SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KAEDAH KELIMA


AL-ADATU MUHAKAMATUN


Maksud


Al – ‘Adatu Muhakkamatun boleh ditakrifkan sebagai “Adat kebiasan dapat ditetapkan
sebagai hukum” (Al-Sayuthi ,TT:63)
Dasar-dasar nas Kaedah ini ialah daripada Al- Quran:




Firman Allah , Surah al-A’raf , ayat 199.




“Maksudnya “ Dan serulah orang-orang yang mengerjakan yang ma’ruf serta
berpalinglah dari orang yang bodoh.”


Selain itu ,
Firman Allah dalam Surah al-Nisaa 4 , ayat 19 :




Maksudnya :
“ Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu) secara patut .”


Sabda nabi SAW




Maksudnya “ Apa yang dipandang baik oleh Muslim maka baik pula di sisi Allah “
(HR. Ahmad dari Ibn Mas’ud)




                                            -1-
PENGERTIAN ‘ADAH ATAU ‘URUF


Makna ‘Adah
Menurut jumhur ulama : ‘Adat dengan ‘Uruf mempunyai erti yang sama.
Sebahagian Fuqaha’ membezakannya.
Menurut al-Jurjani :




’Adah adalah suatu (perbuatan) yang terus menerus dilakukan manusia , kerana logik dan
dilakukan secara terus menerus.”(Abdul Mudjib,1980:40 )


Makna ‘Uruf


‘Uruf dari sudut bahasa ialah terkenal. Manakala dari sudut istilah pula boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu menurut Abd. Wahab Khallaf , ‘uruf ialah sesuatu yang
telah diketahui oleh orang ramai dan dilakukan oleh mereka, baik perkara yang berupa
perbuatan atau perkataan atau sesuatu yang ditinggalkan.


Yang kedua pula , ‘uruf ialah perkara dan urusan yang disepakati oleh sekumpulan dan
segolongan manusia di dalam perkembangan hidup mereka .


Yang ketiga ialah ,’uruf merupakan perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiat
akibat dilakukan secara berulang, merangkumi perkataan dan perbuatan sama seperti
adat.1


Jika kita melihat terjemahan daripada Abdul Al-Mudjib pula , uruf adalah suatu yang
tetap di jiwa terasa tenang melakukannya , kerana sesuai dengan akal fikiran dan diterima
oleh tabiat yang sejahtera .


1
 Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, ( 2000 ) Perbahasan Usul al-Ahkam,
hal : 120


                                           -2-
‘Uruf tidak hanya merupakan perkataan , tetapi juga perbuatan atau juga meninggalkan
sesuatu. Walau bagaimanapun dalam terminologi ( peristilahan ) bahasa Arab , ‘uruf dan
‘adat adalah sama .2


Sebagai contohnya , apabila menggunakan kalendar haid bagi wanita. Pada setiap bulan
seorang wanita akan mengalami darah haid. Cara pengiraan haid itu berbeza iaitu ada
yang menggunakan cara tamyiz ( iaitu membezakan darah kuat dan darah lemah dan
yang kuat dianggap darah haid ) dan ada juga cara ‘adah (iaitu menganggap darah haid
atas hari-hari kebiasaan keluarnya darah tiap bulan). Dalam hal ini bagi Imam Hanafi
mewajibkan penggunaan cara ‘adah sedangkan Imam Syafi’i menguatkan cara tamyiz.




Syarat boleh diterima ‘Uruf / ‘Adah


‘Adah boleh diterima dengan 4 syarat :-


Pertama, perbuatan yang dilakukan itu hendaklah sesuai dan relevan dengan akal yang
sihat. Ini menunjukkan bahawa ‘adah tidak mungkin berkenaan dengan perbuatan
maksiat.


Kedua, perbuatan dan perkataan yang dilakukan itu hendaklah selalu berulang-ulang dan
sudah menjadi darah daging pada perilaku masyarakat .


Ketiga, perkara itu hendaklah tidak bertentangan dengan ketentuan nas , sama ada al-
Quran ataupun al-Sunnah .


Kempat, perkara itu hendaklah tidak mendatangkan kemudaratan serta sejalan dengan
jiwa dan akal yang sejahtera.


Kaedah Yang Berkaitan Dengan ‘Adah

2
    Mohd. Said Ishak,(2002),al-Qawa’id al-Fiqhiyyah,hal.70


                                                  -3-
“Semua yang diatur oleh syara’ secara mutlak namun belum ada ketentuan dalam agama
serta dalam Bahasa maka semua itu dikembalikan pada ‘uruf.” ( Abd al-Hamid Hakim ,
1956:84)


Untuk lebih jelas, mari kita ambil contoh,misalnya :


Hukum syariah menetapkan hukum mahar dalam perkahwinan , namun tidak ada
perincian berapa banyak ketentuan mahar , maka ketentuan itu dikembalikan kepada
kebiasaan. Demikian juga, wanita yang haid, berapa lama darah yang keluar dianggap
haid, maka kebiasaan tiap bulan merupakan standardnya .


Penggunaan ‘uruf dan ‘adah


Penggunaan ‘uruf dan ‘adah di dalam fiqh ada berbagai bentuk. Setiap satu dibinakan
suatu hukum menurut cara yang khusus. Namun begitu, penggunaannya boleh
diringkaskan seperti berikut :


1.     Digunakan sebagai dalil untuk perundangan hukum atau dalil yang mentakhsiskan
bagi suatu nas atau mengqaidkannya. Sebagai contohnya, mengambil dalil tentang
keharusan mudharabah dengan uruf. Contoh lain ialah mengambil dalil tentang
keharusan mewaqafkan benda-benda yang boleh dipindah dengan uruf menurut setegah
fuqaha’ dan mengambil dalil tentang keharusan menempah barang-barang perhiasan dan
alat-alat perabot dan lainnya. Mengikut imam Malik , beliau mengambil dalil tidak khiar
syarat mengikut ‘uruf ahli Madinah.


Apa yang dijelaskan di atas ialah bukan pada hakikatnya dalil tetapi hanya dalil pada
zahirnya sahaja yang boleh membongkar dalil yang sebenar. Jika kita lihat, mudharabah
itu adalah berdasarkan dalil sunnah taqririyah. Manakala istishna’pula berdasarkan dalil



                                          -4-
daripada ijma’ sukuti. Tidak ketinggalan pula mewaqafkan kitab-kitab untuk tujuan
pinjaman atau mewaqafkan wang ringgit untuk tujuan pinjaman dan perkara ini diakui
oleh ahli ijtihad.


2.      Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti atau kadi dalam
mempraktikkan hukum-hukum yang mutlak yang berbeza mengikut perbezaan adat dan
maslahah manusia. Terpulanglah kepada kadi dan mufti supaya mempraktikkanya
mengikut ‘uruf masing-masing .
Sebagai contohnya sebuah hadis nabi:




Yang bermaksud : Barangsiapa daripada kamu melihat suatu perkara mungkar,
hendaklah diubahkannya.


