SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

       Interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Diwujudkan
oleh guru untuk menambahkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Interaksi merupakan satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu
yang lain atau individu lain dengan alam sekitarnya. Manakala bilik darjah adalah tempat dimana
berlakunya proses pengajran dan pembelajaran.Interaksi bilik darjah yang sempurna dan
berbentuk dua hala kurang dipraktikkan. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara
guru dengan pelajar dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama, iaitu
percakapan guru, percakapan pelajar, dan kesenyapan.

       Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan
proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pertukaran
maklumat atau idea di antara guru dengan pelajar memerlukan interaksi dua hala. Aktiviti
kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara
pelajar dalam kumpulan. Manakala interaksi berkomputer membolehkan pelajar-pelajar
memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media
bercetak yang sedia ada.

       Antara ciri-ciri interaksi guru dan pelajar di dalam bilik darjah yang berkesan adalah guru
memberikan motivasi pelajar untuk belajar, guru menggunakan teknik "Supportive
Communication Behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna, guru menggunakan
"direct" dan "spontaneous communication“ serta menggunakan struktur matlamat secara
menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Terdapat juga
halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan, dinding bilik serta
kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan
dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu
juga faktor masa.

               Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis
pengetahuan iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, isi kandungan pedagogi, kandungan mata
pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.
Terdapat tiga tahap pengurusan kurikulum bilik darjah iaitu tahap perancangan di mana analisis
keperluan dan persiapan dokumen kurikulum dilakukan. Tahap implementasi pula adalah tahap
di mana pelaksanaan sebenar kurikulum dijalankan di bilik darjah dan tahap penilaian pula
adalah bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum.

       Terdapat juga halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan,
dinding bilik serta kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan
yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut,
marah, ragu-ragu, malu juga faktor masa. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk mengatasi
halangan-halangan yang ada antaranya adalah melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid
dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas, memperkenalkan kaedah kumpulan
mengikut kebolehan, pendekatan individu, menggalakkan penggunaan sumber sebagai media
dan aktiviti-aktiviti gerak kerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja,
eksperimen dan sebagainya.

       Para interaksionis melihat perhubungan guru dan murid sebagai suatu situasi konflik
kerana guru dan murid masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza. Guru dan murid
perlu berkongsi interpretasi dan pemahaman dan ini boleh diperolehi melalui proses rundingan
tentang makna-makna yang bakal dipersetujui dan harus berterusan sekalipun guru selalunya
mempunyai kuasa yang lebih.

       Guru juga berperanan sebagai pengamal disiplin termasuklah menyelaraskan aktiviti
dalam bilik darjah, membahagikan kumpulan murid, mengawasi aktiviti dalam bilik darjah.
Kebanyakkan murid suka sekolah dan dapat menerima definisi-definisi situasi guru untuk
mereka. Oleh itu, guru mestilah menggembirakan dan memahami hati murid agar murid dapat
menggembirakan guru mereka. Misalnya, dengan memberikan jawapan yang betul kepada
soalan-soalan guru sekalipun sebenarnya mereka mungkin tidak faham. Namun ada juga murid
yang langsung tidak ambil peduli kepada guru merekaGuru dan murid juga mempunyai pelbagai
strategi sendiri untuk cuba mencapai definisi tersendiri. Contoh teknik guru, memberi amaran,
merujuk kepada guru besar dan sebagainya. Contoh teknik murid, merujuk kepada keadilan,
merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya.

       Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang
sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik.Komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan
tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Selain itu, kegagalan
guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi
kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu
tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pendekatan scientific
Pendekatan scientificPendekatan scientific
Pendekatan scientificDia Cahyawati
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranPuteri Farahin
 
Makalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasiMakalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasisintaroyani
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogirazihan
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)zf_s
 
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranKPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranNurelida
 
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaran
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaranHakikat belajar dan hakikat pembelajaran
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaranmemochika
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranAisyah Ismail
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan sintaroyani
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaransyamimo
 
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnyaMuhammad Munandar
 
Memahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruMemahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruNini Ibrahim01
 

Was ist angesagt? (18)

Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
Pendekatan scientific
Pendekatan scientificPendekatan scientific
Pendekatan scientific
 
Psikososial
PsikososialPsikososial
Psikososial
 
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan PembelajaranInteraksi dalam Pengurusan Pembelajaran
Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran
 
Makalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasiMakalah model konsiderasi
Makalah model konsiderasi
 
Dede gugun
Dede gugunDede gugun
Dede gugun
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogi
 
Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)Slaid 2p (kumpulan)
Slaid 2p (kumpulan)
 
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam PembelajaranKPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran
 
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaran
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaranHakikat belajar dan hakikat pembelajaran
Hakikat belajar dan hakikat pembelajaran
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya
4.1 hakikat belajar, pembelajaran dan prinsip prinsipnya
 
Memahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruMemahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi Guru
 

Ähnlich wie Interaksi dan pembelajaraan

Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifJunidah Sukiman
 
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTEN
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTENTANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTEN
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTENEsra Shehomebink
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniLSP3I
 
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Linda Rosita
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Yamunah Subramaniam
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom managementAlfonsus Sam
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum20080122
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum45678912
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 

Ähnlich wie Interaksi dan pembelajaraan (20)

Ciri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusifCiri kelas yang kondusif
Ciri kelas yang kondusif
 
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTEN
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTENTANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTEN
TANGGUNGJAWAB MAHASISWA TERHADAP PROSES BELAJAR DIAJAR MENURUT AGAMA KRISTEN
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
 
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
Peran kepemimpinan guru dalam berkomunikasi efektif untuk mengatasi masalah b...
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
Cnapunyeramentkpf 121129005344-phpapp02
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Peer Tutor
Peer TutorPeer Tutor
Peer Tutor
 
Cllassroom management
Cllassroom managementCllassroom management
Cllassroom management
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
Butet Kurikulum
Butet KurikulumButet Kurikulum
Butet Kurikulum
 
mengajar.docx
mengajar.docxmengajar.docx
mengajar.docx
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 

Interaksi dan pembelajaraan

  • 1. BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Interaksi merupakan satu jalinan hubungan di antara guru dengan pelajar. Diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Interaksi merupakan satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu yang lain atau individu lain dengan alam sekitarnya. Manakala bilik darjah adalah tempat dimana berlakunya proses pengajran dan pembelajaran.Interaksi bilik darjah yang sempurna dan berbentuk dua hala kurang dipraktikkan. Mengikut analisis Ned A. Flanders, interaksi di antara guru dengan pelajar dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam tiga kategori utama, iaitu percakapan guru, percakapan pelajar, dan kesenyapan. Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan pelajar memerlukan interaksi dua hala. Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalankan melalui interaksi di antara pelajar dalam kumpulan. Manakala interaksi berkomputer membolehkan pelajar-pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada. Antara ciri-ciri interaksi guru dan pelajar di dalam bilik darjah yang berkesan adalah guru memberikan motivasi pelajar untuk belajar, guru menggunakan teknik "Supportive Communication Behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna, guru menggunakan "direct" dan "spontaneous communication“ serta menggunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah. Terdapat juga halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan, dinding bilik serta kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu juga faktor masa. Guru yang profesional haruslah mampu menguasai dan mengurus tujuh jenis pengetahuan iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, isi kandungan pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia dan tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia. Terdapat tiga tahap pengurusan kurikulum bilik darjah iaitu tahap perancangan di mana analisis
  • 2. keperluan dan persiapan dokumen kurikulum dilakukan. Tahap implementasi pula adalah tahap di mana pelaksanaan sebenar kurikulum dijalankan di bilik darjah dan tahap penilaian pula adalah bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum. Terdapat juga halangan-halangan dalam interaksi iaitu faktor fizikal seperti bangunan, dinding bilik serta kecacatan tubuh badan dan faktor bukan fizikal seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu juga faktor masa. Pelbagai kaedah dapat dilakukan untuk mengatasi halangan-halangan yang ada antaranya adalah melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas, memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan, pendekatan individu, menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerak kerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya. Para interaksionis melihat perhubungan guru dan murid sebagai suatu situasi konflik kerana guru dan murid masing-masing mempunyai matlamat yang berbeza. Guru dan murid perlu berkongsi interpretasi dan pemahaman dan ini boleh diperolehi melalui proses rundingan tentang makna-makna yang bakal dipersetujui dan harus berterusan sekalipun guru selalunya mempunyai kuasa yang lebih. Guru juga berperanan sebagai pengamal disiplin termasuklah menyelaraskan aktiviti dalam bilik darjah, membahagikan kumpulan murid, mengawasi aktiviti dalam bilik darjah. Kebanyakkan murid suka sekolah dan dapat menerima definisi-definisi situasi guru untuk mereka. Oleh itu, guru mestilah menggembirakan dan memahami hati murid agar murid dapat menggembirakan guru mereka. Misalnya, dengan memberikan jawapan yang betul kepada soalan-soalan guru sekalipun sebenarnya mereka mungkin tidak faham. Namun ada juga murid yang langsung tidak ambil peduli kepada guru merekaGuru dan murid juga mempunyai pelbagai strategi sendiri untuk cuba mencapai definisi tersendiri. Contoh teknik guru, memberi amaran, merujuk kepada guru besar dan sebagainya. Contoh teknik murid, merujuk kepada keadilan, merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu bapa dan sebagainya. Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
  • 3. menarik.Komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Selain itu, kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.