Sains sosial adalah kajian ilmiah terhadap fenomena sosial manusia dengan menggunakan metodologi saintifik. Sains sosial muncul akibat interaksi kompleks antara manusia yang menimbulkan masalah sosial. Dokumen ini menjelaskan sejarah perkembangan sains sosial, pendekatan kajian, dan teori-teori utama seperti strukturalisme dan fungsionalisme.
2. PENGENALAN
• Ilmu adalah suatu keperluan dalam kehidupan manusia.
• Ini kerana darjat & martabat manusia itu diukur berdasarkan tahap pengetahuan yang mereka
kuasai.
• Justeru bagi mengangkat diri maka manusia perlu menguasai ilmu yang ada dipersekitaran
mereka.
3. SAMB…
• Secara umumnya ilmu oleh diperolehi melalui 2 kaedah:
• Kaedah Formal
• Proses pembelajaran dengan kurikulum tertentu spt di sekolah dsb.
• Kaedah Tidak Formal
• Proses pembelajaran tanpa ada kurikulum spt pembacaan, pergaulan dsb.
4. PEMBAHAGIAN ILMU
• Umum membahagikan ilmu kepada 2 bahagian:
• Ilmu Sains
• Ilmu yang menggunakan kaedah kajian secara saintifik bagi menerangkan sebab
musabab sesuatu perkara itu berlaku.
• Ilmu Kemanusiaan
• Ilmu yang melibatkan nilai kejiwaan dan nilai estetika dalam diri manusia
5. PEMBAHAGIAN ILMU SAINS
• Ilmu sains pula dibahagikan kepada 2 kumpulan:
• Sains Tulen
• Kajian tentang fisiologi keidupan & alam semulajadi spt struktur tubuh
badan manusia, kajian saraf dsb.
• Sains Sosial
• Kajian tentang fenomena & isu yang berlaku ke atas diri dan kelompok
manusia spt kemiskinan, pengangguran, keciciran dsb.
• Namun kedua-dua ilmu ini menggunakan kaedah
SAINTIFIK & SISTEMATIK bagi membuktikan kesahihan
kajian yang dilakukan.
6. APA ITU SAINS SOSIAL?
• Sains Sosial – kelompok ilmu yang mengkaji fenomena sosial
(hubungan) manusia dengan menggunakan metodologi kajian
secara saintifik & sistematik.
• Ia wujud akibat dari hubungan & interaksi manusia yang berlaku
secara kompleks.
• Ini menyebabkan timbulnya fenomena (masalah) sosial manusia
• Dan fenomena inilah yang dikaji mengikut disiplin sains sosial
dengan menggunakan kaedah yang saintifik & sistematik
7. SAMB…
• Kaedah saintifik & sistematik dalam kajian sains sosial merangkumi 2 komponen utama:
• Penemuan pola (corak) tertentu sebagai sebahagian bukti bagi menentukan objektif
kajian
• Penghasilan generalisasi sebagai andaian umum tentang wujudnya sesuatu isu atau
fenomena.
8. KAJIAN SOSIAL & KAEDAH SAINTIFIK
• Kajian sains sosial dianggap mempunyai AUTORITI ia dijalankan secara saintifik dengan
menggunakan data-data empirik.
• Ia juga sebagai alternatif dalam mengubah tanggapan pemikiran manusia yang terlalu
bergantung kepada ilmu kemanusiaan (ilmu teologi & ilmu falsafah) semasa Zaman Gelap
(dark age) Eropah.
9. FENOMENA SOSIAL & FENOMENA FIZIKAL
• Fenomena Sosial juga disebut masalah sosial spt penagihan
dadah, diskriminasi, jenayah, penceraian, kemiskinan dsb.
• Terdapat banyak punca yang menyumbang pada terjadinya
fenomena sosial
• Ia bergabung untuk menimbulkan satu fenomena sosial yang
sama.
• Pelbagai faktor ini telah menyebabkan ia agak sukar untuk
menentukan punca utama yang menyebabkan terjadinya sesuatu
fenomena.
• Cth: Penagihan Dadah di Kalangan Remaja
10. SAMB…
• Fenomena fizikal jelas mempunyai sebab musabab
(cause & effect) sesuatu isu/kes itu berlaku.
• Ia dikaji dengan menggunakan peralatan ukuran tepat.
• Kaedah penyelesaiannya adalah lebih mudah
• Cth: Faktor Utama Kemalangan Jalanraya Adalah Kerana
Tayar Tidak Memenuhi Spesifikasi Yang Telah Diteptakan
Oleh SIRIM
11. SAMB..
• Ia akan saling berkaitan di antara satu sama lain
• Ia membantu menghasilkan ilmu generik bersifat gunaan
(applied) yang saling melengkapi di antara satu salain.