Hadis ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah wajiblah menakutkan orang ramai
terhadap jenayah-jenayah yang boleh merosakkan ketenteraman atau keamanan
masyarakat, jenayah dan jarimah. Di sini diijmalkan sahaja di bawah perkataan mungkar .
Para fuqaha’ mendefinisikan mungkar dengan perkara-perkara yang menyakiti dan
merosakkan orang Islam sama ada perkataan atau perbuatan. Sudah pasti ia berbeza
mengikut adah orang ramai yang mana sesetengah perkataan cacian bagi suatu negeri
adalah tidak dianggap cacian bagi negeri yang lain.


Begitu juga dengan perkataan al-tagyyir yang bermaksud mengubah atau membasmi.
Hukuman al-taghyyir itu adalah juga berbeza yang mana penjara mungkin sesuai bagi
sesetengah tempat dan ada kalanya hukuman berbentuk wang ringgit dipilih dan ada
kalanya hukuman itu berbentuk buang negeri atau buang daerah.


3.      Digunakan ‘uruf sebagai perbicaraan yang dikenali kebanyakan tentang buktinya ,
sama ada bertujuan memberi keizinan, larangan, kewajipan atau penyaksian di dalam
mahkamah dan sebagainya .




                                          -5-
Untuk mengetahui kehendak hati, lazimnya ia diungkapkan dengan perkataan sahaja. Ada
kalanya, tidak memerlukan perkataan dan cukup hanya dengan ‘adah sahaja. Sebagai
contoh, ‘adah yang menunjukkan kepada keizinan tanpa perkataan ialah dalam sutau
kebakaran , adah bermakna mengizinkan memasuki rumah untuk memadamkan
kebakaran.


Adah yang menunjukkan larangan pula ialah seperti tanda ‘no entry’ atau besi merah di
kepala jalan yang bermaksud tidak harus kereta memasuki jalan itu.


4.     Digunakan kepada pemakaian ‘uruf dalam bahasa. Setiap orang yang bercakap
diletakkan percakapannya ke atas ‘uruf yang dipakai kebanyakan orang , sama ada
percakapan syara’ atau tindakan manusia.


Dalam membicarakan hal ini, kita boleh ambil perkataan solat. Solat dalam bahasa ialah
do’a dan manakala dalam syara’ pula ialah segala perkataan dan perbuatan yang khusus
yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.


Maksudnya ialah segala hukum yang mengandungi kewajipan fiqh, sama ada akad
pembatalan syarat dan sebagainya hendaklah berjalan sesuai mengikut kehendak urufnya.


5.     Digunakan kepada ‘uruf yang biasa di antara orang ramai yang boleh
mentarjehkan sebahagian mazhab di dalam fiqh daripada mazhab yang lain dengan syarat
setiap mazhab yang ditarjehkan itu ada mempunyai dalil yang boleh diterima.


Apabila ada satu mazhab yang mempunyai dalail yang lebih kuat daripada yang lain,
maka ditarjehkan mazhab yang agak lemah dengan ‘uruf kerana uruf telah menandakan
kepada keperluan atau kehajatan masyarakat.


Sebagai contohnya ialah ditarjehkan mazhab Maliki dan mazhab Hambali, yang
mengatakan orang yang hilang yang tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati




                                           -6-
maka diputuskan telah meninggal dunia apabila telah mencecah kepada empat tahun
kerana ia sesuai dengan zaman sekarang.


Penerangan selanjutnya ialah kita lihat bagaimana ditarjehkan mazhab Hambali yang
mengatakan pemegang gadaian harus mengambil faedah dari perkara yang digadaikannya
tanpa keizinan daripada pihak penggadai jika perkara yang digadaikannya itu binatang
yang boleh diperahkan susunya atau ditunggangi sebagai kenderaan, dengan syarat
pemegang gadai telah mengeluarkan perbelanjaan untuk memeliharanya, tetapi dia hanya
boleh mengambil faedah hanya sekadar perbelanjaan yang telah dikeluarkannya sahaja.


Jika diteliti, kaedah ini adalah bertentangan dengan pendapat jumhur termasuklah imam
Syafi’i. Selain itu, harus juga diambil faedah daripada benda-benda yang digadai dengan
syarat mendapat keizinan daripada penggadainya kerana uruf masyarakat melakukan
demikian. Sebahagian pendapat mazhab pula tidak membenarkan mengambil faedah
walaupun sedikit. Sudah tentu, setiap pendapat itu, masing-maisng ada mempunyai dalil
yang boleh diterima dari segi sunnah.


6.     Digunakan kepada ‘adat yang mendatangkan kesan terhadap hukum syara’ ,
kerana keadaan persekitaran masyarakat telah menerima perubahan yang memerlukan
pengambilan hukum ihtiyati atau hukum keringanan .


Kefasadan zaman yang berlaku pada zaman ini merealisasikan kaedah ini. Misalnya ialah
tentang keadilan saksi yang tidak boleh diterima lagi zaman sekarang kerana tidak dapat
dibuktikan lagi . Keadilan itu mesti dengan tazkiyah atau sokongan orang lain yang
mengatakan seseorang itu orang baik. Ini adalah kerana pada zaman ini manusia telah
menurun imannya dan manusia banyak berbohong.Untuk mencari saksi pada zaman
silam hanya cukup dengan beragama Islam sahaja tetapi pada zaman ini.


Contoh bagi keringanan pula ialah seperti mengambil upah mengajar al-Quran, azan dan
membaca khutbah juma’ah kerana masyarakat tidak begitu berminat membuat kebajikan




                                          -7-
dengan secara sukarela untuk mengajar al-Quran, agama dan sebagainya. Ini perlu dijaga
kerana jika tidak dibenarkan mengambil upah, sudah tentu akan hilang syiar agama.


Syarat diterima ‘Uruf dan ’Adah


1.        Setiap ‘uruf dan ‘adat itu mestilah digunakan secara menyeluruh atau ghalibnya
iaitu digunakan oleh kebanyakan. Maksud ialah menyeluruh itu ialah ‘uruf
yang rata-rata dipakai dan tidak menimbulkan perselisihan di antara ahli ‘uruf sama ada
umum atau khusus. Maksud ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh majoriti masyarakat
dan hanya minoriti yang tidak memakainya. Ini adalah berdasarkan kenyataan iaitu ‘uruf
itu menjadi tetap dan diterima setelah digunakan oleh semua orang atau majoriti .


Dalam hal ini fuqaha’ mengatakan:
Yang muktabar adalah yang ghalib dan yang menyeluruh dipakai, bukan yang jarang-
jarang.


2.        Hendaklah ‘uruf itu umum dalam semua negeri dan inilah ‘uruf yang menjadi
dalil-dalil hukum pada zahirnya , yang menunjukkan kepada dalil yang sebenar, seperti
kedudukan ijma’ dan masalih mursalah.


