Sebuah padang golf di Malaysia mengalami penyakit yang tidak dapat di sembuhkan walaupun di rawat beberapa kali. Superintendennya telah meminta bantuan saya dan sebagai kawan, saya telah membuat diagnosis melalui gambar dan memberi penerangan bertulis sebagai slaid untuk beliau menerangkan pula kepada pengurusan beliau.
Memandangkan mereka bukan klien saya, saya tiada masalah untuk upload slide ini tanpa menyiarkan nama kelab atau superintenden nya secara rasmi (klien saya akan ada kontrak yang tidak membenarkan saya membincangkan hal kelab di luar).
Saya merasakan pengalaman pengenalan penyakit ini boleh membantu orang lain maka saya upload dan sebarkan setelah saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia (slaid asal ialah dalam Bahasa Inggeris),
2. Who am I?
• Glenmarie Golf & Country Club 1993 – 1996
• Glenmarie Golf & Country Club 1997 – 2000
• Clearwater Sanctuary Golf Resort 2000 – 2003
• Kota Permai Golf & Country Club 2003 – 2007
• Glenmarie Golf & Country Club 2007 – 2009
• Mines Resort & Golf Club 2009 – 2010
• On my own as consultant
www.mynormas.com
218/9/2016
4. Latarbelakang
• Seorang superintenden padang telah meminta
nasihat saya tentang rumput di atas green nya
yang mati.
• Saya melakukan diagnosis secara sukarela
melalui gambar yang dihantar.
• Oleh kerana mereka bukan klien saya, saya
tidak merasa terpanggil utk P&C tetapi saya
tidak akan memberitahu nama kelab.
18/9/2016 www.mynormas.com 4
5. Tindakan
• Apa yang saya minta ialah gambar kawasan yang sakit
dari jarak jauh: Apa yang saya cari ialah corak simptom.
• Kemudian saya juga akan minta gambar jarak dekat dan
cuba membandingkan tanda (signs) dengan apa yang
saya tahu (atau cari).
• Memberi beberapa pandangan.
• Menghantar slaid secara email utk dia sendiri memberi
penerangan kepada Pengurusan & Committee beliau.
Nota:
– Slaid kedua di atas adalah utk memberi pengenalan
tentang saya dan kredibiliti saya.
– Simptom: bukti subjektif tentang penyakit
– Tanda (sign): Perkara fizikal yg boleh dilihat secara objektif.
18/9/2016 www.mynormas.com 5
6. Masalah
• Symptoms : Rumput yang mati bertompok di
atas green
18/9/2016 www.mynormas.com 6
7. Apa yang saya lihat
• Rumput mati dalam corak tertentu.
• Contohnya; garis lurus, bersegi atau corak aliran air.
• Saya syak rumput yang mati akan berada di
kawasan yang paling banyak kesan mampatan,
contohnya bekas tayar mesin.
www.mynormas.com 718/9/2016
8. Sekali imbas, simptom yang saya
perhatikan
Garis lurus
Bersegi
18/9/2016 www.mynormas.com 8
Corak aliran air
9. Hanya satu Suspek
Untuk mengesahkan:
• Saya kaji di Internet untuk symptom & tanda
• Saya semak dengan gambar sekali lagi
• Saya bandingkan dengan rekod dan gambar di
kelab lain yang merupakan klien/bekas kelab
saya.
18/9/2016 www.mynormas.com 9
10. Suspek Utama
• Menunjukkan simptom simptom ini:
– “Matted brown turf” (rumput coklat yang kusut)
Wikipedia
– https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pythium_in_turfgrass
– “Large patches that form into streak in direction of
water movement” (Tompok besar yang membentuk
seperti arah pergerakan air) Uni of Florida
– “Initial symptoms can appear to have spread along
paths of mechanical movement… such as mowing
patterns and along paths of surface water” (Simptom
awal akan nampak di tempat pergerakan mekanikal…
seperti air atau mesin) Uni of Florida
– http://edis.ifas.ufl.edu/m/#publication?id=PP124
18/9/2016 www.mynormas.com 10
11. Kita lihat balik simptom dan
tanda di padang tadi…
18/9/2016 www.mynormas.com 11
13. Tompok besar yang membentuk
seperti arah pergerakan air
18/9/2016 www.mynormas.com 13
14. … yang merebak melalui arah
pergerakan mesin…
18/9/2016 www.mynormas.com 14
Corak mesin?
Bekas tayar?
15. Lihat gambar ini sekali lagi. Nampak
kan corak pergerakan mesin?
18/9/2016 www.mynormas.com 15
16. Nampak garis lurus berasal dari
pergerakan mesin? (lihat slaid 15 sekali lagi jika tak pasti)
18/9/2016 www.mynormas.com 16
Corak mesin?
Bekas tayar?
24. Pada pendapat saya, suspek utama di
sini ialah…
• Pythium blight
• Mungkin ada penyakit lain tetapi bersifat
sekunder.
