SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Bab
                        Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja
       2
                                      > Sistem Catatan Bergu
Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah:


                     Aset         =        Liabiliti       +     Ekuiti Pemilik
        Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

               Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih

                      Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

        Aset     =    Liabiliti       +   Ekuiti Pemilik         +       Hasil       –     Belanja
                        Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

        Aset     +    Belanja         =   Liabiliti    +       Ekuiti Pemilik            +     Hasil

 Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-
 kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan
 akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir
 persamaan perakaunan.

        Aset     +    Belanja         =   Liabiliti    +       Ekuiti Pemilik            +     Hasil

             Akaun-akaun                                       Akaun-akaun
                DEBIT                                            KREDIT
                            > Pengenalan kepada debit dan kredit.

 Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak
 pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun.
 Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri)
 dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang
 berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan.
 Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan
 baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri)
 atau di sebelah kredit (kanan).

 Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’
 manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.

                                                                               debitum – ‘that which is owing’
                                                                                 credere – ‘to trust or believe’
                                                                     Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit
Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’:
                                                Nama Akaun
          Debit                                                                       Kredit

          Catatan di sebelah kiri akaun                        Catatan di sebelah kanan akaun


   Akaun aset dan belanja, yang                                Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan
   mewakili sumber-sumber yang                                 hasil, yang mewakili sumber-
   digunakan oleh perniagaan,                                  sumber dana bagi perniagaan,
   merupakan akaun debit.                                      merupakan akaun kredit.

   Peningkatan baki dalam akaun                                Peningkatan baki dalam akaun
   tersebut dibuat melalui catatan di                          tersebut dibuat melalui catatan di
   sebelah debit, manakala pengurangan                         sebelah kredit, manakala
   baki dibuat melalui catatan di sebelah                      pengurangan baki dibuat melalui
   kredit.                                                     catatan di sebelah debit.



Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun:

                  Debit                     =                             Kredit
                                                                          Ekuiti
     Aset           +       Belanja         =      Liabiliti        +                 +       Hasil
                                                                         Pemilik
        Peningkatan – Debit                                        Peningkatan – Kredit
       Pengurangan – Kredit                                        Pengurangan – Debit
Aset bukan                Belanja               Liabiliti bukan         - modal           Hasil kendalian
semasa                    kendalian dan         semasa                  - modal           dan bukan
- kenderaan               bukan                 - pinjaman                tambahan        kendalian
- bangunan                kendalian.               bank                                   - jualan
- perabot                 - belian              - gadai janji                             - hasil
- alatan pejabat          - sewa dibayar                                                    perkhidmatan
                          - gaji & upah                                                   - sewa diterima
                          - dan lain-lain                                                 - komisen
Aset semasa               Kontra kepada         Liabiliti semasa                            diterima
- tunai & bank            ekuiti                - pemiutang                               - dan lain-lain
- penghutang              - ambilan             - overdraf
- stok                                             bank
- belanja                                       - belanja
   terdahulu                                       terakru
- hasil terakru                                 - hasil
                                                   terdahulu


 Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:
 a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat
 b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik,
    hasil atau belanja.
 c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku
    peningkatan baki atau pengurangan baki).
> Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am.

Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khas
dan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagi
membina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu.

Format Jurnal Am adalah seperti di bawah:

   Tarikh                          Butir               Fol   Debit           Kredit




 Contoh urusniaga:

 a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank
    RM10 000 dan kenderaan RM 20 000.
    Analisis urusniaga:
    - Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit             Tentukan sama ada
    - Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit        akaun didebit atau
                                                         dikreditkan
    - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit

   Tarikh                          Butir               Fol   Debit           Kredit
            a.     Bank                                         10 000
                   Kenderaan                                    20 000
                            Modal                                              30 000
                   (Memulakan perniagaan dengan
                   aset di atas)

