SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 36
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
1
MODUL 9: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
9.1 Memahami pengelasan mikroorganisma
9.2 Mensintesiskan idea tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan
mikroorganisma
9.3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang mikroorganisma yang berfaedah
9.4 Menganalisis kesan berbahaya mikroorganisma
9.5 Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh
mikroorganisma
9.6 Memahami cara bagiamana penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma dapat
dirawat.
9.1 PENGELASAN MIKROORGANISMA
Rajah 9.1 Pengkelasan mikroorganisma
Mikroorganisma Saiz Rupa bentuk Cara pembiakan Nutrisi Habitat
Virus 0.02µm
-
0.4µm
Paling
kecil
Pelbagai
bentuk seperti
pilin, sfera, rod
dan vibro
Membiak secara
replikasi dalam sel
perumah
parasitik Hidup dalam
sel perumah
Bakteria 0.5 -
1.0μm
Unisel
4 bentuk utama
(kokus, basilus,
vibrio, sprilum)
Membiak secara
belahan dedua
autotrof,
sapropfitik,
parasitik
Hidup di
merata-rata
tempat
seperti
dalam air,
udara, tanah,
tumbuhan
dan haiwan.
Kulat 10 -
100μm
Unisel
atau
multisel
Bentuk filamen
(mukor), sfera
(yis)
Pembiakan aseks
secara
pembentukan
spora dan
pertunasan
saprofitik,
parasitik
Tempat yang
gelap dan
lembap
Bakteria KulatProtozoa
.
Virus Alga
JENIS MIKROORGANISMA
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
2
Protozoa 5 -
250μm
Unisel
Berbeza-beza.
Kebanyakan
mempunyai
silium yang
membantunya
bergerak.
membiak secara
aseks (belahan
dedua) dan seks
(pengkonjugatan)
saprofitik,
parasitik
Kebanyakan
hidup dalam
air tawar.
Alga 1 –
10000
μm
Unisel
atau
multisel
Mempunyai
struktur sel
tumbuhan
tetapi tidak
mempunyai
batang, akar
atau daun
sebenar.
membiak secara
aseks (belahan
dedua) dan seks
(pengkonjugatan)
mempunya
i klorofil
dan
dinding sel,
menjalanka
n proses
fotosintesis
- autotrof
Kebanyakan
hidup dalam
air. Juga
boleh hidup
di dalam
tanah
lembap, atas
batu dan di
kulit pokok.
Jadual 9.1 : Pengkelasan mikroorganisma
Contoh-contoh mikroorganisma
1. Virus 2. Bakteria
3. Kulat 4. Protozoa
5. Alga
Rajah 9.2 Contoh-contoh mikroorganisma
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
3
Latihan 9.1
1. Mikoorganisma boleh dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang ada
pada mereka. Lengkapkan jadual di bawah.
2 Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis mikoorganisma.
A B C D E
Tentukan jenis bagi mikroorganisma A, B, C, D dan E.
A: Protozoa B: Kulat C: Bakteria
D: Alga E: Virus
3. Lengkapkan Jadual 1 di bawah.
Ciri-ciri Jenis mikroorganisma
(a) Wujud dalam pelbagai bentuk dan biasanya nama
berdasarkan bentuk mereka
Bakteria
(b) Tidak membiak di luar sel Virus
(c) Boleh menghablur Virus
(d) Mereka boleh menghasilkan makanan sendiri melalui
Fotosintesis Alga
(e) Kebanyakannya membiak secara pembiakan aseks
melalui pembentukan spora atau secara pembiakan
seks
Kulat
(f) Mereka adalah haiwan unisel dan mempunyai struktur
am sel haiwan Protozoa
Jadual 1
Bakteria KulatVirus Alga Protozoa
Lima kumpulan mikroorganisma
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
4
9.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA
Rajah 9.3: Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN
MIKROORGANISM
A
SUHU
 350
C - 400
C – suhu
optimum bagi
pertumbuhan
mikroorganisma
 Suhu sangat rendah
menjadi
pasif dan tidak membiak
 Suhu terlalu tinggi –
dimusnahkan / mati
kerana enzim yang
terhasil termusnah
NILAI pH
 pH 7(neutral)
– aktif membiak
 pH terlalu tinggi
atau rendah
– merencat
pertumbuhan
/ mati
 Keadaan berasid
atau beralkali
lemah
– hanya sebaha-
gian kecil
boleh hidup.
CAHAYA
 Mickroorganisma yang
mempunyai klorofil memerlukan
cahaya untuk menjalakan
proses fotosintesis untuk
menghasilkan makanan sendiri.
 Mikroorganisma yang tidak
mengandungi klorofil
membesar dan membiak
dengan aktif dalam keadaan
tanpa cahaya (gelap).
KELEMBAPAN
 Mikroorganisma memerlukan air
untuk hidup.
 Kebanyakan tinggal di tempat
lembab atau berair
 Kelembapan relatif antara 25%
dan 40%.
 Suasana yang kurang lembab –
sel mikrob akan kehilangan air
dan menjadi tidak aktif.
 Dalam keadaan kering, bakteria
membentuk spora. Apabila
keadaan sesuai, bakteria aktif
semula.
NUTRIEN
 Diperlukan untuk
menghasilkan
tenaga dan
membiak
 Parasit (menyerap
nutrien daripada sel
perumah)
 Saprofit (menyerap
nutrien dari
organisma yang
telah mati dan
mereput)
 Mikroorganisma
yang mempunyai
klorofil boleh
membuat makanan
sendiri melaui
proses fotosintesis
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
5
Latihan 9.2
1. Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan
bakteria.
Selepas dua hari, bilangan koloni bakteria setiap piring petri dihitung. Keputusan adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Nilai pH Bilangan koloni bakteria
2 0
7 26
13 0
Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 1, padankan Bahagian A dengan Bahagian B.
Bahagian A Bahagian B
Piring Petri P
Agar agar nutrien
+
Asid hidroklorik (pH 2)
+
Kultur bakteria
Piring Petri Q
Agar agar nutrien
+
Air suling
+
Kultur bakteria
Piring Petri R
Agar agar nutrien
+
Natrium hidroksida (pH 12)
+
Kultur bakteria
Rajah 1
Jadual 1
Pembolehubah dimalarkan
Pembolehubah dimanipulasi
Untuk mengkaji kesan pH
terhadap pertumbuhan bakteria.
Jenis nutrien
Tujuan eksperimen
Pembolehubah bergerakbalas
Dalam keadaan neutral
Alkali
Hipotesis
pH lebih daripada 7
Pertumbuhan bakteria tinggi
pada pH 7
Pertumbuhan bakteria
Nilai pH
Mikoorganisma membiak dan
semakin berganda.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
6
2. Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan
bakteria.
Rajah 2
(a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.
Nilai pH 7 paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria. / Bakteria tumbuh dengan
baik pada nilai pH 7.
(b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
(i) Pemboleh ubah dimanipulasi:
Nilai pH
(ii) Pemboleh ubah bergerak-balas:
Kekeruhan bubur nutrien / pertumbuhan bakteria.
(c) Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan di dalam Rajah 2, apakah pH optimum
untuk pertumbuhan bakteria ?
pH 7
3. Suatu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan
bakteria. Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen.
Suhu/ o
C Diameter koloni bakteria / mm
0 0
10 4
20 8
30 12
40 16
50 8
60 2
Jadual 2
5cm
3
bubur
nutrien +
1cm
3
kultur
bakteria +
1cm
3
asid
hidroklorik
cair (0.1 M)
5cm
3
bubur
nutrien +
1cm
3
kultur
bakteria +
1cm
3
air
suling
5cm
3
bubur nutrien
+ 1cm
3
kultur
bakteria + 1cm
3
larutan natrium
hidroksida
Jernih Keruh Jernih
Selepas
2 hari
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
7
(a) Dengan menggunakan data dalam Jadual 2, lukiskan graf diameter koloni bakteria
melawan suhu dalam kertas graf di bawah.
Diameter koloni bakteria
/ mm
Suhu / ͦC
0
4
20
16
12
8
10 20 504030 60
X
X
X
X
X
X
X
(b) Apakah hubungan antara pertumbuhan bakteria dengan suhu?
Apahila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria meningkat, selepas 400
C,
apabila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria menurun.
(c) Daripada graf, tentukan suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria:
40 0
C
(d) Ramalkan keadaan bakteria pada suhu:
(i) – 5 0
C? Bakteria menjadi tidak aktif.
(ii) 100 0
C? Bakteria mati.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
8
4. Susunan radas disediakan untuk mengkaji kesan kelembapan dan nutrien terhadap
pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. Ketiga-tiga piring Petri X, Y, dan Z
ditelangkupkan dan dibiarkan selama dua hari. Keputusan eksperimen ditunjukkan
dalam Jadual 3.
Jadual 3
(a) Apakah hipotesis yang dapat dibuat bagi eksperimen ini?
Kelembapan dan nutrien perlu untuk pertumbuhan dan pembiakan
mikroorganisma.
(b) Apakah pemboleh ubah yang
(i) dimalarkan?
Jenis bakteria / keamatan cahaya / nilai pH / suhu.
(ii) dimanipulasikan?
Kelembapan dan jenis nutrien.
(iii) bergerak balas?
Pertumbuhan bakteria.
(d) Mengapakah piring Petri Y dan Z tidak ditumbuhi bakteria?
Piring Petri Y: Bakteria memerlukan kelembapan untuk pertumbuhan
Piring Petri Z: Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan.
(e) Mengapakah piring Petri ditelangkupkan?
Untuk mengelakkan air yang terkondensasi terjatuh ke atas permukaan agar
nutrien yang akan menghalang pertumbuhan bakteria.
.
Piring Petri Keadaan agar-agar Pertumbuhan bakteria
X Agar nutrien lembap Banyak tompok bakteria
Y Agar nutrien kering Tiada tompok bakteria
Z Agar biasa lembap Tiada tompok bakteria
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
9
SOALAN ESEI
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1 Kaji pernyataan berikut.
Anda dibekalkan bubur nutrien, larutan kultur bakteria dan radas lain.
(a) Cadangkan satu hipotesis yang sesuai untuk menyiasat pernyataan itu.
[1 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 1(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah]
(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]
(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]
JAWAPAN
(a) Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam kawasan gelap /
Kawasan gelap paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma
(b) i. Tujuan: Untuk mengkaji faktor keamatan cahaya terhadap pertumbuhan
mikroorganisma
ii. Pemboleh ubah dimanipulasi: keamatan cahaya
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan mikroorganisma
Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / jenis kultur bakteria
iii. Radas dan bahan: Bubur nutrien, larutan kultur bakteria, 2 tabung uji
steril, kapas steril, picagari.
iv. Prosedur:
1. Alat radas seperti di atas disediakan dan tabung uji dilabel P dan Q.
Faktor cahaya mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
Kapas
steril
P Q
5 cm³ bubur nutrien + 1cm³ kultur bakteria
Tabung
uji
steril
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
10
2. Tabung uji P diletakkan di atas meja di dalam makmal manakala
tabung uji Q disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari.
3. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual.
v. Penjadualan data:
Tabung uji / Keamatan cahaya Kekeruhan bubur nutrien
P (dalam makmal)
Q (dalam almari gelap)
2. Kaji pernyataan berikut
Anda dibekalkan agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur bakteria dan radas lain.
(a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
[1 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 2(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah]
(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]
(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]
JAWAPAN
(a) Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan yang baik
(b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan nutrien terhadap pertumbuhan bakteria
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: kehadiran nutrien
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria / Bilangan koloni
Bakteria di atas agar nutrien
Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / keamatan cahaya /
jenis kultur bakteria
(iii) Radas dan bahan: Agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur
bakteria
Nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
11
(iv)Kaedah:
1. Alat radas seperti di atas disediakan dan piring petri dilabel A dan B.
2. Piring petri dililit dengan pita selofen dan ditelangkupkan.
3. Piring petri A dan B disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari.
4. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual.
(v) Penjadualan data:
Piring Petri / Kehadiran
nutrien
Bilangan koloni bakteria di atas
agar nutrien
A (agar-agar nutrien)
B (agar-agar tanpa nutrien)
3. Kaji pernyataan berikut
Anda dibekalkan agar nutrien, kultur bakteria dan radas lain.
(a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
[1 markah]
(b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 10(a) berdasarkan
kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah]
(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]
(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]
Puan Aminah menyedari yang kari ayam yang dia masak telah basi setelah
dbiarkan selama tiga hari pada suhu bilik.
Agar-agar tanpa nutrien
lembab + 1cm³ kultur
bakteria
Agar-agar nutrien lembab
+ 1cm³ kultur bakteria
BA
Piring
petri
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
12
JAWAPAN
(a) Pertumbuhan bakteria sangat aktif pada suhu bilik/
Suhu bilik paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria /
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah merencat pertumbuhan bakteria
(b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria
(ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: Suhu
Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria
Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis bakteria / nilai pH / kelembapan
(iii)Senarai radas dan bahan: Bubur nutrien, kultur bakteria, tabung uji,
kapas steril, ketuhar, peti ais dan selinder penyukat
(iv) Prosedur:
1. Radas seperti rajah di atas disediakan.
2. Tabung uji P disimpan di peti ais, tabung uji Q disimpan dalam almari
gelap manakala tabung uji R disimpan dalam ketuhar selama 3 hari .
3. Pemerhatian terhadap bubur nutrien dicatat dalam jadual.
(v) Penjadualan data:
Tabung uji / suhu
Kekeruhan bubur
nutrien
P (dalam peti ais pada 5 0
C)
Q (almari gelap pada suhu bilik)
R (dalam ketuhar pada 60 0
C)
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
