SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 27
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PESONAsiswaMALAYSIA
Mei 2015
Edisi Kedua
Pakaian Sukan
vs Bentuk badan
SPA DI RUMAH
Etika komunikasi
“Pertama kali
bertemu”
1
Dari Meja Editor
Salam setia salam bahagia,.
Alhamdulillah syukur. Kali ini saya ingin berkongsi tentang syukur. Terlalu
banyak sebab untuk bersyukur. Terlalu banyak kasih sayang Allah setiap
saat pada nafas, setiap masa pada bahagia, setiap hari pada sejahtera
dan setiap ketika pada rezeki yang mencurah-curah tanpa henti.
Setiap apa yang berlaku pada kita pasti ada hikmah yang dijanjikan
Allah. Emosi sering berubah tatkala hadir ujian dan dugaan. Namun
sentiasa perlu ingat untuk bersyukur kerana dengannya kita akan bahagia.
Saya doakan anda yang sedang membaca ini bahagia.
Saya ingin berterima kasih kepada teman penulis yang setia mencurahkan
idea dalam berkongsi inspirasi buat tatapan pembaca. Terima kasih tidak
terhingga kepada suami tercinta atas dorongan yang tiada batas, pada
mak abah tersayang dan ibu mertua yang mengiring doa restu
seterusnya kepada semua warga pembaca kerana sudi berkongsi minat
yang sama. Membaca!
Moga semua mendapat manfaat bersama demi pembangunan jati diri
dan melahirkan modal insan yang sempurna..
Salam Sayang,
Sue Suri
2
KONSULTAN imej
3
E
d
i
s
i
K
e
d
u
a
Gincu & TOP
Handbag oh handbag
Awasi pemakanan untuk kekal cantik
Kekalcantik & aktif ketika bersukan
Jenis pakaian sukan & bentuk badan
Spa di rumah
Tips melancong & bergaya
Personal Branding
Warna mampu mancipta pesona
Etika menghadiri temuduga
Etika komunikasi pertama kali betemu
4
Gincu
5
Gincu bibir memainkan peranan penting menyerikan lagi wajah anda dan membuatkan rakan-rakan
sekelas senang mengingati anda. Seeloknya tukar warna gincu bibir selalu supaya orang tidak
berpendapat bahawa mereka berhadapan tembok yang sama.
Biarpun hasilnya tidak semestinya positif jika warna yang anda gunakan tidak sesuai dengan warna
kulit, warna pakaian tetapi ianya sebagai permulaan sepertimana anda mencuba produk fesyen yang
lain seperti aksesori.
Pemakaian gincu bibir juga penting dan perlu jelas dengan objektifnya iaitu dengan menggunakan
prinsip ”TOP”
O
P
“Occasion” ( Acara/ majlis )
“Time” ( Masa )
“Place” ( Tempat )
Gincu & TOP
6
Teringat pada orang dahulu “jika
tidak ada pemerah pipi, boleh
sahaja pakai gincu bibir”. Perlu
berani dan bijak untuk aplikasi
sebegini. Bagi mendapatkan
koordinasi yang sama dan ringkas
anda boleh titipkan satu titik gincu
bibir yang anda pakai itu pada pipi
anda dan ratakan bagai anda
menyapu pemerah pipi. Ia akan
menghasilkan wajah yang natural
kerana pelembap pada gincu bibir
itu akan membuat pipi anda sedikit
berminyak, segar dan licin.
Tips Gincu & TOP
Keseluruhan wajah anda akan kelihatan selekeh jika
bibir anda kering dan retak malahan berdarah. Ini
sering berlaku pada kulit yang kering atau kulit wanita
matang. Sekiranya bibir anda jenis retak dan kering,
sapukan “concealer” di tepi bibir terlebih dahulu
sebelum menyapu gincu bibir. Pastikan anda memakai
lip balm setiap kali keluar rumah.
Jangan gunakan penggaris bibir jika warnanya kontras
dengan warna gincu bibir anda. Ini akan membuat
wajah anda tidak natural. Jadi pastikan anda
mempunyai beberapa rona pensel penggaris bibir
seperti merah jambu, coklat muda dan merah terang.
7
Dan sebaliknya juga jika anda suka
solekan yang ringkas pada mata dan
bahagian lain, anda boleh pilih gincu
bibir yang merah terang atau yang
berona mewah seperti menggunakan
“lip tint” yang kini menjadi trend bagi
golongan muda siswi.
Disarankan jika anda mempunyai
aktiviti di luar kuliah pada waktu
siang, pilihan warna yang natural dan
lembut lebih sesuai manakala warna
yang lebih gelap dan mewah
digunakan pada waktu malam.
Untuk gaya ke kuliah, elakkan warna terang seperti merah cili, warna gelap seperti warna
anggur atau coklat gelap yang memberi elemen “gothic” kerana ianya kurang sesuai dengan
keadaan pembelajaran. Sebaliknya warna yang menyerlah ini lebih sesuai dipakai untuk
menghadiri majlis makan malam.
Sekiranya anda gemar solekan yang agak tebal di mata atau gaya “smokey eyes”, cuba imbangi
ia dengan gincu bibir yang berona lembut seperti warna merah jambu lembut atau rona coklat
muda. Ini akan membuat mata anda nampak galak dan bibir anda mongel menawan yang mana
akan menghasilkan wajah yang natural. Harus diingat, pada setiap masa titik fokus perlu ada
pada satu tempat sahaja.
8
Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Ada yang cuma ada 1 beg tangan sahaja, ada
yang ada semua warna dalam pelbagai bentuk! Sesetengah wanita menganggap beg tangan
sebagai pelengkap gaya dan ada yang cuma membawa beg tangan sebagai keperluan untuk
meletakkan dompet, tisu, kunci kereta dan sebagainya. Tidak mahu mengusung semuanya di
tangan, sumbat sahaja di dalam beg tangan.
Pelbagai jenis beg tangan di pasaran dan didatangkan di dalam pelbagai saiz. Jom kenali jenis-
jenis beg tangan wanita.
Pemilihan warna beg tangan juga bergantung kepada personaliti seseorang. Ada yang sukakan
warna-warna selamat seperti hitam, biru gelap dan coklat supaya lebih sesuai untuk dipadankan
dengan semua warna pakaian. Tidak kurang juga yang memilih warna beg tangan mengikut
warna kasut yang digayakan. Apapun beg tangan pilihan anda, asalkan anda yakin
membawanya, anda cukup kelihatan bergaya!
9
FB Page
PESONA SISWA
10
Awasi pemakanan anda
Semua wanita baik muda mahupun berusia suka akan kecantikan.Namun,dengan lambakan pil
dan suplemen kesihatan dan kecantikan di pasaran,kaum wanita khususnya tanpa ragu-ragu
berani mencuba dengan hanya mempercayai testimoni dan iklan di akhbar serta televisyen.
Mereka sering memandang enteng akan kesan untuk jangka masa panjang dan hanya fikirkan
kesan segera untuk cantik.
Kelihatan tua atau kurang menarik menjadi ketakutan sebahagian wanita.Ketahuilah,itu adalah
hakikat kehidupan dan ianya proses semulajadi yang dialami oleh semua orang.Kita tidak boleh
mengelakkan ianya terjadi namun melambatkan proses penuaan itu ada caranya.
Penghasilan kolagen seorang wanita akan berkurangan apabila mencecah usia 25 tahun dan
keatas.Oleh itu,tanda-tanda penuaan akan wujud seperti kulit akan terasa kurang anjal, garisan
halus di tepi mulut,tepi mata,jeragat dan tompokan hitam yang sukar hilang akan muncul.
Bagaimana untuk menangani masalah ini? Pemilihan makanan yang terbaik untuk diri adalah
penting dan penjagaan terbaik adalah sedari usia belasan tahun lagi.
11
Antara Fungsi Madu terhadap makanan
kesihatan wanita dan peranannya adalah :
✔️Meningkatkan kadar serapan kalsium
dalam badan
✔️Dapat meningkatkan hemoglobin dan
dapat mencegah dari serangan anemia.
✔️Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat
merawat arthirik sendi
✔️Kegunaan madu secara luaran juga
dapat mempercepatkan lagi proses
penyembuhan.
✔️Dapat meningkatkan pengeluaran
gastrointestinal untuk merawat ulser.
✔️Sumber laxative yang natural dan
lembut
✔️Sumber utama vitamin dan mineral yang
kaya.
✔️Sumber tenaga yang hebat dan
semulajadi tidak seperti gula pasir yang
memudaratkan.
Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat
yang penting untuk badan. Kata orang – orang
tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak
khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya
tiga hidangan setiap hari.
Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada
merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam,
tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di
samping menyumbang kepada kesihatan
menyeluruh, buahan – buahan yang kaya
dengan Vitamin C dan anti oksidan telah
dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit
jantung kronik.
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai
rasanya yang masam, tetapi tahukah anda
jus kranberi membantu mencegah bakteria
daripada melekat pada dinding pundi
kencing anda sekaligus mencegah jangkitan
pada saluran kencing. Penyelidikan baru
juga membuktikan bahawa kranberi boleh
mengekalkan kesihatan kardiovaskular.
Itu adalah 4 sumber makanan yang terbaik
untuk diamalkan dalam pemakanan harian
anda.Kekal cantik dan kekal sihat dengan
barangan semulajadi dan dari sumber
mineral.
12
Selesai kuliah sepanjang hari, waktu petang
adalah masa terbaik untuk beriadah selepas
penat belajar. Luangkan masa bersama-sama
kawan-kawan sambil menghilangkan tekanan
sewaktu belajar. Ramai yang beranggapan,
waktu bersenam tidak perlu bergaya. Tanpa
sedar, pakaian senaman yang dipakai jika tidak
sesuai membuatkan anda tidak selesa sepanjang
masa beriadah. Tentu aktiviti senaman anda
juga tidak bebas dan tidak ceria kerana
ketidakselesaan. Kami ada beberapa idea hebat
untuk kamu kekal aktif dan gembira sepanjang
waktu senaman.
Pakai tudung yang simple,
ringan dan menyerap peluh supaya tidak
mengganggu keselesaan anda sewaktu melakukan
aktiviti sukan. Fabrik kapas diutamakan supaya
peluh di bahagian kepala dan leher mudah diserap.
Perpeluhan di kawasan ini boleh menyebabkan
kulit kepala gatal jika mengenakan fabrik tudung
yang tidak sesuai.
Baju T yang
dikenakan perlulah sesuai dengan saiz rangka
badan dan labuh baju sesuai dengan ketinggian
anda. Elakkan tulisan atau grafik yang menarik
