SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH

1.

PENGENALAN

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran
dan pembelajaran “berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang
bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran
bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti
caranya, sistemnya dan lain-lain”. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan
yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru
hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan
pelajaran

agar

perlaksanaan

pengajaran

itu

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.
Pembelajaran pula didefinisikan sebagai “proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The
Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai “perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk
perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Menurut Woolfolk (1980),
didalam Educational

Psychology

for

Teachers,

pembelajaran

merupakan

“perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk
perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak
balas yang baru”.
Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara
berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga
profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton
minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah,
sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakarpakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif
daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari
peringkat sekolah rendah.
1
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan
negatif para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah
rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti
dengan mengambil kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian
aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan
para

pelajar

mendapat

ilmu

pengetahuan

yang

bermakna.

Masalah

pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah
yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya.

2.0

Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah.

Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor
penyebab utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di
sekolah rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan
matematik adalah membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran
sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan.
Aktiviti pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,
lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat jarang
dipraktikkan oleh guru. Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut
merupakan jenis masalah pembelajaran sains di sekolah rendah.
I.

Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

II.

Kurang aktiviti pembelajaran berkumpulan.

III.

Kaedah penyoalan yang lemah.

IV.

Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada
kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut
pengajian tinggi dan juga menjadi faktor kepada persepsi negatif para pelajar
sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah untuk mempelajari sains.
Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang
dirancang oleh guru haruslah mengikut kecerdasan pelbagai para pelajar. Hal ini
2
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

amat penting untuk menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains
dengan mudah dan berkesan.Cara pengajaran dan teknik pengajaran juga
memainkan peranan didalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran
kontektual dan konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid cenderung kepada
pembelajaran interaktif dan pengajaran hendaklah berpusat kepada murid
manakala guru bertindak sebagai fasilitator didalam kelas.
Guru harus mahir didalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar
yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran
hendaklah berasakan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah
menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif.

2.1

Pembelajaran berorientasikan peperiksaan.

Penilaian perkembangan akademik para pelajar di Malaysia adalah
berasaskan kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka duduki seperti
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Peperiksaan awam ini telah dilembagakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
dan ianya sah sebagai keputusan rasmi akademik seseorang pelajar.
Keputusan peperiksaan secara keseluruhan akan menentukan tahap
prestasi akademik sesebuah sekolah di Malaysia. Kebanyakkan guru-guru sains
di peringkat sekolah rendah akan berusaha untuk memastikan para pelajar lulus
dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus agar peratusan gred
pencapaian pelajar lulus dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Melihat
kepada perkara ini, didapati bahawa tujuan utama guru mengajar sains adalah
untuk memastikan para pelajar lulus dan bukannya untuk membolehkan para
pelajar mendapat ilmu pengetahuan secara bermakna.
Apabila senario ini berlaku, para pelajar kurang didedahkan dengan
kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains kerana
3
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

keadaan ini kurang membantu para pelajar mendapat markah secara
keseluruhan. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan fakta,
teori, konsep dan hukum sains semata-mata tanpa melibatkan aktiviti
pembelajaran yang pelbagai. Konsep pembelajaran masteri, pembelajaran
kontektual, inkuiri dan konstruktivisme hanya ditulis pada Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) tanpa dilaksanakan sepenuhnya. Guru mengajar secara tradisi
dengan menggunakan penerangan dan papan tulis. Para pelajar merasakan
mereka sebagai pendengar secara pasif dan tidak dilibatkan sepenuhnya
didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang minat untuk mempelajari
sains kerana fokus dan objektif utama mereka adalah untuk menghafal
pembelajaran dan lulus didalam subjek sains. Apabila para pelajar tidak
didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran
proses sains, tahap kognitif mereka juga tidak berkembang dengan sepenuhnya.
Kemahiran ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran mental dan fizikal
para pelajar didalam menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik.

2.2

Kurangnya aktiviti pembelajaran berkumpulan.

Pembelajaran

kumpulan

umumnya

dikaitkan

dengan

strategi

pembelajaran koperatif. Menurut Johnson & Johnson (1991), “secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai
objektif pembelajaran”.