Inilah uruf yang mengharuskan istisna’ iaitu menempah membuat sesuatu benda dan
yang mengharuskan waqaf perkara-perkara yan boleh dipndahkan. Sesungguhnya ijma’
itu tidak mungkin berlaku kecuali diakui oleh seluruh ahli mujtahid alam islami. Begitu
juga dengan maslahah mursalah tidak diakui kecuali maslahah umum atau maslahah
kulliyyah yang ada mempunyai illah yang tetap dan nyata terhadap maslahah umum.
Inilah yang dinamakan zaman ‘uruf am atau umum.


3.        Hendaklah ‘uruf dan ‘adat itu tidak bertentangan dengan suatu hukum yang ada
mempunyai dalil syara’. Jika ada pertentangan dengan dalil syara’ maka terbatallah ‘uruf
tersebut. Secara mudahnya jika masyarakat ramai minum arak, bermain judi dan
melakukan riba yang semuanya ini bertentangan dengan dalil syara’. Dalil bagi



                                            -8-
pensyaratan ini telah sah daripada syara’, yang mengetahui tentang maslahah-maslahah
manusia untuk mentadbir urusan-urusan mereka, maka ini dikira benar dan menjadi
pegangan kepada majoriti. Kita juga sedar bahawa ‘uruf adalah tidak ma’sum. Maka uruf
yang tidak bertentangan dengan dalil syara’sahaja yang dapat dipakai atau diterima
senagai uruf orang ramai di dalam adat perniagaan, peraturan kehakiman, undang-undang
sosial yang diperlukan oleh masyarakat. Syarat ini adalah umum di dalam segala
pemakaian uruf.


4.     Hendaklah ‘uruf yang ditanggungkan perkataan atau perbuatan orang yang
melakukan tindakan dan nas-nas syara’, memang ada ketika datangnya nas-nas itu , maka
dikeluarkan daripada syarat ini , ialah apabila ‘uruf itu mendatang ke atas sesuatu
tindakan atau nas dan hanya berlaku selepas keduanya maka tidak ditanggungkan ke atas
setiap daripada keduanya .


Contohnya ialah dalam kes seorang yang mewaqafkan kebunnya kepada ulama’ pada
tahun 100 H yang menurut uruf pada zaman itu ialah ulama bahasa dan agama. Pada satu
masa kemudian, masyarakat menggunakan perkataan ulama’ untuk tujuan umum yang
merangkumi istilah ulama’ itu untuk ulama’ bahasa, sains, kimia dan doktor. Dalam hal
ini, hasil kebun itu hanya diberikan kepada ulama agama dan bahasa sahaja.


5.     Hendaklah ‘uruf itu merupakan suatu kepastian , iaitu perkara yang wajib
digunakan mengikut pandangan masyarakat atau merupakan ‘adah bagi sebahagian
negeri, walaupun tidak menjadi ‘adah bagi negeri yang lain.


Sebagai contohnya, ada hantaran atau hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan. Menurut adat sebahagian tempat, pengantin lelaki akan membawa hantaran
selain daripada maskahwin. Pihak perempuan pula kebiasaannya akan membalas hadiah
itu kepada pengantin lelaki. Jika tidak dibalas, masyarakat menganggapnya sebagai
kehinaan. Ini semua dikembalikan kepada ‘adah.




                                           -9-
Menurut fuqaha’, perkara yang dibawa oleh syara’ secara mutlak tanpa diterangkan
secara terperinci dan tidak diterangkan pula dalam segi bahasa , maka dikembalikan
kepada ‘uruf.


Persoalan yang tidak diterima ‘uruf , walhal tidak pula diterangkan secara
terperinci di dalam syara’ dan bahasa.


1.     Jualbeli dengan memberi dan mengambil tanpa berlafaz akad. Tidak sah menurut
asal mazhab Syafi’i, wal hal bagi sebahagian mazhab lainnya sah tetapi jika telah menjadi
‘adat , bahawa jual beli dengan memberi dan mengambil. Maka menurut pendapat Imam
al-Nawawi dalam pendapat yang terpilih dari segi dalil, jual beli ini adalah sah.


2.     Masalah seorang yang memberi sesuatu bahan kepada tukang untuk sesuatu benda
dan ‘adat tukang, biasanya mengambil upah terhadap penat lelahnya, maka tukang tidak
berhak mendapat upah sekiranya tidak disyaratkan menurut pendapat yang sah. Demikian
juga seorang yang memberi kain kepada tukang jahit untuk dibuat pakaian atau duduk di
atas kerusi tukang gunting untuk digunting rambutnya , atau naik ke sebuah kapal dengan
keizinan tuannya, dan kapal itu berlayar ke seberang dan begitulah selanjutnya .


Itulah kaedah asasiah yang kelima yang diakhiri dengan al-adatu Muhakkamatun. Selain
daripada lima kaedah asasiah itu , sebahagian ulama memasukkan kaedah


“ Tiada pahala tanpa niat”


Kaedah itu adalah sebahagian daripada kaedah assasiah. Ia tidak masuk kaedah pertama
kerana niat bermaksud ialah tujuan melakukan sesuatu .


Menurut Muhammad izzuddin bin Abd. Al-Salam :


“Menolak kerosakan dan menarik kemaslahatan.”




                                           - 10 -
Tujuan pokok syariat Islam adalah tahqiq al-adalah (mewujudkan keadilan) dan jalb al-
maslahah (menarik kemaslahatan).


KAEDAH-KAEDAH GHAIR ASASSIAH


Kaedah pertama


“Ijtihad tidak dapat dibatalkan dengan ijtihad.”(al-Suyuthi, TT:71)


Hukum furu’ yang terbit


Seorang fasiq menjadi saksi lalu ditolak kesaksiannya , kemudian dia bertaubat maka
tidak diterima kesaksiannya , kerana menerima kesaksian selepas taubat mengandungi
makna pembatalan ijtihad dengan ijtihad .


Sebagai contoh lain ialah apabila berlaku dalam perbicaraan, seorang hakim menjatuhkan
suatu hukuman dengan ijtihad kemudian ijtihadnya berubah. Hal ini tidak membatalkan
hukuman yang pertama sekalipun ijtihad itu lebih kuat. Namun begitu, di dalam kes baru
yang sama dengan itu hendaklah ia mengambil ihjtihad yang kedua kecuali jika dia
berasa yakin salahnya .


Ijtihad dibatalkan oleh ijtihad


Ijtihad boleh diabatalkan seandainya berlaku bahawa ijtihad yang kedua lebih kuat
daripada ijtihad pertama .


Selain daripada itu , seandainya ijtihad terdahulu tidak relevan lagi dengan keadaan yang
dihadapi dewasa ini sehingga hasil ijtihad tersebut perlu disemak semula, maka pada
waktu itu, ijtihad boleh dibatalkan dengan ijtihad.


Kaedah fiqhiyah dinyatakan :



                                            - 11 -
Perubahan hukum itu berdasarkan perubahan zaman , tempat dan keadaan .


