Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×

Bab 1 memahami pasaran

Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Nächste SlideShare
Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaan
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 34 Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Diashows für Sie (20)

Ähnlich wie Bab 1 memahami pasaran (20)

Anzeige

Bab 1 memahami pasaran

  1. 1. Bab 1: Memahami Pemasaran: Mencipta Nilai dan Kepuasan pelanggan DATW 241 PRINSIP PEMASARAN
  2. 2. Definisi pemasaran  Prosessosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan memperoleh apa yang diperlukan dan dikehendaki melalui penciptaan dan pertukaran nilai antara satu sama lain.
  3. 3. Cont…  Melibatkan persetujuan pengguna untuk memberikan sesuatu sebagai tukaran untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai daripada pemasar.  Manfaat kos = pelanggan puas hati.  Manfaat melebihi kos  Contoh pertukaran nilai antara pengguna & pemasar
  4. 4. Cont… Contoh pertukaran nilai antara pengguna & pemasar:  Seorang peruncit bertindak sebagai pengguna organisasi, mendapatkan belakan pakaian siap daripada pengilang yang bertindak sebagai pemasar. Peruncit membayar harga pakaian tersebut kepada pemasar dengan tujuan mendapatkan bekalan pakaian untuk dijual semula.  Pelajar bertindak sebagai pengguna, membayar yuran pengajian kepada sebuah kolej, sebagai kos yang ditanggung bagi mendapatkan manfaat dalam bentuk pendidikan ☺  Contoh- contoh lain?
  5. 5. Cont…  Griffin dan Edbert (2002) mendefinisikan pemasaran sebagai proses merancang, melaksanakan konsep, perletakan harga, promosi serta pengagihan idea, barangan atau perkhidmatan bagi mewujudkan pertukaran yang memuaskan objektif individu dan organisasi.
  6. 6. Cont…  “Pemasaran merupakan proses perancangan dan perlaksanaan konsep, penentuan harga, promosi & pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan untuk mencipta pertukaran yang memuaskan individu dan objektif organisasi” (American Marketing Association)
  7. 7. Cont…  Penyampaian kepuasan pelanggan pada kadar keuntungan.  Dua bahagian matlamat pasaran ialah: ☺ menarik pelanggan baru dengan menjanjikan nilai lebih baik dan; ☻ mengekalkan pelanggan sedia ada dengan memberikan kepuasan Contoh: slogan Wal-Mart, Federal Express (FedEx) dsb.
  8. 8. “Contoh Slogan”
  9. 9. “Well-Known slogans”  Adidas - Impossible is Nothing  Cadbury - A glass and a half in every half pound  FedEx - (1)Relax, it's FedEx. (2)The world on time. (3) When it absolutely, positively has to be there overnight.  Nike - Just do it. (1988)  NOKIA - Connecting people  Sony - like.no.other make.believe  Tesco - Every little helps;The price is dropping on your weekly shopping.(UK)  Wal-Mart - Always Low Prices; Save money. Live better
  10. 10. NEWS: TUESDAY, APRIL 12, 2011  Walmart announces new slogan: “Low prices. Every day. On everything” On Monday, April 11, Walmart announced their new slogan today: “Low prices. Every day. On everything.” This replaces “Save money. Live better.” – Walmart’s slogan since September, 2007. The new slogan was first seen by most shoppers in Walmart’s April 10 ad circular. A new ad campaign will promote the slogan and their new price-matching policy.
  11. 11. Matlamat Sistem Pemasaran  Memaksimumkan:  Penggunaan (Pengeluaran,pekerjaan,kekayaan)  Kepuasan pengguna  Pilihan  Kualiti hidup
  12. 12.  Alat utama pemasaran ialah campuran pemasaran – produk, penentuan harga, promosi dan pengagihan.  Apa sahaja boleh dipasarkan – idea, barangan, perkhidmatan.  Pemasaran merupakan proses pertukaran nilai.  Pemasaran bertujuan memuaskan kehendak individu dan objektif organisasi.
