SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 7
Unsur-unsur dalam Perlembagaan (Bahasa Kebangsaan dan Agama Kebangsaan) 
Perkara 152. Bahasa kebangsaan 
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang 
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: 
Dengan syarat bahawa— 
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain 
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; 
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan 
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan 
penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. 
(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari 
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa 
Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan 
Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. 
(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari 
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih— 
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang 
hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan 
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh 
Kerajaan Persekutuan,hendaklah dalam bahasa Inggeris. 
(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari 
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala 
prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi 
hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, 
keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu 
diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. 
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh 
Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, 
hendaklah dalam bahasa Inggeris. 
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada 
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu 
pihak berkuasa awam. 
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan 
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan 
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. 
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, 
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat 
yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada 
Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati 
olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa 
perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah 
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh 
Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam 
membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. 
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak 
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong 
kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu. 
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam 
Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong 
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang 
membuat peruntukanperuntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi 
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara 
yang berhubungan dengan agama Islam. 
Perkara 11. Kebebasan beragama. 
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk 
kepada Fasal (4), mengembangkannya. 
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya 
diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama 
selain agamanya sendiri. 
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak— 
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; 
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau 
khairat; dan 
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya 
mengikut undang-undang. 
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau 
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan 
orang yang menganuti agama Islam. 
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan 
manamana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, 
kesihatan awam atau prinsip moral. 
Sumber: http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
Agama Islam 
Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Tidak 
hairanlah dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu didefinisikan 
sebagai ”seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut 
adat istiadat Melayu”. Ketika zaman penjajahan Portugis dan Belanda di Tanah Melayu, 
mereka berhasrat untuk menukarkan agama Islam orang Melayu kepada agama Kristian 
namun usaha mereka gagal dek kerana orang Melayu pada masa itu yang sangat 
berpegang teguh kepada ajaran agama. Lantas mereka berjuang berhabis-habisan 
mempertahankan agama dan negeri mereka. 
Sesudah Portugis dan Belanda meninggalkan Tanah Melayu, British pula datang 
namun soal agama Islam tidak diganggu lagi. Walaupun terdapat perjanjian-perjanjian 
antara British dan Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat daripada British namun 
soal agama dikecualikan. Selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar 
peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir negara ini secara 
langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union dalam tahun 1946, 
adat istiadat orang Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka. 
Oleh itu, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia mengisytiharkan bahawa ”Islam 
ialah agama bagi Persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh 
orang Nelayu sepanjang masa, malah sebelum British masuk ke Malaysia. 
Ketika penjajahan British, agama Kristian telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. 
Agama –agama lain seperti Hindu dan Buddha turut dibawa masuk oleh imigran India 
dan China. Oleh itu, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun agama-agama 
lain tetap diberi pertimbangan untuk dianuti oleh penganut agama tersebut. Oleh kerana 
agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan, maka Kerajaan mempunyai 
keistimewaan untuk menubuhkan atau membantu menyelenggara institusi-institusi Islam 
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan mempunyai kuasa untuk 
mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan tersebut.. Berikutan dengan 
kuasa perlembagaan inilah Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 dibuat dan 
mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya 
memeruntukkan pengajaran agama Islam kepada pelajar-pelajar beragama Islam 
dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.
Bahasa Melayu 
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan 
bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-menyurat, 
penulisan minit, juga dalam prosiding peundangan dan mahkamah. 
Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan 
sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih 
cenderung untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa 
Melayu. Hal in terjadi kerana sistem common law British dan sistem Kerajaan British 
hasil dari Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan. Apabila Malayan Union 
dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Malayu yang menggantikannya masih mengekalkan 
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis Mesyuarat Kerja 
Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau ditukar ke dalam 
bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris. 
Oleh itu, apabila Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, 
Perlembagaan Kemerdekaan telah mengusulkan bahawa bahasa Melayu 
menjadi ”bahasa rasmi” Persekutuan atau ”bahasa bagi Persekutuan”, dengan cara 
yang sama sebagaimana agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan 
tanpa istilah `rasmi’ atau istilah `kebangsaan’. Namun begitu, perkara tersebut masih 
belum dapat memuaskan hati para pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) 
diluluskan untuk menguatkuasakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan 
Persekutuan. Hashim Yeop(1974) menyatakan bahawa istilah ”kebangsaan” digunakan 
bertujuan untuk mewujudkan satu konsep kebangsaan dalam penggunaan bahasa 
apabila negara ini mencapai kemerdekaannya. 
Mohd Salleh Abas(1987) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan 
kepada bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada 
pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini 
secara langsung telah menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua 
maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, 
hanya boleh digunakan untuk tujuan ”selain daripada maksud rasmi”. 
Selain itu, apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa 
Melayu telah memenuhi keperluan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam usha
menjadi sebuah negara yang bersatu melalui bahasa yang sama dan menjadi bahasa 
pengantar di negara ini sejak sekian lama. 
http://yushazwani.blogspot.com/2010/10/unsur-unsur-dalam-perlembagaan.html 
Bahasa Melayu 
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu 
yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh 
dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa 
Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 
Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan 
pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 
1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa 
lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan 
bahasa Tamil oleh orang India. 
Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan 
perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai 
bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan 
perdagangan antarabangsa. 
BAHASA MELAYU 
• Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa 
menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka 
• Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya 
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada 
menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa 
bahasa lain. 
•Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain 
dalam persekutuan.
Rasional Perkara 152 
• Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain 
• Menjadi bahasa lingua franca 
• Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi • Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus 
bahasa Melayu 
•Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan 
hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. 
• Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula 
bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah 
Melayu pada ketika itu.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..
Faizah Yahya
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
firo HAR
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Durratun Dian
 
