SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Kandungan Halaman
Penghargaan i
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep
2.0 Objektif
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Mendapatkan Data
6.2 Mengumpulkan Data
6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
7.0 Dapatan Kajian
8.0 Rumusan Kajian
9.0 Penutup
Bibliografi
Lampiran
FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan
penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik, iaitu Tuan Haji Abd Bari Bin Ahmad, atas dorongan
dan sokongan beliau berikan kepada penyelidik. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1, iaitu Encik Selvarajan A/L Rengasamy
kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing penyelidik bagi menghasilkan kajian yang
sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut
membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-
rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini.
Thanushah A/P P Soniyasee
Puharasi A/P Selvam
Renukhaa A/P Arumugam
Siti Zalikha Binti Kamarulzaman
Tarikh :
( i )
1.0 Pengenalan
Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian ini.
1.1 Latar Belakang
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Bahasa adalah alat
komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan bahasa
juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang
sempurna. Ayat juga terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Ayat dalam sesuatu
bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk, susunan, jenis dan ragam. Salah satu cara
menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terdapat di dalamnya. Dengan
kata lain, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan bentuk ayat
tersebut, sama ada sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk.
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti
ayat tunggal, majmuk, aktif, pasif dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur
subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, frasa didefinisikan sebagai sekumpulan
kata yang membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertaraf ayat sempurna manakala
tatabahasa sistematik mengatakan bahawa frasa merupakan salah satu daripada lima unit
tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dan klausa. Dalam nahu
transformasi generatif, frasa mempunyai pengertian yang lebih luas. Seterusnya, tatabahasa
transformasi generatif menjelaskan bahawa frasa digunakan dalam pencirian umum pada
peringkat awal analisis. Frasa juga salah satu unit tatatingkat sintaksis dalam sesuatu bahasa.
Menurut Za‟ba (2000) perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkai-rangkaikan supaya
menjadi cakap yang bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah yang tertentu dalam bahasa
Melayu. Dalam erti kata lainnya, frasa boleh dianggap sebagai rangkai kata yang bermakna.
Frasa boleh didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et.al, 1993 : 416). Frasa
adalah unit yang dalam skala tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah
klausa. Frasa tambahnya lagi, boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga
berdasarkan sistem yang dimasuki, dan tidak kurang pentingnya berdasarkan fungsinya dalam
ayat (Asmah Haji Omar, 1982 : 82). Frasa nama adalah rangkai kata yang menduduki gatra
„nama‟ dalam struktur ayat dasar. Dalam semua pola ayat dasar bahasa Melayu, frasa nama
berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek. Frasa nama menjadi subjek dalam semua ayat
bahasa Melayu. Penyelidik akan mengkaji binaan frasa nama dalam akhbar Berita Harian
bertarikh 8 Mac 2015.
1.2 Definisi Konsep
1.2.1 Frasa Nama
Nik Safiah Karim et.al ( 1989 : 119) mentakrifkan frasa nama sebagai binaan yang
dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
boleh berfungsi sebagai satu konstituen di dalam binaan ayat. Sulaiman Masri,
Abdullah Yusof dan Mohd Ra‟in Shaari menjelaskan frasa nama boleh dibina dengan
satu perkataan atau banyak perkataan.
Binaan frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja, atau beberapa
perkataan. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah
perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan,
maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu inti + penerang dan
inti + inti.
Binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi
seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang.
Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti.
Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam
binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti.
Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri
daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk
memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk
daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut :
(1) Inti + Penerang nama
(2) Inti + Penerang bukan nama
2.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
(a) untuk mengenal pasti dan mengumpulkan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti +
penerang bukan nama dari akhbar Berita Harian ;
(b) untuk menghuraikan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama
yang terkandung dalam akhbar Berita Harian.
3.0 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini penting untuk :
(a) memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang jenis frasa nama yang
terdapat dalam bahasa Melayu;
(b) mendokumentasikan binaan frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu; dan
(c) sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan kajian
terhadap frasa nama dalam bahasa Melayu.
4.0 Skop Kajian
Skop frasa nama yang akan dikaji adalah dari segi inti + penerang, iaitu binaan frasa nama inti +
penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
5.0 Batasan Kajian
Data yang digunakan untuk kajian ini hanya menggunakan data yang diperoleh daripada akhbar
Berita Harian. Dari segi analisis, kajian ini dibuat dengan menganalisis binaan frasa nama dalam
