SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 32
PROFILE PSSCM CAWANGAN KEDAH


PERSATUAN
1. PENGENALAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Seni Silat Cekak sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia
dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira-
kira 80 000 orang dan mempunya sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatan
Tenaga Pengajar seramai lebih kurang 700 orang. PSSCM juga telah diterima
dengan baik di IPTA dan IPTS seperti UiTM UIAM, UUM, USM, UPM, UKM, UTM,
                                         ,
UPSI serta di kolej-kolej teknikal seperti UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan di
sekolah-sekolah. Paling membanggakan juga, ia telah diterima baik oleh pihak
Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan tertubuhnya Kelab Silat Cekak TLDM di
Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Di samping itu, Silat Cekak juga telah diterima
sebagai salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA seperti di
UiTM, USM dan UUM.

Di   dalam   usaha   perkembangannya,      PSSCM        telah   mengukuhkan     jentera
pentadbirannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan penggunaan teknologi
internet. PSSCM telah mempunyai laman webnya sendiri untuk kemudahan orang
ramai   mendapatkan     maklumat    mengenai        persatuan   ini.   Dengan   jentera
pentadbirannya, PSSCM melangkah maju berusaha untuk mendaulatkan Seni Silat
Melayu melalui program pemilikan hartanah samada di peringkat pusat mahupun
cawangan-cawangan negeri.

Sesuai dengan cita-cita PSSCM untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu, PSSCM
telah bersama-sama terlibat di dalam semua aktiviti Persatuan Silat Kebangsaan
(PESAKA) serta di dalam program pembangunan negara yang ingin melihat
masyarakat Melayu khususnya terus maju dan berjaya dalam semua bidang yang
diceburi sebagaimana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
PSSCM amat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada kerajaan
Malaysia dalam sebarang usaha untuk membasmi budaya kurang sihat melalui
program Rakan Muda dan Rakan Wajadiri. Komitmen berterusan yang diberikan
oleh PSSCM adalah untuk terus bergiat cergas dalam semua usaha penyeimbangan
pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar Sosial
Negara.




2. MISI, VISI DAN MATLAMAT PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

MISI
Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya
supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.


VISI
Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia
dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad
Islam.


MATLAMAT
   1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa
         yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan.
   2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa
         Melayu.
   3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri
         sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain.
   4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa
         hidup serta matlamat sebenar hidup itu.
   5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan
         iktikad Islam.
   6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi
         apa jua keadaan.


STRATEGI
1. Memantapkan sistem pentadbiran dan keurusetiaan dengan mengadakan
   infrastruktur dan sistem sokongan seperti maklumat pangkalan data serta
   memastikan keutuhan perlembagaan PSSCM.
2. Melaksana melalui pelbagai medium untuk majlis penerangan berkenaan
   Seni Silat Cekak dengan mengadakan laman web, Berita Cekak, Kursus
   Penerangan dan demonstrasi serta menggalakkan koleksi sejarah Silat
   Cekak samada dalam bentuk teks, teks bergambar mahupun multimedia.
3. Mendapatkan pembiayaan bagi program peluasan budaya Melayu melalui
   kegiatan yang berasaskan Seni Silat dan menguruskan aset bagi menjana
   pengembangan ekonomi.
4. Mengambil inisiatif untuk mengembangkan Seni Silat Cekak di Institusi
   Pengajian Tinggi atau Pusat Pendidikan dan menyusun program yang dapat
   membangunkan dan menyuburkan lagi budaya Seni Silat.
5. Melakukan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bagi program pengukuhan
   nilai-nilai budaya Melayu dan membina program yang bersesuaian untuk
   peluasan dan pengembangan Seni Pusaka Melayu melalui Seni Silat.
6. Mengambil usaha proaktif secara berterusan untuk memastikan misi, visi dan
   matlamat   PSSCM    tercapai   dengan   mengadakan    aktiviti-aktiviti   yang
   mendorong kepada penyatuan dan perpaduan ahli.
3. SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah
Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya
dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang
ditubuhkan pada Februari 1964.


Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala
Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. Hussain
b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah
dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di
bawah naungan seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk
Keramat, Kuala Lumpur.


Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YM
AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak
Kedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula, melalui Persatuan Seni Silat Cekak
Malaysia. Pada tahun yang sama, buat pertama kalinya lambang rasmi Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini.


Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhum
Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada
13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke
seluruh negara.


Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti', tanggungjawab tersebut
telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden
PSSCM pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009 dan seterusnya oleh Y.Bhg.
Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini.




4. SEJARAH PENUBUHAN PSSCM CAWANGAN KEDAH

PSSCM Cawangan Kedah Utara didaftarkan pada 10 Mei 1972. Hampir tujuh tahun
kegiatan Silat Cekak idak dapat dijalankan kerana kekurangan tenaga penggerak.
Saudara Azmi bin Ismail, Abdul Razak bin Mat dan beberapa pendokong Silat Cekak
yang lain, pada April 1979 kegiatan persatuan mula digerakkan semula apabila
memperolehi tempat latihan di No 94 B, Seberang Perak Alor Setar hasil dari usaha
gigih meraka,dengan Saudara Abdul Razak bin Mat sebagai Yang Di Pertua
cawangan. Seramai 26 orang diijazahkan pada 3 Mei 1979 apabila kelas pertama
dibuka.


Dengan bantuan daripada ahli-ahli ibu pejabat, satu majlis demonstrasi besar-
besaran telah diadakan di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 18
Mac 1980. Langkah ini telah menarik minat orang ramai mempelajari Silat Cekak.


Pada tahun 1981, cawangan ini didaftarkan atas nama Persatuan Seni Silat Cekak
Cawangan Kedah di alamat 2193 Taman Rakyat, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar,
Kedah. Sebanyak dua buah pusat latihan telah Berjaya dibuka di Alor Setar dan
Pokok Tai. Melalui Majlis Ceramah dan Demonstrasi di Universiti Utara Malaysia,
Silat Cekak telah Berjaya dikembangkan di universiti tersebut pada tahun 1988 dan
saudara Abdullah bin Murad dipilih sebagai Penasihat Pengurusan.


PSSCM cawangan Kedah telah berpindah ke Lot 132 Jalan Biru, Kampung Berjaya,
05150 Mergong, Alor Setar dan pada tahun 2000 di A 1447, Lorong Seri, Jalan
Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah sehingga kini.