18/9/2016 www.mynormas.com 24
25. Punca Jangkitan
(Rujukan: Uni of Florida)
• “Weather significantly influence disease”
(cuaca amat mempengaruhi penyakit)
• “Wet periods and high temperatures” (lembab
dan suhu tinggi)
• “Frequent irrigation” (selalu sangat siram)
• “Severe disease outbreaks… occur on turfgrass
sites that are… poorly drained” (letusan
penyakit… berlaku di kawasan rumput… yang
kurang saliran)
18/9/2016 www.mynormas.com 25
26. Nasihat
1. Naikkan ketinggian potongan!
2. Tambah jenis racun kulat yang di sembur
3. Gunakan racun kulat jenis sistemik (serap)
terutama di musim hujan.
4. Lakukan penyemburan dengan niat
‘antibiotik’
5. Gunakan mesin walk-behind utk memotong
perimeter green
18/9/2016 www.mynormas.com 26
27. 1. Naikkan ketinggian potongan!
• “A slow green is better than a fast brown”
• Survival green lebih penting dari kelajuan
green.
• 5mm pun ok
• Lebih baik dari ‘cuti memotong’ sehari.
• ‘Cuti memotong’ akan menyebabkan kita
potong terlalu banyak daun rumput bila kita
mula memotong.
18/9/2016 www.mynormas.com 27
28. 2. Tambah jenis racun kulat
Selain Mancozeb (yang di guna sekarang)
Contohnya:
• Azoxystrobin,
• Maneb,
• Zineb
• Chlorotalonil
• Iprodione
Nota: menggunakan satu jenis racun berulang-
ulang akan menggalakkan kelalian.
18/9/2016 www.mynormas.com 28
29. 3. Gunakan racun kulat jenis sistemik
di waktu hujan.
• Racun kulat jenis sentuh akan di hanyut
sewaktu hujan (atau siram)
• Racun kulat jenis sistemik akan di serap ke
dalam rumput
18/9/2016 www.mynormas.com 29
30. 4. Amalkan sistem ‘antibiotik’
• (Bila manusia sakit dan di beri antibiotik, kita
di minta makan hingga habis, walaupun dah
baik)
• Bila simptom hadir, sembur racun;
– Tiga kali semburan
– Setiap 7 – 10 hari.
– Walaupun pada semburan kedua dan ketiga,
sudah tiada simptom penyakit.
18/9/2016 www.mynormas.com 30
31. 5. Gunakan mesin walk-behind untuk
perimeter green
• Kurangkan mampatan
• Terutamanya di perimeter keliling green
• Juga di kenali sebagai ‘clean-up pass’
18/9/2016 www.mynormas.com 31
32. Lain lain peringatan
• Pengudaraan: Lebih agresif atau lebih selalu
– Kurangkan mampatan kumulatif (bertahun-tahun)
– Gunakan tine yang lebih besar (5/8 inci?) atau
lebih dalam atau
– Lakukan pengudaraan lebih selalu (mungkin 3-4
kali setahun)
18/9/2016 www.mynormas.com 32
33. Soalan Cepu Emas:
Bukan kah lebih baik untuk hantar
makmal? Dan dapatkan bukti saintifik
tentang pathogen yang menyerang?
18/9/2016 www.mynormas.com 33
34. Jawapan saya.
1. Kos. Mungkin anda akan hantar ke uni tempatan atau
akan di bayar oleh supplier, tetapi kos tetap kos; samada
kos duit, courier atau terhutang budi.
2. Prioriti. Tidak seperti drama CSI di TV, pembantu makmal
bukan tiada kerja lain tunggu sample anda.
3. Masa. Makmal akan ambil masa utk extract pathogen
dari sample anda, kemudian (kalau ikut SOP) akan
jangkitkan pathogen itu ke rumput sihat dan semak jika
simptom atau tanda yang sama, timbul.
4. Siapa salah? Makmal tak dapat tentukan siapa primer
dan siapa sekunder; siapa yang menjangkit dan siapa
ambil kesempatan. Bagaimana jika kebetulan ada juga
nematode yang baru singgah, dan makmal kesan
mereka? Mereka mungkin ada rekod jenayah lampau
tetapi penyakit sekarang bukan perbuatan mereka!
18/9/2016 www.mynormas.com 34
35. Kandungan
1. Latarbelakang
– Tentang apa yang berlaku & apa saya buat.
2. Pemeriksaan Tanda dan Simptom
– Saya lihat secara subjektif, simptom dan periksa
tanda secara objektif
3. Semakkan dengan pakar lain, rekod lama.
– Saya semak simptom dan tanda dengan rekod lama
saya dan rujukan yang ada.
4. Suspek utama
– Pythium spp.
5. Cadangan saya
– Saya beri lima cadangan dan sebab nya.
18/9/2016 www.mynormas.com 35