SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 29
GRADUAN & CABARAN ALAM PEKERJAAN
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Universiti Utara Malaysia / 17 Ogos 2021
PENGENALAN
Saya lahir dan membesar di Kuala Lumpur dan bersekolah menengah
di MATRI, Perlis. Saya mendapat biasiswa dalam bidang Kejuruteraan
Marin oleh MARA untuk melanjutkan pengajian di St. Petersburg
State Marine Technical University, Rusia. Pekerjaan pertama saya
adalah di sebuah syarikat multi-nasional yang berpengkalan di Navi
Mumbai, India. Sebuah syarikat logistik yang menyewa dan mengurus
kontena. Dalam industri, syarikat ini disebut sebagai Non-Vessel
Operating Container Carrier (NVOCC). Kini saya bekerja sebagai data
analyst dalam bidang maritim.
PENGALAMAN TEMUDUGA
Pertama
Soalan-soalan yang ditanyakan kebanyakannya
merupakan soalan matematik, untuk menguji minda.
Tiada soalan berkenaan dengan apa yang saya belajar di
universiti. Malah seingat saya penemuduga hanya
melihat sekali lalu sahaja sijil sarjana muda saya sebelum
menyuruh saya menyimpannya di dalam fail.
Kedua
Sesi temuduga terjerumus kepada buku. Saya dan
penemuduga akhinya bersembang perihal buku Stephen
Hawking, A Brief History of Time. Oleh itu bagi saya,
selain dari kita mengetahui berkenaan dengan nature
syarikat yang ingin kita sertai, kita juga perlu banyak
membaca buku-buku diluar bidang juga buku perihal
komunikasi.
BUKU KOMUNIKASI YANG SAYA CADANGKAN
How to Talk to Anyone oleh Leil Lowndes.
PERSEDIAAN DALAM MENCARI PEKERJAAN
Sebelum anda bergraduasi lagi sebenarnya anda sudah perlu bersedia
untuk mencari pekerjaan. Antara perkara asas dalam mencari pekerjaan
adalah rangkaian hubungan (networking) dan juga temuduga. Apabila
anda membuat latihan semasa belajar, internship, practical training, pastikan
anda mewujudkan hubungan baik dengan para pekerja yang ada juga
pihak pengurusan. Simpan maklumat hubungan mereka kerana ini boleh
digunakan di masa hadapan sebagai referal dan rekomendasi. Sebelum
bergraduasi juga anda digalakkan untuk mencari pengalaman-pengalaman
temuduga dari mereka yang sudah bekerja (senior), anda juga boleh berlatih
bertemuramah sesama sendiri (mock-interview) untuk lebih bersedia.
Untuk bersedia ke alam pekerjaan, anda juga perlu mengenali diri
sendiri. Apa yang anda mahukan dari pekerjaan? Adakah duit?
Pengalaman? Ilmu? Kepuasan? Anda boleh dapatkan nasihat dari
kaunselor di universiti. Juga berbincang dengan kawan-kawan,
pensyarah, dan keluarga. Jika masih tidak pasti, jangan khuatir, anda
boleh gunakan kaedah cuba jaya. Cuba sesuatu kerjaya, jika tidak
cocok anda boleh mengubah kerjaya. Tetapi jika anda ingin
menjimatkan masa, elok kenali diri dan masuk kedalam pekerjaan
yang kena dengan diri anda sejak dari awal.
Anda juga perlu belajar untuk menentukan sempadan peribadi anda. Ada
pekerjaan yang memerlukan anda bekerja di waktu malam, jika anda dalam masa
yang sama ingin memulakan keluarga dengan anak kecil mungkin pekerjaan yang
memerlukan anda untuk sentiasa travel tidak begitu sesuai. Tetapi jika anda
masih muda dan solo, dengan keghairahan muda yang masih membara, saya
sarankan anda untuk melebarkan sempadan, terima dahulu cabaran-cabaran
pekerjaan. Apabila tiba masa dan peluang yang sesuai anda boleh mengubah
sempadan peribadi anda, mahu dibesarkan atau dikecilkan. Namun di usia muda,
pada saya elok dibuang dahulu sempadan, kerana masa muda adalah zaman
penerokaan, belum lagi zaman spesialis.
Anda juga boleh bersedia lebih awal dari orang lain dengan
membuat kajian berkenaan dengan syarikat yang anda
minati. Hubungi pegawai sumber manusia mereka (HR) dan
cuba dapatkan peluang-peluang untuk internship sama ada
berbayar atau tidak dalam bidang yang anda minati. Jika
tidak berbayar, anda mungkin perlu berkorban dengan
melakukan dua kerja, tetapi pengorbanan ini akan
membantu anda di masa hadapan. Majikan biasanya akan
merasa kagum dengan calon-calon yang proaktif dan
menunjukkan minat yang mendalam. Pengalaman-
pengalaman awal ini sangat penting bagi anda untuk
membina personal branding dan juga resume yang menarik
apabila tiba masanya untuk anda mencari pekerjaan nanti.
Untuk mengelakkan anda sentiasa perlu melompat-lompat kerja, jika
anda mahu syarikat yang stabil untuk diri anda. Pastikan anda
membuat kajian berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai
nilai-nilai yang sama seperti anda. Senaraikan syarikat-syarikat ini,
mungkin anda boleh shortlisted 10 syarikat dan mulakan kerjaya anda
dari senarai itu. Falsafah sesebuah syarikat berbeza-beza, pakej
manfaat yang ditawarkan berbeza-beza, budaya syarikat juga berbeza,
cuba cari syarikat yang sesuai dengan kehendak anda. Namun jika
pasaran kerja berada dalam keadaan depresi, mungkin pilihan yang
ada terhad. Anda perlu mengambil sahaja peluang yang ada dan
bertukar apabila keadaan berubah kepada lebih baik.
Walaupun kita sudah membuat kajian, namun kebiasaannya kajian kita akan
bersifat surface level, terutamanya dalam era limpahan informasi juga perubahan
maklumat yang bergerak pantas. Ada kemungkinan kajian yang kita lakukan
mempunyai kesilapan, atau maklumat yang kita ada adalah maklumat lama. Jadi
penting untuk kita mempunyai sumber dalaman, mereka yang aktif dan
