SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
“Menghadapi pesakit dan kematian”
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
PANDANGAN ISLAM DALAM
MENGHADAPI NAZAK DAN KEMATIAN
oleh : Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail (PERGAS)
Muqaddimah
IN-NAA LIL-LAA-HI WA IN-NAA ILAY-HI RAA-JI- ‘UUN
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nya-lah kami kembali.”
(Qur’an : al-Baqarah : 2 : 156)
Untuk mengetahui hakikat kematian itu, kita perlu memahami hakikat penghidupan
didunia ini dahulu. - apakah ertinya hidup ? dari mana kah kita datang ? mengapa kita
di ciptakan ? dan kemanakah kita akan pergi sesudah penghidupan didunia ini ? dan
sebagai nya. Bagi seorang Muslim kita telahpun di beri asas atau landasan yang
mengandungi jawaban dan pengertian pada soalan-soalan tersebut melalui apa yang
disebut “Arkaanul Iiman (rukun Iiman)”. Untuk mula memahami erti hidup ini, kita
wajib sedar hakikat wujud nya Tuhan yang Maha Esa, sebagai Pencipta segala sesuatu.
Hanya Dia sahaja yang sedia ada (tanpa dicipta), kekal dan kepada Nya bergantung
segala sesuatu. Hanya Dia lah Pencipta dan selain Dia semuanya adalah ciptaan Nya.
Lanjutan dari beriman kepada Allah itu, kita dididik untuk juga beriman dengan
malaikat, kita-kitab, rasul-rasul, hari pembalasan dan Qadha’ qadar. Dari asas inilah
seorang Muslim akan sedar bahwa kematian itu adalah suatu hakikat dari penghidupan
dunia yang sementara ini - sebagai tahap laluan yang setiap orang pasti akan lalui
dalam perjalanan kita kepada Tuhan yang menciptakan kita. Dan penghidupan itu
adalah sebagai tempat untuk kita membuktikan nilai kita yang sebenarnya. Tempat ujian
untuk menentukan siapakah yang baik atau yang buruk penghidupan nya. Kita semua
pasti akan di nilai mengenai ‘amalan dalam hidup kita ini.
“(Allah lah)Yang telah menciptakan mati dan hidup, supaya Dia manguji kamu,
siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun.”
(Qur’an : al-Mulk : 67 : 2)
Jadi kematian bukanlah sesuatu yang mesti ditakuti oleh seorang Muslim, kerana setiap
usaha didunia semuanya adalah untuk mempersiapkan diri kita untuk menghadapiNya.
Kita wajib memanfa’atkan keseluruhan penghidupan kita itu dan menggunakan segala
pemberian Tuhan untuk kita merealisasikan atau menjadikan diri kita sebagai ciptaan
yang terbaik diantara ciptaan-ciptaan yang lain. Walaupun kita mempunyai banyak
kelemahan-kelemahan atau kesilapan serta kesalahan sekalipun, dan kita merasakan
sedikit sekali kebaikan pada diri kita (di bandingkan dengan keburukan) janganlah ini
membuat kita merasa putus asa. Selagi kita masih hidup, kesempatan masih lagi terbuka
untuk kita dapat pengampunan Allah yang maha Pengasih, lagi maha Penyayang. Pintu
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 1
“Menghadapi pesakit dan kematian”
taubat senantiasa terbuka luas bagi kita, maka berusahalah untuk mendapatkan
pengampunan dan rahmat dari Allah. Apabila Allah mengampunkan kita, maka segala
dosa akan terhapus dan inilah yang sangat-sangat kita harapkan. Kita perlu
menyampaikan khabar gembira ini dengan selalu menunjukkan sifat Pengasih dan
Penyayangnya Allah s.w.t., terutama kepada setiap Muslim yang sakit. Terangkanlah
selalu kepada mereka tentang maqsud ayat Allah s.w.t. yang terkandung dibawah ini :
“Katakanlah : ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (yakni yang berdosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Qur’an : az-Zumar : 39 : 53)
Dan ahadith dari Rasulullaah s.a.w. yang berkenaan seperti sabdanya :
“Tiada sesuatu kepayahan, kesakitan, kesedihan, kesusahan. penderitaan dan
kesukaran, sampai pun duri yang menyakitkan itu mengenai kepada seorang muslim
melainkan dengan itu semua Allah akan menutupi dosa-dosanya.”
(Hadith riwayat Bukhary dan Muslim)
Berkenaan dengan “mati”
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat
sajalah disempurnakan pahalamu.”
(Qur’an : al-Imran : 3 : 185)
“Misteri” kematian itu disingkapkan oleh Allah kepada kita sebagai pintu laluan yang
pasti setiap kita yang hidup ini akan merasakan atau pasti melaluinya. Sebagaimana kita
telah pun melalui ‘alam bayi dalam rahim ibu, kemudian keluar hadhir didunia ini
melalui proses kelahiran, dengan pastinya kematian itu juga adalah tahap yang mesti di
lalui untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun bagi seorang Muslim, kita yang
sedar betapa perlunya berusaha agar senantiasa menyerah kepada tuntutan dan
kehendak Allah dengan selalu berjihad dijalanNya, kematian itu adalah tahap penemuan
dengan Nya dan adalah berupa kerehatan untuk kita dari pancaroba kehidupan didunia
yang fana ini. Kita dikehendaki agar kembali ke ‘alam barzakh dengan ketenangan.
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi
diredhai-Nya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hambaKu, dan masuklah
kedalam syurga Ku.”
(Qur’an : al-Fajr : 89 : 27-30)
Jadi walaupun kita menghargai penghidupan ini, kita juga mesti menyedari bahawa
ianya akan berakhir dengan kematian. Allah lah yang menghidupkan dan Allah jugalah
yang telah menentukan kematian itu. Kesakitan atau apa yang dianggap sebagai
“penderitaan” didunia ini mesti diyakini sebagai ujian Allah bagi diri kita. Islam
mengajarkan kita secara positif supaya berprasangka baik terhadap Allah s.w.t. dalam
kita menghadapi ujian ini kerana Allah menghendaki agar hamba-hamba nya senantiasa
berharap kepada Nya dan memohon kemaafan Nya. Jadi kesakitan dan kesukaran itu
hanyalah untuk mendekatkan kita kepada “maghfirah”(ampunan) Allah itu.
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 2
“Menghadapi pesakit dan kematian”
Menghadapi pesakit dan yang sedang nazak
‘Amalan yang sangat tinggi nilainya disisi Allah diantara ‘amalan ” fardhu kifaayah”,
adalah melawat atau mengunjungi pesakit dan membantu mereka-mereka yang
menghadapi kesukaran dan kematian.Walaupun kita semua sedar akan perkara ini, tapi
sayangnya kebanyakkan kita tidak dibekalkan dengan cukup ‘ilmu dari Islam tentang
bagaimanakah cara-cara menghadapi pesakit atau yang sedang nazak. Perkara-perkara
yang perlu ada bagi kita didalam mengunjungi pesakit adalah :
[1] Ikhlash
Setiap perkara mesti bermula dengan niat yang juga menentukan sikap kita. Untuk
mendapat keredhaan Allah, setiap ‘amal bergantung kepada niat. Dengan keikhlashan,
yakni “melaksanakan hanya kerana Allah atau untuk mendapatkan keredhaan Allah
semata”, segala apa yang dilaksanakan akan digolongkan sebagai ‘ibadah serta di
berkatiNya. Dan kerana ‘ibadat yang ikhlash itulah yang dikatakan ‘baik(ihsan)’, maka
ini menghampirkan kita kepada Rahmat Allah.
IN-NA RAH-MATALLAA-HI QA-RII-BUM-MINAL MUH-SI-NIIN
“Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada
orang-orang yang berbuat baik (ihsan).”
(Qur’an Surah al-A’raf : 7 :56)
[2] Senantiasa berjiwa tenang dan menjadi penghubung kepada Rahmat Allah
Ketenangan dalam diri dan pada wajah kita amatlah memberi kesan kepada orang lain,
terutama yang sakit atau yang menghadapi maut. Kita, yang akan menghadapi mereka
dianjurkan untuk senantiasa berusaha “bertaqarrub” kepada Allah - melalui beberapa
cara seperti; bersih lahir dan batin, kemas, senantiasa berdo’a, berwirid, bertawakkal
kepada Allah dan sebagainya. Keyakinan dan “husnuz-zan”(baik sangka kepada Allah)
amatlah diperlukan.
Persiapan diatas adalah perlu kerana peranan kita yang penting, apabila berdampingan
dengan orang-orang sakit, adalah sebagai penghubung kepada Allah dan Rahmat-Nya.
Anjurkan pada pesakit agar senantiasa berdo’a dan cuba sentiasa melaksankan solat-