  13. 13. KONSEP PEMASARAN TERAS Unsur - unsur penting yang membentuk konsep pemasaran teras ialah:  Keperluan (needs)  Kehendak (wants)  Permintaan (demands)  Produk/ Keluaran (products)  Pertukaran (exchange)  Nilai (customer value)  Kepuasan pelanggan (customer satisfaction)  Urusniaga (transaction)  Pasaran
  14. 14. Cont… Keperluan  Merujuk kepada keperluan manusia yang meliputi keperluan fizikal, sosial dan individu.  Wujud secara semula jadi dan bukan dihasilkan oleh pemasar. Kehendak  Merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh kebudayaan dan personaliti individu.
  15. 15. Cont… Permintaan  Merupakan kehendak manusia yang disokong dengan kuasa membeli. Produk / keluaran  Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian, pemilikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
  16. 16. Cont… Pertukaran  Satu tindakan untuk mendapatkan sesuatu objek yang diingini dari pihak lain dengan menawarkan sesuatu sebagai pulangan. Nilai  Perbezaan manfaat yang diperolehi pelanggan daripada penggunaan sesuatu produk berbanding kos untuk mendapatkan produk tersebut.
  17. 17. Cont… Kepuasan Pelanggan  Bergantung kepada perlaksanaan produk dalam menyampaikan nilai yang berhubung dengan jangkaan pembeli. Urusniaga  Melibatkan pertukaran wang dengan barangan yang lazim berlaku di pasaran di mana, ia terlaksana apabila wujudnya persetujuan untuk menukar sekurang-kurangnya 2 perkara bernilai mengikut syarat-syarat tertentu.
  18. 18. Cont… Pasaran  Pembeli-pembeli ada potensi untuk membeli sesuatu keluaran yang mempunyai keperluan dan kehendak untuk dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan.
  19. 19. Pengurusan pemasaran  Analisis, perancangan, perlaksanaan dan pengawalan program yang direka bentuk untuk mencipta, membina dan mengekalkan pertukaran nilai dengan sasaran pembeli bagi mencapai objektif organisasi.
  20. 20. Cont… Pengurusan permintaan  Bukan sahaja menumpu kepada usaha mencari dan meningkatkan permintaan, tetapi juga mengubah atau menurunkan permintaan.  Contoh: Pusat peranginan menolak permintaan yang terlalu tinggi pada musim cuti membuat ‘demarketing’ dengan mengalih permintaan tersebut pada waktu-waktu lain dengan tawaran diskaun dan sebagainya.
  21. 21. Mencari & mencapai sasaran Pasaran Massa  Sesetengah syarikat memasarkan produk mereka kepada keseluruhan pasaran (pasaran massa) yang mengandungi kesemua pelanggan atau bakal pelanggan tanpa mengira perbezaan keperluan dan kehendak mereka.  Hanya mempunyai satu strategi untuk mencapai keseluruhan pelanggan.  Walaupun menjimatkan kos, syarikat menghadapi risiko untuk bersaing dengan pihak lain yang fokus kepada keperluan kumpulan-kumpulan tertentu dalam pasaran.
  22. 22. Cont.. Segmentasi pasaran  Membahagikan sasaran kepada beberapa kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan sesuatu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Sasaran Pasaran  Satu syarikat boleh memasuki satu atau lebih segmen-segmen pasaran yang dikenal pasti. Ini dikenali sebagai sasaran pasaran.
  23. 23. Falsafah pengurusan pemasaran 5 konsep alternatif syarikat bagi aktiviti pemasaran iaitu:  Konsep pengeluaran  Konsep keluaran/produk  Konsep jualan  Konsep pemasaran  Konsep pemasaran kemasyarakatan
  24. 24. Cont… a)Konsep pengeluaran  Konsep pengurusan yang menekankan usaha untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pengagihan.  Konsep ini bersesuaian apabila permintaan melebihi penawaran dan kos pengeluaran adalah tinggi. Oleh itu, peningkatan produktiviti diperlukan untuk menurunkan kos.