13
9.3 MIKKROORGANISMA YANG BERFAEDAH
1. Mikroorganisma memainkan peranan yang penting dalam:
 Pencernaan makanan
 Proses pereputan
 Perubatan
 Pertanian
 Perindustrian
 Pencernaan Makanan
 Sesetengah
mikroorganisma
membantu dalam
pencernaan makanan
dalam salur makanan
haiwan herbivor
misalnya lembu,
kambing, biri-biri, kuda
dan arnab.
 Bakteria ini
merembeskan enzim
selulase yang dapat
mencernakan selulosa
kepada glukosa.
 Protozoa dalam usus
anai-anai menghasilkan
enzim selulosa untuk
mencernakan selulosa
dalam kayu kepada
glukosa.
 Bakteria yang terdapat
dalam usus besar
manusia membantu
dalam pencernaan dan
memusnahkan
organisma yang
berbahaya. Bakteria ini
juga menghasilkan
vitamin yang
kemudiannya diserap ke
dalam badan untuk
mengekalkan kesihatan.
Jadual 9.2: Peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
14
 Proses Pereputan
 Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
menukarkan bahan organik mati kepada
bahan yang lebih ringkas yang dapat diserap
oleh tumbuhan untuk pertumbuhan.
 Di samping menyingkirkan bahan organik
mati seperti bangkai haiwan dan tumbuhan
mati dari permukaan bumi, mikroorganisma
ini juga membantu dalam mengekalkan
kesuburan tanah.
 Bakteria, protozoa dan kulat
digunakan dalam loji
pengolahan kumbahan untuk
menguraikan bahan kumuh yang
toksik kepada bahan tidak
berbahaya seperti air, karbon
dioksida dan garam mineral.
Jadual 9.3: Peranan mikroorganisma dalam proses pereputan
 Perubatan
 Virus dan bakteria digunakan untuk
menyediakan vaksin untuk melindungi
manusia daripada penyakit tertentu.
 Sebagai contoh, vaksin hepatitis
mengandungi virus hepatitis disuntik ke
dalam badan manusia. Virus ini merangsang
badan menghasilkan antibodi untuk
menentang penyakit hepatitis
 Sesetengah kulat digunakan
untuk menghasilkan antibiotik
seperti penisilin.
 Bakteria tertentu juga dapat
menghasilkan antibiotik seperti
streptomisin yang digunakan
untuk menrawat penyakit batuk
kering.
Jadual 9.4: Peranan mikroorganisma dalam perubatan
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
15
 Pertanian
 Bakteria dan kulat
pengurai menguraikan
tumbuhan dan
haiwan mati
menghasilkan
ammonia dan
seterusnya
menambahkan
nitrogen kepada tanah
dan mengembalikan
humus mengandungi
mineral ringkas yang
sedia diserap oleh akar
tumbuhan
 Bakteria pengikat
nitrogen yang hidup
dalam nodul akar
tumbuhan legum
(kekacang) dan dalam
tanah mengikat gas
nitrogen di atmosfera
dan menukarkannya
kepada nitrat.
 Nitrat kemudian diserap
oleh akar tumbuhan dan
digunakan untuk
membina protein.
 Bakteria pengurai
mencernakan sisa-
sisa tumbuhan
daripada kelapa sawit,
padi dan kelapa untuk
menghasilkan bahan
api seperti gas metana.
 Bahan organik yang
tertinggal boleh
dijadikan makanan
haiwan dan baja
tumbuhan.
Jadual 9.5: Peranan mikroorganisma dalam pertanian
 Perindustrian
Jadual 9.6: Peranan mikroorganisma dalam perindustrian
 Yis
digunakan untuk
menaikkan aduanan
roti dan kek.
 Proses penapaian yang
berlaku apabila yis
bertindak dengan
karbohidrat
membebaskan karbon
dioksida menyebabkan
adunan naik.
 Bakteria
digunakan untuk
membuat
makanan seperti
cuka, dadih dan keju.
 Bakteria bertindak balas
dengan alkohol
menghasilkan cuka.
 Bakteria bertindak balas
dengan susu
menghasilkan dadih dan
keju.
 Dalam
industri pengeluaran
tekstil, bakteria
bertindak balas
dengan tumbuhan
untuk menyingkirkan tisu
lembut dan meninggalkan
gentian panjang. Gentian
ini kemudian ditenun
menjadi kain, benang atau
tali.
 Yis digunakan untuk
membuat
minuman
beralkohol
seperti bir, wain
dan wiski.
 Sejenis kulat digunakan
dalam pembuatan kicap
kacang soya.
 Dalam industri pembuatan
barangan kulit, bakteria
menyingkirkan tisu dan
lemak daripada
kulit haiwan.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
16
LATIHAN 9.3
1. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai tentang faedah mikroorganisma.
(a) Virus dan bakteria digunakan untuk membuat vaksin.
(b) Bakteria pengikat nitrogen mengikat nitrogen di udara dan menukarkannya
kepada nitrat dalam tanah.
(c) Bakteria membantu mencernakan selulosa dalam salur pemakanan haiwan
herbivor.
(d) Bakteria dan kulat saprofit menyingkirkan hidupan mati daripada permukaan bumi.
(e) Yis digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek.
(f) Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, dadih dan keju.
9.4. KESAN BERBAHAYA MIKROORGANISMA
1. Mikroorganisma parasit menyebabkan penyakit kepada manusia.
2. Mikroorganisma menyebabkan keracunan makanan di mana bakteria yang
tumbuh pada makanan menghasilkan toksin menyebabkan gejala-gejala seperti
sakit perut,cirit birit dan muntah pada manusia.
3. Bakteria saprofit yang hidup pada celah-celah gigi mencernakan sisa makanan.
Asid yang dihasilkan menyebabkan pereputan gigi (karies gigi).
4. Penyakit yang di sebabkan oleh Mikroorganisma
 Mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit disebut patogen.
 Kebanyakkan patogen adalah parasit yang hidup pada perumah dan
memperoleh nutrien daripadanya.
 Toksin yang dihasilkan menyebabkan penyakit pada organisma yang
diserangnya.
 Patogen terdiri daripada bakteria, virus, kulat atau protozoa.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
17
Penyakit
disebabkan
oleh bakteria
Bahagian badan
yang dijangkiti
Gejala penyakit Cara jangkitan
Tibi
Sistem pernafasan
seperti peparu,
tulang, sendi, dan
nodul limfa
Letih, batuk, kahak berdarah,
berpeluh waktu malam,
demam, berat badan
menyusut, tiada selera makan.
Udara atau
titisan air (batuk
atau kahak
kering)
Taun / Kolera Salur pencernaan
Cirit-birit, pendehidratan
(kehilangan air yang banyak),
muntah, letih.
 Air dan
makanan yang
tercemar
 Lalat (vektor)
Sifilis (penyakit
jangkitan seks)
Sistem pembiakan
Peringkat 1
Kudis tumbuh di kawasan
kemaluan
Peringkat 2
Letih, hilang selera makan,
demam, sakit otot dan sendi
serta sakit kepala.
Peringkat 3
Lumpuh dan lemah jantung
Perhubungan
seks (melalui
sentuhan
langsung)
Gonorea
(penyakit
jangkitan seks)
Sistem pembiakan
Peringkat awal
 Berasa sakit pada zakar
semasa membuang air
kencing, air kencing
bernanah, demam dan sakit
kepala.
 Jangkitan pada organ
pembiakan perempuan,
berasa sakit semasa
membuang air kencing.
Peringkat akhir
 Testis (lelaki) bengkak
 Uretra, uterus dan tiub
Fallopio (perempuan)
bengkak
Perhubungan
seks (melalui
sentuhan
langsung)
Jadual 9.7 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
18
Penyakit
disebabkan
oleh virus
Bahagian badan
yang dijangkiti
Gejala penyakit Cara jangkitan
Selesema /
Influenza
Sistem pernafasan
Demam, bersin, sakit kepala,
sakit kerongkong, hidung
berhingus
 Udara atau
titisan air
Demam denggi Darah
Demam, sakit kepala, bintik
merah pada kulit, sakit otot dan
sendi yang teruk, sakit tekak,
ruam pada badan
 Nyamuk
Aedes (vektor)
Hepatitis A Hati
Demam, letih, sakit di belakang
abdomen, hilang selera makan,
loya, muntah, cirit-birit, jaundis
(badan menguning), hati
bengkak
 Air atau
makanan yang
tercemar
 Lalat (vektor)
Hepatitis B Hati
Demam, letih, hilang selera
makan, loya, bahagian putih
mata kelihatan kuning, jaundis,
hati bengkak, sakit teruk di
bawah sangkar rusuk, air
kencing berwarna gelap, sirosis
hati (hati berparut)
Daripada cecair
badan atau
darah
pembawa
melalui:
 Pemindahan
darah
 Perkongsian
jarum yang
tercemar
 Perhubungan
seks (melalui
sentuhan
AIDS
Darah
(memusnahkan
sel darah putih)
Lumpuh sistem keimunan badan,
kurus, cirit-birit teruk, demam,
susutan berat badan, mudah
dijangkiti penyakit lain.
 Sama dengan
Hepatitis B
Demam
campak
Sistem respirasi
dan mata
Demam, batuk, sakit
kerongkong, hidung berhingus,
mata merah, ruam seluruh
badan
 Udara atau
titisan air
Poliomielitis
Sistem saraf pusat
seperti saraf
tunjang dan saraf
motor
Demam panas, sakit kepala,
sakit kerongkong, sakit otot,
anggota badan menjadi lumpuh,
kadang kala membawa maut
 Air atau
makanan yang
tercemar
Beguk
Kelenjar air liur,
organ pembiakan,
pankreas
Peringkat awal
 Bahagian pipi, leher, rahang
bawah dan kelenjar air liur
bengkak
Peringkat serius
 Testis dan skrotum sakit dan
bengkak (boleh
menyebabkan mandul)
 Udara atau
titisan air
Jadual 9.8 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
19
Penyakit
disebabkan
oleh kulat
Bahagian badan
yang dijangkiti
Gejala penyakit Cara jangkitan
Kurap
Kulit
Tompok merah yang
merebak pada kulit, gatal
Sentuhan secara
langsung atau tidak
langsung seperti
berkongsi tuala,
pakaian dan sikat
(dijangkiti melalui
spora kulat)
Panau Tompok putih pada kulit,
gatal
Jadual 9.9 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat
Penyakit
disebabkan
oleh protozoa
Bahagian badan
yang dijangkiti
Gejala penyakit Cara jangkitan
Malaria Darah Demam panas yang berulang
dalam selang masa tertentu,
berpeluh banyak, sakit kepala,
sakit otot, menggigil, kadar
denyutan jantung dan
pernafasan bertambah
Nyamuk tiruk
(Anopheles)
Disenteri Salur pencernaan Demam, letih, muntah, loya,
sakit perut, cirit-birit, tinja
berdarah dan bernanah
Melalui air atau
makanan yang
tercemar
Jadual 9.10 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh protozoa
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
20
Cara Jangkitan penyakit
Rajah 9.4: Cara jangkitan penyakit
Bagaimana
Penyakit
merebak?
Melalui Air
 Air yang mengandungi
patogen mengalir dari satu
kawasan ke kawasan lain.
 Apabila air itu diminum, maka
patogen memasuki badan
orang itu.
 Penyakit:Kolera,disenteri
Melalui makanan tercemar
 Pengendalian makanan
yang tidak betul boleh
menyebabkan pencemaran
makanan.
 Patogen dari persekitaran,
najis atau vektor.
 Penyakit: Hepatitis A, kolera
Melalui sentuhan
 Secara langsung (aktiviti
seksual) dengan
pasangan yang
berpenyakit menyebabkan
patogen dipindahkan
kepada pasangan
 Secara tidak langsung
(berkongsi alatan) boleh
merebakkan patogen.
 Penyakit: Sifilis, gonorea,
kurap, panau
Melalui Udara
 Patogen di bawa melalui
udara.
 Patogen akan memasuki
badan seseorang
apabila bernafas.
 Patogen akan
dibebaskan dari
seseorang melalui titisan
air apabila batuk, bersin
atau selsema.
 Penyakit :Tibi, selsema /
influenza
Melalui Vektor
Contoh Nyamuk
 Apabila seseorang digigit nyamuk, patogen dalam air
liur nyamuk akan memasuki salur darah dan ini
menyebabkan orang itu jatuh sakit.
 Lalat rumah
Patogen pada kaki atau sayap lalat dipindahkan ke
makanan apabila lalat hinggap pada makanan yang
terdedah. Orang yang makan makanan tersebut akan
mengalami keracunan dan jatuh sakit.
 Penyakit: Demam denggi, malaria.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
21
LATIHAN 9.4
1. Jadual 1 menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh patogen
tertentu dan cara patogen tersebar.
Penyakit Patogen Cara Merebak
Influenza
AIDS
Kurap
Malaria
Tuberkulosis
Virus
Virus
Kulat
Protozoa
Bakteria
Titisan air
Perkongsian jarum suntikan
Sentuhan
Melalui vektor
Melalui air
Jadual 1
(a) Lengkapkan Jadual 1.
(b) (i) Namakan vektor yang merebakkan malaria.
Nyamuk betina Anopheles
(ii) Bagaimanakah vektor (b) (i) merebakkan penyakit tersebut?
Nyamuk betina yang telah dijangkitan patogen menggigit
seseorang dan menyuntikkan patogen ke dalam badan orang
tersebut.
(d) Nyatakan satu cara lain bagaimana AIDS disebarkan.
Melalui hubungan seks
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
22
9.5 PENCEGAHAN JANGKITAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH
MIKROORGANISMA
Kawalan vektor
 Kawalan Nyamuk
Rajah 9.5 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya
JANGKITAN OLEH PATOGEN
KAWALAN VEKTOR KEIMUNAN
BOLEH DICEGAH
MELALUI
Nyamuk Lalat
rumah
PENSTERILAN
Penggunaan
haba
Penggunaan
bahan kimia
Penggunaan
sinaran
larva
 Sembur minyak pada
permukaan air untuk
menghalang nyamuk
bertelur
 Bela ikan seperti gapi
untuk memakan jentik-
jentik
 Bubuh ubat jentik-jentik
kedalam air bertakung
 Guna penyembur serangga untuk
memusnahkan nyamuk dewasa.
 Guna kelambu atau ubat atau lingkaran
nyamuk untuk mengelakkan diri dari
digigit nyamuk.
Air
Air
Pupa
Telur
Dewasa
 Memusnahkan tempat
pembiakan seperti parit,
kolam, bekas dan
takungan air
Larva
Aktif Pasif
Semula
jadi
Buatan Semula
jadi
Buatan
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
23
 Kawalan lalat rumah
Rajah 9.6 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya
Pensterilan
Pensterilan ialah cara menghapuskan patogen yang menyebabkan penyakit.
 Penggunaan haba
- Pendidihan: Hanya membunuh bakteria tetapi tidak membunuh sporanya.
Mensteril botol susu.
- Pemanasan Biasanya digunakan di dalam rumah untuk mensterilkan jarum
yang digunakan untuk mengeluarkan nanah atau selumbar.
- Autoklaf: Membunuh bakteria dan sporanya pada suhu 1210
C selama
15 – 20 minit.
Mensteril alat pembedahan dan agar nutrien.
 Penggunaan bahan kimia
- Antiseptik: Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencat
pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit tanpa
merosakkan tisu kulit.
Contohnya: larutan iodin, alkohol.
- Disinfektan: Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan bakteria
pada bukan benda hidup. Ia boleh merosakkan tisu badan kita.
Digunakan untuk membersihkan pakaianan, dinding, lantai dan
peralatan di hospital.
Contohnya: formalin, fenol.
Pupa
 Untuk menghapuskan telur, larva dan pupa
Musnahkan tempat pembiakan seperti menutup tong sampah, membuang sisa-sisa
makanan ke dalam tong yang bertutup dan menjaga kebersihan rumah dan
sekelilingnya.
.
Lalat Rumah Dewasa
 Gunakan penyembur serangga
 Perangkap elektrik
 Pelekat lalat
Telur
Larva
Dewasa
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