solat yang fardhu, ssedaya mungkin. Tetapi hendaklah kita lakukan ini dengan lembut,
menunjukkan penuh rasa kasih sayang, bukan dengan cara memerintah dan menghukum,
mengancam atau berceramah. Kita harus selalu ingat bahwa Kasih Allah meliputi
segala sesuatu. Kalau mereka tidak tahu, tunjuki cara-cara bersolat bagi yang sakit,
yakni memilih cara yang termudah dengan kelonggaran-kelonggarannya. Dan amatlah
rugi kalau hubungan mereka kepada Allah melalui solat itu dicuaikan,terutama didalam
keadaan merekaa ini yang amat memerlukan santunan dari Ilahi. Dan kerana keadaan
mereka itu berbeza dari orang yang sehat, tuntutan hukum-hukum Islam kepada mereka
juga akan berbeza kerana Qa’idah fiqh menyebutkan : Al-masyaq-qatu taj-libut-tay-siir
(Kesulitan itu membawa kepada kemudahan).
[3] Berkata dengan perkataan yang baik
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 3
“Menghadapi pesakit dan kematian”
Hendaklah kita selalu menjaga perkataan kita kerana segala perkataan kita itu akan di
aminkan para malaikat. Selang-selikan percakapan dengan do’a untuk pesakit. Adalah
juga baik kalau diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an di samping mereka
agar mereka sama-sama disirami Rahmat Allah itu.
[4] Bantu mengatasi perasaan patah hati (putus asa)
Sebagaimana kita tahu bahwa Allah amat dekat kepada kita terutama kepada mereka
yang ditimpa sesuatu musibah. Malah ada hadith qudsi yang memberi gambaran bahwa
Allah berserta disisi orang yang sakit, maka dari itu melawat pesakit adalah seumpama
mengunjungi Allah.Walau bagaimanapun, mereka yang sakit selalunya tidak ingat atau
tidak tahu tentang perkara ini maka kita harus senantiasa mengingatkan mereka. Berilah
galakkan supaya mereka senantiasa bersabar, berdo’a dan hindarkanlah mereka dari
merasakan putus asa.
[5] Berdo’a dan mendo’akan
( Beberapa contoh ucapan do’a kepada yang sakit dari Sunnah Rasuulullaah s.a.w.)
Diantara cara menunjukkan simpati dengan secara positif dan berkesan adalah dengan
berdo’a dan mendo’akan sisakit itu. Rasuulullah s.a.w. banyak menunjukkan cara
demikian kerana do’a itu adalah senjata para mu’min. Dan ini lebih mengukuhkan lagi
hubungan kita dengan Allah s.w.t. Jika sekalipun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa
Arab sebagaimana yang ditunjuki dalam ahadith, kita boleh berdo’a dalam apa bahasa
pun. Yang perlu adalah kita laksanakan nya dengan ikhlash, sungguh-sungguh, dan
penuh keyakinan dan harapan kepada Allah s.w.t. Diantara do’a-do’a ma’tsurat dari
Rasullullah s.a.w. adalah :
ALLAAH-HUMMAA RAB-BAN-NAS, ADz-HIBIL BA’-S,
ASY-FI ANTA SYAA-FII, LAA-SYIFAA-’A- IL-LA SYIFAA-UK,
SYI-FA-’AN LAA-YU-GHAA-DIRU SA-QA-MAA.
(Ya Allah ! Tuhan dari semua manusia, hilangkanlah segala penyakit, sembuhkanlah!
Hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu,
kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi.) (Riwayat Bukhary & Muslim)
ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit), ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama
pesakit) ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit).
“Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut), Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut)
Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut) “ (Riwayat Muslim)
AS-ALULLAAH- HAL AZEEM RAB-BIL ‘ARSYIL AZEEM AN-YASY-FII-K (7 x )
“Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai ‘arasy yang
besar, semoga Allah menyembuhkan engkau” - [sebutkan sebanyak tujuh kali ]
(Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Hakim)
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 4
“Menghadapi pesakit dan kematian”
[6] Mentalqinkannya (mengajarkannya) dengan kalimah “Laa-ilaaha il-lallaah”
Kalau kita menghadapi mereka yang sedang nazak, hendaklah kita laksanakan ajaran
Rasuulullah s.a.w. seperti di dalam ahadith :
“Siapa yang akhir kalimat yang keluar dari lidahnya kalimat “Laa-ilaaha-il-lallaah”
pasti masuk syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Ajarkan (talqinkan) kepada orang mati diantara kamu kalimat “Laa-ilaaha il-
lallaah.”
(Riwayat Muslim)
Ajarkanlah nya dengan tidak terburu-buru, atau berterus-terusan - tapi selang-seli.
Biarlah seorang sahaja yang melakukannya tanpa diganggu oleh yang lain. Bisikanlah
kalimah itu sekali-sekali, dan berilah kesempatan untuk ia menyambutnya. Yang lain
kalau ingin membantu bolehlah membacakan Al-Qur’an, Surah Yasin atau harapan dan
do’a agar Allah menunjukkan Rahim (Kasih) Nya kepada yang sedang nazak itu. Ada
beberapa tanda-tanda nazak. Adakalanya mereka yang tenat itu akan mula bernafas
dengan keras, dan matanya tertumpu keatas atau kehadapan seolah-olah melihat
kejauhan.Tubuhnya akan terasa sejuk bermula dari ujung kaki, terus naik keatas. (Perlu
di ingat bahawa dalam menghadapi urusan kematian, setiap perkara yang dilihat adalah
amanah, jadi kalau ada ke’aiban janganlah di ceritakan kepada orang lain).
[7] Sunnah memejamkan mata simati dan iringilah dengan do’a
Apabila berlalunya sakaratul maut (yakni ianya telah menghembuskan nafas yang
akhir) kadangkala matanya masih terbuka, maka di sunnatkan kita untuk memejamkan
nya sambil membacakan do’a untuknya seperti :
AL-LAAHUM-MAGH-FIR LAHU(LAHA) WARFA’-DARO-JAA-TAHU(HA) FIL-
MAH-DIY-YINA, WAKHLUF-HU(HA) FII-’AQIIBIHI FIL-QAA-BIRIIN,
WAGHFIRLANA-WALAHU(HA), YAA-ROB-BAL ‘AA-LAMEEN.
“Ya Allah ! Ampunkanlah ia dan tinggikanlah darajatnya ketingkatan golongan orang-
orang yang mendapat hidayat, dan berilah ganti dari turunannya sesudah perginya dia,
dan ampunkanlah kami serta dia, Wahai Tuhan sekelian ‘alam”
(Riwayat Muslim)
[8] Belasungkawa kepada keluarga simati
Kita juga wajib menumpukan perhatian kepada keluarga simati kerana mereka juga
sedang menghadapi ujian Allah. Kita dianjurkan agar senantiasa berkata dengan
perkataan yang baik, dan disunatkan agar sebutan-sebutan kita tentang simati berupa
do’a-do’a memohonkan kebaikan keatas ruhnya. Rasuulullah s.a.w. pernah apabila
dikhabarkan tentang kematian seorang sahabat, beliau berdo’a dan berkata :
ALLAA-HUM-MAGH-FIRLII WALAHU,
WA- A’QIB-NI MIN-HU ‘UQ-BA HASANAH
“Ya Allah! Ampunkanlah saya dan dia, dan gantikan kepada saya gantian yang baik.”
(Riwayat Abu Dawud)
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 5
“Menghadapi pesakit dan kematian”
“Tiada seorang yang ditimpa bala’ musibah lalu berkata ‘IN-NAA-LIL-LAAHI WA-
IN-NAA ILAY-HI RAA-JI-’UUN, ALLAA-HUMMA A’ - JURNI FII-MU-SII-BATII,
WA-AKH-LIF-LII KHAY-RAN MIN-HA.’ melainkan pasti Allah akan beri pahala
padanya dalam musibah itu dan menggantikan baginya yang lebih baik dari apa yang
telah hilang.”
(Makna sebutan Arab bermaksud : “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan
kepadaNya-lah kami kembali.Ya Allah ! Berilah pahala bagi kami dalam musibah ini
dan gantikan bagi kami yang lebih baik dari apa yang telah hilang.”)
(Riwayat Muslim)
Kalaupun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa Arab, dalam bahasa apapun boleh
sahaja, asalkan maksud tuturan kita kepada keluarga simati itu mengandungi kata-kata
yang menganjurkan kesabaran dan permohonan kebaikan untuk mereka.
[8] Bantuan penyelenggaraan jenazah
Sebagaimana kita maklum, jenazah seorang Muslim wajib di uruskan - yakni
dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dimakamkan. Ganjaran bagi mereka
yang dapat melaksanakan perkara ini untuk simati adalah amat besar disisi Allah.
Setiap Muslim perlu bersedia untuk dapat melaksanakan nya.
