SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Downloaden Sie, um offline zu lesen
ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASAR
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda
dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat
menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,
tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,
memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan
perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah
memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara
hidup.
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian
Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman
Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya
mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,
kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang
pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang
dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti
tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan
Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat
Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh
dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,
organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah
struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan,
misalnya:
• Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama
dengan kebanyakan negara lain di dunia;
• Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
• Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka
selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
• Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication
Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian
dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
• pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan
luar bandar;
• perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
• latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer
di sekolah yang kurang berkesan;
• penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
• bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah
akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan
guru celik ICT.
Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan
pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged
school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan
yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan
ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,
kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik
darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran
dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam
pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri
daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah
di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau
kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan
(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan
di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan
kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan
guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan
bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat
respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan
sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi
turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar
melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam
pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan
penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah
memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet
atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu
Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi
begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan
bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu
dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke
sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4
memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid
tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan
pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di
kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi
Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga
lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang
sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru
siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah.
Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –
80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu
menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik.
Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan
nisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah
berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera
sebanyak 40 peratus.
Keselamatan pelajar
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila
meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan
sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk
kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini
tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas
tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk
peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah,
tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu
pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewat
pulang juga perlu dikaji semula.
Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
• Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership)
yang berkesan;
• Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk
sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
• Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada
realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta
keupayaan yang berbeza;
• Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
• Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan
sekolah di negara maju adalah terhad;
• Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik
dan berkesan;
• Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya
daripada aspek pemberian bantuan; dan
• Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
PENUTUP
Perbincangan ini telahpun mengupas tiga persoalan yang dikemukakan, iaitu:
sejarah perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia; strategi bagi
menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan; dan isu-isu semasa berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai kesimpulan, penulisan berkenaan tiga topik ini sebenarnya telah
memberikan banyak manfaat kepada saya sendiri. Ini kerana proses penulisan
tugasan melibatkan kajian keperpustakaan, di samping merujuk kepada sumber-
sumber relevan secara atas talian (online). Jadi adalah diharapkan pengetahuan
yang telah diperoleh sepanjang penyiapan tugasan ini akan dapat saya
manfaatkan untuk pengetahuan sendiri dan juga sebagai asas pengetahuan
semasa mengajar pelajar-pelajar di sekolah.
Sila lawati http://kulanzsalleh.com untuk mendapatkan artikel lain seperti ini.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,
Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan
Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University
Press.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala
Lumpur.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Paul Trowler (2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge
Taylor And Francis Group.
Robiah Sidin (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Bandar Baru Sungai Buluh:
Pustaka Cipta Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan
Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur.
Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur.
Fajar Bakti.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Denne Freddy
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolahizyan mardhiah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 

Was ist angesagt? (20)

Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)Literasi dan numerasi (linus)
Literasi dan numerasi (linus)
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 

Ähnlich wie ISU-ISU PENDIDIKAN NEGARA

Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikansihah
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Vina Serevina
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugas ti feby
Tugas ti febyTugas ti feby
Tugas ti febyfitrifeby
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendahStar Ng
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikLilis Holisah
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiyatt87
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestariFreejump Pink
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Kondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaKondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaGlorya Sidabutar
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanNajwa Cassiopiea
 
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaPermasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaVissta L'Kim D'vhirly
 

Ähnlich wie ISU-ISU PENDIDIKAN NEGARA (20)

Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Isu
IsuIsu
Isu
 
Combine
CombineCombine
Combine
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
Brainstorming Kurikulum Darurat di Era COVID-19
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugas ti feby
Tugas ti febyTugas ti feby
Tugas ti feby
 
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
57130708 topik-14-isu-isu-kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah
 
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaikPendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
Pendidikan terbaik melahirkan generasi terbaik
 
Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)Sekolah bestari (1)
Sekolah bestari (1)
 
Penulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuitiPenulisan akses ekuiti
Penulisan akses ekuiti
 
Isu sains sem3
Isu sains   sem3Isu sains   sem3
Isu sains sem3
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Kondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di IndonesiaKondisi pendidikan di Indonesia
Kondisi pendidikan di Indonesia
 
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikanPaper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
Paper institusi uthm memacu pelan transformasi pendidikan
 
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannyaPermasalahan pendidikan dan penanggulangannya
Permasalahan pendidikan dan penanggulangannya
 

ISU-ISU PENDIDIKAN NEGARA

  • 1. ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.
  • 2. Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya: • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
  • 3. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan. Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
  • 4. di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
  • 5. mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus. Keselamatan pelajar Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini
  • 6. tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah, tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewat pulang juga perlu dikaji semula. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya: • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
  • 7. PENUTUP Perbincangan ini telahpun mengupas tiga persoalan yang dikemukakan, iaitu: sejarah perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia; strategi bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan; dan isu-isu semasa berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sebagai kesimpulan, penulisan berkenaan tiga topik ini sebenarnya telah memberikan banyak manfaat kepada saya sendiri. Ini kerana proses penulisan tugasan melibatkan kajian keperpustakaan, di samping merujuk kepada sumber- sumber relevan secara atas talian (online). Jadi adalah diharapkan pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang penyiapan tugasan ini akan dapat saya manfaatkan untuk pengetahuan sendiri dan juga sebagai asas pengetahuan semasa mengajar pelajar-pelajar di sekolah. Sila lawati http://kulanzsalleh.com untuk mendapatkan artikel lain seperti ini.
  • 8. BIBLIOGRAFI Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University Press. Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala Lumpur. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Paul Trowler (2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge Taylor And Francis Group. Robiah Sidin (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Bandar Baru Sungai Buluh: Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • 9. Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.