PERAKUAN, PENDAFTARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA




5. LAMBANG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA




Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin
        Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap
komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:
Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah
matapelajaran untuk mempertahankan diri.


Segemal Padi - bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin
berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa
sombong, bongkak, takbur dan khianat.


Parang Lading - Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang
juga merupakan senjata asli orang Melayu           yang khas digunakan untuk
mempertahankan                                                               diri.


Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta
negara Malaysia.


Tulisan Muhammad Ahmad - tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud
penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani.




Warna - seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan
juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:-

          Kuning - melambangkan kedaulatan silat
          pusaka bangsa Melayu

          Merah - melambangkan kesanggupan untuk
          mempertahankan diri dengan menggunakan
          sistem Silat Cekak jika diceroboh

          Biru Tua - warna rasmi Silat Cekak
          melambangkan asuhan rohani dan jasmani
Putih - melambangkan suci dan bersih



           Hijau - melambangkan keIslaman




6. PANTUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA




                         Lahirnya Cekak kerana kesedaran
                          bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan


      Silat Cekak benar-benar asli
     tidak bercampur hak luar negeri
    hendaklah belajar bersungguh hati
       untuk menjaga diri sendiri


     Silat Cekak tersangatlah mudah
   bagi mereka yang mendapat hidayah
   sungguhpun begitu hendaklah tabah
      InsyaAllah mendapat faedah


        Silat Cekak pada lahirnya
     pengertian gerak pada batinnya
    hendaklah mahir seluruh anggota
      hendaklah jujur pada jiwanya


      Taat ke guru membawa berkat
    sedikit belajar banyak yang dapat
    jika menderhaka menjadi mudarat
      semua ilmu tiada yang lekat


        Sebenar guru ada hakikat
        dikuat pula amalan syariat
       ditambah pula ilmu makrifat
     berpakaian pula dengan isyarat


     Dua ibu bapa tak boleh derhaka
        besar jasanya kepada kita
   kalau menderhaka bahaya menimpa
      di akhirat kita masuk neraka


      Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
                           supaya menjadi mukmin sejati
                          demi menegak Islam yang suci.




 Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji
Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat
   Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan
  jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan
oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak
                                      2 (1976).




7. LAGU RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA



                                  Warisan Mutlak
Dengan jiwa yang mulia kita bersatu
       Pusaka Melayu dipelihara
      Silat Cekak warisan mutlak
        Seni kebudayaan kita


    Berusaha sentiasa kita bersedia
        Diri sendiri perlu dijaga
      Silat Cekak warisan mutlak
    Mari bersama kita jayakannya


                Korus:
    Dengan guru yang ada hakikat
         Serta amalan syariat
     Tambah dengan ilmu makrifat
     Munafaatnya sungguh hebat


 Penuh azam mencapai matlamat kita
   Mempertahankan kedaulatannya
      Silat Cekak warisan mutlak
   Demi agama, bangsa dan negara




Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)
8. AHLI JAWATANKUASA PSSCM PUSAT 2011/2014
9. AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN KEDAH 2011/2013
10. KELAS KELAS LATIHAN PSSCM CAWANGAN KEDAH




PERSILATAN
1. ASAL USUL PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan
Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.


Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah
menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan
ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula
telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu
Kurau,             Taiping       sebagai           'pemegang              amanah'.


Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu
berumur                                20                                   tahun:


"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau
pulangkan kembali".


Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin
Haji Ahmad
yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.


Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji
Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini
daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember
1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar,
Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari
Budaya       Sri     Kedah   yang     ditubuhkan      pada     Februari      1964.


Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan
dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975,
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang
mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji
Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.


Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan
mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama
merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan
penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia
pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga
beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen
Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.


Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah
berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas
latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan
swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
2. PENGERTIAN CEKAK

Petikan daripada artikel yang bertajuk 'Cekak'
Suara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975




Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama-
nama                                             yang                          lain?
Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud?


Perkataan Lama Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir
              .
sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini
menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan
'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu
digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak.


Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa
Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita
mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri.


Makan Cekak Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu
           .
simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna
bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada
orang yang mengatakan:


"Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'."


Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang
bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh-
musuhnya.


Bercakak Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut
        .
sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa
Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya:


"Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga".
Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi
kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan
bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa
bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat
yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis-
majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari
menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila
bertempur dengan musuh.


Secekak Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti
       .
segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya,
Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini
dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari
silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang).
Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat,
teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali.


Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang
benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi
keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia
dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri.


Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan
kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu.


Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat
ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang
mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal-
pengamalnya.
Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan
pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah
yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat
Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat
pelajarannya.




3. SISTEM MATA PELAJARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
Pelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistem
yang unik berbanding dengan seni beladiri yang lain



Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian:




a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan
di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang
(tidak berdiri kuda-kuda).


b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih
bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak
sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah
pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu
keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng,
Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang
disebutkan pada bahagian awal tadi.




Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah:
  •   Buah Pertama
  •   Buah Keputusan Gayung Fatani
  •   Buah Keputusan Sendeng Atas
  •   Buah Kilas Belakang
  •   Buah Kilas Hadapan
  •   Buah Kidong Kiri
  •   Buah Kuntau Jatuh
  •   Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri
      Gantung
  •   Buah Kuntau Kanan Gantung
  •   Buah Hentak (Keputusan Silat
      Harimau)
  •   Buah Ali Patah Atas
  •   Buah Ali Patah Sudah
  •   Buah Selendang
  •   Buah Gari & Gari Gunting
  •   Buah Paras
  •   Buah Keputusan Pasung Kemanga
  •   Buah Keputusan Terlak
  •   Buah Keputusan Lintau
•   Buah Hempok
   •   Buah Luncur

   •  Buah Siku Potong
d. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu.
Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah
yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak;
bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang
tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi:

PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI




e. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya
melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat.


f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan
juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang
sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan
yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap.


g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak
menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak
kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga;
tidak mengguna dua pisau.
h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan
yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan
kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada
dirinya.




4. SENJATA RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu,
terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Kesebatian
parang lading dengan negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi di
negeri lain jarang kedapatan. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekak
ini berasal dari Kedah.




