UNIKBET : Bandar Slot Pragmatic Play Bisa Deposit Ovo 24 Jam Online Banyak Bonus
model dan konsep kajian tindakan
1. TUGASAN KELAS : Konsep dan Model
KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
1. DEFINISI
Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi
kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru
melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lai secara kolaboratif sewaktu mengadakan
kajian”.
Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan
bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional
guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti
amalan guru.
Kemmis (1983) pula mentafsirkan kajian tindakan adalah pembentukan refleksi kendiri oleh penyelidik di
dalam situasi sosial untuk mempertingkatkan secara rasional amalan pendidikan. Kajian tindakan ini
lebih berkesan sekiranya dilakukan secara kolaboratif namun ia masih boleh dilakukan secara individu
dan kadangkala kerjasama pihak luar. Dalam sistem pendidikan, kajian tindakan dilakukan untuk
perkembangan kurikulum sekolah, perkembangan profesional, perkembangan program sekolah dan
perkembangan sistem perancangan dan polisi.
Mills (2003) pula menyatakan kajian tindakan ialah pertaanyaan secara sistematik yang dikendalikan
oleh guru sebagai penyelidik untuk mengumpulkan maklumat tentang cara pengendalian sekolah,
bagaimana guru mengajar dan bagaimana pelajar belajar. Maklumat dikumpulkan dengan satu
matlamat yang ingin dicapai, membina perkembangan refleksi, memberi perubahan yang positif kepada
persekitaran sekolah dan amalan pendidikan secara umum, dan meningkatkan perkembangan positif
pelajar.
Ebbut (1985): Kajian tindakan adalah kajian secara sistematik untuk mempertingkatkan amalan
pendidikan secara berkumpulan yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dimana pengkaji sendiri terlibat
secara langsung dan membuat refleksi.
2. KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
• Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan pengajaran guru
• Melibatkan proses perkembangan amalan pengajaran yang bersistematik melaui refleksi yang
membina dan analisis yang kritikal.
2. • Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada praktik.
• Membudayakan penyelidikan
• Kolaboratif dengan guru-guru lain.
3. PERBANDINGAN PNDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN YANG BERSIFAT KUANTITATIF
Kajian Tindakan Lain-lain Kajian
TUJUAN
Memperbaiki amalan perguruan dan Membuat generalisasi dan menguji teori
membentuk teori peribadi yang praktis serta menjelaskan prinsip
dan kritis
REKABENTUK KAJIAN
Boleh diubahsuai berdasarkan situasi Ditetapkan terlebih dahulu sebelum
sebenar kajian dijalankan
SUBJEK KAJIAN
Penyelidik adalah sebahagian daripada Penyelidik bukan subjek kajian. Subjek
subjek kajian adalah contoh yang dipilih.
PENGKAEDAHAN
Dilakukan dalam situasi sebenar dan Nilai penyelidikkan bergantung kepada
analisis hasil kajian menggunakan teknik teknik dan analisis statistik yang canggih.
dan kaedah deskripsi dan naratif
LAPORAN HASIL KAJIAN
Laporan menggunakan bahasa yang Laporan bersifat teknikal
mudah difahami
PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
1. MENGENALPASTI ISU/MASALAH/SITUASI
Untuk mengenalpasti perkara di atas, guru perlu memusatkan perhatian terhadap perkara-perkara
berikut :
• Apakah yang sedang berlaku
• Bagaimanakah sesuatu isu/masalah/ situasi itu wujud
• Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan guru
• Menghadkan kajian kepada isu spesifik, tidak rencam.
• Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan
kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
• Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja)
• Pemilihan isu kajian
3. i. Subjek dalam kawalan penyelidik
ii. Perlu tindakan segera
iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidik dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan
Untuk melakukan kajian tindakan,tidak semestinya bermula dengan masalah. Dalam
mengenalpasti masalah kajian tindakan, apa-apa idea/ isu pun boleh digunakan tetapi ia
hendaklah sesuatu yang bertujuan untuk penambahbaikan contohnya berkait dengan
perkembangan sekolah, target sekolah, target dan misi untuk perkembangan diri dan juga
profesion perguruan selain dari meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mengenalpasti masalah, idea-idea/isu-isu hendaklah dicatat terlebih dahulu tetapi isu yang dipilih
hendaklah bukan sesautu isu yang memang tidak boleh lagi diubah contohnya mengubah isi
buku teks dalam tempoh yang singkat atau sebagainya. Isu yang dipilih juga hendaklah spesifik
dan dalam skop yang kecil sahaja. Ini bertujuan, untuk memudahkan kita mengenalpasti masalah
yang sebenar dan juga menyelesaikannya, di samping senang untuk merancang penggunaan
masa yang diperlukan. Selain itu, isu yang dipilih juga hendaklah memberi kepentingan atau
faedah kepada guru, pelajar atau sekolah itu sendiri.
Permalasalahan kajian tindakan ini juga boleh dikenalpasti melalui refleksi yang dilakukan oleh
guru itu sendiri terhadap pengalamannya di dalam bilik darjah. Apabila terdapat 1 isu yang
difokus, guru hendaklah mengemukakan soalan-soalan bagi tujuan penyelesaian masalah
tersebut. Walaubagaimanapun, guru juga boleh melakukan hipotesis jika terdapat 1isu yang
spesifik yang telah dikenalpasti. Ini bermaksud, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru
tersebut bukan berdasarkan refleksi pengalaman guru itu sendiri di dalam bilik darjah, sebaliknya
mendapat idea baru mengenai sesuatu isu tersebut dan kemudian membuat satu hipotesis,
seterusnya melakukan kajian tindakan untuk melihat kebenaran hipotesis tersebut.
3. MERANCANG TINDAKAN
• Menyediakan matlamat tindakan
• Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
• Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadang :
- Tugas dan tanggungjawab baru
- Aktiviti baru
- Bahan-bahan baru
- Sturktur organisasi baru
- Falsafah dan konsep perubahan
- Penyataan cara-cara pemantauan yang ada
- Penilaian
4. - Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan, masa
dan sebagainya.
- Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan sebenar.
4. MELAKSANAKAN TINDAKAN
Pada peringkat ini, guru atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut perancangan dan
jangkamasa ditentukan.
Pada ketika ini, guru perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap aktiviti
yang dilaksanakan.
PROSES KERJA KAJIAN TINDAKAN
3. PEMERHATIAN DAN PENGUMPULAN DATA
Kaedah pemerhatian:
• Pemerhatian secara terbuka
5. Pemerhati mencatat apa yang diperhatikan pada kertas sama ada mencatat
nota tentang pelajaran tersebut atau apa sahaja yang dirasakan perlu dicatat,
reaksi pelajar atau sebagainya. Kelemahan untuk pendekatan ini ialah terlalu
umum atau tidak fokus.
• Pemerhatian secara fokus
Pemerhati meletakkan sasaran apa yang nak diperhatikan
• Pemerhatian secara berstruktur
Dalam pendekatan ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau
borang tertentu. Contohnya pemerhati menyediakan borang tentang apa yang
ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya dan
borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh p&p itu
berlangsung.
Pengumpulan data
• Merakam menggunakan audiotape
Sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti
butir-butir percakapan/komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi
pembelajaran.
• Diari pelajar
Cara yang cepat untuk mengumpulkan data. Sesetengah pelajar aka nada diari
harian dan kalau sesi pembelajaran itu bagus, pelajar akan mencatatkannye di
dalam diari. Walau bagaimanapun, tidak begitu praktikal kerana tidak semua
pelajar ada diari harian masing-masing.
• Temubual
Boleh berlaku samaada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau
pun guru, atau secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk
memudahkan sesi temubual. Sebaiknya rakaman perbualan dilakukan atau
pun boleh hanya dicatat pada kertas.
• Videotape recorder atau kamera digital
6. Merakam aktiviti pengajaran menggunakan video atau pun mengambil
gambar. Merakam video banyak digunakan kerana banyak maklumat boleh
dikumpul dan diperhatikan elalui rakaman tersebut. Data lebih tepat dan
mudah untuk didiagnosis atau dianalisis. Rakaman dan gambar juga boleh
dijadikan sokongan kepada bentuk pengumpulan data yang lain.
