SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)
       Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal
formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak
yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
       Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-
sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.
Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,
Terengganu dan Kedah.
       Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama
yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang
amat tinggi.


SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)
       Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di
negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan
sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.
Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor
telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun
1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau
Pinang dan Melaka.
       Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular
ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.
Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis
senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
       Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke
dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,
hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay
Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.


       Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di
negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun
1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau
telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara
China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.
Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya
menjadi bertambah baik.


Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa
sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil
untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah
cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil
pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511
buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah
Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan
tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.


Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum
mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai
beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar
       berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.


       Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada
awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,
sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak
Melayu peringkat atasan.


TEMPOH KEDUA (1946-1957)
Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
       Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.
Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan
semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah
digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu
1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
       Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya
menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-
guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod
penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.


Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
       Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di
dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini
juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.




Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969
       Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara
dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu
„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang
diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.


Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979
       Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan
September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
       “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang,
       termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan
       tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat
       dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-
       lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi
       matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin
       dan terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980)




       Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu
kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan
diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta
mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah dicadangkan.
       Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan
Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di
sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk
masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus
meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah
dan menengah di seluruh Malaysia.


Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang
       Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat
ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja
dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan
pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek,
sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.


Pendidikan Zaman Dahulu
       Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah
Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil
berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan
negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India.
Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap
agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal
berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah
rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun,
masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British.
Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British
ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Laporan Razak 1956.


Pendidikan Zaman Sekarang
       Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem
pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan
Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan
sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan
sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi
pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum
terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan
guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan
sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah
ditetapkan.


Pendidikan Zaman Akan Datang
       Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam
aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada
dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan
teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu
pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat
sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang
teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan
pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek
tatasusila dan etika pelajar.
       Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran
berkonsepkan     teknologi      maklumat,     seperti    pengenalan   kepada   komputer   dan     juga
pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk
mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan
mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan.
Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar
di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi
pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat
diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.


PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
       Pendidikan      di    negara    kita      telah    mengalami    perubahan    dalam       sistem
pendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas
kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandingan
yang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini.


1 Kesan dari aspek falsafah pendidikan
       Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud
“cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyai
perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah
pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih mementingkan
kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan
kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung kepada
aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah-
sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca
al-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980).
       Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga
kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan
oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum.
Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai
bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah
bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah
memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam
masyarakat pribumi.
         Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang
menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat    Malaysia    yang   berilmu   pengetahuan,    berketrampilan,   berakhlak    mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
         Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan
dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikan
generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk
berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar.
Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan
nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-
cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai
wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah disini
menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan negara
sebelum dan selepas kemerdekaan.


2 Kesan dari aspek dasar pendidikan
         Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandingan
yang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeris
telah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yang
bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untuk
memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan kerja buruh
(Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan untuk
mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-
orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalah
sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar ini
mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yang
mampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasar
yang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan.
       Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan penjajah
mendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk menyelesaikan
ketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang dilakukan
oleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula sistem
pendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh perlembagaan
dan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan berjaya.


       Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan
kepada satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan dan
penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaan
yang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi.
Salah satu tindakan yang diambil untuk memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar memudahkan perhubungan antara
masyarakat.
       Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasi
diperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri dengan
memberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar belakang,
agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha pembangunan
insan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan.


3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan
       Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang
pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam sistem
pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang
pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan
perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985)
masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada
di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di
negara ini terlalu dibesar-besarkan.
       Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapai
kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu.
Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan
teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina
mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum
mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh
British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawa
kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969.


       Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelan
dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di
Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan,
maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu,
kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan
peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasian
pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semua
pelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universal
dari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada
semua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang
utuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawa
pendidikan yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untuk
menonjolkan kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalam
menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuan
pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zaman
dari dahulu hingga kini.