  25. 25. Cont.. b) Konsep keluaran/ produk  Beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada produk-produk yang berkualiti tinggi, mempunyai rekabentuk yang pelbagai, dan ditawarkan pada harga yang mampu dibeli.  Terlalu menumpu kepada aktiviti dalaman dan melupakan kehendak pasaran.
  26. 26. Cont… c) Konsep Jualan  Pelanggan tidak akan membeli sesuatu barangan melainkan ada usaha promosi yang hebat dilaksanakan.  Selalunya konsep ini dipraktiskan kepada produk yang tidak dicari (tidak dirancang oleh pembeli untuk membelinya)  Selalunya akan mengalami lebihan kapasiti kerana pengeluar menjual apa sahaja yang mereka keluarkan, bukan mengira kehendak pasaran.  Lebih kepada produk sedia ada syarikat dan menggunakan usaha jualan dan promosi yang hebat.
  27. 27. Cont… d) Konsep pemasaran  Pencapaian objektif organisasi bergantung kepada kebolehan syarikat dalam memuaskan kehendak dan keperluan sasaran pasaran secara lebih baik daripada pesaing.  Berbeza dengan konsep jualan, konsep pemasaran mengambil perspektif ‘dalaman-luaran’ yang menfokus kepada keperluan pengguna, nilai & kepuasan pelanggan.
  28. 28. Cont… e) Konsep pemasaran kemasyarakatan  Dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, kesejahteraan masyarakat diletakkan sebagai asas utama.  Evolusi konsep pemasaran terbaru  Pemasar perlu mencapai tiga keseimbangan; keuntungan syarikat, kehendak pengguna & minat masyarakat.
  29. 29. Cabaran dalam pemasaran Antara cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pemasaran seperti;  Pertukaran nilai & orientasi pelanggan  Keadaan ekonomi  Alam sekitar yang tercemar  Peningkatan persaingan global  Pelbagai masalah ekonomi, politik dan sosial.
  30. 30. Persekitaran Pemasaran Di antara elemen-elemen persekitaran yang perlu dipertimbangkan oleh pemasar bagi membentuk strategi pemasaran berkesan iaitu:  Persekitaran politik dan ekonomi  Persekitaran budaya  Persekitaran teknologi  Persekitaran persaingan
  31. 31. Cont… a)Persekitaran politik dan ekonomi  Operasi sesebuah organisasi juga dipengaruhi oleh politik negara di mana ia beroperasi dan juga politik dunia.  Sistem politik sesebuah negara meliputi elemen- elemen perundangan, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.  Krisis ekonomi akan mempengaruhi perbelanjaan wang di mana produk tempatan lebih digalakkan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
  32. 32. Cont.. b) Persekitaran budaya  Persekitaran sosial dan budaya terbina daripada pelbagai institusi dan kuasa.  Memberi kesan kepada masyarakat dari segi nilai-nilai asas, tanggapan, pilihan dan gelagat.  Mempengaruhi cara individu bertindakbalas terhadap aktiviti pemasaran.  Kepercayaan pengguna dan pegangan agama masyarakat persekitaran juga akan mempengaruhi pemasaran.
  33. 33. Cont… c) Persekitaran teknologi  Memberi pengaruh dan kesan drastik ke atas strategi pemasaran sesebuah organisasi.  Menurut Kotler (1991), persekitaran teknologi terdiri daripada kuasa-kuasa yang memberi kesan terhadap teknologi baru, penciptaan keluaran baru dan peluang pasaran.  Pasaran menjadi semakin luas dan pemasar harus mendalami sistem teknologi terbaru dalam memastikan perniagaan mereka berkembang dan sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  34. 34. Cont… d) Persekitaran persaingan  Persaingan memang tidak dapat dielakkan dalam dunia pemasaran.  Apabila pesaing menurunkan harga, apakah tindakan sesebuah organisasi?

×