SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 14
Globalisasi Menurut Pemikiran Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi


Definisi Globalisasi
Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan
keseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ) atau sejagat dan menyeluruh.


Beberapa definisi Globalisasi menurut pandangan sarjana Barat;
1. Oscar Ugarteche.
Globalisasi   ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi
sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. Ia dizahirkan dalam meningkatnya
pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta
(pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. Ia juga terzahir dalam
pertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individu
ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin
menekan.


2. Trezzini
Mentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas
melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan.


3. Mittelman (1996)
Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadan
dan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi
sesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain.


4. Martin Albrows
Memberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannya
manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakat
global.


5. Anthony Giddens
Anthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses menjadikan intensifnya
hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan
sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa
(lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya.


Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam


1. Dr. Muhammad Abid al-Jabiri
Dr. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitu
monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Ia bererti menjadikan
seseuatu berskala internasional, iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada
sesuatu yang tidak terbatas. Jadi, globalisasi mencakup erti penghapusan batas-batas
wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) dan
membiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini,
maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr.
Muhammad Abid lagi, kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jika
dilaungkan oleh suatu negara atau kelompok, ia bererti generalisasi pola hidup yang
tradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok, menjadikannya
menembus batas dunia seluruhnya. Bagi Dr. Muhammad Abid, globalisasi bolehlah
dianggap sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.


2. Dr. Taha Jabir al-Alwani
Dr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyai
kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda
ekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akan
memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan dengan
meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.


3. Prof. Chandra Muzaffar
Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagian
pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang
bersifat nasional.


Ciri-ciri Globalisasi
1. Bersifat tanpa batasan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkan
oleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk
negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu
unit. Menurut Marshall McLohan, dunia persis sebuah kampung. Segala hambatan dan
sekatan perbatasan yang lalu telah berjaya dilangkau.


2. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi
Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias
daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi
komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna
mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan
apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.


3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan)
Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain.
Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini
kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan
justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah
pinggiran. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya,
politik, ekonomi dan sebagainya.




Globalisasi Menurut Pemikiran al-Qardawi
Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi, al-Qardawi telah memetik pandangan Dr.
Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan bahawa globalisasi bermaksud menjadikan
sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Yakni memindahkan sesuatu dari kawasannya
yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang
pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara,
beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat
bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan
planet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan
sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.
Globalisasi(‘Aulamah) dan Kesejagatan (‘Alamiyyah)


Menurut al-Qardawi, secara eksplisit, erti globalisasi hampir sama dengan kesejagatan
ataupun universal yang dibawa oleh Islam. Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh al-
Quran dalam surah al-Anbiyaa’ [21]:107 mafhumnya:
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
Juga firman Allah dalam surah al-Furqan [25]:1 yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi
peringatan kepada seluruh alam”
Firman Allah lagi dalam surah Sad[38]:87-88 mafhumnya:
“Al-Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. Dan sesungguhnya kamu
akan mengetahui (kebenaran) berita al-Quran setelah beberapa waktu lagi.”


Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua
keturunan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’[17]:70 mafhumnya:
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam”


Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Semua yang ada di langit
dipermudahkan Allah untuk mereka. Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan
antara manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan
tanggungjawab. Manusia semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri
kepada Allah. Mereka semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah
SAW di hadapan perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya:
“Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah
satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga
bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang
yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah,
melainkan dengan takwa.
(Riwayat Ahmad)


Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran
kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”


Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini, al-Quran tidak pula
membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah
menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat
saling kenal-mengenal.


Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita melalui
propagandanya hingga ke hari ini adalah, pemaksaan pengaruh politik, ekonomi,
pengetahuan, budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia, khususnya dunia
Timur atau dunia ketiga, lebih khusus lagi dunia Islam. Inilah yang dilakukan oleh Amerika
Syarikat   berbekalkan   kemajuannya   dalam    bidang   ilmu   dan    teknologi,   kekuatan
ketenteraannya,   keupayaan    penguasaan      ekonominya   dan       keangkuhannya    yang
menganggap dirinya sebagai ketua dunia ini.


Globalisasi ala Amerik bukan bererti layanan saudara terhadap saudaranya sebagaimana
yang dikehendaki oleh Islam, malah bukan juga bererti layanan sekutu terhadap sekutunya
sebagaimana yang dikehendaki oleh orang-orang yang terhormat dan merdeka di mana-
mana tempat di dunia ini, tetapi ia sebenarnya bermaksud layanan tuan-tuan kepada hamba
abdinya, gergasi kepada si kerdil dan orang yang membesarkan diri terhadap orang yang
lemah.


Menurut al-Qardawi lagi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari nin
bererti membaratkan dunia atau dengan kata lain mengamerikakan dunia. Ia adalah nama
yang digunakan untuk penjajahan bentuk baru. Digunakan nama yang baru untuk
disesuaikan dengan zaman yang baru dengan tujuan hendak menguasai dunia di bawah
satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi. Jadi, ia bererti pemaksaan pengaruh Amerika ke
atas dunia. Mana-mana negara yang berani menentang atau melawan mesti diajar atau
dihukum sama ada dengan sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan, atau diserang secara
langsung sebagaimana halnya yang terjadi kepada Iraq, Sudan, Iran dan Libya. Ia juga
bererti pemaksaan polisi-polisi yang diinginkan oleh Amerika Syarika melalui pertubuhan-
pertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai oleh
Amerika seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan
Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan lain-lain lagi.


Globalisasi turut bermaksud, pemaksaan budaya Amerika yang khusus yang tegak di atas
falsafah materialisme (kebendaan) dan utilitarianisme (mengutamakan kepentingan diri dan
membuka kebebasan seluas-luasnya sehingga ke tahap menghalalkan apa sahaja). Segala
prasarana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencanangkan tujuan tersebut
melalui muktamar-muktamar atau persidangan-persidangan antarabangsa. Semua rumpun
bangsa dikerah supaya menyetujui objektif tersebut sama ada dengan cara ugutan atau pun
dengan cara pujuk rayu atau janji-janji manis.


Menurut al-Qardawi, hal ini nampak jelas dan ketara dalam Persidangan Penduduk yang
dilangsungkan di Kaherah pada musim panas tahun 1994M. Matlamat muktamar atau
persidangan tersebut ialah untuk mencanangkan satu deklarasi yang menghalalkan
pengguguran anak secara mutlak, biar apa pun sebabnya, menghalalkan perkahwinan
sejenis, memberikan kebebasan mempraktikkan seks di kalangan anak-anak, memperakui
kelahiran yang bukan melalui perkahwinan yang sah, sehingga hal-hal lain yang bercanggah
sama sekali dengan mana-mana agama langit dan bercanggah dengan mana-mana
peraturan yang diketahui oleh rumpun masyarakat kita. Padahal perkara-perkara merupakan
salah satu elemen yang membentuk masyarakat dan tamadunnya.


