Konvensyen Penulisan 2013 akan diadakan pada 20 Julai 2013 di Dewan Seminar 2 Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Konvensyen ini akan menampilkan panelis terdiri daripada penulis, penerbit dan pekedai buku untuk memberikan tips dan panduan kepada para peserta mengenai penulisan karya, proses penerbitan, dan cara meningkatkan nilai karya. Topik yang akan dibahas meliputi penulisan mesra syariah, men
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Konvensyen Mini Penulisan 2013
1. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 1/8
Konvensyen Penulisan 2013
Utama Topik Panelis Pendaftaran Rakan kerjasama Lokasi Hubungi
Friday, June 21, 2013
Ramadan, bulan merancang kejayaan penulis & penulisan?
"Saudara mahu jika kami berikan tiptip yang diberikan oleh
para pengamalnya sendiri?"
"Penerbit, penulis dan pekedai buku mahu bertemu saudara"
Semuanya selepas menghadiri Konvensyen Mini Penulisan
20 Julai 2013
Jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang
Kuala Lumpur
Apakah itu Konvesyen Mini Penulisan?
Konvensyen penulisan diadakan untuk mereka yang mahu menjadi penulis profesional secara sepenuh masa
separuh masa serta penulis sedia ada yang mahu meningkatkan nilai mereka di dalam dunia buku.
Ia juga terbuka kepada mereka yang mahu mengetahui maklumat mengenai dunia buku yang tidak diketahui
secara umum.
Konvensyen ini memberi jawapan kepada
Bagaimana penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karya terbit.
Bagaimana menulis karya yang mesra syariah.
Bagaimana mahu hidup sebagai penulis profesional.
3ShareShare More Next Blog» zamrimohamad@gmail.com New Post Design Sign Out
2. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 2/8
Siapa yang akan saudara temui?
Temui, dengari dan catat tiptip daripada para panelis terdiri daripada penulis, penerbit dan pekedai buku.
Mereka berada di konvensyen ini bagi memberitahu peserta maklumat dalaman.
Siapakah ahli panel yang akan hadir?
1. Puan Sri Diah Saharudin. Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf.
2. Ustaz Rohidzir Rais. Pendakwah, Penulis, Pengarah Urusan Inspirasi Media. Penulis buku best seller
3. Abdul Latip Talib. Novelis fiksyen sejarah Islam nombor satu negara
4. Nor Hayati Razali, Pengurus, Jabatan Pembangunan Industri Buku, Perbadanan Kota Buku.
5. Azzah Abdul Rahman. Penulis, pengasas Akademi Hero dan Tulisnovel.com.
6. Nazry Salam Feeqry. Pekomik Misi 10A dan Misi 8A, penulis novel remaja dan pelukis animasi.
7. Zamri Mohamad. Pengasas kursuspenulisan.com, penulis, toptwo finalis Anugerah Pilihan Pembaca
PopularBerita Harian 2010 dan 2011.
8. Ustaz Fathuri Sallehudin. Penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang terjual _ , _ _ _ _ naskah.
Buku yang mencetuskan fanomena di negara.
9. Aqif Azizan. Pengasas Write to Wealth. Pencetus jualan ebook yang membawa nilai jualan RM_ _ _, _ _
_ dalam tempoh tiga bulan menggunakan metodologi yang digunakan ke atas para klien premiumnya.
10. Wahyudi Yatim. Pengarah Jenama DWE Sdn Bhd. Pernah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan
dan pemasaran di rangkaian kedai buku utama dan kedaikedai buku indie serta jualan di tapak.
11. Izwan Wahab. Dikenali sebagai pencetus ideaidea gila untuk memudahkan kerja menulis dan
memasarkan buku. Sama ada buku diterbitkan sendiri atau pun diterbitkan oleh orang lain. Penulis buku
Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.
Apakah senarai topik yang dikuasai peserta?
Para peserta akan diberi 10 perkara yang memberi kesan kepada rancangan menjadi penulis. Tambah nilai
pakej penulisan kita berimpak ke atas pembaca.
Topik 1
Penulisan Mesra Syariah: Harta Berkat, Karya Bertahan.
Topik ini memberikan panduan kepada penulis bagaimana seorang Muslim dapat menulis secara mesra
syariah. Ia memberi ketenangan kepada hati bagi terus menulis dan menerbit secara konsisten setiap tahun.
Dapatkan informasi yuran, lokasi dan jadual
Dapatkan informasi yuran, lokasi dan jadual
3. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 3/8
Jadikan karya dihormati kerana disiplin yang dibawa.
Topik 2
Mengekstrak alQuran dan Hadith dalam Penulisan; Seni & Cara.
Al Quran dan Hadith menjadi nyawa kepada sesetengah karya. Apakah cara yang dapat membantu kita
membawa bersama dua sumber besar ini secara kreatif dan hidup bersamasama penulisan kita.
Topik 3
Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?
Kedai buku mempunyai rancangan tersendiri apabila memilih buku. Apa yang sebenarnya diberitahu pembaca
kepada kedai buku berkenaan buku pilihan mereka. Maklumat ini membantu penulis merancang jenis
penulisan mereka agar mendapat tempat di kedai buku.
Topik 4
Tulis Sekali, Makan Berkalikali
Penulisan bukan sekadar hobi. Ia adalah kerjaya profesional. Sesi ini mendedahkan bagaimana seorang
penulis dapat hidup dengan menukarkan sebuah karya menjadi pendapatan berterusan.
Topik 5
Menerobos Magis Buku Kanakkanak
Bagaimana hidup dengan menulis buku cerita bergambar kanakkanak. Sejauh mana ia dapat dilakukan di
dalam dan di luar negara. Benarkan ada yang hidup sebagai penulis buku cerita bergambar kanakkanak.