Kerosakan keputusan ijtihad dapat diterima jika ternyata keputusan itu bertentangan
dengan nas atau ijma’ atau qiyas jali. Menurut al-Iraqi pengguguran itu ketika
bertentangan dengan kaedah-kaedah kulli sedangkan menurut Ulama Hanafi
menggantungkan dengan tidak berdasarkan dalil .


Kaedah kedua


“Apabila antara yang haram dan yang halal berkumpul maka dimenangkan yang haram
( al-Suyuthi , TT : 74)


Kaedah ini menyatakan tentang prioriti bagi mendahulukan yang haram bererti apabila
ada dua dalil itu, maka dipilih yang mengharamkan, kerana itu lebih ihtiyati ( al-Suyuthi ,
TT 75)


Dalam kaedah ini , ia berdasarkan daripada ketetapan khalifah Usman bin Affan ketika
ditanya ketentuan mengahwini dua saudara yang seorang merdeka dan yang seorang
hamba sahaya. Khalifah mengenalpasti ada dua ayat daripada dua surah yang berkaitan
dengan kes ini .


Dalam surah al-Nisa’, ayat 22 , tidak boleh mengumpulkan dua saudara wanita untuk
dinikahi.


Dalam surah al-Nisa’ ayat 23 , membolehkannya asalkan yang satu menjadi hamba
sahaya. Keputusan beliau ialah melarangnya , sesuai dengan kaedah di atas .




Dalam kaedah ini juga boleh dilihat kepada pertentangan daripada dua hadis iaitu :-




                                          - 12 -
Hadis riwayat Abu Daud dari Huzaim ibn Hakim membolehkan bersenang-senang
bersama isteri yang haid setakat pinggang ke atas .


Riwayat Muslim dari Anas hanya membatasi pada bersetubuh.


Menurut kaedah ini, lebih cenderung kepada hadis pertama iaitu mengharamkan tamattu’
dengan isteri yang haid di kawasan antara pusat dan lutut supaya dapat berhati-hati
sebagai ihtiyati namun apabila mengikut metode tarjeh maka hadis kedua diutamakan
kerana diriwayatkan oleh para perawi yang lebih daripada perawi hadis pertama.


Tidak ketinggalan untuk menyusul ialah kes apabila berhimpun di dalam ibadah pada
aspek hadhar/bermuqim dengan aspek musafir , maka dimenangkan atau diutamakan
hadhar.-al-Suyuthi,TT:79


Misalnya, seseorang yang berpuasa di rumah kemudian pada tengah hari, dia bermusafir ,
maka diharamkan berbuka puasa. Demikian juga mengqada’ Solat musafir dilaksanakan
di rumah atau sebaliknya maka tidak boleh diqasarkan malah disempurnakan.


Apabila bertemu dengan kes iaitu jika seseorang telah mendapati waktu telah sempit
untuk melakukan perkara-perkara yang sunat untuk bersuci, maka haram membuat sunat
bahkan sebaliknya hendaklah membuat yang wajib sahaja .


Hal ini juga adalah seperti seseorang yang melukakan orang lain dengan dua liang luka
parah. Satu luka dengan sengaja dan satu luka lagi dengan cara yang tersalah. Kemudian
ia meninggal dunia kerana keduanya , maka keputusannya ialah tidak dijatuhkan
hukuman qisas kepada individu tersebut.




KAEDAH KETIGA
Mengutamakan orang lain di dalam ibadah dimakruhkan sedangkan selain ibadah
disukai.( al-Suyuthi,TT 80)



                                          - 13 -
Berdasarkan firman Allah yang bermaksud :
Mereka itu ( sahabat Ansar) mengutamakan sahabat muhajirin atas diri mereka sendiri.
Sekalipun mereka memerlukan ( apa-apa yang ereka berikan iu (Surah al-Hasyr ayat 9.


Berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan.al-Baqarah , ayat 147




                                        - 14 -
Bibliografi

Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh :
2000, Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Usul al-Ahkam : 2001,
Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Annawawy, Riadhus Shalihin Jld. 1 dan Jld. 2
(terjemahan): 1995, Kuala Lumpur, Victory Agencie.

Hasan bin Ahmad ( Haji ), Mohd. Salleh bin Ahmad ( Haji ), Usul Fiqh, Qawaidh
Fiqhiyyah : 2002, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid.

Mohd. Said Ishak ( Prof. Madya, Dr. ), Modul Pengajaran al-Qawaid al-Fiqhiyyah :
2002 , Johor Bahru , Universiti Teknologi Malaysia .

Md. Saleh bin Md @ Ahmad ( Prof. Madya ), IYD Qawaid Fiqhiyyah, Modul Diploma
Pengajian Syariah , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya .

Hasan bin Salleh ( Haji), Al-Qawaidh Al-Fiqhiyyah ( Prinsip-prinsip Fiqh Islam ):
1991, Kelantan, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Ma’mur Daud, Terjemah Hadis Shahih Muslim, Jld. 1, II, III dan IV : 1997, Selangor ,
Klang Book Centre.

Zainuddin Hamidy, Fachruddin Hs.,Tafsir Quran : 1991, Selangor , Klang Book Centre .




                                        - 15 -

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahmzaidin
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasiHariz Jaafar
 
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )Khairani Salim
 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIMANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIAdib Ramli
 
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiNorkamilah Rosely
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2anuar2u
 
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMKerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMNabila Azhar
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunRadiah Hamdi
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Afiq Izzudin
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarHafiz Zakaria
 

Was ist angesagt? (20)

Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi
 
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
Setiap perkara mengikut niatnya (bentang )
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMIMANUSIA SEBAGAI  KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
 
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
 
Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir
 
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
HADIS : HALAL DAN HARAM SEM 2
 
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPMKerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
Kerja Kursus Bahasa Arab Sem 3 STPM
 
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadunPersamaan dan perbezaan antara tamadun
Persamaan dan perbezaan antara tamadun
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori Amar
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (7)

Al-Adah Muhakkamah
Al-Adah MuhakkamahAl-Adah Muhakkamah
Al-Adah Muhakkamah
 
Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid FiqhiyyahQawaid Fiqhiyyah
Qawaid Fiqhiyyah
 
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyahShariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Al Qawaid Al Fiqhiyah
Al Qawaid Al FiqhiyahAl Qawaid Al Fiqhiyah
Al Qawaid Al Fiqhiyah
 
Qawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagaiQawaid fiqhiyyah sebagai
Qawaid fiqhiyyah sebagai
 
Pengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyahPengertian qawaid fiqhiyyah
Pengertian qawaid fiqhiyyah
 

Ähnlich wie Kaedah kelima

Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhPerbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhmynasir hassan
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanAffwan Lokman
 
Memahami Siyasah Syar'iyyah
Memahami Siyasah Syar'iyyahMemahami Siyasah Syar'iyyah
Memahami Siyasah Syar'iyyahAzim Ismail14
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsDiyana Arus
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...surrenderyourthrone
 
Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...
Al dharuriyat al-khams, konsep,  skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...Al dharuriyat al-khams, konsep,  skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...
Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...Fadzli Ismail
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.jimoh370
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuFairul
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islammhd amin omar
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanIlyana UKM
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.jimoh370
 
Pengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamPengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamfazrul
 
Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimRahila Sulung
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...surrenderyourthrone
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahStudious Season
 
Asas faraidh dlm pembahagian pusaka
Asas faraidh dlm pembahagian pusakaAsas faraidh dlm pembahagian pusaka
Asas faraidh dlm pembahagian pusakaMohd Ali
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...surrenderyourthrone
 

Ähnlich wie Kaedah kelima (20)

Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqhPerbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
Perbezaan di antara usul feqh dan kaedah feqh
 
Maqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalanMaqasid al syariah pengenalan
Maqasid al syariah pengenalan
 
Memahami Siyasah Syar'iyyah
Memahami Siyasah Syar'iyyahMemahami Siyasah Syar'iyyah
Memahami Siyasah Syar'iyyah
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
 
Siyasah syariyyah
Siyasah syariyyahSiyasah syariyyah
Siyasah syariyyah
 
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptxPengenalan Kaedah FIqh.pptx
Pengenalan Kaedah FIqh.pptx
 
Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211Bab 4 ctu 211
Bab 4 ctu 211
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
 
Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...
Al dharuriyat al-khams, konsep,  skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...Al dharuriyat al-khams, konsep,  skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...
Al dharuriyat al-khams, konsep, skop serta applikasinya dalam kehidupan seha...
 
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
Usul fiqh, pembentangan 9, HADITH.
 
Tbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayuTbe part a bahasa melayu
Tbe part a bahasa melayu
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islam
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Pengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islamPengenalan muamalat islam
Pengenalan muamalat islam
 
Ctu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslimCtu553 hak hak non-muslim
Ctu553 hak hak non-muslim
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak Ijarah
 
Asas faraidh dlm pembahagian pusaka
Asas faraidh dlm pembahagian pusakaAsas faraidh dlm pembahagian pusaka
Asas faraidh dlm pembahagian pusaka
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 

Mehr von Kamarudin Jaafar

Mehr von Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Kürzlich hochgeladen

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Kürzlich hochgeladen (12)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Kaedah kelima

