SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”



                   AHLAN WA SAH-LAN WA MARHABA
-------------------------------------------------------------------
Write-up on the new premise

–    oleh Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail
     Executive Officer (Research & Development)

     Artikel ini telah dimuatkan dalam makalah khas pembukaan pejabat PERGAS diWismah Indah, 448, 03-01
     Changi Road bersebelahan Masjid Kassim, Singapura.

-----------------------------------------------------------------------


“Ahlan was sahlan wa marhaba” adalah kata-kata aluan di dalam menyambut
kedatangan setiap para pengunjung dan tetamu. Mengalu-alukan dengan
memperjelaskan kesediaan yang ada kepada tetamu dan pengunjung, juga merupakan
adab yang Islami. Setiap sesuatu yang disusun sememangnya mempunyai maksud
tertentu yang kami harapkan dapat memberi makna kepada mereka yang datang, agar
kunjungan mereka itu lebih bererti. Sebagai memperkenalkan identiti dan matlamat
kami, lambang-lambang alami dan hiasan tempat kami ini ada tersirat beberapa
pengertian. Jika tidak diperjelaskan, mungkin ianya hanya setakat hiasan zahiri. Dari
itu disini ingin kami perjelaskan beberapa konsep dan maksud reka-bentuk ruang
yang ada di pusat kami ini.


Dengan mendapatkan tempat di Wisma Indah Masjid Kassim, PERGAS kini
melangkah setapak lagi di dalam menempatkan perjuangan para Asatizah di
Singapura. Didalam menyiapkan pelan ruang tingkat tiga ini, tergeraklah saya agar
corak ruang tingkat PERGAS ini dapat sekaligus melambangkan juga kepada maksud
dan falsafah pendidikan yang kami perjuangkan.


PERGAS, atau “Persatuan Guru Islam dan Ulamak Singapura” mendokong
Da‟wah dan Pendidikan Islam sebagai peranan utama kami. Peranan kami adalah
sebagai penerus dan pendokong amanah para Nabi untuk mengIslamisasikan dunia
melalui pendidikan insan. Konsep dan falsafah serta budaya pendidikan yang kami
perjuangkan pula perlu kami paparkan. Maka dari itu reka bentuk yang kami siapkan
diruang pusat kami ini, sengaja diatur untuk mengandungi makna yang tersirat.

--------------------------------------------------
Bermula di ruang pertama - yakni lobby.
--------------------------------------------------

Dengan memasuki ruang lobby ini, yang akan terserlah kepada pengunjung adalah
kaunter penyambut tamu (reception counter) kami. Namun, kalau dilihat ke lantai,
hiasan ruang ini terbahagi kepada tiga jenis corak hiasan yang tidak sama. Bermula
dengan corak bebatuan beasar warna-warni sehingga menemukan dengan hiasan
kebiru-biruan yang mengasingkannya dengan ruang lantai yang bercorak seperti
pasir-pasiran di pantai.




                                                                          All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   1
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”


MAKNA


Hiasan bebatuan warna warni melambangkan kepelbagaian corak hidup dan ragam.
Ini adalah simbolik kepada keadaan kepelbagaian nilai-nilai budaya serta berbagai-
bagai cara hidup yang mungkin pengunjung telah pun didedahkan sebelum ini. Corak-
corak bebatuan yang agak besar dan mempunyai warna-warni yang agak „garang‟ ini
seolah-olah memberi gambaran kepada gaya penghidupan yang „sekular‟ dan
materialistik mencorakkan manusia-manusia yang bersifat individualistik, terlalu
mementingkan diri, masing-masing manusia berlumba-lumba menyerlahkan diri
dalam medan hidup. Corak nya seolah-olah melambangkan „kerimasan‟ suasana.
Setiap batu pula mempunyai bucu-bucu yang agak kasar serta ruang antara bebatuan
kelihatan jelas dan lebar. Walaupun ianya memberi gambaran „rancak‟, namun ianya
tidak mengarah kepada kedamaian malah menampakkan persaingan. Setiap bebatuan
seolah-olah berhempas pulas untuk mendapatkan tempat.


Sebagai kebalikkan nya, nun disebarang ruang lobby ini, terbentang pula hiasan
pasir-pasiran, melambangkan akhir natijah batu-batu yang menjalani proses
pensucian dengan air. Sifat tiap-tiap pasir dan batu, walaupun mempunyai
keperibadian tersendiri namun keadaan mereka menampakkan kepengalaman dan
kematangan (experience and maturity). Tiap pasir dan batu tersusun dan terurus
menurut tempat masing-masing dengan rapatnya, melambangkan kedamaian jiwa
serta keluhuran budi dan mengutamakan khidmat dan kebersatuan. Keberadaan setiap
butir mengarah kepada saling lengkap-melengkapi. Unsur-unsur terlalu
mementingkan diri (sifat ke-„akuan‟) hilang dengan semuanya menyatu dalam satu
ruang yang melambangkan kesatuan ummat sejagat Sedarkah kita bahwa setiap pasir
dan batu (walaupun ada yang meremehkan keberadaan mereka dimuka bumi), adalah
diantara bahan terpenting didalam pembangunan? Sepertinya juga, hanya insan-insan
yang suci dan berbudi luhur lah yang mampu membawa keberkesanan setiap
perjuangan dan pembangunan yang bererti.


