SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 58
SEJARAH ISLAM
(500-1918M)
TEMA 3
NASIONALISME DAN
PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
PERLUASAN KUASA
BARAT
FAKTOR-FAKTOR
(ZAMAN KHALIFAH
UTHMANIYAH ABAD
KE 18-20M)
REAKSI MASYARAKAT
MESIR DAN ALGERIA
ABAD KE 19-20M
GERAKAN
NASIONALISME
FAKTOR-FAKTOR
(MESIR DAN SYRIA
ABAD KE 20M)
PERANG DUNIA
PERTAMA
KHALIFAH
UTHMANIYAH ABAD
KE 20
PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
TURKI DAN MESIR
ABAD KE 20
UNIT 3.1: PELUASAN KUASA
BARAT
ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH
ABAD KE 18-20M
FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT
POLITIK
• Dasar Imperialisme – meluaskan empayar –
kuasa hegemoni.
• Persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British,
Perancis, Rusia dan lain-lain – pakatan
Eropah.
• Dasar campur tangan ekoran pergolakan
politik dalam wilayah Uthamniyah –
sebelumnya Dasar Persahabatan (Dasar Tidak
Campur Tangan/Berkecuali) dan Dasar
Perlindungan terhadap kepentingan
perdagangan Barat.
• Permasalahan Timur (The Eastern Question).
• Polisi luar terpenting – dasar pecah dan
perintah. Bangsa Islam Turki, Arab, Armenia,
Kurd dan bangsa-bangsa Islam lain mula
membina jenama kebangsaan mereka
sendiri.
• Dasar pembaharuan (Tanzimat) – gerakan
reformasi ala Barat.
EKONOMI
• Revolusi industri di Eropah.
• Kepentingan Terusan Suez.
• Krisis kewangan dan ekonomi
Mesir yang berpunca daripada
usaha pembangunan Terusan
Suez, Empangan Aswan dan
industri gula yang giat
dijalankan.
• Monopoli bahan mentah dan
pasaran.
• Konflik hutang kerajaan
Uthmaniyah.
AGAMA
• Sentimen agama – kesan
Perang Salib.
• Gerakan kristianisasi –
peranan pihak gereja di
sebalik misi penjajahan
kuasa Barat.
• Isu layanan kerajaan
Uthmaniyyah terhadap
penduduk beragama
Kristian.
FAKTOR-FAKTOR LAIN
• Perkembangan bidang sains
dan teknologi, perhubungan
dan pengangkutan.
UNIT 3.2: REAKSI MASYARAKAT
TEMPATAN
MESIR DAN ALGERIA ABAD
KE 19-20M
REAKSI MASYARAKAT MESIR
Abab ke 18M, Mesir sebahagian wilayah empayar
Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir
mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa
antara pemerintah tempatan.
Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801M meninggalkankesan
mendalam bidang ekonomi, politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir.
Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap
sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap
dalam pemikiran rakyat.
Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Gerakan
memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri
peperangan Mesir-Tukir pada 1832-1833M dan 1839-1849M. Mesir
mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918M. Sebelumnya, berlaku
perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui
Konvensi Alexandria. Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-
lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan
Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857M menambahkan curiga
British terhadap Perancis dan Mesir. Kemerosotan ekonomi mendorong
Mesir menjuall saham Terusan Suez kepada Birtish. Sejak itu, British mulai
mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir. British terus
melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai
Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir. Pentadbiran
ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai
sesuka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga
menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin
gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.
Perjuangan kebebasan Mesir – penaklukan Perancis ke atas Mesir mencetuskan
beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak
stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad Sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.
Faktor agama merupakan factor utama kebangkitan
menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-
tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani
dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan
dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah
di Mesir seperti al-Ikhwan al-Muslimin yang lebih
tersusun.
Gerakan Arabi Pasha 1881-1882M: Gerakan menuntut
kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai Pemberontakan
Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat
nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah
sebuah gerakan anti oarang asing (Perancis, British dan
Turki). Namun, akhirnya gerakan ini menuntutperubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan. British
menyerang Arabi Pasha kerana ia mengancam
kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan
Arabi Pasha.
Gerakan Islah/Gerakan Pemulihan Islam yang dipelopori oleh
Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan
ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan
perjuangan kemerdekaan. Kesemua idea dan program islah dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato
dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Islah
juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-
kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat
perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M – tamatnya Perang Dunia pertama memperlihatkan
semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd
1919 pemimpin Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut
kemerdekaan penuh. Penangkapan Saad Zughlul membangkitkan
revolusi besar menentang British di seluruh Mesir. Akhirnya British
terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memeberi
kemerdekaan separa penuh Mesir. Golongan nasionalis tetap
menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932
mesir beroleh kemerdekaan penuh. Kekuasaan British berjaya
diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah negara
republik.
Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin – sebahagian senario politik Mesir hasil
daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan
khalifah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan Al-
Banna 1928. matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di
Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat.
Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan.
Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan
khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan
menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan
idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan
meruntuhkan nilai Mmoral tradisional. Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat
tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada
1946-1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap
British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan
merancang pemberontakan menjatuhkan kerajaan.
REAKSI MASYARAKAT ALGERIA
Abad ke 16-19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khalifah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah
Perancis selama 132 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan
sumber minyak dan gas.
Penaklukan Perancis di Algeria 1830. Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik
sebagai pelabuhan di Medeterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis – percakapan dan pengajaran
bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dab Barber.
Polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria. Perancis
memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi,
pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana
keluasan tanah yang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria. Dasar pendidikan
menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah.
Dasar Perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas hati rakyat tempatan kerana hak mereka telah
dirampas. Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri,
memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.
Penentangan oleh Syeikh Abdul Qader al-Jazair,
Gabenor Mascara pada tahun 1832. sebagai
ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa
kewajipan jihad memepertahankan negara dan
mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu
umat Islam dibunuh dalam penentangan
tersebut. Jihad berterusan telah berlaku di
Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga
Algeria digelar sebagai ‘Negara Sejuta Syuhada’.
Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh
Abdul Hamid Ben Badis. Keahlian terdiri daripada
guru-guru agama. Gerakan ini bertujuan
menyatukan umat Islam. Gerakan ini menyelar
pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat
menjadi alat penjajah Perancis.
Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945. apabila
Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman
pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak
nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria.
1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan
kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan
kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan
baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan
berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang
penjajahan Jerman dengan harapan permintaan
mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,
rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan
bendera bagi meraikan tamatnya peperangan.
Namun, kemuncaknya tentera Perancis telah
melepaskan tembakan rambang kepada orang
awam. 45,000 umat Islam mati dalam
pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.
Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria
diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa
alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi
rakyat tempatan di seluruh negara. Penentangan
semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.
Penaklukan Jerman ke atas
Algeria - Era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya
mengalahkan Perancis dan
menakluki Algeria. Ramai
pemimpin dan nasionalis
Algeria yang ditahan Jerman
telah dibunuh dan ada yang
dihantar ke kem-kem tahanan.
Perang Kemerdekaan Aljazair 1954-1962 (Revolusi Algeria). 1950an, gerakan nasionalisme
Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat dan nilai Islam yang dipelopori
Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi
Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. Perang gerila (Perang Kemerdekaan Aljazair)
merupakan peperangan berdarah dan sengit. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan
Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang
gerila. Perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak
dan gas asli. Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-
negara Arab lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramai dimana banyak perkampungan dibakar
oleh tentera Perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-
sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai
kemerdekaan pada 5 Julai 1962.
Kemerdekaan Algeria 1962M, - Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang
mahukan kemerdekaan. Perancis meletakkan syarat kemerdekaan. Perancis meletakkan syarat
kmerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria.
Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan
sementara Algeria. FLN dan Perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui Perjanjian Evian
dan Algeria akhitnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962. perjuangan kemerdekaan
selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh.
Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria
ke arah berkerajaan sendiri.
Algeria Selepas Era Penjajahan. FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas
pelajar di sekolah Perancis) sebagai Presiden Algeria pertama. Beliau
mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang
sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan BenBella
digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran
kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai
Islam juga kurang diendahkan. FLN muncul sebagai parti yang
mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar
sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Boumedienne.
Beliau mengamalkan dasar antipenjajah dan sistem satu parti iaitu
pembolotan kuasa oleh FLN.
Gerakan Islam Algeria. Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang
dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem
kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan
Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS
telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan
dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan FIS
mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat.
Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan
menangkap pemimpinnya.
UNIT 3.3: GERAKAN
NASIONALISME
MESIR DAN SYRIA ABAD
KE 20M
KONSEP NASIONALISME
British mula berkuasa di Mesir sejak tahun 1882-1918, iaitu
sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. Bermula pada
tahun 1918, British mula mengurangkan cengkamannya ke
atas pentadbiran Mesir, namun mereka tetap melindungi
kepentingan ekonomi mereka di situ.
FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME DI MESIR
PENGARUH
AGAMA
PERANAN BAHASA
DAN
KESUSASTERAAN
PENGARUH
KEWARTAWANAN
PERANAN
PENDIDIKAN
PERANAN
GOLONGAN
INTELEKTUAL
PENGARUH LUAR
British melaksanakan usaha pembaratan masyarakat Mesir dan fenomena ini telah
menyebabkan terbentuk golongan reformis Islam yang bangun menentang pihak
British. Pergerakan ini dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh
Sheikh Hassan Al-Banna.
Dalam hal ini, Pergerakan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan keutuhan
agama Islam di Mesir yang berpandukan ajaran Al-Quran dan as-Sunnah di
samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran sekular yang
telah bergerak masuk ke dalam kehidupan masyarakat Mesir. Ikhwanul Muslimin
menekankan kepentingan pengaruh agama dengan menyedarkan umat Islam
Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik,
khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam.
Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam
yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat. Antara contohnya ialah Syeikh Ali
Abdul Raziq yang telah menghasilkan karya yang berjudul Islam dan Dasar-dasar
Pemerintahannya yang telah mengiktiraf tindakan Mustapha Kamal Atartuk yang
memisahkan antara agama dangan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak
mewajibkan umatnya mendirikan negara dan dengan adanya khalifah Islam itu
hanya akan membawa kemudaratan kepada umatnya.
PENGARUH AGAMA
Peristiwa pembunuhan Boutrus Ghali
(seorang hakim) telah mencetuskan
semangat nasionalisme rakyat Mesir.
Kematian beliau diabadikan oleh
penyajak Ahamad Shawqi dan Hafiz
Ibrahim yang diterbitkan dalam al-
Muayyaddan al-Liwa. Sajak-sajak ini
menjadi pemangkin semangat
nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan.
Golongan modenis Islam yang dipimpin
oleh Rasyid Rida sangat lantang
memperjuangkan bahasa Arab Mesir dan
mendesak agar bahasa tersebut digunakan
sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan
bagi menggantikan bahasa Inggeris dan
bahasa Perancis. Tujuan golongan ini supaya
hal ini dapat mengikis rasa hormat kepada
penjajah sedikit demi sedikit.
PERANAN BAHASA DAN
KESUSASTERAAM
PENGARUH
KEWARTAWANAN
Pengaruh kewartawanan
melalui penerbitan surat
khabar telah meniup
semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk Mesir.
Rasyid Rida yang menulis
dalam akhbar Salafiya telah
banyak membuka minda
rakyat Mesir. Beliau yang
merupakan orang kanan
kepada Muhammad Abduh
banyak menulis persoalan
yang menyentuh soal
modenisasi Islam.
Rasyid Rida menyemai dan
menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam penuisan
beliau dengan mengkritik dan
menganggap penjajah adalah
penyebab kepada
kemunduran umat Islam.
Beliau bersam penyokongnya
telah mempopularkan konsep
modenisasi Islam dan cuba
menegakkan warisan dan
keperibadian Arab
terutamanya dalam
memerkukuhkan bahasa Arab
Mesir (lanjah Mirsriyah).
Penulis wanita turut tidak
ketinggalan dalam perjuangan
ini dan giat memperjuangkan
hak mereka seperti Malak
Hifni Nasif yang terkenal telah
menggunakan nama pena
Bahithat al-Badiya. Beliau
sering membincangkan isu
pendidikan dan peranan
wanita secara terbuka. Dalam
hal ini, mesej penulisannya
telah menarik minat ramai
masyarakat Mesir terutama
golongan intelektual.
Penjajah British sangat berhati-hati dalam memberi
peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana
bimbang garduan-graduan tempatan yang diberikan
pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebnagkitan
nasionalisme tempatan.
Dalam hal ini, pihak British telah mengabaikan
pendidikan sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun
mereka mampu melaksanakan dan membiayai sekolah
tersebut. Kebimbangan dan tindakan penjajah British
telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Mesir
dalam membaiki taraf kehidupan. Hampir semua
jawatan kerajaan dipenuhi oleh golongan berpendidikan
yang berasal daripada keluarga bangsawan. Hal ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila
banyak jawatan kerajaan diisi oleh pengawai British yang
kebanyakannya kurang berkelayakan jika dibandingkan
dengan rakyat tempatan dan hal ini diburukkan lagi di
mana gaji yang diberikan kepada pegawai British ini
lebih tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada
penduduk tempatan.
Menjelang tahun 1908, bidang pendidikan mula
mendapat perhatian British apabila terdapat golongan
intelektual Mesir yang dipimpin oleh Menteri
Pendidikan bersama beberapa tokoh nasionalis terkenal
cuba menubuhkan sebuah unversiti swasta mereka
sendiri.
Peranan pendidikan amat penting dan telah
menyumbang kepada perkembangan gerakan
nasionalisme di Mesir terutamanya graduan dari sekolah
undang-undang. Sekolah undang-undang ini telah
menarik ramai ahli pidato dan cerdik pandai yang
bercita-cita tinggi untuk menyertainya. Lepasan sekolah
ini yang terdedah kepada nilai politik dan kebudayaan
Barat telah disuntik dengan sikap anti-British melalui
didikan guru-guru Perancis yang masih berkhidmat di
Mesir dan mereka masih berdendam dengan British
yang berkomplot dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah
untuk merampas Mesir dari Perancis.
PERANAN PENDIDIKAN
Tokoh Mesir yang terkenal seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan
intelektual Islam untuk menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Pergerakan ini
merupakan sebuah organisasi teratur dan mepunyai cawangan di seluruh Mesir dan berperanan
melaksanakan program-program keagamaan yang komprehensifdalam memantapkan akidah umat Islam
di Mesir bagi tujuan membina sebuah kerajaan Islam.
Kemunculan tokoh intelektual seperti Mustafa Kamil Pasha dan Mohammed Farid yang pakar dalam
undang-undang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Mesir kerana sikapnya yang lantang dan
bersemangat dalam menentang British. Beliau telah menyokong nasionalisme sekular seperti yang
berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan golongan intelektual daripada keturunan Qibti.
Harapan dan tujuan Mustafa Kamil adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan
menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir.
Golongan intelektual ini telah menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan Barat.
PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL
Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan gerakan