• Terdapat beberapa ilmu utama dalam disiplin sains
sosial:
• Antropologi , Ekonomi , Geografi , Psikologi
• Politik , Sejarah , Sosiologi
12. DISIPLIN SAINS SOSIAL
• Umum telah menentukan disiplin utama Sains Sosial ialah mengkaji manusia
dalam konteks sosial mereka.
• Namun ia berbeza mengikut pecahan disiplin ilmu itu sendiri:
• Ilmu itu luas & manusia tidak berupaya menguasi semua ilmu & ia perlu
dikhususkan mengikut bidang yang tertentu.
• Ilmu akan semakin bertambah setiap hari. Maka ia perlu kepada sub-
bidang untuk memudahkan manusia mempelajarinya.
• Setiap bidang itu mempunyai fokus & kepentingan yang berbeza. Minat
akan mendorong manusia untuk meningkatkan tahap kefahaman terhadap
sesuatu bidang ilmu.
13. PENDEKATAN KAJIAN SAINS SOSIAL
• Wujud 2 pendekatan untuk mengkaji sains sosial.
• Kualitatif
• Kajian berasaskan fakta &analisis kepustakaan
• Lebih subjektif
• Kuantitatif
• Kajian berasaskan angka.
• Menggunakan statistik & eksperimen
14. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL
• Sejarah ilmu mengalami 2 pertembungan hebat
• Ia disebabkan salah faham manusia terhadap nilai yang
wujud dalam ilmu
• Pertamanya ilmu agama yang hanya terangkum dalam
pemikiran ‘religious’ yang sempit.
• Keduanya ilmu rasional yang menolak salam sekali
pandangan agama kerana ia berasaskan logika fikiran
manusia.
15. ILMU ZAMAN YUNANI & GREEK
• Peringkat awal ilmu manusia wujud pd zaman Greek & Yunani
• Zaman ini ilmu diasaskan oleh sifat rasional yang digabungkan dengan nilai falsafah.
• Ilmu dicerna oleh akal dengan memikirkan punca kejadian alam & fenmena yang berlaku
berasaskan logika & praktikal.
• Namun ia belum mencapai tahap saintifik
16. SAMB…
• Tokoh pd zaman ini ialah:
• Aristotle (384-322 S.M.)
• Banyak menulis ilmu berasaskan pemerhatian empirik yang
menekankan ‘pembuktian’ dalam pemerhatian beliau.
• Megunakan kaedah Penakkulan induktif (memerhati perisiwa &
membuat generalisasi
• Menjelaskan bahawan ilmu itu perlu dofahami dalam konteks
epistemoloigi (falsafah) terlebih dahulu.
• Tokoh lain ialah Plato (428-348 S.M.) dan Socrates (470-399
S.M.)
17. ZAMAN PERTENGAHAN
• Bermula 476-1453 M dengan penguasaan golongan agama (Kristian) ke atas institusi ilmu.
• Ilmu rasional (logika) disekat kerana mereka mempercayai bahawa segala fenomena
(peristiwa) yang berlaku adalah ‘takdir’ yang perlu diterima tanpa perlu memikikan sebab
musabab ia berlaku.
18. SAMB…
• Telah berlaku paradigma pemikiran di antara gol. Agama
dengan gol. Rasionalis dalam menentukan fenomena
sesuatu kejadian.
• Tokoh pd zaman ini:
• Galileo Galilei (1564-1642 M)
• Mengemukakan idea melalui Teori Copernicus yang meletakkan
matahari di pusat cakrawala.
• Beliau dituduh sebagai pengamali ajaran sesat (heresy).
• Beliau telah menarik balik idea tersebut dan ‘bertaubat’ kerana
melanggar ajaran agama
19. ZAMAN RENAISSANCE
• Renaissance bermaksud Kelahiran Semula
• Zaman ini dianggap penting dalam mengembangkan
institusi ilmu berasaskan logika & rasional.
• Bermula 1453-1690 M hasil penguasaan semula ilmu
oleh para sarjana.
• Ilmu mula dipecahkan kepada 3 bahagian
• Ilmu fizik
• Ilmu metafizik
• Ilmu kemanusiaan
20. ZAMAN ENLIGHTENMENT
• Ia bermaksud zaman Pencerahan setelah pudarnya pengaruh gereja dalam masyarakat
Eropah.
• Bermula 1650-1700 M dan lebih dikenali sebagai The Age of Reason.
• Sains diterokai secara meluas dan dikaji secara saintifik (bersistem)
21. SAMB…
• Ia mengalami 2 perubahan dimensi
• Perkembangan pemikiran saintifik
• Refleksi Revolusi Indusri (1750-an) telah melonjak sains fizikal apabila terciptanya
peralatan baru spt James Watts (1769M) enjin wap, James Hargreaves (1765M)
mesin tenunan ‘Spinning Jenny’ dll.