Kita berkeyakinan demikian kerana sebenarnya parang lading adalah senjata rasmi
silat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Parang lading adalah senjata yang tunggal di
dalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang,
kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup.


Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta
cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluh
peratus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri.


Seratus Peratus
Senjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus.
Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Ini
merupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankan
diri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima-
panglima.


Ada Perbezaan
Satu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata di
antara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmi
silat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaan
yang mustahak sekali diterangkan.


Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidak
dengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya.
Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai dengan
mempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja.
Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikut
ukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan
parang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu.
Peringatan
Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat
menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api.


Memandangkan kepada keistimewaan parang lading sebagai satu pusaka Melayu
yang begitu asli dan bererti, maka persatuan kita telah cuba mengenengahkannya
kepada umum serta disimpan sebagai satu bahan sejarah.
Datuk Mohd. Zain, Ketua Menteri Melaka, menerima parang lading daripada wakil
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Melaka. - Utusan Malaysia, 8hb Januari,
1994




5. PANTANG LARANG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

Berikut adalah pantang-larang yang terdapat didalam Silat Cekak.

    1. Tidak boleh derhaka kepada guru
    2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
    3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
    4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
    5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli




PERGURUAN
1. SALASILAH GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA


Salasilah Guru Silat Cekak
Guru-guru Silat Cekak
Panglima Ismail         Panglima Kanan Negeri Kedah di
                               zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II.



            Panglima Tok         Panglima Kanan Negeri Kedah telah
            Rashid                 menerima Silat Cekak dari wasilah
                                                      Panglima Ismail.

            Yahya Said           Menerima Silat Cekak dari Panglima
            (Pemegang                Tok Rashid sebagai "Pemegang
            Amanah)              Amanah" selama 40 tahun dari 1925
                                                         hingga 1965.
            Ustaz Haji          Pengasas PSSCM dan sebagai Guru
            Hanafi bin Haji       Utama merangkap Presiden selama
            Ahmad                 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos
                                                                1986.
            Tuan Haji Ishak          Guru Utama & Presiden PSSCM
            bin Itam                   selama 23 tahun mulai dari 21
                                 September 1986 hingga 3 Jun 2009.

            Datuk Haji         Guru Utama & Presiden PSSCM mulai
            Maideen bin             dari 3 Jun 2009 hingga sekarang.
            Kadir Shah




2. PROFILE GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan pada
pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah
Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat.
Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan
Guar Chempedak.


Ketika berusia 18 tahun, Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagai
perantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yang
bukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Pak Ngah Sharif
yang berasal dari Tokai, Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusia
yang bermacam ragam. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guru
agama dan penyelia zakat.


Ustaz   Hanafi   yang   berjiwa   besar,   telah   membabitkan    dirinya   dalam
memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis
dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan
seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman
serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).


Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik, akhirnya beliau
mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkan
beberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Memadailah beliau
menimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu.
Menyingkap semula zaman mudanya, Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi
menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-
benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan
mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah
memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan
menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji
Abdullah Fahim.


Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz
Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada
masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik
anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala
pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.


Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak,
jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali.
Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu, Ustaz Hanafi sedar bahawa
beberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengan
keadaan semasa. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corak
hubungan antara guru dan penuntut.


Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat dari
penuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru, tetapi kerana sifat dan tindak
tanduknya yang boleh memenangi hati murid. Ustaz Hanafi beranggapan, sikap
takut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntut
akan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu.


Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafi
berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik
dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Setiap
mata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dan
sebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak.


Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis-
majlis penerangan. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis penerangan
ialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara
bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiap
perubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang
cekap.


YM Tuan Haji Ishak bin Itam
Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 - 2009)




YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu,
iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari
Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din.
Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2
tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.


Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man
Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru
Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan
Tomoi Siam.


Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui
Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat
ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga
pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh
Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian
belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan
Haji Hussein.


Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas
di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu
dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah
merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa
tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.




Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan
seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut
Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk
mempelajari Silat Cekak ini.


YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan
sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan
pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan
menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping
menerima berbagai ujian dari gurunya.


YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih.
Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta
Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala
Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali
berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.


Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM
Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21
September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah
di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus
menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.
Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah
Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia




Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18
Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis). Bapanya Kadir Shah bin Syed
Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripada
sembilan beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali
Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad).


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road, Jalan Pudu (darjah 1 -
2). Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 - 6). Melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School), Kuala
Lumpur sehingga tingkatan tiga. Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam
bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar Tokoh
Usahawan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga
Wisma Yakin, Kuala Lumpur (PPWY).


Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat. Beliau pernah mempelajari Silat
Gayung Malaysia ketika berusia 13 tahun. Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahun
beliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin
Haji Ahmad, Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat, Kg. Baru, Kuala
Lumpur.   Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidang
keagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun. Kemudian
berterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam.


Semasa remaja, beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalam
bidang al-Quran. Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalami
ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid Damai
Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam.


Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan Ujian
Sijil Menengah pada tahun 1980. Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliau
sebagai Jurulatih pada tahun 1977. Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun
1981.


Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan
di Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan Silat
Olahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia.


Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM, beliau dilantik sebagai
Naib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993. Semasa
“Krisis 1993 dan 1994”, beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankan
PSSCM sehingga berjaya. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama,
beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusan
yang melibatkan PSSCM, agensi kerajaan dan swasta. Ketokohan beliau sebagai
seorang pemimpin, terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM.
YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden
kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil-
Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009
bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini telah di terima
oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri.            Kelas pertama
diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang pada
hari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang.


Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCM
dan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12
Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yang
berlangsung di Hotel DePalma, Ampang.


Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat, DYMM Seri Paduka
Baginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat “Darjah
Panglima Mahkota Wilayah” membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009
bersamaan 06 Safar 1430H.     Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perguruan
Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009 .