Fokus utama pembelajaran koperatif berkisar

kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan
kemahiran sosial.
Menurut Slavin (2005),“pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran
aktif

yang

berupaya

untuk

mengubah untuk

mengubah

suatu

situasi

pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar”.
Para pelajar kurang meminati pembelajaran sains kerana pembelajaran
berpusatkan guru dan mereka menjadi pendengar yang pasif. Pembelajaran
koperatif menekankan interaksi sosial di mana setiap ahli kumpulan perlu
4
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai
matlamat kumpulan di dalam konteks pembelajaran. Matlamat ini hanya dapat
dicapai melalui kerjasama semua ahli didalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan
mempunyai peranan jelas dan tertentu dalam usaha mencapai matlamat yang
ditetapkan. Pembelajaran koperatif juga mampu meningkatkan kemahiran
kognitif seseorang pelajar
Kebanyakkan

guru

kurang

menerapkan

pembelajaran

secara

berkumpulan kerana menganggap pembelajaran sebegitu akan menjejaskan
tumpuan pelajar yang cemerlang untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran sains di sekolah rendah juga kurang melibatkan
aktiviti pembelajaran kumpulan kerana faktor-faktor berikut:
I.

Kekangan masa

Para guru mendapati bahawa masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi
untuk melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan kerana mereka terpaksa
mengambil kira faktor penyediaan kumpulan, agihan masa dan penyediaan
radas atau bahan.
II.

Tiada kemudahan makmal sains

Pembelajaran secara eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan,
penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat kurang berlaku di
sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman kerana kekurangan peralatan atau
radas sains yang bersesuaian untuk melaksanakannya.

2.3

Kaedah penyoalan yang lemah.

Pembelajaran

sains

secara

berkesan

memerlukan

para

guru

menggunakan kaedah penyoalan kognitif aras tinggi agar ianya dapat membuka
minda para pelajar ke arah penyelesaian saintifik. Para pelajar harus didedahkan
dengan soalan mengapa, kenapa, bagaimana sesuatu fenomena dan kejadian
berlaku didalam aspek sains.
Teknik penyoalan memainkan peranan yang amat penting untuk
memastikan objektif pelajaran mencapai matlamatnya. Sedar atau tidak, kriteria
5
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

kemahiran teknik penyoalan guru-guru amat dititik beratkan semasa penilaian
Jemaah Nazir Sekolah, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbir
sekolah yang terlibat didalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran guruguru di sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran seseorang guru
menguasai teknik dan kemahiran menyoal secara langsung menentukan
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
didalam kelas.
Didapati bahawa para guru melakukan beberapa kesilapan semasa
menyoal para pelajar didalam kelas. Diantaranya ialah:
I.

Soalan yang tidak jelas.

II.

Bersifat spontan.

III.

Tidak menentukan tujuan soalan.

IV.

Soalan hanya sekadar mencungkil ingatan dan memahami fakta.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, penyoalan lebih
berpusat kepada para pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan para
pelajar pasif kerana guru mengharapkan jawapan daripada membimbing para
pelajar untuk mendapatkan jawapan melalui interaksi positif. Didalam erti kata
lain, para pelajar hanya menjawab dan bertanya apabila perlu. Didalam konteks
ini, proses pengajaran berlaku namun ianya bukan pembelajaran yang bermakna
kepada para pelajar.
Di peringkat sekolah rendah, para pelajar mempunyai semangat ingin
tahu yang tinggi. Pelbagai persoalan timbul didalam minda mereka untuk
mengetahui punca dan sebab sesuatu perkara berlaku. Para guru harus mahir
memanipulasikan soalan yang ditanya agar ianya dapat menarik minat para
pelajar untuk mempelajari sains sebagai salah satu matapelajaran yang menarik.

2.4

Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan.

Pembelajaran secara konstruktivisme didalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains membantu murid-murid membina analogi, contoh dan
6
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

kaedah mengingati dengan cara mereka tersendiri berdasarkan pengalaman
sedia ada agar ianya menjadi satu bentuk kefahaman yang baru.
Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri “ ialah satu set
idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk
belajar secara konsisten”. Pembelajaran masteri harus dilaksanakan kerana
murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran juga
dipecahkan kepada unit yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai.
Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat
dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti “hand-on” dan “mind-on”.
inkuiri merupakan “proses mencari dan

Menurut Shulman (1968/1973),

menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data
dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah”. Trowbridge, Bybee
dan Sund (1981), menyatakan definisi penemuan adalah “apabila individu
menggunakan

proses

mental

untuk

membentuk

konsep

atau

prinsip”.