Ruang lantai yang bercorak kebiruan pula, adalah lambang „air‟ - sumber utama yang
dijadikan Allah untuk penghidupan dan juga bahan utama untuk kesucian dan
pengsucian. Coraknya dibentangkan seolah-olah ibarat sungai yang mengalir,
memisahkan kedua corak yang kami sebutkan sebelum ini. Yang kami ingin
maksudkan adalah mesej bahawa perubahan dari satu keadaan yang kurang baik
kepada keadaan yang lebih baik memerlukan kepada suatu pensucian. Inilah lambang
kepada pendidikan yang Islami. Pendidikan yang berlandaskan Syari‟ah. Sebagai
isyarat, kekata Arab „Shari‟ah‟ itu juga mengandungi makna „mata air atau jalan
menuju ke mata air‟. Maka jalur air itu kami bentangkan ibarat sebatang sungai, yang
seolah-olah telah mengalir dari ruang yang di dalam bangunan.


Suasana corak ketiga-tiganya sengaja diatur supaya mendorong seseorang untuk
menyusul, mencari asal kepada punca „air‟ tersebut. Maka ia dipersilakan menapak
jejak mengikuti alur „air‟ tersebut. Dengan memudik ke hulu, pengunjung akan
diarahkan ke sebuah pintu. Tertera di atasnya adalah kekata yang dipetik dari Hadith
Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang melangkah kakinya keperjalanan menunutut


                                                    All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   2
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”


ilmu, maka Allah akan menjadikannya sebagai jalan menuju „jannah‟ (taman
syurga).” Dan bertentangan dengan pintu masuk ini ada tertera lima ayat dari Surah
al-„alaq:


        “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu Yang menciptakan,
        Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah,
        Bacalah, dan Tuhanmu lah Yang Paling Pemurah,
        Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam,
        Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”



-------------------------------------------------------------------------
PENDIDIKAN ISLAM - KEMBARA MENUNTUT ILMU
-------------------------------------------------------------------------

Menuntut ilmu adalah seperti suatu pengembaraan. Setiap pengembaraan mestilah
mempunyai landasan dan arah tuju hala. Islam meletakkan syari‟ah sebagai landasan
tersebut. Hiasan „air‟ itu adalah lambang kepada makna kekata “syari‟ah” itu - adalah
ibarat sungai dan sekaligus jalan menuju kepada mata air. Seorang penuntut di sebut
„talib‟ – (pencari) atau „saalik‟ (pengembara) dan mesti berusaha menempuh beberapa
pengalaman dengan meniti kembara ilmu berlandaskan Islam.

Ruang yang pengunjung akan kemudian masuki adalah berbentuk „archway‟ – pintu
pintu gerbang. Ini melambangkan pendidikan Islam mengutamakan kepada adab
menuntut ilmu. Pelajar dikehendaki bersedia dan rela merubah diri, dengan
melepaskan cara dan budaya lama yang mungkin ada. Seorang pelajar Islam adalah
mereka yang menyerahkan diri kepada tiap tuntutan ilmu Islam yang mereka dilalui.
Ilmulah yang akan menguasai diri, bukan diri yang „konon menguasai ilmu‟ namun
tidak memberi jejas apa-apa kepada diri tersebut. Ini adalah suatu fahaman yang
sangat kontradiktif, yakni bertentangan dengan istilah „ilmu‟ menurut Islam. Gerbang
(archway) yang dilalui seumpama „maqam‟ yang harus ditempuh dan rentasi; atau
seperti kulit-kulit yang mesti dikupas agar sampai kepada kehalusan budi pekerti,
kerana “ilmu” bermaksud “kesampaian jiwa kepada makna dan kesampaian makna
kepada jiwa.” (Re: S.M.Naquib Al-Attas).

Islam lebih mementingkan kedalaman „ilmu bukan setakat hanya mempunyai banyak-
nya maklumat. Matlamat pendidikan Islam adalah kepada terbentuk nya insan yang
„kulliy‟ (universal) dan „kamil‟(perfect). Kerana Rasulullah s.a.w. mengatakan :
”Tidaklah aku diutus melainkan untuk menyempurnakan keluhuran akhlaq manusia.”


Maka seorang penuntut ilmu adalah juga seorang pengembara yang apabila memenuhi
adab-adab didalam menuntut akan merasai setiap keadaan pembelajaran mereka
seumpama keberadaan mereka di dalam taman. Sesuatu yang indah dan
mengasyikkan. Maka dari itu, dengan menyusuli air, ia akan menemui ruang yang di
hiasi seumpama taman.




                                                              All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   3
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”


Taman adalah simbolik kepada kedamaian. Suatu tempat dan keadaan yang amat
mententeramkan. Corak yang dilantai adalah secara simbolik seperti sebuah mata-air
(fountain). Corak hiasan bintang yang berbucu lapan yang, jika di ikuti jalurnya tidak
akan kesampaian kepada akhir ataupun mula.- senantiasa berterusan : adalah simbolik
kepada tidak terhingganya ilmu yang ada disisi Tuhan. Dan tentu sekali dengan corak
bintang juga ia melambangkan Islam sebagai agama wahyu, agama samaawi (yang
berasal dari langit). Islam mengajarkan bahwa kita sebagai insan, adalah dijadikan
agar tidak lalai atau leka dari mengingati Allah dan merenungi „aayat (tanda-tanda
keagungan Allah) melaui aayat qawliyyah (melalui wahyu) dan juga aayat
kauniyah(yang ada pada „alam). Renungkanlah! Seorang yang benar berilmu („aalim)
dan alam semesta („aalam) ditulis dengan huruf-huruf hija‟iyah yang serupa. Yakni “
„ayn-alif-lam-mim.”


Ruang ini sengaja digubah seumpama taman kerana Rasul s.a.w. mengatakan,
“apabila berkumpulnya manusia ketempat yang dimana ilmu diajarkan, maka ia
adalah taman diantara taman-taman syurga (raudhah min riyaa-dha al-jannah)”.