Bertolak dari sini menurut al-Qardawi lagi, kita dapati Universiti al-Azhar, Rabitah al-‘Alam al-
Islami di Makkah, Republik Islam Iran dan pelbagai jamaah Islam mengambil pendirian yang
seiringan Vatican (Roman Khatolik) dan tokoh-tokoh gereja untuk menentang aliran yang
merosakkan ini. Semuanya dapat merasai bahawa bahaya besar sedang menanti dan
mengancam nilai-nilai keimanan kepada Allah dan risalah-Nya, serta mengancam keluhuran
akhlak yang menjadi sebab Allah mengutuskan para Rasul-Nya. Kesan globalisasi juga
nampak ketara melalui Persidangan Wanita yang diadakan di Peking, China pada tahun
1995M. Ia adalah lanjutan, pengukuhan, dan penyempurnaan kepada persidangan yang
diadakan di Kaherah (1994).          Menurut al-Qardawi, Islam memperakui kekhususan-
kekhusasan yang telah ditentukan kepada mana-mana bangsa kerana ia merupakan satu
isu yang penting agar manusia tidak mengambil sikap melampaui terhadap manusia yang
lain sehingga menyebabkan mereka berusaha memadam kehendak naluri orang lain tanpa
kerelaannya dan memaksa orang lain mengikut kehendaknya.


Globalisasi Adalah Penjajahan Baru
Globalisasi dalam persepsi yang dilaungkan sekarang akhirnya akan memihak kepada
golongan yang kuat. Ia dicipta demi kepentingan negara-negara kaya melawan negara-
negara miskin, negara-negara dalam Blok NATO (North Atlantic Treaty Organzation atau
Pakatan Atlantik Utara) yang perkasa melawan negara-negara Selatan yang papa. Ini semua
berlaku, kerana ketidakseimbangan dalam pertarungan di ruang globalisasi ini.


Dari sinilah menurut al-Qardawi timbul persoalan, bagaimana kita membayangkan hasil
pertembungan antara yang kuat dengan yang lemah? Sebagaimana nasib pengendera unta
atau keldai bila harus berlumba dengan pemandu kereta, tentulah yang kuat akan menang.
Membuka     pintu   seluas-luasnya   dengan    alasan   globalisasi   dalam     bidang-bidang
perdagangan, ekonomi, eksport import atau dalam bidang maklumat dan telekomunikasi
akhirnya akan menguntungkan pihak yang kuat dan besar. Yang mendapat keuntungannya
ialah negara yang memiliki keupayaan ilmu, telekomunikasi dan teknologi yang tinggi dan
berkembang pesat, terutamanya negara yang mempunyai kemampuan, kekuatan dan
kekayaan yang lebih besar iaitulah Amerika Syarikat. Sementara negara-negara dunia ketiga
seperti yang mereka gelarkan terutamanya negara-negara Islam akan menjadi seperti yang
diungkapkan oleh seorang pemikir Algeria, Malik ben Nabi bahawa negara-negara ini tidak
mempunyai peluang dalam perlumbaan antarabangsa melainkan hanya mendapat sisa-sisa
yang lebih dari negara yang kuat. Itu pun jika masih ada (sisa-sisa) kepingan-kepingan yang
masih elok di sisi mereka untuk diberikan kepada orang lain.


Globalisasi adalah penjajahan silam dalam penjajahan silam dalam rupa dan nama yang
baru. Penjajahan yang hanya mengubah warnanya seperti bengkarung, menukar kulitnya
sepertinya ular, mengubah riak wajahnya seperti pelakon dan menukar namanya seperti
penipu. Akan tetapi ia tetap ia, walaupun bentuknya berubah dan namanya ditukar, iaitu
meninggi diri di atas muka bumi tanpa alasan yang benar, merasa tinggi sepertimana Firaun
yang merasa dirinya tinggi dan menjadikan rakyat jelatanya berkasta-kasta dan ditindas.
Tetapi bentuk baru ini menghendaki peninggian diri dan kerosakan di muka bumi seluruhnya.
Ia bukan setakat menindas satu kumpulan malah menindas semua rumpun bangsa di muka
Bumi demi kepentingan segelintir kecil daripada mereka.




Peranan Umat Islam Dalam Menangani Persoalan Globalisasi
Menurut Al-Qardawi, pada hakikatnya memang kita tidak berupaya untuk melarikan diri
daripada globalisasi . Kerana ternyata bahawa globalisasi itu ada sebahagiannya yang
terpaksa kita terima. Kita tidak berupaya untuk menolak atau melarikan diri daripada
kepungan dan tekanannya. Namun, kita juga tidak patut menerima bulat-bulat dan
menyerahdiri kepadanya dengan menunduk dan mengangguk-anggukkan sahaja kepala.
Seterusnya kita-bangsa Arab, umat Islam, bangsa Afrika dan negara-negara berkecuali serta
semua orang fakir dan tertindas di muka bumi ini- harus bergerak untuk melindungi diri kita
dari serangan gaya baru ini. Caranya ialah dengan kita saling bantu membantu dan
membentuk kekuatan sesama kita. Oleh itu dalam usaha untuk menangani persoalan
globalisasi ini, al-Qardawi menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kita umat
Islam:-


1.Menurut al-Qardawi langkah pertama yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah
menyedari bahawa umat Islam masih hidup dan bukannya mati. Tetapi mereka sedang tidur
atau ditidurkan. Justeru kita perlu membangunkan mereka daripada lenanya dan
mengejutkannya daripada kelalaiannya. Kita perlu mengembalikan kesedarannya tentang
identiti dan mesejnya serta peranan yang perlu dimainkan untuk dirinya dan orang lain. Umat
ini adalah umat universal. Ia adalah umat yang tidak keluar sendiri akan tetapi dikeluarkan
untuk manusia supaya dapat memberi manfaat kepada mereka, menyampaikan hidayah dan
kebaikan. Umat kita tidak akan mampu menyumbang kebaikan kepada orang lain sebelum
disumbangkan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Sesungguhnya pembaikan dalaman itu
diperlukan sebelum pembaikan luaran. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan, kita wajib
mengembalikan kesedaran rakyat kita dengan kesedaran yang berdasarkan keterangan
yang jelas, jauh daripada unsur pelampauan, penghinaan dan penakutan. Kita wajib
membuang semua hal yang negatif dalam pemikiran dan tingkahlaku kita. Hal-hal negatif itu
ialah seperti mersa cukup untuk bersenandung dengan kehebatan nenek moyang pada
masa silam atau meratapi keruntuhan tamadun yang pernah bergemilang suatu masa
dahulu atau memaki hamun Barat dan menyerang tamadun materialistiknya. Memuji-muji
warisan silam tidak memberikan manfaat kalau umat yang ada sekarang tidak hidup.
Menangisi keruntuhan silam adalah perangai penyair-penyair yang sentimental. Ia bukannya
sikap orang berupaya membangunkan tamadun. Mencaci-maki orang lain – sekali pun orang
yang dicaci itu jahat – tidak memberikan sebarang faedah selagikita tidak berjaya
menyedarkan mereka – atau sekurang-kurangnya menandingi – dengan gerak kerja dan
usaha kita. Menurut al-Qardawi lagi, kita perlu mencipta kemuliaan yang baru untuk diri kita
dengan usaha dan pemikiran sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang kita masa
dulu iaitu semasa zaman kegemilangan kita dahulu. Kita wajib memenuhi hati anak-anak kita
dengan keimanan, cita-cita dan keazaman jitu serta keyakinan kepada Allah, kemudian
keyakinan kepada diri sendiri.