Pembelajaran secara inkuiri membolehkan para pelajar mengenali sesuatu
masalah, mereka bentuk penyelesaian masalah dan mencari jalan penyelesaian
masalah.
Strategi pengajaran yang dinyatakan diatas kurang dipraktikkan oleh guru
didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kerana inilah murid-murid
kurang meminati sains. Guru tidak berusaha untuk mempelbagaikan strategi
pengajaran dan aktiviti pembelajaran sehingga mengakibatkan para pelajar
menjadi bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama.
Setiap

topik

pengajaran

dan

pembelajaran

mempunyai

strategi

pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Sekiranya guru tersebut
mahir memanipulasikan strategi pengajaran, sesi pembelajaran sains akan
menjadi mudah dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian yang
mereka berikan akan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan guru
7
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

ISU : MASALAH PEMBELAJARAN SAINS
MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat
Tahun

Baru

2012,

baru-baru

ini

melahirkan

kebimbangan

mengenai

kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat
sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai
ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan
untuk memajukan bidang sains.
Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata
dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di
Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian
di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding
jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran
berkenaan di peringkat sekolah tinggi.
Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku
disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains
sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan
bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan
cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti.

Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan
peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama
berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya
mereka dapat menyambung pengajian di university. Walhal tempat melanjutkan
pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih
banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang
tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang
pasaran pekerjaannya melangkau sempadan Negara.
Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak
semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat
8
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

pekerjaan

bersesuaian

dengan

bidang

pengajian

yang

mereka

ikuti.

Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar
sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains.
Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti
untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi
menjayakan agenda pembangunan Negara.

Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan
kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti
yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar
yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan
sehingga 27 peratus pada 2012.
Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang
2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan
teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai.
Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon
mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi
pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek
berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan.
Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di
peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang
kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang
sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber
tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.
Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat
menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan
lebih menarik dan menyeronokkan.
9
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan
teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi
Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu
kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan
inovatif.
Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan
Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson
telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program
Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source
Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002.
BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh
beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah
pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap
dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan
teknologi di Negara ini.
Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti
Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston
mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif.
Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput
jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik
minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan.
Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah
dalam

Pendidikan

Kejuruteraan

Pertubuhan

Pendidikan,

Saintifik

dan

Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne
Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar,
terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap „kotor‟.

10
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri
menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang
cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.
Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan
perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah
asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi
ekonomi negara.

11
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

MASALAH KAJIAN

Matapelajaran Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh
guru bagi menarik minat murid untuk menguasai pelajaran ini. Antara masalah
yang dihadapi ialah, murid tidak memahami konsep sains dengan baik serta
tidak dapat

untuk mengaitkannya dengan kehidupan seharian mereka.

Sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, pasti mereka akan berasa seronok
dan teruja untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan Sains ini. Seterusnya ,
mereka dapat mengaplikasi atau menghubungkaitkannya dengan kehidupan
seharian mereka.
Contohnya , secawan air milo panas diletakkan di atas meja selama
beberapa minit. Kemudian, ia didapati telah sejuk. Apabila murid diminta
membuat inferens, mereka hanya menyatakan bahawa air menjadi sejuk kerana
dibiarkan di atas meja dalam jangkamasa beberapa minit. Mereka tidak dapat
menyatakan inferens yang tepat mengikut apa yang telah dipelajari dalam sains,
walaupun mereka mengetahuinya. Misalnya, memberi jawapan seperti „ air
kehilangan haba‟.
Selain itu, aktiviti seperti ini lebih menarik dan seronok jika dilakukan
secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan. Ini dapat menjana idea yang
pelbagai dan mewujudkan interaksi antara murid. Secara tidak langsung nilainilai dalam pelajaran sains ini lebih mudah untuk diterapkan seperti berani
mencuba, memberi idea dan menghubungkaitkan idea.
Sehubungan dengan ini, saya cuba untuk melakukan sesuatu bagi
menangani masalah tersebut di atas. Saya telah merancang satu Rancangan
Pengajaran

Sains

bagi

murid

tahun

6

di

sekolah

saya

dan

akan

melaksanakannya . Saya bercadang untuk menggunakan kaedah projek dan
menekankan slogan….‟ Kemahiran Proses Sains (KPS) „. Setelah eksperimen
dilakukan, murid akan bersoaljawab dengan guru melalui pemerhatian yang
12
SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ

dibuat.