ayat-ayat yang dipilih daripada ruang-ruang yang terdapat dalam Berita Harian berdasarkan kajian
nahu. Sebahagian frasa nama tersebut boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Data yang terpilih akan
digunakan untuk dianalisis. Pengkaji akan mengutip pelbagai jenis frasa nama dari jenis frasa nama
endosentrik selapis. Frasa nama yang dipilih akan dianalisis dan kemudiannya dihurai berdasarkan
kajian nahu. Kajian ilmiah ini tidak menyentuh langsung pada frasa-frasa selain daripada frasa nama
yang digunakan dalam akhbar Berita Harian.
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Mendapatkan data
Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut.
6.1.1 Kajian Kepustakaan
Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku
yang berkaitan dengan frasa nama. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan,
pihak yang tertentu, dan orang perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses
menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan
sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga
melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk
mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.
6.1.2 Kajian Teks
Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan frasa nama dalam sebuah bahan
khusus, iaitu akhbar Berita Harian ( 8 Mac 2015 ) sebagai sumber rujukan.
6.2 Mengumpulkan Data
Sumber data kajian ini ialah akhbar Berita Harian yang bertarikh 8 Mac 2015. Frasa nama
yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji.
6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan frasa nama dalam
bahasa Melayu.
7.0 Dapatan Kajian
Bahagian ini akan menghuraikan jenis binaan frasa nama, iaitu inti + penerang yang terdiri daripada
binaan inti + penerang nama, dan inti + penerang bukan nama dalam akhbar Berita Harian.
Frasa nama ( FN ) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah
kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa
nama mengandungi kata nama sebagai inti frasa. Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama
tunggal, kata nama terbitan, atau kata ganti nama. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu
perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa
perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu :
(1) inti + penerang
(2) inti + inti
Penyelidik akan mengkaji binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan
inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan
yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri
daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang
menerangkan inti. Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri
daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan
lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh
terdiri daripada hubungan yang berikut :
(1) Inti + Penerang nama
(2) Inti + Penerang bukan nama
7.1 Inti + Penerang nama
Bagi binaan frasa nama jenis ini, intinya ialah kata nama, manakala penerangnya juga merupakan
kata nama. Penerang ini memberikan penjelasan lanjut tentang inti. Dalam Bahasa Melayu, terdapat
14 jenis penerang nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 13 jenis binaan sahaja,
kecuali penerang nama tenaga penggerak.
(a) inti + penerang nama keturunan
Penerang nama keturunan merujuk kepada nama bangsa atau suku bangsa bagi inti kata nama.
Unsur penerang ini merupakan kata nama khas. Contohnya :
(1) “Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita
bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar
boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”. ( halaman 2 )
(b) inti + penerang nama jenis
Penerang nama jenis ini merujuk kepada jenis-jenis tertentu bagi nama-nama tersebut.
Contohnya :
(1) Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian.
( halaman 2 )
(c) inti + penerang nama tempat
Penerang nama tempat merujuk kepada lokasi bagi inti. Contohnya :
(1) Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi
meraikan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama
Islam, lapor akhbar New York Times. ( halaman 2 )
(d) inti + penerang nama milik
Penerang nama milik merujuk kepada kepunyaan bagi inti. Contohnya :
(1) Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan
pada 2015, iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. ( halaman 2 )
(e) inti + penerang nama kelamin
Penerang nama kelamin atau gender merujuk kepada jenis jantina bagi inti. Contohnya :
(1) Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi
mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. ( halaman 4 )
(f) inti + penerang nama kegunaan
Penerang nama kegunaan merujuk kepada fungsi atau peranan kepada inti. Perkataan yang
menjadi penerang terdiri daripada perkataan peN-. Contohnya :
(1) Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama
digunakan dalam bahan makanan. ( halaman 1 )
(g) inti + penerang nama penyambut
Penerang nama penyambut merujuk kepada perkara atau benda yang menjadi objek atau
penyambut kepada inti. Contohnya :
(1) Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda ( LTAH ), Tokyo, kami disambut
oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata. ( halaman 4 )
(h) inti + penerang nama arah
Penerang nama arah merujuk kepada hala atau arah bagi inti. Oleh itu, penerang jenis ini
merupakan kata arah. Contohnya :
(1) Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama. ( halaman 1 )
(i) inti + penerang nama anggota badan
Penerang nama anggota badan merujuk kepada bahagian anggota badan yang berkaitan
dengan inti. Contohnya :
(1) Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah
sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda. ( halaman 3 )
( j) inti + penerang nama perkara
Penerang nama perkara merujuk kepada perihal atau perkara yang menerangkan inti. Kata
sendi nama tentang dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :
(1) Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah
pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga
berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu
Pahat. ( halaman 5 )
(k) inti + penerang nama khas
Penerang nama khas merujuk kepada nama khas atau khusus bagi menerangkan inti.
Contohnya :
(1) Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat
itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun
lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo-
NSC-PKBM-PKBL. ( halaman 5 )
(l) inti + penerang nama gelaran atau panggilan
Penerang nama gelaran atau panggilan merujuk kepada nama gelaran atau panggilan bagi
menerangkan inti. Binaan bentuk ini merupakan kekecualian daripada Hukum D-M, yakni
penerang terletak di hadapan inti. Contohnya :
(1) Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam. ( halaman 2 )
(m) inti + penerang nama penentu belakang
Penerang nama penentu belakang ialah unsur yang hadir selepas kata nama atau frasa nama.
Fungsi penentu adalah untuk menutup frasa nama. Perkataan yang menjadi penerang nama
penentu belakang ialah perkataan itu dan ini. Contohnya :
(1) “Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan.
( halaman 5 )
7.2 Inti + Penerang bukan nama
Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh penerangnya yang bukan
daripada kata nama. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 6 jenis penerang bukan nama. Dalam akhbar
Berita Harian yang dikaji terdapat 5 jenis binaan sahaja, kecuali penerang bukan nama adverba.
(a) inti + penerang penentu depan
Penerang penentu depan ialah unsur yang hadir di hadapan kata nama. Penerang penentu
depan terdiri daripada kata bilangan yang boleh atau tidak boleh diikuti oleh penjodoh
bilangan. Binaan frasa nama jenis ini terkecuali daripada Hukum D-M. Contohnya :
(1) Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam. ( halaman 4 )
(b) inti + penerang kata kerja
Penerang kata kerja merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti. Kata
sendi nama untuk dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :
(1) Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air
terjun Sungai Pisang. ( halaman 6 )
(c) inti + penerang adjektif
Penerang adjektif merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti. Perkataan yang
menjadi penerang sifat terdiri daripada kata adjektif. Contohnya :
(1) Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk
mengambil wuduk. ( halaman 4 )
(d) inti + penerang frasa sendi nama
Penerang frasa sendi nama merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti
oleh kata nama atau fasa nama bagi menerangkan inti. Contohnya :
(1) Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi lokasi
kuil Buddha yang terkemuka di Jepun. ( halaman 4 )
(e) inti + penerang bilangan ordinal
Penerang bilangan merujuk kepada bilangan ordinal, yakni menunjukkan kedudukan dari segi
urutan bilangan bagi inti. Contohnya :
(1) Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz
tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil
membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert. ( halaman 3 )
Lampiran 1
a) Binaan inti + penerang nama
Senarai binaan inti + penerang nama keturunan
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
4.
5.
“Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada
penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran
Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar
boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”.
Saintis akhirnya menemui rahsia keenakan kari India yang
terkenal di seluruh dunia selepas mengkaji lebih 2,000 resipi.
Mereka mendakwa, tidak seperti hidangan Barat yang
cenderung memasukkan perisa serupa pada masa sama, seperti
bir dan daging, makanan India menggunakan sekurang-
kurangnya tujuh bahan yang tidak mengandungi perisa sama.
Bagaimanapun, ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada
masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang
menghormati penganut agama yang lain.
Pengalaman yang agak menarik apabila menyaksikan beberapa
warga Jepun yang bukan beragama Islam datang ke masjid ini
semata-mata ingin berasa tenang mendengar alunan bacaan al-
Quran yang berkumandang syahdu.
2
1
1
4
4
Senarai binaan inti + penerang nama jenis
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
4.
5.
Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang
berbuat demikian.
Disebabkan sampai sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan),
kami dibawa ke bilik solat yang terletak di tingkat tiga untuk
menunaikan solat Subuh.
Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk
dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
Dalam mencapai sasaran ke arah itu, saya akan bekerja kuat
dan menjadi pelumba yang terbaik di Malaysia dan rantau
ini”, katanya yang mendapat dorongan kuat dari ayahnya
yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan, Abd Halil
Hashim sepanjang terbabit dalam sukan berbasikal.
Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai
kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut,
acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga
berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai
makan keluarganya di Batu Pahat.
2
4
4
5
5
Senarai binaan inti + penerang nama tempat
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
4.
Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de
Blasio ketika kempennya bagi meraihkan peningkatan dan
pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama
Islam, lapor akhbar New York Times.
Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji
perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan,
menurut laporan Washington Post.
Kami dibawa ke Masjid Cami’I, yang dibina oleh komuniti
Turki pada tahun 1983.
Selepas bersolat, kami menikmati sarapan sebelum dibawa
melihat bandar Tokyo.
2
1
4
4
Senarai binaan inti + penerang nama milik
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari
bagi cuti umum tambahan pada 2015 iaitu ketika sambutan
Aidilfitri dan Aidiladha.
Masyarakat Jepun terkenal dengan kepantasan mereka