Kita mesti menjadi orang yang berani dan snggup mengaku penyakit jiwa yang ada pada kita
serta kerosakan akal dan penyelewengan tingkah laku kita. Kita patut mengakui penyakit
sosial yang menimpa kita dan keadaan ekonomi kita yang negatif serta kesilapan kita dalam
politik. Pengakuan kita itu bukannya bererti kita menyerah kalah dan berputus asa untuk
mencari rawatannya. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada simpulan
yang tidak terungkai. Apabila kita telah mengenali punca-punca, maka barulah kita dapat
menentukan jenis penyakit dan menemukan ubatnya. Langkah pertama untuk rawatan ini
ialah dengan mengenal pasti kekurangan-kekurangan yang ada pada kita. Jangan kita
persalahkan orang lain atas segala kerosakan yang terjadi. Kita mesti berusaha keras
mengubah kelemahan diri kita. Maka dengan cara itu barulah hidup kita dan masyarakat
berubah sejajar dengan sunnah Allah yang terungkap melalui firman-Nya dalam Surah al-
Ra‘d 13:11,mafhumnya;


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”




2. Memantapkan Akidah
Seterusnya peranan utama masyarakat Islam hari ini ialah memelihara, menjaga dan
menegakkan akidah serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam ini. Justeru, dalam
menghadapi gelombang globalisasi hari ini umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa
kerana ia akan meruntuhkan umat Islam sendiri. Oleh itu umat Islam seharusnya saling ingat
mengingati antara satu sama lain dan menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya
mempertahankan akidah, pemikiran dan budaya Islam agar tidak terpesong dan terpedaya
dengan arus globalisasi yang boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu
Muslim. Rentetan daripada itu, sikap yang paling tepat dalam menangani arus globalisasi ini
ialah dengan bersikap sederhana. Contohnya berusaha mengambil elemen-elemen yang
positif daripada perkembangan globalisasi dan sekaligus berusaha menjauhi segala elemen
negatif sama ada dari segi material mahupun spiritual dan menjadikan iman sebagai benteng
utama.


3. Menguasai Aspek Ekonomi.


Ekonomi merupakan aspek yang sangat penting apabila kita berhadapan dengan arus
globalisasi . Apabila kita memperkatakan tentang ekonomi, kita sebenarnya tidak dapat lari
dari dunia perniagaan dan kewangan. Perkembangan teknologi sepatutnya disedari oleh
seluruh umat Isam. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu adalah bergantung
kepada kekuatan, kestabilan dan kemantapan ekonominya.


Oleh itu, umat Islam perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan ekonomi, contohnya istilah-istilah serta sistem ekonomi dengan syarat ia
tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pada masa yang sama ia mestilah bermatlamat
untuk membangunkan ekonomi Islam. Menurut al-Qardawi , apabila kita dapat menguasai
ekonomi secara tidak langsung ia akan dapat membina jati diri umat Islam, lebih-lebih lagi
apabila berhadapan dengan arus globalisasi ini. Seterusnya, tanpa adanya jati diri, umat
Islam tidak akan mampu untuk menepis segala unsur negatif yang datang dari Barat.


Al-Qardawi juga turut menekankan bahawa sudah tiba masanya umat Islam membuka mata
dan pemikiran agar tidak perlu lagi bergantung dengan segala yang datang dari Barat
contohnya dalam bidang industri, pakar-pakar asing dan ubat-ubatan. Selain itu, dengan
penguasaan ekonomi dan kemahiran kita mampu untuk menyampaikan kalimah-kalimah
dakwah melalui berbagai-bagai media sama ada cetak, radio,televisyen dan internet yang
amat meluas penggunaannya kini di kalangan masyarakat global.
4. Menguasai Ilmu Pengetahuan.
Menurut al-Qardawi , dalam menangani persoalan globalisasi ini, sikap yang patut kita ambil
ialah sikap bersederhana. Maksudnya ialah menjadi orang yang berusaha keras mengaut
faedah segala yang positif daripada globalisasi dan keterbukaannya dan sekaligus berusaha
sekuat mungkin untuk menjauhi hal-hal negatifnya, baik berupa material mahu pun spritual.
Caranya ialah percaya kepada diri sendiri, bekerja sekuat tenaga untuk memajukan
kemampuan dan memperbaiki potensi yang ada pada diri kita, agar hari ini lebih baik
daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.


Ini bererti menurut al-Qardawi , kita hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan
menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman. Dengan itu kita dapat menguasai sumber
pendapatan, sektor pertanian, sektor industeri, pentadbiran dan pengurusan kita. Tetapi
sebelum itu semua, kita hendaklah terlebih dahulu memajukan keinsanan kita, kerana
keinsanan itulah jalan dan matlamat untuk pembangunan dan kemajuan. Untuk tujuan
tersebut, kita mestilah berusaha merealisasikannya sama ada secara bersendirian atau
secara kolektif. Usaha ini hendaklah terus menerus dijalankan sehinggalah kita semua telah
memainkan peranan masing-masing di dunia ini lalu kita tidak lagi menjadi beban kepada
orang lain.




5. Menggunakan Sepenuhnya Kemudahan dan Kemajuan Teknoloji Maklumat Terkini.
Menurut al-Qardawi lagi, dalam menghadapi era globalisasi ini, menjadi kewajipan keatas
setiap orang Islam memanfaatkan bahan-bahan cetak, photostat, komputer, radio dan
televisyen,   khususnya   alat-alat   penyiaran,   saluran   satelit   dan   sebagainya   dalam
menyampaikan dakwah Islam dan memberikan kesedaran tentang islam. Umat ini juga wajib
menggunakan alat-alat baru (internet) yang menguasai dunia hari ini yang dapat mrmecah
tembok dan menyemberangi belantara dan lautan untuk menyerang segenap tempat dan
mengubah fikirah manusia. Alat ini boleh memusnahkan, juga boleh membina. Ia sesuai
untuk menyemai kebaikan atau kejahatan. Justeru, harapan al-Qardawi , marilah kita
menggunakannya untuk tujuan kebenaran dan kebaikan bukannya untuk kebatilan dan
kejahatan. Ia telah menjadi satu keperluan utama untuk memberikan perkhidmatan Islam
melalui internet. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan bahawa tanggungjawab ini telah
menjadi satu kefarduan dan keutamaan kepada kita. Kefarduan kerana ia diwajibkan oleh
ajaran agama, dan keutamaan berdasarkan tuntutan semasa.