Sekiranya

jawapan

murid

tidak

menepati

jawapan

yang

dikehendaki…slogan „KPS‟ akan di laungkan…murid diharap dapat memikirkan
semula jawapan mereka dan mengaitkan dengan kemahiran dan pengetahuan
sains yang telah dipelajari. Kaedah projek ini juga merupakan aktiviti
berkumpulan yang dapat membantu murid untuk memperolehi pelbagai info
daripada rakan-rakan melalui perbincangan.

13

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertemaHumyra Amer
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasZalina lina
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANfthehah
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 

Was ist angesagt? (20)

Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Akta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khasAkta akta-pendidikan-khas
Akta akta-pendidikan-khas
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGAPLIKASIAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI SENI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 

Andere mochten auch

KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sainsJuprin Togor
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sainsmamadanial
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriIzny Atikah
 
Audit akademik sains copy
Audit akademik sains   copyAudit akademik sains   copy
Audit akademik sains copyAZUAD ozil
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sainsMummy Rayyan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratasihwiniy viniy
 
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)Eliza Mohd Salleh
 
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016sydee81
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6fiezah_ali
 
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Rosell Roseliana Rusli
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakAsrul Sani
 

Andere mochten auch (20)

KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains
 
kajian tindakan sains
kajian tindakan sainskajian tindakan sains
kajian tindakan sains
 
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiriStrategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
Strategi pengajaran sains kanak kanak secara inkuiri
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Audit akademik sains copy
Audit akademik sains   copyAudit akademik sains   copy
Audit akademik sains copy
 
Assingment full sains
Assingment full sainsAssingment full sains
Assingment full sains
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Cara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg beratCara cara mengatasi masalah beg berat
Cara cara mengatasi masalah beg berat
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)
IBSE (Pembelajaran Sains Secara Inkuiri)
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016
ANALISA KELEMAHAN MURID UJIAN PRA TRIAL UPSR 2016
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6Post mortem pencapaian murid tahun 6
Post mortem pencapaian murid tahun 6
 
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
Pelan Strategik Panitia Sains 2016-2018
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 

Ähnlich wie Mempelajari Sains

Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learningguestf6b63af
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...guestf6b63af
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoYohanes Purwanto
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Izawati Saat
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beliMelly PMI
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitianratih azza
 
10676-22070-1-SM.pdf
10676-22070-1-SM.pdf10676-22070-1-SM.pdf
10676-22070-1-SM.pdfAmiruddinSPd
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Harsidi Side
 
Tugas hesti cepriana
Tugas hesti ceprianaTugas hesti cepriana
Tugas hesti ceprianaBunda Dewi
 
Thangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkThangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkLim Leh Hong
 

Ähnlich wie Mempelajari Sains (20)

Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Makalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwantoMakalah y prian budi purwanto
Makalah y prian budi purwanto
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Ptk jual-beli
Ptk jual-beliPtk jual-beli
Ptk jual-beli
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
10676-22070-1-SM.pdf
10676-22070-1-SM.pdf10676-22070-1-SM.pdf
10676-22070-1-SM.pdf
 
Proposal mimi yuni
Proposal mimi yuniProposal mimi yuni
Proposal mimi yuni
 
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
Penggunaan Media animasi dalam model pembelajaran langsung untuk meningkatkan...
 
