Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Presentation1
1. Home Previous Next Slide Last Slide
SLQ 4042 ULUM AL-QURAN
Pelajar Kad Pengenalan Matriks
Kamarudin bin Jaffar 711221-01-6139 SX031830PIJ23
Jamhari bin Musa 730801-10-5553 SX031171PIJ23
Suhaimi bin Mohd S amuri 730424-10-5741 SX031198PIJ23
1 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
2. Home Previous Next Slide Last Slide
Asbabun nuzul
Penurunan al-Quran tanpa sebab atau tidak semua
nas ada sebab
Penurunan al-Quran bersebab
Pembahagian penurunan bersebab
Pegangan ialah lafaz umum
2 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
3. Home Previous Next Slide Last Slide
1.Penurunan al-Quran tanpa sebab
Memperkatakan soal penghidupan harian atau
perkara yang sering berlaku.
Atau juga perkara yang telah diketahui maklumatnya
seperti berakhlak mulia.
Untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan
yang kurang dan membetulkan kekeliruan.
Wahyu ini banyak berlaku dan jumlahnya melebihi
jumlah ayat yang diturunkan bersebab.
3 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
4. Home Previous Next Slide Last Slide
Contoh pertama.
Penurunannya semata-mata untuk menunjukkan jalan yang
benar,tanpa menjelaskan peristiwa atau pertanyaan
Firman Allah surah al-Rum ayat 30:
Maksudnya: (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka
hadapkanlahdirimu(engkau dan pengikut-pengikutmu wahai
Muhamad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;(turutlah terus
“Agama Allah”- iaitu agama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
iaitulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
4 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
5. Home Previous Next Slide Last Slide
Contoh kedua
Penurunannya untuk menceritakan tentang umat
terdahulu, menenangkan serta menghiburkan
nabi dan sahabat.
Contohnya firman Allah surah Yusuf ayat 3-5.
5 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
6. Home Previous Next Slide Last Slide
Terjemahan
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhamad) seindah-indah kisah
dengan jalan wahikan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya
engkau sebelum datangnya wahi itu, adalah dari orang-orang yang
tidak pernah menyedari akan halnya . (Ingatlah peristiwa) tatkala
Nabi Yusuf berkata kepada bapanya : “Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan
matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi
hormat kepadaku. Bapanya berkata: “Wahai anakku! Janganlah
engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu kerana aku
khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat
terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi
manusia.”-Surah Yusuf ayat 3-5.
6 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
7. Home Previous Next Slide Last Slide
2.PENURUNAN AL-QURAN
BERSEBAB
Pertama –
Sebab nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan
membetulkan kesilapan . Firman Allah :
7 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
8. Home Previous Next Slide Last Slide
Terjemahan : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
hampiri solat (mengerjakannya) sedangkan kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu
katakan.- (Surah al-Nisa’ ayat 43) .
Ayat tersebut diturunkan dengan sebab ada di kalangan sahabat
yang mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, menyebabkan
beliau silap ketika membaca surah al-Kafirun. Ayat dan wahyu
tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan
bersembahyang dalam keadaan mabuk
8 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
9. Home Previous Next Slide Last Slide
Kedua
Penurunan wahyu dan al-Quran untuk
menjawab pertanyaan yang diajukan
kepada baginda.
9 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
10. Home Previous Next Slide Last Slide
Sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu wahai
Muhammad), tentang Zul Qarnain. Katakanlah . “ Aku
akan bacakan kepada kamu (wahi dari Allah yang
menerangkan) sedikit tentang perihalnya.” Surah al-
Kahfi ayat 83.
Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi
yang bertanya kepada nabi kisah Zul Qarnain.
10 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
11. Home Previous Next Slide Last Slide
Ketiga
Penurunan wahyu apabila nabi ditanya
tentang sesuatu perkara, maka turunlah
ayat yang menerangkan hukumnya.
11 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
12. Home Previous Next Slide Last Slide
Contohnya ialah kisah Khaulah binti Tha’labah yang
telah diziharkan oleh suaminya Aus ibn
Sabit.Khaulah kemudian mengadu kepada Rasulullah.
Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Ibn Abi Hatim.