berkhidmat di dalam industri kerana mereka mempunyai real-time knowledge. Kita
boleh mencari mentor. Saya punya pengalaman dihubungi oleh seorang yang tidak
saya kenali melalui LinkedIn, seorang yang muda yang mahu mendapatkan nasihat
kerjaya. Saya berikan beliau nombor talifon dan menjawab soalan-soalan beliau.
Jangan malu untuk bertanya atau meminta bantuan, tapi mestilah sopan dan
professional.
Baru-baru ini saya ada menghadiri webinar bersama
seorang jurulatih kerjaya dari Australia bernama Rebecca
Allen. Antara nasihat kerjaya beliau adalah untuk belajar
positioning. Cari sudut dimana anda kelihatan lain dari
yang lain, cipta sesuatu yang membuatkan anda stand-out
from the crowd. Masukkan pengalaman sedikit pengalaman
yang unik yang anda ada yang tiada pada orang lain.
Contohnya pernah mendaki Gunung Everest atau
pernah sampai ke Planet Marikh. Masukkan kursus atau
kejayaan-kejayaan yang anda ada orang lain tiada. Ini
akan menjadikan anda calon yang unik. Tetapi janganlah
pula terlalu unik dan berlebih-lebihan.
Zaman kini adalah zaman sosial media. Jangan fikir bahawa sosial media
tidak punyai impak kepada kerjaya anda. Banyak syarikat melakukan audit
keatas laman media sosial pekerja mereka sebelum diterima bekerja. Jadi
pastikan anda mengaudit dahulu laman media sosial anda. Buang
hantaran-hantaran yang boleh merosakkan reputasi professional anda atau
tukar kepada mode private. Pastikan anda mempunyai rekod professional
yang bersih di alam maya, ini sangat penting buat professional brand.
Branding juga termasuk cara kita berkomunikasi, berpakaian, juga cara
bersosial.
Dunia sekarang adalah dunia global tanpa sempadan. Untuk masuk ke alam
pekerjaan pastikan anda berminda global walaupun anda tinggal di
kampung. Saya sendiri tinggal dikampung walaupun bekerja dalam syarikat
multi-national yang berpengkalan di United Kingdom. Jika anda mempunyai
peluang mengadakan lawatan belajar ke luar negara semasa belajar pastikan
anda menyertainya. Tingkatkan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris. Banyakkan pembacaan buku-buku internasional. Ini semua akan
membantu anda di masa hadapan.
Gunakan masa cuti belajar dan cuti semester untuk
volunteering dan mencari pengalaman bekerja. Ini akan
membantu anda dengan skil-skil penting dalam organisasi, cara
berkomunikasi dan berhubung, juga cara mengurus. Pastikan
anda mencari pengalaman-pengalaman yang relevan dengan
bidang dan kerja yang anda minati, bukanlah bermakna bekerja
di gerai makan atau stesen minyak itu langsung tidak berharga,
tetapi cuba lengkapi dengan pengalaman kerja yang relevan.
Akhir sekali, tingkatkan kualiti komunikasi anda, baik
komunikasi verbal atau tulisan. Kerana hampir 80% apa yang kita
lakukan di alam pekerjaan adalah berkomunikasi antara satu sama
lain. Cari peluang untuk bercakap di khalayak umum, membuat
presentation, pidato atau debat. Skil komunikasi ini amat penting,
ia hanya boleh dipelajari melalui latihan dan praktikal. Cari
peluang-peluang yang ada untuk bercakap di khalayak umum.
APA YANG MAJIKAN MAHU DARIPADA GRADUAN?
Pertama, seperti yang telah kita bincangkan tadi, kemahiran
komunikasi adalah skil yang sangat penting bagi alam pekerjaan
hari ini. Ini termasuk komunikasi verbal, tulisan dan juga body-
language yang menunjukkan kita selesa berkomunikasi. Jika anda
menulis emel, pastikan anda menyemak apa yang ditulis, baca semula
beberapa kali, cuba baca dari sudut pembaca, pastikan mesejnya
mudah difahami. Kemahiran komunikasi bukan sekadar kemahiran
bertutur, anda juga perlu ada kemahiran mendengar, berinteraksi,
dan memberikan pendapat bernas (feedback), komunikasi adalah two-
street process.
Majikan juga mahukan pekerja yang jujur, bukan percintaan sahaja yang
mendambakan kejujuran. Jangan kita menokok tambah (exaggerate)
pengalaman yang kita ada untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin anda berjaya
dalam proses pemilihan namun lambat laun ia akan terbongkar dan
kepercayaan yang telah tercalar sukar diperolehi semula. Pastikan pengalaman
dalam resume adalah pengalaman yang jujur. Penemuramah yang
berpengalaman boleh melihat sama ada anda jujur atau tidak, pastikan anda
original dan genuine. Tidak mengapa untuk mengaku salah dan memperbaiki
kesilapan, ia adalah satu karakter yang berguna dan dihargai.
Sesetengah majikan juga mencari pekerja yang setia. Syarikat seperti ini
biasanya akan membayar gaji pekerja lebih sedikit dari tangga gaji pasaran
untuk retention, bermaksud mereka mahukan pekerja yang setia yang
bertahan lama. Ada juga syarikat yang mengamalkan polisi hire and fire
untuk membolehkan mereka mengeksploitasi pekerja, terutamanya
pekerja muda dengan membayar gaji yang rendah. Nasihat saya kesetiaan
itu perlu kita berikan sekiranya kita merasakan kita diberi gaji dan manfaat
yang setimpal, juga suasana kerja yang baik. Sekiranya gaji tidak setimpal
dan suasana kerja yang toxic, anda perlu keluar segera apabila ada peluang
baru yang muncul.
Majikan juga tentunya mencari pekerja yang boleh diharap, yang boleh deliver dengan pengawasan yang minimum dalam
kata lain tidak memerlukan micro-management. Proaktif dalam mencari penyelesaian masalah dan sentiasa menyiapkan
sebarang tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa temuduga tanyakan soalan perihal pekerjaan
