan pendengar, jauh
atau dekat.)
14. Soalan 2
Set 1 (permintaan)
Boleh tak maafkan kesalahan saya?
Tolong maafkan kesalahan saya.
Minta maaf.
Set 2 (permintaan)
Boleh tak masakan Pasta untuk saya?
Tolong masakan Pasta.
Nak Pasta.