perhatian pada bahagian tubuh yang lebih besar.
Kenali apakah bentuk badan anda sebelum
memilih baju sukan dan warna yang sesuai.
Sentiasa
mengutamakan kualiti fabrik yang tahan lasak dan
dari jenis kain kapas atau kain jersey untuk
keselesaan. Pilih jenis seluar yang sesuai dengan
bentuk badan anda. Seluar yang terlalu besar boleh
menganggu pergerakan badan. Manakala saiz yang
terlalu kecil dan sendat boleh menyebabkan
pergerakan terbatas dan ketidak selesaan.
Pilih
pakaian dalam terutama coli khas untuk
bersukan. Coli sukan yang dipilih seharusnya
memberikan sokongan yang sesuai kepada
payudara mengikut aktiviti sukan. Coli untuk
sukan berintensiti tinggi seperti jogging atau
yangbanyak melibatkan lompatan perlu
menyokong keseluruhan payudara termasuk di
bahagian tepi.
Kasut sukan bukan sahaja dipilih
mengikut jenis acara sukan yang akan
dilakukan, tetapi perlu juga mengambil kira
jenis bentuk lekuk tapak kaki. Ada tiga jenis
yang biasa iaitu bentuk rata (flat), lekukan
dalam (high arched) atau biasa (normal).
Majoriti mempunyai jenis lekuk biasa dan
kebanyakan kasut sukan yang dijual dipasaran
adalah untuk golongan ini terutama kasut
jogging. 13
bentuk badan
Pakai warna baju
sukan yang lebih cerah
daripada seluar.
Pilih seluar sukan yang
mempunyai bukaan
lebih besar di bahagian
bawah (flare)
Elakkan Seluar sukan
yang mempunyai garis
sebelah kanan dan kiri
Pakai baju sukan yang
longgar untuk menutup
bahagian perut.
Pilih Seluar Sukan
mengikut saiz kaki anda
yang biasanya kecil dari
bahagian atas.
Elakkan Seluar sukan yang
mempunyai bukaan lebih
besar di bahagian bawah
(flare)
Pakai baju sukan yang
mempunyai garisan atau
grafik di bahagian
pinggang sangat sesuai
untuk menonjolkan
pinggang anda yang
kecil
Elakkan baju dan seluar
sukan yang longgar dan
besar
14
Wajah adalah salah satu aset penting untuk kita semua. Oleh itu penjagaan kulit wajah haruslah
sentiasa dijaga, dirawat dan dibelai. Terpulang kepada individu samada mahu menggunakan produk
yang mahal ataupun yang murah, yang penting kita harus tahu apakah bahan yang terkandung dalam
produk tersebut. Setiap individu mahukan kulit wajah yang jelita dan menawan juga suka dipuji. Ada
juga diantara kita yang kurang mampu atau tidak mempunyai masa untuk membeli produk-produk
yang dijual dipasaran.
Jika anda tidak mempunyai masa atau kurang yakin untuk membeli sesuatu produk, dan mahu cuba
untuk menghasilkan sendiri bahan-bahan untuk kulit wajah secara semulajadi disini dikongsikan
beberapa tips.
Scrub wajah digunakan adalah untuk menanggalkan sel-sel mati di kulit wajah.
Bahan-bahannya :
Madu 1 sudu besar
Minyak zaitun (extra virgin olive oil) 1 sudu kecil
Jus Lemon ½ atau 1 sudu besar
Gula perang (Brown sugar) 2 sudu besar
# Gaulkan semua bahan tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Lebihan bahan boleh
disimpan didalam peti sejuk maksimum 2 minggu sahaja.
Penggunaan mask wajah adalah bertujuan supaya wajah kita
kelihatan lebih lembut dan bersinar..
Bahan-bahannya :
Serbuk kayu manis - 1 atau 2 sudu besar
Madu – 1 atau 2 sudu besar
#Campur dan gaulkan semua bahan kemudian disapukan di
kulit wajah dan dibiarkan selama lebih kurang 20 minit dan
bersihkan. Anda mesti teruja !
#Bahan yang berlebihan disimpan di peti sejuk maksimum 2
minggu sahaja.
SPA DI RUMAH
15
1. Kekalkan solekan mudah dan
pastikan kulit sentiasa lembap.
Tips paling asas untuk kekal cantik anda
harus menggunakan pelembap pada setiap
masa. Dicadangkan pelembab
berwarna (tinted moisturizer) atau nama
lain BB Cream/ CC Cream. Jika kebiasaan
menggunakan bedak asas jenis litupan
penuh, anda bolehlah bertukar ke pelembap
berwarna.
Sebagai bonus, pelembap berwarna ini tidak
hanya membantu wajah untuk kelihatan
bermekap malah ia juga dapat mengelakkan
kulit dari menjadi terlalu kering. Ia amat
penting kerana kitaran udara di dalam kapal
terbang adalah amat kering.
Sebagai tambahan untuk kelihatan sentiasa
segar adalah dengan menggunakan sedikit
mascara, pemerah pipi, dan pelembap bibir
berwarna. Disarankan juga menyimpan tisu
basah (wet wipes makeup remover) di dalam
tas tangan untuk memudahkan
menanggalkan makeup jenis kalis air ketika
bersedia mengambil wudhu.
2. Pakaian yang selesa tapi bergaya.
Terdapat jelas perbezaan antara keselesaan dan
kelihatan tak kemas. Anda boleh menggunakan
material jenis jeans untuk kelihatan selesa dipadan
dengan blaus jenis kapas. Jika anda penggemar
jeans dan t-shirt pastikan anda lapiskan dengan jaket
sebagai penyuntik gaya segera. Pastikan anda cukup
selesa untuk berada dalam kapal terbang dalam
tempoh masa yang sangat lama.
3. Gunakan kasut tumit rata
Adakalanya kita tak pasti jika terpaksa mengejar
bas, teksi atau kapal terbang. maka kasut tumit
tinggi adalah tidak disarankan. Kasut tumit rata tak
bermakna membosankan. Anda boleh memilih kasut
tumit rata yang selesa dilengkapi metalik atau
berbatu permata ataupun kasut jenis pump.
16
4. Tudung atau topi sebagai senarai
penyelamat.
Melancong pasti tidak sah jika tiada aktiviti luar.
Maka anda terdedah kepada matahari dan sinar UV
yang tidak menentu. Pastikan rambut anda sentiasa
dijaga dari menjadi terlalu kering dan seterusnya
rosak. Bertuah jika anda sememangnya wanita
bertudung. Namun bagi yang tidak berhijab sangat
digalakkan anda menggunakan topi sebagai
penyelamat. Sebagai cadangan menggunakan topi
jenis Fedoras and Cloches. Topi yang trendy
sepanjang zaman.
6. Pilih aksesori yang mudah.
Kemungkinan besar ketika di bahagian
pemeriksaan imigresen, anda akan perlu untuk
menaggalkan semua barang aksesori jika yang
metal apabila di metal detector. Jadi elakkan barang
kemas sebegitu. Ia termasuk tali pinggang, rantai
dan sebagainya. Sebagai alternatif boleh
menggunakan bracelet dan necklace panjang yang
tidak mengganggu ketika beratur di bahagian
sekuriti. Ia akan kelihatan hebat dengan anda.
5. Gunakan pakaian berlapis.
Adakalanya di dalam kapal terbang, udara boleh
menjadi sangat sejuk. Mulakan dengan baju di
bahagian dalam berwarna hitam atau putih. Apabila
mula terasa sejuk, gunakan cardigan sedikit lebih
besar atau jaket ringan.
17
Gaya personaliti dan psikologi amat berkait rapat di mana jika anda rasa selesa dengan pemakaian
dan diri sendiri, imej yang dibentuk dan interpretasi orang lain kepada anda adalah lebih
berkeyakinan, berkarisma dan lebih mudah didekati. Melalui pembacaan siri gaya personaliti lepas,
anda mengetahui bahawa gaya pemakaian boleh ditentukan melalui warna, fabrik, jenama, suai
padan pakaian, kekemasan perincian, aksesori dan jenis fesyen dan 4 gaya personaliti diri.
Sudahkan anda kenal pasti sama ada anda bergaya Natural, Romantik, Classic atau Dramatik?
Bagaimanakah menjadikan gaya personaliti di atas sebagai jenama unik anda?
Perlukah anda mempunyai jenama unik anda sendiri?
Menurut pakar penjenamaan Marty Neumeier, jenama adalah bagaimana perasaan seseorang
terangsang terhadap sesuatu produk, servis dan syarikat. Maklum balas terhadap perasaan dan
pendapat mengenai sesuatu berbeza bagi setiap individu. Perkara unik diri s eperti gaya anda
berpakaian, gaya bertutur, perilaku gerak bahasa badan dan bagaimana perasaan seseorang apabila
berbicara dengan anda serta perkara lain akan tercetus apabila individu tersebut mendengar nama
anda atau bertemu secara langsung dengan anda. Apa mesej dan impak yang anda inginkan?
Adakah mesej yang anda sampaikan sama dengan apa yang orang lain terima? Bagaimana untuk
mengetahuinya? Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja
sama ada orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa
yang mereka dapat dari impresi awal mengenai anda.
Kenali siapa diri anda sebenar, dan
hiasilah diri anda sebaiknya.
-Epictetus-
18
1. Apakah impresi awal anda terhadap saya? ______________________________________
2. Berapakah umur saya? _____________________________
Pada skala 1-5
( 1= sangat tidak setuju 2= tidak setuju 3= tidak pasti 4= setuju 5= sangat bersetuju)
* Berkeyakinan * Menarik
* Mudah didekati * Pemalu
* Bijak * Gaya fesyen menarik
* Boleh dipercayai * Peribadi baik
* Mempunyai unsur humor * Berpengaruh
Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja sama ada
orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa yang
mereka dapat dari impresi awal mengenai anda.
Contoh survey:
Hasil daripada survey di atas, anda boleh lihat apa kekuatan mesej imej yang diterima oleh
orang lain. Selepas itu, anda boleh menyuaipadan gaya personaliti anda dengan mesej yang
anda ingin pamerkan.
19
Warna mampu mencipta
PesonaMenurut kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji di Amerika Syarikat,warna mampu
mempengaruhi mood seseorang individu. Pemilihan warna yang tepat membantu menyerlahkan
penampilan seseorang individu. Kesan emosi melalui warna yang digunakan dapat memberikan
kelebihan dari sudut psikologi dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar untuk
memperbaiki dan menguruskan hubungan interpersonal.
Yang paling menarik tentang warna ialah boleh mencipta pesona imej yang diinginkan. Salah satu
cara yang paling mudah ialah melalui warna pakaian yang anda pilih untuk dipakai ke kuliah.
Mengenakan warna-warna tertentu mempengaruhi cara rakan atau orang sekeliling berhubungan
