1. PERSEDIAAN DIRI SEBAGAI KAUNSELOR
Persediaan utama yang perlu sebagai kaunselor:
Mengenal konsep kendiri diri dan individu lain
Mengenal persepsi dan nilai diri dan individu lain
Mengenal dan menyedari proses komunikasi intra
dan inter individu lain.
KONSEP KENDIRI
Kaunseling adalah hubungan dua hala yang aktif di mana
kaunselor memberikan khidmatnya membantu klien
memahami diri dan alamnya. Walaupun kaunselor tidak
memaksa klien menurut kata dan mengikut nilai yang
dipegang oleh dirinya, tetapi kaunselor memainkan peranan
yang aktif dalam memudahkan klien melihat dirinya melalui
hubungan yang dijalin oleh kaunselor semasa sesi kaunseling.
Hubungan yang baik ini hanya dapat dijalin dengan kaunselor
sendiri memahami dirinya, iaitu perasaannya, nilainya, di
samping pengetahuan dan kemahiran yang ada. Pertolongan
yang berkesan hanya dapat diberikan sekiranya kaunselor
sendiri rasa selesa dengan dirinya. Ia dapat menerima
dirinya, berkeyakinan dan percaya dengan diri sendiri.
Fahaman terhadap dirilah yang dikenali sebagai konsep
kendiri. Rogers (1951) mentafsirkan konsep diri sebagai
“may be thought of as an organized configuration of
perception of the self…..it is composed of such elements as
perceptions of one characteristics and abilities; the percepts
and concepts of self in relation to others and to the
environment; the value qualities which are perceived as
associated with experiences and objects; and goal and ideals
which are perceived as having positive or negative valence”
Jelasnya konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai hasil
pemahaman diri terhadap pengalaman yang telah dialami
oleh dirinya sendiri dan apakah yang difahami oleh diri sendiri
dalam menjawab siapakah kita.
Konsep kendiri ini menentukan tingkah laku dan gaya
hubungan dengan individu lain. Burns (1981) berpendapat:
1. Konsep kendiri merupakan satu faktor yang penting
dalam menentukan respon seseorang kepada alam
sekelilingnya. Ia juga menentukan makna yang diberikan
kepada alam.
2. Konsep kendiri juga menentukan prestasi seseorang.
1
2. 3. Segala tingkahlaku yang dilaksanakan oleh individu
adalah sama dengan konsep kendirinya.
4. Konsep kendiri tidak kekal dan ia berubah dengan
pengalaman walaupun terdapat beberapa faktor di
dalamnya lebih kekal dari yang lain.
Fits (1953) mengariskan unsur yang membentuk konsep
kendiri, ini merujuk pandangan individu kepada:
sifat fizikalnya (physical self)
kedudukannya dalam keluarga (family self)
hubungan sosialnya (social self)
nilai dan moralnya (moral ethical self)
tingkahlakunya (behavior self)
tahap kepuasan dirinya (self satisfaction)
diri personal (personal self)
harga diri (self esteem)
identity diri (identity)
kritik diri (self criticism)
Secara umum konsep kendiri ini adalah bagaimana gaya
seseorang itu melihat dan merasai tentang dirinya.
PROSES PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri terbentuk hasil dari hubungan manusia
dengan alam sekitarnya. Manusia sentiasa menerima dan
menyerap maklumat dirinya dari tingkahlaku, kata-kata dan
pentafsiran kepada orang sekelilingnya. Mereka yang penting
(significant others) dalam hidup manusia seperti ibu bapa,
adik beradik, rakan, guru, kekasih, suami/isteri dan
sebagainya adalah paling penting menambahkan maklumat
diri ini. Penyerapan maklumat yang negatif terlalu banyak
akan menghasilkan konsep kendiri yang negatiff, sebaliknya
dengan banyaknya respon positif yang didapati akan
membentuk konsep kendiri yang positif. Oleh itu, peranan
significant others ini tidak boleh diperkecilkan kerana inilah
yang mencorakkan diri seseorang.
Cara hidup dan gaya manusia melihat alam ini ditentukan
apakah konsep diri yang dirasainya. Individu yang melihat diri
positif juga turut melihat alam sebagai positif maka manusia
menjadi positif kepadanya. Manakala individu yang melihat
dirinya negatif, alamnya juga menjadi negatif dan manusia
juga negatif kepadanya.
2
3. Pengalaman
Diri Konsep diri
Pembentukan Konsep Kendiri
KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP KENDIRI
Sebagai kaunselor kita perlu memahami konsep diri agar
dapat memahami apakah kelemahan dan kekuatan diri.
Mengenali bias diri, nilai diri dan bagaimana kita melihat diri
adakah positif atau masih banyak unsur negatif diri. Unsur
dalam diri kaunselor dikhuatiri akan menjadi halangan dalam
bentuk hubungan yang dijalin antara kaunselor dan klien.
Kesedaran kendiri iaitu mengenali ciri-ciri yang terdapat
dalam diri atau data-data diri yang jelas dapat membantu
kaunselor menilai dirinya dan memastikan kelemahan yang
ada pada dirinya tidak mempengaruhi sesi kaunseling.
Disebaliknya terdapat juga keperluan untuk kaunselor
memahami konsep kendiri kliennya. Besar kemungkinan
konsep kendiri yang negatif, hasil dari pengalaman yang
negatif menjadi pemasalahan dalam diri klien untuk
membolehkannya menguruskan diri sendiri. Terdapat juga
kemungkinan pandangan klien terhadap dirinya tidak betul
sama ada terlalu rendah atau tinggi sehingga menimbulkan
masalah.
RUMUSAN
1. Konsep diri adalah bagaimana individu melihat dan
merasai tentang dirinya.
2. Konsep diri terbentuk dari pengalaman diri terutama
respon dari mereka yang penting dalam kehidupan
individu.
3. Konsep diri menentukan tingkahlaku individu.
4. Konsep diri boleh berubah dengan adanya pengalaman
baru.
5. Konsep kendiri kaunselor menentukan gaya hubungan
yang dibentuk kaunselor dengan klien.
3
4. 6. Memahami konsep diri klien membantu dalam
mempercepatkan proses kaunseling.
PERSEPSI
PERSEPSI DAN HUBUNGAN MANUSIA
Manusia berhubung melalui lisan dan bukan lisan. Kedua
lisan dan bukan lisan ini menghantar mesej makna masing-
masing antara mereka berkomunikasi. Makna yang dihantar
dan diterima ini adalah melalui persepsi dan tafsiran masing-
masing. Oleh itu sering berlaku salah erti atau silang budaya
dalam komunikasi yang menjadi halangan agar mesej yang
tepat dapat disampaikan dan diterima.
Persepsi adalah satu proses yang kompleks kerana ia
melibatkan keseluruhan panca indera iaitu mata, telinga,
hidung, kulit, lidah dan pemikiran kita. Segala rangsangan
yang datang terpaksa dipilih, disaring dan seterusnya
diterjemahkan. Oleh kerana persepsi ini melibatkan perasaan
dan interpritasi maklumat maka perlu sekali dikenalpasti
bagaimana persepsi diri sebagai kaunselor terbentuk dan
bagaimana pula persepsi klien. Salah anggap atau salah
terima boleh membawa kepada salah faham, curiga, tidak
percaya, salah tindakan dan sebagainya yang dapat
menganggu dalam hubungan yang berkesan.
Kebolehan untuk memahami dan merasai dengan betul
sebagaimana yang dialami dan dirasai oleh individu lain
dinamakan empati. Empati adalah unsur penting dalam
hubungan kaunseling. Kebolehan kaunselor untuk berempati
dengan apa yang dialami oleh klien merupakan unsur penting
yang teraputik yang dapat mempercepatkan perubahan dalam
diri klien.
Kebolehan kaunselor untuk membantu klien dalam
mengubah persepsi atau melihat dari sudut-sudut yang lain
pada satu perkara yang menggangu klien akan kadangkala
dapat memudahkan klien menguruskan permasalahan
dirinya.
Kaunselor sebagai seorang pembantu, perlu juga
memahami persepsi mereka bagaimanakah pola pemikiran
dan perasaannya dan bahagian manakah dirinya yang
mempengaruhi dalam hubungannya dengan manusia lain. Ini
4
5. juga membantunya dalam menerima klien dengan baik dan
objektif. Kebolehan kaunselor meningkatkan tahap
kesedaran dirinya akan membantunya dalam
mempertajamkan pemerhatian dan pendengarannya dalam
usaha membantu klien.
Kebolehan kaunselor memahami persepsi klien akan
mewujudkan rasa empati terhadap klien dan memudahkan
proses kaunseling dijalankan dengan berkesan. Klien yang
datang membawa bersama mereka sikap, nilai, pengalaman,
tabiat, kepercayaan banyak mempengaruhi proses kaunseling
yang dijalankan.
KOMUNIKASI INTRA DAN INTERPERSONAL
Manusia berkomunikasi dalam banyak cara tetapi mungkin
cara berkomunikasi yang sentiasa kita amalkan ialah
berkomunikasi dengan diri. Komunikasi dengan diri sendiri
adalah dikenali sebagai komunikasi intra personal.
Intrakomunikasi ini menentukan tingkahlaku dan perasaan
serta mood individu tersebut. Proses intrakomunikasi ini
terbentuk dari pengalaman individu. Oleh kerana
pengalaman berbeza maka apa yang dirasa juga berbeza.
Komunikasi intra pula ialah komunikasi yang melibatkan
lebih dari seorang. Mesej atau pengalaman yang disalurkan
mungkin mengandungi idea, perasaan dan budaya setiap
individu yang terlibat.
Oleh itu sebagai kaunselor, usaha memahami mesej yang
dihantar bukan sahaja memerlukan kemahiran mendengar
tetapi juga memahami latar belakang dan budaya individu
yang terlibat.
Komunikasi dua hala atau interpersonal ini dalam sesi
kaunseling menghadapi pelbagai halangan iaitu berbentuk
fizikal seperti bunyi bising, tahap pendengaran yang kurang
baik atau halangan psikologikal seperti bisikan hati dan
sebagainya. Oleh itu kemahiran berkomunikasi adalah satu
kemahiran yang perlu didalami oleh bakal kaunselor.
PENGENALAN KEPADA KAUNSELING
5
6. Apakah itu kaunseling?
• Kaunseling bukan memberi nasihat.
Walaubagaimanapun memberi nasihat terdapat dalam
kaunseling tetapi memberi nasihat adalah lebih kepada
salah satu strategi yang terdapat dalam kaunseling.
• Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau
bercerita kosong seperti mana yang berlaku di kedai
kopi, di kantin, di tempat menunggu bas atau pusat
hiburan. Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan
dijalankan di tempat khas, pada masa yang dipersetujui
bersama dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih
dalam bidang kaunseling.
• Kaunseling bukan untuk individu yang mempunyai
masalah mental. Malah sebenarnya kaunseling adalah
untuk orang normal yang boleh mengurus kehidupannya
sendiri, tetapi pada ketika tertentu menjadi buntu atau
merasa tertekan. Individu yang mempunyai masalah
mental perlu mendapat rawatan dari pakar sakit jiwa.
• Kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan
masalah klien. Peranan kaunselor adalah membantu
klien memahami masalahnya untuk terus bertindak
menyelesaikan masalah berkenaan.
Terdapat banyak definisi yang telah dikemukan tentang
kaunseling dan tidak terdapat satu definisi khusus yang boleh
diterima oleh semua orang. Ini kerana definisi yang
dikemukakan banyak bergantung kepada pendekatan atau
teori yang digunakan. Berikut ialah sebahagian daripada
definisi kaunseling:
“Counseling is a process concerned with assisting normal
people to achieve their goals or functions more effectively”
Ivey,Ivey&Downing (1987)
“Counseling is a process that helps people learn about
themselves, their environment, and ways to handle their roles
and relationship. Although individuals seek counseling
because they are experiencing problems, counseling is not
necessarily remedial”
Hansen, Rossberg & Creamer (1984)
6
7. “The counseling process is a helping relationship and is
directed toward assisting the client in experiencing a
lessening of mental tension and achieving a sense of well
being. Counseling involves interpersonal exchanges between
a trained counselor and a person who seek relief from mental
anguish, indecision or perhaps painful inadequacies”
Robinson (1988)
Dari beberapa definisi di atas, kita boleh melihat terdapat
beberapa elemen yang sama iaitu:
1. Kaunseling merupakan satu proses.
2. Dalam kaunseling terdapat kaunselor yang membantu dan
klien yang dibantu.