yang diminta, tanya spesifikasi tugas supaya anda kelihatan proaktif dan berfikiran kehadapan untuk menerima tugas yang
bakal diberikan. Walaupun tidak semua jenis pekerjaan memerlukan kemahiran kolaborasi, kemampuan untuk bekerja
dalam satu pasukan (teamwork) sangat penting dalam dunia korporat. Malah sesetengah temuduga mempunyai modul
dimana calon diminta untuk bekerja dalam kumpulan. Pengalaman-pengalaman menjawat jawatan dalam organisasi,
kelab, dan persatuan juga merupakan antara perkara penting yang membuktikan bahawa kita boleh bekerja dalam
kumpulan.
Kebolehan pekerja untuk memberi fleksibiliti merupakan antara
nilai penting pada permulaan kerjaya. Fleksibiti turut bermaksud
cepat menyesuaikan diri dalam suasana baru. Elakkan berkira dengan
kerja di awal karier, tumpukan niat untuk belajar dan mencari
kemahiran agar anda boleh menjadi competent secepat mungkin.
Namun apabila anda sudah semakin stabil dalam dunia pekerjaan,
anda mungkin mahu untuk mencari pekerjaan yang memberikan anda
work-life-balance, di mana syarikat menghormati masa percutian anda
juga masa anda Bersama keluarga.
LIFE NEVER STOP TEACHING, IF YOU ARE WILLING TO LEARN.
Antara sikap yang paling penting yang perlu ada pada pekerja baru adalah
rendah diri dan sentiasa mahu belajar. Pekerja yang bodoh tetapi mahu
belajar lebih berguna dari pekerja yang pandai tetapi belagak dan tak mahu
belajar. Sentiasa rendahkan diri dan belajar dari semua orang, baik senior
mahupun junior. Apabila ada kursus atau kelas yang ditawarkan oleh
majikan semasa bekerja, sentiasalah menyertainya. Kita mesti mempunyai
mindset untuk sentiasa up-skill diri kita. Apabila ada tugas baru, jangan
menolak dan mengatakan “saya tidak tahu”, terima tugasan itu dan
belajarlah untuk menyelesaikannya. Tunjukkan bahawa anda merupakan
pekerja yang mencintai ilmu. Semasa temuduga terangkan bagaimana anda
merupakan seorang yang minat membaca dan bercita-cita untuk
menyambung pengajian pada tingkat yang lebih tinggi.
Untuk kelihatan meyakinkan semasa proses temuduga, anda juga perlu
kelihatan konfiden dalam masa yang sama sentiasa genuine. Orang yang
konfiden merupakan orang yang tahu apa yang dirinya mahukan.
Dalam masa yang sama mereka mampu berkomunikasi dengan jelas
perihal idea-idea yang mereka ada. Pastikan anda punyai matlamat yang
besar, bukan sekadar mahukan kerja untuk mencari makan. Pastikan
anda menerangkan bagaimana pekerjaan yang anda mahukan itu dapat
membantu anda merealisasikan cita-cita besar anda. Jika anda sudah
bekerja dalam sesuatu bidang dalam tempoh yang lama, anda perlu
konfiden untuk menjadi subject-matter-specialist dan mengambil ownership
dalam tugas dan bidang anda.
Akhir sekali, pekerja yang baik adalah pekerja yang mempunyai
etika kerja dan professionalisma yang tinggi. Pamerkan
bahawa anda merupakan pekerja yang berprinsip dan
berintegriti. Sentiasa menjaga masa dan menyiapkan semua
kerja dalam masa yang ditetapkan. Berkerja dengan penuh
bangga, bangga dalam erti kata anda merasakan bahawa kerja
anda bermakna untuk masyarakat. Dengan ini orang lain dapat
melihat kualiti kerja anda.
CABARAN GRADUAN DALAM MEMASUKI ALAM PEKERJAAN
Dunia pekerjaan kini sudah berubah, kecanggihan teknologi
hari ini membolehkan kita mencari pekerjaan dengan lebih
mudah. Dengan adanya platform-platform dalam talian, vacancy
yang ada dalam pasaran kerja hari ini semakin mudah dilihat.
Namun visibility ini datang dengan cabarannya yang tersendiri
iaitu sesuatu kekosongan itu akan dimohon oleh lebih banyak
calon menjadikan proses merebut sesuatu pekerjaan lebih
sukar. Oleh itu anda perlu sentiasa mempunyai skil untuk
meletakkan diri anda berbeza dengan calon-calon lain agar anda
juga visible.
Bagi graduan yang baru mula mencari pekerjaan. Mereka biasanya
tidak mempunyai pengalaman untuk meletakkan tangga gaji
yang mereka inginkan juga tiada kemahiran untuk negotiate tangga
gaji dengan bakal majikan. Oleh itu anda perlu sentiasa membuat
kajian perihal position yang anda mohon agar tangga gaji yang anda
minta realistic dengan keadaan pasaran. Anda juga perlu bersedia
dengan bidang tugas yang anda perlu jalankan.
Apabila anda diterima bekerja, anda mungkin akan menyedari
bahawa apa yang anda bayangkan tidak sama dengan
pekerjaan yang akhirnya anda perlu lakukan. Banyak perkara-perkara
yang perlu dilakukan namun tidak glamour seperti mengisi boring,
menyiapkan laporan, menghadiri mesyuarat, juga menghadapi politik
pejabat. Anda mungkin juga akan diarah untuk re-assignment dan
melakukan kerja yang tidak sesuai dengan skill utama yang anda ada.
Ini mungkin mengurangkan motivasi anda untuk bekerja.
Semasa di universiti kita mungkin mempunyai pilihan
dengan siapa kita mahu bersosial dan berkawan. Tetapi
alam pekerjaan mempunyai keadaan sosial yang
berbeza. Kita tidak boleh memilih siapa rakan-rakan
sekerja kita. Dan kita perlu menjaga hubungan dengan
mereka 8 jam sehari untuk memastikan kita boleh
membina karier yang baik. Disinilah masanya dimana etika
profesionalisma kita akan teruji, kita perlu sentiasa
mengawal diri agar tidak bersifat emosional dan sentiasa
mengurus situasi dengan professional.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Q&A