dengan anda. Contohnya, sekiranya anda adalah salah seorang daripada Majlis Perwakilan Pelajar
ataupun Pembimbing Rakan Sebaya, apakah warna pakaian yang sesuai dengan imej anda?
Ataupun anda ingin dilihat sebagai seorang yang berpotensi menjadi seorang ketua.
20
Coklat
Warna rona tanah ini mampu menonjolkan
pesona “down to earth “ . Walaupun warna
ini agak bosan dan pudar , ia juga menyuntik
elemen tenang dan selamat.
Merah
Warna yang cukup bertenaga ini
menonjolkan pesona ceria, teruja pada si
pemakai. Warna ini sememangnya mencuri
perhatian sesiapa yang memandang. Namun
pencinta warna ini perlu berwaspada agar
kurangkan penggunaan warna ini ketika sesi
temuduga. Ini kerana ,menurut kajian, warna
ini ibarat amaran.
Jingga
Warna ini menyuntik pesona ceria kepada si
pemakai. Warna yang agak dramatik ini
seakan-akan memberikan motivasi kepada
sesiapa yang memandang. Namun waspada,
anda juga mungkin dilhat seperti seorang
yang suka bermain-main dan kurang matang
sekiranya kerap memilih warna ini dalam
penampilan anda.
Putih
Warna ini sememangnya memperlihatkan
pesona simple , bersih , muda dan yang
menariknya anda akan dilihat sebagai seorang
yang cekap. Menarik bukan !
Hitam
Sophistikated ! Perkataan yang paling tepat
untuk individu yang memilih warna ini untuk
melengkapkan penampilan. Anda akan dilihat
sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri
tanggungjawab dan berdisiplin . Tetapi hati-
hati sekiranya anda kerap menggayakan warna
hitam, anda juga akan terlihat misteri.
Kelabu
Pemilihan warna ini amat sesuai jika ingin
dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas
tetapi mempunyai karakter yang
menyenangkan iaitu mudah didekati dan
tenang.
Navy
Warna yang konservatif ini adalah pilihan
yang paling digemari oleh golongan adam . Ini
kerana warna ini mampu menyuntik elemen
matang dan mesra. 21
Kuning
Warna yang cukup ceria ini menonjolkan imej yang
positif dan optimistik. Tepat sekali sekiranya warna
ini dianggap warna persahabatan. Warna ini juga
mampu mencuri tumpuan orang yang memandang.
Hijau
Elemen segar, harmoni dan seimbang sememangnya
dapat dilihat melalui pemilihan warna ini pada
penampilan. Warna yang sangat mendamaikan ini
sangat sesuai dipilih untuk dipakai pada siang hari.
Merah Jambu
Sekiranya warna “navy” amat sinonim dengan kaum
adam.Merah jambu adalah warna yang digemari oleh
ramai gadis. Pesona lembut, feminin , manis dan
penuh rasa cinta dapat ditonjolkan melalui warna ini.
Ungu
Menurut sejarah, sewaktu pemerintahan Ratu
Elizabeth 1 , warna ini hanya boleh dipakai oleh
kerabat diraja sahaja. Namun begitu anda juga boleh
memilih warna ini dalam penampilan, Selain
melambangkan kemewahan , warna ini menyuntik
pesona kuasa, keinginan dan yang paling menarik
adalah menggalakan kreativiti. Jadi apa tunggu lagi,
tonjolkan pesona anda melalui warna
22
PANTUN KASIH IBU
MANIS RASA ISI KELAPA
KELAPA DIBELI DARI KOTA
PESAN MU IBU TIDAK KU LUPA
WALAUPUN DIKAU JAUH DI MATA
DUDUK BERDUA UDA DAN DARA
TERSENYUM SIMPUL RASA TERUJA
LEMBUT TANGANMU MEMBELAI MESRA
DIKAU LAH TEMPAT DAKU BERMANJA
DUDUK MAKAN BUAH BERANGAN
MELIHAT BURUNG HINGGAP DI DAHAN
KASIH IBU TIADA TANDINGAN
BIAR DIBERI BERJUTA PILIHAN
Pantun Ini Ditujukan Khas Buat Ibu Saya, ..Maimon Binti Mohamed
dari anakmu Nooraslina Binti Tukimin
SIRIH DISIMPAN DI DALAM PETI
CANTIK TERSUSUN KAPUR DAN GAMBIR
WALAUPUN DERITA DI DALAM HATI
SENYUMAN IBU SENTIASA DI BIBIR
TERANG CAHAYA DI WAKTU PAGI
INDAH DILIHAT TIDAK JEMU
TIADA UCAPAN SEINDAH INI
OH IBU………AKU SAYANG PADA MU
23
Etika Komunikasi
Sesuaikan dengan majlis
Gaya kita berbahasa dan pengenalan diri
perlulah disesuaikan dengan majlis yang kita
hadiri. Sebagai contoh, jika anda menghadiri
acara khusus untuk graduan, lebih baik anda
menggunakan ayat seperti, "Hai, saya Alisya,
lulusan perakaunan. Selamat berkenalan."
Namun jika anda menghadiri acara formal
seperti temuduga Bahasa yang anda gunakan
juga mestilah formal contohnya seperti
"Assalamualaikum, saya Alisya. Gembira dapat
bertemu dengan tuan.”
K.I.S.S ( Keep It Simple
and Sweet)
Pengenalan ringkas sentiasa terbaik, jadi
pastikan perbualan anda pendek dan manis. Jika
anda berkongsi semua sekali gus, seolah-olah
anda ingin menguasai perbualan dan tidak mahu
orang lain bercakap. Mulakan dengan senyuman
dan berkongsi hanya keperluan sahaja. Dengan
melakukan ini, secara tidak langsung sesi
perkenalan akan berlangsung secara lebih
semula jadi, kerana setiap orang bertanya soalan
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lain.
Bagaimana cara anda memperkenalkan
diri anda pada kali pertama anda
berurusan? Tidak kira apa jua majlis,
sama ada formal ataupun kasual, cara
anda menampilkan diri kepada orang lain
adalah sangat penting. Lagipun,
pertemuan pertama selalu akan diingati
orang dan meninggalkan kesan
bagaimana orang mengingati kita untuk
pertemuan yang berikutnya.
Kali Pertama Bertemu
Jadilah pendengar
yang baik
Janganlah hanya anda yang ingin
bercakap, sekali-sekala biar orang lain
pula bercakap dan anda pula yang
mendengar. Bertanya kepada mereka
soalan, dan beri tumpuan kepada jawapan
mereka..
Tunjukkan minat anda
dalam apa yang
dikatakan
Mengangguk sekali-sekala, tersenyum
kepada orang itu, dan memastikan postur
anda adalah terbuka dan mengundang
membuatkan orang yang sedang bercakap
dengan anda rasa dihargai
*Sebenarnya rasa sedikit gugup apabila
bertemu dengan orang buat kali pertama
adalah natural Semoga dengan sedikit
perkongsian tips ini dapat membantu anda
tampil yakin dalam mana-mana acara.
24
Salam Sejahtera siswa mempersona sekalian .
Bertemu kembali di ruangan ini dalam edisi kedua majalah Pesona Siswa. Saya percaya, anda
mendapat banyak manfaat yang berguna di dalam majalah ini. Dalam edisi pertama, saya telah
kongsikan perkara yang penting dalam persediaan sebelum menghadiri temuduga kerja iaitu
hanya meliputi Fasa 1. Dalam edisi kali ini, saya akan memfokuskan perkara penting pada hari
temuduga kerja dan asas grooming ketika menghadiri temuduga kerja. Ketika Menghadiri
Temuduga
Ketika hendak menghadiri temuduga, anda perlulah mengetahui dan mengenalpasti lebih awal,
tempat temuduga tersebut diadakan. Ia bertujuan agar anda tidak tersesat jalan, dan terperangkap
dalam trafik jam seterusnya memungkinkan anda terlewat dan terlepas waktu untuk
ditemuduga.
Selain itu, anda perlulah bangun lebih awal dari biasa, sekiranya temuduga di waktu pagi dan
dinasihatkan datang lebih awal daripada masa temuduga yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15
minit awal sampai di tempat temuduga. Datang lebih awal dapat mengurangkan rasa gugup
kerana apabila anda lewat, perasaan anda akan terganggu dan tidak fokus.
Sebelum ketempat temuduga, pastikan anda bersarapan jika waktu temuduga adalah waktu pagi,
atau mengambil sedikit makanan sebagai alas perut jika waktu temuduga adalah selepas waktu
tengah hari.
Pengambilan sedikit makanan membantu anda kelihatan lebih cergas dan bertenaga . Jangan
pula anda lupa membawa Fail Folder yang telahpun anda siapkan semasa Fasa 1 iaitu
memastikan sijil-sijil keperluan dan resume serta salinan sijil-sijil atau dokumen yang lain
lengkap.
Fasa2
25
Asas Grooming Semasa
Menghadiri Temuduga
Asas grooming seperti kebersihan diri dan
berpenampilan kemas semasa menghadiri
temuduga adalah sangat penting . Semasa sesi
temuduga,penampilan anda dilihat secara
teliti. Kepada graduan lelaki, anda perlu
tampil dengan potongan rambut yang kemas
dan terurus. Rambut perlu disikat dengan
rapi. Jangan memakai topi atau penutup
kepala tanpa sebab.
Anda kelihatan tidak yakin dengan diri anda,
kerana pemakaian topi dan penutup kepala
semasa temuduga bukanlah perkara yang
bijak dan ia tidak rasmi. Kepada wanita yang
berambut panjang, pastikan anda mengikat
rambut dan pinkan dengan kemas. (Saya akan
sentuh lebih lanjut tentang pakaian /tudung
yang sesuai semasa temuduga kerja pada
keluaran akan datang).
Kebersihan kuku juga perlu dititikberatkan.
Pastikan kuku anda tidak panjang dan kotor.
Jika kuku anda bersih dan dipotong rapi, ia
dapat menunjukkan anda seorang yang
bertanggungjawab pada diri sendiri. Sudah
tentulah, mereka yang bertanggungjawab
kepada diri sendiri, serba sedikit
mempengaruhi tanggungjawab terhadap tugas
seharian.
Penemuduga yang teliti, juga akan melihat
keseluruhan penjagaan asas diri anda,
sehinggalah kepada (nasal hair). Pastikan ia
telah dirapikan sehari sebelum menghadiri
temuduga.
Sekiranya anda mengambil makanan sebelum
ditemuduga, pastikan tiada yang tersangkut
dicelahan gigi hadapan. Contohnya, cebisan
lada atau sayuran berwarna yang kelihatan
jelas . Sudah tentu ia menimbulkan keadaan
yang kurang selesa kepada panel penemuduga
semasa anda mula membuka mulut untuk
bersuara untuk menjawab soalan mereka.
Kepada yang beragama Islam, bolehlah
berselawat dan berzikir untuk menenangkan
hati yang gemuruh sebelum nama anda
dipanggil ke bilik temuduga. Anda
dinasihatkan sentiasa bersikap positif dan
sentiasa senyum. Sekiranya ada rakan
setemuduga yang lain, tidak salah jika anda
berkenalan antara satu sama lain. Sikap ini
juga membolehkan anda mengurangkan rasa
gemuruh dan takut.
Sampai jumpa lagi di edisi bulan hadapan.
Salam ukhwah dan kejayaan dari saya.
26
Ruang untuk iklan, sila emel ke
pesonasiswa@gmail.com
27