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfhada45
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanPutih Kertas
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumShid Azie
 
DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2zerat88
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah Rashidin Bujang
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Olahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahOlahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahSun Lam
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumsoulmoon
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021HarisAzmin
 
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018Akademi Kota Raja Utama
 
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniform
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit BeruniformKertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniform
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniformskbekelam
 

Was ist angesagt? (20)

KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
 
Prosedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahanProsedur tetap perkhemahan
Prosedur tetap perkhemahan
 
Kertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulumKertas kerja kokurikulum
Kertas kerja kokurikulum
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
Rph pjk tahun 6
Rph pjk tahun 6Rph pjk tahun 6
Rph pjk tahun 6
 
DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2DSKP SAINS TAHUN 2
DSKP SAINS TAHUN 2
 
Ikatan krs
Ikatan krsIkatan krs
Ikatan krs
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Skrip pelancaran bulan kemerdekaan
Skrip pelancaran bulan kemerdekaanSkrip pelancaran bulan kemerdekaan
Skrip pelancaran bulan kemerdekaan
 
Olahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahOlahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengah
 
Pengenalan olahraga
Pengenalan olahragaPengenalan olahraga
Pengenalan olahraga
 
Buku panduan krs dan tkrs
Buku panduan krs dan tkrsBuku panduan krs dan tkrs
Buku panduan krs dan tkrs
 
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulumKertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
 
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018Permohonan penubuhan  kelab persatuan  2018
Permohonan penubuhan kelab persatuan 2018
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniform
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit BeruniformKertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniform
Kertas kerja Kursus Kemahiran Asas Unit Beruniform
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 

Ähnlich wie Profile PSSCM Cawangan Kedah

Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSiput Sedut
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxKADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxMOHDZAIDIBINMOHAMEDR
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaumEvans Eyan
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)haniffpotter
 
Kadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahKadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahZila Aleeya
 
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Sabry Dash
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja iccNoor Adilah
 
Nota modul TKRS 2021
Nota modul TKRS 2021Nota modul TKRS 2021
Nota modul TKRS 2021Suraya Rahman
 
Bab 9 hubungan etnik sumbangan kerajaan & malaysia
Bab 9 hubungan etnik   sumbangan kerajaan & malaysiaBab 9 hubungan etnik   sumbangan kerajaan & malaysia
Bab 9 hubungan etnik sumbangan kerajaan & malaysiaFarid Hasan
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunanazieEizara
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)rosedainty
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariTan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhariaasyiqin
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxSitiAishahMohdYusof
 

Ähnlich wie Profile PSSCM Cawangan Kedah (20)

Sejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krsSejarah penubuhan krs
Sejarah penubuhan krs
 
SLOT MENGENALI KRS.pptx
SLOT MENGENALI KRS.pptxSLOT MENGENALI KRS.pptx
SLOT MENGENALI KRS.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptxKADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
KADET REMAJA SEKOLAH KRS SLIDE ASAL PENUBUHAN.pptx
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
 
Sejarah krs
Sejarah krsSejarah krs
Sejarah krs
 
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
Tahap sosioekonomi dan separa politik (1926 1937)
 
Gerko beruniform
Gerko beruniformGerko beruniform
Gerko beruniform
 
Kadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolahKadet remaja-sekolah
Kadet remaja-sekolah
 
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
Perlembagaankrstkrs2012 130105133309-phpapp02
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja icc
 
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdfT5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
T5 BAB 7 SIMPLIFIED.pdf
 
Nota modul TKRS 2021
Nota modul TKRS 2021Nota modul TKRS 2021
Nota modul TKRS 2021
 
Patriotisme
PatriotismePatriotisme
Patriotisme
 
Bab 9 hubungan etnik sumbangan kerajaan & malaysia
Bab 9 hubungan etnik   sumbangan kerajaan & malaysiaBab 9 hubungan etnik   sumbangan kerajaan & malaysia
Bab 9 hubungan etnik sumbangan kerajaan & malaysia
 
Laporan tahunan
Laporan tahunanLaporan tahunan
Laporan tahunan
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariTan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
 

Kürzlich hochgeladen

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 

Kürzlich hochgeladen (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Profile PSSCM Cawangan Kedah