nasionalisme di Mesir berikutan dari kesan gerakan
nasionalisme yang melanda Eropah abad ke 18M, khasnya
selepas tercetusnya Revolusi Perancis 1789-1799M dan
Revolusi Amerika 1775-1783M.
Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat
umumnya setia kepada bandar atau pemimpin tertentu,
bukannya untuk negara mereka dan situasi sama juga berlaku
di Mesir dan negara Arab lain dan dalam hal ini rakyat tunduk
dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah Turki.
Walaubagaimanapun, selepas berlakunya penjejahan Perancis
dan British terhadap Mesir, rakyat tempatan mula terdedah
kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi
keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan
semangat nasionalisme.
PENGARUH LUAR
Pelajar tempatan yang menuntut ilmu di Eropah turut menyumbang kepada kemunculan
semangat nasionalisme di Mesir.
Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat daripada tercetusnya Perang
Dunia Pertama 1914-1918M. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikeraholeh
British untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang
Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin. Gallipoli dan Perancis. Dalam
peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban.
Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah
menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk melindungi
dan mempertahankan mereka di negara nereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat juga turut
bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir
untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajah barat dan
ianya juga telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan
nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan.
Setelah tamatnya Perang Dunia
Pertama 1918M, kuasa Barat telah
mula mengambil alih peranan empayar
Turki Uthmaniyyah yang semakin lemah
di mana kekalahan Turki dalam Perang
Dunia Pertama menyebabkan Turki
terpaksa menyerahkan sebhagian
wilayah kekuasaannya di bawah
pengawasan Liga Bangsa.
Keputusan Konferensi San Remo yang
dtandatangani pada tahun 1922 di
London, Perancis telah diberi kuasa
oleh Liga Bangsa untuk menjaga hal
ehwal Syria dan Lebanon yang
merupakan sebahagian wilayah
kerajaan Turki Uthmaniyyah sejak
1516M.
Walaupun Perancis dikatakan ingin
memberi kemerdekaan kepada Syria,
namun mereka telah menjajah negara
tersebut selama 7 tahun dan selepas
itu, Syria masih berada di bawah
penguasaan Perancis tanpa mendapat
kemerdekaan penuh.
GERAKAN
NASIONALISME
DI SYRIA
FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN
NASIONALISME DI SYRIA
PENGARUH
AGAMA
PERANAN
BAHASA DAN
KESUSASTERAAN
PENGARUH
KEWARTAWANAN
PERANAN
PENDIDIKAN
PERANAN
GOLONGAN
INTELEKTUAL
PENGARUH LUAR
Pengaruh dan kesedaran
agama telah menyebabkan
kemunculan keinginan dan
usaha untuk menyatukan
semua negara dan bangsa
Arab sehingga mewujudkan
gerakan nasionalisme di
Syria.
Kedudukan Palestin yang
bersempadan di bahagian
barat daya Syria
menyebabkan penduduk
Syria sangat mengambil
berat perihal saudara Islam
mereka di Palestin yang
tertindas penjajah British.
Di samping itu, Gerakan
Yahudi yang mahu
menempatkan penduduk
mereka di Palestin jelas
kelihatan apabila golongan
Turki dikuasai oleh
pertubuhan al-Ittihad wa al-
Taraqqi yang didalangi oleh
orang Yahudi. Sausana ini
menyemarakkan lagi
sentimen agama dan
semangat penduduk
tempatan di Syria
menentang pihak penjajah.
PENGARUH AGAMA
Pada abad ke 19-20M,
berlaku perkembangan
baru dalam
kesusasteraan Arab bagi
menangani cabaran
yang dihadapi oleh
dunia Arab.
Karya Francis Marrash
iaitu Ghabat al-Haqq
pada 1865 dan Qustaki
al-Hilmi dengan
karyanya The
Reseacher’s Source in
the Science of Cristism
adalah berkisar tentang
idea-idea keamanan,
kebebasan dan
kesaksamaan.
Perkembangan bahasa
dan sastera ini turut
menyuntik dan
menyemarakkan
kebangkitan gerakan
nasionalisme di Syria di
mana sebelum ini,
istilah-istilah Turki dan
bahasa asing banyak
mempengaruhi
kehidupan rakyat dan
telah digantikan dengan
bahasa dan sastera
tempatan. Fenomena
ini dapat meningkatkan
perkembangan
semangat nasionalisme
di Syria.
PENGARUH BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Al-Manar juga menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar-
dasar pan Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum,
membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme dan mempelopori dan
mempopularkan bidang dialog dan pertukaran idea antara budaya dan pemikiran baharu berkait dengan
falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban.
Majalah ini telah mengungkapkan dan mengutarakan pemikiran baru yang berasaskan idea-idea
pembaharuan yang dicetuskan oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh dalam majalahnya iaitu
al-Urwa al-Wuthqa. Fokus pemikiran ini adalah ke arah usaha pembaharuan dan perkembangan dakwah
Islamiah di Syria. Tatkala akhbar lain membicarakan keburukan penjajahan dan kegawatan dunia Islam
ketika itu, al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat
Islam.
Pengaruh kewartawanan juga telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria. Penerbitan majalah Al-
Manar yang merupakan majalah bulanan yang membahaskan idea pembaharuan dan tajdid di Kaherah
dan majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria.
PENGARUH KEWARTAWANAN
Kerancakan penerbitan akhbar telah memepercepatkan penerimaan
masyarakat terhadap gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri
daripada penjajahan.
Bermula pada tahun kedua, majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan
tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki,
India, Mesir, Syria, Magribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu.
Al-Manar yang pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai
majalah mingguan yang memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita
mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor iaitu
Rasyid Rida sendiri.
Di Syria, sebuah akademik telah
ditubuhkan bagi menjemput dan
mengumpul ahli bahasa dari seluruh
pelusuk Tanah Arab untuk datang,
bertemu dan bertukar-tukar fikiran
dan tumpuan akademi bahasa ini
adalah untuk menyesuaikan dan
mengharmonikan bahasa masing-
masing dengan keadaan masyarakat
Arab yang mengamalkan pelbagai
budaya. Dalam hal ini, walaupun
secara politiknya mereka berbeza ,
namun mereka bersatu dibawah satu
perkara iaitu bahasa Arab.
Antara tokoh terkenal yang
menyokong usaha
penubuhan negara Syria
yang merdeka ialah Abu
Khaldun Sati al-Husni.
Beliau dilahirkan di Aleppo
dan pada masa mudanya,
beliau bekerja sebagai
pegawai pendidikan dalam
kerajaan Turki
Uthmaniyyah.
Di Damsyik dan Beirut pula,
beberapa buah unversiti
telah dibina dan menjadi
medan perdebatan
golongan terpelajar
tempatan dan hal ini turut
mencetuskan idea-idea
nasionalisme di Syria.
PERANAN PENDIDIKAN
Tokoh intelektual Syria yang terkenal iaitu
Rasyid Rida yang juga merupakan seorang
intelektual muslim Syria turut mengembangkan
gagasan pemikiran modenisme Islam yang pada
awalnya dipengaruhi dan dicetuskan oleh tokog-
tokoh nasionalisme Mesir iaitu Jamaluddin al-
Afgani dan Muhammad Abduh.
Rasyid Rida juga turut mengkaji kelemahan
masyarakat Islam ketika itu dan
membandingkannya dengan masyarakat
penjajah Barat dan akhirnya beliau berpendapat
bahawa kelemahan ini dapat diatasi jika
masyarakat Islam kembali kepada prinsip-
prinsip asas agama Islam dan melakukan
transformasi dan ijtihad dalam menghadapi
kehidupan moden yang semakin mencabar.
PERANAN GOLONGAN
INTELEKTUAL
Syria yang masih berada di bawah
pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyyah pada awal abad ke
20M juga telah terpengaruh
dengan dasar kerajaan Turki
Uthmaniyyah di mana dasar ini
telah meniup dan meningkatkan
semangat penduduk tempatan
menangkis dan melawan ancaman
pihak Barat.
Shakib Arselan yang berasal dari
Lunbnan telah menghasilkan
penulisan yang menyeru
penduduk Syria supaya bersatu
di bawah kerajaan Turki
Uthmaniyyah dan menolak
konspirasi dan dakyah Barat
yang inginkan penduduk Syria
menentang penguasaan
kerajaan Turki Uthmaniyyah
dan turut menggesa penduduk
Syria bangun secara sukarela
menentang pihak British
semasa Perang Dunia Pertama.
PENGARUH LUAR
UNIT 3.4: PERANG DUNIA
PERTAMA
KHALIFAH UTHMANIYYAH
ABAD KE-20M
PERANG DUNIA PERTAMA
 Perang Dunia Pertama 1914-1918M.
 Faktor Perang Dunia Pertama.
 Peranan tiga pemimpin tertinggi Persatuan Kesatuan dan
Kemajuan (CUP) dalam Perang Dunia Pertama.
Mendapatkan kembali wilayah Uthmaniyyah – Mecedonia, Thrace, Selatan Anatolia, Mesir dan Cyprus.
Membebaskan rakyatnya di Caucasusdan Asia Tengah daripada kekuasaan Rusia dan Armenia.
Hubungan tegang dengan British.
Mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan – majoriti penduduk Kristian – desakan kuasa
autonomi – berhadapan dengan percaturan politik daripada negara-negara jiran di Balkan. Menyebelahi Jerman
dalam Perang Dunia Pertama untuk mengatasi ancaman Rusia yang ingin menguasai wilayah Balkan.
Usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahan kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah – ancaman
Pakatan Bertiga (British, Perancis dan Rusia).
FAKTOR PENGELIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
Mengukuhkan kekuasaan khalifah Uthmaniyyah ke seluruh dunia,
membebaskan pemerintahan daripada dominasi ekonomi dan politik kuasa
Eropah.
Pengisytiharan jihad – reaksi dunia Islam – gagal mencapai sasaran kerana
bangsa berperang dengan tentera Uthmaniyyah atas dasar nasionalisme
yang ditaja British. Kegagalan turut disebabkan kelemahan struktur
ketenteraan Uthmaniyyah.
Perjanjian Sykes-Picot – wilayah Uthmaniyyah dibahagikan kepada Perancis,
Inggeris, Rusia dan Itali.
Gencatan Senjata Mudros.