3. Tujuan kaunseling ialah membantu klien agar dapat
berfungsi dengan lebih berkesan.
PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING
Terdapat beberapa prinsip penting tentang manusia yang
menjadi asas kepada aktiviti kaunseling. Mizan Adiliah
Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996)
menyenaraikan lima prinsip utama:
1. Manusia mempunyai harga diri
2. Manusia itu unik
3. Manusia yang memiliki personaliti bersepadu
adalah manusia yang sihat
4. Manusia cenderung ke arah Kesempurnaan kendiri
5. Manusia berkembang melalui Proses sosiolisasi
1. MANUSIA MEMPUNYAI HARGA DIRI
Setiap kaunselor mesti percaya bahawa setiap individu
mempunyai harga diri atau maruah. Kepercayaan ini akan
meyakinkan kaunselor bahawa semua orang mesti dihormati.
Kaunselor yang memegang kepada kepercayaan ini akan
sentiasa mengawal dirinya agar tidak memperkecilkan diri
klien mahupun masalah mereka.
Sikap kaunselor yang menghormati klien akan
menimbulkan rasa hormat klien terhadap kaunselor itu
7
8. sendiri. Ini seterusnya akan mencetus rasa percaya terhadap
kaunselor dan memudahkan proses kaunseling dilakukan.
Kadang kala individu kerap mengalami ketidakselesaan
perasaan seperti gelisah, kesedihan dan kemarahan yang
berpunca dari harga dirinya dicabar atau beliau kehilangan
rasa hormat terhadap harga dirinya. Memahami keadaan ini
seharusnya kaunselor memberi perhatian untuk
meningkatkan harga diri klien.
2. MANUSIA ITU UNIK
Di dunia ini tidak ada dua individu yang sama dalam
segala aspek walaupun mereka merupakan kembar seiras.
Setiap manusia mempunyai perbezaan dari pola perlakuan,
fizikal mahupun cara bertindak. Kaunselor harus peka
terhadap perkara ini bila berhadapan dengan klien. Definisi
masalah yang sama tidak membawa makna keserupaan
terhadap setiap klien oleh itu, kaunselor harus meneliti nilai ini
dengan mendalam.
Manusia itu dikatakan unik kerana mereka berbeza dari
keupayaan dan kelemahan. Memahami keunikan manusia
akan membuat kaunselor lebih menerima kelainan antara
individu dan ini boleh menghalang kaunselor
‘menstereotaipkan’ individu mengikut apa-apa kelompokpun.
3. MANUSIA YANG MEMILIKI PERSONALITI BERSEPADU
ADALAH MANUSIA SIHAT
Manusia yang normal mempunyai komponen psikomotor,
kognitif dan afektif. Ketiga-tiga komponen ini bertindak antara
satu sama lain untuk menggerakkan individu dalam
kehidupannya. Ketiga-tiga komponen ini harus seimbang.
Individu tidak harus cenderung kepada satu-satu komponen
sahaja. Perkembangan dan penyuburan ketiga-tiga
komponen ini perlu diberi perhatian yang sama. Manusia
yang berjaya mengimbangkan tuntutan ketiga-tiga komponen
ini dikatakan memiliki personaliti bersepadu.
Individu yang mepunyai personaliti bersepadu juga
dikatakan seseorang yang tahu keupayaan dan kekuatan
dirinya di samping kelemahan yang dimiliki. Individu sebegini
tidak menolak realiti tetapi sebaliknya menerima keadaan
dirinya sambil berusaha memperbaiki diri di mana perlu.
Sekaligus individu sebegini jelas tentang nilainya, sikapnya,
8
9. hasrat dan matlamat hidupnya. Individu sebegini adalah
individu yang sihat dan proses kaunseling kerap kali
menjadikan individu itu menjadi bertambah sihat.
4. MANUSIA CENDERUNG KE ARAH KESEMPURNAAN
KENDIRI
Setiap kaunselor mesti percaya bahawa tidak ada manusia
yang mahu dirinya lemah atau berada dalam kekurangan.
Semua orang mahukan yang terbaik dan mahukan dirinya
menjadi yang terbaik mengikut tafsirannya sendiri. Dengan
itu individu yang sedar bahawa dia berada di tahap yang
rendah akan cuba mengubah keadaan dirinya. Kepercayaan
tentang perkara ini akan membuat kaunselor seorang yang
berpandangan positif. Kaunselor tidak akan marah atau
mengalah bila kliennya gagal menunjukkan perubahan kerana
dia pasti kliennya mahukan perubahan yang ke arah lebih
baik. Cuma masa atau caranya sahaja yang masih belum
berkesan.
5. MANUSIA BERKEMBANG MELALUI PROSES
SOSIOLISASI
Manusia adalah makhluk sosial dan ini bermakna manusia
memerlukan individu lain untuk hidup dan berkembang.
Segala kemahiran hidup dipelajari dari orang sekelilingnya
sama ada dari ibu, bapa dan ahli keluarga mahupun rakan-
rakan adalah merupakan satu proses sosiolisasi. Biasanya
masyarakat mengajar individu bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bersikap mengikut norma yang baik
ataupun yang ditentang oleh norma masyarakat itu sendiri.
Sehubungan itu kaunselor harus percaya bahawa individu
berkembang melalui proses sosiolisasi dan dengan itu jalan
penyelesaian kepada masalah individu itu berkemungkinan
akan melibatkan orang lain.
MATLAMAT KAUNSELING
Kaunseling bertujuan untuk menolong klien. Setiap sesi
kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan matlamat
kaunseling tidak ditetapkan oleh kaunselor tetapi kedua-dua
klien dan kaunselor bersama-sama menentukan matlamat
yang ingin dicapai dan bagaimana matlamat itu hendak
9
10. dicapai. Sebagai panduan George dan Cristiani (1995)
meletakkan fokus matlamat kaunseling seperti berikut:
1. Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan
tingkahlaku
2. Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan
3. Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan.
4. Memperbaiki hubungan dengan individu lain
5. Memperkembang potensi diri
1. MEMPERMUDAH ATAU MENGGERAK PERUBAHAN
TINGKAHLAKU
Kerapkali individu menghadapi masalah kerana
mempraktikkan tingkahlaku yang merugikan iaitu sebarang
tingkahlaku yang memberi kesan tidak baik kepada individu
berkenaan, orang lain bahkan kepada sekelilingnya.
Kemungkinan tingkahlaku individu itu menyebabkan beliau
tidak selesa didampingi oleh orang lain.
Individu yang menyedari beliau mempunyai tingkahlaku
yang merugikan dan mahu mengubah kepada tingkahlaku
yang lebih positif boleh mendapatkan khidmat kaunselor .
Melalui proses kaunseling, individu akan lebih membuat
perubahan yang diingininya.
2. MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHADAPI
PERUBAHAN
Kita semua mengalami perubahan dalam diri hasil dari
proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal, psikomotor,
emosi serta psikologi. Selain itu individu juga berhadapan
dengan perubahan persekitaran seiring dengan
perkembangan teknologi sejagat. Perubahan-perubahan ini
memerlukan kita membuat pengubahsuaian kepada apa yang
biasa kita lakukan. Ramai yang berjaya melakukan
perubahan namun terdapat sebilangan individu yang tidak
dapat menerima perubahan dan tidak dapat menyesuaikan
diri dengan perubahan. Malahan ada yang keliru dengan
perubahan-perubahan dan tidak tahu apa yang harus
dilakukan.
Matlamat kaunseling ialah menolong individu menerima
dunia baru dan membantu membina persepsi yang baru.
Sehubungan itu proses kaunseling ialah satu proses
10
11. membantu individu mempertingkatkan kemahiran dalam
menghadapi perubahan.
3. MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN MEMBUAT
KEPUTUSAN
Salah satu sebab utama klien mendapatkan khidmat
kaunseling ialah kerana mereka mengalami delima, iaitu
persimpangan membuat pilihan atau membuat keputusan
yang penting. Kehidupan memerlukan kita membuat
keputusan yang tepat dan betul. Keputusan yang tidak tepat
boleh merugikan individu. Kaunselor harus membantu klien
mengharungi proses membuat keputusan yang betul.
4. MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG
LAIN
Manusia hidup dalam masyarakat dan komunikasi serta
interaksi dalam kelompok sosial dan menjalin hubungan
sesama insan adalah satu keperluan. Mengasingkan diri dari
kelompok masyarakat adalah satu hukuman yang paling berat
untuk mana-mana individu. Untuk mengelakkan individu rasa
tersisih atau disisihkan dari masyarakat, individu mesti pandai
menjalinkan hubungan dengan individu lain dan seterusnya
mengekalkan hubungan tersebut. Jika hubungan yang dijalin
terancam, individu yang terlibat akan mengalami perasaan
tidak selesa dan pelbagai emosi negatif akan timbul dalam
dirinya.
5. MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DIRI
Memperkembangkan potensi diri merupakan matlamat
umum bagi kebanyakan hubungan kaunseling. Setiap
pendekatan kaunseling mempunyai matlamat ini. Matlamat
ini biasanaya tercapai apabila klien dibantu dalam mencapai
salah satu dari empat matlamat yang disebut sebelum ini. Ini
bermaksud apabila klien dibantu untuk mengubah tingkahlaku
atau menghadapi perubahan dalam hidupnya dengan cara
yang berkesan atau dibantu dari aspek membuat keputusan,
secara langsung klien juga dibantu untuk
memperkembangkan potensi dirinya.
11
12. CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN
Mempunyai pengetahuan dalam ilmu kaunseling dan
memiliki kemahiran khusus yang diiktiraf oleh JPA.
Keberkesanan proses kaunseling juga bergantung kepada
personaliti kaunselor.Untuk menjadi seorang kaunselor yang
efektif individu perlu mempunyai beberapa ciri personaliti
tertentu. Pelbagai kajian telah dilaksanakan di negara barat
dan terbukti bahawa personaliti memainkan peranan penting
dalam menentukan keberkesanan proses kaunseling.
Senarai berikut merupakan sebahagian dari senarai yang
dikemukakan oleh George dan Cristiani (1995) dan Peterson
dan Nisenholz (1987) :
I. Mesra
II. Mudah didampingi
III. Bersikap terbuka
IV. Ikhlas untuk menolong, tidak berpura-pura
V. Sedar akan nilai dan kepercayaan yang dimiliki olehnya.
VI. Bersedia mengambil risiko.
VII. Berupaya menjalin hubungan baik dengan orang lain.
VIII. Bertanggungjawab di atas tindakan yang diambil.
IX. Boleh berjenaka
X. Pandai berkomunikasi
XI. Berpengetahuan
XII. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi
XIII. Boleh dipercayai
XIV. Ada kekuatan mental
XV. Bertenaga dan bermotivasi tinggi.
CIRI-CIRI HUBUNGAN
Hubungan yang terjalin di antara kaunselor dengan klien
adalah amat penting kerana ia menentukan keselesaan klien,
dan ini seharusnya menyumbang kepada keberkesanan
proses kaunseling yang dilalui. Hubungan kaunselor klien
adalah berbeza dari lain-lain hubungan kerana ianya adalah
satu hubungan professional, satu hubungan menolong dan
satu hubungan yang teraputik.
Hubungan profesional bermaksud satu hubungan yang
disengajakan dan tidak berlaku secara tidak sengaja. Individu
12
13. yang terlibat dalam hubungan ini tidak mempunyai pertalian
darah atau pertalian emosi.
Hubungan menolong pula menandakan bahawa terdapat
sekurang-kurangnya dua pihak dalam hubungan ini iaitu
kaunselor dan klien. Menurut George dan Cristiani (1990) ‘
… the helping relationship is a unique and dynamic
process through which one individual assists another to
use his or her inner resources to grow in a positive
direction, actualizing the individual’s potential for a
meaningful life’
Hubungan teraputik membolehkan klien “… learn to
examine their thoughts, feelings, attitudes, values and
behaviors and as result of this exploration they are able
to grow and change.” (George & Cristiani, 1990).