Siapa dan bagaimana? Ada sesuatu yang berlaku dan didedahkan pertama kali di sini.
Topik 6
Aura Komik Positif
Komik, sebagai bahan bacaan yang dahulu diharamkan dari dibawa masuk ke sekolah kini menjadi halal.
Mengapa menjadi begitu, dapatkah kita mengambil peluang memasuki sekolahsekolah melalui komik. Ia
sudah berlaku dan caranya ditunjukkan satu persatu.
Topik 7
Show, Don't Tell; Kaedah Dakwah Melalui Novel @ Da'wah Binnovel.
Tanpa perlu marahmarah, tanpa perlu teks ceramah, novel menjadi keseronokan kepada pembaca. Mereka
membaca, penulis berdakwah. Tanpa ceramah, marahmarah, bolehkah ia dilakukan? Sesi ini memberi
formula Da'wah Binnovel kepada peserta.
Topik 8
Hidup dengan Bakat; rancang hidup sebagai penulis sepenuh masa.
Peserta akan didedahkan kepada kejutan dunia buku. Bagaimana seorang penulis mengamalkan kaedah
membangunkan harta melalui karyanya. Ditunjukkan satu persatu strategi hidup dengan perkataan.
Pengamalnya menunjuk cara.
Dapatkan informasi yuran, lokasi dan jadual
4. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 4/8
Topik 9
Letusan Ebook di Malaysia
Karya kita dapat menjadi ebook dan dapat dibeli dari manamana ceruk dunia. Tulis, upload, sampaikan dan
jual, semuanya hanya klik di hujung jari. Peluang dan potensi ditunjukkan, langkah diberi, rancangan
disampaikan.
Topik 10
Mudahnya Rezeki Penulis; Seni Menjemput Rezeki daripada Pembaca.
Peserta akan diberikan alatalat kerja yang dapat membantu mereka berusaha dalam mencambah rezeki
melalui penulisan. Bagaimana usaha mendapatkan daripada pemilik rezeki yang memberi apabila penulis
meminta. Meminta yang bagaimana?
Forum Bonus
Ideaidea Gila Dunia Buku!
Forum yang melibatkan pengamal dunia buku memberikan satu persatu peluru tindakan, bagaimana mahu
bermula dan menembusi dunia buku dengan idea baru! Maklumat yang diberikan tidak ada di dalam mana
mana buku akademik penerbitan.
Saya belum menulis. Sesuaikah untuk saya?
Bakal penulis hadir ke konvensyen ini bagi mendapatkan peta tindakan sebelum menulis dan menerbit.
Saya sudah menjadi penulis, perlukah saya hadir?
Penulis hadir ke konvensyen ini bagi bertemu rakanrakan penulis lain. Mereka membina kerjasama sesama
penulis dalam projek buku terbaru.
Penulis juga hadir ke konvensyen ini bagi bertemu bakal penulis bagi mendapatkan bakal penulis yang
berkualiti dan mempunyai komitmen menulis yang tinggi.
Penulis berada di konvensyen ini bagi bertemu para ahli panel terdiri daripada penerbit dan kedai buku bagi
membuka ruang pasaran ke atas diri mereka.
Di mana lokasi konvensyen mini penulisan?
Lokasi anda bertemu penerbit dan penulis beramairamai di Dewan Seminar 2 Aminuddin Baki, Wisma
Sejarah, Kuala Lumpur.
Ia bersebelahan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak. Lokasi dapat dicapai bas awam (Bas B114), teksi dan
kenderaan sendiri.
Berada di antara LRT Ampang Park dan LRT Titiwangsa. Ambil teksi atau bas di sana.
Sebanyak 103 tempat letak kereta dengan harga tiket RM4.00 sepanjang hari.
Dapatkan informasi yuran, lokasi dan jadual
5. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 5/8
Surau dalam bangunan yang sama.
Alamat
Wisma Sejarah (bersebelahan Perpustakaan Negara Malaysia)
Dewan Aminuddin Baki
Tingkat 1. Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Coordinate GPS N3 10.265 E101 42.586
Sekiranya mahu menginap di hotel, buat tempahan di Hotel Putra
Foto dewan kita akan bertemu.
Dapatkan informasi yuran, lokasi dan jadual
100 orang penulis dan bakal penulis akan bertemu di sini
Ruang pertemuan para penerbit dan penulis di sini. Bawa manuskrip dan proposal buku
6. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 6/8
Dewan Aminuddin Baki di tingkat 1, Wisma Sejarah
Laluan ke Wisma Sejarah.
7. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 7/8
Rakan kerjasama
Sesi Match Making bersama Karangkraf; iaitu penerbit mencari penulis, penulis mencari penerbit, penulis mencari penulis
bersama, ataupun penulis mencari ilustrator bagi genre berikut
Buku umum
Novel
Buku motivasi Islamik
Buku kanakkanak
Buku remaja.
Lokasi, tingkat 1, Dewan Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak
Membangunkan penulisan bisnes premium
8. 7/2/13 Konvensyen Penulisan 2013
www.mypenulis.info 8/8
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Posted by Zamri Mohamad at 4:29 PM
Membangunkan penulisan perniagaan tahap premium untuk pasaran dalam dan luar negara. Melalui laman web rasminya di Write
to Wealth. Membawa khidmat nasihat pendidikan bisnes, rundingan dan penulisan iklan jualan.
P/S Program ini hanya berlaku sekali sahaja dalam 365 hari.
P/S/S Para panelis ini tidak dijamin akan muncul dalam konvensyen akan datang
.....
+6 including You
Awesome Inc. template. Template images by chuwy. Powered by Blogger.