Walau bagaimanapun, ada beberapa badan yang bertugas didalam bidang
penyelenggaraan jenazah. Di bawah ini adalah senari badan-badan tersebut yang boleh
dihubungi :
Persatuan Khairat Kematian Telok Kurau Tel : 3448398
S’pore Muslim Casket Tel : 4407259
MTFA (Muslim Trust Fund Association) Tel : 7465729
Muhammadiyyah Tel : 2427388
Senarai diatas ini tidak lengkap. Kita boleh juga menghubungi MUIS (Majlis agama
Islam S’pura) atau mana masjid atau badan-badan Islam yang lain untuk mendapatkan
bantuan.
“Fardhu kifaayah” - Urusan yang terbengkalai
Dengan perubahan sistem kehidupan sosial, dari perkampungan kepada perbandaran,
banyak cabaran-cabaran menghadapi ummat Islam yang hidup berselerak di merata
Singapura ini. Namun haq tiap Muslim untuk disantuni apabila mereka menghadapi
masa’alah, wajib dilaksanakan dan jangan sampai ianya terabai. Para pesakit yang
menghadapi ajal, janganlah dibiarkan terlantar di rumah sakit ataupun di rumah-
rumah asuhan ataupun dirumah mereka sendiri, tanpa mendapat santunan sosial yang
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 6
“Menghadapi pesakit dan kematian”
Islami. Kerja-kerja merawat, melawat, menyantuni para pesakit, adalah dituntut oleh
Islam dan menjadi “fardhu kifaayah”. Kekata “ kifaayah” adalah dari kata “kafa’a”
yang bererti “cukup, atau secukupnya, atau sepadan” (yakni sepadan dengan yang
diperlukan). Jadi kita mesti bertanya kepada diri kita :
“Adakah kerja ini telah dilaksanakan dengan secukupnya oleh kita semua ?”
Anggapan bahwa “fardhu kifaayah” dikira telah terlaksana bila hanya seorang Muslim
telah melakukannya” itu, adalah tidak tepat dengan makna “kifaayah”. Yang perlu
ditekankan adalah soalan : “cukup-kah dan sepadankah usaha kita dalam menangani
isu ini ? dari segi jumlah mereka yang melaksanakan ataupun dari segi qualiti
khidmat perlaksanaan nya ?” Janganlah kita mahu lagi bersikap seperti dulu yang
mana kita “mengandaikan (assumption)” bahwa “tentu perkara ini telah ada orang
Islam lain yang melakukannya. Kalau dah ada seorang yang buat, lepaslah sudah
tanggung-jawab kita !” Padahal belum memadai. Setiap Muslim wajib mempunyai
keazaman untuk mahu berusaha kepada kerja-kerja dibidang “Fardhu Kifaayah” ini
tanpa menunggu-nunggu atau terlalu disibukkan kepada perkara ‘amalan untuk diri
sendiri, yang kebanyyakan nya pula adalah perkara yang hukum-nya hanya ‘sunnat’
sahaja. Dan perkara “Fardhu” ini wajib diutamakan dari yang “Sunnat”. Kita wajib
mengingati seruan Allah s.w.t. :
WALTAKUM-MINKUM UM-MATUNYAD-’UUNA ILAL-KHAYR,
WA YA’MURUUNA BIL-MA’ARUUFI WA YAN-HAU-NA- ‘ANIL MUNKAR
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan yang menyeru kepada segala kebaikan,
menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang munkar.”
(Qur’an : al-’Imraan : 3 : 104)
Prinsip hidup sosial yang wajib menjadi dasar masyarakat kita adalah seperti yang
tersebut di dalam ayat :
ILAL-LAdzIINA- AA-MANUU WA- ‘AMILUSwAA-LIHAATI
WATA- WAA SwAW-BIL-HAQQ- WATA-WAA SwAW-BISw-wsWABR
“Melainkan (yakni orang yang tidak rugi itu adalah) mereka yang beriman dan
ber’amal solih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
kesabaran.”
(Qur’an : wal-’AswR : 103 : 3)
Dalam konteks melaksanakan tanggung-jawab menjaga dan merawat pesakit Muslim ini,
yang mesti-nya mempunyai unsur “at-tawaswaubil-Haqq wat-tawa-swaubiswabr”
(berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran), masih
belum memadai dan mencukupi.
KEMUSYKILAN “Antara menghantar kerumah penjaagaan atau bawa balik kerumah ?”
Ada pesakit dan kelurganya mengajukan kemusykilan : “Doktor telah mengatakan
bahawa pesakit tidak ada harapan sembuh dan memberikan tempoh 6 bulan. Ada
yang rekomen supaya dhantarkan kerumah tumpangan khusus. Saya juga dinasihati
untuk bawa balik pesakit kerana ini lebih dikehendaki Islam. Ini membuat saya
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 7
“Menghadapi pesakit dan kematian”
menjadi bingung. Tolong beri jawaban, pandangan atau anjuran dari pandangan
Islam ?
Konsep rawatan kepada pesakit dalam Islam adalah menyeluruh kepada dua segi -
menjaga kesehatan physical (jasmani) dan juga kesehatan spiritual (kerohanian). Sejak
dulu lagi, rawatan banyak dilaksanakan di rumah dan menjurus kepada dua segi ini.
Akan tetapi dengan perkembangan perubatan moden (yang hanya mengkhususkan
kepada satu segi - phyical), rawataan jasmaniyyah terkini dan sesuai adalah dihospital.
Maka kita yang sakit diwajibkan untuk berusaha mencari rawatan kepada pakar, yakni
mendapatkan rawatan dihospital itu. Ini bermakna, rawatan untuk juga menjaga
kesehatan spiritual yang dituntut Islam itu, kadangkala dilupakan atau terabai. Kita
tidak salahkan hospital kerana mereka tidak memahami konsep Islam ini, dan yang
wajib mengadakan penjagaan kerohanian pesakit ini adalah familinya yang terdekat dan
masyarakat Islam itu sendiri. Kitalah yang wajib memperlengkapkan cara rawatan yang
dipandang kurang oleh Islam.
Sebagai orang yang beriman, kita wajib percaya bahwa ajal dan maut itu hanya
diketahui Allah s.w.t. Perkataan doktor ini hanyalah suatu pengakuan jujurnya bahawa
menurut ‘ilmu perubatan nya (yang tentu terhad), tidak ada lagi yang dapat mereka
usahakan untuk menyembuhkan pesakit. Jadi tidaklah kita harus jadikannya sebab untuk
berputus asa. Tetaplah kita senantiasa meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dan terus
tabah berushaha untuk hidup. Kalau pun belum menemui penawar, penderitaan yang
ditanggungi pesakit wajib kita ringankan. Ini boleh di adakan dimana sahaja, baik di
rumah atau ditempat penjagaan yang khusus. Oleh kerana kita juga wajib menjaga
ehwal kerohanian (keimanan) pesakit Muslim, agar mereka terus mendapat bimbingan
dan kalau pun ajalnya tiba, di harapkan ia mati didalam Iman dan Islam, (kita
bimbangkan jikalau ia nya terlantar bersendirian dihospital atau dirumah tumpangan
perkara menjaga ehwal kerohanian mereka ini akan diabaikan) maka selalunya kita
dinasihati agar pesakit tersebut dibawa pulang kerumah. Tetapi kerana cara rawatan
bagi sesetengah pesakit sekarang ini adalah lebih khusus (dan banyak orang awam jahil
tentang nya) , yang dikhawatirkan pula ialah pesakit itu akan menjadi lebih sengsara
kalau dirumah oleh sebab kurang mendapat layanan dengan sebaiknya kerana ahli
keluarganya sibuk atau jahil tentang kaedah rawatan yang terkini dan sebagainya. Ini
juga boleh mengakibatkan pesakit ini menjadi lebih parah, bukan saja jasmaninya tetapi
aqidah-nya juga terjejas (yakni kerana sengsara ia mungkin putus asa dan berperasaan
buruk sangka kepada Allah). Inilah dilema yang selalu dihadapi keluarga pesakit
Muslim.
Jalan keluar nya adalah, tidak kira di rumah tumpangan atau di rumah sendiri, kaedah
penjagaan kepada dua segi ini (ehwal jasmani dan ehwal rohani) wajib ada atau
diadakan oleh kelurga atau masyarakat Islam. Ini memerlukan kepada suatu usaha
tarbiyyah (pendidikan dan latihan) kepada ahli keluarga pesakit dan penyusunan para
sukarelawan Islam agar, dengan latihan tersebut, mereka dapat memberi khidmat yaang
diwajibkan oleh Islam - Insya Allah !
Penutup
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 8
“Menghadapi pesakit dan kematian”
Semoga penerangan yang serba ringkas ini dapat memberi sesuatu untuk membantu
ummat Islam dalam rangka mengendalikan ‘urusan “Fardhu Kifaayah” ini. Mudah-
mudahan Allah meredhai dan merestui segala ‘amalan kita semua - Aa-min.
Wal-laahu a’lam. Wabil-laahi-tau-fiq-wal hidaa-yah. Was-salaa-mu’alay-kum w.b.
Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 9