Terdapat dua elemen penting yang mesti wujud agar
hubungan yang dijalin mempunyai nilai teraputik iaitu
kepercayaan dan penerimaan.Klien yang datang berjumpa
kaunselor mahukan seseorang yang boleh memahami
emosinya dan seorang yang boleh dipercayai. Ini kerana dari
segi emosi dan psikologi, seorang klien itu adalah dalam
keadaan takut dan cemas. Tambahan pula suasana
kaunseling adalah sesuatu yang baru dan asing bagi
kebanyakan klien. Jika klien merasakan kaunselor bukan
seorang yang boleh dipercayai, kemungkinan beliau tidak
meneruskan sesi kaunseling. Kalau hubungan diteruskan
juga, klien akan menghadapi kesukaran membuat
pendedahan kendiri yang boleh membawa kepada perubahan
diri yang positif. Dengan itu, seorang kaunselor mestilah
seorang yang boleh dipercayai dan mesti mempamerkan ciri-
ciri yang menunjukkan beliau boleh dipercayai.
SIAPAKAH KAUNSELOR PROFESIONAL
Sebelum dihuraikan siapakah kaunselor Profesional,
perlulah difahami definisi kaunseling mengikut apa yang
dikemukakan oleh kedua-dua American Counseling
Association (ACA) dan Divisyen 17 (Counseling Psychology),
American Psychological Association (APA);
“Kaunseling merupakan aktiviti professional yang bercorak
jangkamasa pendek, interpersonal dan berdasarkan teori-
teori. Ianya adalah satu perkhidmatan yang berpandukan
standard etika dan perundangan, memberi fokus untuk
menolong individu yang pada asasnya sihat dari segi
13
14. psikologi bagi menyelesaikan masalah situasi dan
perkembangan diri mereka. Aktiviti itu sendiri merupakan
satu proses yang melalui beberapa tahap. Masalah yang
sering timbul seperti masalah sosial, pendidikan, personal
dan kerjaya memerlukan kaunselor yang khusus di dalam
bidang-bidang berkenaan. Pengamalnya mestilah
menamatkan pengajian kursus yang diperlukan sama ada di
peringkat masters ataupun doktorat sebelum diberikan lesen
atau pengiktirafan sebagai kaunselor professional”
Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) pula;
“Kaunseling ertinya satu proses sistematik untuk
membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod
etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan
dan penyesuian yang holistic, baik dan sukarela pada diri
klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan
berterusan sepanjang hayat klien”
Mengikut takrifan yang terkandung di dalam akta Kaunselor
1998 (Akta 580, muka surat 18), “Kaunselor ertinya
seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi
satu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.”
Dari segi undang-undang, takrifan tersebut jelas
mendefinisikan “kaunselor” tetapi dari segi profesion pula
secara khusus Kaunselor Profesional adalah seorang yang :
1. Telah mendapat latihan khusus mengenai bimbingan
dan kaunseling.
2. Mempunyai kecekapan untuk menjalankan sesi
kaunseling dan bimbingan.
3. Mengamalkan ilmu kaunseling yang telah dipelajari.
4. Mematuhi peraturan, etika dan undang-undang.
5. Bertindak sebagai seorang saintis sains sosial.
1. MENDAPAT LATIHAN KHUSUS
Program bimbingan dan kaunseling adalah satu latihan
khusus untuk menjadikan seseorang sebagai kaunselor. Oleh
itu anda perlu mempelajari tentang Falsafah Bimbingan dan
Kaunseling untuk memahami konsep, prinsip, falsafah
kaunseling, kepentingan perkhidmatan dan ciri-ciri kaunselor
untuk melahirkan kaunselor yang baik. Selain itu anda perlu
juga mempelajari teori-teori kaunseling supaya anda dapat
14
15. memahami berbagai teori dan mahzab yang masing-masing
cuba menghuraikan tentang sifat semulajadi manusia.
Selain itu, para kaunselor juga perlu mendapat latihan dalam
perkembangan kerjaya agar lebih effektif dalam
penggendalian kaunseling. Melalui kaunseling pelbagai
budaya pula anda akan diajar memahami bagaimana
kaunselor yang peka terhadap budaya orang lain.
2. MEMPUNYAI KECEKAPAN
Dari segi kecekapan pula, semua pelatih akan mengalami
latih amal untuk mempertingkatkan kecekapan para pelatih
dalam penggendalian kaunseling. Kepimpinan dan
kaunseling kelompok akan mendedahkan anda tentang
dinamika kelompok dan kemahiran untuk menjalankan
kaunseling kelompok serta menggunakan berbagai
pendekatan dan teknik.
Okun (1992) telah mengemukakan tiga tahap
perhubungan menolong yang disertai dengan kemahiran dan
pengetahuan yang relevan. Bagi mereka yang tidak
professional, mereka mungkin mempunyai kemahiran
komunikasi tetapi mungkin kurang kemahiran dalam
perkembangan kaunseling dan kemungkinan tidak tahu
menggunakan pendekatan dan teknik kaunseling. Bagi yang
berada pada tahap paraprofessional pula, individu itu mungkin
mempunyai kesemua kemahiran tetapi tidak mampu
mengaplikasikan teori dan menjelmakan teknik-teknik
kaunseling dalam proses menolong. Bagi tahap yang
tertinggi pula iaitu professional, mereka berkemahiran dalam
aspek menolong dan mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam aspek teori dan juga strategi menolong
yang tinggi.
3. MENGAMALKAN ILMU KAUNSELING YANG
DIPELAJARI.
Kaunselor yang professional akan mengamalkan segala
ilmunya tidak kira dalam apa-apa setting atau sasarannya.
4. MEMATUHI PERATURAN, ETIKA DAN UNDANG-
UNDANG
15
16. Dari segi etika, kaunselor professional wajib mematuhi
undang-undang dan etika. Etika kaunseling perlulah dihayati
dan PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) mempunyai
etika untuk melindungi ahli-ahlinya.
5. BERTINDAK SEBAGAI SAINTIS SOSIAL
Sebagai kaunselor professional, seseorang perlu menilai
apa yang berlaku pada kelompok sosial dan perlu berinteraksi
secara intervensi saintis sosial terhadap peristiwa yang
berlaku di sekelilingnya.
APAKAH HALANGAN-HALANGAN ANDA UNTUK
MENJADI KAUNSELOR PROFESIONAL?
Sekadar hanya tahu lima perkara tersebut masih tidak
mencukupi untuk menjadi kaunselor professional. Sebelum
anda menolong orang lain untuk berubah dari segi emosi,
pemikiran atau tingkahlaku, anda sendiri perlu menyedari
emosi, pemikiran dan tingkahlaku yang tidak sihat yang ada
pada diri anda dan seterusnya membuat perubahan. Adalah
diharapkan agar anda juga dapat mempamerkan tingkahlaku
yang adaptif setelah mengikuti kursus ini. Bagaimana anda
boleh tahu sama ada anda buntu atau tidak dari segi
psikologi? Marilah lihat pendekatan-pendekatan ini untuk
membantu anda.
A) PSIKOANALISIS:
Mereka yang buntu banyak mempamerkan mekanisme
beladiri yang tinggi seperti projeksi (menunding jari kepada
orang lain walhal diri sendiri yang tidak betul); reaksi-formasi
(perasaan, pemikiran sebenar ditekankan, sebaliknya
menimbulkan perasaan sebaliknya, sebagai contoh anda
‘menyampah’ pada seseorang tetapi apabila bertembung
dengannya anda berpelukan dan melakukan perlakuan yang
berlawanan), “displacement” (sebagai contoh anda dimarahi
orang yang lebih tua/berpangkat dan sebagainya dan anda
tidak berdaya untuk melawan, maka anda mencari orang lain
yang berdaya untuk melepaskan geram anda..; membuat
rasional (anda cuba membuat alasan bagi tindakan yang tidak
diterima…yang mana sepatutnya anda mengaku salah
sahaja); menidakkan (tidak mahu menerima kenyataan yang
tidak menyenangkan); identifikasi (anda menyerap kualiti
orang lain, meniru personaliti itu supaya dapat membuang
perasaan takut terhadapnya).
16
17. B) PENDEKATAN AFEKTIF (PEMUSATAN PERORANGAN)
Anda masih bertopeng, berpura-pura dan tertekan apabila
mendapat maklumat yang tidak selaras dengan konsep
kendiri anda.
C) PENDEKATAN KOGNITIF
Anda banyak mempamerkan banyak pemikiran yang tidak
rasional.
D) PENDEKATAN TINGKAHLAKU
Anda mempamerkan tingkahlaku yang berlebihan seperti
“stress”, takut, bimbang apabila berhadapan dengan sesuatu
keadaan ataupun tingkahlaku yang “berkurangan” iaitu
keadaan di mana anda tidak mempunyai kebolehan,
kemahiran ataupun tidak tahu. Perlakuan atau tingkahlaku
anda boleh dianggap sebagai tidak sesuai/tidak adaptif.
Capuzzi dan Gross (1997) menyenaraikan kriteria bagi
mereka yang sihat dari segi psikologi:
1. Penerimaan kendiri/penghargaan kendiri tanpa
syarat.
2. Pengetahuan kendiri (tahu luaran dan dalaman
tentang diri)
3. Keyakinan kendiri dan penguasaan kendiri (tahu apa
dan bila hendak lakukan sesuatu seperti ketegasan
diri)
4. Persepsi yang jelas tentang realiti dan selalunya ke
arah yang optimistik.
5. Keberanian dan ketahanan (mempunyai keberanian
untuk menghadapi perasaan takut mereka sendiri,
menerima tanggungjawab terhadap perlakuan sendiri
serta berani mengambil risiko jika perlu).
6. Keseimbangan dan kesederhanaan, iaitu hidup yang
seimbang seperti ada kerja, ada rehat, ketawa dan
menangis, mengikut logik dan mengikut bisikan hati
dan sebagainya.
7. Mengasihi orang lain, dan mempunyai kebolehan
serta keinginan untuk mengambil tahu tentang
kebajikan orang lain.
8. Mencintai kehidupan iaitu benar-benar menghargai
dan menikmati setiap aspek kehidupan.
9. Menyedari tujuan dan makna kehidupan.
17
18. APAKAH PENGETAHUAN ASAS BAGI SEORANG
KAUNSELOR?
Nejedro, Arredondo dan Benjamin (1985) telah
menggariskan asas pengetahuan dan kemahiran untuk para
kaunselor yang bekerja membantu orang dewasa dalam
pelbagai permasalahan mereka. Asas pengetahuan yang
diperlukan adalah seperti berikut:
The helping relationship
Counselling theory
Transpersonal counseling
Change theory
Learning theory
Learning theory
Group counseling
Family system theory
Referral process
Lifestyle and career development
World of work
Domestic and world politics
Domestic and world economics
Political process
Professional orientation
Personality theory
Abnormal behavior
Physical disabilities
Human behavior
Holistic health
Research
Individual assessment
Individual potential
Life span development
Lefelong learning
Developmental programming
Substance abused
Prevention
Societal trends
Social/cultural foundations
Cultural pluralities
Human rights
Sexual equality
Moral issues
18
19. Ethics
System management
Technological systems
Resource management
Grant writing
Evaluation
Fakta Penting
Kaunselor professional bukan sahaja menepati kehendak
Akta Kaunselor, tetapi mereka adalah seorang pengamal,
mendapat latihan yang khusus, mempunyai kecekapan,
mematuhi etika dan undang-undang serta dapat berfungsi
sebagai seorang saintis sosial. Mereka juga adalah orang-
orang yang normal kerana mempamerkan ciri-ciri orang yang
sihat dari segi psikologi.
PEMILIHAN PENDEKATAN DAN TEORI KAUNSELING
Pada masa ini, ada di antara anda yang sudah
memutuskan pendekatan atau teori kaunseling yang akan
menjadi pegangan. Namun masih ada juga yang tercari-cari.
Banyak persoalan yang timbul seperti:
Bagaimanakah hendak memilih pendekatan?
Adakah perlu memilih satu pendekatan sahaja?