Kita ditakdirkan untuk melaksanakan peranan ini. Oleh kerana itu perlu ada website Islam di
internet yang istimewa dan dipercayai di kalangan semua umat Islam dan bukan Islam.
Website ini mampu untuk berbahas dengan orang lain dan mampu pula menandingi mereka.
Orang Islam hendaklah sentiasa mempunyai matlamat untuk melakukan yang terbaik
sahaja. Kita dituntut untuk bekerja, berusaha keras dan mengadakan pembaharuan. Website
yang dibangunkan ini tidak menggambarkan halatuju negara tertentu atau puak tertentu.
Malah ia mengungkapkan tentang Islam yang tulin dan lengkap dengan asas-asas dan ciri-
cirinya. Tujuan website ini dapat diringkaskan menerusi sepuluh objektif berikut;-


   1. Mesejnya disampaikan kepada umat Islam dan bukan Islam untuk membetulkan
      kefahaman mereka dan memjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan serta
      membuang kekeliruan dan menolak segala rekaan terhadap Islam.


   2. Mempersembahkan Islam dalam bentuk yang syumul dan lengkap melengkapi dari
      sudut akidah, ibadah, akhlak, adab, perundangan dan peradaban.


   3. Memetik ajaran Islam, hukum-hakamnya dan nilai-nilainya daripada sumbernya yang
      sebenar iaitu al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagaimana yang difahami oleh
      generasi para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka.


   4. Berpegang kepada kesederhanaan Islam dan realiti yang ada. Justeru, ia tidak
      cenderung kepada kefanatikan.


   5. Berpegang kepada fatwa yang memudahkan dan dakwah yang menyenangkan.


   6. Mempertemukan antara yang asal dan semasa dengancara mendapatkan inspirasi
      daripada bahan-bahan silam yang banyak dan dirujuk kepada imam-imam besar
      untuk diambil ilmu dan manfaatnya.
7. Tdak taasub kepada sesuatu pandangan silam, idea baru, institusi (aliran) atau
      individu tertentu. Setiap orang boleh diterima pandangannya dan boleh ditolak
      melainkan Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum.


   8. Berurusan dengan semua manusia sekalipun bertentangan pendapat dengan cara
      yang lembut dan tidak kasar dan keras. Berdialog dengan cara yang terbaik,
      memenangi hati manusia dengan kasih sayang, bukannya dengan kebencian.


   9. Website ini akan saling bergandingan dengan website-website Islam yang lain, di
      mana kita tidak perlu mencampur aduk dan mengulang-gulang sesuatu tanpa
      keperluan dan alasan. Website ini akan bekerjasama dengan semua yang bekerja di
      lapangan ini dan akan cuba membuat penyelarasan dengan mereka jika ada
      kesempatan.




   10.Menggabungkan antara isi kandungan yang ilmiah dan rupa bentuk persembahan
      yang menarik. Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Untuk tujuan isi
      kandungan ilmiah maka ia dilakukan oleh satu badan uang terdiri daripada ulama
      syariah yang berwibawa. Untuk tujuan persembahan yang menarik pula, ia dilakukan
      oleh sekumpulan ahli profesional dalam ilmu komputer.




Kesimpulan


Manusia hari ini menurut al-Qardawi terpaksa berhadapan dengan globalisasi . Kita,umat
Islam seharusnya mengambil sikap sederhana dengan berusaha mengambil manfaat apa
yang baik dan menghindarkan apa yang buruk. Globalisasi kelihatan pada hari ini seolah-
olah dipaksakan ke atas kita dan kita tidak mungkin dapat lari daripada tekanandan
kepungannya. Oleh itu kita perlu menghadapinya dengan mengambil sikap menyaring yang
baik dan kita hendaklah saling bekerjasama menghindarkan aspek-aspek negatifnya.
Caranya ialah dengan meningkatkan kualiti dan potensi yang ada pada kita, mengerah
segenap keupayaan dan tenaga kita serta bersatu menghadapi globalisasi , bukannya
bersendirian, kerana sokongan Allah itu sentiasa bersama jamaah. Kita juga mesti
mengambil faedah daripada semua mekanisme globalisasi dan peluang yang ada untuk
menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Amanah inilah yang Allah pikulkan ke atas
bahu kita. Oleh itu website Islam Antarabangsa yang dinamakan Islam On Line adalah
merupakan salah satu usaha semasa yang diperkenalkan untuk menyahut cabaranh
globalisasi . Sama-samalah kita memberikan sumbangan terhadap projek yang besar ini.


Rujukan


   1. Yusuf al-Qardawi .2000. Al-Muslimin wa al-‘Aulamah. Al-Qahirah : Dar al-Tauzi ‘ wa
      al-Nasyr al-Islamiyyah.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPenyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)Abdul Khaliq
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahIzzat Amir
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinQaseh Nur Husna
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn salmy1001
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Nor Fadzilah Md Ehwan
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanMahyuddin Khalid
 
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamPenggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamMahyuddin Khalid
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh
 

Was ist angesagt? (20)

Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPenyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Matlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islamMatlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islam
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 
Bab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmuBab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmu
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 
Menipu
MenipuMenipu
Menipu
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn Bay’ al inah dan bay dayn
Bay’ al inah dan bay dayn
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
 
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi IslamPenggunaan Menurut Ekonomi Islam
Penggunaan Menurut Ekonomi Islam
 
Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah
 

Andere mochten auch

Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasihalilibun
 
Persoalan kajian
Persoalan kajianPersoalan kajian
Persoalan kajianAmi Uya
 
Globalization on islamic perspective
Globalization on islamic perspectiveGlobalization on islamic perspective
Globalization on islamic perspectivesukimas
 
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...Farisha Raz
 
Globalisasi kelas 3 SMP
Globalisasi kelas 3 SMPGlobalisasi kelas 3 SMP
Globalisasi kelas 3 SMPAhmad Naufal
 
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslim
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslimCabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslim
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslimynaPark
 
perkembangan islam pada masa modern
perkembangan islam pada masa modernperkembangan islam pada masa modern
perkembangan islam pada masa modernRakha Al
 
Membentuk keluarga muslim ppt
Membentuk keluarga muslim pptMembentuk keluarga muslim ppt
Membentuk keluarga muslim ppthepriyansah
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...Photo Setudio Planet solo grand mall
 
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaPengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaAnwar Luriohk
 

Andere mochten auch (20)

Bab 12 globalisasi
Bab 12 globalisasiBab 12 globalisasi
Bab 12 globalisasi
 
Tamadun Islam
Tamadun IslamTamadun Islam
Tamadun Islam
 
Kesan globalisasi
Kesan globalisasiKesan globalisasi
Kesan globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasi
 
Presentasi globalisasi
Presentasi globalisasiPresentasi globalisasi
Presentasi globalisasi
 
Persoalan kajian
Persoalan kajianPersoalan kajian
Persoalan kajian
 
Globalization on islamic perspective
Globalization on islamic perspectiveGlobalization on islamic perspective
Globalization on islamic perspective
 
Wanita & islam
Wanita & islamWanita & islam
Wanita & islam
 
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...
REALITI DUNIA ISLAM KINI, CABARAN, HALANGAN SERTA STRATEGI MENGHADAPI CABARAN...
 