Weitere ähnliche Inhalte

Andere mochten auch

Make Up Tutorial by Precious of Mary Kay
Make Up Tutorial by Precious of Mary KayMake Up Tutorial by Precious of Mary Kay
Make Up Tutorial by Precious of Mary KayChot Cruz
 
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tips
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tipsMake up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tips
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tipsSpark Beauty World
 
4.asas layanan pelanggan k.emma
4.asas layanan pelanggan k.emma4.asas layanan pelanggan k.emma
4.asas layanan pelanggan k.emmapenawar
 
Glossy Make Up Brand Presentation
Glossy Make Up Brand PresentationGlossy Make Up Brand Presentation
Glossy Make Up Brand PresentationGlossy Make Up
 

Andere mochten auch (7)

Hair care basics
Hair care basicsHair care basics
Hair care basics
 
Make Up Tutorial by Precious of Mary Kay
Make Up Tutorial by Precious of Mary KayMake Up Tutorial by Precious of Mary Kay
Make Up Tutorial by Precious of Mary Kay
 
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tips
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tipsMake up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tips
Make up beauty tips - Mrs. Meenakshi Verma's sparkling tips
 
4.asas layanan pelanggan k.emma
4.asas layanan pelanggan k.emma4.asas layanan pelanggan k.emma
4.asas layanan pelanggan k.emma
 