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Syukur saat ditimpa musibah
Syukur saat ditimpa musibahSyukur saat ditimpa musibah
Syukur saat ditimpa musibahROSHIDAABUHAMID
 
Di depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianDi depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianErman Hidayat
 
Qada dan qadar tauhid tahun 11
Qada dan qadar tauhid tahun 11Qada dan qadar tauhid tahun 11
Qada dan qadar tauhid tahun 11irk_smmg
 
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSA
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSAALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSA
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSAJumal Ahmad
 
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadar
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadarMakna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadar
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadarerni nri
 
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swt
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swtPel. 4 sabar menghadapi ujian allah swt
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swtNORAINI1010
 
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilaku
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilakuHikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilaku
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilakuNurfaisyalAnas
 
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapa
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapaKehidupan diuji allah swt seperti buah kelapa
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapaHelmon Chan
 
Materi iman kepada qada dan qadar
Materi iman kepada qada dan qadarMateri iman kepada qada dan qadar
Materi iman kepada qada dan qadarilmupendidikan
 
Ciri beriman kepada qadha dan qadar
Ciri beriman kepada qadha dan qadarCiri beriman kepada qadha dan qadar
Ciri beriman kepada qadha dan qadarUsmawatidewi
 
Iman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarIman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarNurul Wulandari
 
77 implementasi iman
77 implementasi iman77 implementasi iman
77 implementasi imanM Tata Taufik
 
Was ist angesagt? (20)

Syukur saat ditimpa musibah
Syukur saat ditimpa musibahSyukur saat ditimpa musibah
Syukur saat ditimpa musibah
 
Di depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematianDi depan gerbang kematian
Di depan gerbang kematian
 
Hidup&Cubaan[Slideshare1)
Hidup&Cubaan[Slideshare1)Hidup&Cubaan[Slideshare1)
Hidup&Cubaan[Slideshare1)
 
Ikhlas dan sabar
Ikhlas dan sabarIkhlas dan sabar
Ikhlas dan sabar
 
Qada dan qadar tauhid tahun 11
Qada dan qadar tauhid tahun 11Qada dan qadar tauhid tahun 11
Qada dan qadar tauhid tahun 11
 
agama islam
agama islamagama islam
agama islam
 
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSA
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSAALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSA
ALLAH BERSAMA ORANG SUSAH OLEH YAYASAN AKSI PEDULI BANGSA
 
Iman kepada qada dan qadar
Iman kepada qada dan qadarIman kepada qada dan qadar
Iman kepada qada dan qadar
 
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadar
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadarMakna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadar
Makna dan Hikmah Iman Kepada qada dan qadar
 
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swt
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swtPel. 4 sabar menghadapi ujian allah swt
Pel. 4 sabar menghadapi ujian allah swt
 
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilaku
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilakuHikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilaku
Hikmah beriman kepada hari akhir dan membiasakan perilaku
 
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapa
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapaKehidupan diuji allah swt seperti buah kelapa
Kehidupan diuji allah swt seperti buah kelapa
 
Materi iman kepada qada dan qadar
Materi iman kepada qada dan qadarMateri iman kepada qada dan qadar
Materi iman kepada qada dan qadar
 
Ciri beriman kepada qadha dan qadar
Ciri beriman kepada qadha dan qadarCiri beriman kepada qadha dan qadar
Ciri beriman kepada qadha dan qadar
 
Agama qada dan qadar
Agama qada dan qadarAgama qada dan qadar
Agama qada dan qadar
 
Iman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadarIman kepada qadha dan qadar
Iman kepada qadha dan qadar
 
Bab v
Bab vBab v
Bab v
 
Perilaku Jujur
Perilaku JujurPerilaku Jujur
Perilaku Jujur
 
77 implementasi iman
77 implementasi iman77 implementasi iman
77 implementasi iman
 
24.8.2012
24.8.201224.8.2012
24.8.2012
 
Andere mochten auch

Makkah – Medina Expansion Plan
Makkah – Medina Expansion PlanMakkah – Medina Expansion Plan
Makkah – Medina Expansion PlanPuryanto papapandu
 
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009Zhulkeflee Ismail
 
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)Zhulkeflee Ismail
 
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)Zhulkeflee Ismail
 
Youth leadership2005(amended)a
Youth leadership2005(amended)aYouth leadership2005(amended)a
Youth leadership2005(amended)aZhulkeflee Ismail
 
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)Zhulkeflee Ismail
 
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amended
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amendedNurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amended
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amendedZhulkeflee Ismail
 
Response on the madrasah (slideshare)
Response on the madrasah (slideshare)Response on the madrasah (slideshare)
Response on the madrasah (slideshare)Zhulkeflee Ismail
 
Be Muslim Students[Slideshare]
Be Muslim Students[Slideshare]Be Muslim Students[Slideshare]
Be Muslim Students[Slideshare]Zhulkeflee Ismail
 