Aisyah berkata yang bermaksud: Maha suci Allah
yang mana pendengaranNya meliputi segalanya.Aku
mendengar aduan Khaulah bin Tha’labah itu,
meskipun tidak semuanya. Ia mengadu tentang
suaminya kepada Rasulullah , dengan katanya: “
Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup
bersamaku dan aku juga telah beberapa kali
mengandung kerananya, tetapi sekarang setelah aku
tua,dan tidak beranak lagi, dia telah menziharkan
aku. Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepadaMu”.
Aisyah berkata: “Tiba-tiba malaikat Jibril turun
membawa ayat….
12 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
13. Home Previous Next Slide Last Slide
Terjemahannya:
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan
memperkenankan) aduan perempuan yang
bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad)
tentang suaminya, sambil ia berdoa dan merayu
kepada Allah (tentang perkara yang
menyusahkannya) sedang Allah sedia
mendengar perbincangan kamu berdua. (Surah
al-Mujadalah ayat 1).
13 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
14. Home Previous Next Slide Last Slide
Keempat
Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku
sesuatu peristiwa.
14 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
15. Home Previous Next Slide Last Slide
Hal ini sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mana Ibnu Abbas
berkata yang bermaksud: Ketika turunnya ayat 214 surah al-
Syu’ara’ yang bermaksud: Dan berilah peringatan serta
amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. Nabi telah
menaiki bukit Safa , lalu baginda berseru: “Wahai kaumku
sekalian!” Maka mereka semua berkumpul berhampiran dengan
nabi. Baginda berseru lagi: “Bagaimana pendapatmu apabila
aku memberitahumu bahawa di sebalik bukit ini terdapat
sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu. Percayakah
kamu terhadap kata-kataku ini ? Mereka menjawab: “Kami
belum pernah mendapati kamu mendusta.” lantaran itu nabi
menyambung kata-katanya: “Aku memperingatkan kepada kamu
tentang azab yang amat pedih”. Maka ketika itu, Abu Lahab
bangun lantas berkata: “Celakalah engkau : Apakah engkau
mengumpulkan kami ini hanya untuk urusan ini?. Maka turunlah
surah al-Masad. Sebagaimana firman Allah.
15 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
16. Home Previous Next Slide Last Slide
Maksudnya: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah
ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, ia tidak
dapat menolongnya! Ia akan menderita bakaran api neraka yang
marak menjulang! Dan juga isterinya, seorang perempuan
pemunggah kayu api! Dilehernya sejenis tali dari tali-tali yang
dipintal.
(surah al-Masad ayat 1-5)
16 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
17. Home Previous Next Slide Last Slide
3.Pembahagian-pembahagian
penurunan bersebab
17 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
18. Home Previous Next Slide Last Slide
Satu ayat satu sebab nuzul
Berlaku pada sesetengah ayat yang telah
diturunkan dengan pernyataan dan riwayat
sebab nuzul yang jelas tanpa ada banyak
riwayat yang menghubungkannya dengan
asbab nuzul lain.
Contohnya ketika turunnya ayat 214 surah al
Syu’ara’:-
18 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
19. Home Previous Next Slide Last Slide
Oleh Bukhari dan Muslim yang mana Ibnu Abbas berkata yang
bermaksud: Ketika turunnya ayat 214 surah al-Syu’ara’ yang
bermaksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum
kerabatmu yang dekat. Nabi telah menaiki bukit Safa , lalu
baginda berseru: “Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua
berkumpul berhampiran dengan nabi. Baginda berseru lagi: “
Bagaimana pendapatmu apabila aku memberitahumu bahawa di
sebalik bukit ini terdapat sepasukan berkuda yang akan
menyerang kamu. Percayakah kamu terhadap kata-kataku ini ?
Mereka menjawab: “Kami belum pernah mendapati kamu
mendusta.” lantaran itu nabi menyambung kata-katanya: “Aku
memperingatkan kepada kamu tentang azab yang amat pedih”.
Maka ketika itu, Abu Lahab bangun lantas berkata: “Celakalah
engkau : Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk
urusan ini?. Maka turunlah surah al-Masad. Sebagaimana firman
Allah.
19 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
20. Home Previous Next Slide Last Slide
Binasalah kedua-dua tangan abu Lahab dan
binasalah ia bersama! Hartanya dan segala
yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya!
Ia akan menderita bakaran api neraka yang
marak menjulang! Dan juga isterinya seorang
perempuan pemunggah kayu api! Dilehernya
sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. ( Surah al-
Masad ayat 1-5)
Ayat tersebut telah diturunkan untuk membalas
celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci
20 dan mencela nabi. 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
21. Home Previous Next Slide Last Slide
Maksudnya terdapat beberapa riwayat tentang
sebab nuzul sesuatu ayat.