24
 Penggunaan sinaran
- Sinaran ultraungu: Digunakan untuk membunuh bakteria dan vuris.
Biasanya digunakan untuk mensterilkan peralatan
pembedahan dan bilik pembedahan.
Boleh digunakan untuk merawat penyakit riket (penyakit tulang
yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D).
- Sinaran gama: Digunakan untuk mensterilkan alatan perubatan.
Pengimunan
Pengimunan ialah proses yang meningkatkan keupayaan badan untuk menentang
penyakit.
Keimunan ialah keupayaan badan manusia untuk melawan serangan patogen dengan
penghasilan antibodi.
 Keimunan aktif (Badan menghasilkan antibodi sendiri)
- Keimunan aktif semulajadi
Seseorang yang sembuh daripada jangkitan penyakit akan menghasilkan antibodi
untuk menyerang penyakit.
Contohnya: demam campak dan cacar memberi keimunan seumur hidup kepada
pengidapnya.
- Keimunan aktif buatan
Vaksin disuntik ke dalam badan seseorang untuk merangsang pengahasilan
antibodi.
Contohnya Vaksin BCG untuk tibi, vaksin anti-hepatitis A dan B, dan vaksin anti-
rubella.
Rajah 9.7 Keimunan aktif buatan: Aras antibodi dalam darah selepas suntikan vaksin
pertama dan suntikan kedua (dos penggalak)
 Keimunan pasif (Badan menerima antibodi dari luar)
- Keimunan pasif semulajadi
Diperolehi apabila antibodi daripada ibu dipindahkan kepada fetus melalui plasenta
dan semasa penyusuan bayi.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
25
- Keimunan pasif buatan
Serum yang mengandungi antibodi disuntik ke dalam badan pesakit.
Keimunan ini adalah serta merta tetapi tidak kekal.
Rajah 9.8: Keimunan pasif buatan: Jumlah antibodi dalam darah selepas suntikan
antiserum dos pertama dan dos kedua
Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan
Rajah 9.9: Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan
Keimunan aktif
(penggunaan vaksin)
Keimunan pasif
(penggunaan
antiserum)
Persamaan
Melawan penyakit
Perbezaan
Kandungan bahan yang
disuntik
Tujuan keimunan
Peranan bahan dalam
badan
Gerak balas bahan dalam
badan
Jenis penyakit yang diberi
keimunan
Ketahanan keimunan
Bakteria atau virus yang
dilemahkan atau dimatikan
Mencegah penyakit
Merangsang badan
menghasilkan antibodi untuk
melawan patogen
Lambat
Orang sihat yang belum lagi
dijangkiti penyakit
Tahan lama
Plasma darah haiwan
yang mengandungi
antibodi atau antitoksin
Merawat penyakit
Antibodi dari haiwan
melawan patogen
dalam badan
Serta merta
Orang yang sedang
dihidapi penyakit
Tidak tahan lama
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
26
Kepentingan keimunan kepada manusia
 Keimunan membantu manusia mencegah diri daripada jangkitan penyakit.
 Pemvaksinan dapat membantu mengelakkan penyakit daripada merebak.
 Pemvaksinan dapat mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak.
Latihan 9.5
1. Kaji istilah-istilah di bawah.
Lengkapkan ayat dibawah dengan istilah yang betul.
Pernyataan Istilah
(a) Proses menyuntik vaksin. Vaksinasi
(b) Satu proses membunuh mikoorganisma. Pensterilan
(c) Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau menghalang
pertumbuhan mikoorganisma pada kulit. Antiseptik
(d) Dihasilkan daripada sel darah putih untuk melawan serangan
antigen. Antibodi
(e) Mikoorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit. Patogen
(f) Bahan yang mengandungi antibodi haiwan. Serum
(g) Patogen atau mikrob di dalam darah. Antigen
(h) Satu agen pembawa penyakit. Vektor
(i) Bahan yang mengandungi patogen lemah. Vaksin
(j) Keupayaan badan untuk menentang serangan patogen. Keimunan
Vektor Keimunan Pensterilan Vaksin
Vaksinasi Antigen
Antiseptik
AntibodiSerum Patogen
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
27
2. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis pelalian.
Nama
A : Pasif E : Demam campak
B: Semulajadi F : Bayi yang minum susu ibu
C: Buatan G: Tetanus / kancing gigi
D: Buatan
3. Rajah 1 menunjukkan graf kepekatan antibodi di dalam darah lawan masa dalam
vaksinasi BCG.
Rajah 1
(a) Apakah vaksin?
Bahan yang mengandungi patogen yang mati atau yang dilemahkan.
Keimunan
Aktif A
B C
Contoh: E Contoh:
Vaksin
Semulajadi D
Contoh: F Contoh : G
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
28
(b) Apakah jenis keimunan yang diberi melalui vaksinasi?
Keimunan aktif buatan.
(c) Berdasarkan Rajah 1, suntikan kedua diberikan selepas 6 tahun. Berikan satu sebab.
Suntikan kedua sebagai dos penggalak untuk merangsang badan menghasilkan
lebih banyak antibodi sehingga melebihi aras keimunan.
(d) Seorang bayi tidak diberikan suntikan BCG mungkin dijangkiti penyakit.
(i) Namakan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin berkenaan.
Tibi
(ii) Terangkan jawapan anda dalam 1 (d) i.
Kerana vaksin BCG akan merangsang badan untuk menghasilkan antibodi
yang dapat melawan penyakit tibi.
(e) Nyatakan penyakit lain yang boleh dicegah melalui vaksinasi.
Hepatitis,
Soalan Esei
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1 (a) Nyatakan dua perbezaan antara keimunan aktif buatan dengan keimunan pasif
buatan.
Sertakan satu contoh penyakit yang dapat dicegah atau dirawat oleh setiap jenis
pengimunan ini. [4 markah]
(b) Satu jangkitan demam denggi telah dikesan di sebuah kampung. Terangkan
bagaimana penduduk kampung itu dapat mengatasi masalah merebaknya penyakit
itu. Jawapan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
Kenal pasti masalah [1 markah]
Penjelasan masalah [1 markah]
Kaedah-kaedah penyelesaian [3 markah]
Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda. [1 markah]
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
29
Jawapan
(a)
Keimunan aktif buatan Keimunan pasif buatan
Vaksin disuntik ke dalam badan
seseorang untuk merangsang
pengahasilan antibodi.
Serum yang mengandungi antibodi
disuntik ke dalam badan pesakit.
Badan menghasilkan antibodi
sendiri.
Badan menerima antibodi dari luar.
Contoh :BCG / Anti rubella Contoh: Suntikan antiserum bagi
tetanus (kancing gigi)
(b)
Kenal pasti masalah:
Jangkitan demam denggi dikesan di sebuah kampong
Penjelasan masalah:
Untuk mengatasi masalah demam denggi daripada merebak
Kaedah-kaedah penyelesaian:
 Kuarantin pesakit-pesakit demam denggi
 Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap
 Memasang kelambu semasa tidur, menggunakan jaring pada pintu dan
tingkap rumah
 Menyembur racun serangga
Kaedah terbaik:
Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap untuk
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.
9.6 RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA
Antibiotik
 Ialah bahan kimia yang
diekstrak daripada
mikroorganisma hidup
terutamanya bakteria dan
kulat untuk membunuh
patogen.
 Membunuh bakteria
 Menyembuhkan penyakit
yang disebabkan oleh
bakteria seperti tibi dan
sifilis
Antikulat
 Disapu pada bahagian
yang dijangkiti kulat
seperti kurap dan
panau.
Antiserum
 Diekstrak daripada
darah haiwan dan
disuntik ke dalam
badan pesakit untuk
merawat penyakit
seperti tetanus.
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
30
Latihan 9.6
1. Seorang pelajar menjalankan ujikaji untuk mengkaji kesan antibiotik terhadap
pertumbuhan bakteria, dua cakera kertas turas dengan saiz yang sama telah
digunakan. Cakera tersebut direndam dalam penisilin dan satu lagi dalam air suling.
Cakera tersebut kemudiannya diletakkan pada piring petri yang mengandungi bakteria
basilus subtlius. Piring petri itu ditutup rapat dan dibiarkan selama 3 hari. Keputusan
ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1
a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini
Antibiotik merencat pertumbuhan bakteria / antibiotik membunuh bakteria
b) Nyatakan pemboleh ubah
i) Pemboleh ubah dimanipulasi : Kehadiran antibiotik
ii) Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di
sekeliling penisilin
iii) Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria
c) Apakah fungsi menggunakan cakera kertas turas yang direndam dalam air suling?
Sebagai kawalan
d) Nyatakan pemerhatian dalam ujikaji ini.
Terdapat kawasan jernih di sekeliling kertas turas yang direndam dalam
penisilin, tetapi terdapat koloni bakteria di sekeliling kertas turas yang
direndam dalam air suling.
e) Apakah definasi operasi bagi penisilin.
Penisilin ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas
permukaan agar nutrien.
Kertas turas yang
direndam dalam
penisilin
Kertas turas
yang direndam
dalam air
suling
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
31
2 Rajah 2 menunjukkan dua piring Petri, X dan Y yang mengandungi agar-agar nutrien
dan bakteria dibiarkan selama tiga hari di dalam makmal.
Rajah 2
(a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini.
Penisilin membunuh bakteria / antibiotik merencat pertumbuhan bakteria.
(b) Nyatakan pemboleh ubah yang
(i) dimalarkan: Jenis bakteria / isipadu agar-agar nutrien
(ii) dimanipulasikan: Kehadiran antibiotik
(iii)bergerak balas: Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di sekeliling
penisilin
(c) Nyatakan inferens bagi pemerhatian pada piring Petri Y.
Terdapat kawasan jernih di sekeliling penisilin kerana penisilin merencat
pembiakan dan pertumbuhan bakteria.
(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik.
Antibiotik ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas
permukaan agar nutrien.
(e) Namakan satu contoh penyakit yang dapat dirawat dengan antibiotik.
Sifilis / gonorea / tibi / taun.
(f) Rajah 3 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R dan S.
Rajah 3
(i) Kelaskan mikroorganisma P, Q, R dan S kepada bakteria dan virus.
Bakteria: P dan Q
Virus : R dan S
(ii) Nyatakan mikroorganisma yang dapat dibunuh oleh antibiotik.
P dan Q
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
32
SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang terbaik.
1 Apakah suhu optimum untuk pertumbuhan patogen yang menyebabkan penyakit?
A 5 o
C
B 30 o
C
C 37 0
C
D 60 0
C
2 Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bacteria.
Rajah 1
Apakah faktor yang dikaji dalam eksperimen ini?
A pH
B Suhu
C Cahaya
D Nutrien
3 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah hanya tumbuh dan membiak di
dalam sel hidup?
A Alga
B Virus
C Kulat
D Bakteria
4 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah menyebabkan penyakit panau?
A Kulat
B Virus
C Bakteria
D Protozoa
5 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah digunakan untuk menaikkan roti?
A Yis
B Mukor
C Bakteria
D Spirogira
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
33
6 Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?
A Tibi
B Kurap
C Beguk
D Malaria
7 Apakah cara yang paling sesuai untuk mengawal populasi lalat rumah bagi mencegah
penyakit taun?
A Pensterilan
B Suntikan vaksin
C Kawalan vektor
D Kebersihan kawasan
8 Bagaimana seseorang individu boleh memperoleh keimunan aktif buatan?
A Meminum susu ibunya
B Disuntik dengan vaksin
C Disuntik dengan antiserum
D Sembuh daripada suatu penyakit
9 Apakah mikroorganisma yang membantu mengikat nitrogen daripada atmosfera dan
menukarkannya kepada nitrat dalam tanah?
A Alga
B Kulat
C Virus
D Bakteria
10 Persamaan di Rajah 2 menunjukkan tindakan mikroorganisma X ke atas larutan glukosa.
Didapati bahawa gas karbon dioksida mengeruhkan air kapur.
Rajah 2
Antara yang berikut, yang manakah mikroorganisma X?
A Yis
B Virus
C Bakteria
D Paramesium
11 Apakah gas yang menaikkan adunan roti setelah dicampurkan dengan yis?
A Oksigen
B Sulfur dioksida
C Karbon dioksida
D Nitrogen dioksida
Larutan glukosa + Mikroorganisma X Etanol + Gas karbon dioksida
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
34
12 Rajah 3 menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria dan suhu.
Rajah 3
Antara yang berikut, yang manakah suhu optima bagi pertumbuhan bakteria?
A 37 0
C
B 40 0
C
C 50 0
C
D 75 0
C
13 Seorang pelajar mempunyai gejala-gejala yang berikut:
Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini?
A Melalui gigitan nyamuk
B Minum air yang tercemar
C Melalui pemindahan darah
D Melalui titisan air dalam udara
14 Mikroorganisma yang manakah adalah alga?
15 Yis digunakan untuk menghasilkan alkohol.
Apakah proses yang terlibat?
A Penapaian
B Fotosintesis
C Pengesteran
D Penyulingan
 Demam panas berulang
 Menggigil
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
35
16 Mengapa daging yang disimpan dalam peti sejuk dapat dikekalkan kesegarannya?
A Enzimnya telah dimusnahkan
B Mikroorganisma telah dibunuh
C Aktiviti mikroorganisma meningkat
D Kadar pertumbuhan mikroorganisma diperlahankan
17 Rajah 4 menunjukkan sejenis serangga yang boleh menyebarkan patogen sejenis
penyakit.
Rajah 4
Apakah penyakit itu?
A Taun
B AIDS
C Malaria
D Hepatitis B
18 Wabak demam denggi telah berlaku di sebuah kampung.
Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengawal wabak tersebut?
A Tutup makanan
B Hapuskan air bertakung
C Elakkan bersentuhan dengan pesakit
D Mewujudkan sistem pembuangan najis yang cekap
19 Seorang budak lelaki dan keluarganya mempunyai gejala-gejala berikut.
Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini?
A Melalui gigitan nyamuk
B Berkongsi tuala atau pakaian
C Makan makanan yang terdedah
D Minum air yang tidak dididihkan
 Tompok putih pada kulit
 Tompok kelihatan pada muka, leher dan lengan
Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru)
Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan
GCSBP
36
20 Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bakteria pada suhu
bilik.
Rajah 5
Antara faktor berikut, yang manakah yang dikaji dalam eksperimen ini?
A Suhu
B Cahaya
C Nilai pH
D Kelembapan
Roti lembap Roti kering