Globalisasi kelas 3 SMP
Globalisasi kelas 3 SMPGlobalisasi kelas 3 SMP
Globalisasi kelas 3 SMP
 
PAI ppt
PAI pptPAI ppt
PAI ppt
 
Islam pada masa modern
Islam pada masa modernIslam pada masa modern
Islam pada masa modern
 
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslim
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslimCabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslim
Cabaran globalisasi terhadap jati diri melayu muslim
 
perkembangan islam pada masa modern
perkembangan islam pada masa modernperkembangan islam pada masa modern
perkembangan islam pada masa modern
 
Membentuk keluarga muslim ppt
Membentuk keluarga muslim pptMembentuk keluarga muslim ppt
Membentuk keluarga muslim ppt
 
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...
Makalah pengaruh globalisasi terhadap kehidupan bangsa dan negara dalam bidan...
 
Globalisasi ppt
Globalisasi pptGlobalisasi ppt
Globalisasi ppt
 
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budayaPengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
Pengaruh globalisasi terhadap sosial budaya
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 

Ähnlich wie Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi

Tugas Kedua PKn.docx
Tugas Kedua PKn.docxTugas Kedua PKn.docx
Tugas Kedua PKn.docxayiknina
 
Manusia dan peradaban
Manusia dan peradabanManusia dan peradaban
Manusia dan peradabanTriPippo1
 
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomiPeranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomiaswajanu
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
GlobalisasiKang Is
 
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...Haristian Sahroni Putra
 
Rangkuman globalisasi kelas 9 smp
Rangkuman globalisasi kelas 9 smpRangkuman globalisasi kelas 9 smp
Rangkuman globalisasi kelas 9 smpMuslimatur Rohmah
 
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptx
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptxBab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptx
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptxAndiNurulFatma1
 
Globalisasi 2020
Globalisasi 2020Globalisasi 2020
Globalisasi 2020S'Roni Roni
 
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi agustinvidya
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiBayu Setiawan
 

Ähnlich wie Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi (20)

globalisasi
globalisasiglobalisasi
globalisasi
 
Makalah pengaruh globalisasi di bidang pertahanan indonesia 2
Makalah pengaruh globalisasi di bidang pertahanan indonesia 2Makalah pengaruh globalisasi di bidang pertahanan indonesia 2
Makalah pengaruh globalisasi di bidang pertahanan indonesia 2
 
Tugas Kedua PKn.docx
Tugas Kedua PKn.docxTugas Kedua PKn.docx
Tugas Kedua PKn.docx
 
Manusia dan peradaban
Manusia dan peradabanManusia dan peradaban
Manusia dan peradaban
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomiPeranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
Peranan aswaja dalam menangani globalisasi ekonomi
 
Tugas p kn
Tugas p knTugas p kn
Tugas p kn
 
Makalah pengaruh globaliasi
Makalah pengaruh globaliasiMakalah pengaruh globaliasi
Makalah pengaruh globaliasi
 
Globalisasi
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
 
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
Kapita Selekta Pendidikan - Pendidikan Pesantren dalam Menghadapi Era Globali...
 
Rangkuman globalisasi kelas 9 smp
Rangkuman globalisasi kelas 9 smpRangkuman globalisasi kelas 9 smp
Rangkuman globalisasi kelas 9 smp
 
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptx
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptxBab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptx
Bab 2 MATERI Globalisasi dan PrubahanKomunitas Lokal.pptx
 
Bab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllllBab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllll
 
Bab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllllBab i globalllllllllllll
Bab i globalllllllllllll
 
Makalah globalisasi dalam budaya
Makalah globalisasi dalam budayaMakalah globalisasi dalam budaya
Makalah globalisasi dalam budaya
 
Globalisasi 2020
Globalisasi 2020Globalisasi 2020
Globalisasi 2020
 
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi
makalah perekonomian indonesia dalam era globalisasi
 
Makalah globalisasi1234
Makalah globalisasi1234Makalah globalisasi1234
Makalah globalisasi1234
 
Makalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasiMakalah pengaruh globalisasi
Makalah pengaruh globalisasi
 