Huraiannya ada 6.
21 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
22. Home Previous Next Slide Last Slide
Apabila riwayat itu banyak dan semuanya
menegaskan tentang asbabun nuzul, namun
begitu satu daripadanya adalah riwayat yang
sahih maka hendaklah diterima riwayat yang
sahih itu.
22 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
23. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat 1
Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dan Muslim daripada Jundub al-Bajali.
Terjemahannya : Nabi mengalami sakit,
menyebabkan dua atau tiga malam baginda
tidak bangun sembahyang malam. Maka
datanglah seorang wanita menemui baginda dan
berkata : wahai Muhammad! Aku rasa
syaitanmu telah meninggalkanmu, sepannjang
dua atau tiga malam ini ia tidak menghampirimu
lagi. Maka Allah menurunkan ayat,
23 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
24. Home Previous Next Slide Last Slide
Maksudnya Demi waktu Dhuha dan malam
apabila ia sunyi sepi ) Bahawa tuhanmu ( Wahai
Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak
benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh
oleh kaum musyrik) .Surah Dhuha ayat 1-3.
24 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
25. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat kedua
Hadis riwayat daripada al-Tabarani dan Ibn
Abi Syaibah daripada Hafs Ibn Maisarah
daripada ibunya, daripada budak perempuan
pembantu rumah nabi yang meriwayatkan :
25 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
26. Home Previous Next Slide Last Slide
Bahawa seekor anak anjing telah memasuki rumah
nabi lalu masuk di bawah katil tempat tidur, lalu mati di
situ. Sebab itu selama empat hari wahyu tidak turun
kepada baginda. Maka baginda bersabda : Wahai
khaulah apa yang telah terjadi di rumah Rasulullah ini ,
sehingga Jibril tidak datang kepadaku ? Maka aku
berkata dalam diriku: Alangkah baiknya seandainya
aku mengemas rumah ini dan menyapunya. Lalu aku
menyapu di bawah katil tempat tidur, maka aku
keluarkan bangkai anak anjing. Selepas itu nabi
datang dengan janggutnya terketar-ketar. Adalah nabi
apabila turunnya wahyu, baginda terketar. Maka Allah
menurunkan ayat:
26 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
27. Home Previous Next Slide Last Slide
Maksudnya Demi waktu Dhuha dan malam
apabila ia sunyi sepi ) Bahawa tuhanmu ( Wahai
Muhammad) tidak meningalkanmu dan ia tidak
benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh
oleh kaum musyrik) .Surah Duha ayat 1-3
27 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
28. Home Previous Next Slide Last Slide
Menurut Ibn hajar, dalam Sahih Bukhari, tentang
lewatnya datang wahyu kerana ada bangkai anak anjing
di rumah baginda adalah masyhur. Namun begitu, kisah
itu untuk dijadikan sebab nuzul merupakan satu yang
gharib dan tidak sesuai dengan martabat nabi.
Kita perlu mengambil riwayat pertama sebagai sebab
nuzul. Riwayat pertama jelas kesahihannya sedangkan
riwayat kedua pula tidak sahih disebabkan di dalam
sanadnya terdapat perawi yang tidak diketahui
namanya (rawi majhul).
Riwayat pertama diterima kerana ia diriwayatkan
daripada imam Bukhari dan Muslim.
28 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
29. Home Previous Next Slide Last Slide
Kedua
Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih,
namun di antara keduanya masih boleh
ditarjihkan di antara salah satu daripada
keduanya disebabkan salah satunya lebih sahih
di antara yang lain. Ataupun perawi pertama
telah menyaksikan sendiri kejadian tersebut,
oleh itu, dalam keadaan tersebut, riwayat ini
tidak syak lagi dan seharusnya ia diterima
sebagai sebab nuzul.
29 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
30. Home Previous Next Slide Last Slide
Ketiga
Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan
tidak pula dapat ditarjihkan, maka terimalah
kedua-dua riwayat sebagai asbabun nuzul.
Dalam konteks ini kita hendaklah beralasan
bahawa ayat tersebut diturunkan selepas
terjadinya kedua-dua peristiwa atau sebab
berkenaan dan dalam tempoh waktu yang
berhampiran.