Good word like a good tree 97 2003(amended)
Good word like a good tree 97 2003(amended)Good word like a good tree 97 2003(amended)
Good word like a good tree 97 2003(amended)Zhulkeflee Ismail
 
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014Zhulkeflee Ismail
 
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshareZhulkeflee Ismail
 
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...Zhulkeflee Ismail
 
Andere mochten auch (16)

Makkah – Medina Expansion Plan
Makkah – Medina Expansion PlanMakkah – Medina Expansion Plan
Makkah – Medina Expansion Plan
 
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009
NursingStudent'sRequest[6]- 5Aug2009
 
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)
Nurul= polyrequest4understanding12 april200(amended)
 
Islam and the west
Islam and the westIslam and the west
Islam and the west
 
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)
Nurulscanned letter of the director to nurul(amnd)
 
Youth leadership2005(amended)a
Youth leadership2005(amended)aYouth leadership2005(amended)a
Youth leadership2005(amended)a
 
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)
Nurulpolyrequet to whom it may concern30 may2009(amended)
 
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amended
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amendedNurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amended
Nurulpoly attachment-towhomitmayconcern(2)amended
 
Response on the madrasah (slideshare)
Response on the madrasah (slideshare)Response on the madrasah (slideshare)
Response on the madrasah (slideshare)
 
Be Muslim Students[Slideshare]
Be Muslim Students[Slideshare]Be Muslim Students[Slideshare]
Be Muslim Students[Slideshare]
 
Why hate the_bees
Why hate the_beesWhy hate the_bees
Why hate the_bees
 
Good word like a good tree 97 2003(amended)
Good word like a good tree 97 2003(amended)Good word like a good tree 97 2003(amended)
Good word like a good tree 97 2003(amended)
 
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014
(Slideshare) fardh ainintermcoursetauheed(poster)-batch-jan-may-2014
 
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare
[Poster] fardh ain-beginners'course-(january-2014-intake)-slideshare
 
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)
Quotes aurat-tudung-issue-(slideshare)
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1g -‘muslim’s education'-key...
 
Ähnlich wie Hospi sa

SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSitiAzziraIdris
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalahmr_haryono
 
Seorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidakSeorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidakHelmon Chan
 
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxKhutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxByOneNet
 
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)amri30
 
Makalah dirasah islamiyah
Makalah dirasah islamiyahMakalah dirasah islamiyah
Makalah dirasah islamiyahAinul Mukarrob
 
100 tanda kematian
100 tanda kematian100 tanda kematian
100 tanda kematianrahwani
 
Pendidikan agama isla mx
Pendidikan agama isla mxPendidikan agama isla mx
Pendidikan agama isla mxmuhammad_hafiz
 
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sos
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sosAllif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sos
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sosAllifNasri
 
40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalahHelmon Chan
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminSeptian Muna Barakati
 
Panduan solat-taubat
Panduan solat-taubatPanduan solat-taubat
Panduan solat-taubatAri Jito
 
Ähnlich wie Hospi sa (20)

SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah
 
Seorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidakSeorang mukmin yang sakit, ia tidak
Seorang mukmin yang sakit, ia tidak
 
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docxKhutbah Idul Fitri 1444 H.docx
Khutbah Idul Fitri 1444 H.docx
 
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)
Ulil Amri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S.Th.I., M.Sos)
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
agama nad.docx
agama nad.docxagama nad.docx
agama nad.docx
 
Makalah dirasah islamiyah
Makalah dirasah islamiyahMakalah dirasah islamiyah
Makalah dirasah islamiyah
 
100 tanda kematian
100 tanda kematian100 tanda kematian
100 tanda kematian
 
Pendidikan agama isla mx
Pendidikan agama isla mxPendidikan agama isla mx
Pendidikan agama isla mx
 
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sos
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sosAllif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sos
Allif khairun nasri,agama islam,ilmu komunikasi,dr.taufiq ramdani,s.th.i.,m.sos
 
40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah40 cara menyelesaikan_masalah
40 cara menyelesaikan_masalah
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Panduan solat-taubat
Panduan solat-taubatPanduan solat-taubat
Panduan solat-taubat
 
Uas pai
Uas paiUas pai
Uas pai
 
Ingat Mati
Ingat MatiIngat Mati
Ingat Mati
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Mehr von Zhulkeflee Ismail

[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] knowledge of our roots
[Slideshare] knowledge of our roots[Slideshare] knowledge of our roots
[Slideshare] knowledge of our rootsZhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Zhulkeflee Ismail
 
Mehr von Zhulkeflee Ismail (20)

[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
 
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1 f -‘muslim’s education'-ke...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
 
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
 
[Slideshare] knowledge of our roots
[Slideshare] knowledge of our roots[Slideshare] knowledge of our roots
[Slideshare] knowledge of our roots
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1e -‘muslim’s education'-key...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
 
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
 
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1d -‘muslim’s education'-key...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
 
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1c-consolidation-restart mod...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
 