Globalisasi menurut islam dr1-yusof-al qardawi

  • 1. Globalisasi Menurut Pemikiran Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi Definisi Globalisasi Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan keseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ) atau sejagat dan menyeluruh. Beberapa definisi Globalisasi menurut pandangan sarjana Barat; 1. Oscar Ugarteche. Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. Ia dizahirkan dalam meningkatnya pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta (pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. Ia juga terzahir dalam pertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan. 2. Trezzini Mentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan. 3. Mittelman (1996) Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain. 4. Martin Albrows Memberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannya manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakat global. 5. Anthony Giddens Anthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses menjadikan intensifnya hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan
  • 2. sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa (lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya. Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam 1. Dr. Muhammad Abid al-Jabiri Dr. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitu monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Ia bererti menjadikan seseuatu berskala internasional, iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada sesuatu yang tidak terbatas. Jadi, globalisasi mencakup erti penghapusan batas-batas wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) dan membiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. Dari pemahaman ini, maka batas negara, nasionalisme, atau umat harus dilenyapkan. Seterusnya menurut Dr. Muhammad Abid lagi, kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jika dilaungkan oleh suatu negara atau kelompok, ia bererti generalisasi pola hidup yang tradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok, menjadikannya menembus batas dunia seluruhnya. Bagi Dr. Muhammad Abid, globalisasi bolehlah dianggap sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika. 2. Dr. Taha Jabir al-Alwani Dr. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda ekonomi, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Superpower tersebut akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran. 3. Prof. Chandra Muzaffar Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan, sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional. Ciri-ciri Globalisasi 1. Bersifat tanpa batasan
  • 3. Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkan oleh manusia. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit. Menurut Marshall McLohan, dunia persis sebuah kampung. Segala hambatan dan sekatan perbatasan yang lalu telah berjaya dilangkau. 2. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. Ini bermakna mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan. 3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan) Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru, malahan sudah lama wujud dan bertapak. Ini kerana, pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun, malahan aspek budaya, politik, ekonomi dan sebagainya. Globalisasi Menurut Pemikiran al-Qardawi Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi, al-Qardawi telah memetik pandangan Dr. Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan bahawa globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. Yakni memindahkan sesuatu dari kawasannya yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan. Justeru, globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara, beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan, kerajaan dan sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi.
  • 4. Globalisasi(‘Aulamah) dan Kesejagatan (‘Alamiyyah) Menurut al-Qardawi, secara eksplisit, erti globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam. Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh al- Quran dalam surah al-Anbiyaa’ [21]:107 mafhumnya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Juga firman Allah dalam surah al-Furqan [25]:1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh alam” Firman Allah lagi dalam surah Sad[38]:87-88 mafhumnya: “Al-Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita al-Quran setelah beberapa waktu lagi.” Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’[17]:70 mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam” Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Semua yang ada di langit dipermudahkan Allah untuk mereka. Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan antara manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan tanggungjawab. Manusia semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Mereka semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW di hadapan perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya: “Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab, tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah, melainkan dengan takwa. (Riwayat Ahmad) Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya:
  • 5. “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini, al-Quran tidak pula membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal. Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita melalui propagandanya hingga ke hari ini adalah, pemaksaan pengaruh politik, ekonomi, pengetahuan, budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia, khususnya dunia Timur atau dunia ketiga, lebih khusus lagi dunia Islam. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat berbekalkan kemajuannya dalam bidang ilmu dan teknologi, kekuatan ketenteraannya, keupayaan penguasaan ekonominya dan keangkuhannya yang menganggap dirinya sebagai ketua dunia ini. Globalisasi ala Amerik bukan bererti layanan saudara terhadap saudaranya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam, malah bukan juga bererti layanan sekutu terhadap sekutunya sebagaimana yang dikehendaki oleh orang-orang yang terhormat dan merdeka di mana- mana tempat di dunia ini, tetapi ia sebenarnya bermaksud layanan tuan-tuan kepada hamba abdinya, gergasi kepada si kerdil dan orang yang membesarkan diri terhadap orang yang lemah. Menurut al-Qardawi lagi, globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari nin bererti membaratkan dunia atau dengan kata lain mengamerikakan dunia. Ia adalah nama yang digunakan untuk penjajahan bentuk baru. Digunakan nama yang baru untuk disesuaikan dengan zaman yang baru dengan tujuan hendak menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi. Jadi, ia bererti pemaksaan pengaruh Amerika ke atas dunia. Mana-mana negara yang berani menentang atau melawan mesti diajar atau dihukum sama ada dengan sekatan ekonomi, ancaman ketenteraan, atau diserang secara langsung sebagaimana halnya yang terjadi kepada Iraq, Sudan, Iran dan Libya. Ia juga
  • 6. bererti pemaksaan polisi-polisi yang diinginkan oleh Amerika Syarika melalui pertubuhan- pertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai oleh Amerika seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan lain-lain lagi. Globalisasi turut bermaksud, pemaksaan budaya Amerika yang khusus yang tegak di atas falsafah materialisme (kebendaan) dan utilitarianisme (mengutamakan kepentingan diri dan membuka kebebasan seluas-luasnya sehingga ke tahap menghalalkan apa sahaja). Segala prasarana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencanangkan tujuan tersebut melalui muktamar-muktamar atau persidangan-persidangan antarabangsa. Semua rumpun bangsa dikerah supaya menyetujui objektif tersebut sama ada dengan cara ugutan atau pun dengan cara pujuk rayu atau janji-janji manis. Menurut al-Qardawi, hal ini nampak jelas dan ketara dalam Persidangan Penduduk yang dilangsungkan di Kaherah pada musim panas tahun 1994M. Matlamat muktamar atau persidangan tersebut ialah untuk mencanangkan satu deklarasi yang menghalalkan pengguguran anak secara mutlak, biar apa pun sebabnya, menghalalkan perkahwinan sejenis, memberikan kebebasan mempraktikkan seks di kalangan anak-anak, memperakui kelahiran yang bukan melalui perkahwinan yang sah, sehingga hal-hal lain yang bercanggah sama sekali dengan mana-mana agama langit dan bercanggah dengan mana-mana peraturan yang diketahui oleh rumpun masyarakat kita. Padahal perkara-perkara merupakan salah satu elemen yang membentuk masyarakat dan tamadunnya. Bertolak dari sini menurut al-Qardawi lagi, kita dapati Universiti al-Azhar, Rabitah al-‘Alam al- Islami di Makkah, Republik Islam Iran dan pelbagai jamaah Islam mengambil pendirian yang seiringan Vatican (Roman Khatolik) dan tokoh-tokoh gereja untuk menentang aliran yang merosakkan ini. Semuanya dapat merasai bahawa bahaya besar sedang menanti dan mengancam nilai-nilai keimanan kepada Allah dan risalah-Nya, serta mengancam keluhuran akhlak yang menjadi sebab Allah mengutuskan para Rasul-Nya. Kesan globalisasi juga nampak ketara melalui Persidangan Wanita yang diadakan di Peking, China pada tahun 1995M. Ia adalah lanjutan, pengukuhan, dan penyempurnaan kepada persidangan yang diadakan di Kaherah (1994). Menurut al-Qardawi, Islam memperakui kekhususan- kekhusasan yang telah ditentukan kepada mana-mana bangsa kerana ia merupakan satu
