1. KONSTRUK KETERANGAN
Intelektual Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan
cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk
kognitif dan ilmiah.
Kreatif Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baharu dan asli.
Kepelbagaian Individu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan
pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan.
Struktur Individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-
perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu
mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.
Analitikal Individu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat
pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum
membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta
dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Menolong Individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan
simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat
kebaikan kepada orang lain.
Ekstrovert Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang
ramai.
Kritik Diri Individu beranggapan bahawa orang lain adalah lebih baik daripada
dirinya.
Autonomi Individu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat
mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
Agresif Individu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak
suka dimanipulasi.
Pencapaian Individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada
persaingan.
Resilien Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau
menyelesaikan semua tugas.
Mengawal Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin
daripada dipimpin.
Wawasan Individu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa
hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa
bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara
besar yang tidak dilihat oleh orang lain.
Kejujuran Individu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.