1. MINIT MESYUARAT PANITIA KIMIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBAH KERAMAT
BIL 4/2012
Tarikh : 23 Oktober 2012
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Angsana SMK Lembah Keramat
Kehadiran :
1. Puan Solihah bt Haji Isa - Ketua Panitia Kimia/Pengerusi
2. Puan Zahazatul Akmal bt Zakaria
3. Puan Suhaimih bt Abiding
4. Puan Asmah bt Ismail
5. Puan Nor Asiah bt Ismail
Tidak hadir (bersebab):
1. Puan Muslimah bt Tahir
2. Puan Norizah bt Nordin
3. Puan Norliah bt Sulaiman
4. Puan Siti Noordiyana bt Mohd Khodari
5. Puan Noor Fadilah bt Rashid
6. Cik Samsuria bt Muhammad
7. Encik Salahuddin Ikram bin Khamsin
8. Puan Jannatul Naim bt Azmi
Urusetia : Puan Solihah bt Haji Isa
CATATAN MESYUARAT
1.0 Perutusan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya pengerusi mengalu-
alukan kehadiran semua guru sains ke mesyuarat Panitia Kimia Kali ke-4 bagi sesi
2012. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru atas
kesungguhan dan kerjasama bagi meningkatan prestasi pelajar untuk peperiksaan
percubaan SPM dan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2012.
Tindakan: Makluman
1
2. 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Puan Suhaimih bt Abiding mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ke-3 sesi 2012
disahkan dan telah disokong sebulat suara tanpa pindaan.
3.0 Perkara-perkara berbangkit
3.1 Fail jadual spesifikasi ujian (JSU) kini dikenali sebagai jadual spesifikasi
item(JSI) tidak lagi disimpan di dalam fail panitia tetapi disimpan di dalam fail
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) iaitu PK 05 (Pengurusan
peperiksaan). JSI ini disimpan bersama-sama dengan soalan peperiksaan dan
skema jawapan.
Tindakan: Makluman
3.2 Fail pengurusan makmal di bawah seliaan Puan Nor Asiah bt Ismail akan
ditentukan status penggunaannya nanti setelah beliau berbincang dengan Puan
Zainab bt Ismail.
Tindakan: Puan Nor Asiah
3.3 Pengurusan PEKA- PEKA tingkatan empat dan lima akan diteruskan seperti
biasa. Dokuman dan Fail PEKA tingkatan 4 hendaklah dikemaskini dan
disimpan dalam Almari PEKA di dalam makmal Kimia.
Tindakan: Makluman
3.4 Pelaksanaan MBMMBI- Modul Kimia dwi bahasa digunakan semasa P&P.
Bahasa Inggeris digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan: GMP
3.5 Kebersihan makmal sains-Guru mata pelajaran yang menggunakan makmal bagi
tujuan P&P hendaklah mengawal disiplin murid-murid dan memastikan makmal
dalam keadaan yang kemas dan bersih. GMP juga hendaklah memastikan
murid-murid tidak merosakkan sebarang peralatan dan bahan di dalam makmal.
Tindakan: GMP
3.6 Peratus lulus peperiksaan percubaan PMR tahun 2011 ialah 88.43% dan pada
tahun ini peratus lulus telah meningkat. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
prestasi dalam peperiksaan percubaan PMR pada tahun ini.
Antara program-program yang telah dijalankan oleh guru-guru tingkatan tiga
ialah Program Skor A untuk murid-murid cemerlang, jadual waktu anjal telah
dijalankan di mana murid-murid diasingkan mengikut gred peperiksaan dan
2
3. diberi soalan-soalan mengikut aras masing-masing. Oleh itu, guru-guru dapat
member tumpuan kepada tajuk-tajuk yang menjadi kekuatan dan kelemahan
murid. Murid-murid yang lemah pula diberi soalan-soalan yang berfokus dan
dimasukkan ke kelas klinik untuk penambahbaikan. Soalan-soalan pra PMR juga
diberikan kepada semua murid bagi membiasakan mereka dengan soalan-
soalan sebenar PMR. Bengkel PMR juga dijalankan untuk sesi perbincangan
bersama GMP.
