Kata nama, kata ganti, kata bilangan, kata kerja, kata adjektif dan kata hubung adalah beberapa jenis kata utama dalam bahasa Melayu yang digunakan untuk membentuk ayat lengkap yang membawa maksud. Setiap jenis kata memainkan peranan tertentu dalam ayat.
2. Kata Nama Am
普通名词
Merujuk secara am kepada manusia,
benda, tumbuhan, binatang tempat.
Huruf pertama ditulis huruf kecil
kecuali pada awal ayat.
Contohnya : guru, kereta,
padi, kucing, sekolah
3. Kata Nama Khas
专名
Merujuk nama manusia, benda,
binatang tempat dan sebagainya.
Huruf pertama ditulis dengan huruf
besar.
Contohnya : Mazlan, Proton
Saga, Si Comel, Pulau Pinang
4. Kata Ganti Diri
人称代词
Digunakan untuk menggantikan kata
nama orang.
Kata nama Kata nama Kata nama
diri pertama diri kedua diri Ketiga
saya, aku, awak, engkau, dia, beliau,
beta, kami, kamu, anda, mereka,
kita, patik, tuanku, kalian baginda, ia
hamba
5. Kata Ganti Nama
Tunjuk
指示代词
Digunakan untuk menunjukkan
sesuatu atau seseorang.
Contohnya : itu, ini
6. Kata Ganti Nama
Tempat
地方代词
Digunakan untuk menggantikan kata
nama tempat.
Contohnya : sana, sini,
situ
7. Kata Bilangan
数词
Digunakan untuk membilang sesuatu.
Kata bilangan tentu satu, dua, tiga, seratus
Kata bilangan tak tentu beberapa, segala, sesetengah
Kata bilangan pecahan suku, satu pertiga, setengah
Kata bilangan pisahan setiap, masing-masing
Kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga
Kata bilangan himpunan kedua-dua, ratusan, ribuan
Kata bilangan tanya berapa
8. Kata Tunggal
基词
Perkataan yang tidak menerima apa-
apa imbuhan.
Contohnya : ringan,
bersih, sekolah, merah,
lambat
9. Kata Majmuk
复词
Terbentuk daripada 2 patah
perkataan.
Contohnya : bola sepak,
orang gaji, lampu tidur
10. Kata Kerja Transitif
及物动词
Mesti disertai objek untuk membentuk
ayat yang lengkap.
Contohnya : menendang,
menebang, membasuh,
menjahit
11. Kata Kerja Tak
Transitif
不及物动词
Tidak memerlukan objek untuk
membentuk ayat yang lengkap.
Contohnya : menangis,
mandi, tersenyum,
menjerit
12. Kata Adjektif
形容词
Menerangkan sifat sesuatu benda,
orang, tempat, perasaan, warna dan
sebagai
Contohnya : cantik, baik,
kotor, marah, merah, besar
13. Kata Hubung
连词
Menghubungkan perkataan dengan
perkataan, frasa dengan frasa, ayat
dengan ayat.
Contohnya : dan, atau,
tetapi, jika, sambil, maka,
bahawa, kerana
14. Kata Sendi Nama
介词
Menghubungkan frasa nama dengan
frasa-frasa yang lain.
Contohnya : di, ke, dari,
daripada, pada, kepada,
akan, oleh, untuk
15. Kata Seru
感叹词
Menyatakan perasaan marah, kagum,
sakit, hairan dan sebagainya.
Contohnya : eh, amboi,
wah, aduh, cis, oh,
nah, hai