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
Mutasi dalam Sains Tingkatan 4Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
Rochelle Ning
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
leucosolonia
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis lurus
zabidah awang
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
Maria Nordin
 

Was ist angesagt? (20)

8 garam
8 garam8 garam
8 garam
 
Bab 6.3
Bab 6.3Bab 6.3
Bab 6.3
 
3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannya3 kitar nitrogen & kepentingannya
3 kitar nitrogen & kepentingannya
 
Bab 6 Sumber Tenaga
Bab 6 Sumber TenagaBab 6 Sumber Tenaga
Bab 6 Sumber Tenaga
 
Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
Mutasi dalam Sains Tingkatan 4Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
Mutasi dalam Sains Tingkatan 4
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Persamaan garis lurus
Persamaan garis lurusPersamaan garis lurus
Persamaan garis lurus
 
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan 2
 
8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar Katod8.1 Osiloskop Sinar Katod
8.1 Osiloskop Sinar Katod
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan MeiosisPerbandingan antara Mitosis dan Meiosis
Perbandingan antara Mitosis dan Meiosis
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
 
Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4
Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4
Bab 4 - Jadual Berkala Tingkatan 4
 
Bab 2 Nutrisi
Bab 2 NutrisiBab 2 Nutrisi
Bab 2 Nutrisi
 
Sains ting 4 bab 3
Sains ting 4 bab 3Sains ting 4 bab 3
Sains ting 4 bab 3
 
FORM 5 BAB 2 : KITAR NITROGEN
FORM 5 BAB 2 : KITAR NITROGEN FORM 5 BAB 2 : KITAR NITROGEN
FORM 5 BAB 2 : KITAR NITROGEN
 
Bab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakanBab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakan
 
6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi6. Polimer Semula Jadi
6. Polimer Semula Jadi
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatifKumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
Kumpulan 1 kebaikan dan keburukan alternatif
 

Andere mochten auch (7)

Keburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimiaKeburukan penggunaan baja kimia
Keburukan penggunaan baja kimia
 
5 menganalisis langkah menghindari jangkitan yang berpunca dari mikroorganisma
5 menganalisis langkah menghindari jangkitan yang berpunca dari mikroorganisma5 menganalisis langkah menghindari jangkitan yang berpunca dari mikroorganisma
5 menganalisis langkah menghindari jangkitan yang berpunca dari mikroorganisma
 
Ujian Kendiri Kimia SPM 2014
Ujian Kendiri Kimia SPM 2014Ujian Kendiri Kimia SPM 2014
Ujian Kendiri Kimia SPM 2014
 
Soalan ramalan spm 2015 final a
Soalan ramalan spm 2015 final aSoalan ramalan spm 2015 final a
Soalan ramalan spm 2015 final a
 
1.4 cara pencegahan jangkitan penyakit
1.4 cara pencegahan jangkitan penyakit1.4 cara pencegahan jangkitan penyakit
1.4 cara pencegahan jangkitan penyakit
 
Lesson 7.7
Lesson 7.7Lesson 7.7
Lesson 7.7
 
Chapter 1 paper 2 edit
Chapter 1 paper 2 editChapter 1 paper 2 edit
Chapter 1 paper 2 edit
 

Ähnlich wie M 9 tc

ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarahITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
Fransiska Puteri
 
Biologi, Eubacteria & Archaebacteria
Biologi, Eubacteria & ArchaebacteriaBiologi, Eubacteria & Archaebacteria
Biologi, Eubacteria & Archaebacteria
Lisa Tri Setiawati
 

Ähnlich wie M 9 tc (20)

Microorganism
MicroorganismMicroorganism
Microorganism
 
Monera.pptx
Monera.pptxMonera.pptx
Monera.pptx
 
Makalah mikroganisme amanah raha
Makalah mikroganisme amanah rahaMakalah mikroganisme amanah raha
Makalah mikroganisme amanah raha
 
makalah mikroorganisme
makalah mikroorganismemakalah mikroorganisme
makalah mikroorganisme
 
Makalah I
Makalah  IMakalah  I
Makalah I
 
1. KONSEP DASAR MIKROBIOLOGI.pdf
1. KONSEP DASAR MIKROBIOLOGI.pdf1. KONSEP DASAR MIKROBIOLOGI.pdf
1. KONSEP DASAR MIKROBIOLOGI.pdf
 
Mikrobiologi
Mikrobiologi Mikrobiologi
Mikrobiologi
 
Bakteriologi I PHB (3).pptx
Bakteriologi I PHB (3).pptxBakteriologi I PHB (3).pptx
Bakteriologi I PHB (3).pptx
 
ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarahITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
ITP UNS SEMESTER 2 Mikrobioligi sejarah
 
PPT MONERA
PPT MONERAPPT MONERA
PPT MONERA
 
Bakteri
Bakteri Bakteri
Bakteri
 
Biologi, Eubacteria & Archaebacteria
Biologi, Eubacteria & ArchaebacteriaBiologi, Eubacteria & Archaebacteria
Biologi, Eubacteria & Archaebacteria
 