KESAN PERANG DUNIA
PERTAMA KEPADA
TURKI UTHMANIYYAH
POLITIK EKONOMI SOSIAL
POLITIK
PERUBAHAN DARI SEBUAH
EMPAYAR YANG LUAS
KEPADA SEBUAH NEGARA
KECIL TURKI
DARI SEBUAH KUASA
BEBAS KEPADA NEGARA
YANG TERIKAT
DARI SISTEM
PEMERINTAHAN KHALIFAH
KEPADA PEMERINTAHAN
REPUBLIK
DARI SEBUAH NEGARA
ISLAM KEPADA NEGARA
SEKULAR
Perpecahan wilayah umat Islam
yang dahulunya di bawah
pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Kelemahan Turki menyebabkan
negara di bawah naungannya
membebaskan diri dan
sebahagiannya ditakluki kuasa
Barat termasuk wilayah Palestin.
Munculnya negara bangsa dari wilayah-
wilayah Uthmaniyyah apabila sempadan-
sempadan telah digariskan oleh pihak
Barat dengan memisahkan penduduk
negara masing-masing walaupun semua
satu agama.
PERUBAHAN DARI SEBUAH EMPAYAR
YANG LUAS KEPADA SEBUAH
NEGARA KECIL TURKI
Kesan Genjatan Senjata Mudros 1918M –
Kerajaan Uthmaniyyah terpaksa
melepaskan wilayah kekuasaannya di
Timur Tengah dan membuka Selat
Dardanellers dan Bosphorus kepada
Kuasa Bersekutu. Pasukan tentera
Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan.
Membawa kepada penaklukan tentera
Bersekutu ke atas Istanbul.
Tentera Bersekutu memecahkan negara
Uthmaniyyah melalui Perjanjian Serves
1920.
DARI SEBUAH
KUASA BEBAS
KEPADA
NEGARA
YANG TERIKAT
DARI SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH
KEPADA PEMERINTAHAN REPUBLIK
Perjanjian Lausanne
1923 membawa
pengiktirafan dunia
terhadap Republik
Turki sekular.
Penubuhan parlimen
Turki dan
pembubaran sistem
khalifah 1924.
Kemunculan Gerakan
Kebangsaan Turki
pimpinan Mustafa
Kemal Attaturk yang
melancarkan Perang
Kemerdekaan Turki.
Bermula proses
sekularisasi
terhadap rakyat
Turki apabila
dasar
memisahkan
agama daripada
politik.
Memperluaskan
jurang antar
dunia Islam dan
Barat – rasa
curiga dan syak
wasangka
meningkat.
DARI SEBUAH
NEGARA ISLAM
KEPADA
NEGARA
SEKULAR.
Berlaku kemerosotan ekonomi kerana
perbelanjaan besar untuk membiayai
peperangan.
Berlaku krisis hutang kerajaan Turki
Uthmaniyyah – membuka peluang
campurtangan Eropah.
Perdagangan semakin merosot kerana
kuasa Eropah telah menguasai
perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, terusan Suez dan jalan
perdagangan lain. Situasi ini
menyebabkan Eropah semakin
menguasai ekonomi negara Islam.
Golongan Yahudi turut menguasai
ekonomi Mesir.
Soviet Union menguasai perniagaan
asing di Iran.
KESAN
EKONOMI
Kemerosotan akhlak
dan moral umat
Islam.
Pemodenan Turki
mengikut acuan
Barat telah
membawa
keruntuhan akhlak
dan melemahkan
peranan agama
dalam kehidupan.
Kehilangan identiti
dan tradisi rakyat
Turki.
Perpecahan
ummah
ekoran
kewujudan
negara
bangsa
KESAN SOSIAL
UNIT 3.5: PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
TURKI DAN MESIR
ABAD KE-20M
Negara ialah
suatu
komuniti
politik
tersusun yang
menguasai
sesuatu
kawasan dan
berdaulat.
Negara juga boleh
didefinisikan
sebagai suatu
badan atau
autoriti dalam
sesuatu wilayah.
Badan dan autoriti
diberikan mandat
oleh rakyat.
Bangsa ialah
sekumpulan
manusia yang
menetap di sesuatu
kawasan dan
mempunyai latar
belakang, asal usul,
adat resam,
kebudayaan, agama
dan sistem politik.
Konsep “negara
bangsa” ialah
sebuah negara
yang berdaulat dan
bebas dengan
penduduknya yang
mempunyai
kesedaran bahawa
mereka adalah
milik bersama
berasaskan bahasa,
adat dan tradisi
yang sama,
mempunyai
pemerintah
tersendiri,
sempadan wilayah,
dan hak untuk
menggubal
undang-undang
sendiri.
SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Seawal abad ke-15M khasnya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah
kesan daripada Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi.
Contohnya negara bangsa England, Perancis dan Sepanyol. Idea negara bangsa
semakin berkembang di Barat pada penghujung abad ke 18-19M ekoran
tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan
Revolusi Perancis 1789. muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan
berpelembagaan dan negara bangsa moden mengikut sempadan rumpun
bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. Kemunculan negara bangsa
melemahkan pengaruh agama dan gereja.
Kemunculan semangat
nasionalisme – faktor
utama.
Keruntuhan sistem feudal. Kesan perang Salib.
Perkembangan bandar.
Kemunculan golongan
pengetahuan ekoran
kemajuan pesat dalam
ekonomi perdagangan dan
perindustrian.
Kemajuan ekonomi dan
institusi kebangsaan seperti
pentadbiran pusat, tentera
kebangsaan dan undang-
undang kebangsaan.
Perkembangan bahasa
kebangsaan. FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DUNIA
FAKTOR
PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
DI TURKI
KEKALAHAN
DALAM PERANG
DUNIA PERTAMA
PEMBENTUKAN
KERAJAAN
SEKULARISME PERUNDANGAN
KEKALAHAN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
• Pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki tewas dalam Perang Dunia pertama.
Bermula daripada penentangan terhadap campur tangan kuasa asing pimpinan Mustafa Kemal
Attaturk, aksi perjuangan berubah menjadi penentangan terhadap khalifah. Akhirnya, sistem khalifah
dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah daripada wilayah-wilayah
dulu yang merupakan kesatuan “Khalifah Islamiah”. 1923 Turki di panggil Republik Turki.
PEMBENTUKAN KERAJAAN
• Perubahan struktur kerajaan Uthmaniyyah ke arah pembentukan negara bangsa bermula sejak
Perang Dunia Pertama. Sentimen kebangsaan nasionalisme bertamabah kuat dengan lahirnya Pan
Turkisme dan Pan Arabisme. Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari pengaruh politik dalam
kerajaaan Uthmaniyyah. Berlaku ketidakstabilan dalam negara. Situasi ini dimanfaatkan oleh Mustafa
Kemal Attaturk untuk membentuk dan memimpin Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau
menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya. Kesannya, wujud dua bentuk pemerintahan di
Turki iaitu pemerintahan Khalifah di Istanbul dan pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional di
Ankara. 1923, Dewan Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya negara republik Turki dan
melantik Mustafa Kemal Attaturk sebagai Presiden pertama. Mustafa Kamal Attaturk memindahkan
pusat pemerintahan dari Istanbul ke Ankara. Beliau memecat Sultan Abdul Majid II (Khalifah
Uthmaniyayh) dengan membubarkan sistem Khaifah dan menghapuskan pengaruh Islam di negara
Turki. Berakhirnya daulah Islamiah dan digantikan dengan daulah sekular. Turki menjadi sebuah
negara bangsa dan sebuah republik berpelembagaan yang demotratik dan sekular.
FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DI TURKI
SEKULARISME
• Mustafa Kemal Attaturk melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi melahirkan
generasi bangsa Turki moden dan mengikut model Barat. Perubahan melibatkan
pembangunan sosial dan poltik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang
baharu. Norma hidup masyarakat yang baharu dan moden yang cuba diterapkan
oleh kerajaan republik Turki ialah memisahkan Islam daripada amalan dalam
masyarakat Turki moden. Kerajaan Turki menerbitkan beberapa prinsip Kamalisme
yang menjadi ideologii negara Turki moden iaitu republikanisme, sekularisme,
nasionalisme, revolusionisme dan modenisme. Sekularisme menjadi prinsip paling
utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam.
Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk mencapai tanhap bangsa bertamadun, Turki
perlu mengikut acuan Barat. Sebuah jawatankuasa dibentuk di Fakulti Teologi di
Universiti Istanbuluntuk memodenisasikan Islam.
PERUNDANGAN
• Mustafa Kemal Attaturk memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan
digantikan dengan Badan Kehakiman Sivil Turki yang mengikut acuan Barat.
Pelaksanaan undang-undang sivil ini bertentangan dengan undang-undang syariah.
Bagi membentuk generasi Turki sekular, undang-undang pendidikan negara
diselaraskan . 1924, sistem pendidikan sekular telah dijadikan dasar utama di semua
peringkat pengajian. 1925, semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakam tarekat
dan amalan sufi dimansuhkan.
PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
DI MESIR
Bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada
penguasaan pemerintahan Uthmaniyyah.
FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA MESIR
Penjajahan Perancis terhadap Mesir
• Membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman
nasionalisme dan demokrasi.
Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha
• Tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Di awal kekuasaan, pengaruh
kaum Mamluk di Mesir masih kuat. Oleh itu, Muhammad Ali berupaya
menyingkirkan pihak-pihak penentangnya. Pembaharuan bidang ketenteraan.
Jurulatih tentera dari Barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan
ketenteraan ditubuhkan. Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri. Meningkatkan
ekonomi rakyat dengan pelbagai pembaharuan. Aktiviti penterjemahan.
Pemberontakan Urabi
• Pemberontakan pertama oleh keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran
Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada
tentera berketurunan Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh
asing dalam pentadbiran Mesir.
Dasar penjajahan British
• Dasar diskriminasi British dalam pentadbiran mewujudkan
golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada
nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British.
• British menggalakkan rakyat Mesir mengukuhkan identiti
Mesir.
• Di sekolah adama dan sekolah rendah, British menggalakkan
penggunaan dialek tempatan (bahasa Misriyah atau Amiiyah)
dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir
sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami
bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam Al-Quran.
Kemerdekaan Mesir
Mesir menjadi republik