berjalan, oleh itu bersiap sedia untuk „dilanggar‟ jika anda
berjalan longgang kangkung semasa melintasi Shibuya
Crossing.
2
4
Senarai binaan inti + penerang nama kelamin
Bil Contoh Lampiran
1. Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk
dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
4
Senarai binaan inti + penerang nama kegunaan
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap
sebatian perisa sama digunakan dalam bahan makanan.
Bagaimanapun , ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada
masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang
menghormati penganut agama yang lain.
1
4
Senarai binaan inti + penerang nama penyambut
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda
(LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong,
Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata.
Selepas menyertai sejumlah perlumbaan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa, pelumba basikal negara, Mohamad Izzat
Hilmi Abd Halil kini memasang impian melangkah lebih jauh
pada masa hadapan.
4
5
Senarai binaan inti + penerang nama arah
Bil Contoh Lampiran
1. Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi
perisa sama.
1
Senarai binaan inti + penerang anggota badan
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku
anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan
tangan anda.
Laluan bertambah sukar apabila akar kayu yang saiznya
sebesar lengan berselirat di sepanjang perjalanan.
3
6
Senarai binaan inti + penerang nama perkara
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai
kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut,
acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga
berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai
makan keluarganya di Batu Pahat.
Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai
pengalaman yang mengujakan di air terjun Sungai Pisang.
5
6
Senarai binaan inti + penerang nama khas
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun
lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam
saingan Sportexcel-Milo- NSC-PKBM-PKBL.
Selesai menunaikan solat di situ, kami bergerak ke Istana
Maharaja Jepun atau Imperial Palace.
5
4
Senarai binaan inti + penerang nama gelaran atau panggilan
Bil Contoh Lampiran
1. Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam. 2
Senarai binaan inti + penerang nama penentu belakang
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
“Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal
kebangsaan, M Kumaresan.
Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi
perisa sama.
Tugasan ini seakan-akan mengembara beberapa tempat di
Jepun yang dibawa oleh Japan National Tourism Organisation
(JNTO) dan Singapore Airlines.
5
1
4
4. Berkongsi serba sedikit ramuan kejayaannya ketika ini,
Mohamad Izzat berkata, ia berkat daripada disiplin tinggi
yang diamalkannya sejak dulu.
5
b) Binaan inti + penerang bukan nama
Senarai binaan inti + penerang penentu depan
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam.
Turut serta ialah sekumpulan jurulatih profesional daripada
Hikers Climber Adventure Team Sdn.Bhd, Shah Alam.
Jumlah masyarakat Muslim di Jepun masih sedikit, dengan
hanya kurang satu peratus daripada keseluruhan 127 juta
rakyatnya.
4
6
4
Senarai binaan inti + penerang kata kerja
Bil Contoh Lampiran
1. Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai
pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang.
6
Senarai binaan inti + penerang adjektif
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
4.
5.
Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi
dengan kemudahan untuk mengambil wuduk.
Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji
perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan,
menurut laporan Washington Post.
Namun, apabila memperkatakan mengenai waterfall abseiling
atau conyonning kepuasan dan cabarannya berganda apabila
perlu „melawan kederasan air terjun, ketinggiannya‟ serta
permukaan berbatu yang sangat licin.
Apabila berdepan situasi pokok tumbang di tengah perjalanan,
saya diuji dengan ketahanan fizikal apabila perlu memanjat
sambil memikul beg galas dengan muatan berat!
Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian
seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah
dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan
seseorang yang suka menyendiri dan introvert.
4
1
6
6
3
Senarai binaan inti + penerang frasa sendi nama
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa
yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.
Masjid Cami‟I boleh memuatkan sehingga 650 jemaah pada
satu-satu masa dan ia sering mengadakan acara kerohanian
bagi masyarakat Islam di Tokyo.
4
4
Senarai binaan inti + penerang bilangan ordinal
Bil Contoh Lampiran
1.
2.
3.
Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian
seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah
dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan
seseorang yang suka menyendiri dan introvert.
Lokasi pertama adalah Shibuya Crossing yang sangat terkenal
kerana kesibukannya.
Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa
yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.
3
4
4
Lampiran 2
Rumusan Dapatan Kajian
Binaan Inti + Penerang nama
Bil Binaan Jumlah keseluruhan
1 Inti + Peneranng nama keturunan 5
2 Inti + Penerang nama jenis 5
3 Inti + Penerang nama tempat 4
4 Inti + Penerang nama milik 2
5 Inti + Penerang kelamin 1
6 Inti + Penerang nama kegunaan 2
7 Inti + Penerang nama penyambut 2
8 Inti + Penerang nama arah 1
9 Inti + Penerang anggota badan 2
10 Inti + Penerang nama perkara 2
11 Inti + Penerang nama khas 2
12 Inti + Penerang nama gelaran atau panggilan 1
13 Inti + Penerang nama penentu belakang 3
Binaan inti + Penerang bukan nama
Bil Binaan Jumlah Keseluruhan
1 Inti + Penerang penentu depan 3
2 Inti + Penerang kata kerja 1
3 Inti + Penerang adjektif 5
4 Inti + Penerang frasa sendi nama 2
5 Inti + Penerang bilangan ordinal 3