Adakah pemilihan ini mesti tetap dan tidak boleh
berubah?
Adakah pendekatan yang dipilih nanti bertentangan
dengan agama?
Mungkin banyak lagi persoalan yang timbul dalam proses
untuk membuat keputusan tentang pendekatan yang paling
ideal bagi seseorang. Pada masa ini kaunselor yang berkesan
membuat keputusan tentang pemilihan sesuatu teori
berlandaskan latarbelakang pendidikan dan falsafah hidup
kaunselor dan juga mengikut keperluan klien. Walaupun
bukan semua pendekatan itu sesuai untuk seorang kaunselor
atau klien, asas teori amat penting untuk seseorang klien
menjadi berkesan.
Berikut adalah pandangan ahli teori terhadap sifat
semulajadi manusia:
Psikoanalisis – Jika anda percaya bahawa tingkahlaku
manusia berkaitrapat dengan peristiwa zaman lampau, ada
hubungan dengan peringkat perkembangan psiko-seksual
19
20. dan kebanyakkan tingkahlaku terhasil daripada keadaan tidak
sedar.
Adlerian -Jika anda percaya bahawa masalah manusia
kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap
dan rasa rendah diri, ada kaitan dengan zaman lampau dan
kedudukan anak di dalam keluarga.
Pendekatan Psikoanalisis dan Adlerian mempunyai sedikit
persamaan iaitu kedua-duanya mengkaji zaman lampau lebih-
lebih lagi kepentingan zaman kanak-kanak.
PENDEKATAN AFEKTIF (PERASAAN)
i) Kaunseling Pusatan Perorangan:
Jika anda percaya bahawa manusia bermasalah kerana
tidak dapat menerima keadaan yang bertentangan dengan
konsep-kendiri mereka; maksudnya tiada keselarasan
konsep-kendirinya dengan realiti; tidak selaras antara diri
sebenarnya dengan diri yang diingininya.
ii) Teori Gestalt
Jika anda percaya bahawa individu yang bermasalah
adalah kerana terlalu bergantung kepada pengalaman intelek
sehingga mengenepikan kepentingan emosi dan deria untuk
menanggani sesuatu keadaan; individu tidak dapat kenalpasti
dan menyelesaikan “unfinished business”, ini termasuklah
semua pemikiran, perasaan dan reaksi awal terdahulu yang
masih mempengaruhi fungsi sekarang serta mengganggu
kehidupan kini.
PENDEKATAN KOGNITIF
i) Teori Rasional Emotif
Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalah
kepada manusia ialah disebabkan oleh cara mereka berfikir
iaitu mempercayai andaian yang tidak rasional, menggunakan
perkataan yang mendatangkan kesan yang
merugikan/negatif.
ii) Analisis Transactional
20
21. Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalah
kepada manusia kerana tidak mempercayai diri sendiri, tidak
boleh berfikir sendiri, tidak mampu membuat keputusan dan
melahirkan perasaan sendiri; mengalami masalah dalam
perhubungan.
TINGKAHLAKU DAN KAUNSELING KOGINITIF
TINGKAHLAKU
Jika anda percaya bahawa tingkahlaku manusia adalah
hasil dari pembelajaran sama melalui pemerhatian serta
peniruan dari orang lain ataupun kerana mendapat ganjaran
ataupun kerana pengalaman yang mengaitkan perasaan
dengan sesuatu peristiwa; tingkahlaku manusia yang cemas,
takut atau kekurangan dalam kemahiran menyelesaikan
masalah.
i) Terapi Realiti
Jika anda percaya bahawa masalah manusia timbul kerana
mereka tidak bertanggungjawab terhadap tingkahlaku mereka
sendiri, tidak jelas tentang matlamat, tidak mempunyasi pelan
tindakan yang berkesan.
NOTA: Terdapat lebih daripada 200 teori kaunseling tetapi
yang dikemukan ini adalah teori yang popular dan sering
digunakan oleh kaunselor.
1. Anda boleh berpegang pada sesuatu teori serta
teknik-tekniknya tanpa mengikut kes klien.
2. Anda juga boleh menggunakan pendekatan
pengabungjalinan (electic) teori demi memudahkan
penggendalian sesi kaunseling.
3. Anda juga boleh menggunakan pendekatan
berdasarkan personaliti klien.
4. Anda perlu percaya kepada falsafah hidup sendiri
KAUNSELOR YANG BERKESAN
DIMENSI FUNGSI KAUNSELOR
Kaunselor perlu tahu tentang tujuan intervensi, kaedah
untuk membuat intervensi dan kumpulan sasaran intervensi
seperti yang ditunjukkan melalui “The Cube” oleh Morrill,
Oetting dan Hurst (1974).
21
22. Apabila anda merujuk kepada “The Cube” itu, anda akan
memahami sedikit sebanyak tentang fungsi seorang
kaunselor. Sebagai contoh, kaunselor menolong seorang
individu untuk tujuan pemulihan dengan menggunakan
perkhidmatan langsung atau kaunselor menolong individu
untuk tujuan pemulihan dengan menggunakan kaedah
perundingan. Terdapat banyak lagi kombinasi yang boleh
dibuat melalui kiub itu.
Rajah 1
The Cube menunjukkan dimensi fungsi seorang kaunselor
B. Tujuan Intervensi
1. Pemulihan 2.Pencegahan 3.Perkembangan
A. Target Intervensi
1. Individu
2. Kelompok utama
3. Kelompok kecil
3. Media
4. Institusi & Komuniti 2. Perundingan
1. Perkhidmatan langsung
C. Kaedah Intervensi
Sumber:Morill, W.H., Oetting, E.R & Hurst , J.C (1974). Dimensions of
counselor Functioning. Personnel and Guidance Journal, 42,355.
Rajah 2
KAEDAH INTERVENSI
22
23. KAUNSELING MEDIA LATIHAN PERUNDINGAN
EMOSI MOTIVASI BUAT KEPUTUSAN PENTADBIR
PELAJARAN MAKLUMAT TEKNIK BELAJAR GURU
KERJAYA PENGAJARAN STRESS IBUBAPA
LATIHTUBI PENGURUSAN MASA PENJAGA
PEMULIHAN PENCEGAHAN PERKEMBANGAN
KAUNSELING ELAKKAN KEGEMUKAN BINA
INDIVIDU ATAU AIDS KONSEP KENDIRI
KELOMPOK BOHSIA KESEDARAN KERJAYA
FAILURES
DADAH
ROKOK
MENIRU
Rajah 3
TUJUAN
INTERVENSI
Kaunselor Sebagai Perancang dan Penilai
Sebagai idealnya, kaunselor yang berkesan merancang
perkhidmatan kaunseling merangkumi komponen program
seperti kurikulum kaunseling, perancangan individu,
perkhidmatan responsive dan system sokongan. Kaunselor
juga perlu meracang pengagihan masa untuk pelbagai aktiviti
di dalam komponen program.
23
24. Membina Perhubungan Kaunseling
Sebelum memulakan sesi kaunseling, eloklah dimulakan
dengan pertanyaan yang munasabah. Penggunaan soalan
tertutup tidak diharuskan pada permulaan sesi. Apatah lagi,
klien yang berjumpa anda dengan keadan tertekan atau
terpaksa. Niat beliau berjumpa anda boleh digunakan untuk
memulakan sesi kaunseling. Jika klien datang dengan penuh
emosi, luangkan masa untuk mendengar emosi mereka.
Perbualan yang pertama dengan klien tidak merupakan
satu permulaan kaunseling tetapi dianggap sebagai temubual
untuk menilai klien. Anda perlu menilai klien sama ada
mereka boleh meneruskan sesi kaunseling ataupun
sebaliknya. Terdapat dua orientasi utama semasa temubual
pertama denga klien, iaitu samaada berorientasikan maklumat
ataupun berorientasikan perhubungan.
i) Berorientasikan Maklumat
Anda banyak menggunakan kemahiran menyoal dengan
soalan tertutup atau “probing” serta minta penjelasan untuk
mendapatkan fakta. Hackey dan Cornier (1994)
memaklumkan bahawa pertemuan pertama boleh memenuhi
dua fungsi iaitu mengumpul maklumat yang diperlukan
tentang klien tersebut ataupun ianya merupakan satu
permulaan untuk satu perhubungan. “Probing” merupakan
soalan-soalan yang sering dimulakan dengan siapa, apa, di
mana, atau bagaimana. Soalan kenapa tidak digalakkan
kerana klien boleh menjadi defensif apabila ditanya kenapa ia
lakukan sesuatu dan sebagainya.Selain dari mengemukan
soalan secara lisan, kaunselor boleh menggunakan borang
yang mengandungi soalan berstruktur dan diberikan kepada
klien.
Maklumat-maklumat yang boleh diperolehi seperti:
1. Biodata. Ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon,
umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan.
2. Masalah yang klien sedang hadapi. Kaunselor perlu tahu
sejauhmanakah masalah menganggu kehidupan klien,
bagaimanakah masalah itu menonjol? Perasaan, fikiran
dan tingkahlakunya.
3. Corak kehidupan klien. Apakah aktiviti sosial,
keagamaan, riadah, ciri pekerjaan dan sebagainya.
4. Sejarah keluarga. Ini termasuk umur, pekerjaan,
personaliti ibu, bapa. Hubungan keluarga dan perlu juga
24
25. diketahui terdapatkah gangguan mental dalam keluarga
klien.
5. Sejarah Peribadi. Klien juga boleh ditanya latarbelakang
perubatan mereka, pendidikan dan minat serta asepk-
aspek perhubungan. Masalah perkahwinan dan
sebagainya. Pengalaman tentang kaunseling juga boleh
ditanya kepada klien serta matlamat hidupnya semasa
proses mendapatkan maklumat klien.
Selain daripada soalan-soalan di atas, anda juga boleh
mendapatkan maklumat tentang klien melalui pemerhatian.
Ini boleh meliputi aspek fizikal klien, rupa mereka, suara,
pakaian, ketegangan yang ada, motivasi, kemesraan atau
tahap psikologikal klien.
Perlu juga dilihat dari aspek lojiknya percakapan klien dan
tahap emosi mereka. Setelah anda mendapat maklumat
seperti di atas anda boleh membuat RUMUSAN dan
CADANGAN. Sebelum itu, anda perlu putuskan sama ada
terdapat hubungan masalah dengan maklumat yang
terkumpul. Seterusnya anda perlu memutuskan untuk
menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan klien.
Adakah anda ingin menggunakan pendekatan psikoanalisis,
kognitif, afektif, tingkahlaku atau pendekatan
pengabungjalinan. Jika anda ingin menjadi kaunselor kepada
klien tersebut anda juga perlu tahu unsur-unsur kekuatan
yang boleh menjayakan anda. Jangkamasa sesi juga perlu
diputuskan di samping matlamat yang perlu dicapai adakah
realistik atau tidak. Kaunselor juga perlu menilai kepakaran
serta tahap motivasi klien untuk berjaya.
Selain dari soalan-soalan seperti di atas anda juga boleh
menggunakan formula berikut dan persoalan berkaitan
dengannya.
Mental Ilness Incidence= Stress + physical vulnerabilities
Social support + coping skills+self esteem
Sebagai kaunselor anda boleh menggunakan formula
tersebut untuk menilai keadaan klien dan anda juga boleh
memberikan formula tersebut kepada klien untuk dijadikan
panduan hidupnya.
Maksud formula tersebut ialah; Kemungkinan untuk
mendapat gangguan mental bergantung kepada lima variable
iaitu faktor stress, kesihatan/kelemahan fizikal,kemahiran
25
26. hidup, sokongan sosial dan penghargaan kendiri. Jika jumlah
di atas melebihi jumlah faktor-faktor di bawah, kebarangkalian
untuk mendapat gangguna mental adalah amat tinggi.
Sebaliknya jika klien boleh mengecilkan jumlah di atas dan
membesarkan jumlah di bawah maka tentulah kemungkinan
untuk mendapat gangguan mental adalah kecil.
ii) Berorientasikan Perhubungan
Jika melalui temubual yang telah dijalankan dan didapati
klien amat reaktif kepada sesi kaunseling maka anda boleh
terus memulakan sesi kaunseling dengan klien tersebut.