• Perkembangan alat cipta ini telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu
lain spt ekonomi, sosial, politik dsb.
22. SAMB…
• Perubahan sosial masyarakat
• Ia berlaku secara tidak langsung akibat dr revolusi alat cipta zaman tersebut.
• Kesannya juga dirasai dalam konteks ilmu ekonomi, politik, sosial dsb.
• Tranformasi berlaku dr masyarakat tradisional yang berasaskan tanaman kepada
masyarakat industri yang banyak menggunakan mesin.
• Hasilnya muncul pelbagai masalah sosial masyarakat yang berpunca dr sikap
manusia yang terlalu mengajar perubahan dalam hidup.
23. TEORI & PENDEKATAN SAINS SOSIAL
• Sains Sosial mempunyai pelbagai teori & pendekatan yang berfungsi memberi penjelasan
saintifik terhadap fenomena sosial.
• Ia terbina sejak abad ke 19 M secara umum bagi menyatukan disiplin sains sosial yang
berbeza di bawah gagasan ilmu kemanusiaan
24. PERANAN TEORI DALAM SAINS SOSIAL
• Dalam sains sosial TEORI mempunyai peranan tersendiri & menjadi sebahagian dr prosedur
penyelidikan.
• Ia sebagai panduan kepada pengkaji untuk meneroka subjek pemerhatian mereka dengan
lebih jelas.
25. SAMB…
• Ahli sains sosial talah menggariskan 5 ciri tentang fungsi
teori dalam membantu pemahaman.
• Mewujudkan pengklasifikasian
• Menjangka perkara yang bakal berlaku
• Menjelaskan perkara yang telah berlaku
• Membantu memahami sebab musabab berlakuny sesuatu
perkara
• Memberi panduan tentang perkara yang hendak di kaji.
26. DEFINISI TEORI
• Kenyataan/andaian abstrak tentang perhubungan antara pembolehubah bg menjelaskan
sesuatu fenomena.
• Ia terhasil dr pemerhatian & usaha untuk memahami sesuatu fenomena.
• Teori mestilah berupaya diuji, berjaya menghasilkan kebenaran dan boleh mewujudkan fakta.
27. SAMB..
• Dalam sains sosial, teori akan diuji secara berterusan
(berulang kali) kerana fenomena sosial sukar untuk
dibuktikan secara tepat.
• Teori umum pula menjadi lebih sukar diuji kerana
jaringan pembolehubah adalah terlalu kompleks.
• Dan kebanyakkan teori sains sosial adalah bersifat
umum kerana ia berupaya untuk digeneralisasikan ke
atas fenomena sosial secara umum dan tidak terhad
kepada sesuatu konteks sahaja.
28. TEORI UMUM SAINS SOSIAL
• Teori umum wujud bagi membantu manusia melihat fenomena sosial secara bersistem
(skima) dan menghasilkan pemahaman secara sistematik tentang hubungan sosial manusia
dan persekitaran mereka.
• Cth: Teori Relativiti – Albert Einstein
29. PERSPEKTIF SISTEM
• Perspektif sistem adalah pendekatan untuk melihat kehidupan masyarakat sebagai sebuah
entiti yang wujud di dalamnya pelbagai unsur yang kompleks.
• Justeru, apabila masyarakat dilihat sebagai sebuah sistem maka kajian akan lebih terfokus
kepada komponen han hubungkait di antara komponen-komponen tersebut.
30. SAMB…
• Semakin besar sistem semakin kompleks susunatur
sistemnya & semakin kompleks komponen yang terdapat di
dalamnya.
• Maka secara analitikalnya, sistem sosial manusia itu
terbahagi kepada 3:
• Makro
• Sistem yang bezar dr segi saiz & komponen yang berinteraksi di
dalamnya CTH: Organisasi & Komuniti
• Meso
• Sistem yang sederhana saiz & komponennya tidak terlalu kompleks CTH:
Sebuah Keluarga
• Mikro
• Sistem paling kecil atau sistem asas masyarakat CTH: individu
31. SAMB…
• Wujud 2 bahagian dalam perspektif sistem:
• Sistem Terbuka
• Sistem yang menerima dan menyumbang kepada persekitaran (sentiasa
berinteraksi)
• Ia memiliki 4 ciri:
• Menerima sesuatu dr persekitaran
• Menyumbang sesuatu kepada persekitaran
• Melakukan proses menukar unsur kemasukan (input) menjadi produk (output)
• Memiliki mekanisme keseimbangan
• Mengalami perubahan.
• CTH: Manusia
32. SAMB…
• Sistem tertutup
• Bertujuan menampung kewujudan secara bersendiri tanpa berinteraksi dengan
persekitaran.