FACIAL MAKE-UP
FACIAL MAKE-UPFACIAL MAKE-UP
FACIAL MAKE-UP
 
Make up
Make upMake up
Make up
 
Glossy Make Up Brand Presentation
Glossy Make Up Brand PresentationGlossy Make Up Brand Presentation
Glossy Make Up Brand Presentation
 

Ähnlich wie Pilihan Pakaian Sukan Untuk Keselesaan Dan Gaya

Pesona siswa edisi pertama
Pesona siswa edisi pertamaPesona siswa edisi pertama
Pesona siswa edisi pertamaSue Suriyati
 
Pesona siswa edisi jun 2015
Pesona siswa edisi jun 2015Pesona siswa edisi jun 2015
Pesona siswa edisi jun 2015Sue Suriyati
 
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdf
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdfRemaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdf
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdfAbdulKadirMuhammadBa
 
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madyacheko dunk
 
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptx
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptxPeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptx
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptxMidarMan
 
Rsps pmr + isbn corel x4
Rsps  pmr + isbn corel x4Rsps  pmr + isbn corel x4
Rsps pmr + isbn corel x4Eidellweist
 
5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatanRozek DiTag
 
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalamAdil Athilshipate
 
Katalog Oriflame Januari 2017 Indonesia
Katalog Oriflame Januari 2017 IndonesiaKatalog Oriflame Januari 2017 Indonesia
Katalog Oriflame Januari 2017 IndonesiaYudhi Arya
 
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptxArtMahu
 

Ähnlich wie Pilihan Pakaian Sukan Untuk Keselesaan Dan Gaya (20)

Pesona siswa edisi pertama
Pesona siswa edisi pertamaPesona siswa edisi pertama
Pesona siswa edisi pertama
 
Pesona siswa edisi jun 2015
Pesona siswa edisi jun 2015Pesona siswa edisi jun 2015
Pesona siswa edisi jun 2015
 
Motivasi
MotivasiMotivasi
Motivasi
 
Fakta
FaktaFakta
Fakta
 
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdf
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdfRemaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdf
Remaja-Sehat-Peduli-Sesama-PMR.pdf
 
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya7. rsps (remaja sehat peduli sesama)  pmr madya
7. rsps (remaja sehat peduli sesama) pmr madya
 
Pidato siswa prestasi
Pidato siswa prestasiPidato siswa prestasi
Pidato siswa prestasi
 
Nillatus syaadah
Nillatus syaadahNillatus syaadah
Nillatus syaadah
 
Document
DocumentDocument
Document
 
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptx
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptxPeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptx
PeHy Me (personal hygiene) for men and women.pptx
 
tips menjaga kesehatan tubuh
tips menjaga kesehatan tubuhtips menjaga kesehatan tubuh
tips menjaga kesehatan tubuh
 
Tips menjaga kesehatan tubuh
Tips menjaga kesehatan tubuhTips menjaga kesehatan tubuh
Tips menjaga kesehatan tubuh
 
Rsps pmr + isbn corel x4
Rsps  pmr + isbn corel x4Rsps  pmr + isbn corel x4
Rsps pmr + isbn corel x4
 
Vivo magz
Vivo magzVivo magz
Vivo magz
 
5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan5 tips penjagaan kesihatan
5 tips penjagaan kesihatan
 
A
AA
A
 
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam
10 rahasia mendapatkan kepercayaan dalam
 
Katalog Oriflame Januari 2017 Indonesia
Katalog Oriflame Januari 2017 IndonesiaKatalog Oriflame Januari 2017 Indonesia
Katalog Oriflame Januari 2017 Indonesia
 
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
3. Pendidikan Remaja Sebaya.pptx
 