Namun begitu anda perlulah tidak mengenepikan etika-etika
kaunseling yang perlu diikuti di samping pemilihan teori serta
pendekatan yang berpadanan.
APAKAH SOALAN-SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKAN
SEMASA SESI KAUNSELING
Terdapat pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk
menanyakan soalan kepada klien. Berikut adalah beberapa
panduan untuk mengajukan soalan kepada klien:
Apakah tujuan klien datang kepada anda:
Apakah yang memutuskan klien untuk datang. Adakah
anda datang sendiri/sukarela atau digalakkan oleh orang
lain?
Apakah isu yang sedang anda fikirkan sekarang?
Apakah yang anda harapkan berlaku hasil daripada
pertemuan ini?
Adakah anda mengalami tekanan daripada keluarga,
majikan atau dari kawan-kawan.
Apakah perasaan anda semasa berada di sini?
Pernahkan anda berjumpa mana-mana ahli professional
sebelum ini?
Kesihatan dan Keadaan Fizikal
Cuba ceritakan keadaan kesihatan anda sekarang ini.
Pernahkah anda sakit sebelum ini?
Jika anda mensyaki klien terlibat dengan gejala dadah
atau alkohol anda boleh bertanyakan adakah mengambil
bahan-bahan tersebut merupakan masalah bagi dirinya;
Apakah jenis dadah yang diambil?, Berapa lamakah telah
terlibat dengan gejala tersebut dan sebagainya.
26
27. Stress
Adakah terdapat perubahan signifikan dalam hidup anda
sejak akhir-akhir ini sama ada dari aspek positif mahupun
negatif.
Adakah terdapat masalah atau pertelingkahan dalam
keluarga ketika ini.
Bagaimana dengan situasi kerja?
Terdapatkah masalah dalam persekitaran kerja dan
sebagainya.
Kemahiran Hidup
Adakah anda seorang pelajar/individu yang dianggap
baik.
Adakah anda mempunyai kemahiran khas yang
digunakan dalam kerjaya anda sekarang ini.
Bagaimanakah anda berinteraksi dengan orang lain.
Penghargaan Kendiri/Konsep Kendiri
Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda
sekarang?
Apakah kualiti terbaik anda?
Adakah orang lain pernah menegur kelemahan diri anda?
Apakah perkara yang boleh menolong anda untuk
merasakan diri anda lebih baik?
Sokongan Sosial
Bagaimanakah situasi di rumah sekarang? Adakah
keadaannya sama seperti dahulu?
Bagaimanakah perhubungan anda dengan ahli keluarga
yang lain.
Siapakah orang lain yang memainkan peranan penting
dalam hidup anda.
Anda boleh menggunakan soalan-soalan tersebut secara
lisan ataupun dengan menggunakan borang. Sebagai
peringatan soalan-soalan tersebut adalah contoh semata-
mata dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakan
soalan yang terbaik mungkin dalam sesi kaunseling dengan
klien.
KEMAHIRAN KAUNSELOR DALAM PROSES
KAUNSELING
27
28. Anda boleh memulakan proses kaunseling dengan
pelbagai modofikasi bagi setiap pendekatan kaunseling yang
ingin digunakan. Berikut adalah panduan asas untuk
menjalankan proses kaunseling.
KEMAHIRAN FASA I
A. RAPPORT/MEMBINA HUBUNGAN MESRA
i). Membina hubungan adalah untuk mewujudkan
kemesraan. Kaunselor melayan dan mendengar supaya
dapat meyakinkan kepercayaan klien terhadap kaunselor, lalu
mampu membukan “Tingkap Johari” klien. Ini juga dapat
mengelakkan konsep kendiri klien daripada terancam.
Kaunselor akan memahami klien di samping klien mengenali
kaunselornya. Apabila konsep kendiri klien tidak terancam ini
memudahkan wujudnya suasana yang teraputik dan rasa
selamat. Usaha mewujudkan rapport ini menjadi syarat
utama jika anda ingin menggunakan pendekatan teori
kaunseling pemusatan perorangan.
ii). Kaunselor juga perlu membuat penstrukturan seperti
memberitahu kerahsiaan dan limitasinya. Masa yang
diperlukan serta matlamat sesi kaunseling perlu dijelaskan
kepada klien. Kaunselor juga perlu menerangkan peranannya
dalam sesi kaunseling dan sekiranya perlu kontrak perlulah
dipersetujui samaada secara lisan ataupun dengan mengisi
borang tertentu.
B. PENEROKAAN
Pada peringkat ini kaunselor perlu
mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan lebih
mendalam. Kaunselor juga perlu mengunakan kemahiran
empati, parafrasa dan juga refleksi dengan baik untuk proses
penerokaan. Kemahiran ini akan banyak ditekankan dalam
latihtubi nanti.
C. KENALPASTI MASALAH
i). Jika anda lebih gemar menggunakan pendekatan
kognitif maka kebanyakan masalah klien dipercayai berpunca
daripada masalah kognitif. Oleh itu pada tahap ini,
kebanyakkan punca kenalpasti masalah adalah berpaksikan
daripada pemilihan pendekatan teori yang digunakan. Maka
28
29. kaunselor perlu bijak untuk mengenalpasti masalah klien
menggunakan pendekatan tertentu.
ii). Anda juga perlu menilai adakah setiap masalah boleh
diselesaikan?
iii). Selain itu, pada tahap ini anda perlu menilai kembali
semula soalan-soalan yang diajukan pada permulaan sesi,
maka dari sini anda boleh mengenalpasti punca masalah klien
tersebut.
D. MATLAMAT KAUNSELING
i). Pada peringkat ini kaunselor perlu mengemukakan
matlamat kaunseling yang perlu dicapai oleh klien. Matlamat
ini perlu dibina di atas persetujuan bersama di antara klien
dan kaunselor.
ii) Perkara penting yang perlu diketahui oleh para pelatih
ialah pada peringkat ini juga, pendekatan serta teori
kaunseling adalah amat penting. Secara kesimpulannya
matlamat kaunseling adalah berdasarkan kepada paksi
pendekatan yang digunakan.
Sebagai peringkatan, pada tahap A hingga D ini
adalah merupakan Fasa I dalam kaunseling iaitu Fasa
Penglibatan dan Penerokaan yang mengutamakan
perhubungan mesra, penerokaan dan mengenalpasti
matlamat kaunseling. Perlu juga diingati matlamat kaunseling
adalah tidak sama dengan masalah sesi kaunseling.
Kemahiran yang banyak digunakan dalam, Fasa I
termasuklah refleksi, diam, soalan terbuka dan tertutup,
dorongan minima, minta penjelasan, membuat rumusan kecil
dan besar, parafrasa, tafsiran serta memberi maklumat.
FASA II (KEFAHAMAN DAN TINDAKAN)
Konfrantasi Menukar persepsi
Pendedahan kendiri Memimpin
Empati tepat Memberi respons pelbagai fokus
Spontan/Segera Membuat kontrak
Latihan/rehearsal Melakukan konfrantasi
KEMAHIRAN MEMBERI RESPON PELBAGAI FOKUS
Selalunya klien membuat persepsi dengan:
29
30. Visual - “lihat” (Saya dapat melihat kebahagiaan….)
Audio - “dengar” (Saya mendengar kebahagiaan…)
Kinestetik - “rasa” (Saya merasakan kebahagiaan…)
Peringatan: Terdapat klien yang menggunakan ayat seperti
di atas selalu, oleh itu kaunselor perlu menunjukkan
kefahaman, maka kata kunci sendiri perlulah digunakan.
Sebagai contoh, kenyataan di bawah bolehlah digunakan.
Kaunselor: “Saya nampak maksud anda, atau dengar
kesungguhan anda, atau “Saya juga dapat merasakan
anda sedih sekarang.
Jika kaunselor dapat menikuti “mood” klien semasa
membuat persepsi, perubahan akan cepat berlaku. Adalah
penting bagi kaunselor membuat respon mengikut bahasa
klien-afektif, kognitif mahupun tingkahlaku.
E. TINDAKAN/STRATEGI
Kaunselor bebas menggunakan
teknik/pendekatan/strategi yang sesuai dengan kes. Jika
anda percaya bahawa pemikiran merupakan masalah, maka
gunakanlah teknik yang bersifat kognitif. Ada kalanya anda
boleh mengabungkan teknik-teknik dari pendekatan lain.
Kesimpulannya tindakan/strategi hendaklah selari dengan
matlamat dan masalah klien.
F. PENAMATAN
Apabila matlamat kaunseling telah tercapai dengan
persetujuan klien, perhubungan kaunseling bolehlah
ditamatkan. Tetapi bagi setiap sesi pula, anda perlulah
menamatkan sesi secara rasmi supaya klien yang berkenaan
tahu.
G. SUSULAN.
Apabila sesi kaunseling telah ditamatkan secara
rasminya, kaunselor bolehlah pula membuat tindakan
30
31. susulan. Jangkamasa dan kekerapan sesi adalah bergantung
kepada persetujuan antara klien dan kaunselor.
ORIENTASI PERHUBUNGAN KAUNSELOR
Setiap kaunselor perlu menyedari kemahiran melayan dan
mendengar dengan baik. Untuk menfokus kepada emosi dan
perhubungan, terdapat banyak kemahiran yang perlu
digunakan. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu
dipertajamkan oleh setiap kaunselor ialah seperti
memparafrasa, membuat refleksi, membuat rumusan,
meminta penjelasan, mentafsir, konfrantasi dari segi lisan dan
bukan lisan, kontak mata, mimik muka, kedudukan badan dan
lain-lain lagi.
EMPATI YANG TEPAT
Empati Tepat Utama (ETU)
- Menyampaikan kepada klien apa yang
kaunselor faham tentang perasaan (penglibatan dan
perlakuannya).
- Sangat membantu dalam perhubungan
kaunseling, mengumpul data atau menjelaskan masalah.
- Anda menggunakan refleksi untuk
menunjukkan emosi yang klien alami ketika itu.
ETL (Empati Tepat Lanjutan)
- Bukan sekadar membuat refleksi terhadap
yang yang diluahkan, didengar dan lihat tetapi juga terhadap
yang tidak dinyatakan atau disebut dengan tidak lengkap.
- Klien: “Saya harap semuanya berjalan
lancar…(dengan melihat jauh)
- Kaunselor : “…dan kalau tidak, anda tidak
pasti apa yang hendak dibuat nanti”
PENDEDAHAN KENDIRI (PK)
- Apabila seseorang itu mendedahkan
maklumat peribadi, orang lain akan mengetahuinya. Sama
ada klien membuat PK ataupun kaunselor, Hansen, Stevic
31
32. dan Warner (1986) berpendapat bahawa PK perlu bagi klien
untuk kejayaan kaunseling.
- Curtis (1981) menyatakan bahawa klien lebih
percayakan kaunselor yang membuat PK dan klien akan
membuat PK juga jika hubungan kaunseling telah erat.
- Terdapat dua fungsi pendedahan kendiri
mengikut Egan (1986) iaitu;
i) Menjadi model iaitu bersifat terbuka.
Apabila kaunselor menunjukkan pengalamannya, ini akan
menjadi model kepada klien untuk membuat pendedahan
kendiri.
ii) Membentuk perspektif baru, iaitu
kaunselor juga mempunyai masalah dan mereka bukannya
manusia yang sempurna.
Egan (1986) menekankan lagi pendedahan kendiri
mestilah mempunyai fokus dan dipilih bukanya secara rawak.
Pendedahan kendiri mestilah tidak menambah masalah klien
dan kurang digunakan. Namun begitu ada juga berpendapat
pendedahan kendiri adalah merupakan satu risiko oleh itu ia
agak keberatan digunakan di dalam sesi kaunseling.
Petanda-petanda berat menghadapi pendedahan kendiri ialah
seperti tidak mahu membuancangkan sesuatu isu itu, klien
menukar tajuk perbincangan, diam dan akan banyak
bercakap.
Sebagai kesimpulan kaunselor mesti pandai menggunakan
kemahiran ini dalam proses kaunselor agar sesi yang
dilakukan itu mempunyai produktiviti.