Bab-5-BIOTEKNOLOGI.pptx
Bab-5-BIOTEKNOLOGI.pptxBab-5-BIOTEKNOLOGI.pptx
Bab-5-BIOTEKNOLOGI.pptx
 
Bab 5 bioteknologi
Bab 5 bioteknologiBab 5 bioteknologi
Bab 5 bioteknologi
 
INTEGRASI ISLAM DALAM KAJIAN MIKROBIOLOGI
INTEGRASI ISLAM DALAM KAJIAN MIKROBIOLOGIINTEGRASI ISLAM DALAM KAJIAN MIKROBIOLOGI
INTEGRASI ISLAM DALAM KAJIAN MIKROBIOLOGI
 
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGBIAKAN BAKTERI.pdf
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGBIAKAN BAKTERI.pdfPERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGBIAKAN BAKTERI.pdf
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGBIAKAN BAKTERI.pdf
 
PPT Fisiologi Bakteri
PPT Fisiologi BakteriPPT Fisiologi Bakteri
PPT Fisiologi Bakteri
 
Ipa7 kd2b-pdf
Ipa7 kd2b-pdfIpa7 kd2b-pdf
Ipa7 kd2b-pdf
 
Soal diskusi
Soal diskusiSoal diskusi
Soal diskusi
 
Bakteri
BakteriBakteri
Bakteri
 

Kürzlich hochgeladen

Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptxPengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
sd1patukangan
 
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksiAnalisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
MemenAzmi1
 

Kürzlich hochgeladen (15)

3. Sejarah masuknya islam ke Nusantara dan KERAJAAN ISLAM DEMAK.ppt
3. Sejarah masuknya islam ke Nusantara dan KERAJAAN ISLAM DEMAK.ppt3. Sejarah masuknya islam ke Nusantara dan KERAJAAN ISLAM DEMAK.ppt
3. Sejarah masuknya islam ke Nusantara dan KERAJAAN ISLAM DEMAK.ppt
 
materi perkuliahan PERTANIAN BERKELANJUTAN S1 2021
materi perkuliahan PERTANIAN BERKELANJUTAN S1 2021materi perkuliahan PERTANIAN BERKELANJUTAN S1 2021
materi perkuliahan PERTANIAN BERKELANJUTAN S1 2021
 
Materi Kelas 8 - Unsur, Senyawa dan Campuran.pptx
Materi Kelas 8 - Unsur, Senyawa dan Campuran.pptxMateri Kelas 8 - Unsur, Senyawa dan Campuran.pptx
Materi Kelas 8 - Unsur, Senyawa dan Campuran.pptx
 
Ruang Lingkup Lembaga Keuangan Bank dan Non Bank
Ruang Lingkup Lembaga Keuangan Bank dan Non BankRuang Lingkup Lembaga Keuangan Bank dan Non Bank
Ruang Lingkup Lembaga Keuangan Bank dan Non Bank
 
MATERI IPA KELAS 9 SMP: BIOTEKNOLOGI ppt
MATERI IPA KELAS 9 SMP: BIOTEKNOLOGI pptMATERI IPA KELAS 9 SMP: BIOTEKNOLOGI ppt
MATERI IPA KELAS 9 SMP: BIOTEKNOLOGI ppt
 
2. soal ujian sekolah dasar bahasa indonesia.docx
2. soal ujian sekolah dasar bahasa indonesia.docx2. soal ujian sekolah dasar bahasa indonesia.docx
2. soal ujian sekolah dasar bahasa indonesia.docx
 
Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptxPengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
Pengembangan Modul Ajar (Asesmen-Berdiferensiasi dan Kolaboratif).pptx
 
Soal Campuran Asam Basa Kimia kelas XI.pdf
Soal Campuran Asam Basa Kimia kelas XI.pdfSoal Campuran Asam Basa Kimia kelas XI.pdf
Soal Campuran Asam Basa Kimia kelas XI.pdf
 
PPT KLONING (Domba Dolly), perkembangan kloning hewan, mekanisme kloning hewa...
PPT KLONING (Domba Dolly), perkembangan kloning hewan, mekanisme kloning hewa...PPT KLONING (Domba Dolly), perkembangan kloning hewan, mekanisme kloning hewa...
PPT KLONING (Domba Dolly), perkembangan kloning hewan, mekanisme kloning hewa...
 
Lampiran 4 _ Lembar Kerja Rencana Pengembangan Kompetensi DIri_Titin Solikhah...
Lampiran 4 _ Lembar Kerja Rencana Pengembangan Kompetensi DIri_Titin Solikhah...Lampiran 4 _ Lembar Kerja Rencana Pengembangan Kompetensi DIri_Titin Solikhah...
Lampiran 4 _ Lembar Kerja Rencana Pengembangan Kompetensi DIri_Titin Solikhah...
 
Petunjuk Teknis Penggunaan Aplikasi OSNK 2024
Petunjuk Teknis Penggunaan Aplikasi OSNK 2024Petunjuk Teknis Penggunaan Aplikasi OSNK 2024
Petunjuk Teknis Penggunaan Aplikasi OSNK 2024
 
Zulfatul Aliyah_Sistem Rangka Biologi SMA Kelas XI.pptx
Zulfatul Aliyah_Sistem Rangka Biologi SMA Kelas XI.pptxZulfatul Aliyah_Sistem Rangka Biologi SMA Kelas XI.pptx
Zulfatul Aliyah_Sistem Rangka Biologi SMA Kelas XI.pptx
 
PATROLI dengan BERBASIS MASYARAKAT Kehutananan
PATROLI dengan BERBASIS MASYARAKAT KehutanananPATROLI dengan BERBASIS MASYARAKAT Kehutananan
PATROLI dengan BERBASIS MASYARAKAT Kehutananan
 
FORMULASI SEDIAAN PADAT DAN BAHAN ALAM.pptx
FORMULASI SEDIAAN PADAT DAN BAHAN ALAM.pptxFORMULASI SEDIAAN PADAT DAN BAHAN ALAM.pptx
FORMULASI SEDIAAN PADAT DAN BAHAN ALAM.pptx
 
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksiAnalisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
Analisis varinasi (anova) dua arah dengan interaksi
 