Revisi isi
Revisi isiRevisi isi
Revisi isi
 
Tugas ii
Tugas iiTugas ii
Tugas ii
 
Tugas hesti cepriana
Tugas hesti ceprianaTugas hesti cepriana
Tugas hesti cepriana
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Thangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkkThangavelo mpsa hkk
Thangavelo mpsa hkk
 
Karya tulids
Karya tulidsKarya tulids
Karya tulids
 

Mempelajari Sains

  • 1. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ MASALAH PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH 1. PENGENALAN Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) mendefiniskan pengajaran dan pembelajaran “berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain dan pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan seperti caranya, sistemnya dan lain-lain”. Pengajaran merupakan aktiviti dan tugasan yang diusahakan secara bersama oleh guru dan para pelajarnya. Guru hendaklah merancang pengajaran secara sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sukatan pelajaran agar perlaksanaan pengajaran itu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembelajaran pula didefinisikan sebagai “proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Menurut Robert M.Gagne (1970), didalam The Condition of Learning, beliau mendefinisikan pembelajaran sebagai “perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Menurut Woolfolk (1980), didalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran merupakan “perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru”. Pembelajaran sains sekolah rendah telah mengalami transformasi secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan guna tenaga profesional didalam bidang sains dan teknologi di Malaysia. Isu kemerosoton minat para pelajar terhadap bidang sains sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi sering diperdebatkan oleh pakarpakar ilmuan pada masa kini. Masalah ini berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan para pelajar itu sendiri terhadap subjek sains sejak dari peringkat sekolah rendah. 1
  • 2. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Guru memainkan peranan yang penting untuk mengikis pandangan negatif para pelajar terhadap subjek sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira strategi pengajaran dan pembelajaran, kesesuaian aktiviti pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang efektif untuk memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang bermakna. Masalah pembelajaran sains dapat diatasi sekiranya para guru sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk memastikan objektif pembelajaran mencapai matlamatnya. 2.0 Jenis Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah. Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor penyebab utama mengapa para pelajar kurang meminati mata pelajaran sains di sekolah rendah. Murid-murid sering menyatakan bahawa belajar sains dan matematik adalah membosankan. Melalui kefahaman mereka, pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan mereka lulus di dalam peperiksaan. Aktiviti pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat jarang dipraktikkan oleh guru. Dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor berikut merupakan jenis masalah pembelajaran sains di sekolah rendah. I. Pembelajaran berorientasikan peperiksaan. II. Kurang aktiviti pembelajaran berkumpulan. III. Kaedah penyoalan yang lemah. IV. Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan. Setiap permasalahan yang dinyatakan merupakan penyumbang kepada kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di institut pengajian tinggi dan juga menjadi faktor kepada persepsi negatif para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah untuk mempelajari sains. Untuk mengatasi masalah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang dirancang oleh guru haruslah mengikut kecerdasan pelbagai para pelajar. Hal ini 2
  • 3. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ amat penting untuk menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan.Cara pengajaran dan teknik pengajaran juga memainkan peranan didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual dan konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Murid-murid cenderung kepada pembelajaran interaktif dan pengajaran hendaklah berpusat kepada murid manakala guru bertindak sebagai fasilitator didalam kelas. Guru harus mahir didalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran hendaklah berasakan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah menyertai proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. 2.1 Pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Penilaian perkembangan akademik para pelajar di Malaysia adalah berasaskan kepada keputusan peperiksaan awam yang mereka duduki seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan awam ini telah dilembagakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ianya sah sebagai keputusan rasmi akademik seseorang pelajar. Keputusan peperiksaan secara keseluruhan akan menentukan tahap prestasi akademik sesebuah sekolah di Malaysia. Kebanyakkan guru-guru sains di peringkat sekolah rendah akan berusaha untuk memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus agar peratusan gred pencapaian pelajar lulus dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Melihat kepada perkara ini, didapati bahawa tujuan utama guru mengajar sains adalah untuk memastikan para pelajar lulus dan bukannya untuk membolehkan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan secara bermakna. Apabila senario ini berlaku, para pelajar kurang didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains kerana 3