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islamguest42e8c4
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesanZainul Mukhtar
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)firdausent
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docDaud Ayub Abdullah
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasifiro HAR
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahNUR
 
Report akhir Latihan Industri UPSI
Report akhir Latihan Industri UPSIReport akhir Latihan Industri UPSI
Report akhir Latihan Industri UPSIMuhammad Whitebeard
 

Was ist angesagt? (20)

Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Institusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan IslamInstitusi Pendidikan Islam
Institusi Pendidikan Islam
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
5 sifat kepimpinan individu yang amat berkesan
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
TEKNIK CEPAT BELAJAR JAWI (2)
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Contoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu docContoh resume bahasa melayu doc
Contoh resume bahasa melayu doc
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Pengurusan Masa
Pengurusan Masa Pengurusan Masa
Pengurusan Masa
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Kaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiahKaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiah
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasi
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Report akhir Latihan Industri UPSI
Report akhir Latihan Industri UPSIReport akhir Latihan Industri UPSI
Report akhir Latihan Industri UPSI
 

Ähnlich wie Graduan dan Cabaran Alam Pekerjaan

Tips Temuduga Kerja Kerajaan
Tips Temuduga Kerja KerajaanTips Temuduga Kerja Kerajaan
Tips Temuduga Kerja Kerajaansuhaimi sahak
 
10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positifputehkunen
 
Cara mendapatkan pekerjaan pertama
Cara mendapatkan pekerjaan pertamaCara mendapatkan pekerjaan pertama
Cara mendapatkan pekerjaan pertamaandre m
 
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professional
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professionalHal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professional
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professionalMuhammadIqbal169
 
KEBEKERJAAN ppt.pptx
KEBEKERJAAN ppt.pptxKEBEKERJAAN ppt.pptx
KEBEKERJAAN ppt.pptxssusera647e9
 
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptx
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptxMAHASISWA_BERPRESTASI.pptx
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptxRoyEkanala
 
STAR SLIDE.pptx
STAR SLIDE.pptxSTAR SLIDE.pptx
STAR SLIDE.pptxbahriearie
 
5 langkah memulai berwirausaha
5 langkah memulai berwirausaha5 langkah memulai berwirausaha
5 langkah memulai berwirausahaStanno Yudha Putra
 
Selling Presentation
Selling PresentationSelling Presentation
Selling PresentationEko Santoso
 
Majalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackMajalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackFajar Baskoro
 
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )andre m
 

Ähnlich wie Graduan dan Cabaran Alam Pekerjaan (20)

10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif
 
Kel. 1
Kel. 1Kel. 1
Kel. 1
 
Tips Temuduga Kerja Kerajaan
Tips Temuduga Kerja KerajaanTips Temuduga Kerja Kerajaan
Tips Temuduga Kerja Kerajaan
 
Tips dan trik lamaran kerja
Tips dan trik lamaran kerjaTips dan trik lamaran kerja
Tips dan trik lamaran kerja
 