M 9 tc

  • 1. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 1 MODUL 9: MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS HIDUPAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN 9.1 Memahami pengelasan mikroorganisma 9.2 Mensintesiskan idea tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma 9.3 Mengaplikasikan pengetahuan tentang mikroorganisma yang berfaedah 9.4 Menganalisis kesan berbahaya mikroorganisma 9.5 Menganalisis cara-cara mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma 9.6 Memahami cara bagiamana penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma dapat dirawat. 9.1 PENGELASAN MIKROORGANISMA Rajah 9.1 Pengkelasan mikroorganisma Mikroorganisma Saiz Rupa bentuk Cara pembiakan Nutrisi Habitat Virus 0.02µm - 0.4µm Paling kecil Pelbagai bentuk seperti pilin, sfera, rod dan vibro Membiak secara replikasi dalam sel perumah parasitik Hidup dalam sel perumah Bakteria 0.5 - 1.0μm Unisel 4 bentuk utama (kokus, basilus, vibrio, sprilum) Membiak secara belahan dedua autotrof, sapropfitik, parasitik Hidup di merata-rata tempat seperti dalam air, udara, tanah, tumbuhan dan haiwan. Kulat 10 - 100μm Unisel atau multisel Bentuk filamen (mukor), sfera (yis) Pembiakan aseks secara pembentukan spora dan pertunasan saprofitik, parasitik Tempat yang gelap dan lembap Bakteria KulatProtozoa . Virus Alga JENIS MIKROORGANISMA
  • 2. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 2 Protozoa 5 - 250μm Unisel Berbeza-beza. Kebanyakan mempunyai silium yang membantunya bergerak. membiak secara aseks (belahan dedua) dan seks (pengkonjugatan) saprofitik, parasitik Kebanyakan hidup dalam air tawar. Alga 1 – 10000 μm Unisel atau multisel Mempunyai struktur sel tumbuhan tetapi tidak mempunyai batang, akar atau daun sebenar. membiak secara aseks (belahan dedua) dan seks (pengkonjugatan) mempunya i klorofil dan dinding sel, menjalanka n proses fotosintesis - autotrof Kebanyakan hidup dalam air. Juga boleh hidup di dalam tanah lembap, atas batu dan di kulit pokok. Jadual 9.1 : Pengkelasan mikroorganisma Contoh-contoh mikroorganisma 1. Virus 2. Bakteria 3. Kulat 4. Protozoa 5. Alga Rajah 9.2 Contoh-contoh mikroorganisma
  • 3. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 3 Latihan 9.1 1. Mikoorganisma boleh dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan ciri-ciri yang ada pada mereka. Lengkapkan jadual di bawah. 2 Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis mikoorganisma. A B C D E Tentukan jenis bagi mikroorganisma A, B, C, D dan E. A: Protozoa B: Kulat C: Bakteria D: Alga E: Virus 3. Lengkapkan Jadual 1 di bawah. Ciri-ciri Jenis mikroorganisma (a) Wujud dalam pelbagai bentuk dan biasanya nama berdasarkan bentuk mereka Bakteria (b) Tidak membiak di luar sel Virus (c) Boleh menghablur Virus (d) Mereka boleh menghasilkan makanan sendiri melalui Fotosintesis Alga (e) Kebanyakannya membiak secara pembiakan aseks melalui pembentukan spora atau secara pembiakan seks Kulat (f) Mereka adalah haiwan unisel dan mempunyai struktur am sel haiwan Protozoa Jadual 1 Bakteria KulatVirus Alga Protozoa Lima kumpulan mikroorganisma
  • 4. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 4 9.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA Rajah 9.3: Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN MIKROORGANISM A SUHU  350 C - 400 C – suhu optimum bagi pertumbuhan mikroorganisma  Suhu sangat rendah menjadi pasif dan tidak membiak  Suhu terlalu tinggi – dimusnahkan / mati kerana enzim yang terhasil termusnah NILAI pH  pH 7(neutral) – aktif membiak  pH terlalu tinggi atau rendah – merencat pertumbuhan / mati  Keadaan berasid atau beralkali lemah – hanya sebaha- gian kecil boleh hidup. CAHAYA  Mickroorganisma yang mempunyai klorofil memerlukan cahaya untuk menjalakan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan sendiri.  Mikroorganisma yang tidak mengandungi klorofil membesar dan membiak dengan aktif dalam keadaan tanpa cahaya (gelap). KELEMBAPAN  Mikroorganisma memerlukan air untuk hidup.  Kebanyakan tinggal di tempat lembab atau berair  Kelembapan relatif antara 25% dan 40%.  Suasana yang kurang lembab – sel mikrob akan kehilangan air dan menjadi tidak aktif.  Dalam keadaan kering, bakteria membentuk spora. Apabila keadaan sesuai, bakteria aktif semula. NUTRIEN  Diperlukan untuk menghasilkan tenaga dan membiak  Parasit (menyerap nutrien daripada sel perumah)  Saprofit (menyerap nutrien dari organisma yang telah mati dan mereput)  Mikroorganisma yang mempunyai klorofil boleh membuat makanan sendiri melaui proses fotosintesis
  • 5. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 5 Latihan 9.2 1. Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan bakteria. Selepas dua hari, bilangan koloni bakteria setiap piring petri dihitung. Keputusan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Nilai pH Bilangan koloni bakteria 2 0 7 26 13 0 Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 1, padankan Bahagian A dengan Bahagian B. Bahagian A Bahagian B Piring Petri P Agar agar nutrien + Asid hidroklorik (pH 2) + Kultur bakteria Piring Petri Q Agar agar nutrien + Air suling + Kultur bakteria Piring Petri R Agar agar nutrien + Natrium hidroksida (pH 12) + Kultur bakteria Rajah 1 Jadual 1 Pembolehubah dimalarkan Pembolehubah dimanipulasi Untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan bakteria. Jenis nutrien Tujuan eksperimen Pembolehubah bergerakbalas Dalam keadaan neutral Alkali Hipotesis pH lebih daripada 7 Pertumbuhan bakteria tinggi pada pH 7 Pertumbuhan bakteria Nilai pH Mikoorganisma membiak dan semakin berganda.
  • 6. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 6 2. Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan pH terhadap pertumbuhan bakteria. Rajah 2 (a) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini. Nilai pH 7 paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria. / Bakteria tumbuh dengan baik pada nilai pH 7. (b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini. (i) Pemboleh ubah dimanipulasi: Nilai pH (ii) Pemboleh ubah bergerak-balas: Kekeruhan bubur nutrien / pertumbuhan bakteria. (c) Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan di dalam Rajah 2, apakah pH optimum untuk pertumbuhan bakteria ? pH 7 3. Suatu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria. Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen. Suhu/ o C Diameter koloni bakteria / mm 0 0 10 4 20 8 30 12 40 16 50 8 60 2 Jadual 2 5cm 3 bubur nutrien + 1cm 3 kultur bakteria + 1cm 3 asid hidroklorik cair (0.1 M) 5cm 3 bubur nutrien + 1cm 3 kultur bakteria + 1cm 3 air suling 5cm 3 bubur nutrien + 1cm 3 kultur bakteria + 1cm 3 larutan natrium hidroksida Jernih Keruh Jernih Selepas 2 hari
  • 7. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 7 (a) Dengan menggunakan data dalam Jadual 2, lukiskan graf diameter koloni bakteria melawan suhu dalam kertas graf di bawah. Diameter koloni bakteria / mm Suhu / ͦC 0 4 20 16 12 8 10 20 504030 60 X X X X X X X (b) Apakah hubungan antara pertumbuhan bakteria dengan suhu? Apahila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria meningkat, selepas 400 C, apabila suhu meningkat, pertumbuhan bakteria menurun. (c) Daripada graf, tentukan suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria: 40 0 C (d) Ramalkan keadaan bakteria pada suhu: (i) – 5 0 C? Bakteria menjadi tidak aktif. (ii) 100 0 C? Bakteria mati.
  • 8. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 8 4. Susunan radas disediakan untuk mengkaji kesan kelembapan dan nutrien terhadap pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. Ketiga-tiga piring Petri X, Y, dan Z ditelangkupkan dan dibiarkan selama dua hari. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 (a) Apakah hipotesis yang dapat dibuat bagi eksperimen ini? Kelembapan dan nutrien perlu untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma. (b) Apakah pemboleh ubah yang (i) dimalarkan? Jenis bakteria / keamatan cahaya / nilai pH / suhu. (ii) dimanipulasikan? Kelembapan dan jenis nutrien. (iii) bergerak balas? Pertumbuhan bakteria. (d) Mengapakah piring Petri Y dan Z tidak ditumbuhi bakteria? Piring Petri Y: Bakteria memerlukan kelembapan untuk pertumbuhan Piring Petri Z: Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan. (e) Mengapakah piring Petri ditelangkupkan? Untuk mengelakkan air yang terkondensasi terjatuh ke atas permukaan agar nutrien yang akan menghalang pertumbuhan bakteria. . Piring Petri Keadaan agar-agar Pertumbuhan bakteria X Agar nutrien lembap Banyak tompok bakteria Y Agar nutrien kering Tiada tompok bakteria Z Agar biasa lembap Tiada tompok bakteria
  • 9. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 9 SOALAN ESEI Jawab soalan-soalan yang berikut. 1 Kaji pernyataan berikut. Anda dibekalkan bubur nutrien, larutan kultur bakteria dan radas lain. (a) Cadangkan satu hipotesis yang sesuai untuk menyiasat pernyataan itu. [1 markah] (b) Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 1(a) berdasarkan kriteria berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah] (iii) Senarai radas dan bahan [1 markah] (iv) Prosedur atau kaedah [4 markah] (v) Penjadualan data [1 markah] JAWAPAN (a) Pertumbuhan mikroorganisma sangat aktif dalam kawasan gelap / Kawasan gelap paling sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma (b) i. Tujuan: Untuk mengkaji faktor keamatan cahaya terhadap pertumbuhan mikroorganisma ii. Pemboleh ubah dimanipulasi: keamatan cahaya Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan mikroorganisma Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / jenis kultur bakteria iii. Radas dan bahan: Bubur nutrien, larutan kultur bakteria, 2 tabung uji steril, kapas steril, picagari. iv. Prosedur: 1. Alat radas seperti di atas disediakan dan tabung uji dilabel P dan Q. Faktor cahaya mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma Kapas steril P Q 5 cm³ bubur nutrien + 1cm³ kultur bakteria Tabung uji steril
  • 10. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 10 2. Tabung uji P diletakkan di atas meja di dalam makmal manakala tabung uji Q disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari. 3. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual. v. Penjadualan data: Tabung uji / Keamatan cahaya Kekeruhan bubur nutrien P (dalam makmal) Q (dalam almari gelap) 2. Kaji pernyataan berikut Anda dibekalkan agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur bakteria dan radas lain. (a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah] (b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 2(a) berdasarkan kriteria berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah] (iii) Senarai radas dan bahan [1 markah] (iv) Prosedur atau kaedah [4 markah] (v) Penjadualan data [1 markah] JAWAPAN (a) Bakteria memerlukan nutrien untuk pertumbuhan yang baik (b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan nutrien terhadap pertumbuhan bakteria (ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: kehadiran nutrien Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria / Bilangan koloni Bakteria di atas agar nutrien Pemboleh ubah dimalarkan: suhu / nilai pH / keamatan cahaya / jenis kultur bakteria (iii) Radas dan bahan: Agar nutrien, agar biasa (tanpa nutrien), kultur bakteria Nutrien mempengaruhi pertumbuhan bakteria
  • 11. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 11 (iv)Kaedah: 1. Alat radas seperti di atas disediakan dan piring petri dilabel A dan B. 2. Piring petri dililit dengan pita selofen dan ditelangkupkan. 3. Piring petri A dan B disimpan di dalam almari gelap selama 3 hari. 4. Pemerhatian dijalankan dan dicatat di dalam jadual. (v) Penjadualan data: Piring Petri / Kehadiran nutrien Bilangan koloni bakteria di atas agar nutrien A (agar-agar nutrien) B (agar-agar tanpa nutrien) 3. Kaji pernyataan berikut Anda dibekalkan agar nutrien, kultur bakteria dan radas lain. (a) Cadangkan satu hipothesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah] (b) Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis anda di 10(a) berdasarkan kriteria berikut: (i) Tujuan eksperimen [1 markah] (ii) Pengenalpastian pemboleh ubah [2 markah] (iii) Senarai radas dan bahan [1 markah] (iv) Prosedur atau kaedah [4 markah] (v) Penjadualan data [1 markah] Puan Aminah menyedari yang kari ayam yang dia masak telah basi setelah dbiarkan selama tiga hari pada suhu bilik. Agar-agar tanpa nutrien lembab + 1cm³ kultur bakteria Agar-agar nutrien lembab + 1cm³ kultur bakteria BA Piring petri
  • 12. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 12 JAWAPAN (a) Pertumbuhan bakteria sangat aktif pada suhu bilik/ Suhu bilik paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria / Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah merencat pertumbuhan bakteria (b) (i) Tujuan: Untuk mengkaji kesan suhu terhadap pertumbuhan bakteria (ii) Pemboleh ubah dimanipulasi: Suhu Pemboleh ubah bergerak balas: pertumbuhan bakteria Pemboleh ubah dimalarkan: Jenis bakteria / nilai pH / kelembapan (iii)Senarai radas dan bahan: Bubur nutrien, kultur bakteria, tabung uji, kapas steril, ketuhar, peti ais dan selinder penyukat (iv) Prosedur: 1. Radas seperti rajah di atas disediakan. 2. Tabung uji P disimpan di peti ais, tabung uji Q disimpan dalam almari gelap manakala tabung uji R disimpan dalam ketuhar selama 3 hari . 3. Pemerhatian terhadap bubur nutrien dicatat dalam jadual. (v) Penjadualan data: Tabung uji / suhu Kekeruhan bubur nutrien P (dalam peti ais pada 5 0 C) Q (almari gelap pada suhu bilik) R (dalam ketuhar pada 60 0 C)