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
 
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
 
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
 
Hospi sa

  • 1. “Menghadapi pesakit dan kematian” Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. PANDANGAN ISLAM DALAM MENGHADAPI NAZAK DAN KEMATIAN oleh : Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail (PERGAS) Muqaddimah IN-NAA LIL-LAA-HI WA IN-NAA ILAY-HI RAA-JI- ‘UUN “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nya-lah kami kembali.” (Qur’an : al-Baqarah : 2 : 156) Untuk mengetahui hakikat kematian itu, kita perlu memahami hakikat penghidupan didunia ini dahulu. - apakah ertinya hidup ? dari mana kah kita datang ? mengapa kita di ciptakan ? dan kemanakah kita akan pergi sesudah penghidupan didunia ini ? dan sebagai nya. Bagi seorang Muslim kita telahpun di beri asas atau landasan yang mengandungi jawaban dan pengertian pada soalan-soalan tersebut melalui apa yang disebut “Arkaanul Iiman (rukun Iiman)”. Untuk mula memahami erti hidup ini, kita wajib sedar hakikat wujud nya Tuhan yang Maha Esa, sebagai Pencipta segala sesuatu. Hanya Dia sahaja yang sedia ada (tanpa dicipta), kekal dan kepada Nya bergantung segala sesuatu. Hanya Dia lah Pencipta dan selain Dia semuanya adalah ciptaan Nya. Lanjutan dari beriman kepada Allah itu, kita dididik untuk juga beriman dengan malaikat, kita-kitab, rasul-rasul, hari pembalasan dan Qadha’ qadar. Dari asas inilah seorang Muslim akan sedar bahwa kematian itu adalah suatu hakikat dari penghidupan dunia yang sementara ini - sebagai tahap laluan yang setiap orang pasti akan lalui dalam perjalanan kita kepada Tuhan yang menciptakan kita. Dan penghidupan itu adalah sebagai tempat untuk kita membuktikan nilai kita yang sebenarnya. Tempat ujian untuk menentukan siapakah yang baik atau yang buruk penghidupan nya. Kita semua pasti akan di nilai mengenai ‘amalan dalam hidup kita ini. “(Allah lah)Yang telah menciptakan mati dan hidup, supaya Dia manguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Qur’an : al-Mulk : 67 : 2) Jadi kematian bukanlah sesuatu yang mesti ditakuti oleh seorang Muslim, kerana setiap usaha didunia semuanya adalah untuk mempersiapkan diri kita untuk menghadapiNya. Kita wajib memanfa’atkan keseluruhan penghidupan kita itu dan menggunakan segala pemberian Tuhan untuk kita merealisasikan atau menjadikan diri kita sebagai ciptaan yang terbaik diantara ciptaan-ciptaan yang lain. Walaupun kita mempunyai banyak kelemahan-kelemahan atau kesilapan serta kesalahan sekalipun, dan kita merasakan sedikit sekali kebaikan pada diri kita (di bandingkan dengan keburukan) janganlah ini membuat kita merasa putus asa. Selagi kita masih hidup, kesempatan masih lagi terbuka untuk kita dapat pengampunan Allah yang maha Pengasih, lagi maha Penyayang. Pintu Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 1
  • 2. “Menghadapi pesakit dan kematian” taubat senantiasa terbuka luas bagi kita, maka berusahalah untuk mendapatkan pengampunan dan rahmat dari Allah. Apabila Allah mengampunkan kita, maka segala dosa akan terhapus dan inilah yang sangat-sangat kita harapkan. Kita perlu menyampaikan khabar gembira ini dengan selalu menunjukkan sifat Pengasih dan Penyayangnya Allah s.w.t., terutama kepada setiap Muslim yang sakit. Terangkanlah selalu kepada mereka tentang maqsud ayat Allah s.w.t. yang terkandung dibawah ini : “Katakanlah : ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (yakni yang berdosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qur’an : az-Zumar : 39 : 53) Dan ahadith dari Rasulullaah s.a.w. yang berkenaan seperti sabdanya : “Tiada sesuatu kepayahan, kesakitan, kesedihan, kesusahan. penderitaan dan kesukaran, sampai pun duri yang menyakitkan itu mengenai kepada seorang muslim melainkan dengan itu semua Allah akan menutupi dosa-dosanya.” (Hadith riwayat Bukhary dan Muslim) Berkenaan dengan “mati” “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.” (Qur’an : al-Imran : 3 : 185) “Misteri” kematian itu disingkapkan oleh Allah kepada kita sebagai pintu laluan yang pasti setiap kita yang hidup ini akan merasakan atau pasti melaluinya. Sebagaimana kita telah pun melalui ‘alam bayi dalam rahim ibu, kemudian keluar hadhir didunia ini melalui proses kelahiran, dengan pastinya kematian itu juga adalah tahap yang mesti di lalui untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun bagi seorang Muslim, kita yang sedar betapa perlunya berusaha agar senantiasa menyerah kepada tuntutan dan kehendak Allah dengan selalu berjihad dijalanNya, kematian itu adalah tahap penemuan dengan Nya dan adalah berupa kerehatan untuk kita dari pancaroba kehidupan didunia yang fana ini. Kita dikehendaki agar kembali ke ‘alam barzakh dengan ketenangan. “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah kedalam jama’ah hamba-hambaKu, dan masuklah kedalam syurga Ku.” (Qur’an : al-Fajr : 89 : 27-30) Jadi walaupun kita menghargai penghidupan ini, kita juga mesti menyedari bahawa ianya akan berakhir dengan kematian. Allah lah yang menghidupkan dan Allah jugalah yang telah menentukan kematian itu. Kesakitan atau apa yang dianggap sebagai “penderitaan” didunia ini mesti diyakini sebagai ujian Allah bagi diri kita. Islam mengajarkan kita secara positif supaya berprasangka baik terhadap Allah s.w.t. dalam kita menghadapi ujian ini kerana Allah menghendaki agar hamba-hamba nya senantiasa berharap kepada Nya dan memohon kemaafan Nya. Jadi kesakitan dan kesukaran itu hanyalah untuk mendekatkan kita kepada “maghfirah”(ampunan) Allah itu. Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 2
  • 3. “Menghadapi pesakit dan kematian” Menghadapi pesakit dan yang sedang nazak ‘Amalan yang sangat tinggi nilainya disisi Allah diantara ‘amalan ” fardhu kifaayah”, adalah melawat atau mengunjungi pesakit dan membantu mereka-mereka yang menghadapi kesukaran dan kematian.Walaupun kita semua sedar akan perkara ini, tapi sayangnya kebanyakkan kita tidak dibekalkan dengan cukup ‘ilmu dari Islam tentang bagaimanakah cara-cara menghadapi pesakit atau yang sedang nazak. Perkara-perkara yang perlu ada bagi kita didalam mengunjungi pesakit adalah : [1] Ikhlash Setiap perkara mesti bermula dengan niat yang juga menentukan sikap kita. Untuk mendapat keredhaan Allah, setiap ‘amal bergantung kepada niat. Dengan keikhlashan, yakni “melaksanakan hanya kerana Allah atau untuk mendapatkan keredhaan Allah semata”, segala apa yang dilaksanakan akan digolongkan sebagai ‘ibadah serta di berkatiNya. Dan kerana ‘ibadat yang ikhlash itulah yang dikatakan ‘baik(ihsan)’, maka ini menghampirkan kita kepada Rahmat Allah. IN-NA RAH-MATALLAA-HI QA-RII-BUM-MINAL MUH-SI-NIIN “Sesungguhnya Rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (ihsan).” (Qur’an Surah al-A’raf : 7 :56) [2] Senantiasa berjiwa tenang dan menjadi penghubung kepada Rahmat Allah Ketenangan dalam diri dan pada wajah kita amatlah memberi kesan kepada orang lain, terutama yang sakit atau yang menghadapi maut. Kita, yang akan menghadapi mereka dianjurkan untuk senantiasa berusaha “bertaqarrub” kepada Allah - melalui beberapa cara seperti; bersih lahir dan batin, kemas, senantiasa berdo’a, berwirid, bertawakkal kepada Allah dan sebagainya. Keyakinan dan “husnuz-zan”(baik sangka kepada Allah) amatlah diperlukan. Persiapan diatas adalah perlu kerana peranan kita yang penting, apabila berdampingan dengan orang-orang sakit, adalah sebagai penghubung kepada Allah dan Rahmat-Nya. Anjurkan pada pesakit agar senantiasa berdo’a dan cuba sentiasa melaksankan solat- solat yang fardhu, ssedaya mungkin. Tetapi hendaklah kita lakukan ini dengan lembut, menunjukkan penuh rasa kasih sayang, bukan dengan cara memerintah dan menghukum, mengancam atau berceramah. Kita harus selalu ingat bahwa Kasih Allah meliputi segala sesuatu. Kalau mereka tidak tahu, tunjuki cara-cara bersolat bagi yang sakit, yakni memilih cara yang termudah dengan kelonggaran-kelonggarannya. Dan amatlah rugi kalau hubungan mereka kepada Allah melalui solat itu dicuaikan,terutama didalam keadaan merekaa ini yang amat memerlukan santunan dari Ilahi. Dan kerana keadaan mereka itu berbeza dari orang yang sehat, tuntutan hukum-hukum Islam kepada mereka juga akan berbeza kerana Qa’idah fiqh menyebutkan : Al-masyaq-qatu taj-libut-tay-siir (Kesulitan itu membawa kepada kemudahan). [3] Berkata dengan perkataan yang baik Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 3
