SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
TAJUK 8: Pembentukan Malaysia dan Cabaran Sebuah Kerajaan Merdeka

PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19.
2.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat
Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah
(Borneo Utara) denganNegeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
3. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia
Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
4. Pada tahun 1956, Dato' Onn Ja'afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan
menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
5. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti
oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959.
Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk
menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak
dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan
mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan
Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura.
7. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu
kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam
bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.
8. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British
dengan rakyat tempatan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk pada masalah
keselamatan, usaha mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi.
2. Selain itu, sebabnya adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan
penduduk Melayu dan bukan Melayu.



Faktor Politik
1. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan
Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961 .
2. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu
Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini
membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan
kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan
berhaluan kiri.
3. Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew
telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu.
4. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam
membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepanjang tempoh darurat, dari
tahun 1948 hingga tahun 1960.
5. Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine
Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
6. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke
dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman
komunis.
7. Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan
Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan
sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut
perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka
dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
8. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang
belum membangun.
8. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan
kemerdekaan.DalamPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun
1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.
9. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada
rantau Asia Tenggara.
10. British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis
di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah
memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura.
Parti Tindakan Rakyat (PAP)Parti Tindakan Rakyat dikenal juga dengan nama singkatannya
PETIR.Parti ini menggunakan lambang petir.



Faktor Ekonomi
1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan
pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
2. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah
pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak.
Faktor Sosial
1. Salah satu taktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan
kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan
Brunei ke dalam gabungan itu.
2. Pada keseluruhannya, pembentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan
bagi negeri-negeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum
membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British.
3. Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara
Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri
masing-masing demi kepentingan bersama.


Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura
telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar.



Reaksi Dalam Negeri
1. Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia
sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.
2. Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset
yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
3. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat
perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan
penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan
Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.



Singapura
1. Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan
pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan
kedudukannya.
2. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul
penggabungan ini.
3. Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan
mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka
menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura
menyertai gabungan ini.
4. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat
Bersatu atau United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura
mendapatkan pandangan rakyat.
5. Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah
diadakan pada1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura
memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang
dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961 .



Sabah Dan Sarawak
1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia
diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini.
2. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama
60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.
3. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan
untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam
politik adalah terhad. Sarawak
1. Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu
Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pimpinan Ong Kee
Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan
sebilangan kecil orang Melayu.
2. Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS), ditubuhkan pada bulan April 1960 di
bawah pimpinan Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang
Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.
3. Pada bulan April 1961, lahir pimpinan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party
(SNAP)Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban.
4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di
bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang
kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan
kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh.
5. Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan
Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 daan Sarawak
Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Kebanyakan ahli bagi kedua-
dua parti ini terdiri daripada orang Cina.
6. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia
walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan
kemerdekaan terlebih dahulu.
7. Hanya SUPP yang terus menentang.
8. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA
telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
9. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan
berusaha menyekat pengaruh SUPP.
10. Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik, namun, pengumuman Tunku Abdul
Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu
bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan
Malaysia.
11. Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan
Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah
pimpinan Donald Stephens. 12. Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun
yang mewakili orang Islam di Sabah.
13. Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S.
Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun.
14. Pada masa itu, muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti
Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin.
15. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok
Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah.
Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
16. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang
dikenali sebagai Perkara 20.
17. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-
tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru
oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
18. Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya
menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
19. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-
negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan.
20. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah:
21. Reaksi parti-parti politik di Sarawak clan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat
dilihat dalam jadual berikut:(sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5)
22. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula
menyokong pembentukan Malaysia.
23. Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk
Sarawak dan Sabah.
24. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah
Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan
Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini.
25. Di samping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak
dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald
Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.



Brunei
1. Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau
pendapat rakyat Brunei.
2. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan
Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu
kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
3. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
4. A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional
Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan
Brunei.
5. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan
Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
6. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan
Filipina.
7. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera
British
8. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat
perlindungan politik di Indonesia.



Reaksi Negara Luar
Indonesia
1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
2. Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan
Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia.
Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah
mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
3. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia
telah diumumkan pada 20Januari 1963.
4. Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah
Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang
tindakan.
5. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui
Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel
termasuklah dari Britain, Australia,New Zealand dan Kanada.
6. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
7. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha
Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah.
8. Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak
berlaku kerana tindakan ini menjelaskan Indonesia sendiri.
9. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila
Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
10. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa
buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan
Malaysia.
11. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku
pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden
Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik,
bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
12. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.