201605
201605201605
201605
 

Pilihan Pakaian Sukan Untuk Keselesaan Dan Gaya

  • 1. PESONAsiswaMALAYSIA Mei 2015 Edisi Kedua Pakaian Sukan vs Bentuk badan SPA DI RUMAH Etika komunikasi “Pertama kali bertemu” 1
  • 2. Dari Meja Editor Salam setia salam bahagia,. Alhamdulillah syukur. Kali ini saya ingin berkongsi tentang syukur. Terlalu banyak sebab untuk bersyukur. Terlalu banyak kasih sayang Allah setiap saat pada nafas, setiap masa pada bahagia, setiap hari pada sejahtera dan setiap ketika pada rezeki yang mencurah-curah tanpa henti. Setiap apa yang berlaku pada kita pasti ada hikmah yang dijanjikan Allah. Emosi sering berubah tatkala hadir ujian dan dugaan. Namun sentiasa perlu ingat untuk bersyukur kerana dengannya kita akan bahagia. Saya doakan anda yang sedang membaca ini bahagia. Saya ingin berterima kasih kepada teman penulis yang setia mencurahkan idea dalam berkongsi inspirasi buat tatapan pembaca. Terima kasih tidak terhingga kepada suami tercinta atas dorongan yang tiada batas, pada mak abah tersayang dan ibu mertua yang mengiring doa restu seterusnya kepada semua warga pembaca kerana sudi berkongsi minat yang sama. Membaca! Moga semua mendapat manfaat bersama demi pembangunan jati diri dan melahirkan modal insan yang sempurna.. Salam Sayang, Sue Suri 2
  • 4. E d i s i K e d u a Gincu & TOP Handbag oh handbag Awasi pemakanan untuk kekal cantik Kekalcantik & aktif ketika bersukan Jenis pakaian sukan & bentuk badan Spa di rumah Tips melancong & bergaya Personal Branding Warna mampu mancipta pesona Etika menghadiri temuduga Etika komunikasi pertama kali betemu 4
  • 6. Gincu bibir memainkan peranan penting menyerikan lagi wajah anda dan membuatkan rakan-rakan sekelas senang mengingati anda. Seeloknya tukar warna gincu bibir selalu supaya orang tidak berpendapat bahawa mereka berhadapan tembok yang sama. Biarpun hasilnya tidak semestinya positif jika warna yang anda gunakan tidak sesuai dengan warna kulit, warna pakaian tetapi ianya sebagai permulaan sepertimana anda mencuba produk fesyen yang lain seperti aksesori. Pemakaian gincu bibir juga penting dan perlu jelas dengan objektifnya iaitu dengan menggunakan prinsip ”TOP” O P “Occasion” ( Acara/ majlis ) “Time” ( Masa ) “Place” ( Tempat ) Gincu & TOP 6
  • 7. Teringat pada orang dahulu “jika tidak ada pemerah pipi, boleh sahaja pakai gincu bibir”. Perlu berani dan bijak untuk aplikasi sebegini. Bagi mendapatkan koordinasi yang sama dan ringkas anda boleh titipkan satu titik gincu bibir yang anda pakai itu pada pipi anda dan ratakan bagai anda menyapu pemerah pipi. Ia akan menghasilkan wajah yang natural kerana pelembap pada gincu bibir itu akan membuat pipi anda sedikit berminyak, segar dan licin. Tips Gincu & TOP Keseluruhan wajah anda akan kelihatan selekeh jika bibir anda kering dan retak malahan berdarah. Ini sering berlaku pada kulit yang kering atau kulit wanita matang. Sekiranya bibir anda jenis retak dan kering, sapukan “concealer” di tepi bibir terlebih dahulu sebelum menyapu gincu bibir. Pastikan anda memakai lip balm setiap kali keluar rumah. Jangan gunakan penggaris bibir jika warnanya kontras dengan warna gincu bibir anda. Ini akan membuat wajah anda tidak natural. Jadi pastikan anda mempunyai beberapa rona pensel penggaris bibir seperti merah jambu, coklat muda dan merah terang. 7
  • 8. Dan sebaliknya juga jika anda suka solekan yang ringkas pada mata dan bahagian lain, anda boleh pilih gincu bibir yang merah terang atau yang berona mewah seperti menggunakan “lip tint” yang kini menjadi trend bagi golongan muda siswi. Disarankan jika anda mempunyai aktiviti di luar kuliah pada waktu siang, pilihan warna yang natural dan lembut lebih sesuai manakala warna yang lebih gelap dan mewah digunakan pada waktu malam. Untuk gaya ke kuliah, elakkan warna terang seperti merah cili, warna gelap seperti warna anggur atau coklat gelap yang memberi elemen “gothic” kerana ianya kurang sesuai dengan keadaan pembelajaran. Sebaliknya warna yang menyerlah ini lebih sesuai dipakai untuk menghadiri majlis makan malam. Sekiranya anda gemar solekan yang agak tebal di mata atau gaya “smokey eyes”, cuba imbangi ia dengan gincu bibir yang berona lembut seperti warna merah jambu lembut atau rona coklat muda. Ini akan membuat mata anda nampak galak dan bibir anda mongel menawan yang mana akan menghasilkan wajah yang natural. Harus diingat, pada setiap masa titik fokus perlu ada pada satu tempat sahaja. 8
  • 9. Wanita dan beg tangan tidak dapat dipisahkan. Ada yang cuma ada 1 beg tangan sahaja, ada yang ada semua warna dalam pelbagai bentuk! Sesetengah wanita menganggap beg tangan sebagai pelengkap gaya dan ada yang cuma membawa beg tangan sebagai keperluan untuk meletakkan dompet, tisu, kunci kereta dan sebagainya. Tidak mahu mengusung semuanya di tangan, sumbat sahaja di dalam beg tangan. Pelbagai jenis beg tangan di pasaran dan didatangkan di dalam pelbagai saiz. Jom kenali jenis- jenis beg tangan wanita. Pemilihan warna beg tangan juga bergantung kepada personaliti seseorang. Ada yang sukakan warna-warna selamat seperti hitam, biru gelap dan coklat supaya lebih sesuai untuk dipadankan dengan semua warna pakaian. Tidak kurang juga yang memilih warna beg tangan mengikut warna kasut yang digayakan. Apapun beg tangan pilihan anda, asalkan anda yakin membawanya, anda cukup kelihatan bergaya! 9
  • 11. Awasi pemakanan anda Semua wanita baik muda mahupun berusia suka akan kecantikan.Namun,dengan lambakan pil dan suplemen kesihatan dan kecantikan di pasaran,kaum wanita khususnya tanpa ragu-ragu berani mencuba dengan hanya mempercayai testimoni dan iklan di akhbar serta televisyen. Mereka sering memandang enteng akan kesan untuk jangka masa panjang dan hanya fikirkan kesan segera untuk cantik. Kelihatan tua atau kurang menarik menjadi ketakutan sebahagian wanita.Ketahuilah,itu adalah hakikat kehidupan dan ianya proses semulajadi yang dialami oleh semua orang.Kita tidak boleh mengelakkan ianya terjadi namun melambatkan proses penuaan itu ada caranya. Penghasilan kolagen seorang wanita akan berkurangan apabila mencecah usia 25 tahun dan keatas.Oleh itu,tanda-tanda penuaan akan wujud seperti kulit akan terasa kurang anjal, garisan halus di tepi mulut,tepi mata,jeragat dan tompokan hitam yang sukar hilang akan muncul. Bagaimana untuk menangani masalah ini? Pemilihan makanan yang terbaik untuk diri adalah penting dan penjagaan terbaik adalah sedari usia belasan tahun lagi. 11
  • 12. Antara Fungsi Madu terhadap makanan kesihatan wanita dan peranannya adalah : ✔️Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan ✔️Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. ✔️Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi ✔️Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. ✔️Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser. ✔️Sumber laxative yang natural dan lembut ✔️Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya. ✔️Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari. Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular. Itu adalah 4 sumber makanan yang terbaik untuk diamalkan dalam pemakanan harian anda.Kekal cantik dan kekal sihat dengan barangan semulajadi dan dari sumber mineral. 12
  • 13. Selesai kuliah sepanjang hari, waktu petang adalah masa terbaik untuk beriadah selepas penat belajar. Luangkan masa bersama-sama kawan-kawan sambil menghilangkan tekanan sewaktu belajar. Ramai yang beranggapan, waktu bersenam tidak perlu bergaya. Tanpa sedar, pakaian senaman yang dipakai jika tidak sesuai membuatkan anda tidak selesa sepanjang masa beriadah. Tentu aktiviti senaman anda juga tidak bebas dan tidak ceria kerana ketidakselesaan. Kami ada beberapa idea hebat untuk kamu kekal aktif dan gembira sepanjang waktu senaman. Pakai tudung yang simple, ringan dan menyerap peluh supaya tidak mengganggu keselesaan anda sewaktu melakukan aktiviti sukan. Fabrik kapas diutamakan supaya peluh di bahagian kepala dan leher mudah diserap. Perpeluhan di kawasan ini boleh menyebabkan kulit kepala gatal jika mengenakan fabrik tudung yang tidak sesuai. Baju T yang dikenakan perlulah sesuai dengan saiz rangka badan dan labuh baju sesuai dengan ketinggian anda. Elakkan tulisan atau grafik yang menarik perhatian pada bahagian tubuh yang lebih besar. Kenali apakah bentuk badan anda sebelum memilih baju sukan dan warna yang sesuai. Sentiasa mengutamakan kualiti fabrik yang tahan lasak dan dari jenis kain kapas atau kain jersey untuk keselesaan. Pilih jenis seluar yang sesuai dengan bentuk badan anda. Seluar yang terlalu besar boleh menganggu pergerakan badan. Manakala saiz yang terlalu kecil dan sendat boleh menyebabkan pergerakan terbatas dan ketidak selesaan. Pilih pakaian dalam terutama coli khas untuk bersukan. Coli sukan yang dipilih seharusnya memberikan sokongan yang sesuai kepada payudara mengikut aktiviti sukan. Coli untuk sukan berintensiti tinggi seperti jogging atau yangbanyak melibatkan lompatan perlu menyokong keseluruhan payudara termasuk di bahagian tepi. Kasut sukan bukan sahaja dipilih mengikut jenis acara sukan yang akan dilakukan, tetapi perlu juga mengambil kira jenis bentuk lekuk tapak kaki. Ada tiga jenis yang biasa iaitu bentuk rata (flat), lekukan dalam (high arched) atau biasa (normal). Majoriti mempunyai jenis lekuk biasa dan kebanyakan kasut sukan yang dijual dipasaran adalah untuk golongan ini terutama kasut jogging. 13