                 Akaun kredit dijarakkan dari margin


 b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek.
    Analisis urusniaga:
    - Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit
    - Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit

   Tarikh                          Butir               Fol   Debit           Kredit
            b.     Perabot                                       1 500
                          Bank                                                   1 500
                   (Membeli perabot secara tunai)
c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan
    cek.
    Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian,
    bukan Akaun Stok.
    Analisis urusniaga:
    - Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit
    - Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit

    Tarikh                      Butir                   Fol        Debit           Kredit
             c.   Belian                                               1 000
                       Bank                                                             1 000
                  (Membeli stok secara tunai)


 d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit
    daripada Kedai Borong Abu.
    Analisis urusniaga:
    - Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit
    - Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit

    Tarikh                      Butir                   Fol        Debit           Kredit
             d.   Belian                                               4 000
                       Kedai Borong Abu                                                 4 000
                  (Membeli stok secara kredit)

  Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama
  mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.



e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran
   diterima secara tunai.
   Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun
   Jualan, bukan Akaun Stok.
   Analisis urusniaga:
   - Tunai (aset) bertambah RM1 000 – Debit
   - Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit

    Tarikh                      Butir                   Fol        Debit           Kredit
             e.   Tunai                                                1 000
                         Jualan                                                         1 000
                  (Menjual stok secara tunai)
f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500.
   Analisis urusniaga:
   - Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit
   - Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit


   Tarikh                       Butir               Fol       Debit         Kredit
            f.   Yusri                                                500
                        Jualan                                                   500
                 (Menjual stok secara kredit)



g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai.
   Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran.
   Analisis urusniaga:
   - Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit
   - Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit


   Tarikh                       Butir               Fol       Debit         Kredit
            g.   Kadar Bayaran                                        250
                        Tunai                                                    250
                 (Membayar bil-bil secara tunai)


h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke
   dalam perniagaan.
   Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan
   direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal.
   Analisis urusniaga:
   - Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit
   - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit


   Tarikh                       Butir               Fol       Debit         Kredit
            h.   Peralatan Pejabat                               3 500
                        Modal                                                  3 500
                 (Pemilik membawa masuk
                 komputer ke dalam perniagaan)
i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya.
   Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan
   merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod
   terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk
   mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh
   perakaunan.
   Analisis urusniaga:
   - Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit
   - Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit

   Tarikh                      Butir                  Fol       Debit           Kredit
            i.   Ambilan                                                100
                        Tunai                                                         100
                 (Pemilik mengambil tunai untuk
                 kegunaan peribadi)

j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi
   perniagaannya.
    Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos
   barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan.
   Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi.
   Analisis urusniaga:
   - Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit
   - Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit

   Tarikh                      Butir                  Fol       Debit           Kredit
            j.   Promosi                                                200
                       Belian                                                         200
                 (Mengambil stok untuk promosi)


k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana
   tersalah jenama.
    Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai
   Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian)
   tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai
   Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini.
   Analisis urusniaga:
   - Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit
   - Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit

   Tarikh                      Butir                  Fol       Debit           Kredit
            k.   Kedai Borong Abu                                       100
                        Pulangan Belian                                               100
                 (memulangkan barang salah jenama)
l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak.
    Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri).
   Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod
   ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang
   disebabkan pulangan ini.
   Analisis urusniaga:
   - Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit
   - Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit


   Tarikh                     Butir                  Fol        Debit           Kredit
            l.   Pulangan Jualan                                        50
                         Yusri                                                           50
                 (Yusri memulangkan barang kerana
                 rosak)




            Cuba Sendiri!


  Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8.

    Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000.
        2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai
          RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek.
        4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent.
        7 Jualan tunai RM500.
      10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju.
      14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai
          RM20 000.
      15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai.
      16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50.
      17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek).
      20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100.
      22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek.
      24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan.
      25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek.
      27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya
          adalah untuk kediaman.
      29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800.
      30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai
          RM50.

  Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
Fazira Fadzilah
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
SRMORAD
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
Maria Nordin
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA
 
Bab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaanBab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaan
ram charan
 
Buku tunai runcit
Buku tunai runcitBuku tunai runcit
Buku tunai runcit
Miss Jia
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Nur Osman
 
Pembetulan kesilapan
Pembetulan kesilapanPembetulan kesilapan
Pembetulan kesilapan
Zara Lumina
 
Bank pusat negara
Bank pusat negaraBank pusat negara
Bank pusat negara
mastura71
 

Was ist angesagt? (20)

Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
Bab 6-perakaunan-akaun-belum-terima1
 
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
Contoh Kerja Kursus P.Akaun tahun 2011
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Bab 4 simpan kira
Bab 4 simpan kiraBab 4 simpan kira
Bab 4 simpan kira
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
Bab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaanBab 2.1 permintaan
Bab 2.1 permintaan
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
 
Buku tunai runcit
Buku tunai runcitBuku tunai runcit
Buku tunai runcit
 
ekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
ekonomi tingkatan 4 - bank perdaganganekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
ekonomi tingkatan 4 - bank perdagangan
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Nota prinsip akaun form 4 & 5
Nota prinsip akaun form 4 & 5Nota prinsip akaun form 4 & 5
Nota prinsip akaun form 4 & 5
 
Pembetulan kesilapan
Pembetulan kesilapanPembetulan kesilapan
Pembetulan kesilapan
 
Pendapatan boleh guna
Pendapatan boleh gunaPendapatan boleh guna
Pendapatan boleh guna
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai PengeluarEkonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
 
Bank pusat negara
Bank pusat negaraBank pusat negara
Bank pusat negara
 
Tpm
TpmTpm
Tpm
 

Andere mochten auch (12)

Sistem catatan bergu dan persamaan perakaunan
Sistem catatan bergu dan persamaan perakaunanSistem catatan bergu dan persamaan perakaunan
Sistem catatan bergu dan persamaan perakaunan
 
Format Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip AkaunFormat Baru SPM Prinsip Akaun
Format Baru SPM Prinsip Akaun
 
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Bab 2
 
Simpan kira f2
Simpan kira f2Simpan kira f2
Simpan kira f2
 
4.persamaan kunci kira kira edit
4.persamaan kunci kira kira edit4.persamaan kunci kira kira edit
4.persamaan kunci kira kira edit
 
bab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunanbab-3-kitaran-perakaunan
bab-3-kitaran-perakaunan
 
Panjar wang runcit
Panjar wang runcitPanjar wang runcit
Panjar wang runcit
 
Penyata pendapatan
Penyata pendapatanPenyata pendapatan
Penyata pendapatan
 
Simpan kira kira t3
Simpan kira kira t3Simpan kira kira t3
Simpan kira kira t3
 
Penyata penyesuaian bank
Penyata penyesuaian bankPenyata penyesuaian bank
Penyata penyesuaian bank
 
Prinsip akaun bab 1..
Prinsip akaun bab 1..Prinsip akaun bab 1..
Prinsip akaun bab 1..
 
Perakaunan Untuk Tunai
Perakaunan Untuk TunaiPerakaunan Untuk Tunai
Perakaunan Untuk Tunai
 