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islamPerkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islamKhai Khai
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871azam_hazel
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamaNoha Fiq
 
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)hasfazera hassan
 
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani  pada  28 jun 1919 terhadap j...Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani  pada  28 jun 1919 terhadap j...
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...azam_hazel
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17saadiah alidrus
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Keduahasfazera hassan
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahfiro HAR
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940DANIELSONTAJAK1
 
Feudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismeFeudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismezianadz
 
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)azam_hazel
 

Was ist angesagt? (20)

Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Perkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islamPerkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islam
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
kesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertamakesan Perang dunia pertama
kesan Perang dunia pertama
 
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
Dekolonisasi dan Pengembalian Kedaulatan India (STPM S1)
 
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani  pada  28 jun 1919 terhadap j...Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani  pada  28 jun 1919 terhadap j...
Kesan perjanjian versailles yang ditandatangani pada 28 jun 1919 terhadap j...
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 
sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di PortugalTema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
Tema 3 - Faktor Perkembangan Perdagangan di Portugal
 
Masyarakat feudal
Masyarakat feudalMasyarakat feudal
Masyarakat feudal
 
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyahCiri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
Ciri-ciri masyarakat Arab zaman jahiliyah
 
Pengajian Am
Pengajian AmPengajian Am
Pengajian Am
 
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
Panduan menjawab sejarah stpm penggal 1 940
 
Feudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalismeFeudalisme dan kapitalisme
Feudalisme dan kapitalisme
 
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
Kesan perang dunia pertama dalam bidang politik (sej stpm sem 1)
 

Ähnlich wie TEMA 3 (P2).ppt

Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2elbiny
 
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdf
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdfReaksi Masyarakat Tempatan.pdf
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdfCharmVenon
 
sej minat-1.pptx
sej minat-1.pptxsej minat-1.pptx
sej minat-1.pptxMutiaArum2
 
Nasionalisme mesir
Nasionalisme mesirNasionalisme mesir
Nasionalisme mesirLuthfi Nk
 
Islam masuk ke Afrika
Islam masuk ke AfrikaIslam masuk ke Afrika
Islam masuk ke AfrikaIsaka Yoga
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAZulfira Farah Nubua
 
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptx
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptxPPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptx
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptxMitaDesiyanti
 
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan Rusia
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan RusiaRevolusi industri, Perancis, Amerika dan Rusia
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan RusiaAnisa Salma
 
revolusiindustri-161015132840.pdf
revolusiindustri-161015132840.pdfrevolusiindustri-161015132840.pdf
revolusiindustri-161015132840.pdfMuriadiSuriyanto
 
Revolusi amerika, perancis dan rusia
Revolusi amerika, perancis dan rusiaRevolusi amerika, perancis dan rusia
Revolusi amerika, perancis dan rusiayanto paulinus
 
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19Sinar Siraing
 
Sejarah Modernisasi Islam
Sejarah Modernisasi IslamSejarah Modernisasi Islam
Sejarah Modernisasi IslamBluejake3
 
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negara
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negaraPenjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negara
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negaraMembangun city
 
NASIONALISME MESIR.pptx
NASIONALISME MESIR.pptxNASIONALISME MESIR.pptx
NASIONALISME MESIR.pptxnikzulfah
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaRohman Efendi
 

Ähnlich wie TEMA 3 (P2).ppt (20)

Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
Reaksi masyarakat tempatan sejarah stpm p2
 
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdf
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdfReaksi Masyarakat Tempatan.pdf
Reaksi Masyarakat Tempatan.pdf
 
M e s i r
M e s i rM e s i r
M e s i r
 
sej minat-1.pptx
sej minat-1.pptxsej minat-1.pptx
sej minat-1.pptx
 
Nasionalisme mesir
Nasionalisme mesirNasionalisme mesir
Nasionalisme mesir
 
Nasionalisme mesir
Nasionalisme mesirNasionalisme mesir
Nasionalisme mesir
 
Islam masuk ke Afrika
Islam masuk ke AfrikaIslam masuk ke Afrika
Islam masuk ke Afrika
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
 
Dunia islam abad ke 19(k2)
Dunia islam abad ke 19(k2)Dunia islam abad ke 19(k2)
Dunia islam abad ke 19(k2)
 
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptx
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptxPPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptx
PPT TUGAS PAI (ALTA MAHARANI_XI IPA 7).pptx
 
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan Rusia
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan RusiaRevolusi industri, Perancis, Amerika dan Rusia
Revolusi industri, Perancis, Amerika dan Rusia
 
revolusiindustri-161015132840.pdf
revolusiindustri-161015132840.pdfrevolusiindustri-161015132840.pdf
revolusiindustri-161015132840.pdf
 
Revolusi amerika, perancis dan rusia
Revolusi amerika, perancis dan rusiaRevolusi amerika, perancis dan rusia
Revolusi amerika, perancis dan rusia
 
Sejarah revolusi prancis
Sejarah revolusi prancisSejarah revolusi prancis
Sejarah revolusi prancis
 
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
 
Sejarah Modernisasi Islam
Sejarah Modernisasi IslamSejarah Modernisasi Islam
Sejarah Modernisasi Islam
 
Revolusi amerika
Revolusi amerikaRevolusi amerika
Revolusi amerika
 
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negara
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negaraPenjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negara
Penjajahan barat atas dunia islam dan perjuangan kemerdekaan negara
 
NASIONALISME MESIR.pptx
NASIONALISME MESIR.pptxNASIONALISME MESIR.pptx
NASIONALISME MESIR.pptx
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asia
 

Mehr von ssuser3ffb7e

prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfssuser3ffb7e
 
prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfssuser3ffb7e
 
prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfssuser3ffb7e
 
kuliah 4 kerjasama serantau.pptx
kuliah 4 kerjasama serantau.pptxkuliah 4 kerjasama serantau.pptx
kuliah 4 kerjasama serantau.pptxssuser3ffb7e
 
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptxssuser3ffb7e
 
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptx
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptxANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptx
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptxssuser3ffb7e
 
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptx
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptxBAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptx
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptxssuser3ffb7e
 

Mehr von ssuser3ffb7e (9)

sekunder.pptx
sekunder.pptxsekunder.pptx
sekunder.pptx
 
prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdf
 
prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdf
 
prosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdfprosespembangunanekonomi-.pdf
prosespembangunanekonomi-.pdf
 
kuliah 4 kerjasama serantau.pptx
kuliah 4 kerjasama serantau.pptxkuliah 4 kerjasama serantau.pptx
kuliah 4 kerjasama serantau.pptx
 
BAB 7.pptx
BAB 7.pptxBAB 7.pptx
BAB 7.pptx
 
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx
3(1)TOPIK_3,YDPA,MRR,AUDIT.pptx
 
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptx
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptxANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptx
ANAK-ANAK BERGELIMPANGAN (2).pptx
 
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptx
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptxBAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptx
BAB 8 PERHUBUNGAN LUAR.pptx
 