  • 14. bentuk badan Pakai warna baju sukan yang lebih cerah daripada seluar. Pilih seluar sukan yang mempunyai bukaan lebih besar di bahagian bawah (flare) Elakkan Seluar sukan yang mempunyai garis sebelah kanan dan kiri Pakai baju sukan yang longgar untuk menutup bahagian perut. Pilih Seluar Sukan mengikut saiz kaki anda yang biasanya kecil dari bahagian atas. Elakkan Seluar sukan yang mempunyai bukaan lebih besar di bahagian bawah (flare) Pakai baju sukan yang mempunyai garisan atau grafik di bahagian pinggang sangat sesuai untuk menonjolkan pinggang anda yang kecil Elakkan baju dan seluar sukan yang longgar dan besar 14
  • 15. Wajah adalah salah satu aset penting untuk kita semua. Oleh itu penjagaan kulit wajah haruslah sentiasa dijaga, dirawat dan dibelai. Terpulang kepada individu samada mahu menggunakan produk yang mahal ataupun yang murah, yang penting kita harus tahu apakah bahan yang terkandung dalam produk tersebut. Setiap individu mahukan kulit wajah yang jelita dan menawan juga suka dipuji. Ada juga diantara kita yang kurang mampu atau tidak mempunyai masa untuk membeli produk-produk yang dijual dipasaran. Jika anda tidak mempunyai masa atau kurang yakin untuk membeli sesuatu produk, dan mahu cuba untuk menghasilkan sendiri bahan-bahan untuk kulit wajah secara semulajadi disini dikongsikan beberapa tips. Scrub wajah digunakan adalah untuk menanggalkan sel-sel mati di kulit wajah. Bahan-bahannya : Madu 1 sudu besar Minyak zaitun (extra virgin olive oil) 1 sudu kecil Jus Lemon ½ atau 1 sudu besar Gula perang (Brown sugar) 2 sudu besar # Gaulkan semua bahan tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Lebihan bahan boleh disimpan didalam peti sejuk maksimum 2 minggu sahaja. Penggunaan mask wajah adalah bertujuan supaya wajah kita kelihatan lebih lembut dan bersinar.. Bahan-bahannya : Serbuk kayu manis - 1 atau 2 sudu besar Madu – 1 atau 2 sudu besar #Campur dan gaulkan semua bahan kemudian disapukan di kulit wajah dan dibiarkan selama lebih kurang 20 minit dan bersihkan. Anda mesti teruja ! #Bahan yang berlebihan disimpan di peti sejuk maksimum 2 minggu sahaja. SPA DI RUMAH 15
  • 16. 1. Kekalkan solekan mudah dan pastikan kulit sentiasa lembap. Tips paling asas untuk kekal cantik anda harus menggunakan pelembap pada setiap masa. Dicadangkan pelembab berwarna (tinted moisturizer) atau nama lain BB Cream/ CC Cream. Jika kebiasaan menggunakan bedak asas jenis litupan penuh, anda bolehlah bertukar ke pelembap berwarna. Sebagai bonus, pelembap berwarna ini tidak hanya membantu wajah untuk kelihatan bermekap malah ia juga dapat mengelakkan kulit dari menjadi terlalu kering. Ia amat penting kerana kitaran udara di dalam kapal terbang adalah amat kering. Sebagai tambahan untuk kelihatan sentiasa segar adalah dengan menggunakan sedikit mascara, pemerah pipi, dan pelembap bibir berwarna. Disarankan juga menyimpan tisu basah (wet wipes makeup remover) di dalam tas tangan untuk memudahkan menanggalkan makeup jenis kalis air ketika bersedia mengambil wudhu. 2. Pakaian yang selesa tapi bergaya. Terdapat jelas perbezaan antara keselesaan dan kelihatan tak kemas. Anda boleh menggunakan material jenis jeans untuk kelihatan selesa dipadan dengan blaus jenis kapas. Jika anda penggemar jeans dan t-shirt pastikan anda lapiskan dengan jaket sebagai penyuntik gaya segera. Pastikan anda cukup selesa untuk berada dalam kapal terbang dalam tempoh masa yang sangat lama. 3. Gunakan kasut tumit rata Adakalanya kita tak pasti jika terpaksa mengejar bas, teksi atau kapal terbang. maka kasut tumit tinggi adalah tidak disarankan. Kasut tumit rata tak bermakna membosankan. Anda boleh memilih kasut tumit rata yang selesa dilengkapi metalik atau berbatu permata ataupun kasut jenis pump. 16
  • 17. 4. Tudung atau topi sebagai senarai penyelamat. Melancong pasti tidak sah jika tiada aktiviti luar. Maka anda terdedah kepada matahari dan sinar UV yang tidak menentu. Pastikan rambut anda sentiasa dijaga dari menjadi terlalu kering dan seterusnya rosak. Bertuah jika anda sememangnya wanita bertudung. Namun bagi yang tidak berhijab sangat digalakkan anda menggunakan topi sebagai penyelamat. Sebagai cadangan menggunakan topi jenis Fedoras and Cloches. Topi yang trendy sepanjang zaman. 6. Pilih aksesori yang mudah. Kemungkinan besar ketika di bahagian pemeriksaan imigresen, anda akan perlu untuk menaggalkan semua barang aksesori jika yang metal apabila di metal detector. Jadi elakkan barang kemas sebegitu. Ia termasuk tali pinggang, rantai dan sebagainya. Sebagai alternatif boleh menggunakan bracelet dan necklace panjang yang tidak mengganggu ketika beratur di bahagian sekuriti. Ia akan kelihatan hebat dengan anda. 5. Gunakan pakaian berlapis. Adakalanya di dalam kapal terbang, udara boleh menjadi sangat sejuk. Mulakan dengan baju di bahagian dalam berwarna hitam atau putih. Apabila mula terasa sejuk, gunakan cardigan sedikit lebih besar atau jaket ringan. 17
  • 18. Gaya personaliti dan psikologi amat berkait rapat di mana jika anda rasa selesa dengan pemakaian dan diri sendiri, imej yang dibentuk dan interpretasi orang lain kepada anda adalah lebih berkeyakinan, berkarisma dan lebih mudah didekati. Melalui pembacaan siri gaya personaliti lepas, anda mengetahui bahawa gaya pemakaian boleh ditentukan melalui warna, fabrik, jenama, suai padan pakaian, kekemasan perincian, aksesori dan jenis fesyen dan 4 gaya personaliti diri. Sudahkan anda kenal pasti sama ada anda bergaya Natural, Romantik, Classic atau Dramatik? Bagaimanakah menjadikan gaya personaliti di atas sebagai jenama unik anda? Perlukah anda mempunyai jenama unik anda sendiri? Menurut pakar penjenamaan Marty Neumeier, jenama adalah bagaimana perasaan seseorang terangsang terhadap sesuatu produk, servis dan syarikat. Maklum balas terhadap perasaan dan pendapat mengenai sesuatu berbeza bagi setiap individu. Perkara unik diri s eperti gaya anda berpakaian, gaya bertutur, perilaku gerak bahasa badan dan bagaimana perasaan seseorang apabila berbicara dengan anda serta perkara lain akan tercetus apabila individu tersebut mendengar nama anda atau bertemu secara langsung dengan anda. Apa mesej dan impak yang anda inginkan? Adakah mesej yang anda sampaikan sama dengan apa yang orang lain terima? Bagaimana untuk mengetahuinya? Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja sama ada orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa yang mereka dapat dari impresi awal mengenai anda. Kenali siapa diri anda sebenar, dan hiasilah diri anda sebaiknya. -Epictetus- 18
  • 19. 1. Apakah impresi awal anda terhadap saya? ______________________________________ 2. Berapakah umur saya? _____________________________ Pada skala 1-5 ( 1= sangat tidak setuju 2= tidak setuju 3= tidak pasti 4= setuju 5= sangat bersetuju) * Berkeyakinan * Menarik * Mudah didekati * Pemalu * Bijak * Gaya fesyen menarik * Boleh dipercayai * Peribadi baik * Mempunyai unsur humor * Berpengaruh Cuba survey impak imej 6 saat ini. Anda boleh lakukannya dengan sesiapa sahaja sama ada orang yang anda kenali atau tidak. Berikan kepada mereka untuk memberi respon apa yang mereka dapat dari impresi awal mengenai anda. Contoh survey: Hasil daripada survey di atas, anda boleh lihat apa kekuatan mesej imej yang diterima oleh orang lain. Selepas itu, anda boleh menyuaipadan gaya personaliti anda dengan mesej yang anda ingin pamerkan. 19
  • 20. Warna mampu mencipta PesonaMenurut kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji di Amerika Syarikat,warna mampu mempengaruhi mood seseorang individu. Pemilihan warna yang tepat membantu menyerlahkan penampilan seseorang individu. Kesan emosi melalui warna yang digunakan dapat memberikan kelebihan dari sudut psikologi dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar untuk memperbaiki dan menguruskan hubungan interpersonal. Yang paling menarik tentang warna ialah boleh mencipta pesona imej yang diinginkan. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui warna pakaian yang anda pilih untuk dipakai ke kuliah. Mengenakan warna-warna tertentu mempengaruhi cara rakan atau orang sekeliling berhubungan dengan anda. Contohnya, sekiranya anda adalah salah seorang daripada Majlis Perwakilan Pelajar ataupun Pembimbing Rakan Sebaya, apakah warna pakaian yang sesuai dengan imej anda? Ataupun anda ingin dilihat sebagai seorang yang berpotensi menjadi seorang ketua. 20
