1. Bab 1:
Memahami Pemasaran:
Mencipta Nilai dan Kepuasan
pelanggan
DATW 241
PRINSIP PEMASARAN
2. Definisi pemasaran
Prosessosial dan pengurusan di
mana individu dan kumpulan
memperoleh apa yang diperlukan
dan dikehendaki melalui penciptaan
dan pertukaran nilai antara satu
sama lain.
3. Cont…
Melibatkan persetujuan pengguna untuk
memberikan sesuatu sebagai tukaran
untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai
daripada pemasar.
Manfaat kos = pelanggan puas hati.
Manfaat melebihi kos
Contoh pertukaran nilai antara pengguna
& pemasar
4. Cont…
Contoh pertukaran nilai antara pengguna &
pemasar:
Seorang peruncit bertindak sebagai pengguna
organisasi, mendapatkan belakan pakaian siap
daripada pengilang yang bertindak sebagai pemasar.
Peruncit membayar harga pakaian tersebut kepada
pemasar dengan tujuan mendapatkan bekalan
pakaian untuk dijual semula.
Pelajar bertindak sebagai pengguna, membayar
yuran pengajian kepada sebuah kolej, sebagai kos
yang ditanggung bagi mendapatkan manfaat dalam
bentuk pendidikan ☺
Contoh- contoh lain?
5. Cont…
Griffin dan Edbert (2002) mendefinisikan
pemasaran sebagai proses merancang,
melaksanakan konsep, perletakan harga,
promosi serta pengagihan idea, barangan
atau perkhidmatan bagi mewujudkan
pertukaran yang memuaskan objektif
individu dan organisasi.
6. Cont…
“Pemasaran merupakan proses
perancangan dan perlaksanaan
konsep, penentuan harga, promosi &
pengagihan idea, barangan dan
perkhidmatan untuk mencipta
pertukaran yang memuaskan
individu dan objektif organisasi”
(American Marketing Association)
7. Cont…
Penyampaian kepuasan pelanggan pada
kadar keuntungan.
Dua bahagian matlamat pasaran ialah:
☺ menarik pelanggan baru dengan
menjanjikan nilai lebih baik dan;
☻ mengekalkan pelanggan sedia ada
dengan memberikan kepuasan
Contoh: slogan Wal-Mart, Federal Express
(FedEx) dsb.
9. “Well-Known slogans”
Adidas - Impossible is Nothing
Cadbury - A glass and a half in every half pound
FedEx - (1)Relax, it's FedEx. (2)The world on time.
(3) When it absolutely, positively has to be there
overnight.
Nike - Just do it. (1988)
NOKIA - Connecting people
Sony - like.no.other make.believe
Tesco - Every little helps;The price is dropping on
your weekly shopping.(UK)
Wal-Mart - Always Low Prices; Save money. Live
better
10. NEWS: TUESDAY, APRIL 12, 2011
Walmart announces new slogan:
“Low prices. Every day. On everything”
On Monday, April 11, Walmart announced
their new slogan today: “Low prices. Every
day. On everything.” This replaces “Save
money. Live better.” – Walmart’s slogan
since September, 2007. The new slogan
was first seen by most shoppers in
Walmart’s April 10 ad circular. A new ad
campaign will promote the slogan and their
new price-matching policy.
11. Matlamat Sistem Pemasaran
Memaksimumkan:
Penggunaan
(Pengeluaran,pekerjaan,kekayaan)
Kepuasan pengguna
Pilihan
Kualiti hidup
12. Alat utama pemasaran ialah campuran
pemasaran – produk, penentuan harga,
promosi dan pengagihan.
Apa sahaja boleh dipasarkan – idea,
barangan, perkhidmatan.
Pemasaran merupakan proses pertukaran
nilai.
Pemasaran bertujuan memuaskan
kehendak individu dan objektif organisasi.