4 Kesan dari aspek pembangunan modal insan
       Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan.
Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat,
idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas
kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal,
sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.
Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang
dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran
yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan
agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini
selaras dengan firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28)


       Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan
modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi
peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan.
Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam
pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan.
       Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam
membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan modal
insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari
Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan
modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu
bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal insan
adalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan
kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya
bagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.
       Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar
mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk
melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan
modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insan
sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan
       Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan
membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke
(1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi
menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walau
bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelas
dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan.
       Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu
untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisan
iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajian
agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu tentang peri
pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju selangkah ke
hadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan
organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu.
       Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkan
keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnya
masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluang
kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat.
       Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi
kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika itu
perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah.
Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketika
itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologi
sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan.
       Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakat
telah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatan
Bumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkan
adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman buku
teks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM 120
kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim Baucer
Tuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas merdeka
menitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk
mencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.
6 Kesan dari aspek pembangunan negara
         Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal
generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya
sesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan
pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusia
dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu
(Surah Ar-Rahman, 33).
         Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysia
sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalam
membangunkan negara?
         Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkat
awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah
pembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan
bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai oleh
penjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telah
mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu
membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan
rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982).
         Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampu
untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasiti
untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan
iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan,
kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang
melonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai
maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu
dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa,
1994).
         Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem
pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu.
Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat. Peningkatan ini
akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna
tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,
sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang
memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik
dan sosial.


Penutup
       Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan
demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan
sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan
falasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru,
di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagi
kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkit
dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang
leher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk
menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar dari
generasi yang beraksi di masa ini.
       Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidak
sepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa
tidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami
pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila
mereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat memelihara diri mereka.
”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan tunjang ke arah pembentukan
negara maju.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Denne Freddy
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRirna zuzy
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 

Was ist angesagt? (20)

Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSRMODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
MODEL PEMBINAAN KURIKULUM DAN KSSR
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 

Ähnlich wie Sejarah pendidikan di malaysia

Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Siti Nur Ain
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 

Ähnlich wie Sejarah pendidikan di malaysia (20)

Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Tajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysiaTajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysia
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 

Kürzlich hochgeladen

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Kürzlich hochgeladen (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Sejarah pendidikan di malaysia