Ruang ini juga di sediakan dengan tempat duduk dan juga sebuah bilik-khas yang
bersebelahan dengan sebuah bilik berdinding kaca yang menpunyai corak Islami. Ini
mengisyaratkan bahwa kembara pendidikan perlu kepada tahap perhentian dari
bergerak, untuk jangka masa yang mungkin agak lama. Perlu kepada kesabaran dan
ketekunan untuk beberapa waktu Pengembaraan menuntut ilmu kini bukan lagi diukur
dengan jarak atau gerak laluan Perkembangan yang difokuskan adalah pengisian dan
perubahan dalaman, melalui zikr dan fikr. Zikr merangkumi pembelajaran dan
peringatan, dan fikr pula adalah usaha-usaha inisiatif peribadi. Dua perkara ini - ruang
bilik melambangkan aspek “zikr” (melalui ta‟lim, muzaakarah, uzlah, muhaasabah
diri dan lain) dan ruang duduk ditaman adalah mewakili aspek “fikr” (merenung dan
berfikir kepada makna tanda-tanda alami ini)”.

Kedua aktiviti ini adalah yang menjadi aktiviti utama seorang murid. Ianya juga
adalah aktiviti yang perlu ditanamkan supaya membiasakan murid itu agar dapat
meneruskan aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sama ada pada waktu
bersendirian ataupun pada keberadaan mereka di dunia umum. Pendidikan terus
melalui dua metode tersebut. Diharapkan akan lahirlah insan seperti digambarkan
oleh Allah:


“(Mereka itu adalah) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan
duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ii
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Q:
Aali „Imran : 3 :191)



Bilik adalah disediakan sebagai ruang untuk “halaqah” (study circle). Di harapkan,
pelajar dapat dikumpulkan oleh guru pembimbing didalamnya agar sistem „sheikh-
murid‟ dapat diterapkan secara lebih berkesan lagi diluar darjah formal. Pendidikan di


                                                      All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   4
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”


PERGAS menggalakkan pembelajaran secara kelompok ini (sememangnya menjadi
tren pembelajaran tradisional Islam), agar ianya menjadi satu budaya (culture) mereka
yang terdidik dari PERGAS. Diharapkan mereka ini akan mampu mengembangkan
tradisi ini di masyarakat agar pembelajaran secara „halaqah‟ ini dapat dihidupkan dan
dikembangkan semula dimasyarakat.


------------------------------------------------
…… KEMBARA SELANJUT NYA
-------------------------------------------------


Corak lantai yang seterusnya kini berubah menjadi corak hiasan yang berlambang-
lambang Islami (Islamic ornamental patterns). Hiasan di-dinding pula tertera
beberapa maklumat yang memaparkan aspek-aspek institusi pendidikan Islam –
umpamanya peribadi-peribadi ulama‟ Islam, sumbangan-sumbangan Islam kepada
dunia ilmu dan pendidikan, dan lain-lain . Ini diharapkan agar menjadi wadah
perangsang kepada pelajar untuk mengikuti jejak para ilmuan dan ulama‟ Islam.
Laluan ini pula, selain lantainya dihiasi dengan hiasan bintang-bintang dan motif
Islami, disebelah kanan menghadap „atrium, tingkapnya dicorakkan dengan reka
bentuk ala mihrab (di ilhamkan dari reka bentuk Islam-Andalusia.) Ini adalah harapan
kami agar lahirlah para ilmuwan dan ulama‟ yang mempunyai kecemerlangan seperti
ulama‟ Islam di zaman itu yang pernah memimpin dunia dibenua Eropah itu seperti
IbnRushd, Al-Farabi, Ibn Hazm, A-Mawardhi, Al-Qurtubi, Ibn Arabi, dan lain-lain.


Maqsud nya adalah diharapkan penuntut yang sudah mengalami pendidikan Islami
akan menjalani perubahan, terutama pada fikrah dan tasawwur. Alam pendidikan
Islami akan merubah pandangan mereka terhadap alam. Setiap sesuatu akan dilihat
dari kacamata atau perspektif Islam, tidak lagi berpisah-pisah. Tiap sesuatu di alam ini
akan dilihatnya amat indah dan menakjubkan, sehingga menimbulkan rasa syukur dan
terus mendorong mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Walaupun bentuk dan rupa
benda-benda di alam semsta ini mungkin kelihatan nya berbeza-beza, namun tiap
sesuatu itu dapat diterapkan kepada suatu paradigma Tauhid. Seseorang yang terdidik
secara Islami akan tahu letak-nya sesuatu di alam maya ini, menurut perspektif Islam.
Dan tiap sentuhan kreatif mereka adalah ibarat usaha mentasbih dan mentasdiqkan ke-
Esaan Allah s.w.t.


Gambar hiasan didinding pula adalah wadah untuk mengejutkan para pelajar kepada
sejarah kegemilangan Islam yang dipelopori oleh para ulama‟ masa lampau yang telah
menunjukkan keupayaan menyumbang kepada dunia dengan hidup mereka. Tradisi
ilmu inilah yang diharapkan dari pelajar-pelajar Muslim masa kini. Pendidikan setiap
Muslim kini mesti dilihat sebagai suatu kesinambungan dan hubungan sejarah ini
perlu ditanamkan kepada setiap generasi Muslim. Kalau mereka para ulama‟ dahulu
telah meneroka kejayaan masa kegemilangan Islam, maka tanggung jawab kita
sebagai pelajar Islam masa kini, adalah untuk terus mengembalikan kegemilangan itu.
Satu-satunya cara adalah melalui pendidikan secara Islami.




                                                      All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   5
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”


Apabila ke luar ruang – yakni lobby, akan nampak tertera di tiang-tiang yang ada
ditempat duduk bersebelahan kaunter penyambut tamu beberapa kalimat.