  • 13. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 13 9.3 MIKKROORGANISMA YANG BERFAEDAH 1. Mikroorganisma memainkan peranan yang penting dalam:  Pencernaan makanan  Proses pereputan  Perubatan  Pertanian  Perindustrian  Pencernaan Makanan  Sesetengah mikroorganisma membantu dalam pencernaan makanan dalam salur makanan haiwan herbivor misalnya lembu, kambing, biri-biri, kuda dan arnab.  Bakteria ini merembeskan enzim selulase yang dapat mencernakan selulosa kepada glukosa.  Protozoa dalam usus anai-anai menghasilkan enzim selulosa untuk mencernakan selulosa dalam kayu kepada glukosa.  Bakteria yang terdapat dalam usus besar manusia membantu dalam pencernaan dan memusnahkan organisma yang berbahaya. Bakteria ini juga menghasilkan vitamin yang kemudiannya diserap ke dalam badan untuk mengekalkan kesihatan. Jadual 9.2: Peranan mikroorganisma dalam pencernaan makanan
  • 14. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 14  Proses Pereputan  Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menukarkan bahan organik mati kepada bahan yang lebih ringkas yang dapat diserap oleh tumbuhan untuk pertumbuhan.  Di samping menyingkirkan bahan organik mati seperti bangkai haiwan dan tumbuhan mati dari permukaan bumi, mikroorganisma ini juga membantu dalam mengekalkan kesuburan tanah.  Bakteria, protozoa dan kulat digunakan dalam loji pengolahan kumbahan untuk menguraikan bahan kumuh yang toksik kepada bahan tidak berbahaya seperti air, karbon dioksida dan garam mineral. Jadual 9.3: Peranan mikroorganisma dalam proses pereputan  Perubatan  Virus dan bakteria digunakan untuk menyediakan vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit tertentu.  Sebagai contoh, vaksin hepatitis mengandungi virus hepatitis disuntik ke dalam badan manusia. Virus ini merangsang badan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit hepatitis  Sesetengah kulat digunakan untuk menghasilkan antibiotik seperti penisilin.  Bakteria tertentu juga dapat menghasilkan antibiotik seperti streptomisin yang digunakan untuk menrawat penyakit batuk kering. Jadual 9.4: Peranan mikroorganisma dalam perubatan
  • 15. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 15  Pertanian  Bakteria dan kulat pengurai menguraikan tumbuhan dan haiwan mati menghasilkan ammonia dan seterusnya menambahkan nitrogen kepada tanah dan mengembalikan humus mengandungi mineral ringkas yang sedia diserap oleh akar tumbuhan  Bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam nodul akar tumbuhan legum (kekacang) dan dalam tanah mengikat gas nitrogen di atmosfera dan menukarkannya kepada nitrat.  Nitrat kemudian diserap oleh akar tumbuhan dan digunakan untuk membina protein.  Bakteria pengurai mencernakan sisa- sisa tumbuhan daripada kelapa sawit, padi dan kelapa untuk menghasilkan bahan api seperti gas metana.  Bahan organik yang tertinggal boleh dijadikan makanan haiwan dan baja tumbuhan. Jadual 9.5: Peranan mikroorganisma dalam pertanian  Perindustrian Jadual 9.6: Peranan mikroorganisma dalam perindustrian  Yis digunakan untuk menaikkan aduanan roti dan kek.  Proses penapaian yang berlaku apabila yis bertindak dengan karbohidrat membebaskan karbon dioksida menyebabkan adunan naik.  Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, dadih dan keju.  Bakteria bertindak balas dengan alkohol menghasilkan cuka.  Bakteria bertindak balas dengan susu menghasilkan dadih dan keju.  Dalam industri pengeluaran tekstil, bakteria bertindak balas dengan tumbuhan untuk menyingkirkan tisu lembut dan meninggalkan gentian panjang. Gentian ini kemudian ditenun menjadi kain, benang atau tali.  Yis digunakan untuk membuat minuman beralkohol seperti bir, wain dan wiski.  Sejenis kulat digunakan dalam pembuatan kicap kacang soya.  Dalam industri pembuatan barangan kulit, bakteria menyingkirkan tisu dan lemak daripada kulit haiwan.
  • 16. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 16 LATIHAN 9.3 1. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai tentang faedah mikroorganisma. (a) Virus dan bakteria digunakan untuk membuat vaksin. (b) Bakteria pengikat nitrogen mengikat nitrogen di udara dan menukarkannya kepada nitrat dalam tanah. (c) Bakteria membantu mencernakan selulosa dalam salur pemakanan haiwan herbivor. (d) Bakteria dan kulat saprofit menyingkirkan hidupan mati daripada permukaan bumi. (e) Yis digunakan untuk menaikkan adunan roti dan kek. (f) Bakteria digunakan untuk membuat makanan seperti cuka, dadih dan keju. 9.4. KESAN BERBAHAYA MIKROORGANISMA 1. Mikroorganisma parasit menyebabkan penyakit kepada manusia. 2. Mikroorganisma menyebabkan keracunan makanan di mana bakteria yang tumbuh pada makanan menghasilkan toksin menyebabkan gejala-gejala seperti sakit perut,cirit birit dan muntah pada manusia. 3. Bakteria saprofit yang hidup pada celah-celah gigi mencernakan sisa makanan. Asid yang dihasilkan menyebabkan pereputan gigi (karies gigi). 4. Penyakit yang di sebabkan oleh Mikroorganisma  Mikroorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit disebut patogen.  Kebanyakkan patogen adalah parasit yang hidup pada perumah dan memperoleh nutrien daripadanya.  Toksin yang dihasilkan menyebabkan penyakit pada organisma yang diserangnya.  Patogen terdiri daripada bakteria, virus, kulat atau protozoa.
  • 17. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 17 Penyakit disebabkan oleh bakteria Bahagian badan yang dijangkiti Gejala penyakit Cara jangkitan Tibi Sistem pernafasan seperti peparu, tulang, sendi, dan nodul limfa Letih, batuk, kahak berdarah, berpeluh waktu malam, demam, berat badan menyusut, tiada selera makan. Udara atau titisan air (batuk atau kahak kering) Taun / Kolera Salur pencernaan Cirit-birit, pendehidratan (kehilangan air yang banyak), muntah, letih.  Air dan makanan yang tercemar  Lalat (vektor) Sifilis (penyakit jangkitan seks) Sistem pembiakan Peringkat 1 Kudis tumbuh di kawasan kemaluan Peringkat 2 Letih, hilang selera makan, demam, sakit otot dan sendi serta sakit kepala. Peringkat 3 Lumpuh dan lemah jantung Perhubungan seks (melalui sentuhan langsung) Gonorea (penyakit jangkitan seks) Sistem pembiakan Peringkat awal  Berasa sakit pada zakar semasa membuang air kencing, air kencing bernanah, demam dan sakit kepala.  Jangkitan pada organ pembiakan perempuan, berasa sakit semasa membuang air kencing. Peringkat akhir  Testis (lelaki) bengkak  Uretra, uterus dan tiub Fallopio (perempuan) bengkak Perhubungan seks (melalui sentuhan langsung) Jadual 9.7 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh bakteria
  • 18. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 18 Penyakit disebabkan oleh virus Bahagian badan yang dijangkiti Gejala penyakit Cara jangkitan Selesema / Influenza Sistem pernafasan Demam, bersin, sakit kepala, sakit kerongkong, hidung berhingus  Udara atau titisan air Demam denggi Darah Demam, sakit kepala, bintik merah pada kulit, sakit otot dan sendi yang teruk, sakit tekak, ruam pada badan  Nyamuk Aedes (vektor) Hepatitis A Hati Demam, letih, sakit di belakang abdomen, hilang selera makan, loya, muntah, cirit-birit, jaundis (badan menguning), hati bengkak  Air atau makanan yang tercemar  Lalat (vektor) Hepatitis B Hati Demam, letih, hilang selera makan, loya, bahagian putih mata kelihatan kuning, jaundis, hati bengkak, sakit teruk di bawah sangkar rusuk, air kencing berwarna gelap, sirosis hati (hati berparut) Daripada cecair badan atau darah pembawa melalui:  Pemindahan darah  Perkongsian jarum yang tercemar  Perhubungan seks (melalui sentuhan AIDS Darah (memusnahkan sel darah putih) Lumpuh sistem keimunan badan, kurus, cirit-birit teruk, demam, susutan berat badan, mudah dijangkiti penyakit lain.  Sama dengan Hepatitis B Demam campak Sistem respirasi dan mata Demam, batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus, mata merah, ruam seluruh badan  Udara atau titisan air Poliomielitis Sistem saraf pusat seperti saraf tunjang dan saraf motor Demam panas, sakit kepala, sakit kerongkong, sakit otot, anggota badan menjadi lumpuh, kadang kala membawa maut  Air atau makanan yang tercemar Beguk Kelenjar air liur, organ pembiakan, pankreas Peringkat awal  Bahagian pipi, leher, rahang bawah dan kelenjar air liur bengkak Peringkat serius  Testis dan skrotum sakit dan bengkak (boleh menyebabkan mandul)  Udara atau titisan air Jadual 9.8 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus
  • 19. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 19 Penyakit disebabkan oleh kulat Bahagian badan yang dijangkiti Gejala penyakit Cara jangkitan Kurap Kulit Tompok merah yang merebak pada kulit, gatal Sentuhan secara langsung atau tidak langsung seperti berkongsi tuala, pakaian dan sikat (dijangkiti melalui spora kulat) Panau Tompok putih pada kulit, gatal Jadual 9.9 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh kulat Penyakit disebabkan oleh protozoa Bahagian badan yang dijangkiti Gejala penyakit Cara jangkitan Malaria Darah Demam panas yang berulang dalam selang masa tertentu, berpeluh banyak, sakit kepala, sakit otot, menggigil, kadar denyutan jantung dan pernafasan bertambah Nyamuk tiruk (Anopheles) Disenteri Salur pencernaan Demam, letih, muntah, loya, sakit perut, cirit-birit, tinja berdarah dan bernanah Melalui air atau makanan yang tercemar Jadual 9.10 : Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh protozoa
  • 20. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 20 Cara Jangkitan penyakit Rajah 9.4: Cara jangkitan penyakit Bagaimana Penyakit merebak? Melalui Air  Air yang mengandungi patogen mengalir dari satu kawasan ke kawasan lain.  Apabila air itu diminum, maka patogen memasuki badan orang itu.  Penyakit:Kolera,disenteri Melalui makanan tercemar  Pengendalian makanan yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran makanan.  Patogen dari persekitaran, najis atau vektor.  Penyakit: Hepatitis A, kolera Melalui sentuhan  Secara langsung (aktiviti seksual) dengan pasangan yang berpenyakit menyebabkan patogen dipindahkan kepada pasangan  Secara tidak langsung (berkongsi alatan) boleh merebakkan patogen.  Penyakit: Sifilis, gonorea, kurap, panau Melalui Udara  Patogen di bawa melalui udara.  Patogen akan memasuki badan seseorang apabila bernafas.  Patogen akan dibebaskan dari seseorang melalui titisan air apabila batuk, bersin atau selsema.  Penyakit :Tibi, selsema / influenza Melalui Vektor Contoh Nyamuk  Apabila seseorang digigit nyamuk, patogen dalam air liur nyamuk akan memasuki salur darah dan ini menyebabkan orang itu jatuh sakit.  Lalat rumah Patogen pada kaki atau sayap lalat dipindahkan ke makanan apabila lalat hinggap pada makanan yang terdedah. Orang yang makan makanan tersebut akan mengalami keracunan dan jatuh sakit.  Penyakit: Demam denggi, malaria.
  • 21. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 21 LATIHAN 9.4 1. Jadual 1 menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh patogen tertentu dan cara patogen tersebar. Penyakit Patogen Cara Merebak Influenza AIDS Kurap Malaria Tuberkulosis Virus Virus Kulat Protozoa Bakteria Titisan air Perkongsian jarum suntikan Sentuhan Melalui vektor Melalui air Jadual 1 (a) Lengkapkan Jadual 1. (b) (i) Namakan vektor yang merebakkan malaria. Nyamuk betina Anopheles (ii) Bagaimanakah vektor (b) (i) merebakkan penyakit tersebut? Nyamuk betina yang telah dijangkitan patogen menggigit seseorang dan menyuntikkan patogen ke dalam badan orang tersebut. (d) Nyatakan satu cara lain bagaimana AIDS disebarkan. Melalui hubungan seks
  • 22. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 22 9.5 PENCEGAHAN JANGKITAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA Kawalan vektor  Kawalan Nyamuk Rajah 9.5 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya JANGKITAN OLEH PATOGEN KAWALAN VEKTOR KEIMUNAN BOLEH DICEGAH MELALUI Nyamuk Lalat rumah PENSTERILAN Penggunaan haba Penggunaan bahan kimia Penggunaan sinaran larva  Sembur minyak pada permukaan air untuk menghalang nyamuk bertelur  Bela ikan seperti gapi untuk memakan jentik- jentik  Bubuh ubat jentik-jentik kedalam air bertakung  Guna penyembur serangga untuk memusnahkan nyamuk dewasa.  Guna kelambu atau ubat atau lingkaran nyamuk untuk mengelakkan diri dari digigit nyamuk. Air Air Pupa Telur Dewasa  Memusnahkan tempat pembiakan seperti parit, kolam, bekas dan takungan air Larva Aktif Pasif Semula jadi Buatan Semula jadi Buatan
  • 23. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 23  Kawalan lalat rumah Rajah 9.6 Kitar hidup nyamuk dan kawalannya Pensterilan Pensterilan ialah cara menghapuskan patogen yang menyebabkan penyakit.  Penggunaan haba - Pendidihan: Hanya membunuh bakteria tetapi tidak membunuh sporanya. Mensteril botol susu. - Pemanasan Biasanya digunakan di dalam rumah untuk mensterilkan jarum yang digunakan untuk mengeluarkan nanah atau selumbar. - Autoklaf: Membunuh bakteria dan sporanya pada suhu 1210 C selama 15 – 20 minit. Mensteril alat pembedahan dan agar nutrien.  Penggunaan bahan kimia - Antiseptik: Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria pada permukaan kulit tanpa merosakkan tisu kulit. Contohnya: larutan iodin, alkohol. - Disinfektan: Bahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan bakteria pada bukan benda hidup. Ia boleh merosakkan tisu badan kita. Digunakan untuk membersihkan pakaianan, dinding, lantai dan peralatan di hospital. Contohnya: formalin, fenol. Pupa  Untuk menghapuskan telur, larva dan pupa Musnahkan tempat pembiakan seperti menutup tong sampah, membuang sisa-sisa makanan ke dalam tong yang bertutup dan menjaga kebersihan rumah dan sekelilingnya. . Lalat Rumah Dewasa  Gunakan penyembur serangga  Perangkap elektrik  Pelekat lalat Telur Larva Dewasa