  • 1. KAEDAH KELIMA AL-ADATU MUHAKAMATUN Maksud Al – ‘Adatu Muhakkamatun boleh ditakrifkan sebagai “Adat kebiasan dapat ditetapkan sebagai hukum” (Al-Sayuthi ,TT:63) Dasar-dasar nas Kaedah ini ialah daripada Al- Quran: Firman Allah , Surah al-A’raf , ayat 199. “Maksudnya “ Dan serulah orang-orang yang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh.” Selain itu , Firman Allah dalam Surah al-Nisaa 4 , ayat 19 : Maksudnya : “ Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu) secara patut .” Sabda nabi SAW Maksudnya “ Apa yang dipandang baik oleh Muslim maka baik pula di sisi Allah “ (HR. Ahmad dari Ibn Mas’ud) -1-
  • 2. PENGERTIAN ‘ADAH ATAU ‘URUF Makna ‘Adah Menurut jumhur ulama : ‘Adat dengan ‘Uruf mempunyai erti yang sama. Sebahagian Fuqaha’ membezakannya. Menurut al-Jurjani : ’Adah adalah suatu (perbuatan) yang terus menerus dilakukan manusia , kerana logik dan dilakukan secara terus menerus.”(Abdul Mudjib,1980:40 ) Makna ‘Uruf ‘Uruf dari sudut bahasa ialah terkenal. Manakala dari sudut istilah pula boleh dibahagikan kepada tiga iaitu menurut Abd. Wahab Khallaf , ‘uruf ialah sesuatu yang telah diketahui oleh orang ramai dan dilakukan oleh mereka, baik perkara yang berupa perbuatan atau perkataan atau sesuatu yang ditinggalkan. Yang kedua pula , ‘uruf ialah perkara dan urusan yang disepakati oleh sekumpulan dan segolongan manusia di dalam perkembangan hidup mereka . Yang ketiga ialah ,’uruf merupakan perkara yang selaras dengan perasaan dan tabiat akibat dilakukan secara berulang, merangkumi perkataan dan perbuatan sama seperti adat.1 Jika kita melihat terjemahan daripada Abdul Al-Mudjib pula , uruf adalah suatu yang tetap di jiwa terasa tenang melakukannya , kerana sesuai dengan akal fikiran dan diterima oleh tabiat yang sejahtera . 1 Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, ( 2000 ) Perbahasan Usul al-Ahkam, hal : 120 -2-
  • 3. ‘Uruf tidak hanya merupakan perkataan , tetapi juga perbuatan atau juga meninggalkan sesuatu. Walau bagaimanapun dalam terminologi ( peristilahan ) bahasa Arab , ‘uruf dan ‘adat adalah sama .2 Sebagai contohnya , apabila menggunakan kalendar haid bagi wanita. Pada setiap bulan seorang wanita akan mengalami darah haid. Cara pengiraan haid itu berbeza iaitu ada yang menggunakan cara tamyiz ( iaitu membezakan darah kuat dan darah lemah dan yang kuat dianggap darah haid ) dan ada juga cara ‘adah (iaitu menganggap darah haid atas hari-hari kebiasaan keluarnya darah tiap bulan). Dalam hal ini bagi Imam Hanafi mewajibkan penggunaan cara ‘adah sedangkan Imam Syafi’i menguatkan cara tamyiz. Syarat boleh diterima ‘Uruf / ‘Adah ‘Adah boleh diterima dengan 4 syarat :- Pertama, perbuatan yang dilakukan itu hendaklah sesuai dan relevan dengan akal yang sihat. Ini menunjukkan bahawa ‘adah tidak mungkin berkenaan dengan perbuatan maksiat. Kedua, perbuatan dan perkataan yang dilakukan itu hendaklah selalu berulang-ulang dan sudah menjadi darah daging pada perilaku masyarakat . Ketiga, perkara itu hendaklah tidak bertentangan dengan ketentuan nas , sama ada al- Quran ataupun al-Sunnah . Kempat, perkara itu hendaklah tidak mendatangkan kemudaratan serta sejalan dengan jiwa dan akal yang sejahtera. Kaedah Yang Berkaitan Dengan ‘Adah 2 Mohd. Said Ishak,(2002),al-Qawa’id al-Fiqhiyyah,hal.70 -3-
  • 4. “Semua yang diatur oleh syara’ secara mutlak namun belum ada ketentuan dalam agama serta dalam Bahasa maka semua itu dikembalikan pada ‘uruf.” ( Abd al-Hamid Hakim , 1956:84) Untuk lebih jelas, mari kita ambil contoh,misalnya : Hukum syariah menetapkan hukum mahar dalam perkahwinan , namun tidak ada perincian berapa banyak ketentuan mahar , maka ketentuan itu dikembalikan kepada kebiasaan. Demikian juga, wanita yang haid, berapa lama darah yang keluar dianggap haid, maka kebiasaan tiap bulan merupakan standardnya . Penggunaan ‘uruf dan ‘adah Penggunaan ‘uruf dan ‘adah di dalam fiqh ada berbagai bentuk. Setiap satu dibinakan suatu hukum menurut cara yang khusus. Namun begitu, penggunaannya boleh diringkaskan seperti berikut : 1. Digunakan sebagai dalil untuk perundangan hukum atau dalil yang mentakhsiskan bagi suatu nas atau mengqaidkannya. Sebagai contohnya, mengambil dalil tentang keharusan mudharabah dengan uruf. Contoh lain ialah mengambil dalil tentang keharusan mewaqafkan benda-benda yang boleh dipindah dengan uruf menurut setegah fuqaha’ dan mengambil dalil tentang keharusan menempah barang-barang perhiasan dan alat-alat perabot dan lainnya. Mengikut imam Malik , beliau mengambil dalil tidak khiar syarat mengikut ‘uruf ahli Madinah. Apa yang dijelaskan di atas ialah bukan pada hakikatnya dalil tetapi hanya dalil pada zahirnya sahaja yang boleh membongkar dalil yang sebenar. Jika kita lihat, mudharabah itu adalah berdasarkan dalil sunnah taqririyah. Manakala istishna’pula berdasarkan dalil -4-
  • 5. daripada ijma’ sukuti. Tidak ketinggalan pula mewaqafkan kitab-kitab untuk tujuan pinjaman atau mewaqafkan wang ringgit untuk tujuan pinjaman dan perkara ini diakui oleh ahli ijtihad. 2. Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti atau kadi dalam mempraktikkan hukum-hukum yang mutlak yang berbeza mengikut perbezaan adat dan maslahah manusia. Terpulanglah kepada kadi dan mufti supaya mempraktikkanya mengikut ‘uruf masing-masing . Sebagai contohnya sebuah hadis nabi: Yang bermaksud : Barangsiapa daripada kamu melihat suatu perkara mungkar, hendaklah diubahkannya. Hadis ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah wajiblah menakutkan orang ramai terhadap jenayah-jenayah yang boleh merosakkan ketenteraman atau keamanan masyarakat, jenayah dan jarimah. Di sini diijmalkan sahaja di bawah perkataan mungkar . Para fuqaha’ mendefinisikan mungkar dengan perkara-perkara yang menyakiti dan merosakkan orang Islam sama ada perkataan atau perbuatan. Sudah pasti ia berbeza mengikut adah orang ramai yang mana sesetengah perkataan cacian bagi suatu negeri adalah tidak dianggap cacian bagi negeri yang lain. Begitu juga dengan perkataan al-tagyyir yang bermaksud mengubah atau membasmi. Hukuman al-taghyyir itu adalah juga berbeza yang mana penjara mungkin sesuai bagi sesetengah tempat dan ada kalanya hukuman berbentuk wang ringgit dipilih dan ada kalanya hukuman itu berbentuk buang negeri atau buang daerah. 3. Digunakan ‘uruf sebagai perbicaraan yang dikenali kebanyakan tentang buktinya , sama ada bertujuan memberi keizinan, larangan, kewajipan atau penyaksian di dalam mahkamah dan sebagainya . -5-