30 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
31. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat pertama :
Riwayat Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Ikrimah daripada Ibn
Abbas bahawa Hilal Ibn Umaiyyah telah menuduh isterinya berlaku
sumbang dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan Rasulullah SAW lalu
bagida bersabda kepada Hilal :Bawakan bukti atau belakang kamu
akan kusebat . Hilal berkata : Wahai rasululullah, bagaimana
keadaannya kalau seseorang itu mendapati isterinya berlaku sumbang
dengan seorang lelaki, adakah ia perlu membawa keterangan atau
saksi juga ? Maka turunlah ayat kepada baginda :
Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina
sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya
itu) hanya dirinya sendiri ,maka persaksian orang itu ialah empat kali
bersumpah dengan nama Allah , sesungguhnya dia adalah termasuk
orang-orang yang benar.(Surah al-Nur ayat 6)
31 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
32. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat kedua:
Riwayat yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim , lafaz hadis ini diambil
dari Sahih al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad: Terjemahan :Bahawa ‘Umaymir telah
datang kepada ‘Asim Ibn ‘Adi iaitu ketua bagi suku Bani ‘Ajlan sambil berkata : Apa
pendapat kamu seorang suami mendapati yang isterinya bersekedudukan dengan lelaki
lain , apakah patut ia bunuh sahaja lelaki itu, tetapi selepas itu ia dibalas bunuh pula
atau apakah yang sepatutnya dilakukan ? Tolonglah tuan hamba bertanyakan Rasululah
tentang perkara ini? Selepas itu, ‘Asim pergi kepada Rasulullah dan bertanya : Wahai
Rasulullah (‘Asim bertanya tentang perkara ‘Uwaymir tadi), namun baginda tidak suka
melayani pertanyaan seumpama itu. Lalu baginda mengecam pertanyaan seumpama itu.
Walau bagaimanapun, ‘Uwaymir masih tidak berpuashati , sambil beliau bersumpah:
Demi Allah , aku tidak puas hati kecuali aku sendiri bertanya kepada baginda tentang
hal tersebut. Maka ‘Uwaymir pun datang menemui baginda sambil berkata : Wahai
Rasuullah, seseorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama lelaki lain, adakah patut
dia bunuh sahaja lelaki itu , tetapi selepas itu, ia akan dibunuh balas pula, atau apakah
yang sepatutnya ia lakukan. Maka baginda menjawab:Sesungguhnya Alllah telah
menurunkan ayat tentang kamu dan isteri kau kemudian nabi memerintahkan kepada
suami isteri untuk bermula ‘anah , sebagaimana Allah sebutkan di dalan kitabNya.
Maka ia melauka li’an dengan isterinya iaitu firman Allah :
32 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
33. Home Previous Next Slide Last Slide
Terjemahan : Dan orang-orang yang menuduh
isterinya berzina sedang mereka tidak ada
saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya
itu) hanya dirinya sendiri…
(surah al-Nur ayat 6)
33 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
34. Home Previous Next Slide Last Slide
Kedua-dua riwayat tersebut sama-sama
sahih oleh itu, kita hendaklah mengambil kedua-
dua riwayat itu sebagai sebab nuzul ayat
berkenaan.
Kedua-dua peristiwa itu berlaku dalam masa
yang berdekatan di mana dalam riwayat tersebut
kita boleh menetapkan bahawa orang pertama
yang bertanya ialah Hilal ibn Umaiyyah ,
kemudian pertanyaan tersebut pula diikuti oleh
‘Uwaymir sebelum jawapan diberikan.
34 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
35. Home Previous Next Slide Last Slide
Keempat.
Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan
sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan
antara satu sama lain, serta ia juga tidak
dapat dikumpulkan serentak disebabkan oleh
jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa di
antara keduanya adalah jarak masa yang jauh.
Kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat
tersebut diturunkan berulang kali dengan
berasaskan sebab penurunannya juga lebih
daripada satu.
35 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
36. Riwayat pertama :
Hadis riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan al-
Bazzar daripada Abu Hurairah yang mengatakan
bahawa Rasululullah SAW berdiri di samping mayat
Hamzah yang gugur syahid di Uhud dalam keadaan
tubuhnya yang dikelar-kelar lalu baginda bersabda :
Demi Allah sesungguhnya aku akan cincang 70 orang
dari kalangan orang kafir sebagai menuntut bela hak
engkau.