KESEPONTANAN
Spontan bermaksud kaunselor memahami dan
menunjukkan kepada klien tentang apa yang sedang berlaku
antara kaunselor dan klien. Aspek-aspek perasaan, harapan
dan impresi klien ditekankan dalam isu kespontanan ini.
Spontan Dalam Perhubungan
Kaunselor berbincang dengan klien tentang kualiti
perhubungan mereka samaada sesi itu produktif,
membosankan, menegangkan dan sebagainya.
Spontan “Sini” dan “Kini
Perbincangan tentang perasaan klien atau pemikirannya
pada suatu ketika itu. Sebagai contoh, Semasa kaunselor
32
33. melakukan penerokaan, tiba-tiba semasa sesi sedang
berlangsung, klien mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahu
berkongsi dengan kaunselor lagi. Oleh itu, kaunselor boleh
menggunakan kemahiran kespontanan dengan berkata “Saya
agak keliru.. tadi awak sangat aktif berkongsi dengan
saya, tetapi sekarang awak seolah-olah tidak mahu saya
tahu dengan lebih mendalam…apa yang berlaku ini?
Egan (1986) menyatakan bahawa kespontanan sesuai
digunakan apabila:
i. Perhubungan tidak mempunyai arah lagi.
ii. Ada ketegangan pada klien, atau antara klien dengan
kaunselor.
iii. Timbul soal “kepercayaan” (trust)
iv. Bila wujud jarak sosial antara klien dan kaunselor.
v. Ada kebergantungan klien.
vi. Ada saling kebergantungan.
vii. Ada tarikan antara kaunselor dan klien kerana
mempunyai unsur-unsur emosi antara kedua-duanya.
KONFRANTASI
Tamminen dan Smaby (1981) menyatakan bahawa
kaunselor membantu individu itu melihat dengan jelas apa
yang berlaku, apa kesan dan akibatnya serta bagaimana
mereka boleh memikul tanggungjawab apabila mengambil
tindakan untuk berubah. Perubahan yang dimaksudkan ialah
berubah dengan cara yang membawa kepada kehidupan
yang efektif dan lebih baik.
Namun begitu sebelum sesuatu konfrantasi dapat
dilakukan di dalam sesi kaunseling, kaunselor haruslah
memastikan wujudnya hubungan dengan klien yang sungguh
kuat sebelum beliau menerima konfrantasi tersebut.
Menurut Berenson dan Mitchell (1974), adalah lebih
produktif untuk kaunselor membuat konfrantasi terhadap
kekuatan klien daripada kelemahannya. Konfrantasi adalah
sesuatu yang mencabar atau membantu klien untuk mengkaji
serta mengubahsuai dan mengawal sesuatu aspek perlakuan
PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING
Perls (1969) menyarankan untuk memulakan sesuatu yang
baru, pengalaman yang lama mestilah lengkap dan telah
diatasi. Pandangan ini selaras dengan perhubungan
33
34. kaunseling, iaitu ianya perlu ditamatkan sebelum
perhubungan kaunseling yang baru bermula.
Penamatan di dalam kaunseling termasuklah penamatan
sesi itu sendiri dan manakala penamatan perhubungan
kaunseling pula adalah penamatan rasmi yang dilakukan
setelah mencapai matlamat kaunseling.
APAKAH MAKSUD PENAMATAN?
1. Penamatan adalah menamatkan sesuatu pengalaman
pembelajaran dengan sempurna.
2. Penamatan merupakan motivator, maksudnya apabila
kita tahu perhubungan kaunseling akan tamat, maka kita akan
bekerja keras untuk mendapatkan hasil dalam masa yang
lebih singkat.
3. Penamatan merupakan titik tolak bagi klien menjadi
bebas iaitu klien belajar menjadi bebas dan seterusnya
mengamalkan apa yang diperolehi semasa sesi kaunseling.
PENAMATAN SETIAP SESI
1. Selalunya di dalam sesi kaunseling, kaunselor akan
memberitahu jangkamasa sesi. Peringatan akan dilakukan
untuk mengingatkan klien tentang masa yang akan tamat.
2. Apabila sesi kaunseling hampir tamat, kaunseor atau klien
boleh membuat rumusan besar dan ianya hendaklah padat
tanpa pentafsiran tau rumusan yang berbelit-belit.
3. Kaunselor bersama-sama dengan klien menetapkan
“appointment” akan datang dan kaunselor akan memberi
homework jika perlu.
PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING
1. Perlu diberitahu dengan lebih awal tentang
penamatan perhubungan kaunseling supaya kaunselor dan
klien akan menggunakan masa dengan optima.
2. Kedua-dua kaunselor dan klien mestilah sepakat
tentang masa penamatan yang perlu dibuat.
3. Petanda-petanda bahawa perhubungan kaunseling
hampir tamat ialah:
- berkurangnya “intensiti” kerja antara
kaunselor dan klien.
- Lebih banyak humor
- Berkurangnya “denial”
- Kurangnya klien menarik diri (withdraw)
34
35. - Kurangnya perasaan marah.
- Kurang bergantung.
- Kurang perasaan sedih dan pilu.
Maholick & Turner (1979) mencadangkan agar persoalan-
persoalan berikut dipertimbangkan sebelum membuat
penamatan:
1. Adakah masalah atau persoalan klien yang asal telah
kurang atau dapat dibuang?
2. Adakah perasaan tertekannya sudah berkurangan
atau dapat dibuang?
3. Sejauhmana klien ada kebolehan untuk menanggani
masalah dan kefahamannya terhadap orang lain.
4. Bolehkah klien berhubung dengan orang lain,
menyayanginya dan seterusnya disayangi.
5. Adakah klien mendapat kebolehan untuk merancang
dan bekerja dengan produktif.
PENENTANGAN TERHADAP PENAMATAN
Biasanya penentangan akan timbul apabila:
a) Hubungan terlalu intim.
b) Hubungan terlalu lama.
c) Merupakan satu pengalaman pahit.
d) Rasa sunyi.
e) Takut diketepikan.
f) Takut menjadi bebas.
g) Perlukan kepuasan apabila bersama dengan orang lain.
CARA-CARA KLIEN MENUNJUKKAN PENENTANGAN
1. Klien meminta lebih masa, minta perhatian lagi walaupun
matlamat sudah tercapai.
2. Klien akan menunjukkan rasa cemas supaya kaunselor
terpaksa memanjangkan sesi.
MEMBUAT RUJUKAN.
Kadang-kala terdapat keadaan di mana kaunselor
terpaksa melakukan rujukan. Ini biasanya berlaku apabila:
a. Apabila klien mempunyai masalah yang tidak dapat
ditanggani oleh kaunselor.
b. Kaunselor kurang pengalaman dalam sesuatu bidang atau
kurang kecekapan.
c. Kaunselor sedar ada pakar lain yang lebih mengetahui.
35
36. d. Kaunselor dan klien bercanggah dari segi personaliti dan
ada kecenderungan berlaku konflik.
e. Hubungan antara kaunselor dan klien terbantut dalam
Fasa I lagi.
BAGAIMANA DAN BILA MERUJUK?
i. Jika kaunselor bimbang klien akan merasa tersingkir, maka
perlulah diadakan sekurang- kurangnya satu sesi sebelum
dibuat rujukan. Klien juga perlu diyakinkan tentang tempat
ianya dirujuk.
ii. Jika timbul keadaan di atas iaitu tidak produktif lagi maka
perlulah dirujuk segera kerana kelewatan akan menyukarkan
penamatan sesi kaunseling.
DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING
DAN PSIKOTERAPI
Matlamat penting dalam proses kaunseling ialah untuk
memastikan supaya klien dapat menikmati hasil kaunseling
dan boleh berfungsi dengan sihat. Pada biasanya klien akan
memerlukan pertolongan supaya ianya dapat mengubah
perlakuan yang melibatkan emosi serta tingkahlakunya.
Manusia telah dianugerahkan dengan daya pemikiran, emosi
serta kebolehan membuat pemilihan tentang sesuatu
tindakan. Hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku
adalah rapat dan wujud kesaling pengaruh antara satu sama
lain. Oleh itu, interaksi antara lapangan pemikiran, emosi dan
tingkahlaku adalah amat mustahak dalam perlaksanaan
proses kaunseling. Seseorang kaunselor mesti memahami
gerak balas yang berunsurkan persepsi terhadap interaksi
yang berkait rapat antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku.
Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dan
tingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih mendalam melalui
konsep afektif, kognitif, wawasan dan tingkahlaku.
Kefahaman tentang empat konsep ini mesti dihayati oleh
kaunselor sebelum proses kaunseling itu dapat diteruskan
dengan berkesan.
Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahaman
dalaman tentang diri. Proses ini memerlukan penghayatan
menyeluruh melibatkan akal. Seseorang insan itu sudah
tentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan
36
37. kelemahan diri seiringan dengan emosinya. Konsep ini boleh
digambarkan seperti berikut:
A B
Wawasan Diri
Tindakan
Pendekatan kaunseling yang lebih mirip ke arah
mementingkan wawasan diri akan terletak di bahagian A.
Manakala pendekatan yang lain lebih mirip ke arah tindakan
akan terletak di bahagian B.
Pentingnya pemikiran dan emosi dalam diri seorang insan
tidak dapat dinafikan. Dalam proses kaunseling, pendekatan
yang melibatkan elemen pemikiran dan juga afektif
memainkan peranan dalam penentuan matlamat kaunseling.
Elemen afektif dalam proses kaunseling lebih mendekati
perhubungan antara insan manakala proses pemikiran
secara kognitif memberi kepentingan tentang daya akal fikiran
yang sedia wujud dalam diri manusia. Konsep ini boleh
digambarkan secara haluan yang memisah ke arah dua
penghujung dalam satu kontinum seperti berikut:
X Y
Afektif Kognitif
Dua kontinum ini boleh digabungkan untuk membentuk
struktur dua dimensi tentang penempatan pendekatan
kaunseling mengikut mirip serta pengaruh matlamat
kaunseling yang dipelopori oleh tokoh tertentu.
X
Afektif
A Wawasan B
Tindakan
Y Kongnitif
37
38. PEMBAWAAN NALURI MANUSIA
Pada asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahaman
bahawa setiap manusia itu sedar dan berupaya membuat
pemilihan-pemilihan sendiri. Manusia itu difahamkan sebagai
satu insan yang penuh dengan kebaikan diri serta mempunyai
keupayaan perkembangan diri yang tidak terhad. Ini memberi
makna bahawa tersemat di dalam diri seorang manusia itu
adanya satu potensi yang boleh dikupas secara mendalam
sekiranya ia dapat sedar akan potensi perkembangan diri
yang terpendam itu.
Kefahaman pendekatan afektif mempunyai pegangan bahawa
seseorang manusia itu adalah unik, tersendiri dalam
kebolehannya membentuk potensi yang terpendam dalam
dirinya. Setiap manusia itu juga kemungkinan bergerak ke
arah hala yang boleh memperkukuhkan dirinya. Keunikan diri
seorang manusia itu memberi erti bahawa ianya mempunyai
pandangan hidup yang berbeza. Perbezaan ini adalah amat
ketara dari aspek perlakuan yang diresapi oleh manusia serta
pandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup.
Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segala aspek
jangkaan seorang manusia terhadap dirinya yang sebenar
dengan harapan yang dikehendakinya.
Perbezaan antara penerimaan terhadap konsep kendiri
yang ideal menyatakan suatu pola hidup dalam memahami
konsep kesejahteraan mengikut pendekatan kaunseling
Pemusatan Perorangan. Pendekatan kaunseling Pemusatan
Perorangan antara satu pendekatan kaunseling yang
berhaluan afektif menumpukan proses kaunseling ke arah
merapatkan jurang di antara konsep kendiri yang sebenar
dengan harapan konsep kendiri yang ideal bagi seorang klien.
Perkembangan dan pertumbuhan kesejahteraan seorang
manusia itu sentiasa beralih di antara dua pola ini .
Kaunseling Pemusatan Perorangan mempunyai kefahaman
bahawa tidak adanya keseimbangan antara ketiga-tiga pola
pengalaman, konsep kendiri yang sebenar dan konsep kendiri
yang ideal inilah yang menghasilkan masalah dalam diri klien.