Modul sistem-catatan-bergu

  • 1. Bab Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja 2 > Sistem Catatan Bergu Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil – Belanja Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut: Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang- kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir persamaan perakaunan. Aset + Belanja = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil Akaun-akaun Akaun-akaun DEBIT KREDIT > Pengenalan kepada debit dan kredit. Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan). Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’. debitum – ‘that which is owing’ credere – ‘to trust or believe’ Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit
  • 2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’: Nama Akaun Debit Kredit Catatan di sebelah kiri akaun Catatan di sebelah kanan akaun Akaun aset dan belanja, yang Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan mewakili sumber-sumber yang hasil, yang mewakili sumber- digunakan oleh perniagaan, sumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun debit. merupakan akaun kredit. Peningkatan baki dalam akaun Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di tersebut dibuat melalui catatan di sebelah debit, manakala pengurangan sebelah kredit, manakala baki dibuat melalui catatan di sebelah pengurangan baki dibuat melalui kredit. catatan di sebelah debit. Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun: Debit = Kredit Ekuiti Aset + Belanja = Liabiliti + + Hasil Pemilik Peningkatan – Debit Peningkatan – Kredit Pengurangan – Kredit Pengurangan – Debit Aset bukan Belanja Liabiliti bukan - modal Hasil kendalian semasa kendalian dan semasa - modal dan bukan - kenderaan bukan - pinjaman tambahan kendalian - bangunan kendalian. bank - jualan - perabot - belian - gadai janji - hasil - alatan pejabat - sewa dibayar perkhidmatan - gaji & upah - sewa diterima - dan lain-lain - komisen Aset semasa Kontra kepada Liabiliti semasa diterima - tunai & bank ekuiti - pemiutang - dan lain-lain - penghutang - ambilan - overdraf - stok bank - belanja - belanja terdahulu terakru - hasil terakru - hasil terdahulu Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda: a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja. c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan baki atau pengurangan baki).
  • 3. > Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am. Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khas dan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagi membina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu. Format Jurnal Am adalah seperti di bawah: Tarikh Butir Fol Debit Kredit Contoh urusniaga: a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank RM10 000 dan kenderaan RM 20 000. Analisis urusniaga: - Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit Tentukan sama ada - Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit akaun didebit atau dikreditkan - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit a. Bank 10 000 Kenderaan 20 000 Modal 30 000 (Memulakan perniagaan dengan aset di atas) Akaun kredit dijarakkan dari margin b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek. Analisis urusniaga: - Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit b. Perabot 1 500 Bank 1 500 (Membeli perabot secara tunai)
  • 4. c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan cek. Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit c. Belian 1 000 Bank 1 000 (Membeli stok secara tunai) d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit daripada Kedai Borong Abu. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit - Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit d. Belian 4 000 Kedai Borong Abu 4 000 (Membeli stok secara kredit) Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut. e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran diterima secara tunai. Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Jualan, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Tunai (aset) bertambah RM1 000 – Debit - Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit e. Tunai 1 000 Jualan 1 000 (Menjual stok secara tunai)
  • 5. f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500. Analisis urusniaga: - Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit - Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit f. Yusri 500 Jualan 500 (Menjual stok secara kredit) g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai. Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran. Analisis urusniaga: - Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit g. Kadar Bayaran 250 Tunai 250 (Membayar bil-bil secara tunai) h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke dalam perniagaan. Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal. Analisis urusniaga: - Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit h. Peralatan Pejabat 3 500 Modal 3 500 (Pemilik membawa masuk komputer ke dalam perniagaan)
  • 6. i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya. Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh perakaunan. Analisis urusniaga: - Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit i. Ambilan 100 Tunai 100 (Pemilik mengambil tunai untuk kegunaan peribadi) j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi perniagaannya. Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan. Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi. Analisis urusniaga: - Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit - Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit j. Promosi 200 Belian 200 (Mengambil stok untuk promosi) k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana tersalah jenama. Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit - Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit k. Kedai Borong Abu 100 Pulangan Belian 100 (memulangkan barang salah jenama)
  • 7. l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak. Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri). Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit - Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit l. Pulangan Jualan 50 Yusri 50 (Yusri memulangkan barang kerana rosak) Cuba Sendiri! Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8. Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000. 2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek. 4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent. 7 Jualan tunai RM500. 10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju. 14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai RM20 000. 15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai. 16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50. 17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek). 20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100. 22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek. 24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan. 25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek. 27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya adalah untuk kediaman. 29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800. 30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai RM50. Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.