  • 1. PROFILE PSSCM CAWANGAN KEDAH PERSATUAN 1. PENGENALAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Seni Silat Cekak sehingga kini telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan jumlah cawangan di 12 buah negeri. Jumlah keahlian adalah seramai kira- kira 80 000 orang dan mempunya sejumlah 105 buah kelas latihan dengan kekuatan Tenaga Pengajar seramai lebih kurang 700 orang. PSSCM juga telah diterima dengan baik di IPTA dan IPTS seperti UiTM UIAM, UUM, USM, UPM, UKM, UTM, , UPSI serta di kolej-kolej teknikal seperti UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan di sekolah-sekolah. Paling membanggakan juga, ia telah diterima baik oleh pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan tertubuhnya Kelab Silat Cekak TLDM di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Di samping itu, Silat Cekak juga telah diterima sebagai salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA seperti di UiTM, USM dan UUM. Di dalam usaha perkembangannya, PSSCM telah mengukuhkan jentera pentadbirannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan penggunaan teknologi internet. PSSCM telah mempunyai laman webnya sendiri untuk kemudahan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai persatuan ini. Dengan jentera pentadbirannya, PSSCM melangkah maju berusaha untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu melalui program pemilikan hartanah samada di peringkat pusat mahupun cawangan-cawangan negeri. Sesuai dengan cita-cita PSSCM untuk mendaulatkan Seni Silat Melayu, PSSCM telah bersama-sama terlibat di dalam semua aktiviti Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) serta di dalam program pembangunan negara yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya terus maju dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi sebagaimana yang telah disarankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. PSSCM amat bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan padu daripada kerajaan Malaysia dalam sebarang usaha untuk membasmi budaya kurang sihat melalui program Rakan Muda dan Rakan Wajadiri. Komitmen berterusan yang diberikan oleh PSSCM adalah untuk terus bergiat cergas dalam semua usaha penyeimbangan
  • 2. pembangunan negara dan pembangunan sosial selaras dengan Dasar Sosial Negara. 2. MISI, VISI DAN MATLAMAT PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA MISI Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. VISI Mendaulatkan Seni Silat Melayu yang asli, khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan membersihkan segala tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam. MATLAMAT 1. Menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan. 2. Menanamkan perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu. 3. Menanamkan semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri, tanpa bergantung kepada orang lain. 4. Memberi pengertian tujuan dan matlamat bersilat, juga tujuan dan mengapa hidup serta matlamat sebenar hidup itu. 5. Membasmi dan menentang tahyul dan khurafat yang tidak sesuai dengan iktikad Islam. 6. Menanamkan semangat dan roh Islam sebagai pegangan bagi menghadapi apa jua keadaan. STRATEGI
  • 3. 1. Memantapkan sistem pentadbiran dan keurusetiaan dengan mengadakan infrastruktur dan sistem sokongan seperti maklumat pangkalan data serta memastikan keutuhan perlembagaan PSSCM. 2. Melaksana melalui pelbagai medium untuk majlis penerangan berkenaan Seni Silat Cekak dengan mengadakan laman web, Berita Cekak, Kursus Penerangan dan demonstrasi serta menggalakkan koleksi sejarah Silat Cekak samada dalam bentuk teks, teks bergambar mahupun multimedia. 3. Mendapatkan pembiayaan bagi program peluasan budaya Melayu melalui kegiatan yang berasaskan Seni Silat dan menguruskan aset bagi menjana pengembangan ekonomi. 4. Mengambil inisiatif untuk mengembangkan Seni Silat Cekak di Institusi Pengajian Tinggi atau Pusat Pendidikan dan menyusun program yang dapat membangunkan dan menyuburkan lagi budaya Seni Silat. 5. Melakukan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bagi program pengukuhan nilai-nilai budaya Melayu dan membina program yang bersesuaian untuk peluasan dan pengembangan Seni Pusaka Melayu melalui Seni Silat. 6. Mengambil usaha proaktif secara berterusan untuk memastikan misi, visi dan matlamat PSSCM tercapai dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mendorong kepada penyatuan dan perpaduan ahli.
  • 4. 3. SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Pada akhir tahun 1970, Seni Silat Cekak telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, ia berkembang dari satu sudut yang kecil di kedai makan milik En. Hussain b. Ahmad, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Seterusnya, beberapa kelas telah dibuka, antaranya di Kampung Baru. Kegiatannya di Kuala Lumpur telah berjalan di bawah naungan seksi Seni Silat, Persatuan Bawean Putra, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Pada 19 Ogos 1971, Silat Cekak telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad melalui Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia dan pada tahun 1975 pula, melalui Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Pada tahun yang sama, buat pertama kalinya lambang rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah diperkenalkan dan telah digunakan sehingga kini. Perkembangan awal Seni Silat Cekak Malaysia telah diterajui oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah pada
  • 5. 13 Ogos 1986 selepas 21 tahun mengembangkan Seni Silat Cekak Malaysia ke seluruh negara. Bak kata pepatah Melayu 'patah tumbuh hilang berganti', tanggungjawab tersebut telah diteruskan oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 21 September 1986 sehingga 3 Jun 2009 dan seterusnya oleh Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Kadir Shah sehingga kini. 4. SEJARAH PENUBUHAN PSSCM CAWANGAN KEDAH PSSCM Cawangan Kedah Utara didaftarkan pada 10 Mei 1972. Hampir tujuh tahun kegiatan Silat Cekak idak dapat dijalankan kerana kekurangan tenaga penggerak. Saudara Azmi bin Ismail, Abdul Razak bin Mat dan beberapa pendokong Silat Cekak yang lain, pada April 1979 kegiatan persatuan mula digerakkan semula apabila memperolehi tempat latihan di No 94 B, Seberang Perak Alor Setar hasil dari usaha gigih meraka,dengan Saudara Abdul Razak bin Mat sebagai Yang Di Pertua cawangan. Seramai 26 orang diijazahkan pada 3 Mei 1979 apabila kelas pertama dibuka. Dengan bantuan daripada ahli-ahli ibu pejabat, satu majlis demonstrasi besar- besaran telah diadakan di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 18 Mac 1980. Langkah ini telah menarik minat orang ramai mempelajari Silat Cekak. Pada tahun 1981, cawangan ini didaftarkan atas nama Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Kedah di alamat 2193 Taman Rakyat, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar,