Taqwa, Ikhlash, Sidq, Saja‟ah, „Iffah, Hilm, Quwwah, „Adalah, Zuhd, (atau
seumpama-nya)

Agar ianya mengimgsatkan kepada setiap Muslim yang terdidik agar senantiasa
mendukung dan merealisasikan sifat dan akhlaq yang mulia ini.


Sebelum ke luar, bertentangan dengan pintu masuk tadi adalah sebuah pintu yang
padanya tertera surah Al-„Alaq. Tersembunyi dibalik pintu ini, walaupun kecil, adalah
sebuah kutub khanah.. Asalnya adalah tangga ketingkat atas yang kini diubah suai
khas. Ruang ini (kutub khanah) adalah simbolik kepada budaya membaca,
penyelidikan dan penulisan. Budaya ini adalah suatu kelaziman para ulama‟ dan
ilmuan Islam. Mudah-mudahan tangga-tangga didalamnya juga adalah suatu
peringatan tentang betapa pentingnya pembacaan dalam kita meningkatkan ke-ilmuan
itu. Aspek budaya membaca dan menulis memang tidak boleh dipisahkan apabila kita
mengenali institusi pendidikan Islam. Ini juga adalah peringatan kita kepada kutub
khanah yang termashur Islam seperti di Qurtubi (Cordova), di Baghdad, di Iskandaria
(Alexandaria) dan sebagainya.


Apabila keluar semula ke ruang lobby, lantai yang akan dipijak adalah berupa
pasiran-pasiran bebatu yang telah melalui proses hakisan atau penyucian dengan air
(washed gravel). Setiap biji pasir, walaupun mempunyai riwayat tersendiri, kini
merapatkankan barisan dalam satu penampilan yang padat dan padu. Ini adalah
sebagai lambang natijah pendidikan Islam yang mampu merobah sifat seorang insan
dengan menghilangkan sifat keras dan kotor yang tersalut padanya, serta
mengembalikan atau menyerlahkan potensi sebenar bebatu itu. Pasir dan bebatu ini
adalah pembuktian ketahanan mereka, penuh dengan pengalaman dan kedewasaan
(matured). Malah, melalui proses pensucian dan peng-gilapanlah, kadangkala akan
terserlah diantara butiran-butiran itu beberapa intan dan berlian. Namun bukanlah
sifat satu atau dua biji butiran yang perlu disini, malah yang penting adalah
keberadaan mereka semua pada keseluruhannya.

Samalah juga sikap tiap ulama‟ dan ilmuan Islam. Masing-masing lebih menumpukan
kepada pembangunan ummah, bukan penyerlahan pribadi masing-masing. Mereka
para ulama‟, sedar bahwa penyerlahan yang perlu baginya adalah melalui khidmat dan
ketulusan budi, bukan penyerlaan „ego‟ atau penonjolan rupa. Mereka, para ulama‟
Islam ini adalah umpama batu-batuan yang disebutkan ini. Kefahaman mereka adalah,
sesiapa yang mempunyai ilmu adalah mereka yang, oleh kerana pendidikan yang
mereka lalui, akan menjadi senantiasa tawadhu‟, tahu diri dan tahu letak duduknya
sesuatu di alam raya kepunyaan Allah s.w.t. Seorang yang benar terdidik adalah
mereka yang beradab dan mendokong peradaban. Walaupun sememangnya Allah
s.w.t. mengangkat derajat para ulama‟ yang beriman ketahap yang tinggi, namun
didunia, mereka para ulama‟ menumpukan hidup mereka untuk berkhidmat, memikul
tanggung jawab sebagai pewaris para Nabi („alayhimus-salaam) – terutama dalam
pembangunan (masyarakat).


                                                    All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   6
“PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk”




Ilmu bukan untuk ditayang dan dibangga-banggakan, tetapi ilmu adalah untuk di
amal. Ilmu mestilah yang memanfa‟atkan dan di manfa‟atkan. Dan walau sebanyak
mana pun sumbangan mereka kepada ummah, bagi para ulama‟ itu sendiri,
sumbangan mereka itu adalah dianggap tetap kecil, hanya ibarat sebutir pasir di gurun
yang luas. Harapan setiap mereka adalah hanya untuk mendapat restu dan keredhaan
Tuhan. Seolah-olah hidup dan perjuangan mereka dapat disimpulkan dengan do‟a:


         “Ilahii, anta maqsuu-di wa ridhaa-ka mat-luu-bi”

         Tuhanku, Engkau lah maqsud (dan tujuan bagi hidup)ku,
         dan keredhaan Mu lah menjadi kedambaan ku.”


Itulah falsafah dan maqsud dari reka-bentuk PERGAS di WISMA INDAH ini. Ianya
juga adalah harapan kami untuk setiap pelajar kami dan pengunjung ke pusat
pendidikan kami di PERGAS ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjayakan kita
semua agar terdidiklah generasi Islam yang mendokong ilmu, dan sekaligus giat
berusaha dan ber‟amal dalam masyarakat untuk melahirkan “Khayra ummah”
(ummat terbaik).

Aamin!


WallaAllaahu a‟lam

Zhulkeflee Haji Ismail.

----------------------------------------------------------------------------------------




                                                                All Rights Reserved©Zhulkeflee2000   7

Weitere ähnliche Inhalte

Mehr von Zhulkeflee Ismail

[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...Zhulkeflee Ismail
 
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...Zhulkeflee Ismail
 
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...Zhulkeflee Ismail
 

Mehr von Zhulkeflee Ismail (20)

[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
[Slideshare]reflections qur'an(3)aali 'imran[164] part2
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson-#7-arkanul-iiman...
 
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
Slideshare (lesson#5)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-tauheed-al-uluh...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#6-arkanul-iiman-...
 
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#4)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#5-arkanul-iiman-...
 