13. KONSEP PEMASARAN TERAS
Unsur - unsur penting yang membentuk konsep
pemasaran teras ialah:
Keperluan (needs)
Kehendak (wants)
Permintaan (demands)
Produk/ Keluaran (products)
Pertukaran (exchange)
Nilai (customer value)
Kepuasan pelanggan (customer satisfaction)
Urusniaga (transaction)
Pasaran
14. Cont…
Keperluan
Merujuk kepada keperluan manusia yang
meliputi keperluan fizikal, sosial dan
individu.
Wujud secara semula jadi dan bukan
dihasilkan oleh pemasar.
Kehendak
Merupakan keperluan manusia yang
dibentuk oleh kebudayaan dan personaliti
individu.
15. Cont…
Permintaan
Merupakan kehendak manusia yang
disokong dengan kuasa membeli.
Produk / keluaran
Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran
untuk perhatian, pemilikan atau kegunaan
yang akan memenuhi sesuatu keperluan
atau kehendak.
16. Cont…
Pertukaran
Satu tindakan untuk mendapatkan
sesuatu objek yang diingini dari pihak lain
dengan menawarkan sesuatu sebagai
pulangan.
Nilai
Perbezaan manfaat yang diperolehi
pelanggan daripada penggunaan sesuatu
produk berbanding kos untuk
mendapatkan produk tersebut.
17. Cont…
Kepuasan Pelanggan
Bergantung kepada perlaksanaan produk dalam
menyampaikan nilai yang berhubung dengan
jangkaan pembeli.
Urusniaga
Melibatkan pertukaran wang dengan barangan
yang lazim berlaku di pasaran di mana, ia
terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk
menukar sekurang-kurangnya 2 perkara bernilai
mengikut syarat-syarat tertentu.
18. Cont…
Pasaran
Pembeli-pembeli ada potensi untuk
membeli sesuatu keluaran yang
mempunyai keperluan dan kehendak
untuk dipenuhi melalui pertukaran dan
perhubungan.
19. Pengurusan pemasaran
Analisis, perancangan, perlaksanaan dan
pengawalan program yang direka bentuk
untuk mencipta, membina dan
mengekalkan pertukaran nilai dengan
sasaran pembeli bagi mencapai objektif
organisasi.
20. Cont…
Pengurusan permintaan
Bukan sahaja menumpu kepada usaha
mencari dan meningkatkan permintaan,
tetapi juga mengubah atau menurunkan
permintaan.
Contoh: Pusat peranginan menolak
permintaan yang terlalu tinggi pada
musim cuti membuat ‘demarketing’
dengan mengalih permintaan tersebut
pada waktu-waktu lain dengan tawaran
diskaun dan sebagainya.
21. Mencari & mencapai sasaran
Pasaran Massa
Sesetengah syarikat memasarkan produk mereka
kepada keseluruhan pasaran (pasaran massa)
yang mengandungi kesemua pelanggan atau
bakal pelanggan tanpa mengira perbezaan
keperluan dan kehendak mereka.
Hanya mempunyai satu strategi untuk mencapai
keseluruhan pelanggan.
Walaupun menjimatkan kos, syarikat menghadapi
risiko untuk bersaing dengan pihak lain yang
fokus kepada keperluan kumpulan-kumpulan
tertentu dalam pasaran.
22. Cont..
Segmentasi pasaran
Membahagikan sasaran kepada beberapa
kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri
tertentu yang membezakan sesuatu kumpulan
dengan kumpulan yang lain.
Sasaran Pasaran
Satu syarikat boleh memasuki satu atau lebih
segmen-segmen pasaran yang dikenal pasti. Ini
dikenali sebagai sasaran pasaran.
23. Falsafah pengurusan pemasaran
5 konsep alternatif syarikat bagi aktiviti
pemasaran iaitu:
Konsep pengeluaran
Konsep keluaran/produk
Konsep jualan
Konsep pemasaran
Konsep pemasaran kemasyarakatan
24. Cont…
a)Konsep pengeluaran
Konsep pengurusan yang menekankan
usaha untuk meningkatkan kecekapan
pengeluaran dan pengagihan.
Konsep ini bersesuaian apabila permintaan
melebihi penawaran dan kos pengeluaran
adalah tinggi. Oleh itu, peningkatan
produktiviti diperlukan untuk menurunkan
kos.