Maka di saat itu, Jibril menurunkan ayat terakhir
daripada surah al-Nahl sedang nabi masih berdiri dekat
jenazah Hamzah.
36 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
37. Home Previous Next Slide Last Slide
Firman Allah :
Maksudnya :
Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka)
maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yan sama seperti yang telah
ditimpakan kepada kamu…
(surah al-Nahl ayat 126)
37 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
38. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat kedua :
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Ubay
ibn ka’ab yan berkata : Ketika berlangsungnya
peperangan Uhud di mana 64 orang Ansar dan 6 orang
Muhajirin terkorban termasuk Hamzah yang dikelar-
kelarkan tubuhnya, maka berkatalah golongan Ansar :
Sekiranya suatu hari nanti kami berjaya menimpakan
kemalangan seumpama ini terhadap mereka (orang
kafir ) nescaya kami pasti akan akan mengajar mereka
secukup-cukupnya. Ketika hari pembukaan kota
Mekah maka Allah menurunkan ayat:
38 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
39. Home Previous Next Slide Last Slide
Maksudnya :
Dan jika kamu membalas kejahatan (mereka)
maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah
ditimpakan kepada kamu…
(surah al-Nahl ayat 126)
39 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
40. Home Previous Next Slide Last Slide
Daripada kedua-dua riwayat ini kita tidak
boleh mengumpulkan dan menyelaraskan di
antara kedua-dua riwayat tersebut.
Jarak waktu yang terlalu jauh.
Peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah
Pembukaan Kota mekah pada tahun-ke 8
Hijrah.
Rumusannya ayat tersebut diturunkan dua
kali.
40 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
41. Home Previous Next Slide Last Slide
Kelima
Apabila kedua-dua riwayat tidak tegas.
Perawi berkata, “Ayat ini diturunkan tentang hal
ini.”
Atau, “Aku mengira ayat ini diturunkan tentang
hal ini.”
Dalam hal ini tiada percanggahan di antara
riwayat-riwayat itu . Ia bukan menyatakan sebab
nuzul kecualilah ada qarinah yang membawa
maksud penjelasan tentang sebab nuzul.
41 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
42. Home Previous Next Slide Last Slide
Keenam
Salah satu daripada ungkapan riwayat tidak tegas.
Yang menjadi pegangan ialah riwayat yang menyatakan sebab
nuzul dengan tegas.
Contohnya riwayat berkaitan Sebab Nuzul ayat 223 surah al-
Baqarah
Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman
kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut
cara yang kamu sukai….
42 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
43. Home Previous Next Slide Last Slide
Riwayat pertama : Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari
katanya yang bermaksud: Pada suatu hari aku membaca Surah al-Baqarah
ayat 223 : Terjemahan :-Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman
kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai….Maka Ibn Umar berkata kepadaku Tahukah engaku tentang
apakah ayat ini diturunkan? Aku menjawab: Tidak tahu. Ibn Umar berkata :
Ayat ini diturunkan berkaitan persoalan menyetubuhi isteri dari arah
belakang.
Riwayat kedua : Hadis yang diterima daripada melalui Jabir yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu daud, al-Tirmizi, al-Nasai’ dan Ibn majah,
Jabir berkata yang bermaksud: Orang-orang Yahudi berkata : Apabila
seorang suami menyetubuhi isterinya dari arah belakang, maka anak yang
dilahirkan bermata juling. Dengan sebab itu, turunlah ayat 223 surah a-
Baqarah.
Riwayat daripada Jabir dijadikan pegangan kerana tegas. Riwayat
ungkapan Ibn Umar diterima sebagai pentafsiran, bukan sebab nuzul.
43 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
44. Home Previous Next Slide Last Slide
Rumusan banyak sebab nuzul untuk satu ayat.
Menurut Ibn Hajar, tiada masalah.
Apabila semuanya tidak tegas,dinilai sebagai tafsir dan
kandungan ayat.
Apabila sebahagian tegas dan sebahagian tidak, yang
dipegang yang tegas.
Apabila semuanya tegas,pilih yang lebih sahih.
Apabila semuanya sahih dilakukan tarjih.jika tidak boleh
ditarjih, dikompromikan.
Jika tidak boleh dikompromikan,ayat itu turun secara
berulang.
44 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
45. Satu sebab nuzul untuk banyak ayat
Home Previous Next Slide Last Slide
Ini menunjukkan permasalahan itu penting.