  • 6. Untuk mengetahui kehendak hati, lazimnya ia diungkapkan dengan perkataan sahaja. Ada kalanya, tidak memerlukan perkataan dan cukup hanya dengan ‘adah sahaja. Sebagai contoh, ‘adah yang menunjukkan kepada keizinan tanpa perkataan ialah dalam sutau kebakaran , adah bermakna mengizinkan memasuki rumah untuk memadamkan kebakaran. Adah yang menunjukkan larangan pula ialah seperti tanda ‘no entry’ atau besi merah di kepala jalan yang bermaksud tidak harus kereta memasuki jalan itu. 4. Digunakan kepada pemakaian ‘uruf dalam bahasa. Setiap orang yang bercakap diletakkan percakapannya ke atas ‘uruf yang dipakai kebanyakan orang , sama ada percakapan syara’ atau tindakan manusia. Dalam membicarakan hal ini, kita boleh ambil perkataan solat. Solat dalam bahasa ialah do’a dan manakala dalam syara’ pula ialah segala perkataan dan perbuatan yang khusus yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Maksudnya ialah segala hukum yang mengandungi kewajipan fiqh, sama ada akad pembatalan syarat dan sebagainya hendaklah berjalan sesuai mengikut kehendak urufnya. 5. Digunakan kepada ‘uruf yang biasa di antara orang ramai yang boleh mentarjehkan sebahagian mazhab di dalam fiqh daripada mazhab yang lain dengan syarat setiap mazhab yang ditarjehkan itu ada mempunyai dalil yang boleh diterima. Apabila ada satu mazhab yang mempunyai dalail yang lebih kuat daripada yang lain, maka ditarjehkan mazhab yang agak lemah dengan ‘uruf kerana uruf telah menandakan kepada keperluan atau kehajatan masyarakat. Sebagai contohnya ialah ditarjehkan mazhab Maliki dan mazhab Hambali, yang mengatakan orang yang hilang yang tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati -6-
  • 7. maka diputuskan telah meninggal dunia apabila telah mencecah kepada empat tahun kerana ia sesuai dengan zaman sekarang. Penerangan selanjutnya ialah kita lihat bagaimana ditarjehkan mazhab Hambali yang mengatakan pemegang gadaian harus mengambil faedah dari perkara yang digadaikannya tanpa keizinan daripada pihak penggadai jika perkara yang digadaikannya itu binatang yang boleh diperahkan susunya atau ditunggangi sebagai kenderaan, dengan syarat pemegang gadai telah mengeluarkan perbelanjaan untuk memeliharanya, tetapi dia hanya boleh mengambil faedah hanya sekadar perbelanjaan yang telah dikeluarkannya sahaja. Jika diteliti, kaedah ini adalah bertentangan dengan pendapat jumhur termasuklah imam Syafi’i. Selain itu, harus juga diambil faedah daripada benda-benda yang digadai dengan syarat mendapat keizinan daripada penggadainya kerana uruf masyarakat melakukan demikian. Sebahagian pendapat mazhab pula tidak membenarkan mengambil faedah walaupun sedikit. Sudah tentu, setiap pendapat itu, masing-maisng ada mempunyai dalil yang boleh diterima dari segi sunnah. 6. Digunakan kepada ‘adat yang mendatangkan kesan terhadap hukum syara’ , kerana keadaan persekitaran masyarakat telah menerima perubahan yang memerlukan pengambilan hukum ihtiyati atau hukum keringanan . Kefasadan zaman yang berlaku pada zaman ini merealisasikan kaedah ini. Misalnya ialah tentang keadilan saksi yang tidak boleh diterima lagi zaman sekarang kerana tidak dapat dibuktikan lagi . Keadilan itu mesti dengan tazkiyah atau sokongan orang lain yang mengatakan seseorang itu orang baik. Ini adalah kerana pada zaman ini manusia telah menurun imannya dan manusia banyak berbohong.Untuk mencari saksi pada zaman silam hanya cukup dengan beragama Islam sahaja tetapi pada zaman ini. Contoh bagi keringanan pula ialah seperti mengambil upah mengajar al-Quran, azan dan membaca khutbah juma’ah kerana masyarakat tidak begitu berminat membuat kebajikan -7-
  • 8. dengan secara sukarela untuk mengajar al-Quran, agama dan sebagainya. Ini perlu dijaga kerana jika tidak dibenarkan mengambil upah, sudah tentu akan hilang syiar agama. Syarat diterima ‘Uruf dan ’Adah 1. Setiap ‘uruf dan ‘adat itu mestilah digunakan secara menyeluruh atau ghalibnya iaitu digunakan oleh kebanyakan. Maksud ialah menyeluruh itu ialah ‘uruf yang rata-rata dipakai dan tidak menimbulkan perselisihan di antara ahli ‘uruf sama ada umum atau khusus. Maksud ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh majoriti masyarakat dan hanya minoriti yang tidak memakainya. Ini adalah berdasarkan kenyataan iaitu ‘uruf itu menjadi tetap dan diterima setelah digunakan oleh semua orang atau majoriti . Dalam hal ini fuqaha’ mengatakan: Yang muktabar adalah yang ghalib dan yang menyeluruh dipakai, bukan yang jarang- jarang. 2. Hendaklah ‘uruf itu umum dalam semua negeri dan inilah ‘uruf yang menjadi dalil-dalil hukum pada zahirnya , yang menunjukkan kepada dalil yang sebenar, seperti kedudukan ijma’ dan masalih mursalah. Inilah uruf yang mengharuskan istisna’ iaitu menempah membuat sesuatu benda dan yang mengharuskan waqaf perkara-perkara yan boleh dipndahkan. Sesungguhnya ijma’ itu tidak mungkin berlaku kecuali diakui oleh seluruh ahli mujtahid alam islami. Begitu juga dengan maslahah mursalah tidak diakui kecuali maslahah umum atau maslahah kulliyyah yang ada mempunyai illah yang tetap dan nyata terhadap maslahah umum. Inilah yang dinamakan zaman ‘uruf am atau umum. 3. Hendaklah ‘uruf dan ‘adat itu tidak bertentangan dengan suatu hukum yang ada mempunyai dalil syara’. Jika ada pertentangan dengan dalil syara’ maka terbatallah ‘uruf tersebut. Secara mudahnya jika masyarakat ramai minum arak, bermain judi dan melakukan riba yang semuanya ini bertentangan dengan dalil syara’. Dalil bagi -8-
  • 9. pensyaratan ini telah sah daripada syara’, yang mengetahui tentang maslahah-maslahah manusia untuk mentadbir urusan-urusan mereka, maka ini dikira benar dan menjadi pegangan kepada majoriti. Kita juga sedar bahawa ‘uruf adalah tidak ma’sum. Maka uruf yang tidak bertentangan dengan dalil syara’sahaja yang dapat dipakai atau diterima senagai uruf orang ramai di dalam adat perniagaan, peraturan kehakiman, undang-undang sosial yang diperlukan oleh masyarakat. Syarat ini adalah umum di dalam segala pemakaian uruf. 4. Hendaklah ‘uruf yang ditanggungkan perkataan atau perbuatan orang yang melakukan tindakan dan nas-nas syara’, memang ada ketika datangnya nas-nas itu , maka dikeluarkan daripada syarat ini , ialah apabila ‘uruf itu mendatang ke atas sesuatu tindakan atau nas dan hanya berlaku selepas keduanya maka tidak ditanggungkan ke atas setiap daripada keduanya . Contohnya ialah dalam kes seorang yang mewaqafkan kebunnya kepada ulama’ pada tahun 100 H yang menurut uruf pada zaman itu ialah ulama bahasa dan agama. Pada satu masa kemudian, masyarakat menggunakan perkataan ulama’ untuk tujuan umum yang merangkumi istilah ulama’ itu untuk ulama’ bahasa, sains, kimia dan doktor. Dalam hal ini, hasil kebun itu hanya diberikan kepada ulama agama dan bahasa sahaja. 5. Hendaklah ‘uruf itu merupakan suatu kepastian , iaitu perkara yang wajib digunakan mengikut pandangan masyarakat atau merupakan ‘adah bagi sebahagian negeri, walaupun tidak menjadi ‘adah bagi negeri yang lain. Sebagai contohnya, ada hantaran atau hadiah dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Menurut adat sebahagian tempat, pengantin lelaki akan membawa hantaran selain daripada maskahwin. Pihak perempuan pula kebiasaannya akan membalas hadiah itu kepada pengantin lelaki. Jika tidak dibalas, masyarakat menganggapnya sebagai kehinaan. Ini semua dikembalikan kepada ‘adah. -9-
