Kemalangan jalan raya meningkat setiap tahun dan menjadi masalah masyarakat. Untuk mengurangkan kemalangan, pihak berkuasa harus menegakkan undang-undang lalu lintas dan pengguna jalan raya harus menghayati pesan-pesan keselamatan. Media massa juga perlu menyiarkan iklan dan berita tentang bahaya kemalangan untuk meningkatkan kewaspadaan pengemudi. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk menang
1. Usaha - usaha Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya
Kebelakangan ini, isu kemalangan maut di jalan raya sudah menjadi 'buah mulut' masyarakat
kita. Saban tahun,peratusan kadar kemalangan di jalan raya yang dicatatkan sentiasa
meningkat.Dalam Kamus Dewan,ungkapan 'kemalangan' membawa konotasi
kecelakaan,kerugian dan kesusahan. Persoalannya,apakah usaha-usaha yang perlu di ambil
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Antaranya,pihak berkuasa harus penguatkuasakan undang undang jalan raya perlu
ditingkatkan agar penggunaan jalan raya lebih lebih berhemah semasa berada di jalan
raya.Ungkapan 'ingatlah orang yang tersayang' dan 'berhati hati di jalan raya perlu dihayati oleh
pengguna jalan raya agar mereka sentiasa selamat demi kebaikan bersama.
Selain itu,pihak media massa juga bertanggungjawab dalam misi untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya.Usaha-usaha yang boleh diambil oleh pihak media massa adalah
memaparkan iklan-iklan dan berita bahayanya kemalangan jalan raya di dada akhbar dan di kaca
televisyan.Melalui cara ini,pemandu-pemandu akan lebih berhati-hati di atas jalan raya.Hal ini
demikian,kadar kemalangan jalan raya akan terus berkurang.
Seterusnya,pengguna jalan raya seharusnya mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan.justeru,pengguna jalan raya dielakkan menggunakan barang-barang tiruan
terutamanya ketika menuju ke destinasi yang jauh kerana boleh menyebabkan perkara tidak
diingini berlaku.Oleh itu pengguna harus ingat mencegah lebih baik daripada mengubati maka
janganlah kita menyesal kemudian kerana 'nasi sudah menjadi bubur'.
Akhirulkalamnya,kerjasa daripada semua pihak amat diperlukan dalam menangani masalah
ini.Jika usaha-usaha ini diiktibarkan maka pasti kadar kemalangan jalan raya akan berkurang