Kürzlich hochgeladen

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 

TEMA 3 (P2).ppt

  • 1. SEJARAH ISLAM (500-1918M) TEMA 3 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA PERLUASAN KUASA BARAT FAKTOR-FAKTOR (ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH ABAD KE 18-20M) REAKSI MASYARAKAT MESIR DAN ALGERIA ABAD KE 19-20M GERAKAN NASIONALISME FAKTOR-FAKTOR (MESIR DAN SYRIA ABAD KE 20M) PERANG DUNIA PERTAMA KHALIFAH UTHMANIYAH ABAD KE 20 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI DAN MESIR ABAD KE 20
  • 2. UNIT 3.1: PELUASAN KUASA BARAT ZAMAN KHALIFAH UTHMANIYAH ABAD KE 18-20M
  • 3. FAKTOR PELUASAN KUASA BARAT POLITIK • Dasar Imperialisme – meluaskan empayar – kuasa hegemoni. • Persaingan kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan lain-lain – pakatan Eropah. • Dasar campur tangan ekoran pergolakan politik dalam wilayah Uthamniyah – sebelumnya Dasar Persahabatan (Dasar Tidak Campur Tangan/Berkecuali) dan Dasar Perlindungan terhadap kepentingan perdagangan Barat. • Permasalahan Timur (The Eastern Question). • Polisi luar terpenting – dasar pecah dan perintah. Bangsa Islam Turki, Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa Islam lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri. • Dasar pembaharuan (Tanzimat) – gerakan reformasi ala Barat. EKONOMI • Revolusi industri di Eropah. • Kepentingan Terusan Suez. • Krisis kewangan dan ekonomi Mesir yang berpunca daripada usaha pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula yang giat dijalankan. • Monopoli bahan mentah dan pasaran. • Konflik hutang kerajaan Uthmaniyah.
  • 4. AGAMA • Sentimen agama – kesan Perang Salib. • Gerakan kristianisasi – peranan pihak gereja di sebalik misi penjajahan kuasa Barat. • Isu layanan kerajaan Uthmaniyyah terhadap penduduk beragama Kristian. FAKTOR-FAKTOR LAIN • Perkembangan bidang sains dan teknologi, perhubungan dan pengangkutan.
  • 5. UNIT 3.2: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN MESIR DAN ALGERIA ABAD KE 19-20M
  • 6. REAKSI MASYARAKAT MESIR Abab ke 18M, Mesir sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
  • 7. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801M meninggalkankesan mendalam bidang ekonomi, politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat. Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Gerakan memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir-Tukir pada 1832-1833M dan 1839-1849M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
  • 8. Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918M. Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria. Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan- lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857M menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir. Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjuall saham Terusan Suez kepada Birtish. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir. British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir. Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan. Perjuangan kebebasan Mesir – penaklukan Perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad Sadat ekoran Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.
  • 9. Faktor agama merupakan factor utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh- tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah di Mesir seperti al-Ikhwan al-Muslimin yang lebih tersusun. Gerakan Arabi Pasha 1881-1882M: Gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai Pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti oarang asing (Perancis, British dan Turki). Namun, akhirnya gerakan ini menuntutperubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Arabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi Pasha.
  • 10. Gerakan Islah/Gerakan Pemulihan Islam yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan. Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen- kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah. Revolusi 1919M – tamatnya Perang Dunia pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919 pemimpin Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh. Penangkapan Saad Zughlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir. Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memeberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 mesir beroleh kemerdekaan penuh. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah negara republik.
  • 11. Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin – sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan khalifah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan Al- Banna 1928. matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai Mmoral tradisional. Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946-1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan menjatuhkan kerajaan.
  • 13. Abad ke 16-19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khalifah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah Perancis selama 132 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Penaklukan Perancis di Algeria 1830. Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Medeterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis – percakapan dan pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dab Barber. Polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria. Perancis memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana keluasan tanah yang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria. Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar Perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas hati rakyat tempatan kerana hak mereka telah dirampas. Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.
  • 14. Penentangan oleh Syeikh Abdul Qader al-Jazair, Gabenor Mascara pada tahun 1832. sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad memepertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berlaku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ‘Negara Sejuta Syuhada’. Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis. Keahlian terdiri daripada guru-guru agama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam. Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.
  • 15. Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945. apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945, rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun, kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera. Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara. Penentangan semakin meningkat dan Perancis bertindak balas. Penaklukan Jerman ke atas Algeria - Era Perang Dunia Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.
  • 16. Perang Kemerdekaan Aljazair 1954-1962 (Revolusi Algeria). 1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat dan nilai Islam yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. Perang gerila (Perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang gerila. Perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas asli. Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara- negara Arab lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramai dimana banyak perkampungan dibakar oleh tentera Perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah- sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai 1962. Kemerdekaan Algeria 1962M, - Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan. Perancis meletakkan syarat kemerdekaan. Perancis meletakkan syarat kmerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan Perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui Perjanjian Evian dan Algeria akhitnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962. perjuangan kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.
  • 17. Algeria Selepas Era Penjajahan. FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah Perancis) sebagai Presiden Algeria pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan BenBella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan. FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar antipenjajah dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN. Gerakan Islam Algeria. Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan FIS mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya.
  • 18. UNIT 3.3: GERAKAN NASIONALISME MESIR DAN SYRIA ABAD KE 20M
  • 19. KONSEP NASIONALISME British mula berkuasa di Mesir sejak tahun 1882-1918, iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. Bermula pada tahun 1918, British mula mengurangkan cengkamannya ke atas pentadbiran Mesir, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di situ.
  • 20. FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI MESIR PENGARUH AGAMA PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN PENGARUH KEWARTAWANAN PERANAN PENDIDIKAN PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL PENGARUH LUAR
  • 21. British melaksanakan usaha pembaratan masyarakat Mesir dan fenomena ini telah menyebabkan terbentuk golongan reformis Islam yang bangun menentang pihak British. Pergerakan ini dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh Sheikh Hassan Al-Banna. Dalam hal ini, Pergerakan Ikhwanul Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agama Islam di Mesir yang berpandukan ajaran Al-Quran dan as-Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran sekular yang telah bergerak masuk ke dalam kehidupan masyarakat Mesir. Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh agama dengan menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan syirik, khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam. Ikhwanul Muslimin juga bimbang apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat. Antara contohnya ialah Syeikh Ali Abdul Raziq yang telah menghasilkan karya yang berjudul Islam dan Dasar-dasar Pemerintahannya yang telah mengiktiraf tindakan Mustapha Kamal Atartuk yang memisahkan antara agama dangan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan negara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akan membawa kemudaratan kepada umatnya. PENGARUH AGAMA
  • 22. Peristiwa pembunuhan Boutrus Ghali (seorang hakim) telah mencetuskan semangat nasionalisme rakyat Mesir. Kematian beliau diabadikan oleh penyajak Ahamad Shawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al- Muayyaddan al-Liwa. Sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Golongan modenis Islam yang dipimpin oleh Rasyid Rida sangat lantang memperjuangkan bahasa Arab Mesir dan mendesak agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Tujuan golongan ini supaya hal ini dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit. PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAM
  • 23. PENGARUH KEWARTAWANAN Pengaruh kewartawanan melalui penerbitan surat khabar telah meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Rasyid Rida yang menulis dalam akhbar Salafiya telah banyak membuka minda rakyat Mesir. Beliau yang merupakan orang kanan kepada Muhammad Abduh banyak menulis persoalan yang menyentuh soal modenisasi Islam. Rasyid Rida menyemai dan menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penuisan beliau dengan mengkritik dan menganggap penjajah adalah penyebab kepada kemunduran umat Islam. Beliau bersam penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam memerkukuhkan bahasa Arab Mesir (lanjah Mirsriyah). Penulis wanita turut tidak ketinggalan dalam perjuangan ini dan giat memperjuangkan hak mereka seperti Malak Hifni Nasif yang terkenal telah menggunakan nama pena Bahithat al-Badiya. Beliau sering membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka. Dalam hal ini, mesej penulisannya telah menarik minat ramai masyarakat Mesir terutama golongan intelektual.
  • 24. Penjajah British sangat berhati-hati dalam memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang garduan-graduan tempatan yang diberikan pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebnagkitan nasionalisme tempatan. Dalam hal ini, pihak British telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan Mesir walaupun mereka mampu melaksanakan dan membiayai sekolah tersebut. Kebimbangan dan tindakan penjajah British telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Mesir dalam membaiki taraf kehidupan. Hampir semua jawatan kerajaan dipenuhi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada keluarga bangsawan. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pengawai British yang kebanyakannya kurang berkelayakan jika dibandingkan dengan rakyat tempatan dan hal ini diburukkan lagi di mana gaji yang diberikan kepada pegawai British ini lebih tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan. Menjelang tahun 1908, bidang pendidikan mula mendapat perhatian British apabila terdapat golongan intelektual Mesir yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan bersama beberapa tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah unversiti swasta mereka sendiri. Peranan pendidikan amat penting dan telah menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme di Mesir terutamanya graduan dari sekolah undang-undang. Sekolah undang-undang ini telah menarik ramai ahli pidato dan cerdik pandai yang bercita-cita tinggi untuk menyertainya. Lepasan sekolah ini yang terdedah kepada nilai politik dan kebudayaan Barat telah disuntik dengan sikap anti-British melalui didikan guru-guru Perancis yang masih berkhidmat di Mesir dan mereka masih berdendam dengan British yang berkomplot dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk merampas Mesir dari Perancis. PERANAN PENDIDIKAN
  • 25. Tokoh Mesir yang terkenal seperti Sheikh Hassan al-Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam untuk menentang British melalui penubuhan Ikhwanul Muslimin. Pergerakan ini merupakan sebuah organisasi teratur dan mepunyai cawangan di seluruh Mesir dan berperanan melaksanakan program-program keagamaan yang komprehensifdalam memantapkan akidah umat Islam di Mesir bagi tujuan membina sebuah kerajaan Islam. Kemunculan tokoh intelektual seperti Mustafa Kamil Pasha dan Mohammed Farid yang pakar dalam undang-undang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Mesir kerana sikapnya yang lantang dan bersemangat dalam menentang British. Beliau telah menyokong nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba meraih sokongan golongan intelektual daripada keturunan Qibti. Harapan dan tujuan Mustafa Kamil adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-Barat di Mesir. Golongan intelektual ini telah menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan Barat. PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL
  • 26. Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Mesir berikutan dari kesan gerakan nasionalisme yang melanda Eropah abad ke 18M, khasnya selepas tercetusnya Revolusi Perancis 1789-1799M dan Revolusi Amerika 1775-1783M. Di Eropah, sebelum kemunculan nasionalisme, masyarakat umumnya setia kepada bandar atau pemimpin tertentu, bukannya untuk negara mereka dan situasi sama juga berlaku di Mesir dan negara Arab lain dan dalam hal ini rakyat tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah Turki. Walaubagaimanapun, selepas berlakunya penjejahan Perancis dan British terhadap Mesir, rakyat tempatan mula terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat sehingga membangkitkan semangat nasionalisme. PENGARUH LUAR
  • 27. Pelajar tempatan yang menuntut ilmu di Eropah turut menyumbang kepada kemunculan semangat nasionalisme di Mesir. Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat daripada tercetusnya Perang Dunia Pertama 1914-1918M. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikeraholeh British untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin. Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak nyawa rakyat Mesir yang terkorban. Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara nereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat juga turut bertapak di bumi Mesir dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajah barat dan ianya juga telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan.
  • 28. Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama 1918M, kuasa Barat telah mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyyah yang semakin lemah di mana kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan Turki terpaksa menyerahkan sebhagian wilayah kekuasaannya di bawah pengawasan Liga Bangsa. Keputusan Konferensi San Remo yang dtandatangani pada tahun 1922 di London, Perancis telah diberi kuasa oleh Liga Bangsa untuk menjaga hal ehwal Syria dan Lebanon yang merupakan sebahagian wilayah kerajaan Turki Uthmaniyyah sejak 1516M. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namun mereka telah menjajah negara tersebut selama 7 tahun dan selepas itu, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh. GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA
  • 29. FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI SYRIA PENGARUH AGAMA PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN PENGARUH KEWARTAWANAN PERANAN PENDIDIKAN PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL PENGARUH LUAR
  • 30. Pengaruh dan kesedaran agama telah menyebabkan kemunculan keinginan dan usaha untuk menyatukan semua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan gerakan nasionalisme di Syria. Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin yang tertindas penjajah British. Di samping itu, Gerakan Yahudi yang mahu menempatkan penduduk mereka di Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al- Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi. Sausana ini menyemarakkan lagi sentimen agama dan semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah. PENGARUH AGAMA
  • 31. Pada abad ke 19-20M, berlaku perkembangan baru dalam kesusasteraan Arab bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab. Karya Francis Marrash iaitu Ghabat al-Haqq pada 1865 dan Qustaki al-Hilmi dengan karyanya The Reseacher’s Source in the Science of Cristism adalah berkisar tentang idea-idea keamanan, kebebasan dan kesaksamaan. Perkembangan bahasa dan sastera ini turut menyuntik dan menyemarakkan kebangkitan gerakan nasionalisme di Syria di mana sebelum ini, istilah-istilah Turki dan bahasa asing banyak mempengaruhi kehidupan rakyat dan telah digantikan dengan bahasa dan sastera tempatan. Fenomena ini dapat meningkatkan perkembangan semangat nasionalisme di Syria. PENGARUH BAHASA DAN KESUSASTERAAN
  • 32. Al-Manar juga menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar- dasar pan Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme dan mempelopori dan mempopularkan bidang dialog dan pertukaran idea antara budaya dan pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu sosial dan peradaban. Majalah ini telah mengungkapkan dan mengutarakan pemikiran baru yang berasaskan idea-idea pembaharuan yang dicetuskan oleh Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh dalam majalahnya iaitu al-Urwa al-Wuthqa. Fokus pemikiran ini adalah ke arah usaha pembaharuan dan perkembangan dakwah Islamiah di Syria. Tatkala akhbar lain membicarakan keburukan penjajahan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Pengaruh kewartawanan juga telah mencetuskan semangat nasionalisme di Syria. Penerbitan majalah Al- Manar yang merupakan majalah bulanan yang membahaskan idea pembaharuan dan tajdid di Kaherah dan majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. PENGARUH KEWARTAWANAN
  • 33. Kerancakan penerbitan akhbar telah memepercepatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan. Bermula pada tahun kedua, majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Magribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu. Al-Manar yang pertama kali diterbitkan pada 17 Mac 1898 sebagai majalah mingguan yang memuatkan lapan halaman, menyiarkan berita mutakhir di samping artikel utama yang ditulis oleh ketua editor iaitu Rasyid Rida sendiri.
  • 34. Di Syria, sebuah akademik telah ditubuhkan bagi menjemput dan mengumpul ahli bahasa dari seluruh pelusuk Tanah Arab untuk datang, bertemu dan bertukar-tukar fikiran dan tumpuan akademi bahasa ini adalah untuk menyesuaikan dan mengharmonikan bahasa masing- masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Dalam hal ini, walaupun secara politiknya mereka berbeza , namun mereka bersatu dibawah satu perkara iaitu bahasa Arab. Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha penubuhan negara Syria yang merdeka ialah Abu Khaldun Sati al-Husni. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah. Di Damsyik dan Beirut pula, beberapa buah unversiti telah dibina dan menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan dan hal ini turut mencetuskan idea-idea nasionalisme di Syria. PERANAN PENDIDIKAN
  • 35. Tokoh intelektual Syria yang terkenal iaitu Rasyid Rida yang juga merupakan seorang intelektual muslim Syria turut mengembangkan gagasan pemikiran modenisme Islam yang pada awalnya dipengaruhi dan dicetuskan oleh tokog- tokoh nasionalisme Mesir iaitu Jamaluddin al- Afgani dan Muhammad Abduh. Rasyid Rida juga turut mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu dan membandingkannya dengan masyarakat penjajah Barat dan akhirnya beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi jika masyarakat Islam kembali kepada prinsip- prinsip asas agama Islam dan melakukan transformasi dan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden yang semakin mencabar. PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL
  • 36. Syria yang masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah pada awal abad ke 20M juga telah terpengaruh dengan dasar kerajaan Turki Uthmaniyyah di mana dasar ini telah meniup dan meningkatkan semangat penduduk tempatan menangkis dan melawan ancaman pihak Barat. Shakib Arselan yang berasal dari Lunbnan telah menghasilkan penulisan yang menyeru penduduk Syria supaya bersatu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah dan menolak konspirasi dan dakyah Barat yang inginkan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan turut menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama. PENGARUH LUAR
  • 37. UNIT 3.4: PERANG DUNIA PERTAMA KHALIFAH UTHMANIYYAH ABAD KE-20M
  • 38. PERANG DUNIA PERTAMA  Perang Dunia Pertama 1914-1918M.  Faktor Perang Dunia Pertama.  Peranan tiga pemimpin tertinggi Persatuan Kesatuan dan Kemajuan (CUP) dalam Perang Dunia Pertama.
  • 39. Mendapatkan kembali wilayah Uthmaniyyah – Mecedonia, Thrace, Selatan Anatolia, Mesir dan Cyprus. Membebaskan rakyatnya di Caucasusdan Asia Tengah daripada kekuasaan Rusia dan Armenia. Hubungan tegang dengan British. Mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan – majoriti penduduk Kristian – desakan kuasa autonomi – berhadapan dengan percaturan politik daripada negara-negara jiran di Balkan. Menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama untuk mengatasi ancaman Rusia yang ingin menguasai wilayah Balkan. Usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahan kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah – ancaman Pakatan Bertiga (British, Perancis dan Rusia). FAKTOR PENGELIBATAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
  • 40. Mengukuhkan kekuasaan khalifah Uthmaniyyah ke seluruh dunia, membebaskan pemerintahan daripada dominasi ekonomi dan politik kuasa Eropah. Pengisytiharan jihad – reaksi dunia Islam – gagal mencapai sasaran kerana bangsa berperang dengan tentera Uthmaniyyah atas dasar nasionalisme yang ditaja British. Kegagalan turut disebabkan kelemahan struktur ketenteraan Uthmaniyyah. Perjanjian Sykes-Picot – wilayah Uthmaniyyah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali. Gencatan Senjata Mudros.
  • 41. KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KEPADA TURKI UTHMANIYYAH POLITIK EKONOMI SOSIAL
  • 42. POLITIK PERUBAHAN DARI SEBUAH EMPAYAR YANG LUAS KEPADA SEBUAH NEGARA KECIL TURKI DARI SEBUAH KUASA BEBAS KEPADA NEGARA YANG TERIKAT DARI SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH KEPADA PEMERINTAHAN REPUBLIK DARI SEBUAH NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA SEKULAR
  • 43. Perpecahan wilayah umat Islam yang dahulunya di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya membebaskan diri dan sebahagiannya ditakluki kuasa Barat termasuk wilayah Palestin. Munculnya negara bangsa dari wilayah- wilayah Uthmaniyyah apabila sempadan- sempadan telah digariskan oleh pihak Barat dengan memisahkan penduduk negara masing-masing walaupun semua satu agama. PERUBAHAN DARI SEBUAH EMPAYAR YANG LUAS KEPADA SEBUAH NEGARA KECIL TURKI
  • 44. Kesan Genjatan Senjata Mudros 1918M – Kerajaan Uthmaniyyah terpaksa melepaskan wilayah kekuasaannya di Timur Tengah dan membuka Selat Dardanellers dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu. Pasukan tentera Uthmaniyyah terpaksa dibubarkan. Membawa kepada penaklukan tentera Bersekutu ke atas Istanbul. Tentera Bersekutu memecahkan negara Uthmaniyyah melalui Perjanjian Serves 1920. DARI SEBUAH KUASA BEBAS KEPADA NEGARA YANG TERIKAT
  • 45. DARI SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH KEPADA PEMERINTAHAN REPUBLIK Perjanjian Lausanne 1923 membawa pengiktirafan dunia terhadap Republik Turki sekular. Penubuhan parlimen Turki dan pembubaran sistem khalifah 1924. Kemunculan Gerakan Kebangsaan Turki pimpinan Mustafa Kemal Attaturk yang melancarkan Perang Kemerdekaan Turki.
  • 46. Bermula proses sekularisasi terhadap rakyat Turki apabila dasar memisahkan agama daripada politik. Memperluaskan jurang antar dunia Islam dan Barat – rasa curiga dan syak wasangka meningkat. DARI SEBUAH NEGARA ISLAM KEPADA NEGARA SEKULAR.
  • 47. Berlaku kemerosotan ekonomi kerana perbelanjaan besar untuk membiayai peperangan. Berlaku krisis hutang kerajaan Turki Uthmaniyyah – membuka peluang campurtangan Eropah. Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir. Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran. KESAN EKONOMI
  • 48. Kemerosotan akhlak dan moral umat Islam. Pemodenan Turki mengikut acuan Barat telah membawa keruntuhan akhlak dan melemahkan peranan agama dalam kehidupan. Kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah ekoran kewujudan negara bangsa KESAN SOSIAL
  • 49. UNIT 3.5: PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TURKI DAN MESIR ABAD KE-20M
  • 50. Negara ialah suatu komuniti politik tersusun yang menguasai sesuatu kawasan dan berdaulat. Negara juga boleh didefinisikan sebagai suatu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah. Badan dan autoriti diberikan mandat oleh rakyat. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang menetap di sesuatu kawasan dan mempunyai latar belakang, asal usul, adat resam, kebudayaan, agama dan sistem politik. Konsep “negara bangsa” ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya yang mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah, dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.
  • 51. SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Seawal abad ke-15M khasnya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi. Contohnya negara bangsa England, Perancis dan Sepanyol. Idea negara bangsa semakin berkembang di Barat pada penghujung abad ke 18-19M ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berpelembagaan dan negara bangsa moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. Kemunculan negara bangsa melemahkan pengaruh agama dan gereja.
  • 52. Kemunculan semangat nasionalisme – faktor utama. Keruntuhan sistem feudal. Kesan perang Salib. Perkembangan bandar. Kemunculan golongan pengetahuan ekoran kemajuan pesat dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian. Kemajuan ekonomi dan institusi kebangsaan seperti pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang- undang kebangsaan. Perkembangan bahasa kebangsaan. FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DUNIA
  • 53. FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI TURKI KEKALAHAN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA PEMBENTUKAN KERAJAAN SEKULARISME PERUNDANGAN
  • 54. KEKALAHAN DALAM PERANG DUNIA PERTAMA • Pembentukan negara bangsa Turki semakin ketara setelah Turki tewas dalam Perang Dunia pertama. Bermula daripada penentangan terhadap campur tangan kuasa asing pimpinan Mustafa Kemal Attaturk, aksi perjuangan berubah menjadi penentangan terhadap khalifah. Akhirnya, sistem khalifah dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah daripada wilayah-wilayah dulu yang merupakan kesatuan “Khalifah Islamiah”. 1923 Turki di panggil Republik Turki. PEMBENTUKAN KERAJAAN • Perubahan struktur kerajaan Uthmaniyyah ke arah pembentukan negara bangsa bermula sejak Perang Dunia Pertama. Sentimen kebangsaan nasionalisme bertamabah kuat dengan lahirnya Pan Turkisme dan Pan Arabisme. Selepas menguasai Istanbul, British cuba mencari pengaruh politik dalam kerajaaan Uthmaniyyah. Berlaku ketidakstabilan dalam negara. Situasi ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kemal Attaturk untuk membentuk dan memimpin Dewan Perwakilan Nasional Turki. Beliau menjadikan Ankara sebagai pusat aktiviti politiknya. Kesannya, wujud dua bentuk pemerintahan di Turki iaitu pemerintahan Khalifah di Istanbul dan pemerintahan Dewan Perwakilan Nasional di Ankara. 1923, Dewan Perwakilan Nasional mengisytiharkan terbentuknya negara republik Turki dan melantik Mustafa Kemal Attaturk sebagai Presiden pertama. Mustafa Kamal Attaturk memindahkan pusat pemerintahan dari Istanbul ke Ankara. Beliau memecat Sultan Abdul Majid II (Khalifah Uthmaniyayh) dengan membubarkan sistem Khaifah dan menghapuskan pengaruh Islam di negara Turki. Berakhirnya daulah Islamiah dan digantikan dengan daulah sekular. Turki menjadi sebuah negara bangsa dan sebuah republik berpelembagaan yang demotratik dan sekular. FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI TURKI
  • 55. SEKULARISME • Mustafa Kemal Attaturk melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi melahirkan generasi bangsa Turki moden dan mengikut model Barat. Perubahan melibatkan pembangunan sosial dan poltik dalam usaha membentuk identiti kebangsaan yang baharu. Norma hidup masyarakat yang baharu dan moden yang cuba diterapkan oleh kerajaan republik Turki ialah memisahkan Islam daripada amalan dalam masyarakat Turki moden. Kerajaan Turki menerbitkan beberapa prinsip Kamalisme yang menjadi ideologii negara Turki moden iaitu republikanisme, sekularisme, nasionalisme, revolusionisme dan modenisme. Sekularisme menjadi prinsip paling utama dalam proses pemodenan Turki dan seterusnya melemahkan pengaruh Islam. Bagi Mustafa Kamal Attaturk, untuk mencapai tanhap bangsa bertamadun, Turki perlu mengikut acuan Barat. Sebuah jawatankuasa dibentuk di Fakulti Teologi di Universiti Istanbuluntuk memodenisasikan Islam. PERUNDANGAN • Mustafa Kemal Attaturk memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan digantikan dengan Badan Kehakiman Sivil Turki yang mengikut acuan Barat. Pelaksanaan undang-undang sivil ini bertentangan dengan undang-undang syariah. Bagi membentuk generasi Turki sekular, undang-undang pendidikan negara diselaraskan . 1924, sistem pendidikan sekular telah dijadikan dasar utama di semua peringkat pengajian. 1925, semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakam tarekat dan amalan sufi dimansuhkan.
  • 56. PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI MESIR Bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada penguasaan pemerintahan Uthmaniyyah.
  • 57. FAKTOR PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR Penjajahan Perancis terhadap Mesir • Membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman nasionalisme dan demokrasi. Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha • Tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Di awal kekuasaan, pengaruh kaum Mamluk di Mesir masih kuat. Oleh itu, Muhammad Ali berupaya menyingkirkan pihak-pihak penentangnya. Pembaharuan bidang ketenteraan. Jurulatih tentera dari Barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan ketenteraan ditubuhkan. Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri. Meningkatkan ekonomi rakyat dengan pelbagai pembaharuan. Aktiviti penterjemahan. Pemberontakan Urabi • Pemberontakan pertama oleh keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir.
  • 58. Dasar penjajahan British • Dasar diskriminasi British dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British. • British menggalakkan rakyat Mesir mengukuhkan identiti Mesir. • Di sekolah adama dan sekolah rendah, British menggalakkan penggunaan dialek tempatan (bahasa Misriyah atau Amiiyah) dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam Al-Quran. Kemerdekaan Mesir Mesir menjadi republik