50 pertanyaan
50 pertanyaan50 pertanyaan
50 pertanyaan
 
10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif10 petua membina sikap positif
10 petua membina sikap positif
 
Cara mendapatkan pekerjaan pertama
Cara mendapatkan pekerjaan pertamaCara mendapatkan pekerjaan pertama
Cara mendapatkan pekerjaan pertama
 
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professional
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professionalHal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professional
Hal hal yang mempengaruhi kepuasan seorang professional
 
KEBEKERJAAN ppt.pptx
KEBEKERJAAN ppt.pptxKEBEKERJAAN ppt.pptx
KEBEKERJAAN ppt.pptx
 
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
 
Tips asas tmdga kerja kerajaan
Tips asas tmdga kerja kerajaanTips asas tmdga kerja kerajaan
Tips asas tmdga kerja kerajaan
 
Tips Temuduga
Tips TemudugaTips Temuduga
Tips Temuduga
 
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptx
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptxMAHASISWA_BERPRESTASI.pptx
MAHASISWA_BERPRESTASI.pptx
 
STAR SLIDE.pptx
STAR SLIDE.pptxSTAR SLIDE.pptx
STAR SLIDE.pptx
 
5 langkah memulai berwirausaha
5 langkah memulai berwirausaha5 langkah memulai berwirausaha
5 langkah memulai berwirausaha
 
Selling Presentation
Selling PresentationSelling Presentation
Selling Presentation
 
Tingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucapTingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucap
 
Panduan psikotestlkit sekalakematangan
Panduan psikotestlkit sekalakematanganPanduan psikotestlkit sekalakematangan
Panduan psikotestlkit sekalakematangan
 
Majalah Produk Double Track
Majalah Produk Double TrackMajalah Produk Double Track
Majalah Produk Double Track
 
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )
Career strategy for your future life (www.ilmubisnisusaha.net )
 

Mehr von Syed Ahmad Fathi

Telusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptxTelusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptxSyed Ahmad Fathi
 
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptxKultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptxSyed Ahmad Fathi
 
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...Syed Ahmad Fathi
 
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanPerbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanSyed Ahmad Fathi
 
Fikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam DakwahFikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam DakwahSyed Ahmad Fathi
 
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPMAsas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPMSyed Ahmad Fathi
 
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?Syed Ahmad Fathi
 

Mehr von Syed Ahmad Fathi (9)

Telusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptxTelusuri Keindahan Ramadhan.pptx
Telusuri Keindahan Ramadhan.pptx
 
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptxKultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
Kultura Podcast Anime and Philosophy.pptx
 
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
Meninjau Pemikiran Edward Wadie Said Dalam Orientalism: Perihal Konstruksi Ba...
 
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on TitanPerbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
 
Dead ship
Dead shipDead ship
Dead ship
 
Fikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam DakwahFikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
Fikrah Mahasiswa Dalam Dakwah
 
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPMAsas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
Asas Pemilihan Kursus dan Bidang Selepas SPM
 
Penulisan Kritis
Penulisan KritisPenulisan Kritis
Penulisan Kritis
 
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?
Geopolitik Dunia: Apa Tugas Kita?
 