Filpina
1. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi
menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
2. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada
milik Kesultanan Sulu.
3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan
Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan
haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya
memperoleh Piagam Diraja daripada British.
4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat
inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
6. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang
terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
7. Menjelang bulan Jun 1966, Filipino telah mengiktiraf penubuhan Malaysia.
8. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara
melaluiMAPHILINDO (Malaysia, Filipino clan Indonesia).
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura pada akhir bulan Mei 1961, beliau telah
berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) serta ke Brunei (Julai 1961)
untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah
Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
3. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di
Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens.
4. Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia,
mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia.
5. Mesyuarat Jawatankuasa ini telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton (Sabah),
Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura.
6. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam
mesyuarat terakhir di Singapura pada bulan Februari 1962, ahli-ahli bersepakat mengemukakan
satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.
7. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang memberikan pertimbangan kepada
pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru.
8. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony
Abell dan Sir David Watherston.
9. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri
Ghazali Shafie.
10. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang
gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
11. Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah.
12. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini menerima memorandum yang dikemukakan oleh
pelbagai pertubuhan.
13. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan
mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962.
14. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah
menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu
kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga lagi menginginkan kemerdekaan
sebelum menyertai Malaysia.
15. Suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya, perlembagaan
Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak
dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu dijadikan
bahasa kebangsaan. Cadangan lain termasuklah jaminan terhadap hak dan kedudukan
bumiputera Sarawak dan Sabah, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
16. Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
17. JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan
Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah.
18. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi TanahJajahan)
dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak.
Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
19. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan
Sabah ke dalam persekutuan Malaysia.
20. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
21. Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan
Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.
22. Walau bagaimanapun, tentangan daripada Indonesia dan Filipina telah menyulitkan
pembentukan Malaysia. 23. Justeru, bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak
yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
24. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan
Presiden Macapagal telah diadakan di Manila dari 30Julai hingga 5 Ogos 1963. Hasil daripada
rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan. Ketiga-tiga negara ini bersetuju mencari jalan
penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
25. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia
Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Beliau telah
menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang
wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu,
bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah.
26. Dalam tinjauan ini, mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya
bersetuju menyertai
persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak
dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold.
27. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan
Malaysia yang akhirnya memenangi pilihan raya.
28. Di samping itu, penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah
Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun FilipinA.
29. Walau bagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September
1963. Hal ini disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada
Indonesia dan FilipinA yang berterusan.
30. Brunei telah menarik diri pada scat-scat akhir. Namun, apa yang penting ialah kejayaan
pembentukan Malaysia memperlihatkan ciriciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu,
Sarawak, Sabah dan Singapura.
31. Tekanan pihak komunis dan juga tentangan daripada FilipinoAdan Indonesia dapat ditangkis
melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga
kerajaan British.
32. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama
antarabangsa.



Ahli Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
• Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari (Persekutuan Tanah Melayu)
• Lee Kuan Yew (Singapura)
• Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)
PERJANJIAN MALAYSIA 1963
1. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
2. Sepanjang bulan Ogos 1963 berlaku beberapa peristiwa penting ke arah merealisasikan
penubuhan Malaysia. 3. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan
oleh Parlimen Britain.
4. Ini disusuli dengan kelulusan Perjaniian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan
Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.
5. Seterusnya pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta
Malaysia.
6. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Akta Malaysia .
Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan
Negeri-negeri berkenaan dan seterusnya dinamai Malaysia.
INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963
1. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan
dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Antaranya, semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan.
3. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain
bebas diamalkan.
4. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih
boleh digunakan.
5. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun
selepas Hari Malaysia.
6. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam.
7. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15
kerusi bagi perwakilan parlimen.
8. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di
PersekutuanTanah Melayu.



Hari Malaysia
Hari perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung
PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografinaninami
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbubfiro HAR
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUayuapiz
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanSRMORAD
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaanNur Az
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
9 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 20209 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 2020half2half_0140
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFShaff Fx
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADAsri Mohad
 

Was ist angesagt? (20)

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbub
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
HAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYUHAK ORANG MELAYU
HAK ORANG MELAYU
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
9 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 20209 cabaran wawasan 2020
9 cabaran wawasan 2020
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 

Ähnlich wie pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Zhang Ewe
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaNurul Addy
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaFaezy Elmy
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3nurulshamiera
 
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdf
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdfPembentukan_Malaysia.pptx.pdf
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdfAziemahAnas1
 
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysiaNur Az
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraRayyan Ikhwan
 
Pembentukan malaysia
Pembentukan malaysiaPembentukan malaysia
Pembentukan malaysiasuriawati
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatMohd Sofian
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaRosley Steven
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5fcgsha
 
Jawapan bab7-t3
Jawapan bab7-t3Jawapan bab7-t3
Jawapan bab7-t3Cg Man
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiChAnnJo_97
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Brenda Rachel Marie
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834Huang Qi Shen
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01sitinorafiqah
 

Ähnlich wie pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1) (20)

Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
Sejarah Tingkatan 5 Bab 6
 
SPM Sejarah
SPM Sejarah SPM Sejarah
SPM Sejarah
 
Presentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysiaPresentation pembentukan malaysia
Presentation pembentukan malaysia
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdf
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdfPembentukan_Malaysia.pptx.pdf
Pembentukan_Malaysia.pptx.pdf
 
7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia7 penubuhan malaysia
7 penubuhan malaysia
 
Penyinkiran Singapura
Penyinkiran SingapuraPenyinkiran Singapura
Penyinkiran Singapura
 
Pembentukan malaysia
Pembentukan malaysiaPembentukan malaysia
Pembentukan malaysia
 
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang BerdaulatBab 7 Malaysia yang Berdaulat
Bab 7 Malaysia yang Berdaulat
 
Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
CH6F5f
CH6F5fCH6F5f
CH6F5f
 
Jawapan bab7-t3
Jawapan bab7-t3Jawapan bab7-t3
Jawapan bab7-t3
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
 
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b5438348ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
8ecd8d0b62364f44085ac1841b543834
 
Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
Sejarahpembentukanmalaysia 121114220504-phpapp01
 

Mehr von Yuvarani Subramaniam

Mehr von Yuvarani Subramaniam (17)

BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptxBUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
 
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdfBUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117
 
nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
kesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdekakesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdeka
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
sukan dan rekreasi
sukan dan rekreasisukan dan rekreasi
sukan dan rekreasi
 
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenisteknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
 
Basic math
Basic mathBasic math
Basic math
 
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 

pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)