• Perkembangan amatlah terhad dan kadangkala tidak berkembang langsung
• Ia berguna kepada ahli sains sosial bagi memerhati fenomena tahap dinamik
rendah
• CTH: Masyarakat terpencil yang mengalami perubahan secara perlahan.
33. TEORI STRUKTURALISME /
FANGSIONALISME
• Struktulisme – kajian ke atas fenomena sosial & budaya dengan mengandaikan bahawa
wujud struktur tertentu spt mitos & nilai dalam pembentukan sesebuah masyarakat
• Struktur tersebut mungkin sesuatu yang abstrak tetapi kewujudannya telah memberi tafsiran
yang tersendiri.
34. SAMB…
• Fungsionalisme – kajian ke atas fungsi sesuatu elemen sosial memberi kesan tertentu dalam
operasi & kewujudan masyarakat.
• Ia menekankan kepentingan struktur dalam mempengaruhi keseluruhan fenomena sosial
yang merangkumi tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam masyarakat.
35. SAMB…
• Tindakan yang selari dengan nilai masyarakat dikira sebagai
berfungsi (functional)
• Tindakan yang salah dalam masyarakat akan dikira sebagai
sesuatu yang pincang (disfunctional)
• Teori ini juga menekankan saling bergantungan struktur & fungsi
antara komponan di dalam masyarakat.
• Keseimbangan amat bergantung kepada peranan yang dilakukan
oleh komponen-komponen masyarakat tersebut.
• Justeru, kestabilan & keharmonian sosial bergantung kepada
keupayaan masyarakat memelihara keseimbangan fungsi &
struktur dalam masyarakat.
36. TEORI EVOLUSI
• Asasnya Teori Evolusi mengandaikan bahawa
masyarakat akan berubah secara seragam berasaskan
peraturan yang telah ditetapkan.
• Ia banyak melihat perubahan2 yang berlaku di dalam
sistem sosial masyarakat.
• Idea evolusi sering dikaitkan dengan tokoh2 seperti
Charles Darwin, Auguste Comte, Herbert Spencer dan
Karl Marx.
37. SAMB..
• August Comte (1798-1857)
• Membuat andaian bhw wujud 3 tahap pemikiran manusia
• Teologi
• Pemikiran manusia berasaskan agama & kepercayaan ghaib
• Metafizik
• Pemikiran manusia yang dipengaruhi oleh idea abstrak tentang kejadian &
fenomena fizikal
• Positivisme
• Manusia berfikir dengan menggunakan kaedah sains untuk meneroka
fenomena dan kejasian di sekeliling mereka
38. SAMB…
• Herbert Spencer (1820-1903)
• Andaian bhw wujud persamaan proses evolusi antara
organisme biologi dengan manusia.
• Idea beliau dipengaruhi oleh idea Darwin yang menekankan
konsep ‘Suvival of The Fittest’ dalam menerangkan perubahan
masyarakat itu berlaku secara semulajadi.
• Yang kuat akan menonjol & yang lemah akan terhapus secara
‘nature’ mengikut hukum alam.
• Justeru, idea ini menolak unsur paksaan dalam sistem sosial
manusia.
39. SAMB…
• Lewis Henry Morgan (1818-1881)
• Mempopularkan Teori Evolusi Budaya
• Membuat andaian bhw masyarakat dibahagikan kepada 3
tahap ‘suvival’
• Savagery
• Masyarakt hidup secara nomad & menjalankan aktiviti berburu dan
mengutip makanan
• Barbarisme
• Masyarakat manusia tinggal setempat & bercucuk tanam secara asas
• Civilization
• Masyarakat manusia hidup setempat & mula menggunakan teknologi
40. SAMB…
• Karl Marx (1818-1883) & Frederick Engels (1820-1895)
• Terpengaruh dengan idea Morgan tetapi lebih tertumpu
kepada aspek perubahan material.
• Evolusi berlaku dalam konteks pengeluaran sumber & mod
pengeluaran
• Ia seiring dengan perubahan material dalam kehidupan
manusia
• Hasilnya wujud Teori Materialisme Sejarah
• Perubahan hidup manusia wujud kerana dorongan ekonomi
• Konflik & kuasa antara kelas menjadi asas utama dan
sumber perubahan (evolusi) dalam masyarakat.
41. KESIMPULAN
• Ilmu sains sosial seharusnya dipelajari oleh semua ahli
masyarakat.
• Dengan mengetahui kepentingan sains sosial maka
secara tidak langsung kita dapat mengetahui betapa
kompleks penjanaan struktur dalam ilmu pengethuan
• Ini menjadikan kita berupaya untuk menilai kepentingan
sesuatu ilmu tanpa memandang serong kepentingan ilmu
yang lain.