  • 4. “Menghadapi pesakit dan kematian” Hendaklah kita selalu menjaga perkataan kita kerana segala perkataan kita itu akan di aminkan para malaikat. Selang-selikan percakapan dengan do’a untuk pesakit. Adalah juga baik kalau diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an di samping mereka agar mereka sama-sama disirami Rahmat Allah itu. [4] Bantu mengatasi perasaan patah hati (putus asa) Sebagaimana kita tahu bahwa Allah amat dekat kepada kita terutama kepada mereka yang ditimpa sesuatu musibah. Malah ada hadith qudsi yang memberi gambaran bahwa Allah berserta disisi orang yang sakit, maka dari itu melawat pesakit adalah seumpama mengunjungi Allah.Walau bagaimanapun, mereka yang sakit selalunya tidak ingat atau tidak tahu tentang perkara ini maka kita harus senantiasa mengingatkan mereka. Berilah galakkan supaya mereka senantiasa bersabar, berdo’a dan hindarkanlah mereka dari merasakan putus asa. [5] Berdo’a dan mendo’akan ( Beberapa contoh ucapan do’a kepada yang sakit dari Sunnah Rasuulullaah s.a.w.) Diantara cara menunjukkan simpati dengan secara positif dan berkesan adalah dengan berdo’a dan mendo’akan sisakit itu. Rasuulullah s.a.w. banyak menunjukkan cara demikian kerana do’a itu adalah senjata para mu’min. Dan ini lebih mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah s.w.t. Jika sekalipun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa Arab sebagaimana yang ditunjuki dalam ahadith, kita boleh berdo’a dalam apa bahasa pun. Yang perlu adalah kita laksanakan nya dengan ikhlash, sungguh-sungguh, dan penuh keyakinan dan harapan kepada Allah s.w.t. Diantara do’a-do’a ma’tsurat dari Rasullullah s.a.w. adalah : ALLAAH-HUMMAA RAB-BAN-NAS, ADz-HIBIL BA’-S, ASY-FI ANTA SYAA-FII, LAA-SYIFAA-’A- IL-LA SYIFAA-UK, SYI-FA-’AN LAA-YU-GHAA-DIRU SA-QA-MAA. (Ya Allah ! Tuhan dari semua manusia, hilangkanlah segala penyakit, sembuhkanlah! Hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari padaMu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi.) (Riwayat Bukhary & Muslim) ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit), ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit) ALLAAHUM-MASY-FI (sebut nama pesakit). “Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut), Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut) Ya Allah ! Sembuhkanlah (pesakit tersebut) “ (Riwayat Muslim) AS-ALULLAAH- HAL AZEEM RAB-BIL ‘ARSYIL AZEEM AN-YASY-FII-K (7 x ) “Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang mempunyai ‘arasy yang besar, semoga Allah menyembuhkan engkau” - [sebutkan sebanyak tujuh kali ] (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Hakim) Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 4
  • 5. “Menghadapi pesakit dan kematian” [6] Mentalqinkannya (mengajarkannya) dengan kalimah “Laa-ilaaha il-lallaah” Kalau kita menghadapi mereka yang sedang nazak, hendaklah kita laksanakan ajaran Rasuulullah s.a.w. seperti di dalam ahadith : “Siapa yang akhir kalimat yang keluar dari lidahnya kalimat “Laa-ilaaha-il-lallaah” pasti masuk syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim) “Ajarkan (talqinkan) kepada orang mati diantara kamu kalimat “Laa-ilaaha il- lallaah.” (Riwayat Muslim) Ajarkanlah nya dengan tidak terburu-buru, atau berterus-terusan - tapi selang-seli. Biarlah seorang sahaja yang melakukannya tanpa diganggu oleh yang lain. Bisikanlah kalimah itu sekali-sekali, dan berilah kesempatan untuk ia menyambutnya. Yang lain kalau ingin membantu bolehlah membacakan Al-Qur’an, Surah Yasin atau harapan dan do’a agar Allah menunjukkan Rahim (Kasih) Nya kepada yang sedang nazak itu. Ada beberapa tanda-tanda nazak. Adakalanya mereka yang tenat itu akan mula bernafas dengan keras, dan matanya tertumpu keatas atau kehadapan seolah-olah melihat kejauhan.Tubuhnya akan terasa sejuk bermula dari ujung kaki, terus naik keatas. (Perlu di ingat bahawa dalam menghadapi urusan kematian, setiap perkara yang dilihat adalah amanah, jadi kalau ada ke’aiban janganlah di ceritakan kepada orang lain). [7] Sunnah memejamkan mata simati dan iringilah dengan do’a Apabila berlalunya sakaratul maut (yakni ianya telah menghembuskan nafas yang akhir) kadangkala matanya masih terbuka, maka di sunnatkan kita untuk memejamkan nya sambil membacakan do’a untuknya seperti : AL-LAAHUM-MAGH-FIR LAHU(LAHA) WARFA’-DARO-JAA-TAHU(HA) FIL- MAH-DIY-YINA, WAKHLUF-HU(HA) FII-’AQIIBIHI FIL-QAA-BIRIIN, WAGHFIRLANA-WALAHU(HA), YAA-ROB-BAL ‘AA-LAMEEN. “Ya Allah ! Ampunkanlah ia dan tinggikanlah darajatnya ketingkatan golongan orang- orang yang mendapat hidayat, dan berilah ganti dari turunannya sesudah perginya dia, dan ampunkanlah kami serta dia, Wahai Tuhan sekelian ‘alam” (Riwayat Muslim) [8] Belasungkawa kepada keluarga simati Kita juga wajib menumpukan perhatian kepada keluarga simati kerana mereka juga sedang menghadapi ujian Allah. Kita dianjurkan agar senantiasa berkata dengan perkataan yang baik, dan disunatkan agar sebutan-sebutan kita tentang simati berupa do’a-do’a memohonkan kebaikan keatas ruhnya. Rasuulullah s.a.w. pernah apabila dikhabarkan tentang kematian seorang sahabat, beliau berdo’a dan berkata : ALLAA-HUM-MAGH-FIRLII WALAHU, WA- A’QIB-NI MIN-HU ‘UQ-BA HASANAH “Ya Allah! Ampunkanlah saya dan dia, dan gantikan kepada saya gantian yang baik.” (Riwayat Abu Dawud) Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 5
  • 6. “Menghadapi pesakit dan kematian” “Tiada seorang yang ditimpa bala’ musibah lalu berkata ‘IN-NAA-LIL-LAAHI WA- IN-NAA ILAY-HI RAA-JI-’UUN, ALLAA-HUMMA A’ - JURNI FII-MU-SII-BATII, WA-AKH-LIF-LII KHAY-RAN MIN-HA.’ melainkan pasti Allah akan beri pahala padanya dalam musibah itu dan menggantikan baginya yang lebih baik dari apa yang telah hilang.” (Makna sebutan Arab bermaksud : “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.Ya Allah ! Berilah pahala bagi kami dalam musibah ini dan gantikan bagi kami yang lebih baik dari apa yang telah hilang.”) (Riwayat Muslim) Kalaupun kita tidak dapat berdo’a dalam bahasa Arab, dalam bahasa apapun boleh sahaja, asalkan maksud tuturan kita kepada keluarga simati itu mengandungi kata-kata yang menganjurkan kesabaran dan permohonan kebaikan untuk mereka. [8] Bantuan penyelenggaraan jenazah Sebagaimana kita maklum, jenazah seorang Muslim wajib di uruskan - yakni dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dimakamkan. Ganjaran bagi mereka yang dapat melaksanakan perkara ini untuk simati adalah amat besar disisi Allah. Setiap Muslim perlu bersedia untuk dapat melaksanakan nya. Walau bagaimanapun, ada beberapa badan yang bertugas didalam bidang penyelenggaraan jenazah. Di bawah ini adalah senari badan-badan tersebut yang boleh dihubungi : Persatuan Khairat Kematian Telok Kurau Tel : 3448398 S’pore Muslim Casket Tel : 4407259 MTFA (Muslim Trust Fund Association) Tel : 7465729 Muhammadiyyah Tel : 2427388 Senarai diatas ini tidak lengkap. Kita boleh juga menghubungi MUIS (Majlis agama Islam S’pura) atau mana masjid atau badan-badan Islam yang lain untuk mendapatkan bantuan. “Fardhu kifaayah” - Urusan yang terbengkalai Dengan perubahan sistem kehidupan sosial, dari perkampungan kepada perbandaran, banyak cabaran-cabaran menghadapi ummat Islam yang hidup berselerak di merata Singapura ini. Namun haq tiap Muslim untuk disantuni apabila mereka menghadapi masa’alah, wajib dilaksanakan dan jangan sampai ianya terabai. Para pesakit yang menghadapi ajal, janganlah dibiarkan terlantar di rumah sakit ataupun di rumah- rumah asuhan ataupun dirumah mereka sendiri, tanpa mendapat santunan sosial yang Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 6
  • 7. “Menghadapi pesakit dan kematian” Islami. Kerja-kerja merawat, melawat, menyantuni para pesakit, adalah dituntut oleh Islam dan menjadi “fardhu kifaayah”. Kekata “ kifaayah” adalah dari kata “kafa’a” yang bererti “cukup, atau secukupnya, atau sepadan” (yakni sepadan dengan yang diperlukan). Jadi kita mesti bertanya kepada diri kita : “Adakah kerja ini telah dilaksanakan dengan secukupnya oleh kita semua ?” Anggapan bahwa “fardhu kifaayah” dikira telah terlaksana bila hanya seorang Muslim telah melakukannya” itu, adalah tidak tepat dengan makna “kifaayah”. Yang perlu ditekankan adalah soalan : “cukup-kah dan sepadankah usaha kita dalam menangani isu ini ? dari segi jumlah mereka yang melaksanakan ataupun dari segi qualiti khidmat perlaksanaan nya ?” Janganlah kita mahu lagi bersikap seperti dulu yang mana kita “mengandaikan (assumption)” bahwa “tentu perkara ini telah ada orang Islam lain yang melakukannya. Kalau dah ada seorang yang buat, lepaslah sudah tanggung-jawab kita !” Padahal belum memadai. Setiap Muslim wajib mempunyai keazaman untuk mahu berusaha kepada kerja-kerja dibidang “Fardhu Kifaayah” ini tanpa menunggu-nunggu atau terlalu disibukkan kepada perkara ‘amalan untuk diri sendiri, yang kebanyyakan nya pula adalah perkara yang hukum-nya hanya ‘sunnat’ sahaja. Dan perkara “Fardhu” ini wajib diutamakan dari yang “Sunnat”. Kita wajib mengingati seruan Allah s.w.t. : WALTAKUM-MINKUM UM-MATUNYAD-’UUNA ILAL-KHAYR, WA YA’MURUUNA BIL-MA’ARUUFI WA YAN-HAU-NA- ‘ANIL MUNKAR “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan yang menyeru kepada segala kebaikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang munkar.” (Qur’an : al-’Imraan : 3 : 104) Prinsip hidup sosial yang wajib menjadi dasar masyarakat kita adalah seperti yang tersebut di dalam ayat : ILAL-LAdzIINA- AA-MANUU WA- ‘AMILUSwAA-LIHAATI WATA- WAA SwAW-BIL-HAQQ- WATA-WAA SwAW-BISw-wsWABR “Melainkan (yakni orang yang tidak rugi itu adalah) mereka yang beriman dan ber’amal solih dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Qur’an : wal-’AswR : 103 : 3) Dalam konteks melaksanakan tanggung-jawab menjaga dan merawat pesakit Muslim ini, yang mesti-nya mempunyai unsur “at-tawaswaubil-Haqq wat-tawa-swaubiswabr” (berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran), masih belum memadai dan mencukupi. KEMUSYKILAN “Antara menghantar kerumah penjaagaan atau bawa balik kerumah ?” Ada pesakit dan kelurganya mengajukan kemusykilan : “Doktor telah mengatakan bahawa pesakit tidak ada harapan sembuh dan memberikan tempoh 6 bulan. Ada yang rekomen supaya dhantarkan kerumah tumpangan khusus. Saya juga dinasihati untuk bawa balik pesakit kerana ini lebih dikehendaki Islam. Ini membuat saya Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 7
  • 8. “Menghadapi pesakit dan kematian” menjadi bingung. Tolong beri jawaban, pandangan atau anjuran dari pandangan Islam ? Konsep rawatan kepada pesakit dalam Islam adalah menyeluruh kepada dua segi - menjaga kesehatan physical (jasmani) dan juga kesehatan spiritual (kerohanian). Sejak dulu lagi, rawatan banyak dilaksanakan di rumah dan menjurus kepada dua segi ini. Akan tetapi dengan perkembangan perubatan moden (yang hanya mengkhususkan kepada satu segi - phyical), rawataan jasmaniyyah terkini dan sesuai adalah dihospital. Maka kita yang sakit diwajibkan untuk berusaha mencari rawatan kepada pakar, yakni mendapatkan rawatan dihospital itu. Ini bermakna, rawatan untuk juga menjaga kesehatan spiritual yang dituntut Islam itu, kadangkala dilupakan atau terabai. Kita tidak salahkan hospital kerana mereka tidak memahami konsep Islam ini, dan yang wajib mengadakan penjagaan kerohanian pesakit ini adalah familinya yang terdekat dan masyarakat Islam itu sendiri. Kitalah yang wajib memperlengkapkan cara rawatan yang dipandang kurang oleh Islam. Sebagai orang yang beriman, kita wajib percaya bahwa ajal dan maut itu hanya diketahui Allah s.w.t. Perkataan doktor ini hanyalah suatu pengakuan jujurnya bahawa menurut ‘ilmu perubatan nya (yang tentu terhad), tidak ada lagi yang dapat mereka usahakan untuk menyembuhkan pesakit. Jadi tidaklah kita harus jadikannya sebab untuk berputus asa. Tetaplah kita senantiasa meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dan terus tabah berushaha untuk hidup. Kalau pun belum menemui penawar, penderitaan yang ditanggungi pesakit wajib kita ringankan. Ini boleh di adakan dimana sahaja, baik di rumah atau ditempat penjagaan yang khusus. Oleh kerana kita juga wajib menjaga ehwal kerohanian (keimanan) pesakit Muslim, agar mereka terus mendapat bimbingan dan kalau pun ajalnya tiba, di harapkan ia mati didalam Iman dan Islam, (kita bimbangkan jikalau ia nya terlantar bersendirian dihospital atau dirumah tumpangan perkara menjaga ehwal kerohanian mereka ini akan diabaikan) maka selalunya kita dinasihati agar pesakit tersebut dibawa pulang kerumah. Tetapi kerana cara rawatan bagi sesetengah pesakit sekarang ini adalah lebih khusus (dan banyak orang awam jahil tentang nya) , yang dikhawatirkan pula ialah pesakit itu akan menjadi lebih sengsara kalau dirumah oleh sebab kurang mendapat layanan dengan sebaiknya kerana ahli keluarganya sibuk atau jahil tentang kaedah rawatan yang terkini dan sebagainya. Ini juga boleh mengakibatkan pesakit ini menjadi lebih parah, bukan saja jasmaninya tetapi aqidah-nya juga terjejas (yakni kerana sengsara ia mungkin putus asa dan berperasaan buruk sangka kepada Allah). Inilah dilema yang selalu dihadapi keluarga pesakit Muslim. Jalan keluar nya adalah, tidak kira di rumah tumpangan atau di rumah sendiri, kaedah penjagaan kepada dua segi ini (ehwal jasmani dan ehwal rohani) wajib ada atau diadakan oleh kelurga atau masyarakat Islam. Ini memerlukan kepada suatu usaha tarbiyyah (pendidikan dan latihan) kepada ahli keluarga pesakit dan penyusunan para sukarelawan Islam agar, dengan latihan tersebut, mereka dapat memberi khidmat yaang diwajibkan oleh Islam - Insya Allah ! Penutup Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 8
  • 9. “Menghadapi pesakit dan kematian” Semoga penerangan yang serba ringkas ini dapat memberi sesuatu untuk membantu ummat Islam dalam rangka mengendalikan ‘urusan “Fardhu Kifaayah” ini. Mudah- mudahan Allah meredhai dan merestui segala ‘amalan kita semua - Aa-min. Wal-laahu a’lam. Wabil-laahi-tau-fiq-wal hidaa-yah. Was-salaa-mu’alay-kum w.b. Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 9
  • 10. “Menghadapi pesakit dan kematian” Semoga penerangan yang serba ringkas ini dapat memberi sesuatu untuk membantu ummat Islam dalam rangka mengendalikan ‘urusan “Fardhu Kifaayah” ini. Mudah- mudahan Allah meredhai dan merestui segala ‘amalan kita semua - Aa-min. Wal-laahu a’lam. Wabil-laahi-tau-fiq-wal hidaa-yah. Was-salaa-mu’alay-kum w.b. Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail(1997) 9