• Soal-selidik (Questionnaries)
Soalan secara spesifik tentang bilik darjah, kurikulum, kaedah mengajar atau
apa sahaja subjek/focus yang ingin diambil data. Soal selidik ini akan dijawab
oleh pelajar atau subjek yang dikaji.
• Dokumen
Contohnye seperti memo, surat, kertas peperiksaan dan sebagainya.
4. ANALISIS DATA
• Data dikumpulkan dan dikategorikan
• Data terbahagi kepada 2 iaitu data kualitatif dan kuantitatif
• Bagi data kualitatif, pemerhatian dilakukan pada video, temubual yang direkod ditaip
balik (transcribe), dan data-data dikategorikan dan dibuat perbandingan dan
perbincangan. Kesimpulan daripada data dibuat.
• Bagi data kuantitatif, data dianalisis secara statistik.
5.LAPORAN DATA
• Data dilaporkan dan dibuat refleksi
9. Model Kemmis McTaggard (1988), Stephen Kemmis dan Robin MCtaggart (1988) telah memperkenalkan
satu pendekatan menjalankan Penyelidikan Tindakan. Pendekatan yang diutarakan terdiri daripada
EMPAT pendekatan iaitu merancang, bertindak dan membuat refleksi dan kitar ini akan berterusan
mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam
perancangan, kitar akan diteruskan. Contoh
FASAPERTAMA
Langkah 1: PERANCANGAN
Apakah anda hendak buat?
Adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran anda?
Adakah anda ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada anda dan murid?
Bolehkah anda nyatakan masalah dalam format soalan?
Adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh anda seorang?
Langkah 2: PELAN TINDAKAN
Adakah anda bercadang memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik mengajar baru?
Adakah anda bercadang mengubahsuai kaedah, strategi atau teknik mengajar yang anda sedang
menggunakan? Jika ya, tentukan manakah anda akan mengubahsuai?
Berapa lama anda bercadang menjalankan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik
darjah? [Tempoh masa ditentukan oleh anda; iaitu berapa lama anda agak perubahan dijangka
berlaku]
Langkah 3: PENGUMPULAN DATA
Temu duga murid
Pemerhatian dengan menggunakan semak senarai (checklist) = memerhati apa yang berlaku di
kalangan murid
Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, latihan, karangan, lukisan, tulisan dan lain-lain
Jurnal - merekod pendapat, perasaan dan pandangan guru
Buku nota - mencatat apa yang diperhatikan berlaku dalam bilik darjah
Mengambil gambar tentang apa yang berlaku dalam kelas
Tape audio perbualan dengan murid, guru lain.
Langkah 4: REFLEKSI - ANALISIS DATA
10. Data yang dikumpulkan adalah data kualitatif dan terdiri daripada apa yang sahaja ayng
diperkatakan, atau ayat yang ditutur atau pernyataan daripada pelajar.Ini berlainan dengan data
kuantitatif yang merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan,
min, sisihan piawai dan sebagainya.
Baca semua data kualitatif yang anda telah kumpulkan walau pun ia bercanggah dengan apa yang
anda telah rancangkan.
Baca semua data beberapa kali supaya anda tidak terlepas pandang dan mungkin idea-idea baru
akan muncul.
Kongsi data yang anda telah memperolehi dengan guru-guru lain untuk mendapat pandangan
mereka.
Langkah 5: PERANCANGAN SEMULA
Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang dibuat terhadap data berkenaan, anda
mungkin menyusuan semula penyampaian kaedah mengajar.
Contoh: masa yang peruntukkan murid membuat latihan dipendekan atau dipanjangkan; guru
memberi lebih banyak peluang kepada murid membuat penyampaian; guru mempertingkatkan
alat bantuan mengajar yang digunakan; guru menyusuan semula bilangan murid dalam sesuatu
kumpulan kecil; guru memberi lebih banyak untuk menerangkan kepada murid konsep asas dan
sebagainya.
Langkah 6: PELAN TINDAKAN
SAMA SEPERTI LANGKAH 2
Langkah 7: PENGUMPULAN DATA
SAMA SEPERTI LANGKAH 3
Langkah 8: ANALISIS DAN REFLEKSI
SAMA SEPERTI LANGKAH 4