Contohnya :
Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh
al-Tirmizi dan al-Hakim Katanya: Wahai Rasululah!
Saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang
orang perempuan sedikit pun tentang Hijrah. Maka
Allah menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat
195.Yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka
perkenankan doa mereka (dengan FirmanNya):
Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amalan oran-
orang yang beramal dari antara kamu sama ada lelaki
atau perempuan…
45 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
46. Pegangan ialah lafaz umum bukan
sebab khusus
Home Previous Next Slide Last Slide
Apabila sesuatu ayat sesuai dengan sebab secara umum
atau sesuai dengan sebab secara khusus
Maka yang umum itu diterapkan kepada keumumannya
dan yang khusus itu diterapkan kepada kekhususannya.
Contohnya firman Allah :
Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah darah
haidh itu satu benda yang menjijikkan . Oleh sebab itu, hendaklah kamu
menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh) dalam masa datang haidh itu,
dan janganlah kamu menghampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan
yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan
46 diri. Surah al-Baqarah ayat
222 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
47. Home Previous Next Slide Last Slide
Daripada Anas bin Malik berkata yang
bermaksud : Apabila setiap kali isteri-isteri
oranag yahudi berhaidh, mereka dipulau atau
dikeluarkan daripada rumah tidak diberi makan
atau diberi minum dan di dalam rumah mereka
tidak bersama . Dengan itu Rasulullah ditanya
tentang perkara itu, maka Allah menurunkan
ayat tersebut.
Kemudian nabi bersabda :
Bersama-samalah dengan mereka di dalam rumah dan
perbuatlah apa sahaja, kecuali menyetubuhinya.
47 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
48. Home Previous Next Slide Last Slide
Yang menjadi perbincangan ialah jika sesuatu
sebab itu khusus sedangkan ayat yang
diturunkan berbentuk umum.
Dalam hal ini pendapat ulama terbahagi kepada
dua.
48 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
49. Pendapat pertama
Home Previous Next Slide Last Slide
Pendapat pertama
Jumhur ulama berpendapat bahawa yang
menjadi pegangan ialah lafaz umum
bukannya sebab yang khusus.
Pendapat kedua
Segelintir ulama mengatakan yang menjadi
pegangan dan hukum yang dipegang ialah
sebab yang khusus.
49 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
50. Home Previous Next Slide Last Slide
Pendapat pertama
Contohnya berkenaan ayat li’an.
Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-
Tirmizi dan Ibn majah di mana Ibn. Abbas berkata yang bermaksud:
Daripada Ibn Abbas katanya Hilal Ibn Umayyah telah menuduh
isterinya berzina dengan Syuraik Ibn Shama’ di hadapan nabi. Nabi
bersabda “Hendaklah ada bukti atau saksi, kalau tidak belakang
engkau akan disebat”. Hilal berkata “Wahai Rasulullah! Apabila
seseorang daripada kami (suami) melihat lelaki bersama
(melakukan persetubuhan ) dengan isterinya, maka adakah
seharusnya ia membawa bukti atau saksi juga ? Rasululah
menjawab, “Saksi atau bukti, jika tidak belakang kamu akan
disebat”. Hilal berkata lagi, “Demi yang mengutuskan engkau (Allah)
dengan kebenaran, sesungguhnya saya berkata benar. Moga-moga
Allah akan menurunkan ayat yang melepaskan belakang aku
daripada disebat. Maka turunlah malaikat Jibril menurunkan ayat :
Surah al-nur ayat 6 hingga 9.
50 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
51. Home Previous Next Slide Last Slide
Lafaz( ) والذين يرمون أزواجهمdan orang-orang yang
menuduh isterinya berzina adalah dalam bentuk lafaz
umum, namun begitu hukumnya bukanlah hanya
terhenti kepada peristiwa yang khusus itu sahaja.
Iaitu ia bukan hanya tertumpu kepada peristiwa Hilal
yang menuduh isterinya sahaja tetapi hukum yang
dipegang ialah dengan meliputi semua kes lain atau
kes menuduh isteri untuk semua orang (suami) tanpa
perlu kepada dalil atau ayat lain.
Inilah pendapat sahih dan kukuh dan bersesuaian
dengan hukum-hukum syarak yang bersifat umum.
51 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA
52. Home Previous Next Slide Last Slide
Terima Kasih
Sesi Soal Jawab
52 04/09/12 (C)HAKCIPTA TERPELIHARA