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
Slideshare (lesson#3)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-khaliqiyyah-rub...
 
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
[Slideshare] tadzkirah-february -2017-seeking-allah's-nearness-part-2-(surah ...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #4-arkanul-iiman...
 
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2c)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3b-risaalah-con...
 
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
Slideshare~$(lesson#2b)tauheed course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wro...
 
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)[Slideshare] kenali  sejarah-(intro)
[Slideshare] kenali sejarah-(intro)
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson #3a-risaalah-(ba...
 
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
Slideshare (lesson#2a)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-causes-of-wron...
 
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...
[Slideshare] fardh'ain-(batch#17-intake-january-2017)-lesson#2 -tauheed- (bas...
 
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...
Slideshare (lesson#1b)tauheed-course-(batch#6-januay-may-2017)-muqaddimah=his...
 
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...
[Slideshare] tadzkirah-january -2017-seeking-allah's-nearness-part-1(baqarah-...
 
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...
[Slideshare] tafaqqahu-#6-(january-2017)-lesson-#1b-introduction-to-restart m...
 
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...
[Slideshare] fardh'ain(batch#17-intake-january-2017)-lesson#1b-(introdn-b)-co...
 

Kürzlich hochgeladen

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 

Ahlan Wa Sahlan(A)

  • 1. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” AHLAN WA SAH-LAN WA MARHABA ------------------------------------------------------------------- Write-up on the new premise – oleh Ustaz Zhulkeflee Hj Ismail Executive Officer (Research & Development) Artikel ini telah dimuatkan dalam makalah khas pembukaan pejabat PERGAS diWismah Indah, 448, 03-01 Changi Road bersebelahan Masjid Kassim, Singapura. ----------------------------------------------------------------------- “Ahlan was sahlan wa marhaba” adalah kata-kata aluan di dalam menyambut kedatangan setiap para pengunjung dan tetamu. Mengalu-alukan dengan memperjelaskan kesediaan yang ada kepada tetamu dan pengunjung, juga merupakan adab yang Islami. Setiap sesuatu yang disusun sememangnya mempunyai maksud tertentu yang kami harapkan dapat memberi makna kepada mereka yang datang, agar kunjungan mereka itu lebih bererti. Sebagai memperkenalkan identiti dan matlamat kami, lambang-lambang alami dan hiasan tempat kami ini ada tersirat beberapa pengertian. Jika tidak diperjelaskan, mungkin ianya hanya setakat hiasan zahiri. Dari itu disini ingin kami perjelaskan beberapa konsep dan maksud reka-bentuk ruang yang ada di pusat kami ini. Dengan mendapatkan tempat di Wisma Indah Masjid Kassim, PERGAS kini melangkah setapak lagi di dalam menempatkan perjuangan para Asatizah di Singapura. Didalam menyiapkan pelan ruang tingkat tiga ini, tergeraklah saya agar corak ruang tingkat PERGAS ini dapat sekaligus melambangkan juga kepada maksud dan falsafah pendidikan yang kami perjuangkan. PERGAS, atau “Persatuan Guru Islam dan Ulamak Singapura” mendokong Da‟wah dan Pendidikan Islam sebagai peranan utama kami. Peranan kami adalah sebagai penerus dan pendokong amanah para Nabi untuk mengIslamisasikan dunia melalui pendidikan insan. Konsep dan falsafah serta budaya pendidikan yang kami perjuangkan pula perlu kami paparkan. Maka dari itu reka bentuk yang kami siapkan diruang pusat kami ini, sengaja diatur untuk mengandungi makna yang tersirat. -------------------------------------------------- Bermula di ruang pertama - yakni lobby. -------------------------------------------------- Dengan memasuki ruang lobby ini, yang akan terserlah kepada pengunjung adalah kaunter penyambut tamu (reception counter) kami. Namun, kalau dilihat ke lantai, hiasan ruang ini terbahagi kepada tiga jenis corak hiasan yang tidak sama. Bermula dengan corak bebatuan beasar warna-warni sehingga menemukan dengan hiasan kebiru-biruan yang mengasingkannya dengan ruang lantai yang bercorak seperti pasir-pasiran di pantai. All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 1