  • 6. Kedah. Sebanyak dua buah pusat latihan telah Berjaya dibuka di Alor Setar dan Pokok Tai. Melalui Majlis Ceramah dan Demonstrasi di Universiti Utara Malaysia, Silat Cekak telah Berjaya dikembangkan di universiti tersebut pada tahun 1988 dan saudara Abdullah bin Murad dipilih sebagai Penasihat Pengurusan. PSSCM cawangan Kedah telah berpindah ke Lot 132 Jalan Biru, Kampung Berjaya, 05150 Mergong, Alor Setar dan pada tahun 2000 di A 1447, Lorong Seri, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah sehingga kini. PERAKUAN, PENDAFTARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA 5. LAMBANG RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:
  • 7. Bintang 21 - bererti kaedah pelajaran Silat Cekak yang mengandungi 21 buah matapelajaran untuk mempertahankan diri. Segemal Padi - bererti silat ini lahir dari masyarakat petani yang resminya makin berisi makin tunduk. Oleh itu silat ini tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa sombong, bongkak, takbur dan khianat. Parang Lading - Parang Lading adalah merupakan senjata rasmi Silat Cekak yang juga merupakan senjata asli orang Melayu yang khas digunakan untuk mempertahankan diri. Sebilah Keris - melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu serta negara Malaysia. Tulisan Muhammad Ahmad - tulisan yang bertimbal balik ini membawa maksud penekanan terhadap asuhan rohani dan jasmani. Warna - seperti juga komponen-komponen di atas, setiap warna yang digunakan juga mempunyai pengertiannya yang tersendiri:- Kuning - melambangkan kedaulatan silat pusaka bangsa Melayu Merah - melambangkan kesanggupan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan sistem Silat Cekak jika diceroboh Biru Tua - warna rasmi Silat Cekak melambangkan asuhan rohani dan jasmani
  • 8. Putih - melambangkan suci dan bersih Hijau - melambangkan keIslaman 6. PANTUN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Lahirnya Cekak kerana kesedaran bukan bermusuh sebagai tujuan
  • 9. untuk mendaulatkan seni kebangsaan mensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli tidak bercampur hak luar negeri hendaklah belajar bersungguh hati untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah bagi mereka yang mendapat hidayah sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya pengertian gerak pada batinnya hendaklah mahir seluruh anggota hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat sedikit belajar banyak yang dapat jika menderhaka menjadi mudarat semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat dikuat pula amalan syariat ditambah pula ilmu makrifat berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka besar jasanya kepada kita kalau menderhaka bahaya menimpa di akhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri
  • 10. menerima amanah Tuhan Rabbi supaya menjadi mukmin sejati demi menegak Islam yang suci. Pantun Silat Cekak ini telah dicipta oleh YM AlMarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dengan bertujuan untuk memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam. Pantun di atas telah diterbitkan oleh PSSCM secara rasmi melalui Majalah Suara Cekak 1 (1975) dan Suara Cekak 2 (1976). 7. LAGU RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Warisan Mutlak
  • 11. Dengan jiwa yang mulia kita bersatu Pusaka Melayu dipelihara Silat Cekak warisan mutlak Seni kebudayaan kita Berusaha sentiasa kita bersedia Diri sendiri perlu dijaga Silat Cekak warisan mutlak Mari bersama kita jayakannya Korus: Dengan guru yang ada hakikat Serta amalan syariat Tambah dengan ilmu makrifat Munafaatnya sungguh hebat Penuh azam mencapai matlamat kita Mempertahankan kedaulatannya Silat Cekak warisan mutlak Demi agama, bangsa dan negara Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990)
  • 12. 8. AHLI JAWATANKUASA PSSCM PUSAT 2011/2014
  • 13. 9. AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN KEDAH 2011/2013
  • 14. 10. KELAS KELAS LATIHAN PSSCM CAWANGAN KEDAH PERSILATAN 1. ASAL USUL PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
  • 15. Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'. Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun: "Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali". Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said. Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964. Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM. Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
  • 16. Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • 17. 2. PENGERTIAN CEKAK Petikan daripada artikel yang bertajuk 'Cekak' Suara Cekak, KDN 9130, Bilangan 1, Tahun 1975 Mengapakah Silat Cekak ini dipanggil Silat Cekak? Mengapakah tidak diberi nama- nama yang lain? Adakah nama Cekak diletakkan dengan tidak mempunyai apa-apa maksud? Perkataan Lama Perkataan Cekak adalah satu perkataan yang tua yang telah lahir . sejak zaman masyarakat Melayu. Perkataan 'Cekak' digunakan setiap hari, ini menunjukkan perhubungan yang rapat antara masyarakat kita dengan perkataan 'Cekak' itu tetapi mereka masih jauh dari pengertian Cekak apabila perkataan itu digunakan sebagai nama sejenis seni silat iaitu Seni Silat Cekak. Oleh kerana perkataan Cekak mempunyai pertalian yang erat dengan tata bahasa Melayu, untuk mengetahui mengapakah Silat Cekak itu dinamakan 'Silat Cekak', kita mestilah mengkaji dari segi istilah dan penggunaan perkataan 'Cekak' itu sendiri. Makan Cekak Di Utara terutama di Kedah, perkataan Cekak itu telah dijadikan satu . simpulan bahasa - 'makan cekak'. Simpulan bahasa tersebut membawa makna bertanggungjawab. Misalnya ada suatu pekerjaan yang hendak dibuat, maka ada orang yang mengatakan: "Ah, itu aku seorang saja pun 'makan cekak'." Bila dibawa kembali kepada 'Silat Cekak' maka makna 'Silat Cekak' ialah silat yang bertanggungjawab menjaga diri pengamal-pengamalnya dari dianiayai oleh musuh- musuhnya. Bercakak Di dalam bahasa Minang, perkataan Cekak ada juga, tetapi tidak disebut .
  • 18. sebagai 'Ce-kak' tetapi disebut dengan bunyi 'Cakak'. Bercakak dalam bahasa Minang membawa maksud bergaduh. Contohnya: "Si Ali dan si Ahmad sedang bercakak di simpang tiga". Ini membawa pengertian bahawa si Ali dan si Ahmad sedang bergaduh. Jadi kembali kita kepada makna Silat Cekak - ia membawa erti 'Silat Gaduh'. Ini bukan bermakna Silat Cekak ini suka bergaduh tetap ialah Silat yang boleh dibawa bergaduh untuk mempertahankan diri. Jelas sekali Silat Cekak sebenarnya Silat yang benar-benar untuk mempertahankan diri bukan untuk pertunjukkan di majlis- majlis kenduri ataupun di pesta-pesta. Sebab itulah Silat Cekak tidak ada tari menari, gong gendang dan langkah melangkah. Ia hanya mara kehadapan apabila bertempur dengan musuh. Secekak Pergi pula kita kepada perkataan secekak. Secekak membawa erti . segenggam. Segenggam ini pula membawa kepada banyak maksud. Pertamanya, Silat Cekak mempelajari yang segenggam bukan yang segantang. Di sini dimaksudkan bahawa mata pelajaran Silat Cekak merupakan mata pelajaran intisari silat sahaja (segenggam) bukannya cabang-cabang silat yang banyak (segantang). Oleh kerana Silat Cekak adalah mempelajari perdu gerak, maka ianya sangat cepat, teratur dan dapat diajar dalam waktu yang singkat sekali. Kedua, segenggam menunjukkan padu. Jadi Silat Cekak adalah satu Silat yang benar-benar tegas dan berpendirian. Di mana kaedah-kaedahnya memberi keyakinan kepada pengamal-pengamalnya bahawa mereka telah mendapat rahsia dan sesuatu yang berguna di dalam bidang seni mempertahankan diri. Kesimpulan. Dari hujjah-hujjah di atas dapatlah kita membuat satu tumpuan kesimpulan, mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak itu. Silat Cekak adalah sesuai dinamakan kepada amalan Seni Silat ini kerana Seni Silat ini adalah satu-satunya jenis silat yang benar-benar asli hak pusaka Melayu yang mempunyai pegangan untuk bertanggungjawab di dalam menjaga diri pengamal- pengamalnya.