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Nazira M
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuFairuz Alwi
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017grace anzelletha
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 

Was ist angesagt? (20)

Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
Ragam Bahasa (Fungsi-fungsi) BM Penggal 3
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
BAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASANBAB 6: KIASAN
BAB 6: KIASAN
 
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa MelayuBahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
Bahasa melayu penggal 1: Salasilah bahasa Melayu
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 

Ähnlich wie Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Thanushah Soniyasee
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110nissahana92
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraAzyda Aziz
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017AliaAqilah5
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)harisanua
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxEwei Voon
 
Oumh1103 topik 5
Oumh1103 topik 5Oumh1103 topik 5
Oumh1103 topik 5azman_awan9
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanMasitah Taib
 

Ähnlich wie Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN ) (20)

Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
 
P bs bm
P bs bmP bs bm
P bs bm
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
KERJA KURSUS STPM KATA ADJEKTIF 2017
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Oumh1103 topik 5
Oumh1103 topik 5Oumh1103 topik 5
Oumh1103 topik 5
 
PERBENTANGAN
PERBENTANGANPERBENTANGAN
PERBENTANGAN
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Bm sintaksis
Bm sintaksisBm sintaksis
Bm sintaksis
 

Mehr von Thanushah Soniyasee

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenThanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Thanushah Soniyasee
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Thanushah Soniyasee
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusThanushah Soniyasee
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Thanushah Soniyasee
 
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Thanushah Soniyasee
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Thanushah Soniyasee
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesThanushah Soniyasee
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienThanushah Soniyasee
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Thanushah Soniyasee
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Thanushah Soniyasee
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Thanushah Soniyasee
 

Mehr von Thanushah Soniyasee (20)

Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter MigrationenUrsachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
Ursachen und Auswirkungen weltweiter Migrationen
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language) Satzarten (Sentence types - German Language)
Satzarten (Sentence types - German Language)
 
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
Geschäftsplan der Malaysia Airlines (Business Plan of Malaysian Airlines)
 
Gruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & IndividualismusGruppenorientierung & Individualismus
Gruppenorientierung & Individualismus
 
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)Familie (Warum ist Familie wichtig?)
Familie (Warum ist Familie wichtig?)
 
SWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsiaSWOT-Analyse der AirAsia
SWOT-Analyse der AirAsia
 
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
Analisa Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan M...
 
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
Analisa Lakuan Tuturan Langsung & tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Pr...
 
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines LandesPolitische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
Politische Stabilität für die Entwicklung eines Landes
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
 
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)Implikatur (Semantik & Pragmatik)
Implikatur (Semantik & Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik) Lakuan Tuturan (Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pragmatik)
 
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
Lakuan Tuturan (Pembentangan Kursus Pragmatik)
 
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale MedienDie Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
Die Vorteile und Nachteile von Soziale Medien
 
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik) Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
Aspek-aspek Semantik Deiksis & Kolokasi (Semantik dan Pragmatik)
 
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
Semantik Kognitif (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
Berlin (Hauptstadt von Deutschland) / (Capital of Germany)
 
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
Deiksis dan Kolokasi (Kursus Semantik & Pragmatik)
 
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
Erti dan Rujukan (Semantik & Pragmatik)
 

Kürzlich hochgeladen

Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Kürzlich hochgeladen (7)

Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

  • 1. Kandungan Halaman Penghargaan i 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang 1.2 Definisi Konsep 2.0 Objektif 3.0 Kepentingan Kajian 4.0 Skop Kajian 5.0 Batasan Kajian 6.0 Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan Data 6.2 Mengumpulkan Data 6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data 7.0 Dapatan Kajian 8.0 Rumusan Kajian 9.0 Penutup Bibliografi Lampiran
  • 2. FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN
  • 3. PENGHARGAAN Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik, iaitu Tuan Haji Abd Bari Bin Ahmad, atas dorongan dan sokongan beliau berikan kepada penyelidik. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1, iaitu Encik Selvarajan A/L Rengasamy kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing penyelidik bagi menghasilkan kajian yang sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan- rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini. Thanushah A/P P Soniyasee Puharasi A/P Selvam Renukhaa A/P Arumugam Siti Zalikha Binti Kamarulzaman Tarikh : ( i )
  • 4. 1.0 Pengenalan Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian ini. 1.1 Latar Belakang Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan bahasa juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat juga terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Ayat dalam sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk, susunan, jenis dan ragam. Salah satu cara menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terdapat di dalamnya. Dengan kata lain, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan bentuk ayat tersebut, sama ada sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal, majmuk, aktif, pasif dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, frasa didefinisikan sebagai sekumpulan kata yang membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertaraf ayat sempurna manakala tatabahasa sistematik mengatakan bahawa frasa merupakan salah satu daripada lima unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dan klausa. Dalam nahu transformasi generatif, frasa mempunyai pengertian yang lebih luas. Seterusnya, tatabahasa transformasi generatif menjelaskan bahawa frasa digunakan dalam pencirian umum pada peringkat awal analisis. Frasa juga salah satu unit tatatingkat sintaksis dalam sesuatu bahasa. Menurut Za‟ba (2000) perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkai-rangkaikan supaya menjadi cakap yang bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah yang tertentu dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata lainnya, frasa boleh dianggap sebagai rangkai kata yang bermakna.
  • 5. Frasa boleh didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et.al, 1993 : 416). Frasa adalah unit yang dalam skala tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Frasa tambahnya lagi, boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga berdasarkan sistem yang dimasuki, dan tidak kurang pentingnya berdasarkan fungsinya dalam ayat (Asmah Haji Omar, 1982 : 82). Frasa nama adalah rangkai kata yang menduduki gatra „nama‟ dalam struktur ayat dasar. Dalam semua pola ayat dasar bahasa Melayu, frasa nama berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek. Frasa nama menjadi subjek dalam semua ayat bahasa Melayu. Penyelidik akan mengkaji binaan frasa nama dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mac 2015. 1.2 Definisi Konsep 1.2.1 Frasa Nama Nik Safiah Karim et.al ( 1989 : 119) mentakrifkan frasa nama sebagai binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen di dalam binaan ayat. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra‟in Shaari menjelaskan frasa nama boleh dibina dengan satu perkataan atau banyak perkataan. Binaan frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja, atau beberapa perkataan. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu inti + penerang dan inti + inti.
  • 6. Binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti. Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut : (1) Inti + Penerang nama (2) Inti + Penerang bukan nama 2.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk : (a) untuk mengenal pasti dan mengumpulkan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama dari akhbar Berita Harian ; (b) untuk menghuraikan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama yang terkandung dalam akhbar Berita Harian.
  • 7. 3.0 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini penting untuk : (a) memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang jenis frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu; (b) mendokumentasikan binaan frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu; dan (c) sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan kajian terhadap frasa nama dalam bahasa Melayu. 4.0 Skop Kajian Skop frasa nama yang akan dikaji adalah dari segi inti + penerang, iaitu binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama. 5.0 Batasan Kajian Data yang digunakan untuk kajian ini hanya menggunakan data yang diperoleh daripada akhbar Berita Harian. Dari segi analisis, kajian ini dibuat dengan menganalisis binaan frasa nama dalam ayat-ayat yang dipilih daripada ruang-ruang yang terdapat dalam Berita Harian berdasarkan kajian nahu. Sebahagian frasa nama tersebut boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Data yang terpilih akan digunakan untuk dianalisis. Pengkaji akan mengutip pelbagai jenis frasa nama dari jenis frasa nama endosentrik selapis. Frasa nama yang dipilih akan dianalisis dan kemudiannya dihurai berdasarkan kajian nahu. Kajian ilmiah ini tidak menyentuh langsung pada frasa-frasa selain daripada frasa nama yang digunakan dalam akhbar Berita Harian.
  • 8. 6.0 Kaedah Kajian 6.1 Mendapatkan data Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut. 6.1.1 Kajian Kepustakaan Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku yang berkaitan dengan frasa nama. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini. 6.1.2 Kajian Teks Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan frasa nama dalam sebuah bahan khusus, iaitu akhbar Berita Harian ( 8 Mac 2015 ) sebagai sumber rujukan. 6.2 Mengumpulkan Data Sumber data kajian ini ialah akhbar Berita Harian yang bertarikh 8 Mac 2015. Frasa nama yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji. 6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan frasa nama dalam bahasa Melayu.