  • 2. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” MAKNA Hiasan bebatuan warna warni melambangkan kepelbagaian corak hidup dan ragam. Ini adalah simbolik kepada keadaan kepelbagaian nilai-nilai budaya serta berbagai- bagai cara hidup yang mungkin pengunjung telah pun didedahkan sebelum ini. Corak- corak bebatuan yang agak besar dan mempunyai warna-warni yang agak „garang‟ ini seolah-olah memberi gambaran kepada gaya penghidupan yang „sekular‟ dan materialistik mencorakkan manusia-manusia yang bersifat individualistik, terlalu mementingkan diri, masing-masing manusia berlumba-lumba menyerlahkan diri dalam medan hidup. Corak nya seolah-olah melambangkan „kerimasan‟ suasana. Setiap batu pula mempunyai bucu-bucu yang agak kasar serta ruang antara bebatuan kelihatan jelas dan lebar. Walaupun ianya memberi gambaran „rancak‟, namun ianya tidak mengarah kepada kedamaian malah menampakkan persaingan. Setiap bebatuan seolah-olah berhempas pulas untuk mendapatkan tempat. Sebagai kebalikkan nya, nun disebarang ruang lobby ini, terbentang pula hiasan pasir-pasiran, melambangkan akhir natijah batu-batu yang menjalani proses pensucian dengan air. Sifat tiap-tiap pasir dan batu, walaupun mempunyai keperibadian tersendiri namun keadaan mereka menampakkan kepengalaman dan kematangan (experience and maturity). Tiap pasir dan batu tersusun dan terurus menurut tempat masing-masing dengan rapatnya, melambangkan kedamaian jiwa serta keluhuran budi dan mengutamakan khidmat dan kebersatuan. Keberadaan setiap butir mengarah kepada saling lengkap-melengkapi. Unsur-unsur terlalu mementingkan diri (sifat ke-„akuan‟) hilang dengan semuanya menyatu dalam satu ruang yang melambangkan kesatuan ummat sejagat Sedarkah kita bahwa setiap pasir dan batu (walaupun ada yang meremehkan keberadaan mereka dimuka bumi), adalah diantara bahan terpenting didalam pembangunan? Sepertinya juga, hanya insan-insan yang suci dan berbudi luhur lah yang mampu membawa keberkesanan setiap perjuangan dan pembangunan yang bererti. Ruang lantai yang bercorak kebiruan pula, adalah lambang „air‟ - sumber utama yang dijadikan Allah untuk penghidupan dan juga bahan utama untuk kesucian dan pengsucian. Coraknya dibentangkan seolah-olah ibarat sungai yang mengalir, memisahkan kedua corak yang kami sebutkan sebelum ini. Yang kami ingin maksudkan adalah mesej bahawa perubahan dari satu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik memerlukan kepada suatu pensucian. Inilah lambang kepada pendidikan yang Islami. Pendidikan yang berlandaskan Syari‟ah. Sebagai isyarat, kekata Arab „Shari‟ah‟ itu juga mengandungi makna „mata air atau jalan menuju ke mata air‟. Maka jalur air itu kami bentangkan ibarat sebatang sungai, yang seolah-olah telah mengalir dari ruang yang di dalam bangunan. Suasana corak ketiga-tiganya sengaja diatur supaya mendorong seseorang untuk menyusul, mencari asal kepada punca „air‟ tersebut. Maka ia dipersilakan menapak jejak mengikuti alur „air‟ tersebut. Dengan memudik ke hulu, pengunjung akan diarahkan ke sebuah pintu. Tertera di atasnya adalah kekata yang dipetik dari Hadith Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang melangkah kakinya keperjalanan menunutut All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 2
  • 3. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” ilmu, maka Allah akan menjadikannya sebagai jalan menuju „jannah‟ (taman syurga).” Dan bertentangan dengan pintu masuk ini ada tertera lima ayat dari Surah al-„alaq: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu Yang menciptakan, Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmu lah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” ------------------------------------------------------------------------- PENDIDIKAN ISLAM - KEMBARA MENUNTUT ILMU ------------------------------------------------------------------------- Menuntut ilmu adalah seperti suatu pengembaraan. Setiap pengembaraan mestilah mempunyai landasan dan arah tuju hala. Islam meletakkan syari‟ah sebagai landasan tersebut. Hiasan „air‟ itu adalah lambang kepada makna kekata “syari‟ah” itu - adalah ibarat sungai dan sekaligus jalan menuju kepada mata air. Seorang penuntut di sebut „talib‟ – (pencari) atau „saalik‟ (pengembara) dan mesti berusaha menempuh beberapa pengalaman dengan meniti kembara ilmu berlandaskan Islam. Ruang yang pengunjung akan kemudian masuki adalah berbentuk „archway‟ – pintu pintu gerbang. Ini melambangkan pendidikan Islam mengutamakan kepada adab menuntut ilmu. Pelajar dikehendaki bersedia dan rela merubah diri, dengan melepaskan cara dan budaya lama yang mungkin ada. Seorang pelajar Islam adalah mereka yang menyerahkan diri kepada tiap tuntutan ilmu Islam yang mereka dilalui. Ilmulah yang akan menguasai diri, bukan diri yang „konon menguasai ilmu‟ namun tidak memberi jejas apa-apa kepada diri tersebut. Ini adalah suatu fahaman yang sangat kontradiktif, yakni bertentangan dengan istilah „ilmu‟ menurut Islam. Gerbang (archway) yang dilalui seumpama „maqam‟ yang harus ditempuh dan rentasi; atau seperti kulit-kulit yang mesti dikupas agar sampai kepada kehalusan budi pekerti, kerana “ilmu” bermaksud “kesampaian jiwa kepada makna dan kesampaian makna kepada jiwa.” (Re: S.M.Naquib Al-Attas). Islam lebih mementingkan kedalaman „ilmu bukan setakat hanya mempunyai banyak- nya maklumat. Matlamat pendidikan Islam adalah kepada terbentuk nya insan yang „kulliy‟ (universal) dan „kamil‟(perfect). Kerana Rasulullah s.a.w. mengatakan : ”Tidaklah aku diutus melainkan untuk menyempurnakan keluhuran akhlaq manusia.” Maka seorang penuntut ilmu adalah juga seorang pengembara yang apabila memenuhi adab-adab didalam menuntut akan merasai setiap keadaan pembelajaran mereka seumpama keberadaan mereka di dalam taman. Sesuatu yang indah dan mengasyikkan. Maka dari itu, dengan menyusuli air, ia akan menemui ruang yang di hiasi seumpama taman. All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 3