  • 21. Coklat Warna rona tanah ini mampu menonjolkan pesona “down to earth “ . Walaupun warna ini agak bosan dan pudar , ia juga menyuntik elemen tenang dan selamat. Merah Warna yang cukup bertenaga ini menonjolkan pesona ceria, teruja pada si pemakai. Warna ini sememangnya mencuri perhatian sesiapa yang memandang. Namun pencinta warna ini perlu berwaspada agar kurangkan penggunaan warna ini ketika sesi temuduga. Ini kerana ,menurut kajian, warna ini ibarat amaran. Jingga Warna ini menyuntik pesona ceria kepada si pemakai. Warna yang agak dramatik ini seakan-akan memberikan motivasi kepada sesiapa yang memandang. Namun waspada, anda juga mungkin dilhat seperti seorang yang suka bermain-main dan kurang matang sekiranya kerap memilih warna ini dalam penampilan anda. Putih Warna ini sememangnya memperlihatkan pesona simple , bersih , muda dan yang menariknya anda akan dilihat sebagai seorang yang cekap. Menarik bukan ! Hitam Sophistikated ! Perkataan yang paling tepat untuk individu yang memilih warna ini untuk melengkapkan penampilan. Anda akan dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri tanggungjawab dan berdisiplin . Tetapi hati- hati sekiranya anda kerap menggayakan warna hitam, anda juga akan terlihat misteri. Kelabu Pemilihan warna ini amat sesuai jika ingin dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas tetapi mempunyai karakter yang menyenangkan iaitu mudah didekati dan tenang. Navy Warna yang konservatif ini adalah pilihan yang paling digemari oleh golongan adam . Ini kerana warna ini mampu menyuntik elemen matang dan mesra. 21
  • 22. Kuning Warna yang cukup ceria ini menonjolkan imej yang positif dan optimistik. Tepat sekali sekiranya warna ini dianggap warna persahabatan. Warna ini juga mampu mencuri tumpuan orang yang memandang. Hijau Elemen segar, harmoni dan seimbang sememangnya dapat dilihat melalui pemilihan warna ini pada penampilan. Warna yang sangat mendamaikan ini sangat sesuai dipilih untuk dipakai pada siang hari. Merah Jambu Sekiranya warna “navy” amat sinonim dengan kaum adam.Merah jambu adalah warna yang digemari oleh ramai gadis. Pesona lembut, feminin , manis dan penuh rasa cinta dapat ditonjolkan melalui warna ini. Ungu Menurut sejarah, sewaktu pemerintahan Ratu Elizabeth 1 , warna ini hanya boleh dipakai oleh kerabat diraja sahaja. Namun begitu anda juga boleh memilih warna ini dalam penampilan, Selain melambangkan kemewahan , warna ini menyuntik pesona kuasa, keinginan dan yang paling menarik adalah menggalakan kreativiti. Jadi apa tunggu lagi, tonjolkan pesona anda melalui warna 22
  • 23. PANTUN KASIH IBU MANIS RASA ISI KELAPA KELAPA DIBELI DARI KOTA PESAN MU IBU TIDAK KU LUPA WALAUPUN DIKAU JAUH DI MATA DUDUK BERDUA UDA DAN DARA TERSENYUM SIMPUL RASA TERUJA LEMBUT TANGANMU MEMBELAI MESRA DIKAU LAH TEMPAT DAKU BERMANJA DUDUK MAKAN BUAH BERANGAN MELIHAT BURUNG HINGGAP DI DAHAN KASIH IBU TIADA TANDINGAN BIAR DIBERI BERJUTA PILIHAN Pantun Ini Ditujukan Khas Buat Ibu Saya, ..Maimon Binti Mohamed dari anakmu Nooraslina Binti Tukimin SIRIH DISIMPAN DI DALAM PETI CANTIK TERSUSUN KAPUR DAN GAMBIR WALAUPUN DERITA DI DALAM HATI SENYUMAN IBU SENTIASA DI BIBIR TERANG CAHAYA DI WAKTU PAGI INDAH DILIHAT TIDAK JEMU TIADA UCAPAN SEINDAH INI OH IBU………AKU SAYANG PADA MU 23
  • 24. Etika Komunikasi Sesuaikan dengan majlis Gaya kita berbahasa dan pengenalan diri perlulah disesuaikan dengan majlis yang kita hadiri. Sebagai contoh, jika anda menghadiri acara khusus untuk graduan, lebih baik anda menggunakan ayat seperti, "Hai, saya Alisya, lulusan perakaunan. Selamat berkenalan." Namun jika anda menghadiri acara formal seperti temuduga Bahasa yang anda gunakan juga mestilah formal contohnya seperti "Assalamualaikum, saya Alisya. Gembira dapat bertemu dengan tuan.” K.I.S.S ( Keep It Simple and Sweet) Pengenalan ringkas sentiasa terbaik, jadi pastikan perbualan anda pendek dan manis. Jika anda berkongsi semua sekali gus, seolah-olah anda ingin menguasai perbualan dan tidak mahu orang lain bercakap. Mulakan dengan senyuman dan berkongsi hanya keperluan sahaja. Dengan melakukan ini, secara tidak langsung sesi perkenalan akan berlangsung secara lebih semula jadi, kerana setiap orang bertanya soalan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lain. Bagaimana cara anda memperkenalkan diri anda pada kali pertama anda berurusan? Tidak kira apa jua majlis, sama ada formal ataupun kasual, cara anda menampilkan diri kepada orang lain adalah sangat penting. Lagipun, pertemuan pertama selalu akan diingati orang dan meninggalkan kesan bagaimana orang mengingati kita untuk pertemuan yang berikutnya. Kali Pertama Bertemu Jadilah pendengar yang baik Janganlah hanya anda yang ingin bercakap, sekali-sekala biar orang lain pula bercakap dan anda pula yang mendengar. Bertanya kepada mereka soalan, dan beri tumpuan kepada jawapan mereka.. Tunjukkan minat anda dalam apa yang dikatakan Mengangguk sekali-sekala, tersenyum kepada orang itu, dan memastikan postur anda adalah terbuka dan mengundang membuatkan orang yang sedang bercakap dengan anda rasa dihargai *Sebenarnya rasa sedikit gugup apabila bertemu dengan orang buat kali pertama adalah natural Semoga dengan sedikit perkongsian tips ini dapat membantu anda tampil yakin dalam mana-mana acara. 24
  • 25. Salam Sejahtera siswa mempersona sekalian . Bertemu kembali di ruangan ini dalam edisi kedua majalah Pesona Siswa. Saya percaya, anda mendapat banyak manfaat yang berguna di dalam majalah ini. Dalam edisi pertama, saya telah kongsikan perkara yang penting dalam persediaan sebelum menghadiri temuduga kerja iaitu hanya meliputi Fasa 1. Dalam edisi kali ini, saya akan memfokuskan perkara penting pada hari temuduga kerja dan asas grooming ketika menghadiri temuduga kerja. Ketika Menghadiri Temuduga Ketika hendak menghadiri temuduga, anda perlulah mengetahui dan mengenalpasti lebih awal, tempat temuduga tersebut diadakan. Ia bertujuan agar anda tidak tersesat jalan, dan terperangkap dalam trafik jam seterusnya memungkinkan anda terlewat dan terlepas waktu untuk ditemuduga. Selain itu, anda perlulah bangun lebih awal dari biasa, sekiranya temuduga di waktu pagi dan dinasihatkan datang lebih awal daripada masa temuduga yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15 minit awal sampai di tempat temuduga. Datang lebih awal dapat mengurangkan rasa gugup kerana apabila anda lewat, perasaan anda akan terganggu dan tidak fokus. Sebelum ketempat temuduga, pastikan anda bersarapan jika waktu temuduga adalah waktu pagi, atau mengambil sedikit makanan sebagai alas perut jika waktu temuduga adalah selepas waktu tengah hari. Pengambilan sedikit makanan membantu anda kelihatan lebih cergas dan bertenaga . Jangan pula anda lupa membawa Fail Folder yang telahpun anda siapkan semasa Fasa 1 iaitu memastikan sijil-sijil keperluan dan resume serta salinan sijil-sijil atau dokumen yang lain lengkap. Fasa2 25
  • 26. Asas Grooming Semasa Menghadiri Temuduga Asas grooming seperti kebersihan diri dan berpenampilan kemas semasa menghadiri temuduga adalah sangat penting . Semasa sesi temuduga,penampilan anda dilihat secara teliti. Kepada graduan lelaki, anda perlu tampil dengan potongan rambut yang kemas dan terurus. Rambut perlu disikat dengan rapi. Jangan memakai topi atau penutup kepala tanpa sebab. Anda kelihatan tidak yakin dengan diri anda, kerana pemakaian topi dan penutup kepala semasa temuduga bukanlah perkara yang bijak dan ia tidak rasmi. Kepada wanita yang berambut panjang, pastikan anda mengikat rambut dan pinkan dengan kemas. (Saya akan sentuh lebih lanjut tentang pakaian /tudung yang sesuai semasa temuduga kerja pada keluaran akan datang). Kebersihan kuku juga perlu dititikberatkan. Pastikan kuku anda tidak panjang dan kotor. Jika kuku anda bersih dan dipotong rapi, ia dapat menunjukkan anda seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri. Sudah tentulah, mereka yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, serba sedikit mempengaruhi tanggungjawab terhadap tugas seharian. Penemuduga yang teliti, juga akan melihat keseluruhan penjagaan asas diri anda, sehinggalah kepada (nasal hair). Pastikan ia telah dirapikan sehari sebelum menghadiri temuduga. Sekiranya anda mengambil makanan sebelum ditemuduga, pastikan tiada yang tersangkut dicelahan gigi hadapan. Contohnya, cebisan lada atau sayuran berwarna yang kelihatan jelas . Sudah tentu ia menimbulkan keadaan yang kurang selesa kepada panel penemuduga semasa anda mula membuka mulut untuk bersuara untuk menjawab soalan mereka. Kepada yang beragama Islam, bolehlah berselawat dan berzikir untuk menenangkan hati yang gemuruh sebelum nama anda dipanggil ke bilik temuduga. Anda dinasihatkan sentiasa bersikap positif dan sentiasa senyum. Sekiranya ada rakan setemuduga yang lain, tidak salah jika anda berkenalan antara satu sama lain. Sikap ini juga membolehkan anda mengurangkan rasa gemuruh dan takut. Sampai jumpa lagi di edisi bulan hadapan. Salam ukhwah dan kejayaan dari saya. 26
  • 27. Ruang untuk iklan, sila emel ke pesonasiswa@gmail.com 27