Graduan dan Cabaran Alam Pekerjaan

  • 1. GRADUAN & CABARAN ALAM PEKERJAAN Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair Universiti Utara Malaysia / 17 Ogos 2021
  • 2. PENGENALAN Saya lahir dan membesar di Kuala Lumpur dan bersekolah menengah di MATRI, Perlis. Saya mendapat biasiswa dalam bidang Kejuruteraan Marin oleh MARA untuk melanjutkan pengajian di St. Petersburg State Marine Technical University, Rusia. Pekerjaan pertama saya adalah di sebuah syarikat multi-nasional yang berpengkalan di Navi Mumbai, India. Sebuah syarikat logistik yang menyewa dan mengurus kontena. Dalam industri, syarikat ini disebut sebagai Non-Vessel Operating Container Carrier (NVOCC). Kini saya bekerja sebagai data analyst dalam bidang maritim.
  • 3. PENGALAMAN TEMUDUGA Pertama Soalan-soalan yang ditanyakan kebanyakannya merupakan soalan matematik, untuk menguji minda. Tiada soalan berkenaan dengan apa yang saya belajar di universiti. Malah seingat saya penemuduga hanya melihat sekali lalu sahaja sijil sarjana muda saya sebelum menyuruh saya menyimpannya di dalam fail. Kedua Sesi temuduga terjerumus kepada buku. Saya dan penemuduga akhinya bersembang perihal buku Stephen Hawking, A Brief History of Time. Oleh itu bagi saya, selain dari kita mengetahui berkenaan dengan nature syarikat yang ingin kita sertai, kita juga perlu banyak membaca buku-buku diluar bidang juga buku perihal komunikasi.
  • 4. BUKU KOMUNIKASI YANG SAYA CADANGKAN How to Talk to Anyone oleh Leil Lowndes.
  • 5. PERSEDIAAN DALAM MENCARI PEKERJAAN Sebelum anda bergraduasi lagi sebenarnya anda sudah perlu bersedia untuk mencari pekerjaan. Antara perkara asas dalam mencari pekerjaan adalah rangkaian hubungan (networking) dan juga temuduga. Apabila anda membuat latihan semasa belajar, internship, practical training, pastikan anda mewujudkan hubungan baik dengan para pekerja yang ada juga pihak pengurusan. Simpan maklumat hubungan mereka kerana ini boleh digunakan di masa hadapan sebagai referal dan rekomendasi. Sebelum bergraduasi juga anda digalakkan untuk mencari pengalaman-pengalaman temuduga dari mereka yang sudah bekerja (senior), anda juga boleh berlatih bertemuramah sesama sendiri (mock-interview) untuk lebih bersedia.
  • 6. Untuk bersedia ke alam pekerjaan, anda juga perlu mengenali diri sendiri. Apa yang anda mahukan dari pekerjaan? Adakah duit? Pengalaman? Ilmu? Kepuasan? Anda boleh dapatkan nasihat dari kaunselor di universiti. Juga berbincang dengan kawan-kawan, pensyarah, dan keluarga. Jika masih tidak pasti, jangan khuatir, anda boleh gunakan kaedah cuba jaya. Cuba sesuatu kerjaya, jika tidak cocok anda boleh mengubah kerjaya. Tetapi jika anda ingin menjimatkan masa, elok kenali diri dan masuk kedalam pekerjaan yang kena dengan diri anda sejak dari awal.
  • 7. Anda juga perlu belajar untuk menentukan sempadan peribadi anda. Ada pekerjaan yang memerlukan anda bekerja di waktu malam, jika anda dalam masa yang sama ingin memulakan keluarga dengan anak kecil mungkin pekerjaan yang memerlukan anda untuk sentiasa travel tidak begitu sesuai. Tetapi jika anda masih muda dan solo, dengan keghairahan muda yang masih membara, saya sarankan anda untuk melebarkan sempadan, terima dahulu cabaran-cabaran pekerjaan. Apabila tiba masa dan peluang yang sesuai anda boleh mengubah sempadan peribadi anda, mahu dibesarkan atau dikecilkan. Namun di usia muda, pada saya elok dibuang dahulu sempadan, kerana masa muda adalah zaman penerokaan, belum lagi zaman spesialis.
  • 8. Anda juga boleh bersedia lebih awal dari orang lain dengan membuat kajian berkenaan dengan syarikat yang anda minati. Hubungi pegawai sumber manusia mereka (HR) dan cuba dapatkan peluang-peluang untuk internship sama ada berbayar atau tidak dalam bidang yang anda minati. Jika tidak berbayar, anda mungkin perlu berkorban dengan melakukan dua kerja, tetapi pengorbanan ini akan membantu anda di masa hadapan. Majikan biasanya akan merasa kagum dengan calon-calon yang proaktif dan menunjukkan minat yang mendalam. Pengalaman- pengalaman awal ini sangat penting bagi anda untuk membina personal branding dan juga resume yang menarik apabila tiba masanya untuk anda mencari pekerjaan nanti.
  • 9. Untuk mengelakkan anda sentiasa perlu melompat-lompat kerja, jika anda mahu syarikat yang stabil untuk diri anda. Pastikan anda membuat kajian berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai nilai-nilai yang sama seperti anda. Senaraikan syarikat-syarikat ini, mungkin anda boleh shortlisted 10 syarikat dan mulakan kerjaya anda dari senarai itu. Falsafah sesebuah syarikat berbeza-beza, pakej manfaat yang ditawarkan berbeza-beza, budaya syarikat juga berbeza, cuba cari syarikat yang sesuai dengan kehendak anda. Namun jika pasaran kerja berada dalam keadaan depresi, mungkin pilihan yang ada terhad. Anda perlu mengambil sahaja peluang yang ada dan bertukar apabila keadaan berubah kepada lebih baik.