Peratus lulus peperiksaan percubaan SPM tahun 2011 ialah 58.79% dan pada
tahun ini peratus lulus ialah 73.0%. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
pretasi dalam peperiksaan percubaan SPM pada tahun ini.
Antara program-program yang telah dijalankan oleh guru-guru tingkatan lima
ialah member modul kepada semua pelajar apabila mula mengajar sesuatu tajuk
baru. Teknik menjawab soalan mengikut format peperiksaan diberikan oleh GMP
secara berkala bagi membiasakan murid menjawab soalan-soalan SPM. Kelas
Semarak iaitu program pengkayaan untuk murid-murid aras baik dan cemerlang
dan kelas Sinar Jaya untuk murid-murid yang mempunyai harapan lulus. Kelas
tambahan juga diadakan. Soalan-soalan pra SPM diberikan kepada semua
murid untuk mendedahkan mereka kepada format peperiksaan. Bengkel SPM
juga diadakan bagi sesi perbincangan bersama GMP.
Tindakan: Makluman
3.7 Borang rekod latihan murid hendaklah dihantar kepada pengurus PK 06 iaitu
Puan Ruslina bt Zainal.
Semua GMP perlu menghantar lima buah buku murid mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak pentadbir. Borang rekod penghantaran buku murid ini
boleh diambil di pejabat sekolah. Borang ini diisi oleh pentadbir dan satu salinan
disimpan oleh ketua panitia dalam fail panitia.
Tindakan: GMP
3.8 Pelan Taktikal Panitia- Murid tingkatan 3 menjalankan skor A dan disimpan
dalam fail. Program ini dimulakan pada bulan April hingga September. Murid
tingkatan lima pula menggunakan modul. Sumber kewangan boleh diambil dari
duit panitia.
Tingkatan 1, 2 dan 4 juga diberi latihan mengikut format peperiksaan.
Tindakan: Makluman
3.9 Pengurusan fail PEKA-Tingkatan 2 diuruskan oleh Cik Samsuria bt Mohamad
dan Encik Salahuddin Ikram. Semua guru hendaklah menyelesaikan urusan
PEKA sebelum cuti iaitu 10 November 2012.
3
4. Puan Fadillah bt Rashid menguruskan PBS Tingkatan Satu dan Encik
Salahuddin Ikram menguruskan PBS Tingkatan Dua.
Tindakan: Cik Samsuria
Encik Salahuddin Ikram
GMP Tg. 1 dan Tg.2
4.0 Perkara-perkara baharu
4.1 Percubaan SPM tahun 2012-% lulus ialah 73.6% berbanding 61.9% pada tahun
2011. Terdapat peningkatan sebanyak 11.7%.
Peratus A: 2011 - 1.29%
2012 - 6.00%
Terdapat peningkatan sebanyak 4.71 %.
Peningkatan peratus lulus dan peratus pencapaian A ini adalah kesan daripada
program-program yang telah dijalankan oleh GMP seperti Skor A, modul P&P,
kelas pengkayaan dan kelas klinik.
Peratus gagal: 22 orang pada tahun 2012 manakala hanya 19 orang pada tahun
2011.
Langkah-langkah yang sedang dan akan dijalankan untuk menyelesaikan
masalah murid gagal ini ialah latihan berfokus yang menjurus kepada soalan-
soalan lazim dalam SPM. Murid-murid yang gagal ini juga diberikan soalan
soalan objektif sebanyak lima set untuk membolehkan mereka mengulang
soalan-soalan yang sama. Pra SPM juga dijalankan untuk kertas 2.