  • 4. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ keadaan ini kurang membantu para pelajar mendapat markah secara keseluruhan. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara hafalan fakta, teori, konsep dan hukum sains semata-mata tanpa melibatkan aktiviti pembelajaran yang pelbagai. Konsep pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual, inkuiri dan konstruktivisme hanya ditulis pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tanpa dilaksanakan sepenuhnya. Guru mengajar secara tradisi dengan menggunakan penerangan dan papan tulis. Para pelajar merasakan mereka sebagai pendengar secara pasif dan tidak dilibatkan sepenuhnya didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan para pelajar kurang minat untuk mempelajari sains kerana fokus dan objektif utama mereka adalah untuk menghafal pembelajaran dan lulus didalam subjek sains. Apabila para pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains, tahap kognitif mereka juga tidak berkembang dengan sepenuhnya. Kemahiran ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran mental dan fizikal para pelajar didalam menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik. 2.2 Kurangnya aktiviti pembelajaran berkumpulan. Pembelajaran kumpulan umumnya dikaitkan dengan strategi pembelajaran koperatif. Menurut Johnson & Johnson (1991), “secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai objektif pembelajaran”. Fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Menurut Slavin (2005),“pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar”. Para pelajar kurang meminati pembelajaran sains kerana pembelajaran berpusatkan guru dan mereka menjadi pendengar yang pasif. Pembelajaran koperatif menekankan interaksi sosial di mana setiap ahli kumpulan perlu 4
  • 5. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-membantu untuk mencapai matlamat kumpulan di dalam konteks pembelajaran. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui kerjasama semua ahli didalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan jelas dan tertentu dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Pembelajaran koperatif juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif seseorang pelajar Kebanyakkan guru kurang menerapkan pembelajaran secara berkumpulan kerana menganggap pembelajaran sebegitu akan menjejaskan tumpuan pelajar yang cemerlang untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran sains di sekolah rendah juga kurang melibatkan aktiviti pembelajaran kumpulan kerana faktor-faktor berikut: I. Kekangan masa Para guru mendapati bahawa masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi untuk melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan kerana mereka terpaksa mengambil kira faktor penyediaan kumpulan, agihan masa dan penyediaan radas atau bahan. II. Tiada kemudahan makmal sains Pembelajaran secara eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat kurang berlaku di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman kerana kekurangan peralatan atau radas sains yang bersesuaian untuk melaksanakannya. 2.3 Kaedah penyoalan yang lemah. Pembelajaran sains secara berkesan memerlukan para guru menggunakan kaedah penyoalan kognitif aras tinggi agar ianya dapat membuka minda para pelajar ke arah penyelesaian saintifik. Para pelajar harus didedahkan dengan soalan mengapa, kenapa, bagaimana sesuatu fenomena dan kejadian berlaku didalam aspek sains. Teknik penyoalan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan objektif pelajaran mencapai matlamatnya. Sedar atau tidak, kriteria 5
  • 6. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ kemahiran teknik penyoalan guru-guru amat dititik beratkan semasa penilaian Jemaah Nazir Sekolah, pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbir sekolah yang terlibat didalam pemantauan pengajaran dan pembelajaran guruguru di sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran seseorang guru menguasai teknik dan kemahiran menyoal secara langsung menentukan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku didalam kelas. Didapati bahawa para guru melakukan beberapa kesilapan semasa menyoal para pelajar didalam kelas. Diantaranya ialah: I. Soalan yang tidak jelas. II. Bersifat spontan. III. Tidak menentukan tujuan soalan. IV. Soalan hanya sekadar mencungkil ingatan dan memahami fakta. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, penyoalan lebih berpusat kepada para pelajar yang cemerlang jika dibandingkan dengan para pelajar pasif kerana guru mengharapkan jawapan daripada membimbing para pelajar untuk mendapatkan jawapan melalui interaksi positif. Didalam erti kata lain, para pelajar hanya menjawab dan bertanya apabila perlu. Didalam konteks ini, proses pengajaran berlaku namun ianya bukan pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar. Di peringkat sekolah rendah, para pelajar mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Pelbagai persoalan timbul didalam minda mereka untuk mengetahui punca dan sebab sesuatu perkara berlaku. Para guru harus mahir memanipulasikan soalan yang ditanya agar ianya dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari sains sebagai salah satu matapelajaran yang menarik. 2.4 Strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran tidak dipelbagaikan. Pembelajaran secara konstruktivisme didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains membantu murid-murid membina analogi, contoh dan 6