  • 10. Walaupun kita sudah membuat kajian, namun kebiasaannya kajian kita akan bersifat surface level, terutamanya dalam era limpahan informasi juga perubahan maklumat yang bergerak pantas. Ada kemungkinan kajian yang kita lakukan mempunyai kesilapan, atau maklumat yang kita ada adalah maklumat lama. Jadi penting untuk kita mempunyai sumber dalaman, mereka yang aktif dan berkhidmat di dalam industri kerana mereka mempunyai real-time knowledge. Kita boleh mencari mentor. Saya punya pengalaman dihubungi oleh seorang yang tidak saya kenali melalui LinkedIn, seorang yang muda yang mahu mendapatkan nasihat kerjaya. Saya berikan beliau nombor talifon dan menjawab soalan-soalan beliau. Jangan malu untuk bertanya atau meminta bantuan, tapi mestilah sopan dan professional.
  • 11. Baru-baru ini saya ada menghadiri webinar bersama seorang jurulatih kerjaya dari Australia bernama Rebecca Allen. Antara nasihat kerjaya beliau adalah untuk belajar positioning. Cari sudut dimana anda kelihatan lain dari yang lain, cipta sesuatu yang membuatkan anda stand-out from the crowd. Masukkan pengalaman sedikit pengalaman yang unik yang anda ada yang tiada pada orang lain. Contohnya pernah mendaki Gunung Everest atau pernah sampai ke Planet Marikh. Masukkan kursus atau kejayaan-kejayaan yang anda ada orang lain tiada. Ini akan menjadikan anda calon yang unik. Tetapi janganlah pula terlalu unik dan berlebih-lebihan.
  • 12. Zaman kini adalah zaman sosial media. Jangan fikir bahawa sosial media tidak punyai impak kepada kerjaya anda. Banyak syarikat melakukan audit keatas laman media sosial pekerja mereka sebelum diterima bekerja. Jadi pastikan anda mengaudit dahulu laman media sosial anda. Buang hantaran-hantaran yang boleh merosakkan reputasi professional anda atau tukar kepada mode private. Pastikan anda mempunyai rekod professional yang bersih di alam maya, ini sangat penting buat professional brand. Branding juga termasuk cara kita berkomunikasi, berpakaian, juga cara bersosial.
  • 13. Dunia sekarang adalah dunia global tanpa sempadan. Untuk masuk ke alam pekerjaan pastikan anda berminda global walaupun anda tinggal di kampung. Saya sendiri tinggal dikampung walaupun bekerja dalam syarikat multi-national yang berpengkalan di United Kingdom. Jika anda mempunyai peluang mengadakan lawatan belajar ke luar negara semasa belajar pastikan anda menyertainya. Tingkatkan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Banyakkan pembacaan buku-buku internasional. Ini semua akan membantu anda di masa hadapan.
  • 14. Gunakan masa cuti belajar dan cuti semester untuk volunteering dan mencari pengalaman bekerja. Ini akan membantu anda dengan skil-skil penting dalam organisasi, cara berkomunikasi dan berhubung, juga cara mengurus. Pastikan anda mencari pengalaman-pengalaman yang relevan dengan bidang dan kerja yang anda minati, bukanlah bermakna bekerja di gerai makan atau stesen minyak itu langsung tidak berharga, tetapi cuba lengkapi dengan pengalaman kerja yang relevan.
  • 15. Akhir sekali, tingkatkan kualiti komunikasi anda, baik komunikasi verbal atau tulisan. Kerana hampir 80% apa yang kita lakukan di alam pekerjaan adalah berkomunikasi antara satu sama lain. Cari peluang untuk bercakap di khalayak umum, membuat presentation, pidato atau debat. Skil komunikasi ini amat penting, ia hanya boleh dipelajari melalui latihan dan praktikal. Cari peluang-peluang yang ada untuk bercakap di khalayak umum.
  • 16. APA YANG MAJIKAN MAHU DARIPADA GRADUAN? Pertama, seperti yang telah kita bincangkan tadi, kemahiran komunikasi adalah skil yang sangat penting bagi alam pekerjaan hari ini. Ini termasuk komunikasi verbal, tulisan dan juga body- language yang menunjukkan kita selesa berkomunikasi. Jika anda menulis emel, pastikan anda menyemak apa yang ditulis, baca semula beberapa kali, cuba baca dari sudut pembaca, pastikan mesejnya mudah difahami. Kemahiran komunikasi bukan sekadar kemahiran bertutur, anda juga perlu ada kemahiran mendengar, berinteraksi, dan memberikan pendapat bernas (feedback), komunikasi adalah two- street process.
  • 17. Majikan juga mahukan pekerja yang jujur, bukan percintaan sahaja yang mendambakan kejujuran. Jangan kita menokok tambah (exaggerate) pengalaman yang kita ada untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin anda berjaya dalam proses pemilihan namun lambat laun ia akan terbongkar dan kepercayaan yang telah tercalar sukar diperolehi semula. Pastikan pengalaman dalam resume adalah pengalaman yang jujur. Penemuramah yang berpengalaman boleh melihat sama ada anda jujur atau tidak, pastikan anda original dan genuine. Tidak mengapa untuk mengaku salah dan memperbaiki kesilapan, ia adalah satu karakter yang berguna dan dihargai.
  • 18. Sesetengah majikan juga mencari pekerja yang setia. Syarikat seperti ini biasanya akan membayar gaji pekerja lebih sedikit dari tangga gaji pasaran untuk retention, bermaksud mereka mahukan pekerja yang setia yang bertahan lama. Ada juga syarikat yang mengamalkan polisi hire and fire untuk membolehkan mereka mengeksploitasi pekerja, terutamanya pekerja muda dengan membayar gaji yang rendah. Nasihat saya kesetiaan itu perlu kita berikan sekiranya kita merasakan kita diberi gaji dan manfaat yang setimpal, juga suasana kerja yang baik. Sekiranya gaji tidak setimpal dan suasana kerja yang toxic, anda perlu keluar segera apabila ada peluang baru yang muncul.