  • 19. Untuk penjelasan, penerangan di atas cuma menitik beratkan Silat Cekak dengan pengunaan perkataan 'Cekak'. Sebenarnya dari segi mata pelajaran dan kaedah yang diajar memanglah sesuai dan tepat mengapa Silat Cekak dinamakan Silat Cekak. Hal ini sudah tentu diketahui oleh penuntut-penuntut silat yang telah tamat pelajarannya. 3. SISTEM MATA PELAJARAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Pelajaran Silat Cekak Malaysia mempunyai satu sistem yang unik berbanding dengan seni beladiri yang lain Pelajaran ini terbahagi kepada 8 bahagian: a. Mempunyai kaedah A, B, C dan D. 4 pergerakan di tangan kiri dan 4 pergerakan di tangan kanan (kaki tidak bergerak), berdiri lurus seperti berdiri waktu sembahyang (tidak berdiri kuda-kuda). b. Buah-buah dasar (basic) sambungan daripada kaedah A, B, C dan D; dilatih bergerak sekali tangan dan kaki. c. Buah-buah pecahan atau buah-buah anak sambungan daripada buahbuah dasar pelajaran yang kedua. Dengan buah-buah pecahan inilah untuk mempertahankan keselamatan daripada segala rupa serangan.
  • 20. c. Buah-buah dasar dan pecahan-pecahan ini adalah buah-buah segala ilmu keputusan seluruh silat Melayu di dalam alam Melayu seperti Keputusan Sendeng, Keputusan Gayung Fatani, Keputusan Silat Harimau dan lain-lain seperti yang disebutkan pada bahagian awal tadi. Nama-nama buah Seni Silat Cekak antara lain ialah: • Buah Pertama • Buah Keputusan Gayung Fatani • Buah Keputusan Sendeng Atas • Buah Kilas Belakang • Buah Kilas Hadapan • Buah Kidong Kiri • Buah Kuntau Jatuh • Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung • Buah Kuntau Kanan Gantung • Buah Hentak (Keputusan Silat Harimau) • Buah Ali Patah Atas • Buah Ali Patah Sudah • Buah Selendang • Buah Gari & Gari Gunting • Buah Paras • Buah Keputusan Pasung Kemanga • Buah Keputusan Terlak • Buah Keputusan Lintau
  • 21. Buah Hempok • Buah Luncur • Buah Siku Potong d. Pengajaran cara memotong atau menyekat kesemua 21 buah yang tersebut itu. Andainya Seni Silat Cekak menyerang dan musuh menggunakan salah satu buah yang tersebut, buah itu tak terdaya mernakan atau menangkap Seni Silat Cekak; bahkan Seni Silat Cekak dapat memakan balik dengan salah satu buah-buah yang tersebut. Di sinilah tegaknya falsafah Seni Silat Cekak yang berbunyi: PAKAI TAK PAKAI, TAK PAKAI PAKAI e. Ini adalah pelajaran tamat; bererti sesama ahli Seni Silat Cekak tak terdaya melawan lagi kerana sama-sama faham pelajaran silat. f. Pengajaran taktik menyerang lawan supaya membunuh buah-buahnya sendiri dan juga buah silat yang lain. Yang anehnya dalam Seni Silat Cekak sambil menyerang sambil menangkap. (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Menurut penyelidikan yang dibuat tidak ada satu silat yang sekiranya ia menyerang ia dapat menangkap. g. Pengajaran menangkis segala pukulan tongkat dengan tangan kosong; tidak menggunakan dua tongkat seperti yang terdapat dalam silat-silat lain yang bercorak kesukanan. Begitu juga menangkis segala tikaman dengan tangan kosong juga; tidak mengguna dua pisau.
  • 22. h. Pengajaran mengguna Parang Lading buah menunggu segala rupa serangan yang menggunakan senjata pendek. Penyerangan terhadap musuh tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih merbahaya kepada dirinya. 4. SENJATA RASMI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Parang lading memang tidak asing lagi di daerah-daerah utara Tanah Melayu, terutama di Kedah. Di sana hari ini lading digunakan sehari-harian. Kesebatian parang lading dengan negeri Kedah memang tidak dapat dinafikan lagi, tetapi di negeri lain jarang kedapatan. Hal inilah menyebabkan kita yakin bahawa silat Cekak ini berasal dari Kedah. Kita berkeyakinan demikian kerana sebenarnya parang lading adalah senjata rasmi silat Cekak sejak zaman dahulu lagi. Parang lading adalah senjata yang tunggal di dalam silat Cekak. Didalam Cekak, tidak terdapat penggunaan keris, pisau, pedang, kelewang atau apa senjata lain kerana kita yakin parang lading sudah cukup. Disamping itu parang lading sajalah yang bersesuaian dengan kaedah-kaedah serta
  • 23. cara penangkisan yang diamalkan oleh silat Cekak yang dimana sembilan puluh peratus dari mata pelajarannya menitik beratkan cara-cara mempertahankan diri. Seratus Peratus Senjata parang lading adalah senjata untuk mempertahankan diri seratus peratus. Tiada satu kaedah pun di dalam menggunakannya ada kaedah untuk menyerang. Ini merupakan satu lagi bukti betapa sesuainya silat Cekak ini untuk mempertahankan diri, bukan untuk menceroboh yang bersesuaian dengan pakaian panglima- panglima. Ada Perbezaan Satu hal yang mesti dijelaskan ialah bahawa terdapat perbezaan yang nyata di antara lading biasa yang digunakan sehari-hari dengan parang lading senjata rasmi silat Cekak. Cara membuat dan kadar ukuran di antara keduanya adalah perbezaan yang mustahak sekali diterangkan. Parang lading biasa itu cuma berbentuk rupa parang lading sahaja, dibuat tidak dengan ukuran tertentu, berkemungkinan besar tidak ada lagi pakarnya. Sebenarnya, ukuran sebenar parang lading yang tepat dan sesuai dengan mempertahankan diri hanya terdapat didalam pengetahuan silat Cekak sahaja. Ukuran khas yang dimaksudkan adalah ukuran parang lading yang dibuat mengikut ukuran anggota tuan sipemakainya. Oleh itu, orang lain tidak boleh menggunakan parang lading yang ditempa khas untuk seseorang yang tertentu. Peringatan Parang lading ini bukanlah boleh digunakan untuk menyerang. Tetapi hanya buat menunggu serangan dari segala jenis serangan kecuali senjata api. Memandangkan kepada keistimewaan parang lading sebagai satu pusaka Melayu yang begitu asli dan bererti, maka persatuan kita telah cuba mengenengahkannya kepada umum serta disimpan sebagai satu bahan sejarah.
  • 24. Datuk Mohd. Zain, Ketua Menteri Melaka, menerima parang lading daripada wakil Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Melaka. - Utusan Malaysia, 8hb Januari, 1994 5. PANTANG LARANG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Berikut adalah pantang-larang yang terdapat didalam Silat Cekak. 1. Tidak boleh derhaka kepada guru 2. Tidak boleh derhaka kepada ibu 3. Tidak boleh derhaka kepada bapa 4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli 5. Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli PERGURUAN 1. SALASILAH GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA Salasilah Guru Silat Cekak Guru-guru Silat Cekak