  • 4. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” Taman adalah simbolik kepada kedamaian. Suatu tempat dan keadaan yang amat mententeramkan. Corak yang dilantai adalah secara simbolik seperti sebuah mata-air (fountain). Corak hiasan bintang yang berbucu lapan yang, jika di ikuti jalurnya tidak akan kesampaian kepada akhir ataupun mula.- senantiasa berterusan : adalah simbolik kepada tidak terhingganya ilmu yang ada disisi Tuhan. Dan tentu sekali dengan corak bintang juga ia melambangkan Islam sebagai agama wahyu, agama samaawi (yang berasal dari langit). Islam mengajarkan bahwa kita sebagai insan, adalah dijadikan agar tidak lalai atau leka dari mengingati Allah dan merenungi „aayat (tanda-tanda keagungan Allah) melaui aayat qawliyyah (melalui wahyu) dan juga aayat kauniyah(yang ada pada „alam). Renungkanlah! Seorang yang benar berilmu („aalim) dan alam semesta („aalam) ditulis dengan huruf-huruf hija‟iyah yang serupa. Yakni “ „ayn-alif-lam-mim.” Ruang ini sengaja digubah seumpama taman kerana Rasul s.a.w. mengatakan, “apabila berkumpulnya manusia ketempat yang dimana ilmu diajarkan, maka ia adalah taman diantara taman-taman syurga (raudhah min riyaa-dha al-jannah)”. Ruang ini juga di sediakan dengan tempat duduk dan juga sebuah bilik-khas yang bersebelahan dengan sebuah bilik berdinding kaca yang menpunyai corak Islami. Ini mengisyaratkan bahwa kembara pendidikan perlu kepada tahap perhentian dari bergerak, untuk jangka masa yang mungkin agak lama. Perlu kepada kesabaran dan ketekunan untuk beberapa waktu Pengembaraan menuntut ilmu kini bukan lagi diukur dengan jarak atau gerak laluan Perkembangan yang difokuskan adalah pengisian dan perubahan dalaman, melalui zikr dan fikr. Zikr merangkumi pembelajaran dan peringatan, dan fikr pula adalah usaha-usaha inisiatif peribadi. Dua perkara ini - ruang bilik melambangkan aspek “zikr” (melalui ta‟lim, muzaakarah, uzlah, muhaasabah diri dan lain) dan ruang duduk ditaman adalah mewakili aspek “fikr” (merenung dan berfikir kepada makna tanda-tanda alami ini)”. Kedua aktiviti ini adalah yang menjadi aktiviti utama seorang murid. Ianya juga adalah aktiviti yang perlu ditanamkan supaya membiasakan murid itu agar dapat meneruskan aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Sama ada pada waktu bersendirian ataupun pada keberadaan mereka di dunia umum. Pendidikan terus melalui dua metode tersebut. Diharapkan akan lahirlah insan seperti digambarkan oleh Allah: “(Mereka itu adalah) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ii dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Q: Aali „Imran : 3 :191) Bilik adalah disediakan sebagai ruang untuk “halaqah” (study circle). Di harapkan, pelajar dapat dikumpulkan oleh guru pembimbing didalamnya agar sistem „sheikh- murid‟ dapat diterapkan secara lebih berkesan lagi diluar darjah formal. Pendidikan di All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 4
  • 5. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” PERGAS menggalakkan pembelajaran secara kelompok ini (sememangnya menjadi tren pembelajaran tradisional Islam), agar ianya menjadi satu budaya (culture) mereka yang terdidik dari PERGAS. Diharapkan mereka ini akan mampu mengembangkan tradisi ini di masyarakat agar pembelajaran secara „halaqah‟ ini dapat dihidupkan dan dikembangkan semula dimasyarakat. ------------------------------------------------ …… KEMBARA SELANJUT NYA ------------------------------------------------- Corak lantai yang seterusnya kini berubah menjadi corak hiasan yang berlambang- lambang Islami (Islamic ornamental patterns). Hiasan di-dinding pula tertera beberapa maklumat yang memaparkan aspek-aspek institusi pendidikan Islam – umpamanya peribadi-peribadi ulama‟ Islam, sumbangan-sumbangan Islam kepada dunia ilmu dan pendidikan, dan lain-lain . Ini diharapkan agar menjadi wadah perangsang kepada pelajar untuk mengikuti jejak para ilmuan dan ulama‟ Islam. Laluan ini pula, selain lantainya dihiasi dengan hiasan bintang-bintang dan motif Islami, disebelah kanan menghadap „atrium, tingkapnya dicorakkan dengan reka bentuk ala mihrab (di ilhamkan dari reka bentuk Islam-Andalusia.) Ini adalah harapan kami agar lahirlah para ilmuwan dan ulama‟ yang mempunyai kecemerlangan seperti ulama‟ Islam di zaman itu yang pernah memimpin dunia dibenua Eropah itu seperti IbnRushd, Al-Farabi, Ibn Hazm, A-Mawardhi, Al-Qurtubi, Ibn Arabi, dan lain-lain. Maqsud nya adalah diharapkan penuntut yang sudah mengalami pendidikan Islami akan menjalani perubahan, terutama pada fikrah dan tasawwur. Alam pendidikan Islami akan merubah pandangan mereka terhadap alam. Setiap sesuatu akan dilihat dari kacamata atau perspektif Islam, tidak lagi berpisah-pisah. Tiap sesuatu di alam ini akan dilihatnya amat indah dan menakjubkan, sehingga menimbulkan rasa syukur dan terus mendorong mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Walaupun bentuk dan rupa benda-benda di alam semsta ini mungkin kelihatan nya berbeza-beza, namun tiap sesuatu itu dapat diterapkan kepada suatu paradigma Tauhid. Seseorang yang terdidik secara Islami akan tahu letak-nya sesuatu di alam maya ini, menurut perspektif Islam. Dan tiap sentuhan kreatif mereka adalah ibarat usaha mentasbih dan mentasdiqkan ke- Esaan Allah s.w.t. Gambar hiasan didinding pula adalah wadah untuk mengejutkan para pelajar kepada sejarah kegemilangan Islam yang dipelopori oleh para ulama‟ masa lampau yang telah menunjukkan keupayaan menyumbang kepada dunia dengan hidup mereka. Tradisi ilmu inilah yang diharapkan dari pelajar-pelajar Muslim masa kini. Pendidikan setiap Muslim kini mesti dilihat sebagai suatu kesinambungan dan hubungan sejarah ini perlu ditanamkan kepada setiap generasi Muslim. Kalau mereka para ulama‟ dahulu telah meneroka kejayaan masa kegemilangan Islam, maka tanggung jawab kita sebagai pelajar Islam masa kini, adalah untuk terus mengembalikan kegemilangan itu. Satu-satunya cara adalah melalui pendidikan secara Islami. All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 5