25. Cont..
b) Konsep keluaran/ produk
Beranggapan bahawa pengguna lebih
gemar kepada produk-produk yang
berkualiti tinggi, mempunyai rekabentuk
yang pelbagai, dan ditawarkan pada harga
yang mampu dibeli.
Terlalu menumpu kepada aktiviti dalaman
dan melupakan kehendak pasaran.
26. Cont…
c) Konsep Jualan
Pelanggan tidak akan membeli sesuatu barangan
melainkan ada usaha promosi yang hebat
dilaksanakan.
Selalunya konsep ini dipraktiskan kepada produk
yang tidak dicari (tidak dirancang oleh pembeli
untuk membelinya)
Selalunya akan mengalami lebihan kapasiti
kerana pengeluar menjual apa sahaja yang
mereka keluarkan, bukan mengira kehendak
pasaran.
Lebih kepada produk sedia ada syarikat dan
menggunakan usaha jualan dan promosi yang
hebat.
27. Cont…
d) Konsep pemasaran
Pencapaian objektif organisasi bergantung
kepada kebolehan syarikat dalam
memuaskan kehendak dan keperluan
sasaran pasaran secara lebih baik
daripada pesaing.
Berbeza dengan konsep jualan, konsep
pemasaran mengambil perspektif
‘dalaman-luaran’ yang menfokus kepada
keperluan pengguna, nilai & kepuasan
pelanggan.
28. Cont…
e) Konsep pemasaran kemasyarakatan
Dalam usaha memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna, kesejahteraan
masyarakat diletakkan sebagai asas
utama.
Evolusi konsep pemasaran terbaru
Pemasar perlu mencapai tiga
keseimbangan; keuntungan syarikat,
kehendak pengguna & minat masyarakat.
29. Cabaran dalam pemasaran
Antara cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam pemasaran seperti;
Pertukaran nilai & orientasi pelanggan
Keadaan ekonomi
Alam sekitar yang tercemar
Peningkatan persaingan global
Pelbagai masalah ekonomi, politik dan
sosial.
30. Persekitaran Pemasaran
Di antara elemen-elemen persekitaran
yang perlu dipertimbangkan oleh pemasar
bagi membentuk strategi pemasaran
berkesan iaitu:
Persekitaran politik dan ekonomi
Persekitaran budaya
Persekitaran teknologi
Persekitaran persaingan
31. Cont…
a)Persekitaran politik dan ekonomi
Operasi sesebuah organisasi juga dipengaruhi
oleh politik negara di mana ia beroperasi dan
juga politik dunia.
Sistem politik sesebuah negara meliputi elemen-
elemen perundangan, agensi-agensi kerajaan dan
sebagainya.
Krisis ekonomi akan mempengaruhi perbelanjaan
wang di mana produk tempatan lebih digalakkan
bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
32. Cont..
b) Persekitaran budaya
Persekitaran sosial dan budaya terbina daripada
pelbagai institusi dan kuasa.
Memberi kesan kepada masyarakat dari segi
nilai-nilai asas, tanggapan, pilihan dan gelagat.
Mempengaruhi cara individu bertindakbalas
terhadap aktiviti pemasaran.
Kepercayaan pengguna dan pegangan agama
masyarakat persekitaran juga akan
mempengaruhi pemasaran.
33. Cont…
c) Persekitaran teknologi
Memberi pengaruh dan kesan drastik ke atas
strategi pemasaran sesebuah organisasi.
Menurut Kotler (1991), persekitaran teknologi
terdiri daripada kuasa-kuasa yang memberi
kesan terhadap teknologi baru, penciptaan
keluaran baru dan peluang pasaran.
Pasaran menjadi semakin luas dan pemasar
harus mendalami sistem teknologi terbaru dalam
memastikan perniagaan mereka berkembang dan
sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.
34. Cont…
d) Persekitaran persaingan
Persaingan memang tidak dapat dielakkan
dalam dunia pemasaran.
Apabila pesaing menurunkan harga,
apakah tindakan sesebuah organisasi?