Mahkamah syariah (tignkatan 6)
Mahkamah syariah (tignkatan 6)Mahkamah syariah (tignkatan 6)
Mahkamah syariah (tignkatan 6)
Dm Wivinny Jeson
 

Was ist angesagt? (20)

Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Senarai persekutuan
Senarai persekutuanSenarai persekutuan
Senarai persekutuan
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Pembentukan Malaysia
Pembentukan MalaysiaPembentukan Malaysia
Pembentukan Malaysia
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...
Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...
Bincangkan perbezaan antara adat perpatih dengan adat temenggung yang diamalk...
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Mahkamah syariah (tignkatan 6)
Mahkamah syariah (tignkatan 6)Mahkamah syariah (tignkatan 6)
Mahkamah syariah (tignkatan 6)
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
6.4.1 mahkamah persekutuan
6.4.1  mahkamah persekutuan6.4.1  mahkamah persekutuan
6.4.1 mahkamah persekutuan
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 

Ähnlich wie Perkara 152

Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
peningla
 
Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200
Fazila Latiff
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Are Matt
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Julaiza Hisham
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
Russlan Ssvs
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Nurul Atikah
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
Home
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
HidayahMdZin
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
ross
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
INSTAQLIM
 

Ähnlich wie Perkara 152 (20)

Unsur tradisi
Unsur tradisiUnsur tradisi
Unsur tradisi
 
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa MelayuPengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
Pengenalan Dan Perkembangan Bahasa Melayu
 
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
13632040 perkara-3-1-islam-adalah-agama-persekutuan
 
Presentation mlysian studies
Presentation mlysian studiesPresentation mlysian studies
Presentation mlysian studies
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200Kertas kerja eed3200
Kertas kerja eed3200
 
Tajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaanTajuk 6 perlembagaan
Tajuk 6 perlembagaan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnikBab 4  perlembagaan persekutuan  tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagiAntara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
Antara kepentingan perlembagaan mengikut konteks hubungan etnik ialah bagi
 
Peruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaanPeruntukan utama dalam perlembagaan
Peruntukan utama dalam perlembagaan
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
NOTA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PT.1
 
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}
 
Kuliah 7
Kuliah 7Kuliah 7
Kuliah 7
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptxCTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
CTU555_B5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.pptx
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysiaHubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
Hubungan etnik bab 6 perlembagaan_malaysia
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnikBab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
 

Kürzlich hochgeladen (6)

PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

Perkara 152

  • 1. Unsur-unsur dalam Perlembagaan (Bahasa Kebangsaan dan Agama Kebangsaan) Perkara 152. Bahasa kebangsaan (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa— (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. (2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain. (3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih— (a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan (b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,hendaklah dalam bahasa Inggeris. (4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
  • 2. Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. (5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. (6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Perkara 3. Agama bagi Persekutuan (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. (2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. (3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
  • 3. (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukanperuntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam. Perkara 11. Kebebasan beragama. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak— (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan manamana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Sumber: http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
  • 4. Agama Islam Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Tidak hairanlah dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu didefinisikan sebagai ”seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu”. Ketika zaman penjajahan Portugis dan Belanda di Tanah Melayu, mereka berhasrat untuk menukarkan agama Islam orang Melayu kepada agama Kristian namun usaha mereka gagal dek kerana orang Melayu pada masa itu yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama. Lantas mereka berjuang berhabis-habisan mempertahankan agama dan negeri mereka. Sesudah Portugis dan Belanda meninggalkan Tanah Melayu, British pula datang namun soal agama Islam tidak diganggu lagi. Walaupun terdapat perjanjian-perjanjian antara British dan Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat daripada British namun soal agama dikecualikan. Selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir negara ini secara langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union dalam tahun 1946, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka. Oleh itu, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia mengisytiharkan bahawa ”Islam ialah agama bagi Persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Nelayu sepanjang masa, malah sebelum British masuk ke Malaysia. Ketika penjajahan British, agama Kristian telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. Agama –agama lain seperti Hindu dan Buddha turut dibawa masuk oleh imigran India dan China. Oleh itu, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun agama-agama lain tetap diberi pertimbangan untuk dianuti oleh penganut agama tersebut. Oleh kerana agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan, maka Kerajaan mempunyai keistimewaan untuk menubuhkan atau membantu menyelenggara institusi-institusi Islam dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan tersebut.. Berikutan dengan kuasa perlembagaan inilah Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 dibuat dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memeruntukkan pengajaran agama Islam kepada pelajar-pelajar beragama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.
  • 5. Bahasa Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-menyurat, penulisan minit, juga dalam prosiding peundangan dan mahkamah. Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih cenderung untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu. Hal in terjadi kerana sistem common law British dan sistem Kerajaan British hasil dari Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan. Apabila Malayan Union dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Malayu yang menggantikannya masih mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau ditukar ke dalam bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, apabila Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan Kemerdekaan telah mengusulkan bahawa bahasa Melayu menjadi ”bahasa rasmi” Persekutuan atau ”bahasa bagi Persekutuan”, dengan cara yang sama sebagaimana agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan tanpa istilah `rasmi’ atau istilah `kebangsaan’. Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat memuaskan hati para pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) diluluskan untuk menguatkuasakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Hashim Yeop(1974) menyatakan bahawa istilah ”kebangsaan” digunakan bertujuan untuk mewujudkan satu konsep kebangsaan dalam penggunaan bahasa apabila negara ini mencapai kemerdekaannya. Mohd Salleh Abas(1987) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini secara langsung telah menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan ”selain daripada maksud rasmi”. Selain itu, apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu telah memenuhi keperluan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam usha
  • 6. menjadi sebuah negara yang bersatu melalui bahasa yang sama dan menjadi bahasa pengantar di negara ini sejak sekian lama. http://yushazwani.blogspot.com/2010/10/unsur-unsur-dalam-perlembagaan.html Bahasa Melayu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kepentingannya sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium pengajaran dan pembelajaran juga telah membawa kepada pewartaan Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996). Namun pada masa yang sama bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, bebas digunakan seperti bahasa Mandarin oleh orang Cina dan bahasa Tamil oleh orang India. Selain itu bahasa Inggeris masih mendominasi bahasa perdagangan dan perindustrian negara. Kerajaan Malaysia juga menggalakkan rakyatnya menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain khususnya untuk bidang pelancongan dan perdagangan antarabangsa. BAHASA MELAYU • Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka • Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. •Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
  • 7. Rasional Perkara 152 • Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain • Menjadi bahasa lingua franca • Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi • Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu •Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. • Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.