  • 9. 7.0 Dapatan Kajian Bahagian ini akan menghuraikan jenis binaan frasa nama, iaitu inti + penerang yang terdiri daripada binaan inti + penerang nama, dan inti + penerang bukan nama dalam akhbar Berita Harian. Frasa nama ( FN ) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa nama mengandungi kata nama sebagai inti frasa. Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, atau kata ganti nama. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu : (1) inti + penerang (2) inti + inti Penyelidik akan mengkaji binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti. Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut : (1) Inti + Penerang nama (2) Inti + Penerang bukan nama
  • 10. 7.1 Inti + Penerang nama Bagi binaan frasa nama jenis ini, intinya ialah kata nama, manakala penerangnya juga merupakan kata nama. Penerang ini memberikan penjelasan lanjut tentang inti. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 14 jenis penerang nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 13 jenis binaan sahaja, kecuali penerang nama tenaga penggerak. (a) inti + penerang nama keturunan Penerang nama keturunan merujuk kepada nama bangsa atau suku bangsa bagi inti kata nama. Unsur penerang ini merupakan kata nama khas. Contohnya : (1) “Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”. ( halaman 2 ) (b) inti + penerang nama jenis Penerang nama jenis ini merujuk kepada jenis-jenis tertentu bagi nama-nama tersebut. Contohnya : (1) Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian. ( halaman 2 ) (c) inti + penerang nama tempat Penerang nama tempat merujuk kepada lokasi bagi inti. Contohnya : (1) Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi meraikan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama Islam, lapor akhbar New York Times. ( halaman 2 )
  • 11. (d) inti + penerang nama milik Penerang nama milik merujuk kepada kepunyaan bagi inti. Contohnya : (1) Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan pada 2015, iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. ( halaman 2 ) (e) inti + penerang nama kelamin Penerang nama kelamin atau gender merujuk kepada jenis jantina bagi inti. Contohnya : (1) Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. ( halaman 4 ) (f) inti + penerang nama kegunaan Penerang nama kegunaan merujuk kepada fungsi atau peranan kepada inti. Perkataan yang menjadi penerang terdiri daripada perkataan peN-. Contohnya : (1) Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama digunakan dalam bahan makanan. ( halaman 1 ) (g) inti + penerang nama penyambut Penerang nama penyambut merujuk kepada perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada inti. Contohnya : (1) Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda ( LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata. ( halaman 4 ) (h) inti + penerang nama arah Penerang nama arah merujuk kepada hala atau arah bagi inti. Oleh itu, penerang jenis ini merupakan kata arah. Contohnya : (1) Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama. ( halaman 1 )
  • 12. (i) inti + penerang nama anggota badan Penerang nama anggota badan merujuk kepada bahagian anggota badan yang berkaitan dengan inti. Contohnya : (1) Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda. ( halaman 3 ) ( j) inti + penerang nama perkara Penerang nama perkara merujuk kepada perihal atau perkara yang menerangkan inti. Kata sendi nama tentang dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya : (1) Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat. ( halaman 5 ) (k) inti + penerang nama khas Penerang nama khas merujuk kepada nama khas atau khusus bagi menerangkan inti. Contohnya : (1) Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo- NSC-PKBM-PKBL. ( halaman 5 )
  • 13. (l) inti + penerang nama gelaran atau panggilan Penerang nama gelaran atau panggilan merujuk kepada nama gelaran atau panggilan bagi menerangkan inti. Binaan bentuk ini merupakan kekecualian daripada Hukum D-M, yakni penerang terletak di hadapan inti. Contohnya : (1) Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam. ( halaman 2 ) (m) inti + penerang nama penentu belakang Penerang nama penentu belakang ialah unsur yang hadir selepas kata nama atau frasa nama. Fungsi penentu adalah untuk menutup frasa nama. Perkataan yang menjadi penerang nama penentu belakang ialah perkataan itu dan ini. Contohnya : (1) “Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan. ( halaman 5 )
  • 14. 7.2 Inti + Penerang bukan nama Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh penerangnya yang bukan daripada kata nama. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 6 jenis penerang bukan nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 5 jenis binaan sahaja, kecuali penerang bukan nama adverba. (a) inti + penerang penentu depan Penerang penentu depan ialah unsur yang hadir di hadapan kata nama. Penerang penentu depan terdiri daripada kata bilangan yang boleh atau tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Binaan frasa nama jenis ini terkecuali daripada Hukum D-M. Contohnya : (1) Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam. ( halaman 4 ) (b) inti + penerang kata kerja Penerang kata kerja merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti. Kata sendi nama untuk dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya : (1) Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang. ( halaman 6 ) (c) inti + penerang adjektif Penerang adjektif merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti. Perkataan yang menjadi penerang sifat terdiri daripada kata adjektif. Contohnya : (1) Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk mengambil wuduk. ( halaman 4 )
  • 15. (d) inti + penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau fasa nama bagi menerangkan inti. Contohnya : (1) Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi lokasi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun. ( halaman 4 ) (e) inti + penerang bilangan ordinal Penerang bilangan merujuk kepada bilangan ordinal, yakni menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan bagi inti. Contohnya : (1) Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert. ( halaman 3 )
  • 16. Lampiran 1 a) Binaan inti + penerang nama Senarai binaan inti + penerang nama keturunan Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. 4. 5. “Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”. Saintis akhirnya menemui rahsia keenakan kari India yang terkenal di seluruh dunia selepas mengkaji lebih 2,000 resipi. Mereka mendakwa, tidak seperti hidangan Barat yang cenderung memasukkan perisa serupa pada masa sama, seperti bir dan daging, makanan India menggunakan sekurang- kurangnya tujuh bahan yang tidak mengandungi perisa sama. Bagaimanapun, ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang menghormati penganut agama yang lain. Pengalaman yang agak menarik apabila menyaksikan beberapa warga Jepun yang bukan beragama Islam datang ke masjid ini semata-mata ingin berasa tenang mendengar alunan bacaan al- Quran yang berkumandang syahdu. 2 1 1 4 4