  • 7. isu yang penting agar manusia tidak mengambil sikap melampaui terhadap manusia yang lain sehingga menyebabkan mereka berusaha memadam kehendak naluri orang lain tanpa kerelaannya dan memaksa orang lain mengikut kehendaknya. Globalisasi Adalah Penjajahan Baru Globalisasi dalam persepsi yang dilaungkan sekarang akhirnya akan memihak kepada golongan yang kuat. Ia dicipta demi kepentingan negara-negara kaya melawan negara- negara miskin, negara-negara dalam Blok NATO (North Atlantic Treaty Organzation atau Pakatan Atlantik Utara) yang perkasa melawan negara-negara Selatan yang papa. Ini semua berlaku, kerana ketidakseimbangan dalam pertarungan di ruang globalisasi ini. Dari sinilah menurut al-Qardawi timbul persoalan, bagaimana kita membayangkan hasil pertembungan antara yang kuat dengan yang lemah? Sebagaimana nasib pengendera unta atau keldai bila harus berlumba dengan pemandu kereta, tentulah yang kuat akan menang. Membuka pintu seluas-luasnya dengan alasan globalisasi dalam bidang-bidang perdagangan, ekonomi, eksport import atau dalam bidang maklumat dan telekomunikasi akhirnya akan menguntungkan pihak yang kuat dan besar. Yang mendapat keuntungannya ialah negara yang memiliki keupayaan ilmu, telekomunikasi dan teknologi yang tinggi dan berkembang pesat, terutamanya negara yang mempunyai kemampuan, kekuatan dan kekayaan yang lebih besar iaitulah Amerika Syarikat. Sementara negara-negara dunia ketiga seperti yang mereka gelarkan terutamanya negara-negara Islam akan menjadi seperti yang diungkapkan oleh seorang pemikir Algeria, Malik ben Nabi bahawa negara-negara ini tidak mempunyai peluang dalam perlumbaan antarabangsa melainkan hanya mendapat sisa-sisa yang lebih dari negara yang kuat. Itu pun jika masih ada (sisa-sisa) kepingan-kepingan yang masih elok di sisi mereka untuk diberikan kepada orang lain. Globalisasi adalah penjajahan silam dalam penjajahan silam dalam rupa dan nama yang baru. Penjajahan yang hanya mengubah warnanya seperti bengkarung, menukar kulitnya sepertinya ular, mengubah riak wajahnya seperti pelakon dan menukar namanya seperti penipu. Akan tetapi ia tetap ia, walaupun bentuknya berubah dan namanya ditukar, iaitu meninggi diri di atas muka bumi tanpa alasan yang benar, merasa tinggi sepertimana Firaun yang merasa dirinya tinggi dan menjadikan rakyat jelatanya berkasta-kasta dan ditindas. Tetapi bentuk baru ini menghendaki peninggian diri dan kerosakan di muka bumi seluruhnya.
  • 8. Ia bukan setakat menindas satu kumpulan malah menindas semua rumpun bangsa di muka Bumi demi kepentingan segelintir kecil daripada mereka. Peranan Umat Islam Dalam Menangani Persoalan Globalisasi Menurut Al-Qardawi, pada hakikatnya memang kita tidak berupaya untuk melarikan diri daripada globalisasi . Kerana ternyata bahawa globalisasi itu ada sebahagiannya yang terpaksa kita terima. Kita tidak berupaya untuk menolak atau melarikan diri daripada kepungan dan tekanannya. Namun, kita juga tidak patut menerima bulat-bulat dan menyerahdiri kepadanya dengan menunduk dan mengangguk-anggukkan sahaja kepala. Seterusnya kita-bangsa Arab, umat Islam, bangsa Afrika dan negara-negara berkecuali serta semua orang fakir dan tertindas di muka bumi ini- harus bergerak untuk melindungi diri kita dari serangan gaya baru ini. Caranya ialah dengan kita saling bantu membantu dan membentuk kekuatan sesama kita. Oleh itu dalam usaha untuk menangani persoalan globalisasi ini, al-Qardawi menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kita umat Islam:- 1.Menurut al-Qardawi langkah pertama yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah menyedari bahawa umat Islam masih hidup dan bukannya mati. Tetapi mereka sedang tidur atau ditidurkan. Justeru kita perlu membangunkan mereka daripada lenanya dan mengejutkannya daripada kelalaiannya. Kita perlu mengembalikan kesedarannya tentang identiti dan mesejnya serta peranan yang perlu dimainkan untuk dirinya dan orang lain. Umat ini adalah umat universal. Ia adalah umat yang tidak keluar sendiri akan tetapi dikeluarkan untuk manusia supaya dapat memberi manfaat kepada mereka, menyampaikan hidayah dan kebaikan. Umat kita tidak akan mampu menyumbang kebaikan kepada orang lain sebelum disumbangkan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Sesungguhnya pembaikan dalaman itu diperlukan sebelum pembaikan luaran. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan, kita wajib mengembalikan kesedaran rakyat kita dengan kesedaran yang berdasarkan keterangan yang jelas, jauh daripada unsur pelampauan, penghinaan dan penakutan. Kita wajib membuang semua hal yang negatif dalam pemikiran dan tingkahlaku kita. Hal-hal negatif itu ialah seperti mersa cukup untuk bersenandung dengan kehebatan nenek moyang pada masa silam atau meratapi keruntuhan tamadun yang pernah bergemilang suatu masa dahulu atau memaki hamun Barat dan menyerang tamadun materialistiknya. Memuji-muji
  • 9. warisan silam tidak memberikan manfaat kalau umat yang ada sekarang tidak hidup. Menangisi keruntuhan silam adalah perangai penyair-penyair yang sentimental. Ia bukannya sikap orang berupaya membangunkan tamadun. Mencaci-maki orang lain – sekali pun orang yang dicaci itu jahat – tidak memberikan sebarang faedah selagikita tidak berjaya menyedarkan mereka – atau sekurang-kurangnya menandingi – dengan gerak kerja dan usaha kita. Menurut al-Qardawi lagi, kita perlu mencipta kemuliaan yang baru untuk diri kita dengan usaha dan pemikiran sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang kita masa dulu iaitu semasa zaman kegemilangan kita dahulu. Kita wajib memenuhi hati anak-anak kita dengan keimanan, cita-cita dan keazaman jitu serta keyakinan kepada Allah, kemudian keyakinan kepada diri sendiri. Kita mesti menjadi orang yang berani dan snggup mengaku penyakit jiwa yang ada pada kita serta kerosakan akal dan penyelewengan tingkah laku kita. Kita patut mengakui penyakit sosial yang menimpa kita dan keadaan ekonomi kita yang negatif serta kesilapan kita dalam politik. Pengakuan kita itu bukannya bererti kita menyerah kalah dan berputus asa untuk mencari rawatannya. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada simpulan yang tidak terungkai. Apabila kita telah mengenali punca-punca, maka barulah kita dapat menentukan jenis penyakit dan menemukan ubatnya. Langkah pertama untuk rawatan ini ialah dengan mengenal pasti kekurangan-kekurangan yang ada pada kita. Jangan kita persalahkan orang lain atas segala kerosakan yang terjadi. Kita mesti berusaha keras mengubah kelemahan diri kita. Maka dengan cara itu barulah hidup kita dan masyarakat berubah sejajar dengan sunnah Allah yang terungkap melalui firman-Nya dalam Surah al- Ra‘d 13:11,mafhumnya; “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” 2. Memantapkan Akidah Seterusnya peranan utama masyarakat Islam hari ini ialah memelihara, menjaga dan menegakkan akidah serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam ini. Justeru, dalam menghadapi gelombang globalisasi hari ini umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa kerana ia akan meruntuhkan umat Islam sendiri. Oleh itu umat Islam seharusnya saling ingat