Penyatuan pola-pola hidup juga mendapat tumpuan
analisis mengikut Kaunseling Gestalt. Namun begitu
pendekatan afektif Kaunseling Gestalt tidak membahagi-
38
39. bahagikan pembawaan hidup seseorang itu kepada ciri-ciri
yang spesifik. Ianya lebih mementingkan konsep penyatuan
dalam diri seorang manusia. Analisis dari segi penyatuan
keseluruhan adalah lebih penting dan dapat memberi
pentafsiran yang lebih jitu bagi memahami pembawaan hidup
seorang manusia itu. Pendekatan kaunseling ini
beranggapan bahawa seorang manusia yang bertingkahlaku
secara mengasing-asingkan pembawaan hidupnya
menghadapi segala macam kerumitan. Pendekatan Gestalt
menumpukan penyatuan seorang manusia itu dari segala
aspek mental, emosi dan tingkahlakunya. Ketiga-tiga ciri ini
tidak boleh dipisahkan. Kesejahteraan itu wujud hasil
daripada tanggungjawab seseorang individu yang bertindak
secara bersatu dalam segala perlakuan, pemikiran dan
kenyataan emosinya.
Pendekatan kaunseling yang menumpukan tingkahlaku
pula kurang mementingkan aspek-aspek emosi yang bergolak
dalam diri seseorang individu. Malahan, mengikut kefahaman
pendekatan ini, individu itu bergerak ke arah suatu
tingkahlaku hasil dari pembelajaran. Aspek-aspek
pembelajaran yang menumpukan konsep-konsep rangsangan
dan gerak balas merupakan gejala yang penting untuk
menghasilkan tingkahlaku bagi seseorang individu. Selain itu,
persekitaran juga membantu mengubah pembelajaran itu.
Kefahaman konsep pembawaan manusia adalah berbeza
di antara pendekatan-pendekatan kaunseling dari lapangan
afektif, tingkahlaku ataupun pemikiran. Mengikut kefahaman
pendekatan pemikiran segala kerumitan yang dialami oleh
seorang individu adalah hasil daripada kesilapan pemikiran.
Kesilapan pemikiran ini berpunca daripada pemikiran yang
tidak rasional. Pendekatan yang menggunakan proses
kaunseling bermirip pemikiran berpendapat bahawa seorang
individu itu mempunyai segala potensi untuk berfikir secara
rasional dan tidak rasional. Pemikiran yang tidak rasional
adalah hasil daripada pengalaman pembelajaran.
Segala pemikiran seorang individu tertakluk kepada
pengalaman-pengalaman serta persepsinya tentang baik
buruk terhadap sesuatu perkara yang sedang dihadapi.
Keputusan untuk bertindak yang dibuat oleh seseorang
individu adalah berpunca daripada hasil pemikiran. Oleh
yang demikian segala pemikiran rasional dan tidak rasional
yang wujud dalam system kepercayaan seorang individu
sudah melalui ciri-ciri pengukuhan dari aspek pembelajaran.
Sudah tentunya bagi seorang yang sentiasa menggunakan
39
40. pemikiran yang tidak rasional, sistem membuat keputusannya
juga pada hakikatnya berpunca daripada sistem pemukiran
yang tidak berkesan. Proses kaunseling mengikut
pendekatan Pemikiran berhasrat untuk memberi kesedaran
kepada klien supaya meneliti system kepercayaan tentang
membuat keputusan berdasarkan kepada system pemikiran
yang baru.
TEORI PSIKOANALISIS
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang
dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia,
Slovakia. Beliau bermula sebagai doktor perubatan dan
bertindak sebagai penyelidik yang menumpukan pemerhatian
kepada kecelaruan saraf. Bidang ini tidak begitu maju dalam
abad yang ke 18
di mana ramai orang semasa zaman tersebut menggunakan
hypnosis sebagai satu kaedah bagi menyelesaikan penyakit
mental. Freud bagaimanapun dipengaruhi oleh kerja-kerja
kaedah yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna,
Austria yang bernama Joseph Breur. Breur telah
menggunakan satu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnya
iaitu menumpukan perbualan tentang sintom-sintom dan
didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Frued mendalami
kajiannya secara persendirian hingga diterbitkan buku “The
Interpretation of Dream (1900) dan seterusnya kajian tentang
analisis kendiri.
Psikoanalisis bolehlah dianggap sebagai satu kaedah bagi
merawati seorang indvidu yang meminta bantuan berkaitan
dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti
fahaman tradisi, psikoanlisis lebih dianggap sesuai merawati
individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan
dan mendalam.
CIRI-CIRI UTAMA DALAM PSIKOANALISIS
Pandangan terhadap pembawaan manusia (Nature of
Man): Dalam pandangannya tentang manusia, Freud
mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang
semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan
ini lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-geri
40
41. manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional,
tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan
dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa
ke arah nasib haluannya.
Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri
kehaiwanan (Animalistic Instincts) dan desakan biologikal.
Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan
kepuasan nafsu kendiri (self gratification). Desakan ini
berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan
dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan
desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu
dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam
masyarakat. Dengan demikian ciri-ciri sosiolisasi akan
berlaku dan sekiranya ini tiada, maka individu akan
berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan
peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila
kesedaran ini berlaku, maka individu dianggap sebagai
bilazim.
PERKEMBANGAN PERSONALITI
Tenaga Psikik. Kefahaman tentang psikonalisi memerlukan
penelitian aspek tenaga psikik yang meliputi konsep (1)
Penentuan Psikik (2) Tahap Bawah Sedar.
Penentuan Psikik. Konsep ini bermaksud bahawa semua
tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab
yang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan
sesama insan. Dalam ertikata lain, ada perkaitan antara
tahap sedar dengan tidak sedar, antara pemikiran yang
rasional dengan tindakan atau gerakan emosi yang serta
merta.
Fahaman tenaga psikik di dalam individu bermaksud
desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konsep
libido ini lebih menyerupakan satu desakan seksual sebagai
tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalam
pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga
seksual kejantinaan yang luas dan tidak bertumpu hanya
kepada maksud seks yang sempit, tetapi merangkumi segala
kepuasan kendiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psikik
adalah desakan agressif atau THANATOS (Kehendak mati).
41
42. Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang
semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan
psikik ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi
bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah
kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal ini lebih
kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalam kaunseling
mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak
adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesai
yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman
psikoanalisa, bagi mengubah haluan proses kaunseling,
kaunselor perlu mengkaji latarbelakang dan sejarah
pengalaman kliennya.
Tahap Kesedaran.
Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis selain
dari Penentuan Psikik. Dalam pemikiran manusia keadaan
sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi
keutamaan tahap kesedaran. Psikianalisis menyatakan
bahawa ada tiga tahap kesedaran :
1. SEDAR (Concious)
2. PRASEDAR (Preconcious)
3. BAWAH SEDAR (Unconcious)
Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-
kerja kaunseling psikoanlisis. Tahap sedar tergolong segala
aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari
oleh individu. Rasa sepi, suka, berlari dan sebagainya.
Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang
boleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai
kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguhpun pada
asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagian
dari tahap sebenar tadi.
Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling
penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat Bawah Sedar
inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan
tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri
semulajadi seperti tenaga psikik.
Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan
yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara
kendiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah
42
43. sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan
daripada kaunselor.
Pada kebiasaannya perasaan pemikiran bawah sedar ini
melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan.
Keadaan ini berlaku kerana individu biasanya beranggapan
ataupun beliau tidak dapat menerimanya sendiri, atau
mempunyai satu persepsi bahawa masyaarakat juga tidak
dapat menerimanya.
Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan
dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi,
fantasi atau khayalan seorang individu. Kesemua ini
merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di
dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap
tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di
antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru
yang lebih menumpukan kepada tingkahlaku semasa yang
dapat dicerap.
Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara
psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedaran
kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian
klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah
sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara
mekanisme bela diri REPPRESSI. Secara repressi, individu
itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk
tingkahlaku yang “tidak sesuai” tetapi kaunselor juga
dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama bagi
cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat diselesaikan.
Caranya :
1). Pendedahan.
2). Meneroka
3). Pentafsiran
Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,
kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah
penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan ialah
kaunselor akan membantu kliennya dengan mendedahkan
sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada
kebiasaannya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas
masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana
wujudnya mekanisme bela diri klien. Klien akan sedaya
upaya menghalang sebab masalah itu didedahkan.
Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka
dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian
komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan
43
44. elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis.
Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami
apakah yang beliau sedang alami di sebalik tahap bawah
sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan
persepsinya terhadap masalah semasa. Apa yang telah
diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah
pendekatan psikoanalisis di mana konsep kaitannya dengan
tahap kesedaran itu sangat rapat.
PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS
Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan
kesannya terhadap perkerkembangan personaliti,
psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia
itu kepada tiga struktur:
1. ID
2. EGO
3. SUPER EGO
ID: Id diandaikan segala gejala yang neutral dalam
pemikiran individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id
seseorang telah wujud sejak ianya dilahirkan. Id dianggap
sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen
yang diwarisi dan sedia ada dalam diri manusia. Id
merupakan gejala yang dibawah sedar dan merupakan satu
tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh
dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan
satu sumber LIBIDO. Tujuaan utama id ialah bagi
mendapatkan kepuasan kendiri secara mendadak (immediate
gratification). Sebab itulah id tidak mempunyai penyatuan
dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai
satu daya tenaga yang beitu primitif, id merupakan penggerak
psikologikal yang tidak perlu dipelajari.
EGO: Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud secara
kelahiran sebaliknya berkembang secara berperingkat dan
bergerak sebagai elemen pada tahap sedar dan penuh
dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh
menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan
ego adalah melalui hubungan secara sosial dan
identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam
sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan kendiri pada
tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam
struktur tingkahlaku dan personaliti individu.
44
45. IDENTIFIKASI: Sebagai satu konsep terapan yang disedari,
identifikasi memainkan peranan yang penting semasa
mengubah haluan tenaga psikik daripada id kepada ego.
Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak kepada situasi
yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau
pertentangan antara id dan super ego. Ego mempunyai dua
cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan.
1. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta
kebolehan tenaga pemikiran
yang nyata atau sebenar. Seterusnya ego boleh bertindak
terhadap tingkahlaku
penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan
sosiolisasi.
2. Ego boleh menggunakan kaedah menentang,
menolak, tipu helah dengan
memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila
kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadaan
ini ternyata sebagai mekanisme beladiri ego. Antara
mekanisme beladiri adalah pendaman, rosotan dan sublimasi.
SUPER EGO: Super ego merupakan struktur ketiga dalam
pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih
menyerupai hati nurani atau “conscience” seseorang individu.
Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan
moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenalpasti daripada
ibubapa mahupun masyarakat. Moral yang demikian
dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu
masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan
penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.
Super ego mengawal id dan ego. Super ego bertindak
seakan-akan ibu bapa seorang individu saling mengingatkan
keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi,
perasaan dan tingkahlaku. Disebalik super ego sentiasa
wujud imej pengawalan.
PERKEMBANGAN PERSONALITI MENGIKUT
PSIKOANALISIS
Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti
mengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut adalah seperti
berikut:
1. Peringkat Oral. Kepuasan yang mula dirasai oleh
seseorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi
dimulutnya. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.
Hampir semua objek akan di bawa kemulut oleh seseorang
bayi. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini
45
46. menyebabkan keadaan lekatan seperti mekanisme bela diri
semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait pasif,
optimis dan ingin mengetahui.
2. Peringkat Anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mula
berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi
pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi.
Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi
melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Teori
psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan
mempengaruhi sahsiahnya apabila meningkat dewasa.
3. Peringkat Falik. Mengikut teori ini, peringkat ini kanak-
kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat
ini juga merupakan permulaan perkembangan kompleks
odepus dan kompleks elektra. Kompleks odepus berlaku
pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik
kepada ibunya. Kartasis kepada penarikan ini juga berlaku
terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran
dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas hati terhadap
sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap
bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak
mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau
bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan
kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seseorang
individu.