Tindakan: Makluman
4.2 Masalah yang dihadapi oleh GMP ialah terdapat ramai murid yang tidak datang
semasa kelas klinik, latih tubi dan pra- SPM dijalankan.
4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS)- markah PBS hendaklah dimasukkan ke
dalam komputer mengikut jadual yang telah ditetapkan.
PEKA Sains 2012 untuk tingkatan lima telah siap disemak dan ditaksir oleh Puan
Norizah bt Nordin. Semua markah telah disimpan dalam borang skor individu
(BSI) dan borang gred Induk (BGI). Satu salinan BGI telah diberi kepada Cik
Bahiyah bt. Jaafar, setiusaha SPM untuk direkod melalui internet.
Tindakan: Makluman
4
5. 4.4 Kewangan Panitia-baki duit panitia ialah RM 300.00
Anggaran kewangan untuk tahun 2013 perlu dimasukkan wang untuk pembelian
kertas untuk PBS.
Tindakan: Ketua Panitia
4.5 Borang pencerapan P&P oleh pentadbir hendaklah dibuat dalam dua salinan.
Satu salinan diberi kepada Puan Bama untuk disimpan dalam fail SPSK dan satu
lagi disimpan dalam fail panitia.
Tindakan: GMP
4.6 Agihan Jadual Waktu untuk Tahun 2013:
Puan Suhaimih bt Abiding– 5 Al Razi, 5 At-Tarmizi, 5 MPV, 4 MPV, 4 Ibnu
Khaldun.
Puan Asmah bt Ismail – 5 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Qayyum, 5 Ibnu Rushd, 4 At-
Tarmizi.
Puan Zahazatul Akmal bt Zakaria – 4 Ibnu Rushd, 4 Ibnu Qayyum, 4 Al Razi.
Tindakan: Makluman
4.7 Aktiviti Panitia:
(a) SKOR A- untuk kelas peperiksaan tingkatan tiga( 3C, 3 Nilam dan 3
Intan) dan tingkatan lima (5AR, 5AT).
Program ini akan dijalankan mulai bulan Februari hingga bulan Oktober.
Semua bahan bercetak akan menggunakan duit panitia Sains.
(b) Klinik SPM dan PMR untuk meningkatkan peratus lulus juga akan
menggunakan duit panitia.
Bahan-bahan untuk tingkatan 1,2 dan 4 akan diriso.
(c) Ceramah Teknik Menjawab- akan dijalankan oleh GMP sendiri untuk
Tingkatan 3 dan 5.
(d) Ko-akademik: Solar car-Tingkatan 1, 2 dan 3.
Saintis Muda-Tingkatan 3
5
6. Pertandingan roket-Tingkatan 4 (Fizik)
Tindakan: Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 Puan Norliah bt Sulaiman telah mendapat cuti selama dua tahun kerana
mengidap barah payudara tahap dua.
5.2 GMP mesti menjalankan semua kerja amali dalam buku praktikal Sains kerana
terdapat lima soalan amali dalam soalan SPM.
5.3 Puan Solihah bt Hj Isa mencadangkan supaya program motivasi diberi kepada
kumpulan-kumpulan kecil mengikut subjek elektif supaya penerimaan murid lebih
berkesan.
5.4 Puan Solihah bt Hj. Isa juga memberitahu bahawa minit mesyuarat perlu ditulis
dengan tepat dan padat dengan menyatakan setiap program yang dijalankan
oleh panitia untuk peningkatan gred A dan juga program-program untuk
mengatasi masalah murid-murid yang gagal.
6.0 Penutup
Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan semua tugas dan komitmen dengan
penuh dedikasi dan menjalankan semua program dengan berkesan supaya impak yang
besar dapat diperoleh oleh murid-murid. Oleh itu peningkatan prestasi dapat dicapai dan
kecemerlangan dapat dikecapi.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang dan disudahi dengan Tasbih Kafarah
dan bacaan Surah Al Asyr.
Disediakan oleh: Urusetia
6