  • 24. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 24  Penggunaan sinaran - Sinaran ultraungu: Digunakan untuk membunuh bakteria dan vuris. Biasanya digunakan untuk mensterilkan peralatan pembedahan dan bilik pembedahan. Boleh digunakan untuk merawat penyakit riket (penyakit tulang yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D). - Sinaran gama: Digunakan untuk mensterilkan alatan perubatan. Pengimunan Pengimunan ialah proses yang meningkatkan keupayaan badan untuk menentang penyakit. Keimunan ialah keupayaan badan manusia untuk melawan serangan patogen dengan penghasilan antibodi.  Keimunan aktif (Badan menghasilkan antibodi sendiri) - Keimunan aktif semulajadi Seseorang yang sembuh daripada jangkitan penyakit akan menghasilkan antibodi untuk menyerang penyakit. Contohnya: demam campak dan cacar memberi keimunan seumur hidup kepada pengidapnya. - Keimunan aktif buatan Vaksin disuntik ke dalam badan seseorang untuk merangsang pengahasilan antibodi. Contohnya Vaksin BCG untuk tibi, vaksin anti-hepatitis A dan B, dan vaksin anti- rubella. Rajah 9.7 Keimunan aktif buatan: Aras antibodi dalam darah selepas suntikan vaksin pertama dan suntikan kedua (dos penggalak)  Keimunan pasif (Badan menerima antibodi dari luar) - Keimunan pasif semulajadi Diperolehi apabila antibodi daripada ibu dipindahkan kepada fetus melalui plasenta dan semasa penyusuan bayi.
  • 25. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 25 - Keimunan pasif buatan Serum yang mengandungi antibodi disuntik ke dalam badan pesakit. Keimunan ini adalah serta merta tetapi tidak kekal. Rajah 9.8: Keimunan pasif buatan: Jumlah antibodi dalam darah selepas suntikan antiserum dos pertama dan dos kedua Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan Rajah 9.9: Perbandingan antara keimunan aktif dan pasif buatan Keimunan aktif (penggunaan vaksin) Keimunan pasif (penggunaan antiserum) Persamaan Melawan penyakit Perbezaan Kandungan bahan yang disuntik Tujuan keimunan Peranan bahan dalam badan Gerak balas bahan dalam badan Jenis penyakit yang diberi keimunan Ketahanan keimunan Bakteria atau virus yang dilemahkan atau dimatikan Mencegah penyakit Merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan patogen Lambat Orang sihat yang belum lagi dijangkiti penyakit Tahan lama Plasma darah haiwan yang mengandungi antibodi atau antitoksin Merawat penyakit Antibodi dari haiwan melawan patogen dalam badan Serta merta Orang yang sedang dihidapi penyakit Tidak tahan lama
  • 26. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 26 Kepentingan keimunan kepada manusia  Keimunan membantu manusia mencegah diri daripada jangkitan penyakit.  Pemvaksinan dapat membantu mengelakkan penyakit daripada merebak.  Pemvaksinan dapat mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak. Latihan 9.5 1. Kaji istilah-istilah di bawah. Lengkapkan ayat dibawah dengan istilah yang betul. Pernyataan Istilah (a) Proses menyuntik vaksin. Vaksinasi (b) Satu proses membunuh mikoorganisma. Pensterilan (c) Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan mikoorganisma pada kulit. Antiseptik (d) Dihasilkan daripada sel darah putih untuk melawan serangan antigen. Antibodi (e) Mikoorganisma berbahaya yang menyebabkan penyakit. Patogen (f) Bahan yang mengandungi antibodi haiwan. Serum (g) Patogen atau mikrob di dalam darah. Antigen (h) Satu agen pembawa penyakit. Vektor (i) Bahan yang mengandungi patogen lemah. Vaksin (j) Keupayaan badan untuk menentang serangan patogen. Keimunan Vektor Keimunan Pensterilan Vaksin Vaksinasi Antigen Antiseptik AntibodiSerum Patogen
  • 27. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 27 2. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis pelalian. Nama A : Pasif E : Demam campak B: Semulajadi F : Bayi yang minum susu ibu C: Buatan G: Tetanus / kancing gigi D: Buatan 3. Rajah 1 menunjukkan graf kepekatan antibodi di dalam darah lawan masa dalam vaksinasi BCG. Rajah 1 (a) Apakah vaksin? Bahan yang mengandungi patogen yang mati atau yang dilemahkan. Keimunan Aktif A B C Contoh: E Contoh: Vaksin Semulajadi D Contoh: F Contoh : G
  • 28. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 28 (b) Apakah jenis keimunan yang diberi melalui vaksinasi? Keimunan aktif buatan. (c) Berdasarkan Rajah 1, suntikan kedua diberikan selepas 6 tahun. Berikan satu sebab. Suntikan kedua sebagai dos penggalak untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak antibodi sehingga melebihi aras keimunan. (d) Seorang bayi tidak diberikan suntikan BCG mungkin dijangkiti penyakit. (i) Namakan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin berkenaan. Tibi (ii) Terangkan jawapan anda dalam 1 (d) i. Kerana vaksin BCG akan merangsang badan untuk menghasilkan antibodi yang dapat melawan penyakit tibi. (e) Nyatakan penyakit lain yang boleh dicegah melalui vaksinasi. Hepatitis, Soalan Esei Jawab soalan-soalan yang berikut. 1 (a) Nyatakan dua perbezaan antara keimunan aktif buatan dengan keimunan pasif buatan. Sertakan satu contoh penyakit yang dapat dicegah atau dirawat oleh setiap jenis pengimunan ini. [4 markah] (b) Satu jangkitan demam denggi telah dikesan di sebuah kampung. Terangkan bagaimana penduduk kampung itu dapat mengatasi masalah merebaknya penyakit itu. Jawapan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: Kenal pasti masalah [1 markah] Penjelasan masalah [1 markah] Kaedah-kaedah penyelesaian [3 markah] Pilih kaedah terbaik dan jelaskan pilihan anda. [1 markah]
  • 29. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 29 Jawapan (a) Keimunan aktif buatan Keimunan pasif buatan Vaksin disuntik ke dalam badan seseorang untuk merangsang pengahasilan antibodi. Serum yang mengandungi antibodi disuntik ke dalam badan pesakit. Badan menghasilkan antibodi sendiri. Badan menerima antibodi dari luar. Contoh :BCG / Anti rubella Contoh: Suntikan antiserum bagi tetanus (kancing gigi) (b) Kenal pasti masalah: Jangkitan demam denggi dikesan di sebuah kampong Penjelasan masalah: Untuk mengatasi masalah demam denggi daripada merebak Kaedah-kaedah penyelesaian:  Kuarantin pesakit-pesakit demam denggi  Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap  Memasang kelambu semasa tidur, menggunakan jaring pada pintu dan tingkap rumah  Menyembur racun serangga Kaedah terbaik: Membersihkan kawasan takungan air dan sampah sarap untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. 9.6 RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA Antibiotik  Ialah bahan kimia yang diekstrak daripada mikroorganisma hidup terutamanya bakteria dan kulat untuk membunuh patogen.  Membunuh bakteria  Menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria seperti tibi dan sifilis Antikulat  Disapu pada bahagian yang dijangkiti kulat seperti kurap dan panau. Antiserum  Diekstrak daripada darah haiwan dan disuntik ke dalam badan pesakit untuk merawat penyakit seperti tetanus.
  • 30. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 30 Latihan 9.6 1. Seorang pelajar menjalankan ujikaji untuk mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria, dua cakera kertas turas dengan saiz yang sama telah digunakan. Cakera tersebut direndam dalam penisilin dan satu lagi dalam air suling. Cakera tersebut kemudiannya diletakkan pada piring petri yang mengandungi bakteria basilus subtlius. Piring petri itu ditutup rapat dan dibiarkan selama 3 hari. Keputusan ditunjukkan dalam Rajah 1. Rajah 1 a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini Antibiotik merencat pertumbuhan bakteria / antibiotik membunuh bakteria b) Nyatakan pemboleh ubah i) Pemboleh ubah dimanipulasi : Kehadiran antibiotik ii) Pemboleh ubah bergerak balas : Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di sekeliling penisilin iii) Pemboleh ubah dimalarkan : Jenis bakteria c) Apakah fungsi menggunakan cakera kertas turas yang direndam dalam air suling? Sebagai kawalan d) Nyatakan pemerhatian dalam ujikaji ini. Terdapat kawasan jernih di sekeliling kertas turas yang direndam dalam penisilin, tetapi terdapat koloni bakteria di sekeliling kertas turas yang direndam dalam air suling. e) Apakah definasi operasi bagi penisilin. Penisilin ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas permukaan agar nutrien. Kertas turas yang direndam dalam penisilin Kertas turas yang direndam dalam air suling
  • 31. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 31 2 Rajah 2 menunjukkan dua piring Petri, X dan Y yang mengandungi agar-agar nutrien dan bakteria dibiarkan selama tiga hari di dalam makmal. Rajah 2 (a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini. Penisilin membunuh bakteria / antibiotik merencat pertumbuhan bakteria. (b) Nyatakan pemboleh ubah yang (i) dimalarkan: Jenis bakteria / isipadu agar-agar nutrien (ii) dimanipulasikan: Kehadiran antibiotik (iii)bergerak balas: Pertumbuhan bakteria / kawasan jernih di sekeliling penisilin (c) Nyatakan inferens bagi pemerhatian pada piring Petri Y. Terdapat kawasan jernih di sekeliling penisilin kerana penisilin merencat pembiakan dan pertumbuhan bakteria. (d) Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik. Antibiotik ialah bahan kimia yang menghasilkan kawasan jernih di atas permukaan agar nutrien. (e) Namakan satu contoh penyakit yang dapat dirawat dengan antibiotik. Sifilis / gonorea / tibi / taun. (f) Rajah 3 menunjukkan mikroorganisma P, Q, R dan S. Rajah 3 (i) Kelaskan mikroorganisma P, Q, R dan S kepada bakteria dan virus. Bakteria: P dan Q Virus : R dan S (ii) Nyatakan mikroorganisma yang dapat dibunuh oleh antibiotik. P dan Q
  • 32. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 32 SOALAN OBJEKTIF Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang terbaik. 1 Apakah suhu optimum untuk pertumbuhan patogen yang menyebabkan penyakit? A 5 o C B 30 o C C 37 0 C D 60 0 C 2 Rajah 1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bacteria. Rajah 1 Apakah faktor yang dikaji dalam eksperimen ini? A pH B Suhu C Cahaya D Nutrien 3 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah hanya tumbuh dan membiak di dalam sel hidup? A Alga B Virus C Kulat D Bakteria 4 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah menyebabkan penyakit panau? A Kulat B Virus C Bakteria D Protozoa 5 Antara mikroorganisma yang berikut, yang manakah digunakan untuk menaikkan roti? A Yis B Mukor C Bakteria D Spirogira
  • 33. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 33 6 Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria? A Tibi B Kurap C Beguk D Malaria 7 Apakah cara yang paling sesuai untuk mengawal populasi lalat rumah bagi mencegah penyakit taun? A Pensterilan B Suntikan vaksin C Kawalan vektor D Kebersihan kawasan 8 Bagaimana seseorang individu boleh memperoleh keimunan aktif buatan? A Meminum susu ibunya B Disuntik dengan vaksin C Disuntik dengan antiserum D Sembuh daripada suatu penyakit 9 Apakah mikroorganisma yang membantu mengikat nitrogen daripada atmosfera dan menukarkannya kepada nitrat dalam tanah? A Alga B Kulat C Virus D Bakteria 10 Persamaan di Rajah 2 menunjukkan tindakan mikroorganisma X ke atas larutan glukosa. Didapati bahawa gas karbon dioksida mengeruhkan air kapur. Rajah 2 Antara yang berikut, yang manakah mikroorganisma X? A Yis B Virus C Bakteria D Paramesium 11 Apakah gas yang menaikkan adunan roti setelah dicampurkan dengan yis? A Oksigen B Sulfur dioksida C Karbon dioksida D Nitrogen dioksida Larutan glukosa + Mikroorganisma X Etanol + Gas karbon dioksida
  • 34. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 34 12 Rajah 3 menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria dan suhu. Rajah 3 Antara yang berikut, yang manakah suhu optima bagi pertumbuhan bakteria? A 37 0 C B 40 0 C C 50 0 C D 75 0 C 13 Seorang pelajar mempunyai gejala-gejala yang berikut: Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini? A Melalui gigitan nyamuk B Minum air yang tercemar C Melalui pemindahan darah D Melalui titisan air dalam udara 14 Mikroorganisma yang manakah adalah alga? 15 Yis digunakan untuk menghasilkan alkohol. Apakah proses yang terlibat? A Penapaian B Fotosintesis C Pengesteran D Penyulingan  Demam panas berulang  Menggigil
  • 35. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 35 16 Mengapa daging yang disimpan dalam peti sejuk dapat dikekalkan kesegarannya? A Enzimnya telah dimusnahkan B Mikroorganisma telah dibunuh C Aktiviti mikroorganisma meningkat D Kadar pertumbuhan mikroorganisma diperlahankan 17 Rajah 4 menunjukkan sejenis serangga yang boleh menyebarkan patogen sejenis penyakit. Rajah 4 Apakah penyakit itu? A Taun B AIDS C Malaria D Hepatitis B 18 Wabak demam denggi telah berlaku di sebuah kampung. Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengawal wabak tersebut? A Tutup makanan B Hapuskan air bertakung C Elakkan bersentuhan dengan pesakit D Mewujudkan sistem pembuangan najis yang cekap 19 Seorang budak lelaki dan keluarganya mempunyai gejala-gejala berikut. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyebarkan penyakit ini? A Melalui gigitan nyamuk B Berkongsi tuala atau pakaian C Makan makanan yang terdedah D Minum air yang tidak dididihkan  Tompok putih pada kulit  Tompok kelihatan pada muka, leher dan lengan
  • 36. Modul 9 Sains Tngkatan Lima (Naskah guru) Mikroorganisma dan kesannya ke atas hidupan GCSBP 36 20 Rajah 5 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bakteria pada suhu bilik. Rajah 5 Antara faktor berikut, yang manakah yang dikaji dalam eksperimen ini? A Suhu B Cahaya C Nilai pH D Kelembapan Roti lembap Roti kering