4. Peringkat Pendaman. Pada umur lima tahun hingga lima
belas tahun, kehendak seksual terpendam di kalangan
individu. Maka pada peringkat ini bermulalah gejala
penyekatan seksual dalam diri individu. Walau
bagaimanapun peringkat ini juga penuh dengan suasana
menguatkan sifat serta ciri kelelakian atau kewanitaan.
Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan
sesama rakan sama ada dari jantina lelaki ataupun wanita.
5. Peringkat Genital. Sebaik sahaja kanak-kanak
menghampiri baligh, kehendak seksual telah diganti dengan
struktur ego yang mengambilalih semula perkembangan diri.
Pada peringkat ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri
menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego
yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman
yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula
dengan peranan sosiolisasi, perlaksanaaan aktiviti
berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan
persediaan perkahwinanan, berkeluarga dan penetapan
46
47. vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalakan dan bermula
dengan peringkat kedewasaan.
MEKANISME BELA DIRI
Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan
ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu.
Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang
tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego.
Sesoerang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang
segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi
memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia
ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,
seseorang individu akan tanpa disedari menggunakan
mekanisme beladiri bagi menanggani keadaan yang dihadapi.
Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah seperti
berikut:
1. Pendaman.
Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam
struktur personaliti seseorang individu. Pendaman
merupakan pengenepian desakan sebagai satu perwakilan
idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada
desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak
sanggup ditanggani. Kesannya mengakibatkan berlakunya
keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman
yang berterusan akan memakan diri di samping mengaliran
tenaga ego bagi tujuan membela diri.
2. Keresahan.
Keresahan merupakan perasaan takut dalaman. Keresahan
berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit
dan menyakitkan hati. Biasanya keresahan dikaitkan dengan
penderaan. Desakan ini sering diingati dan akan
menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.
3. Rosotan.
Satu proses di mana seseorang individu di dalam keadaan
yang tertekan dan akan mengguna gerak balas yang biasa
dilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya.
Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada
dalam tahap bawah sedarnya. Contohnya, seorang kanak-
kanak yang baru sahaja mendapat seorang adik akan
merosot tingkahlakunya seperti tidak membuang ari secara
47
48. teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalam
keadaan ini, kanak-kanak tersebut akan terasa terancam
dengan kedudukannya yang selamat dalam struktur
kekeluargaan.
4. Pembentukan Reaksi.
Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang
bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan
ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.
Contohnya desakan melakukan kegiatan
“mengotorkan” bertentangan dengan desakan kegiatan
“bersih” yang ada dalam pendaman.
5. Unjuran.
Suatu keadaan di mana seorang individu melepaskan sikap
diri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabila
ego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidak
digemarinya. Contohnya perasaan marah terhadap sesuatu
kegiatan.
6. Introjeksi.
Satu keadan di mana seorang individu menghimpun dalam
dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan
dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting
sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan
superego.
7. Pengenalpastian.
Pengenalpastian merupakan satu proses di mana seorang
individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.
Dalam keadaan demikian, segala tenaga id dialirkan ke arah
proses pembentukan ego. Contohnya, seorang kanak-kanak
akan merujuk tingkahlaku ibubapanya. Beliau akan menyerap
segala ego ideal ibu bapa tersebut juga sebagai idealnya.
Maka di sini akan terbentuk superego bagi kanak-kanak
tersebut.
8. Pindahgantian.
Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga
psikik dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses
kepada satu objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu
bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Pada biasanya
48
49. sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya
emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain.
9. Sublimasi.
Satu bentuk pindah gantian yang berunsur seksual, apabila
desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk
sosial dan berfaedah serta kreatif.
KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS
Pandangan teori ini terhadap manusia yang bermasalah
ialah rasional bagi perubahan. Struktur personaliti yang
dikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagi
seorang kaunselor yang inginkan melaksanakan rawatan
sejajar dengan pendekatan psikoanalisis. Kefahaman tentang
id, ego dan superego dalam diri seseorang insan akan dapat
menentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami oleh
klien. Kaunseling pendekatan ini menumpukan kepada
analisis perimbangan antara id, ego dan superego yang
berlaku dalam diri insan. Mengikut fahaman psikoanalisis,
seseorang individu itu berada dalam kecelaruan mental
kerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superego
dalam dirinya.
Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis
melibatkan interaksi antara kaunselor dan kliennya. Interaksi
secara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjaga
kepentingan proses hormat menghormati antara kaunselor
dan kliennya. Proses ini juga melibatkan perbualan yang
ikhlas antara kedua mereka.
Dalam pendekatan ini juga, kaunselor akan menerima
kliennya secara ikhlas tanpa syarat. Penerimaan tanpa syarat
ini merupakan perkara penting dalam mewujudkan iklim
kaunseling yang teraputik. Walaupun proses psikoanalisis
dianggap sebagai tradisional, namun cara perlaksanaannya
boleh dikemaskinikan. Tidak lagi perlu melayan klien dengan
berbaring di kerusi “cauch” cukuplah sekadar mendengar
masalah mereka di kerusi biasa sahaja.
Dalam proses kaunseling psikoanalis, rintangan perbualan
dan interaksi merupakan perkara pokok yang digunakan oleh
kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah
sedar klien. Bagi kaunselor, kefahaman dan keupayaannya
membuat analisis tentang struktur tahap bawah sedar klien
merupakan punca permulaan bagi merawat klien tersebut.
Desakan id merupakan punca kegelisahan dan penyebab
kecelaruan dalam perimbangan struktur personaliti klien.
49
50. Rintangan dan mekanisme bela diri seseorang individu juga
akan meningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien.
Sehubungan itu desakan id dan rintangan yang berpunca dari
mekanisme bela diri ego seseorang klien mempengaruhi
pemikiran dan emosi klien.
Dalam proses psikoanalisis, kaunselor bertanggungjawab
bagi membantu klien menimbulkan ke tahap kesedaran
segala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedar
kliennya. Proses pemangkin ini akan hanya dapat dijelmakan
melalui teknik yang spesifik dalam kaunseling psikoanalisis.
MATLAMAT KAUNSELING
Setiap proses kaunseling mempunyai matlamatnya yang
tersendiri. Kaunseling pendekatan psikoanalisis ini juga tidak
terkecuali dari kehendak ini. Berasaskan kepada tahap
kesedaran adalah matlamat penting dalam proses kaunseling
pendekatan ini ialah menjelmakan wawasan kepada akal
pemikiran kliennya. Hasil ini akan hanya tercapai apabila
timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang
merangkumi id, ego dan superego.
Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumi
segala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan
kesedaran diri. Wawasan mencakupi keupayaan seorang
individu menyedari kederiaan pemikirannya secara afektif
yang mendalam hingga berupaya mewujudkan suatu
pemilihan yang wajar untuk kebahagiaan dirinya.
Proses perimbangan struktur personaliti ini wajar dilakukan
secara sengaja serta teratur oleh kaunselor. Perlaksanaan
perimbangan ini boleh diuruskan melalui teknik perkaitan
bebas, pentafsiran dan analisis persepsi terutamanya
mekanisme bela diri, pentafsiran dan analisis mimpi.
TEKNIK KAUNSELING
Perkaitan Bebas. Ini adalah merupakan satu teknik yang
berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja yang
terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik
perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini mula
distrukturkan oleh Freud bagi tujuan mengingati semula
pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami klien.
Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang
menggalakkan supaya klein boleh bertindak secara bebas
tentang perkara yang hendak diluahkan. Di sebalik asas
teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu
50
51. memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisme
bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke
tahap sedar pendaman yang lama hingga dapat diluahkan.
Pendaman yang banyak tersimpan menjadi punca tekanan
desakan diri. Sehingga pendaman tersebut dikeluarkan ke
tahap sedar, kecondongan pendaman tersbut tidak boleh
disesuaikan dengan alam realiti.
Tranferens. Digunakan oleh kaunselor bgi memberi
galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnya
bersedia untuk memberi bantuan. Konsep tranferens
meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa
kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau signifikan dalam
pengalaman hidupnya yang lampu. Dalam proses tranferens
seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari
segala tingkahlaku patogeniknya kepada kaunselor. Keadaan
ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menanggani
proses analisis dan pentafsiran mekanisme bela diri klien.
Pentafsiran. Dalam proses kaunseling psikoanalisis,
pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal
kepada diri klien. Tranferens sahaja tidak cukup bagi
menggerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlaku yang
baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisme beladiri
klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang
sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk
menjelmakan satu kartasis atau kelegaan dalaman yang
boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan
segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap
kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini
selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan
bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai
dengan keadaan semasa sealiran dengan klien.
Dalam proses kaunseling psikoanalisis ini berbagai
rintangan mungkin akan timbul dari interaksi klien dan
kaunselor. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor
tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran
mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan
kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidak
semua analisisnya mudah diperakukan oleh klien. Apabila
keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien
mungkin berada dalam keadaan transferens dan
menganggapnya sebagai orang signifikan yang pernah
dialami dalam hidup lampaunya. Ada kalanya rintangan tidak
semestinya berlaku hasil dari proses tranferens.
Kemungkinan rintangan berlaku hasil dari satu syarat
penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor.
51
52. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum
bersedia untuk menyesuaian dirinya dengan keadaan yang
sebenar.
Kaunselor perlu faham bahawa dirinya juga terpengaruh
dengan keadaan pemindahan persepsi minda terhadap
kliennya. Keadaan tanpa disedari ini menggerakkan satu
proses “counter tranferens”. Fokus kaunselor terhadap klien
seolah-olah telah terpisah ke arah klien sebagai seorang yang
biasa didekati dalam pengalaman kaunselor masa lampau.
Kaunselor wajar dapat mengawal keadaan ini dalam dirinya
secara sedar dan cepat kembali kepada alam kaunseling.
TEORI PEMUSATAN PERORANGAN
Teori ini lebih dikenali sebagai Rogerian dan telah dipelopori
oleh
Carl R. Rogers hasil daripada pengaruh “Field Theory”. Teori
ini berbeza daripada Psikoanalisis kerana Rogers telah
mengubah cara menolong di kalangan kaunselor dan
psikiatrist di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1950-an.
Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan
pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dan
kliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan
penerimaan dari kedua pihak boleh menjamin perasaan yang
terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan.
52
53. Konsep perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh
Rogers kerana beliau berpendapat manusia mempunyai
desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa
bergerak ke arah kesejahteraan kendiri. Seseorang individu
juga berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman
yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi
pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya.
Seorang individu dapat mengasingkan hasil dari
pengalaman yang positif dan negatif dalam pertumbuhan
hidupnya. Seorang individu juga boleh menerima atau
menolak pengalaman tersebut dan memberikan erti yang
bermakna dalam pembentukkan konsep kendirinya.
KONSEP KENDIRI
Pembentukan konsep kendiri terhasil daripada persepsi
seseorang individu itu berhubungan dengan pengalaman
positif dan negatifnya. Anggapan yang positif dalam interaksi
dapat diperolehi daripada orang lain. Bagaimana seseorang
diterima oleh orang lain banyak mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri seseorang individu.
Sekiranya syarat-syarat penilaian kendiri yang dialami oleh
seorang individu itu merupakan suatu pengalaman yang
positif, maka ia akan mengalami tanggapan penghargaan
terhadap kendiri yang positif. Sekiranya negatif maka
akibatnya juga akan negatif.
Keperluan kendiri individu juga perlu diambil kira daripada
kehendak desakan organismanya. Sekiranya kehendak
tersebut tidak tercapai, individu tadi akan memendam
pengalaman secara desakan dari organisme dalamannya.
Individu itu akan beranggapan desakan dalamannya tidak
dapat diterima oleh orang lain dan ini seterusnya boleh
menimbulkan konsep kendiri yang negatif.
Dalam diri individu terdapat tenaga interaksi yang
menentukan tingkahlaku seseorang. Individu akan
berinteraksi hasil daripada penerimaan kendirinya dengan
persekitaran.
Kaunseling pusatan klien adalah untuk menyepadukan
semula antara rasa hati organismik yang sebenar yang
dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Perkara-
perkara yang tidak kongruen akan disamakan semula iaitu
menumpukan kepada keseragaman dalam diri individu.
PENERIMAN POSITIF TANPA SYARAT
53