  • 10. Menurut fuqaha’, perkara yang dibawa oleh syara’ secara mutlak tanpa diterangkan secara terperinci dan tidak diterangkan pula dalam segi bahasa , maka dikembalikan kepada ‘uruf. Persoalan yang tidak diterima ‘uruf , walhal tidak pula diterangkan secara terperinci di dalam syara’ dan bahasa. 1. Jualbeli dengan memberi dan mengambil tanpa berlafaz akad. Tidak sah menurut asal mazhab Syafi’i, wal hal bagi sebahagian mazhab lainnya sah tetapi jika telah menjadi ‘adat , bahawa jual beli dengan memberi dan mengambil. Maka menurut pendapat Imam al-Nawawi dalam pendapat yang terpilih dari segi dalil, jual beli ini adalah sah. 2. Masalah seorang yang memberi sesuatu bahan kepada tukang untuk sesuatu benda dan ‘adat tukang, biasanya mengambil upah terhadap penat lelahnya, maka tukang tidak berhak mendapat upah sekiranya tidak disyaratkan menurut pendapat yang sah. Demikian juga seorang yang memberi kain kepada tukang jahit untuk dibuat pakaian atau duduk di atas kerusi tukang gunting untuk digunting rambutnya , atau naik ke sebuah kapal dengan keizinan tuannya, dan kapal itu berlayar ke seberang dan begitulah selanjutnya . Itulah kaedah asasiah yang kelima yang diakhiri dengan al-adatu Muhakkamatun. Selain daripada lima kaedah asasiah itu , sebahagian ulama memasukkan kaedah “ Tiada pahala tanpa niat” Kaedah itu adalah sebahagian daripada kaedah assasiah. Ia tidak masuk kaedah pertama kerana niat bermaksud ialah tujuan melakukan sesuatu . Menurut Muhammad izzuddin bin Abd. Al-Salam : “Menolak kerosakan dan menarik kemaslahatan.” - 10 -
  • 11. Tujuan pokok syariat Islam adalah tahqiq al-adalah (mewujudkan keadilan) dan jalb al- maslahah (menarik kemaslahatan). KAEDAH-KAEDAH GHAIR ASASSIAH Kaedah pertama “Ijtihad tidak dapat dibatalkan dengan ijtihad.”(al-Suyuthi, TT:71) Hukum furu’ yang terbit Seorang fasiq menjadi saksi lalu ditolak kesaksiannya , kemudian dia bertaubat maka tidak diterima kesaksiannya , kerana menerima kesaksian selepas taubat mengandungi makna pembatalan ijtihad dengan ijtihad . Sebagai contoh lain ialah apabila berlaku dalam perbicaraan, seorang hakim menjatuhkan suatu hukuman dengan ijtihad kemudian ijtihadnya berubah. Hal ini tidak membatalkan hukuman yang pertama sekalipun ijtihad itu lebih kuat. Namun begitu, di dalam kes baru yang sama dengan itu hendaklah ia mengambil ihjtihad yang kedua kecuali jika dia berasa yakin salahnya . Ijtihad dibatalkan oleh ijtihad Ijtihad boleh diabatalkan seandainya berlaku bahawa ijtihad yang kedua lebih kuat daripada ijtihad pertama . Selain daripada itu , seandainya ijtihad terdahulu tidak relevan lagi dengan keadaan yang dihadapi dewasa ini sehingga hasil ijtihad tersebut perlu disemak semula, maka pada waktu itu, ijtihad boleh dibatalkan dengan ijtihad. Kaedah fiqhiyah dinyatakan : - 11 -
  • 12. Perubahan hukum itu berdasarkan perubahan zaman , tempat dan keadaan . Kerosakan keputusan ijtihad dapat diterima jika ternyata keputusan itu bertentangan dengan nas atau ijma’ atau qiyas jali. Menurut al-Iraqi pengguguran itu ketika bertentangan dengan kaedah-kaedah kulli sedangkan menurut Ulama Hanafi menggantungkan dengan tidak berdasarkan dalil . Kaedah kedua “Apabila antara yang haram dan yang halal berkumpul maka dimenangkan yang haram ( al-Suyuthi , TT : 74) Kaedah ini menyatakan tentang prioriti bagi mendahulukan yang haram bererti apabila ada dua dalil itu, maka dipilih yang mengharamkan, kerana itu lebih ihtiyati ( al-Suyuthi , TT 75) Dalam kaedah ini , ia berdasarkan daripada ketetapan khalifah Usman bin Affan ketika ditanya ketentuan mengahwini dua saudara yang seorang merdeka dan yang seorang hamba sahaya. Khalifah mengenalpasti ada dua ayat daripada dua surah yang berkaitan dengan kes ini . Dalam surah al-Nisa’, ayat 22 , tidak boleh mengumpulkan dua saudara wanita untuk dinikahi. Dalam surah al-Nisa’ ayat 23 , membolehkannya asalkan yang satu menjadi hamba sahaya. Keputusan beliau ialah melarangnya , sesuai dengan kaedah di atas . Dalam kaedah ini juga boleh dilihat kepada pertentangan daripada dua hadis iaitu :- - 12 -
  • 13. Hadis riwayat Abu Daud dari Huzaim ibn Hakim membolehkan bersenang-senang bersama isteri yang haid setakat pinggang ke atas . Riwayat Muslim dari Anas hanya membatasi pada bersetubuh. Menurut kaedah ini, lebih cenderung kepada hadis pertama iaitu mengharamkan tamattu’ dengan isteri yang haid di kawasan antara pusat dan lutut supaya dapat berhati-hati sebagai ihtiyati namun apabila mengikut metode tarjeh maka hadis kedua diutamakan kerana diriwayatkan oleh para perawi yang lebih daripada perawi hadis pertama. Tidak ketinggalan untuk menyusul ialah kes apabila berhimpun di dalam ibadah pada aspek hadhar/bermuqim dengan aspek musafir , maka dimenangkan atau diutamakan hadhar.-al-Suyuthi,TT:79 Misalnya, seseorang yang berpuasa di rumah kemudian pada tengah hari, dia bermusafir , maka diharamkan berbuka puasa. Demikian juga mengqada’ Solat musafir dilaksanakan di rumah atau sebaliknya maka tidak boleh diqasarkan malah disempurnakan. Apabila bertemu dengan kes iaitu jika seseorang telah mendapati waktu telah sempit untuk melakukan perkara-perkara yang sunat untuk bersuci, maka haram membuat sunat bahkan sebaliknya hendaklah membuat yang wajib sahaja . Hal ini juga adalah seperti seseorang yang melukakan orang lain dengan dua liang luka parah. Satu luka dengan sengaja dan satu luka lagi dengan cara yang tersalah. Kemudian ia meninggal dunia kerana keduanya , maka keputusannya ialah tidak dijatuhkan hukuman qisas kepada individu tersebut. KAEDAH KETIGA Mengutamakan orang lain di dalam ibadah dimakruhkan sedangkan selain ibadah disukai.( al-Suyuthi,TT 80) - 13 -
  • 14. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud : Mereka itu ( sahabat Ansar) mengutamakan sahabat muhajirin atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan ( apa-apa yang ereka berikan iu (Surah al-Hasyr ayat 9. Berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan.al-Baqarah , ayat 147 - 14 -
  • 15. Bibliografi Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh : 2000, Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Abdul Latif Muda , Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Usul al-Ahkam : 2001, Kuala Lumpur , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Abu Zakaria Yahya bin Syaraf Annawawy, Riadhus Shalihin Jld. 1 dan Jld. 2 (terjemahan): 1995, Kuala Lumpur, Victory Agencie. Hasan bin Ahmad ( Haji ), Mohd. Salleh bin Ahmad ( Haji ), Usul Fiqh, Qawaidh Fiqhiyyah : 2002, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid. Mohd. Said Ishak ( Prof. Madya, Dr. ), Modul Pengajaran al-Qawaid al-Fiqhiyyah : 2002 , Johor Bahru , Universiti Teknologi Malaysia . Md. Saleh bin Md @ Ahmad ( Prof. Madya ), IYD Qawaid Fiqhiyyah, Modul Diploma Pengajian Syariah , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya . Hasan bin Salleh ( Haji), Al-Qawaidh Al-Fiqhiyyah ( Prinsip-prinsip Fiqh Islam ): 1991, Kelantan, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Ma’mur Daud, Terjemah Hadis Shahih Muslim, Jld. 1, II, III dan IV : 1997, Selangor , Klang Book Centre. Zainuddin Hamidy, Fachruddin Hs.,Tafsir Quran : 1991, Selangor , Klang Book Centre . - 15 -