  • 17. Senarai binaan inti + penerang nama jenis Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. 4. 5. Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian. Disebabkan sampai sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan), kami dibawa ke bilik solat yang terletak di tingkat tiga untuk menunaikan solat Subuh. Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. Dalam mencapai sasaran ke arah itu, saya akan bekerja kuat dan menjadi pelumba yang terbaik di Malaysia dan rantau ini”, katanya yang mendapat dorongan kuat dari ayahnya yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan, Abd Halil Hashim sepanjang terbabit dalam sukan berbasikal. Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat. 2 4 4 5 5
  • 18. Senarai binaan inti + penerang nama tempat Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. 4. Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi meraihkan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama Islam, lapor akhbar New York Times. Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan, menurut laporan Washington Post. Kami dibawa ke Masjid Cami’I, yang dibina oleh komuniti Turki pada tahun 1983. Selepas bersolat, kami menikmati sarapan sebelum dibawa melihat bandar Tokyo. 2 1 4 4 Senarai binaan inti + penerang nama milik Bil Contoh Lampiran 1. 2. Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan pada 2015 iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. Masyarakat Jepun terkenal dengan kepantasan mereka berjalan, oleh itu bersiap sedia untuk „dilanggar‟ jika anda berjalan longgang kangkung semasa melintasi Shibuya Crossing. 2 4
  • 19. Senarai binaan inti + penerang nama kelamin Bil Contoh Lampiran 1. Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita. 4 Senarai binaan inti + penerang nama kegunaan Bil Contoh Lampiran 1. 2. Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama digunakan dalam bahan makanan. Bagaimanapun , ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang menghormati penganut agama yang lain. 1 4 Senarai binaan inti + penerang nama penyambut Bil Contoh Lampiran 1. 2. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata. Selepas menyertai sejumlah perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pelumba basikal negara, Mohamad Izzat Hilmi Abd Halil kini memasang impian melangkah lebih jauh pada masa hadapan. 4 5
  • 20. Senarai binaan inti + penerang nama arah Bil Contoh Lampiran 1. Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama. 1 Senarai binaan inti + penerang anggota badan Bil Contoh Lampiran 1. 2. Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda. Laluan bertambah sukar apabila akar kayu yang saiznya sebesar lengan berselirat di sepanjang perjalanan. 3 6 Senarai binaan inti + penerang nama perkara Bil Contoh Lampiran 1. 2. Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat. Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman yang mengujakan di air terjun Sungai Pisang. 5 6
  • 21. Senarai binaan inti + penerang nama khas Bil Contoh Lampiran 1. 2. Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo- NSC-PKBM-PKBL. Selesai menunaikan solat di situ, kami bergerak ke Istana Maharaja Jepun atau Imperial Palace. 5 4 Senarai binaan inti + penerang nama gelaran atau panggilan Bil Contoh Lampiran 1. Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam. 2 Senarai binaan inti + penerang nama penentu belakang Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. “Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan. Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama. Tugasan ini seakan-akan mengembara beberapa tempat di Jepun yang dibawa oleh Japan National Tourism Organisation (JNTO) dan Singapore Airlines. 5 1 4
  • 22. 4. Berkongsi serba sedikit ramuan kejayaannya ketika ini, Mohamad Izzat berkata, ia berkat daripada disiplin tinggi yang diamalkannya sejak dulu. 5 b) Binaan inti + penerang bukan nama Senarai binaan inti + penerang penentu depan Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam. Turut serta ialah sekumpulan jurulatih profesional daripada Hikers Climber Adventure Team Sdn.Bhd, Shah Alam. Jumlah masyarakat Muslim di Jepun masih sedikit, dengan hanya kurang satu peratus daripada keseluruhan 127 juta rakyatnya. 4 6 4 Senarai binaan inti + penerang kata kerja Bil Contoh Lampiran 1. Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang. 6
  • 23. Senarai binaan inti + penerang adjektif Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. 4. 5. Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk mengambil wuduk. Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan, menurut laporan Washington Post. Namun, apabila memperkatakan mengenai waterfall abseiling atau conyonning kepuasan dan cabarannya berganda apabila perlu „melawan kederasan air terjun, ketinggiannya‟ serta permukaan berbatu yang sangat licin. Apabila berdepan situasi pokok tumbang di tengah perjalanan, saya diuji dengan ketahanan fizikal apabila perlu memanjat sambil memikul beg galas dengan muatan berat! Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert. 4 1 6 6 3
  • 24. Senarai binaan inti + penerang frasa sendi nama Bil Contoh Lampiran 1. 2. Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun. Masjid Cami‟I boleh memuatkan sehingga 650 jemaah pada satu-satu masa dan ia sering mengadakan acara kerohanian bagi masyarakat Islam di Tokyo. 4 4 Senarai binaan inti + penerang bilangan ordinal Bil Contoh Lampiran 1. 2. 3. Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert. Lokasi pertama adalah Shibuya Crossing yang sangat terkenal kerana kesibukannya. Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun. 3 4 4
  • 25. Lampiran 2 Rumusan Dapatan Kajian Binaan Inti + Penerang nama Bil Binaan Jumlah keseluruhan 1 Inti + Peneranng nama keturunan 5 2 Inti + Penerang nama jenis 5 3 Inti + Penerang nama tempat 4 4 Inti + Penerang nama milik 2 5 Inti + Penerang kelamin 1 6 Inti + Penerang nama kegunaan 2 7 Inti + Penerang nama penyambut 2 8 Inti + Penerang nama arah 1 9 Inti + Penerang anggota badan 2 10 Inti + Penerang nama perkara 2 11 Inti + Penerang nama khas 2 12 Inti + Penerang nama gelaran atau panggilan 1 13 Inti + Penerang nama penentu belakang 3
  • 26. Binaan inti + Penerang bukan nama Bil Binaan Jumlah Keseluruhan 1 Inti + Penerang penentu depan 3 2 Inti + Penerang kata kerja 1 3 Inti + Penerang adjektif 5 4 Inti + Penerang frasa sendi nama 2 5 Inti + Penerang bilangan ordinal 3