  • 19. Majikan juga tentunya mencari pekerja yang boleh diharap, yang boleh deliver dengan pengawasan yang minimum dalam kata lain tidak memerlukan micro-management. Proaktif dalam mencari penyelesaian masalah dan sentiasa menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa temuduga tanyakan soalan perihal pekerjaan yang diminta, tanya spesifikasi tugas supaya anda kelihatan proaktif dan berfikiran kehadapan untuk menerima tugas yang bakal diberikan. Walaupun tidak semua jenis pekerjaan memerlukan kemahiran kolaborasi, kemampuan untuk bekerja dalam satu pasukan (teamwork) sangat penting dalam dunia korporat. Malah sesetengah temuduga mempunyai modul dimana calon diminta untuk bekerja dalam kumpulan. Pengalaman-pengalaman menjawat jawatan dalam organisasi, kelab, dan persatuan juga merupakan antara perkara penting yang membuktikan bahawa kita boleh bekerja dalam kumpulan.
  • 20. Kebolehan pekerja untuk memberi fleksibiliti merupakan antara nilai penting pada permulaan kerjaya. Fleksibiti turut bermaksud cepat menyesuaikan diri dalam suasana baru. Elakkan berkira dengan kerja di awal karier, tumpukan niat untuk belajar dan mencari kemahiran agar anda boleh menjadi competent secepat mungkin. Namun apabila anda sudah semakin stabil dalam dunia pekerjaan, anda mungkin mahu untuk mencari pekerjaan yang memberikan anda work-life-balance, di mana syarikat menghormati masa percutian anda juga masa anda Bersama keluarga.
  • 21. LIFE NEVER STOP TEACHING, IF YOU ARE WILLING TO LEARN.
  • 22. Antara sikap yang paling penting yang perlu ada pada pekerja baru adalah rendah diri dan sentiasa mahu belajar. Pekerja yang bodoh tetapi mahu belajar lebih berguna dari pekerja yang pandai tetapi belagak dan tak mahu belajar. Sentiasa rendahkan diri dan belajar dari semua orang, baik senior mahupun junior. Apabila ada kursus atau kelas yang ditawarkan oleh majikan semasa bekerja, sentiasalah menyertainya. Kita mesti mempunyai mindset untuk sentiasa up-skill diri kita. Apabila ada tugas baru, jangan menolak dan mengatakan “saya tidak tahu”, terima tugasan itu dan belajarlah untuk menyelesaikannya. Tunjukkan bahawa anda merupakan pekerja yang mencintai ilmu. Semasa temuduga terangkan bagaimana anda merupakan seorang yang minat membaca dan bercita-cita untuk menyambung pengajian pada tingkat yang lebih tinggi.
  • 23. Untuk kelihatan meyakinkan semasa proses temuduga, anda juga perlu kelihatan konfiden dalam masa yang sama sentiasa genuine. Orang yang konfiden merupakan orang yang tahu apa yang dirinya mahukan. Dalam masa yang sama mereka mampu berkomunikasi dengan jelas perihal idea-idea yang mereka ada. Pastikan anda punyai matlamat yang besar, bukan sekadar mahukan kerja untuk mencari makan. Pastikan anda menerangkan bagaimana pekerjaan yang anda mahukan itu dapat membantu anda merealisasikan cita-cita besar anda. Jika anda sudah bekerja dalam sesuatu bidang dalam tempoh yang lama, anda perlu konfiden untuk menjadi subject-matter-specialist dan mengambil ownership dalam tugas dan bidang anda.
  • 24. Akhir sekali, pekerja yang baik adalah pekerja yang mempunyai etika kerja dan professionalisma yang tinggi. Pamerkan bahawa anda merupakan pekerja yang berprinsip dan berintegriti. Sentiasa menjaga masa dan menyiapkan semua kerja dalam masa yang ditetapkan. Berkerja dengan penuh bangga, bangga dalam erti kata anda merasakan bahawa kerja anda bermakna untuk masyarakat. Dengan ini orang lain dapat melihat kualiti kerja anda.
  • 25. CABARAN GRADUAN DALAM MEMASUKI ALAM PEKERJAAN Dunia pekerjaan kini sudah berubah, kecanggihan teknologi hari ini membolehkan kita mencari pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan adanya platform-platform dalam talian, vacancy yang ada dalam pasaran kerja hari ini semakin mudah dilihat. Namun visibility ini datang dengan cabarannya yang tersendiri iaitu sesuatu kekosongan itu akan dimohon oleh lebih banyak calon menjadikan proses merebut sesuatu pekerjaan lebih sukar. Oleh itu anda perlu sentiasa mempunyai skil untuk meletakkan diri anda berbeza dengan calon-calon lain agar anda juga visible.
  • 26. Bagi graduan yang baru mula mencari pekerjaan. Mereka biasanya tidak mempunyai pengalaman untuk meletakkan tangga gaji yang mereka inginkan juga tiada kemahiran untuk negotiate tangga gaji dengan bakal majikan. Oleh itu anda perlu sentiasa membuat kajian perihal position yang anda mohon agar tangga gaji yang anda minta realistic dengan keadaan pasaran. Anda juga perlu bersedia dengan bidang tugas yang anda perlu jalankan.
  • 27. Apabila anda diterima bekerja, anda mungkin akan menyedari bahawa apa yang anda bayangkan tidak sama dengan pekerjaan yang akhirnya anda perlu lakukan. Banyak perkara-perkara yang perlu dilakukan namun tidak glamour seperti mengisi boring, menyiapkan laporan, menghadiri mesyuarat, juga menghadapi politik pejabat. Anda mungkin juga akan diarah untuk re-assignment dan melakukan kerja yang tidak sesuai dengan skill utama yang anda ada. Ini mungkin mengurangkan motivasi anda untuk bekerja.
  • 28. Semasa di universiti kita mungkin mempunyai pilihan dengan siapa kita mahu bersosial dan berkawan. Tetapi alam pekerjaan mempunyai keadaan sosial yang berbeza. Kita tidak boleh memilih siapa rakan-rakan sekerja kita. Dan kita perlu menjaga hubungan dengan mereka 8 jam sehari untuk memastikan kita boleh membina karier yang baik. Disinilah masanya dimana etika profesionalisma kita akan teruji, kita perlu sentiasa mengawal diri agar tidak bersifat emosional dan sentiasa mengurus situasi dengan professional.