  • 1. TAJUK 8: Pembentukan Malaysia dan Cabaran Sebuah Kerajaan Merdeka PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 1. Idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan sejak awal abad ke-19. 2.Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) denganNegeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. 3. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. 4. Pada tahun 1956, Dato' Onn Ja'afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. 5. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. 6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. 7. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan. 8. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.
  • 2. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA 1. Pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk pada masalah keselamatan, usaha mendapatkan kemerdekaan dan juga proses dekolonisasi. 2. Selain itu, sebabnya adalah untuk mengadakan kerjasama ekonomi serta mengimbangkan penduduk Melayu dan bukan Melayu. Faktor Politik 1. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961 . 2. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew, iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People's Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri. 3. Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. 4. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu sepanjang tempoh darurat, dari tahun 1948 hingga tahun 1960. 5. Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. 6. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. 7. Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut
  • 3. perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik. 8. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. 8. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.DalamPerhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. 9. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. 10. British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura. Parti Tindakan Rakyat (PAP)Parti Tindakan Rakyat dikenal juga dengan nama singkatannya PETIR.Parti ini menggunakan lambang petir. Faktor Ekonomi 1. Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini. 2. Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah pula mempunyai sumber balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak. Faktor Sosial 1. Salah satu taktor utama pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam gabungan itu. 2. Pada keseluruhannya, pembentukan Malaysia bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British. 3. Pembentukan Malaysia juga memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara
  • 4. Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar. Reaksi Dalam Negeri 1. Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. 2. Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan. 3. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura. Singapura 1. Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya. 2. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini. 3. Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura
  • 5. menyertai gabungan ini. 4. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat. 5. Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961 . Sabah Dan Sarawak 1. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini. 2. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad. 3. Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad. Sarawak 1. Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP) pimpinan Ong Kee Hui yang dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu. 2. Yang kedua ialah Parti Negara Sarawak (PANAS), ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato' Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia. 3. Pada bulan April 1961, lahir pimpinan Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party (SNAP)Stephen Kalong Ningkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Iban. 4. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada bulan Disember 1961 di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya terdiri daripada orang Melayu dan Melanau serta sebilangan
  • 6. kecilnya terdiri daripada orang Iban dan orang Bidayuh. 5. Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 daan Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962. Kebanyakan ahli bagi kedua- dua parti ini terdiri daripada orang Cina. 6. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. 7. Hanya SUPP yang terus menentang. 8. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. 9. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP. 10. Di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik, namun, pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik di negeri itu bagi tujuan mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia. 11. Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens. 12. Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah. 13. Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S. Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun. 14. Pada masa itu, muncul dua buah parti yang mendapat sokongan orang Cina, iaitu Parti Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin. 15. Pada bulan September 1961, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO, USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah. Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
  • 7. 16. Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20. 17. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan- tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). 18. Laporan Jawatankuasa ini memuatkan tuntutan tersebut dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru. 19. Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Terdapat sedikit perbezaan antara pembahagian kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri- negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan. 20. Antara perkara penting yang disentuh dalam hak wilayah asingan termasuklah: 21. Reaksi parti-parti politik di Sarawak clan Sabah terhadap isu pembentukan Malaysia dapat dilihat dalam jadual berikut:(sila rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5) 22. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia. 23. Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah. 24. Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin dari Tanah Melayu termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini. 25. Di samping itu, usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya termasuklah Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan. Brunei 1. Pada dasarnya Sultan Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei.
  • 8. 2. Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat parti ini adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. 3. Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme. 4. A.M. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei. 5. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. 6. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina. 7. Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British 8. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia. Reaksi Negara Luar Indonesia 1. Indonesia telah membantah pembentukan Malaysia. Pada peringkat awal Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia. 2. Tentangan hanya muncul pada akhir tahun 1962. Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. 3. Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia telah diumumkan pada 20Januari 1963. 4. Walaupun pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan udara tetapi kerajaan Persekutuan tidak mengambil sebarang tindakan.
  • 9. 5. Namun, apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia,New Zealand dan Kanada. 6. Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. 7. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. 8. Bagaimanapun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjelaskan Indonesia sendiri. 9. Malaysia terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga. 10. Perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia. 11. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan bersenjata di Indonesia. Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik, bagi memulihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia. 12. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia. Filpina 1. Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962. 2. Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. 3. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
  • 10. 4. Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat inilah yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun. 5. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. 6. Walau bagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958. 7. Menjelang bulan Jun 1966, Filipino telah mengiktiraf penubuhan Malaysia. 8. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-dua negara melaluiMAPHILINDO (Malaysia, Filipino clan Indonesia). LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA 1. Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura pada akhir bulan Mei 1961, beliau telah berusaha mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah (Jun 1961) serta ke Brunei (Julai 1961) untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia. 2. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. 3. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada bulan Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. 4. Jawatankuasa ini berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. 5. Mesyuarat Jawatankuasa ini telah berlangsung sebanyak empat kali, iaitu di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan Singapura. 6. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura pada bulan Februari 1962, ahli-ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British. 7. Memorandum ini mengandungi perkara penting yang memberikan pertimbangan kepada pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan baru. 8. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. 9. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri
  • 11. Ghazali Shafie. 10. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. 11. Suruhanjaya ini telah meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah. 12. Pada masa yang sama, suruhanjaya ini menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan. 13. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dari bulan Februari sehingga bulan April 1962 dan mengemukakan laporan mereka kepada kerajaan British pada bulan Jun 1962. 14. Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu per tiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu per tiga menyokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi dan satu per tiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia. 15. Suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya, perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Cadangan lain termasuklah jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta penentuan tarikh penubuhan Malaysia. 16. Cadangan Suruhanjaya ini diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). 17. JAK ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil-wakil dari Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah. 18. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi TanahJajahan) dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, Tun Abdul Razak. Kedua-duanya mengunjungi Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia. 19. Jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam persekutuan Malaysia. 20. Mereka turut membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. 21. Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.
  • 12. 22. Walau bagaimanapun, tentangan daripada Indonesia dan Filipina telah menyulitkan pembentukan Malaysia. 23. Justeru, bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak yang melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan. 24. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan, iaitu Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal telah diadakan di Manila dari 30Julai hingga 5 Ogos 1963. Hasil daripada rundingan ini MAPHILINDO telah ditubuhkan. Ketiga-tiga negara ini bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 25. Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Malaysia Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB, iaitu U Thant. Beliau telah menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. 26. Dalam tinjauan ini, mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya bersetuju menyertai persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB, majoriti rakyat Sarawak dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold. 27. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan usaha Parti Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yang akhirnya memenangi pilihan raya. 28. Di samping itu, penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun FilipinA. 29. Walau bagaimanapun, tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963. Hal ini disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan FilipinA yang berterusan. 30. Brunei telah menarik diri pada scat-scat akhir. Namun, apa yang penting ialah kejayaan pembentukan Malaysia memperlihatkan ciriciri kepimpinan tokoh politik di Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. 31. Tekanan pihak komunis dan juga tentangan daripada FilipinoAdan Indonesia dapat ditangkis melalui diplomasi politik yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan juga
  • 13. kerajaan British. 32. Pembentukan Malaysia bukan sahaja melibatkan kerjasama serantau tetapi juga kerjasama antarabangsa. Ahli Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum • Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari (Persekutuan Tanah Melayu) • Lee Kuan Yew (Singapura) • Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah) PERJANJIAN MALAYSIA 1963 1. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. 2. Sepanjang bulan Ogos 1963 berlaku beberapa peristiwa penting ke arah merealisasikan penubuhan Malaysia. 3. Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen Britain. 4. Ini disusuli dengan kelulusan Perjaniian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. 5. Seterusnya pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia. 6. Pada 16 September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Akta Malaysia . Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan Negeri-negeri berkenaan dan seterusnya dinamai Malaysia. INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963 1. Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. 2. Antaranya, semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. 3. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
  • 14. 4. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. 5. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia. 6. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam. 7. Pada masa yang sama Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen. 8. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di PersekutuanTanah Melayu. Hari Malaysia Hari perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Penetapan tarikh ini adalah berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.