  • 6. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” Apabila ke luar ruang – yakni lobby, akan nampak tertera di tiang-tiang yang ada ditempat duduk bersebelahan kaunter penyambut tamu beberapa kalimat. Taqwa, Ikhlash, Sidq, Saja‟ah, „Iffah, Hilm, Quwwah, „Adalah, Zuhd, (atau seumpama-nya) Agar ianya mengimgsatkan kepada setiap Muslim yang terdidik agar senantiasa mendukung dan merealisasikan sifat dan akhlaq yang mulia ini. Sebelum ke luar, bertentangan dengan pintu masuk tadi adalah sebuah pintu yang padanya tertera surah Al-„Alaq. Tersembunyi dibalik pintu ini, walaupun kecil, adalah sebuah kutub khanah.. Asalnya adalah tangga ketingkat atas yang kini diubah suai khas. Ruang ini (kutub khanah) adalah simbolik kepada budaya membaca, penyelidikan dan penulisan. Budaya ini adalah suatu kelaziman para ulama‟ dan ilmuan Islam. Mudah-mudahan tangga-tangga didalamnya juga adalah suatu peringatan tentang betapa pentingnya pembacaan dalam kita meningkatkan ke-ilmuan itu. Aspek budaya membaca dan menulis memang tidak boleh dipisahkan apabila kita mengenali institusi pendidikan Islam. Ini juga adalah peringatan kita kepada kutub khanah yang termashur Islam seperti di Qurtubi (Cordova), di Baghdad, di Iskandaria (Alexandaria) dan sebagainya. Apabila keluar semula ke ruang lobby, lantai yang akan dipijak adalah berupa pasiran-pasiran bebatu yang telah melalui proses hakisan atau penyucian dengan air (washed gravel). Setiap biji pasir, walaupun mempunyai riwayat tersendiri, kini merapatkankan barisan dalam satu penampilan yang padat dan padu. Ini adalah sebagai lambang natijah pendidikan Islam yang mampu merobah sifat seorang insan dengan menghilangkan sifat keras dan kotor yang tersalut padanya, serta mengembalikan atau menyerlahkan potensi sebenar bebatu itu. Pasir dan bebatu ini adalah pembuktian ketahanan mereka, penuh dengan pengalaman dan kedewasaan (matured). Malah, melalui proses pensucian dan peng-gilapanlah, kadangkala akan terserlah diantara butiran-butiran itu beberapa intan dan berlian. Namun bukanlah sifat satu atau dua biji butiran yang perlu disini, malah yang penting adalah keberadaan mereka semua pada keseluruhannya. Samalah juga sikap tiap ulama‟ dan ilmuan Islam. Masing-masing lebih menumpukan kepada pembangunan ummah, bukan penyerlahan pribadi masing-masing. Mereka para ulama‟, sedar bahwa penyerlahan yang perlu baginya adalah melalui khidmat dan ketulusan budi, bukan penyerlaan „ego‟ atau penonjolan rupa. Mereka, para ulama‟ Islam ini adalah umpama batu-batuan yang disebutkan ini. Kefahaman mereka adalah, sesiapa yang mempunyai ilmu adalah mereka yang, oleh kerana pendidikan yang mereka lalui, akan menjadi senantiasa tawadhu‟, tahu diri dan tahu letak duduknya sesuatu di alam raya kepunyaan Allah s.w.t. Seorang yang benar terdidik adalah mereka yang beradab dan mendokong peradaban. Walaupun sememangnya Allah s.w.t. mengangkat derajat para ulama‟ yang beriman ketahap yang tinggi, namun didunia, mereka para ulama‟ menumpukan hidup mereka untuk berkhidmat, memikul tanggung jawab sebagai pewaris para Nabi („alayhimus-salaam) – terutama dalam pembangunan (masyarakat). All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 6
  • 7. “PERGAS INDAH – falsafah reka-bentuk” Ilmu bukan untuk ditayang dan dibangga-banggakan, tetapi ilmu adalah untuk di amal. Ilmu mestilah yang memanfa‟atkan dan di manfa‟atkan. Dan walau sebanyak mana pun sumbangan mereka kepada ummah, bagi para ulama‟ itu sendiri, sumbangan mereka itu adalah dianggap tetap kecil, hanya ibarat sebutir pasir di gurun yang luas. Harapan setiap mereka adalah hanya untuk mendapat restu dan keredhaan Tuhan. Seolah-olah hidup dan perjuangan mereka dapat disimpulkan dengan do‟a: “Ilahii, anta maqsuu-di wa ridhaa-ka mat-luu-bi” Tuhanku, Engkau lah maqsud (dan tujuan bagi hidup)ku, dan keredhaan Mu lah menjadi kedambaan ku.” Itulah falsafah dan maqsud dari reka-bentuk PERGAS di WISMA INDAH ini. Ianya juga adalah harapan kami untuk setiap pelajar kami dan pengunjung ke pusat pendidikan kami di PERGAS ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjayakan kita semua agar terdidiklah generasi Islam yang mendokong ilmu, dan sekaligus giat berusaha dan ber‟amal dalam masyarakat untuk melahirkan “Khayra ummah” (ummat terbaik). Aamin! WallaAllaahu a‟lam Zhulkeflee Haji Ismail. ---------------------------------------------------------------------------------------- All Rights Reserved©Zhulkeflee2000 7