  • 10. mengingati antara satu sama lain dan menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya mempertahankan akidah, pemikiran dan budaya Islam agar tidak terpesong dan terpedaya dengan arus globalisasi yang boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu Muslim. Rentetan daripada itu, sikap yang paling tepat dalam menangani arus globalisasi ini ialah dengan bersikap sederhana. Contohnya berusaha mengambil elemen-elemen yang positif daripada perkembangan globalisasi dan sekaligus berusaha menjauhi segala elemen negatif sama ada dari segi material mahupun spiritual dan menjadikan iman sebagai benteng utama. 3. Menguasai Aspek Ekonomi. Ekonomi merupakan aspek yang sangat penting apabila kita berhadapan dengan arus globalisasi . Apabila kita memperkatakan tentang ekonomi, kita sebenarnya tidak dapat lari dari dunia perniagaan dan kewangan. Perkembangan teknologi sepatutnya disedari oleh seluruh umat Isam. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu adalah bergantung kepada kekuatan, kestabilan dan kemantapan ekonominya. Oleh itu, umat Islam perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ekonomi, contohnya istilah-istilah serta sistem ekonomi dengan syarat ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pada masa yang sama ia mestilah bermatlamat untuk membangunkan ekonomi Islam. Menurut al-Qardawi , apabila kita dapat menguasai ekonomi secara tidak langsung ia akan dapat membina jati diri umat Islam, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan arus globalisasi ini. Seterusnya, tanpa adanya jati diri, umat Islam tidak akan mampu untuk menepis segala unsur negatif yang datang dari Barat. Al-Qardawi juga turut menekankan bahawa sudah tiba masanya umat Islam membuka mata dan pemikiran agar tidak perlu lagi bergantung dengan segala yang datang dari Barat contohnya dalam bidang industri, pakar-pakar asing dan ubat-ubatan. Selain itu, dengan penguasaan ekonomi dan kemahiran kita mampu untuk menyampaikan kalimah-kalimah dakwah melalui berbagai-bagai media sama ada cetak, radio,televisyen dan internet yang amat meluas penggunaannya kini di kalangan masyarakat global.
  • 11. 4. Menguasai Ilmu Pengetahuan. Menurut al-Qardawi , dalam menangani persoalan globalisasi ini, sikap yang patut kita ambil ialah sikap bersederhana. Maksudnya ialah menjadi orang yang berusaha keras mengaut faedah segala yang positif daripada globalisasi dan keterbukaannya dan sekaligus berusaha sekuat mungkin untuk menjauhi hal-hal negatifnya, baik berupa material mahu pun spritual. Caranya ialah percaya kepada diri sendiri, bekerja sekuat tenaga untuk memajukan kemampuan dan memperbaiki potensi yang ada pada diri kita, agar hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ini bererti menurut al-Qardawi , kita hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman. Dengan itu kita dapat menguasai sumber pendapatan, sektor pertanian, sektor industeri, pentadbiran dan pengurusan kita. Tetapi sebelum itu semua, kita hendaklah terlebih dahulu memajukan keinsanan kita, kerana keinsanan itulah jalan dan matlamat untuk pembangunan dan kemajuan. Untuk tujuan tersebut, kita mestilah berusaha merealisasikannya sama ada secara bersendirian atau secara kolektif. Usaha ini hendaklah terus menerus dijalankan sehinggalah kita semua telah memainkan peranan masing-masing di dunia ini lalu kita tidak lagi menjadi beban kepada orang lain. 5. Menggunakan Sepenuhnya Kemudahan dan Kemajuan Teknoloji Maklumat Terkini. Menurut al-Qardawi lagi, dalam menghadapi era globalisasi ini, menjadi kewajipan keatas setiap orang Islam memanfaatkan bahan-bahan cetak, photostat, komputer, radio dan televisyen, khususnya alat-alat penyiaran, saluran satelit dan sebagainya dalam menyampaikan dakwah Islam dan memberikan kesedaran tentang islam. Umat ini juga wajib menggunakan alat-alat baru (internet) yang menguasai dunia hari ini yang dapat mrmecah tembok dan menyemberangi belantara dan lautan untuk menyerang segenap tempat dan mengubah fikirah manusia. Alat ini boleh memusnahkan, juga boleh membina. Ia sesuai untuk menyemai kebaikan atau kejahatan. Justeru, harapan al-Qardawi , marilah kita menggunakannya untuk tujuan kebenaran dan kebaikan bukannya untuk kebatilan dan kejahatan. Ia telah menjadi satu keperluan utama untuk memberikan perkhidmatan Islam melalui internet. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan bahawa tanggungjawab ini telah
  • 12. menjadi satu kefarduan dan keutamaan kepada kita. Kefarduan kerana ia diwajibkan oleh ajaran agama, dan keutamaan berdasarkan tuntutan semasa. Kita ditakdirkan untuk melaksanakan peranan ini. Oleh kerana itu perlu ada website Islam di internet yang istimewa dan dipercayai di kalangan semua umat Islam dan bukan Islam. Website ini mampu untuk berbahas dengan orang lain dan mampu pula menandingi mereka. Orang Islam hendaklah sentiasa mempunyai matlamat untuk melakukan yang terbaik sahaja. Kita dituntut untuk bekerja, berusaha keras dan mengadakan pembaharuan. Website yang dibangunkan ini tidak menggambarkan halatuju negara tertentu atau puak tertentu. Malah ia mengungkapkan tentang Islam yang tulin dan lengkap dengan asas-asas dan ciri- cirinya. Tujuan website ini dapat diringkaskan menerusi sepuluh objektif berikut;- 1. Mesejnya disampaikan kepada umat Islam dan bukan Islam untuk membetulkan kefahaman mereka dan memjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan serta membuang kekeliruan dan menolak segala rekaan terhadap Islam. 2. Mempersembahkan Islam dalam bentuk yang syumul dan lengkap melengkapi dari sudut akidah, ibadah, akhlak, adab, perundangan dan peradaban. 3. Memetik ajaran Islam, hukum-hakamnya dan nilai-nilainya daripada sumbernya yang sebenar iaitu al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagaimana yang difahami oleh generasi para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka. 4. Berpegang kepada kesederhanaan Islam dan realiti yang ada. Justeru, ia tidak cenderung kepada kefanatikan. 5. Berpegang kepada fatwa yang memudahkan dan dakwah yang menyenangkan. 6. Mempertemukan antara yang asal dan semasa dengancara mendapatkan inspirasi daripada bahan-bahan silam yang banyak dan dirujuk kepada imam-imam besar untuk diambil ilmu dan manfaatnya.
  • 13. 7. Tdak taasub kepada sesuatu pandangan silam, idea baru, institusi (aliran) atau individu tertentu. Setiap orang boleh diterima pandangannya dan boleh ditolak melainkan Nabi Muhammad s.a.w. yang maksum. 8. Berurusan dengan semua manusia sekalipun bertentangan pendapat dengan cara yang lembut dan tidak kasar dan keras. Berdialog dengan cara yang terbaik, memenangi hati manusia dengan kasih sayang, bukannya dengan kebencian. 9. Website ini akan saling bergandingan dengan website-website Islam yang lain, di mana kita tidak perlu mencampur aduk dan mengulang-gulang sesuatu tanpa keperluan dan alasan. Website ini akan bekerjasama dengan semua yang bekerja di lapangan ini dan akan cuba membuat penyelarasan dengan mereka jika ada kesempatan. 10.Menggabungkan antara isi kandungan yang ilmiah dan rupa bentuk persembahan yang menarik. Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Untuk tujuan isi kandungan ilmiah maka ia dilakukan oleh satu badan uang terdiri daripada ulama syariah yang berwibawa. Untuk tujuan persembahan yang menarik pula, ia dilakukan oleh sekumpulan ahli profesional dalam ilmu komputer. Kesimpulan Manusia hari ini menurut al-Qardawi terpaksa berhadapan dengan globalisasi . Kita,umat Islam seharusnya mengambil sikap sederhana dengan berusaha mengambil manfaat apa yang baik dan menghindarkan apa yang buruk. Globalisasi kelihatan pada hari ini seolah- olah dipaksakan ke atas kita dan kita tidak mungkin dapat lari daripada tekanandan kepungannya. Oleh itu kita perlu menghadapinya dengan mengambil sikap menyaring yang baik dan kita hendaklah saling bekerjasama menghindarkan aspek-aspek negatifnya. Caranya ialah dengan meningkatkan kualiti dan potensi yang ada pada kita, mengerah segenap keupayaan dan tenaga kita serta bersatu menghadapi globalisasi , bukannya
  • 14. bersendirian, kerana sokongan Allah itu sentiasa bersama jamaah. Kita juga mesti mengambil faedah daripada semua mekanisme globalisasi dan peluang yang ada untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Amanah inilah yang Allah pikulkan ke atas bahu kita. Oleh itu website Islam Antarabangsa yang dinamakan Islam On Line adalah merupakan salah satu usaha semasa yang diperkenalkan untuk menyahut cabaranh globalisasi . Sama-samalah kita memberikan sumbangan terhadap projek yang besar ini. Rujukan 1. Yusuf al-Qardawi .2000. Al-Muslimin wa al-‘Aulamah. Al-Qahirah : Dar al-Tauzi ‘ wa al-Nasyr al-Islamiyyah.