  • 1. SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah- sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay
  • 2. Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India. Perkembangan Sekolah Inggeris Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: 1. untuk semua bangsa; 2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; 3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; 4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
  • 3. 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; 6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; 7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; 8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. TEMPOH KEDUA (1946-1957) Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru- guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960. Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
  • 4. dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu „Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan
  • 5. pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif. Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan
  • 6. teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang. PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam sistem pendidikan.Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara . Oleh itu, terdapat perbandingan yang jelas hasil dari perkembangan sistem pendidikan di negara ini. 1 Kesan dari aspek falsafah pendidikan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani Tua iaitu Philosophia yang bermaksud “cinta kepada ilmu pengetahuan atau hikmah”. Falsafah pendidikan negara mempunyai perbezaan yang jelas sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan falsafah pendidikan kita lebih bercorak tradisional. Hal ini disebabkan masyarakat lebih mementingkan kecerdasan dan kemahiran untuk meneruskan hidup dengan bekerja yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Falsafah pendidikan masyarakat tradisional lebih cenderung kepada aspek-aspek kerohanian, akhlak dan moral. Hal dibuktikan berdasarkan penubuhan sekolah- sekolah pondok dan madrasah yang memberi pengajaran dan pembelajaran seperti membaca al-Quran dan tajwid, Tafsir al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid (Awang Had Salleh, 1980). Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan
  • 7. oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita- cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah disini menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan negara sebelum dan selepas kemerdekaan. 2 Kesan dari aspek dasar pendidikan Dasar membawa maksud bahagian yang terpenting, asas atau pokok sesuatu perkara (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Dasar pendidikan di negara kita mempunyai perbandingan yang ketara antara sebelum dan selepas merdeka. Pada era penjajahan, pihak kolonial Inggeris telah memperkenalkan dasar pendidikannya tersendiri. Antaranya ialah dasar penyekatan yang bersifat menghalang kemajuan orang Melayu. Pihak Inggeris lebih cenderung untuk memastikan masyarakat Melayu kekal sebagai petani, nelayan dan memuliakan kerja buruh (Awang Had Salleh, 1974). Menurut Sufean Hussin (1996) dasar sekatan ini bertujuan untuk mengongkong dan membendung pemikiran tradisional serta primitif atau kekampungan orang-
  • 8. orang Melayu. Hal ini menyebabkan pembelajaran di sekolah vernakular Melayu adalah sekadar membasmi buta huruf pada tahap minimum. Kesan langsung dari dasar ini mewujudkan satu fenomena status dalam pendidikan yang menyebabkan golongan yang mampu akan mendapatkan pendidikan dan masyarakat bawahan terus disisihkan kerana dasar yang diperkenalkan tidak menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pendidikan. Kesedaran yang tinggi terhadap sistem pendidikan kolonial yang ditinggalkan penjajah mendorong kerajaan merangka dasar pendidikan yang lebih baik untuk menyelesaikan ketidakseimbangan dalam pendidikan antara kaum di Malaysia. Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas merdeka ialah membetulkan dan menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi dari penjajah. Dasar yang dirangka diperkukuhkan oleh perlembagaan dan undang-undang untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Antara dasar yang dirangka ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berfokuskan kepada satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Selain itu, dasar kesejagatan dan penyeragaman yang berfungsi untuk menggunakan satu sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama untuk kepelbagaian etnik, bahasa, budaya, agama dan latar belakang geografi. Salah satu tindakan yang diambil untuk memperkasakan dasar ini adalah melalui pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agar memudahkan perhubungan antara masyarakat. Justeru, bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang sedia ada dasar demokrasi diperkenalkan. Dasar ini bertujuan untuk mengembangkan potensi individu itu sendiri dengan memberi keutamaan kepada pelajar yang mempunyai kemajuan tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa dan bahasa. Jelaslah bahawa terdapat perbezaan dalam usaha pembangunan insan dan negara dari aspek dasar pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. 3 Kesan dari aspek pembentukan perpaduan Perpaduan merupakan elemen penting dalam pembentukan sebuah masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia. Jika diperhatikan perbandingan yang jelas wujud dalam sistem pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan dalam pembentukan perpaduan etnik yang pelbagai iaitu Melayu, Cina dan India. Masyarakat majmuk di negara ini mampu merencatkan perpaduan jika tidak ditangani dengan betul dan berhemah. Menurut Sanusi Osman (1985) masalah sebenar yang kita hadapi bukan berpunca daripada berbagai kumpulan etnik yang ada
  • 9. di negara ini, tetapi yang lebih penting ialah perasaan perkauman dalam kalangan rakyat di negara ini terlalu dibesar-besarkan. Sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaysia pada ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British juga melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawa kepada tradegi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa pelan dasar pendidikan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Kesedaran terhadap tragedi rusuhan kaum yang mampu membantutkan perpaduan, maka DEB telah diperkenalkan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat. Selain itu, kerajaan telah menggubal Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Di samping itu, dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan pada tahun 1962 dengan memberi pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan perubahan dasar untuk melanjutkan pendidikan universal dari 9 tahun kepada 11 tahun pada tahun1992. Kesamarataan dan peluang pendidikan kepada semua masyarakat yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu membentuk perpaduan yang utuh. Hal ini berdasarkan pendapat Azyumardi Azra (2006) yang menyatakan bahawa pendidikan yang tidak seimbang dan tidak memberi peluang kepada semua masyarakat untuk menonjolkan kebolehan harus dilenyapkan kerana pendidikan seperti ini gagal dalam menjalankan fungsinya untuk menyatupadukan rakyat. Jelaslah bahawa usaha dan tujuan pendidikan kita dalam membentuk perpaduan kaum mempunyai perbezaan mengikut zaman dari dahulu hingga kini. 4 Kesan dari aspek pembangunan modal insan Pembangunaan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan. Menurut Becker (1987), modal insan ialah yang berkaitan dengan pengetahuan, maklumat, idea-idea, kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas
  • 10. dan tanggungjawab. Persoalannya, sejauh manakah pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan memberi implikasi terhadap pembangunan modal insan? Pada peringkat awal, sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga. Sistem ini berdasarkan konsep warisan. Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu, modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Masyarakat tradisional ini juga menerapkan pendidikan agama dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Kesedaran ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya mereka yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu”. (Surah Fatir, 28) Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan. Selain itu, jenis pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan. Perbandingan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih bercorak untuk membangunkan modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi sempena Hari Pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha-usaha yang berjaya melahirkan modal insan adalah penubuhan universiti.Tujuan penubuhan universiti ini adalah untuk memberi sumbangan kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya bagi pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk melahirkan insan yang cemelang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang mengariskan pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
  • 11. 5 Kesan dari aspek membasmi kemiskinan Pendidikan merupakan langkah yang proaktif bagi meningkatkan taraf hidup dan membolehkan individu keluar dari kepompong kemiskinan. Hal ini dibuktikan melalui Duke (1985), Coombs dan Manzoor (1974) yang mengatakan bahawa cara yang terbaik bagi menyerang dan membasmi kemiskinan ialah melalui pendidikan dan latihan. Walau bagaimanapun, pembangunan insan di negara kita memperlihatkan perbandingan yang jelas dari aspek membasmi kemiskinan antara sebelum dan selepas kemerdekaan. Pada era masyarakat tradisional falsafah pendidikan yang diterapkan tidak mampu untuk membasmi kemiskinan kerana sistem pendidikan pada masa itu yang bersifat warisan iaitu anak-anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kehadiran pengajian agama Islam telah membuka minda masyarakat Tanah Melayu pada masa itu tentang peri pentingnya pendidikan seterusnya melonjakkan pembangunan insan maju selangkah ke hadapan. Namun kekangan yang dihadapi ialah sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal dan sistematik di negeri-negeri Tanah Melayu. Perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah semakin memburukkan keadaan kerana falsafah pendidikannya lebih bersifat bebas. Masyarakat Melayu khususnya masih dihimpit kemiskinan kerana sistem pendidikan penjajah yang tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu untuk menonjolkan bakat. Menurut Sufean Hussin (1996) kegagalan pendidikan untuk berfungsi bagi membasmi kemiskinan pada era penjajahan disebabkan kurang kesedaran masyarakat Melayu ketika itu perihal kepentingan celik huruf dan pendidikan disebabkan oleh dasar pendidikan penjajah. Selain itu, tiada sistem pengangkutan yang baik dan kesempitan pemikiran orang Melayu ketika itu menyatakan bahawa hala tuju sekolah-sekolah kerajaan adalah untuk menyebarkan ideologi sekular yang bertentangan dengan ajaran Islam telah menghambat perkembangan pendidikan. Setelah mencapai kemerdekaan, ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi masyarakat telah memaksa kerajaan memperkenalkan DEB sekaligus untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera dan membasmi kemiskinan tegar. Kebanyakan dasar kerajaan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan miskin. Antaranya ialah memberi pinjaman buku teks kepada pelajar berpendapatan rendah, RMT, Akta PTPTN, pemberian one-off RM 120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin, pengagihan KWAPM dan Skim Baucer Tuisyen. Langkah ini membuktikan bahawa hala tuju pendidikan pada era selepas merdeka menitikberatkan pembasmiaan kemiskinan bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk mencapai kemiskinan sifar menjelang tahun 2020.
  • 12. 6 Kesan dari aspek pembangunan negara Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Justeru, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menentukan pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu (Surah Ar-Rahman, 33). Persoalannya sejauh manakah dasar dan corak pendidikan yang diamalkan di Malaysia sama ada sebelum dan selepas kemerdekaan mampu memainkan peranannya dalam membangunkan negara? Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkat awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah pembangunan negara. Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai oleh penjajah pada masa itu. Hal ini berdasarkan kepada sistem pendidikan kolonial telah mengurangkan kadar buta huruf di tahap minimum. Pengurangan ini telah membantu membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf. (Jamison dan Lan, 1982). Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampu untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada era ini mempunyai kapasiti untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan, kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang melonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa, 1994). Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu. Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat. Peningkatan ini akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu,
  • 13. sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Penutup Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan falasafah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru, di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagi kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkit dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi akan datang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi di masa ini. Akhirnya, marilah kita bersama-sama merenung firman Allah yang bermaksud; “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang berilmu itu pergi semuanya (ke medan perang).Mengapa tidak pergi bagi tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk mendalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepada mereka, supaya mereka itu mendapat memelihara diri mereka. ”( Surah at-Tawbah, 122 ). Sesungguhnya pendidikan berkesan tunjang ke arah pembentukan negara maju.