  • 7. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ kaedah mengingati dengan cara mereka tersendiri berdasarkan pengalaman sedia ada agar ianya menjadi satu bentuk kefahaman yang baru. Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri “ ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten”. Pembelajaran masteri harus dilaksanakan kerana murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan murid harus menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipelajari. Pembelajaran juga dipecahkan kepada unit yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai. Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hand-on” dan “mind-on”. inkuiri merupakan “proses mencari dan Menurut Shulman (1968/1973), menyiasat, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah”. Trowbridge, Bybee dan Sund (1981), menyatakan definisi penemuan adalah “apabila individu menggunakan proses mental untuk membentuk konsep atau prinsip”. Pembelajaran secara inkuiri membolehkan para pelajar mengenali sesuatu masalah, mereka bentuk penyelesaian masalah dan mencari jalan penyelesaian masalah. Strategi pengajaran yang dinyatakan diatas kurang dipraktikkan oleh guru didalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kerana inilah murid-murid kurang meminati sains. Guru tidak berusaha untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran sehingga mengakibatkan para pelajar menjadi bosan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang kekal sama. Setiap topik pengajaran dan pembelajaran mempunyai strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang tersendiri. Sekiranya guru tersebut mahir memanipulasikan strategi pengajaran, sesi pembelajaran sains akan menjadi mudah dan menarik bagi para pelajar. Tumpuan dan perhatian yang mereka berikan akan memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan guru 7
  • 8. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ ISU : MASALAH PEMBELAJARAN SAINS MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, baru-baru ini melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains dan matematik adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di university. Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan Negara. Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat 8
  • 9. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti. Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan Negara. Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012. Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains dan teknologi berbanding aliran lain di universiti belum tercapai. Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains, matematik dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan. Mahasiswa yang mempunyai asas sains dan matematik yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan. 9
  • 10. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif. Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS)) yang diperkenalkan pada 2002. BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di Negara ini. Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan. Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap „kotor‟. 10
  • 11. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi. Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara. 11
  • 12. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ MASALAH KAJIAN Matapelajaran Sains merupakan satu subjek yang sangat penting hari ini. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dan kekangan yang dihadapi oleh guru bagi menarik minat murid untuk menguasai pelajaran ini. Antara masalah yang dihadapi ialah, murid tidak memahami konsep sains dengan baik serta tidak dapat untuk mengaitkannya dengan kehidupan seharian mereka. Sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku, pasti mereka akan berasa seronok dan teruja untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan Sains ini. Seterusnya , mereka dapat mengaplikasi atau menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya , secawan air milo panas diletakkan di atas meja selama beberapa minit. Kemudian, ia didapati telah sejuk. Apabila murid diminta membuat inferens, mereka hanya menyatakan bahawa air menjadi sejuk kerana dibiarkan di atas meja dalam jangkamasa beberapa minit. Mereka tidak dapat menyatakan inferens yang tepat mengikut apa yang telah dipelajari dalam sains, walaupun mereka mengetahuinya. Misalnya, memberi jawapan seperti „ air kehilangan haba‟. Selain itu, aktiviti seperti ini lebih menarik dan seronok jika dilakukan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan. Ini dapat menjana idea yang pelbagai dan mewujudkan interaksi antara murid. Secara tidak langsung nilainilai dalam pelajaran sains ini lebih mudah untuk diterapkan seperti berani mencuba, memberi idea dan menghubungkaitkan idea. Sehubungan dengan ini, saya cuba untuk melakukan sesuatu bagi menangani masalah tersebut di atas. Saya telah merancang satu Rancangan Pengajaran Sains bagi murid tahun 6 di sekolah saya dan akan melaksanakannya . Saya bercadang untuk menggunakan kaedah projek dan menekankan slogan….‟ Kemahiran Proses Sains (KPS) „. Setelah eksperimen dilakukan, murid akan bersoaljawab dengan guru melalui pemerhatian yang 12
  • 13. SCE3104-ZalizanIsmail-PPG/PJ dibuat. Sekiranya jawapan murid tidak menepati jawapan yang dikehendaki…slogan „KPS‟ akan di laungkan…murid diharap dapat memikirkan semula jawapan mereka dan mengaitkan dengan kemahiran dan pengetahuan sains yang telah dipelajari. Kaedah projek ini juga merupakan aktiviti berkumpulan yang dapat membantu murid untuk memperolehi pelbagai info daripada rakan-rakan melalui perbincangan. 13