SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PERTANDINGAN
MENULIS ESEI
BAHASA MELAYU DAN
BAHASA INGGERIS
SECARA ATAS TALIAN
SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
KONSEP PERTANDINGAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
SECARA ATAS TALIAN
1.0 Pendahuluan
Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah
untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara
kreatif melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.
2.0 Objektif pertandingan
2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara
kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.
3.0 Kategori pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini terbahagi
kepada 4 kategori;
3.1 Sekolah rendah : murid Tahun 3 - 6
3.2 Sekolah menengah rendah : murid Tingkatan 1 – 3
3.3 Sekolah menengah atas : murid Tingkatan 4 – 5
3.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : murid Tingkatan 6
4.0 Tema
4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah
ialah;
4.1.1 Covid-19: Satu Pengajaran (Bahasa Melayu)
4.1.2 Lesson(s) Learnt During The Covid-19 Movement Control
Order (Bahasa Inggeris)
4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas dan Kolej Tingkatan 6 ialah;
4.2.1 Norma Baharu Pasca Wabak Covid-19 (Bahasa Melayu)
4.2.2 New Norms Post Covid-19 Pandemic (Bahasa Inggeris)
5.0 Syarat-syarat pertandingan
5.1 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei untuk satu
kategori sahaja sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
5.2 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang
lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.3 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain.
Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan
serta merta.
5.4 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh
sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
5.5 Format penulisan esei
5.5.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.5.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12
dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
5.5.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf
kepada guru sekolah masing-masing.
5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar esei murid melalui pautan yang
akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi
penjurian peringkat daerah dan negeri.
5.5 Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan;
i) Sekolah rendah 250 hingga 350 patah perkataan
ii) Sekolah menengah
rendah
400 hingga 500 patah perkataan
iii) Sekolah menengah atas 750 hingga 1,000 patah perkataan
iv) Tingkatan enam 1,000 hingga 1,300 patah
perkataan
5.6 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat
pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis
di peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah
dan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.
5.7 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta
kekal menjadi milik penulis.
5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.
6.0 Keputusan pertandingan
6.1 Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak KPM
mengikut peringkat pertandingan.
6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah
ditetapkan:-
i) Isi kandungan - 50 markah
ii) Bahasa - 50 markah
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh
panel pemeriksa secara kolektif.
6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
6.5 Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak
akan dilayan.
6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas
keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah
pertandingan.
7.0 Hadiah dan penghargaan
7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap
penyertaan murid.
7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian megikut
tahap pencapaian murid.
…………………………………………………………………………………………………..
Kertas konsep ini sah untuk tahun 2020 sehingga pemberitahuan atau semakan lebih
lanjut dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh digunakan di semua
peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan akan
mematuhi peraturan di atas sahaja.
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
NorhasnizaAbdulHamid
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
Norliza Bakri
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
ben683958sia
 

Was ist angesagt? (20)

Laporan perkhemahan
Laporan perkhemahanLaporan perkhemahan
Laporan perkhemahan
 
Minit Mesyuarat Bil 2.docx
Minit Mesyuarat Bil 2.docxMinit Mesyuarat Bil 2.docx
Minit Mesyuarat Bil 2.docx
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
 
Surat memohon sumbangan khatam.2015
Surat memohon sumbangan khatam.2015Surat memohon sumbangan khatam.2015
Surat memohon sumbangan khatam.2015
 
Contoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkapContoh aktiviti pengkap
Contoh aktiviti pengkap
 
214670372 kertas-kerja-minggu-seni
214670372 kertas-kerja-minggu-seni214670372 kertas-kerja-minggu-seni
214670372 kertas-kerja-minggu-seni
 
Senarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah ProgramSenarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah Program
 
kertas kerja mohon peruntukan pertandingan tarian
kertas kerja mohon peruntukan pertandingan tariankertas kerja mohon peruntukan pertandingan tarian
kertas kerja mohon peruntukan pertandingan tarian
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 
Kertas kerja pertandingan catur
Kertas kerja pertandingan caturKertas kerja pertandingan catur
Kertas kerja pertandingan catur
 
RPH Pembelajaran AKtif Bahasa Melayu (Project Based Learning) Tahun 4
RPH Pembelajaran AKtif Bahasa Melayu (Project Based Learning) Tahun 4RPH Pembelajaran AKtif Bahasa Melayu (Project Based Learning) Tahun 4
RPH Pembelajaran AKtif Bahasa Melayu (Project Based Learning) Tahun 4
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfPELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademik
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 

Ähnlich wie Pertandingan menulis esei bm bi (1)

Ähnlich wie Pertandingan menulis esei bm bi (1) (9)

Kertas konsep pertandingan mengarang sajak bm 2021
Kertas konsep pertandingan mengarang sajak bm 2021Kertas konsep pertandingan mengarang sajak bm 2021
Kertas konsep pertandingan mengarang sajak bm 2021
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-71.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
 
Projek inovasi
Projek inovasiProjek inovasi
Projek inovasi
 
Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
01 Garis Panduan Ihtifal Lughawi ILSS 2021 - 28 Feb.docx
01 Garis Panduan Ihtifal Lughawi ILSS 2021 - 28 Feb.docx01 Garis Panduan Ihtifal Lughawi ILSS 2021 - 28 Feb.docx
01 Garis Panduan Ihtifal Lughawi ILSS 2021 - 28 Feb.docx
 
Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1
 
Kertas konsep
Kertas konsepKertas konsep
Kertas konsep
 
Peraturan tulisan jawi
Peraturan tulisan jawiPeraturan tulisan jawi
Peraturan tulisan jawi
 

Mehr von zhalini samy

Mehr von zhalini samy (11)

Hbhe3203 kebersihan dan_keselamatan_pers (1)
Hbhe3203 kebersihan dan_keselamatan_pers (1)Hbhe3203 kebersihan dan_keselamatan_pers (1)
Hbhe3203 kebersihan dan_keselamatan_pers (1)
 
Online storytelling for primary schools
Online storytelling for primary schoolsOnline storytelling for primary schools
Online storytelling for primary schools
 
Online public speaking competition 2020
Online public speaking competition 2020Online public speaking competition 2020
Online public speaking competition 2020
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Maklumat tambahan tentang cir i ciri ha
Maklumat tambahan tentang cir i  ciri haMaklumat tambahan tentang cir i  ciri ha
Maklumat tambahan tentang cir i ciri ha
 
46345
4634546345
46345
 
45698
4569845698
45698
 
Peribahasa 1
Peribahasa 1Peribahasa 1
Peribahasa 1
 
Kerja lapangan geografi
Kerja lapangan geografiKerja lapangan geografi
Kerja lapangan geografi
 
E mateks 2014
E mateks 2014E mateks 2014
E mateks 2014
 
Pengurusan buku stok spbt 2014
Pengurusan buku stok spbt 2014Pengurusan buku stok spbt 2014
Pengurusan buku stok spbt 2014
 

Pertandingan menulis esei bm bi (1)

  • 1. PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SECARA ATAS TALIAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KONSEP PERTANDINGAN
  • 2. PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SECARA ATAS TALIAN 1.0 Pendahuluan Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis. Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan. 2.0 Objektif pertandingan 2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara kreatif. 2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 3.0 Kategori pertandingan Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori; 3.1 Sekolah rendah : murid Tahun 3 - 6 3.2 Sekolah menengah rendah : murid Tingkatan 1 – 3 3.3 Sekolah menengah atas : murid Tingkatan 4 – 5 3.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : murid Tingkatan 6
  • 3. 4.0 Tema 4.1 Tema bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah rendah ialah; 4.1.1 Covid-19: Satu Pengajaran (Bahasa Melayu) 4.1.2 Lesson(s) Learnt During The Covid-19 Movement Control Order (Bahasa Inggeris) 4.2 Tema bagi kategori sekolah menengah atas dan Kolej Tingkatan 6 ialah; 4.2.1 Norma Baharu Pasca Wabak Covid-19 (Bahasa Melayu) 4.2.2 New Norms Post Covid-19 Pandemic (Bahasa Inggeris) 5.0 Syarat-syarat pertandingan 5.1 Setiap murid hanya dibenarkan untuk menghantar satu esei untuk satu kategori sahaja sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 5.2 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang penyertaan yang tidak lengkap. 5.3 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana- mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta. 5.4 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak. 5.5 Format penulisan esei 5.5.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan. 5.5.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fon Times New Roman, 12 dan dalam jarak langkau 1.5 (1.5 spacing). 5.5.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk pdf kepada guru sekolah masing-masing. 5.5.4 Pihak sekolah akan menghantar esei murid melalui pautan yang akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi penjurian peringkat daerah dan negeri.
  • 4. 5.5 Had perkataan adalah mengikut kategori pertandingan; i) Sekolah rendah 250 hingga 350 patah perkataan ii) Sekolah menengah rendah 400 hingga 500 patah perkataan iii) Sekolah menengah atas 750 hingga 1,000 patah perkataan iv) Tingkatan enam 1,000 hingga 1,300 patah perkataan 5.6 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat pertandingan setelah dihantar. Karangan yang sama yang telah ditulis di peringkat sekolah akan dihantar tanpa suntingan ke peringkat daerah dan negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. 5.7 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal menjadi milik penulis. 5.8 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana- mana pihak yang berkaitan. 6.0 Keputusan pertandingan 6.1 Esei akan disemak oleh panel pemeriksa yang dilantik oleh pihak KPM mengikut peringkat pertandingan. 6.2 Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:- i) Isi kandungan - 50 markah ii) Bahasa - 50 markah 6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan undi majoriti yang dibuat oleh panel pemeriksa secara kolektif. 6.4 Markah individu adalah sulit dan tidak akan didedahkan. 6.5 Keputusan panel pemeriksa adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. 6.6 Sekiranya urus setia mendapati peserta melanggar syarat 5.3 selepas keputusan diumumkan, urus setia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.
  • 5. 7.0 Hadiah dan penghargaan 7.1 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan mengikut tahap penyertaan murid. 7.2 Setiap pemenang akan menerima hadiah dan sijil pencapaian megikut tahap pencapaian murid. ………………………………………………………………………………………………….. Kertas konsep ini sah untuk tahun 2020 sehingga pemberitahuan atau semakan lebih lanjut dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan akan mematuhi peraturan di atas sahaja. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia