SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 28
Virus Komputer
Michealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, Die
Hard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, Yankee
Doodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukan
nama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama virus
komputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskan
perisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalah
sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam
penjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiak
dengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasa
komputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language).
Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatik
setelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian ini
disebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkiti
fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapat
virus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXE
dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian
berkisar di dalam fail-fail ini.
Jenis-jenis virus
Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta
jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-
jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan
mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus
sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus
Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :
Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang
menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti
fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada
fail .COM tersebut.
Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail
tersebut tidak dapat berfungsi.
Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot
utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain.
Contoh Tequila dan Anticad.
Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail
tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.
virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot
disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan
Stoned.
TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan
menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan.
Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.
Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.
Ciri-ciri virus
Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat
dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1
seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan
yang kecil.
Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara
perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia
mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan
apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki
bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia
tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk
virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.
Akibat virus
Pernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuah
fail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dan
tergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan "boot" semula dengan
menekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan data
dan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu ciri
kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer.
Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu
melakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu merosakkan :
cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama.
perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu
ROM.
memadamkan fail dari cakera keras.
merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.
mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.
Bagaimana ia merebak
Biasanya virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor
boot dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada
komputer lain. Biasanya anak-anak membawa disket rakan mereka untuk
digunakan di rumah dan disket rakan mereka dijangkiti virus. Seterusnya
komputer mereka dirumah dijangkiti kemudian tanpa disedari menyalin kerja
sekolah dari komputer tersebut ke dalam disket dan disket itu digunakan dalam
makmal sekolah. Hasilnya seluruh rangkain komputer sekolah dijangkiti virus.
Mencegah virus
Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu tatacara
pencegahan iaitu periksa disket dengan perisian anti-virus
sebelum menggunakannya. Perisian anti virus yang boleh
digunakan ialah Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Dr Solomon
Anti Virus, F-Prot 2.23, PcCilin 95, Thunderbyte 7.01, F/Win Anti
Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti virus
dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6
bulan. Pengemaskinian ini perlu dilakukan kerana virus akan
berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan. Tiada satu
perisian anti virus yang mampu menghapuskan semua virus
kerana setiap perisian mempunyai kelebihan dan kekurangannya.
Anti virus yang dicadangkan ialah Norton Anti Virus dan Mc Afee
Anti Virus.
Rujukan :
Disini anda boleh mendapatkan perisian anti-virus percuma
untuk DOS & Windows NT
McAfee Anti Virus - Terdapat banyak maklumat mengenai virus
dan menawahkan perisian anti-virus versi penilaian (Evaluation
Version)
Dr. Solomon Anti Virus - Perisian penilainan percuma
F-Prot - Berbagai perisian sedia dimuat turun(download) untuk
pengguna bertafdar sahaja(memerlukan password)
PcCilin 95 - Perisian anti-virus(termasuk Macro virus) percuma
Thunderbyte - Perisian anti-virus versi penilainan percuma
Definisi Virus Komputer
Walaupun perisian cetak rompak
merupakan salah satu diantara jenayah
komputer, mereka cipta virus komputer
juga merupakan salah satu diantara
jenayah kerana ia dianggap menceroboh
atau mengganggu. Virus komputer di
dalam istilah komputer ialah sejenis
program parasit yang tertanam di dalam
salah sebuah perisian atau program.
Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di
kawasan tertentu di dalam disk yang
dinamakan "boot sector". Apabila kita
menjalankan/melarikan perisian yang
dijangkiti virus tersebut atau cuba
mengakses disk yang dijangkiti akan
mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh
diprogramkan untuk melakukan pelbagai
perkara termasuklah menyalin diri mereka
ke dalam program lain, memaparkan
maklumat tertentu di monitor,
memusnahkan fail maklumat atau
memadam kelesuruhan cakera keras "hard
disk".
Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-
masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni
sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada
tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila
pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari
tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala
maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.
Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untuk
membina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputer
lain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila
salah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian
mengenai virus komputer tersebut. Tida
k seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus
komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan.
Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk
mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu
untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat
untuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan
kerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan
Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita
hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian
untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa
komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus
komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan
perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda.
Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah
dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian
yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus
komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua
disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus.
Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian
ini mampu mengesan disk dan perisian yang dipercayai mempunyai virus dan
memusnahkannya
Aktiviti Virus Komputer
Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yang
memasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di
dalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem
operasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah
dijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia
akan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector"
untuk dijangkiti.
Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian antivirus. Lebih baik jika kita
meninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai virus komputer agar memudahkan kita
untuk menghapuskannya kelak. Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakan
orang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya
"unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting.
Perisian antivirus mempunyai beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya.
Kebanyakan perisian antivirus memasangkan program "memory -resident Windows 95
virtual device driver (VxD)" yang akan dilaksanakan secara automatik apabila anda
menghidupkan komputer anda. Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugas
untuk mencari virus. Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidak
memadai.. Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaan
virus dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampu
diperiksa oleh perisian ini.
Perisian Antivirus

Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai
perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi
perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis
perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan
virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis
perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti
auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini
bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus
komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus
yang berada di pasaran dan laporan mengenainya
Dr.Solomon Antivirus Toolkit
Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua
jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi
kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk
mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya
melalui/menggunakan disk.
Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana
mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu
ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang
dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah
badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus
telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah
pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya
menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas
dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia
mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan
oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu
"bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan
virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih
lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
F-Prot Profesional
Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai
pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran
sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail
pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula
"reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan
Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan
antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus
bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau
perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot
adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya
mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak
78 peratus daripada virus yang ditemui.
Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk
mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini
dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah
pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan
satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui
di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti
kepada System Administrator.
IBM Antivirus Version 2.5
Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus.
Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan
IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang
baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang
agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau
bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk
mengesyorkan anda menggunakannya.
IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan
virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan
merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh
dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail
tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal.
Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu
menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri
lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable
emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable
emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi.
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi
ke alamat http://www.av.ibm.com
Diantara perisian antivirus lain yang
boleh didapati ialah seperti
Mcafee Virusscan for windows 95,
Norton Antivirus 2.0 for windows95,
Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga
Thunderbyte Antivirus Utilities.



Menghapuskan virus
Untuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisian
antivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 5.0, McAfee Virusscan
4.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin dan Armour. Anda
hendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskini
untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasa
menuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkan
diri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yang
dilakukan oleh virus CIH. Selain daripada perisian-perisian di atas anda
juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan
ExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web seperti
www.download.com dan www.filemine.com.
Worm.ExploreZip
Virus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan
   oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan
  lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP
 yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti
  komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah
 emel dengan mesej "Got your email. I'll reply ASAP. Until
then, here's the zipped documents.", anda hendaklah terus
                        membuang fail ini.
Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi
       dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini
  menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac
    lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian-
  perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini
     merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan
                        kerosakan besar.
CIH
    Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal
 daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan
   telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh dunia
terutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan
 India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing-
                              hau berusia 24 tahun.
    Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam
 cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang
    terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer
      mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak
   bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah
    menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan
       tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.
BackDoor-G
BackDoor-G adalah sebuah aturcara
Trojan yang dihantar melalui Internet
menerusi spam emel dan ia
dipindahkan dalam format program
“screensaver”. Jika program ini
dijalankan maka komputer itu boleh
dicapai dan dicerobohi oleh pengguna
yang tidak dibenarkan. BackDoor-G
akan menjangkiti komputer yang
menggunakan Windows dan ia tidak
boleh dikesan oleh pengguna.
Aturcara ini juga mampu menukar
nama failnya dan bersembunyi
daripada pengesanan perisian
antivirus.
Pretty Park
Pretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus itu
akan bercantum kepada koleksi alamat dalam fail
Microsoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumat
seperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat penting
yang lain mengenai komputer pengguna itu dan
dihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.
Komputer Menjadi Perlahan. Pada
kebiasannya, komputer yang dijangkiti
  virus akan menjadi perlahan kerana
 virus sedang berjalan seiring dengan
sistem pengoperasian dan ia berada di
 dalam ingatan komputer. Disamping
    itu, komputer anda juga menjadi
      perlahan kerana virus sedang
   melakukan tugas kotornya seperti
   mengganggu komputer anda dari
      berfungsi seperti sepatutnya.
Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh
Dipasang. Terdapat sesetengah virus yang
     akan menghalang anda daripada
memasang perisian baru. Contohnya virus
 yang menghalang anda dari memasang
            perisian antivirus.
Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat
  virus yang mengawal fungsi pencetak
   dengan mematikan fungsi cetak. Ini
menyebabkan anda gagal untuk mencetak
           sebarang dokumen.
Folder Option Hilang. Folder option
     digunakan untuk melihat atau
  menetapkan sifat sesuatu fail. Virus
boleh menghilangkan diri mereka dan
    tidak membenarkan anda untuk
      melihat mereka dengan cara
 menghilangkan fungsi folder option.
  Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
   Registry editor digunakan untuk
     mengubah penetapan di dalam
komputer anda. Dengan menggunakan
   registry, anda boleh menghalang
  sesiapa untuk memasuki rangkaian
 komputer anda, mengubah polisi dan
              sebagainya.
Proses Start Up Menjadi Perlahan.
  Proses start up adalah proses yang
 dijalankan setiap kali komputer anda
  dihidupkan. Semakin banyak proses
     yang perlu dijalankan, semakin
 perlahan komputer anda. Kebiasaanya
   komputer mengambil kesempatan
  dengan menjalankan kod virus pada
       setiap kami proses start up.
   Task Manager Tidak Boleh Dibuka.
   Task manager biasanya digunakan
  untuk melihat perisian atau tugasan
      yang sedang dijalankan oleh
    komputer. Virus akan mematikan
fungsi task manager supaya anda tidak
   boleh melihat proses yang sedang
              virus lakukan.
Virus komputer
Apakah virus komputer?
•Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh
mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa
kebenaran atau pengetahuan pengguna.

cara virus berjangkit
•Melalui rangkaian internet dan komputer
Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak
diketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turun
berisiko diserang virus.
Email juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus di
dalam komputer.
•Melalui disk media
Penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang
telah diserang virus akan menyebabkan virus menyelinap masuk ke
dalam disket bersama-sama data tersebut.
Oleh yang demikian disket tersebut telah diserang virus dan
penggunaan disket tersebut terhadap komputer lain akan
menyebabkan komputer itu diserang virus.
cara melindungi komputer dari diserang virus
•Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer.
•Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yang
dicurigai keselamatannya.
•Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti disket, usb flash
drive, memory stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelum
menggunakannya.



Tanda-tanda komputer diserang virus.
•Operasi sistem komputer menjadi perlahan
•Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan
•Jumlah sektor yang rosak bertambah
•Ruang memori berkurang dengan cepat
•Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak
•Mesej pelik dipaparkan
•Fail-fail tiba-tiba hilang
•Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh
•Atribut fail bertukar
•Semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus
Lindungi Komputer Anda dari Spyware
Spyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalam
keadaan tidak dapat dilihat dan maklumat yang dikumpul
tentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut.
Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan dan
kesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware,
dan sebagainya. Kesan terhadap serangan Spyware adalah
seperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulan
katalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponen
Windows.
Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spyware
ialah mengelakannya. Elakkan dari memasang perisian
Spyware pada komputer anda, sekiranya anda telah
memasangnya, Spyware sukar untuk di buang, dan Spyware
akan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumber
Spyware ialah Active X/Install For the Web dan add-ons untuk
program-program lain.
Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-laman
web yang menawarkan perisian untuk dipasang ke komputer
anda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well-
known, reputable vendors seperti Macromedia Flash atau Sun
Java, elakkan dari memasang program ini. Install For the Web
spyware installer seperti gambar dibawah:-
Apakah anti virus?
•Anti virus merupakan perisian yang mengenal pasti data yang telah
diserang virus komputer.
•Penggunaan anti virus di dalam komputer akan meminimakan risiko
komputer diserang virus.
•Terdapat pelbagai perisian anti virus yang terdapat sekarang seperti
Norton Symantec, AntiVir, NOD32, Panda dsb.


Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputer
saya di dalam keselamatan?

Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatan
mudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hacking
attack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputer
yang mempunyai sistem yang mudah diserang.
Pemasangan Virus Scanner dan Pengemaskini (Update)

Sekiranya komputer anda tidak mempunyai program antivirus atau
lesen untuk mengemaskini program antivirus anda tidak lama, anda
boleh memuat turun program virus Avira AntiVir dari laman portal
anda.
Pastikan virus definitions anda telah dikemaskini. Virus definition
untuk Avira Antivir akan terpapar pada tetingkap utama seperti yang
ditunjuk di bawah. Kerana hampir setiap hari virus-virus baru akan
keluar menyerang, jika Virus Definition anda sudah terlalu lama dan
tidak dikemaskinikan, program antivirus tidak dapat digunakan lagi.
Anda boleh mengemaskinikan Virus Definition dengan cara klik pada
Start update.
Anda boleh mengetahui jenis-jenis virus dan malware dengan klik
pada menu Help, kemudian klik Content. Anda akan dapati tajuk
”Virus and more” dan disitu terdapat penerangan mengenai virus dan
malware termasuk aktiviti yang mereka lakukan semasa menyerang
komputer.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSKumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSwebkvks2015
 
Sistem pengoperasian
Sistem pengoperasianSistem pengoperasian
Sistem pengoperasianHarries Har
 
Komputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaKomputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaHoods Comel
 
LA1 ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance)
LA1    ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance) LA1    ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance)
LA1 ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance) Shahril Majid
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Computer system maintenance management
Computer system maintenance managementComputer system maintenance management
Computer system maintenance managementShahril Majid
 
sistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatansistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatanictpermas
 
User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)diddy98
 
Keselamatan pemasangan komputer
Keselamatan pemasangan komputerKeselamatan pemasangan komputer
Keselamatan pemasangan komputerarah1506
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektroniksaifuladlihjyusoff
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanlindasobri
 
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricih
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin RicihAutomasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricih
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricihalizaridwan
 

Was ist angesagt? (20)

Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OSKumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
Kumpulan 1: Jenis-jenis Pelayan dan Pelayan OS
 
Sistem pengoperasian
Sistem pengoperasianSistem pengoperasian
Sistem pengoperasian
 
Masalah komputer
Masalah komputerMasalah komputer
Masalah komputer
 
Komputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinyaKomputer dan fungsinya
Komputer dan fungsinya
 
LA1 ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance)
LA1    ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance) LA1    ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance)
LA1 ANALYZE SERVER MAINTENANCE JOB ORDER (Server Maintenance)
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Computer system maintenance management
Computer system maintenance managementComputer system maintenance management
Computer system maintenance management
 
sistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatansistem unit, cpu & ingatan
sistem unit, cpu & ingatan
 
User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)User Acceptance Test (UAT)
User Acceptance Test (UAT)
 
Server form factor
Server form factorServer form factor
Server form factor
 
Keselamatan pemasangan komputer
Keselamatan pemasangan komputerKeselamatan pemasangan komputer
Keselamatan pemasangan komputer
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
Coaxial Cable
Coaxial CableCoaxial Cable
Coaxial Cable
 
Disk defragmenter
Disk defragmenterDisk defragmenter
Disk defragmenter
 
modul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdfmodul kursus kepimpinan.pdf
modul kursus kepimpinan.pdf
 
Bab 1 osi
Bab 1 osiBab 1 osi
Bab 1 osi
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer1.3 ancaman komputer
1.3 ancaman komputer
 
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricih
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin RicihAutomasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricih
Automasi Pejabat (BKP 103) - Mesin Ricih
 

Andere mochten auch

virus ( trojan horse and salami attack )
virus ( trojan horse and salami attack )virus ( trojan horse and salami attack )
virus ( trojan horse and salami attack )qee yangan
 
Arjen vinkit tietokoneen käyttöön
Arjen vinkit tietokoneen käyttöönArjen vinkit tietokoneen käyttöön
Arjen vinkit tietokoneen käyttöönMari Varonen
 
10 Tanda Komputer Kena Virus
10 Tanda Komputer Kena Virus10 Tanda Komputer Kena Virus
10 Tanda Komputer Kena Virusbadar masbadar
 
Sejarah virus komputer
Sejarah virus komputerSejarah virus komputer
Sejarah virus komputerramasatriaf
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputeramaniasraf
 
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentation
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentationANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentation
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentationabhijit chintamani
 

Andere mochten auch (9)

virus ( trojan horse and salami attack )
virus ( trojan horse and salami attack )virus ( trojan horse and salami attack )
virus ( trojan horse and salami attack )
 
Arjen vinkit tietokoneen käyttöön
Arjen vinkit tietokoneen käyttöönArjen vinkit tietokoneen käyttöön
Arjen vinkit tietokoneen käyttöön
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
10 Tanda Komputer Kena Virus
10 Tanda Komputer Kena Virus10 Tanda Komputer Kena Virus
10 Tanda Komputer Kena Virus
 
Apa itu malware
Apa itu malwareApa itu malware
Apa itu malware
 
1385
13851385
1385
 
Sejarah virus komputer
Sejarah virus komputerSejarah virus komputer
Sejarah virus komputer
 
Keselamatan Komputer
Keselamatan KomputerKeselamatan Komputer
Keselamatan Komputer
 
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentation
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentationANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentation
ANTIVIRUS AND VIRUS Powerpoint presentation
 

Ähnlich wie virus

NOTA VIRUS KOMPUTER.docx
NOTA VIRUS KOMPUTER.docxNOTA VIRUS KOMPUTER.docx
NOTA VIRUS KOMPUTER.docxMaxzPaynez
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputerMOHANASELVAN
 
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betulJoudrey Joel
 
6 prosedur keselamatan komputer
6 prosedur keselamatan komputer 6 prosedur keselamatan komputer
6 prosedur keselamatan komputer Joudrey Joel
 

Ähnlich wie virus (8)

Virus
VirusVirus
Virus
 
NOTA VIRUS KOMPUTER.docx
NOTA VIRUS KOMPUTER.docxNOTA VIRUS KOMPUTER.docx
NOTA VIRUS KOMPUTER.docx
 
Asas perisian komputer
Asas perisian komputerAsas perisian komputer
Asas perisian komputer
 
Program utiliti
Program utilitiProgram utiliti
Program utiliti
 
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul
1.3.3.2 Menggunakan prosedur keselamatan komputer yang betul
 
Solve shotcut folder
Solve shotcut folderSolve shotcut folder
Solve shotcut folder
 
6 prosedur keselamatan komputer
6 prosedur keselamatan komputer 6 prosedur keselamatan komputer
6 prosedur keselamatan komputer
 
TUGASAN 3
TUGASAN 3TUGASAN 3
TUGASAN 3
 

Mehr von Tinagaran Magisparan (20)

Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
 
Gerko
GerkoGerko
Gerko
 
Gerko badminton memanaskan badan
Gerko badminton memanaskan badanGerko badminton memanaskan badan
Gerko badminton memanaskan badan
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 
Set theory
Set theorySet theory
Set theory
 
Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikirKemahiran berfikir
Kemahiran berfikir
 
Kbkk assigment
Kbkk assigment Kbkk assigment
Kbkk assigment
 
Kbkk assigment
Kbkk assigmentKbkk assigment
Kbkk assigment
 
Kertas kerja tina
Kertas kerja tinaKertas kerja tina
Kertas kerja tina
 
basic math
basic mathbasic math
basic math
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
MT2313P5
MT2313P5MT2313P5
MT2313P5
 
MT2313P5
MT2313P5MT2313P5
MT2313P5
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
Non routine
Non routineNon routine
Non routine
 
Wesak day
Wesak dayWesak day
Wesak day
 
Thaipusam
ThaipusamThaipusam
Thaipusam
 
Deepavali
DeepavaliDeepavali
Deepavali
 
Christmas
ChristmasChristmas
Christmas
 

Kürzlich hochgeladen

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

virus

  • 1. Virus Komputer Michealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, Die Hard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, Yankee Doodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukan nama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama virus komputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalah sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiak dengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasa komputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language). Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatik setelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian ini disebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkiti fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapat virus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXE dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian berkisar di dalam fail-fail ini.
  • 2. Jenis-jenis virus Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis- jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut : Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada fail .COM tersebut. Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi. Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain. Contoh Tequila dan Anticad. Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II. virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan Stoned. TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan. Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar. Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.
  • 3. Ciri-ciri virus Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1 seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil. Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat. Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain. Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.
  • 4. Akibat virus Pernahkah komputer anda berhenti berfungsi setelah anda menyalin sebuah fail ke dalam cakera keras anda? Pernahkah komputer anda berbunyi dan tergantung (terhenti) dan anda tidak dapat menjalankan "boot" semula dengan menekan kekunci Ctrl-Alt-Del? Pernahkah cakera keras anda kehilangan data dan semua isi cakera keras itu hilang atau terpadam? Ini hanyalah satu ciri kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer. Kerosakan yang dilakukan oleh virus tiada hadnya kerana ia mampu melakukan apa sahaja kepada komputer. Virus mampu merosakkan : cakera keras dengan merosakkan rekod boot utama. perkakasan seperti monitor, papan kekunci dan tetikus dengan mengganggu ROM. memadamkan fail dari cakera keras. merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras. mengubah aturcara dengan memberikan laluan kepada penceroboh.
  • 5. Bagaimana ia merebak Biasanya virus merebak melalui perisian di mana ia akan menduduki sektor boot dalam disket dan merebak jika disket yang serupa digunakan pada komputer lain. Biasanya anak-anak membawa disket rakan mereka untuk digunakan di rumah dan disket rakan mereka dijangkiti virus. Seterusnya komputer mereka dirumah dijangkiti kemudian tanpa disedari menyalin kerja sekolah dari komputer tersebut ke dalam disket dan disket itu digunakan dalam makmal sekolah. Hasilnya seluruh rangkain komputer sekolah dijangkiti virus.
  • 6. Mencegah virus Virus boleh dihalang dengan mengadakan satu tatacara pencegahan iaitu periksa disket dengan perisian anti-virus sebelum menggunakannya. Perisian anti virus yang boleh digunakan ialah Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Dr Solomon Anti Virus, F-Prot 2.23, PcCilin 95, Thunderbyte 7.01, F/Win Anti Virus, Virus Alert dan AVP Lite. Biasanya perisian anti virus dikemaskini samada setiap bulan, setiap 3 bulan dan setiap 6 bulan. Pengemaskinian ini perlu dilakukan kerana virus akan berubah dan virus baru akan muncul setiap bulan. Tiada satu perisian anti virus yang mampu menghapuskan semua virus kerana setiap perisian mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Anti virus yang dicadangkan ialah Norton Anti Virus dan Mc Afee Anti Virus. Rujukan : Disini anda boleh mendapatkan perisian anti-virus percuma untuk DOS & Windows NT McAfee Anti Virus - Terdapat banyak maklumat mengenai virus dan menawahkan perisian anti-virus versi penilaian (Evaluation Version) Dr. Solomon Anti Virus - Perisian penilainan percuma F-Prot - Berbagai perisian sedia dimuat turun(download) untuk pengguna bertafdar sahaja(memerlukan password) PcCilin 95 - Perisian anti-virus(termasuk Macro virus) percuma Thunderbyte - Perisian anti-virus versi penilainan percuma
  • 7. Definisi Virus Komputer Walaupun perisian cetak rompak merupakan salah satu diantara jenayah komputer, mereka cipta virus komputer juga merupakan salah satu diantara jenayah kerana ia dianggap menceroboh atau mengganggu. Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".
  • 8. Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa- masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut. Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untuk membina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputer lain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila salah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian mengenai virus komputer tersebut. Tida k seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan kerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan
  • 9. Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda. Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus. Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang dipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya
  • 10. Aktiviti Virus Komputer Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yang memasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di dalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem operasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah dijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia akan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector" untuk dijangkiti. Sebelum kita meninjau lebih jauh mengenai perisian antivirus. Lebih baik jika kita meninjau dengan lebih terperinci lagi mengenai virus komputer agar memudahkan kita untuk menghapuskannya kelak. Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya "unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting. Perisian antivirus mempunyai beberapa kaedah atau cara untuk mengatasinya. Kebanyakan perisian antivirus memasangkan program "memory -resident Windows 95 virtual device driver (VxD)" yang akan dilaksanakan secara automatik apabila anda menghidupkan komputer anda. Ia akan sentiasa berada di latar belakang anda bertugas untuk mencari virus. Jika kita hanya menggunakan pengimbas sahaja itu adalah tidak memadai.. Disamping itu, kita juga boleh menetapkan satu jadual agar pemeriksaan virus dilakukan dengan lebih kerap lagi. Fail yang telah dimampatkan juga mampu diperiksa oleh perisian ini.
  • 11. Perisian Antivirus Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya
  • 12. Dr.Solomon Antivirus Toolkit Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk. Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
  • 13. F-Prot Profesional Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula "reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang ditemui. Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System Administrator.
  • 14. IBM Antivirus Version 2.5 Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya. IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat http://www.av.ibm.com
  • 15. Diantara perisian antivirus lain yang boleh didapati ialah seperti Mcafee Virusscan for windows 95, Norton Antivirus 2.0 for windows95, Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga Thunderbyte Antivirus Utilities. Menghapuskan virus Untuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisian antivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 5.0, McAfee Virusscan 4.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin dan Armour. Anda hendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskini untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasa menuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkan diri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yang dilakukan oleh virus CIH. Selain daripada perisian-perisian di atas anda juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan ExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web seperti www.download.com dan www.filemine.com.
  • 16. Worm.ExploreZip Virus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah emel dengan mesej "Got your email. I'll reply ASAP. Until then, here's the zipped documents.", anda hendaklah terus membuang fail ini. Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian- perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan kerosakan besar.
  • 17. CIH Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh dunia terutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing- hau berusia 24 tahun. Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.
  • 18. BackDoor-G BackDoor-G adalah sebuah aturcara Trojan yang dihantar melalui Internet menerusi spam emel dan ia dipindahkan dalam format program “screensaver”. Jika program ini dijalankan maka komputer itu boleh dicapai dan dicerobohi oleh pengguna yang tidak dibenarkan. BackDoor-G akan menjangkiti komputer yang menggunakan Windows dan ia tidak boleh dikesan oleh pengguna. Aturcara ini juga mampu menukar nama failnya dan bersembunyi daripada pengesanan perisian antivirus.
  • 19. Pretty Park Pretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus itu akan bercantum kepada koleksi alamat dalam fail Microsoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumat seperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat penting yang lain mengenai komputer pengguna itu dan dihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.
  • 20. Komputer Menjadi Perlahan. Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.
  • 21. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang. Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus. Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.
  • 22. Folder Option Hilang. Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka. Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya.
  • 23. Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.
  • 24. Virus komputer Apakah virus komputer? •Virus komputer adalah satu program komputer yang boleh mereplikasi sendiri dan menjangkiti sesebuah komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna. cara virus berjangkit •Melalui rangkaian internet dan komputer Kebolehan memuat turun pelbagai data dari laman web yang tidak diketahui keselamatannya, membolehkan data yang dimuat turun berisiko diserang virus. Email juga merupakan medium utama dalam pembiakan virus di dalam komputer. •Melalui disk media Penggunaan disket untuk perkongsian data terhadap komputer yang telah diserang virus akan menyebabkan virus menyelinap masuk ke dalam disket bersama-sama data tersebut. Oleh yang demikian disket tersebut telah diserang virus dan penggunaan disket tersebut terhadap komputer lain akan menyebabkan komputer itu diserang virus.
  • 25. cara melindungi komputer dari diserang virus •Memasukkan perisian anti virus di dalam komputer. •Mengelakkan diri dari membuka atau melaksanakan email yang dicurigai keselamatannya. •Memeriksa (scan) peranti simpanan data seperti disket, usb flash drive, memory stick dan sebagainya terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tanda-tanda komputer diserang virus. •Operasi sistem komputer menjadi perlahan •Aturcara biasa mengambil masa yang lama untuk dimulakan •Jumlah sektor yang rosak bertambah •Ruang memori berkurang dengan cepat •Aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak •Mesej pelik dipaparkan •Fail-fail tiba-tiba hilang •Fail-fail digantikan dengan kandungan aneh •Atribut fail bertukar •Semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus
  • 26. Lindungi Komputer Anda dari Spyware Spyware ialah sejenis program virus yang biasa berada dalam keadaan tidak dapat dilihat dan maklumat yang dikumpul tentang pengguna yang menggunakan komputer tersebut. Terdapat beberapa jenis perisian yang biasa digunakan dan kesan yang sinonim dengan Spyware ialah Adware, Malware, dan sebagainya. Kesan terhadap serangan Spyware adalah seperti kelajuan komputer semakin berkurangan, pengumpulan katalaluan dan nombor kad kredit serta kerosakan komponen Windows. Cara terbaik untuk melindungi komputer anda dari Spyware ialah mengelakannya. Elakkan dari memasang perisian Spyware pada komputer anda, sekiranya anda telah memasangnya, Spyware sukar untuk di buang, dan Spyware akan merosakkan komponen-komponen Windows. Dua sumber Spyware ialah Active X/Install For the Web dan add-ons untuk program-program lain. Install For the Web ialah perkhidmatan yang mana laman-laman web yang menawarkan perisian untuk dipasang ke komputer anda secara automatik. Jika tidak program ini ditulis oleh well- known, reputable vendors seperti Macromedia Flash atau Sun Java, elakkan dari memasang program ini. Install For the Web spyware installer seperti gambar dibawah:-
  • 27. Apakah anti virus? •Anti virus merupakan perisian yang mengenal pasti data yang telah diserang virus komputer. •Penggunaan anti virus di dalam komputer akan meminimakan risiko komputer diserang virus. •Terdapat pelbagai perisian anti virus yang terdapat sekarang seperti Norton Symantec, AntiVir, NOD32, Panda dsb. Apakah akan terjadi jika saya tidak meletakkan komputer saya di dalam keselamatan? Komputer yang tidak di pasang dengan sistem keselamatan mudah diserang. Biasanya ialah mengautomasikan hacking attack yang dipanggil worm. Worm boleh memasuki komputer yang mempunyai sistem yang mudah diserang.
  • 28. Pemasangan Virus Scanner dan Pengemaskini (Update) Sekiranya komputer anda tidak mempunyai program antivirus atau lesen untuk mengemaskini program antivirus anda tidak lama, anda boleh memuat turun program virus Avira AntiVir dari laman portal anda. Pastikan virus definitions anda telah dikemaskini. Virus definition untuk Avira Antivir akan terpapar pada tetingkap utama seperti yang ditunjuk di bawah. Kerana hampir setiap hari virus-virus baru akan keluar menyerang, jika Virus Definition anda sudah terlalu lama dan tidak dikemaskinikan, program antivirus tidak dapat digunakan lagi. Anda boleh mengemaskinikan Virus Definition dengan cara klik pada Start update. Anda boleh mengetahui jenis-jenis virus dan malware dengan klik pada menu Help, kemudian klik Content. Anda akan dapati tajuk ”Virus and more” dan disitu terdapat penerangan mengenai virus dan malware termasuk aktiviti yang mereka lakukan semasa menyerang komputer.