  • 25. Panglima Ismail Panglima Kanan Negeri Kedah di zaman Kesultanan Ahmad Tajuddin II. Panglima Tok Panglima Kanan Negeri Kedah telah Rashid menerima Silat Cekak dari wasilah Panglima Ismail. Yahya Said Menerima Silat Cekak dari Panglima (Pemegang Tok Rashid sebagai "Pemegang Amanah) Amanah" selama 40 tahun dari 1925 hingga 1965. Ustaz Haji Pengasas PSSCM dan sebagai Guru Hanafi bin Haji Utama merangkap Presiden selama Ahmad 21 tahun dari 1965 hingga 13 Ogos 1986. Tuan Haji Ishak Guru Utama & Presiden PSSCM bin Itam selama 23 tahun mulai dari 21 September 1986 hingga 3 Jun 2009. Datuk Haji Guru Utama & Presiden PSSCM mulai Maideen bin dari 3 Jun 2009 hingga sekarang. Kadir Shah 2. PROFILE GURU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
  • 26. Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat. Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan Guar Chempedak. Ketika berusia 18 tahun, Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagai perantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yang bukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Pak Ngah Sharif yang berasal dari Tokai, Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusia yang bermacam ragam. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guru agama dan penyelia zakat. Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir). Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkan beberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Memadailah beliau menimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu. Menyingkap semula zaman mudanya, Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-
  • 27. benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim. Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan. Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali. Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu, Ustaz Hanafi sedar bahawa beberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corak hubungan antara guru dan penuntut. Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat dari penuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru, tetapi kerana sifat dan tindak tanduknya yang boleh memenangi hati murid. Ustaz Hanafi beranggapan, sikap takut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntut akan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu. Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Setiap mata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dan sebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak. Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis- majlis penerangan. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis penerangan ialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara
  • 28. bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiap perubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap. YM Tuan Haji Ishak bin Itam Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia (1986 - 2009) YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam. Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian
  • 29. belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein. Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah. Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini. YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya. YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang. Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehingga 3 Jun 2009.
  • 30. Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dilahirkan di Sg. Besi, Kuala Lumpur pada 18 Julai 1957 bersamaan 20 Z ulhijjah 1376H (Khamis). Bapanya Kadir Shah bin Syed Maidin dan ibunya Julaiha bte Mohd Ibrahim. Beliau anak yang keenam daripada sembilan beradik. Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Roznida bte Ali Omar pada 16 September 1984 bersamaan 20 Zulhijjah 1404H (Ahad). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pasar Road, Jalan Pudu (darjah 1 - 2). Kemudian Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang (darjah 3 - 6). Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Lelaki Ampang (Ampang Boy School), Kuala Lumpur sehingga tingkatan tiga. Dalam usia tersebut beliau lebih cenderung dalam
  • 31. bidang perniagaan bermula secara kecil-kecilan sehingga berjaya bergelar Tokoh Usahawan. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Wisma Yakin, Kuala Lumpur (PPWY). Dari kecil lagi beliau amat meminati seni silat. Beliau pernah mempelajari Silat Gayung Malaysia ketika berusia 13 tahun. Pada tahun 1974 semasa usia 17 tahun beliau belajar Seni Silat Cekak Malaysia dengan al-marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama dan Presiden PSSCM di Jalan Haji Sirat, Kg. Baru, Kuala Lumpur. Datuk Haji Maideen telah berguru secara peribadi dalam bidang keagamaan dan persilatan dengan Ustaz Hanafi selama 10 tahun. Kemudian berterusan dengan YM Tuan Haji Ishak bin Itam. Semasa remaja, beliau berguru dengan Tuan Syed Harun secara formal dalam bidang al-Quran. Pada tahun 1997 semasa usia 40 tahun, beliau telah mendalami ilmu al-Quran dengan Tuan Syed Mustaffa bin Syed Othman, Imam Masjid Damai Datuk Keramat selama 2 tahun sehingga khatam. Pada tahun 1975 beliau telah mengambil Ujian Sijil Rendah Silat Cekak dan Ujian Sijil Menengah pada tahun 1980. Al-marhum Ustaz Hanafi telah melantik beliau sebagai Jurulatih pada tahun 1977. Ahli LPT dan AJK Pusat PSSCM pada tahun 1981. Beliau juga pernah mewakili PSSCM dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1984 dan mewakili negara dalam Kejohanan Silat Olahraga Sedunia pada tahun 1981 di Singapura serta 1982 di Jakarta Indonesia. Atas pengalaman beliau selama 19 tahun dalam PSSCM, beliau dilantik sebagai Naib Presiden PSSCM oleh YM Tuan Haji Ishak bin Itam pada tahun 1993. Semasa “Krisis 1993 dan 1994”, beliau telah bersama-sama berjuang mempertahankan PSSCM sehingga berjaya. Selaku orang kepercayaan Presiden dan Guru Utama, beliau seringkali diberi mandat mewakili Guru Utama dan Presiden dalam urusan yang melibatkan PSSCM, agensi kerajaan dan swasta. Ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin, terbukti selama 35 tahun semasa khidmatnya dalam PSSCM.
  • 32. YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah menyerahkan Jawatan Guru Utama dan Presiden kepada Datuk Haji Maideen pada hari Rabu, 03 Jun 2009 bersamaan 09 Jamadil- Akhir 1430H di kediamannya dan secara beradat pada hari Khamis 23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadil-Akhir 1430H jam 1.00 pagi. Penyerahan ini telah di terima oleh semua pentadbir PSSCM dan Ketua Cawangan Negeri. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di Pusat Latihan Kuang pada hari Rabu 22 Julai 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H seramai 116 orang. Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah telah diisytiharkan sebagai Guru Utama PSSCM dan Pemangku Presiden PSSCM pada hari Sabtu 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430H semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa PSSCM yang berlangsung di Hotel DePalma, Ampang. Atas jasa-jasa beliau dalam sumbangan kepada masyarakat, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah berkenan mengurniakan Pingat “Darjah Panglima Mahkota Wilayah” membawa gelaran DATUK pada 02 Februari 2009 bersamaan 06 Safar 1430H. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) mulai 29 Disember 2009 .