SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 20
1
PEMARKAHAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)
KPF 3012:
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR D20121061507
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-AO3(A122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR KHALIP BIN MUSA
TARIKH SERAH: 28.4.2013
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bil Isi Kandungan Muka surat
1 Peta minda 3
2
Pendahuluan
Maksud Falsafah
Konsep Falsafah
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4
3
Pembentukan
(Faktor Pembentukan)
7
4
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
8
5 Peranan dan Sumbangan 10
6 Cabaran dan Halangan 14
7 Cadangan Pemantapan 15
8 Penutup 19
9 Rujukan 20
3
FALSAFAH
PENDIDIKAN
GURU
1. Peta Minda
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
HURAIAN/
PENDAHULUAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
NEGARA
CABARAN &
HALANGAN
PERANAN &
SUMBANGAN
KONSEP &
MATLAMAT
FAKTOR-FAKTOR
PEMBENTUKAN
PEMANTAPAN
IMPLIKASI
Agama
SosialPolitik
Budaya
Sekolah
Kepimpinan Institusi
Pendidik
Kurikulum
Sejagat
Individu
Ekonomi
Disiplin
Guru
Kokurikulum
pelajar
ibubapa
global
guru
4
2. Pendahuluan
Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah
Negara. Setiap Negara mempunyai falsafah pendidikannya sendiri. Di Indonesia ,
Falsafah Pendidikan adalah dibina berdasarkan Pancasila. Negara kita , Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dibina berdasarkan matlamat Negara, dasar-dasar, prinsip Rukun
Negara, dan sebagainya. Sebelum 1988 Falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara
tersurat, namun matlamat pendidikan dinyatakan melalui penyata, akta, dan laporan seperti
Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta pelajaran 1962, dan Laporan Jawatan Kuasa
Kabinet 1979.
Halaman 12 (Modul KPF 3012) menyatakan Falsafah pendidikan merupakan perkara
penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001),
falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang
membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di
sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada
pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan
kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi
peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu
sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul
selain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah
ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras
dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996
2.1 Maksud Falsafah
Menurut Modul 3012 .Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu
philo dan sophia. Philo bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau
kehikmahan. Jadi Falsafah bermaksud mencintai . kebijaksanaan Mencari kebenaran adalah
satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan
adalah diperlukan dalam mencari kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha
mencari kebenaran. Namun demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa
pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan
yang mantap dan nilai-nilai yang teguh .
5
2.3 Konsep Falsafah
Menurut Mok Soon Sang (2012)pada amnya falsafah boleh difahamkan sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Tujuan falsafah ialah mencari
serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara=perkara
yang penting dalam kehidupan.
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada
beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos
(hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta
kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan
sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang
benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil
pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang
sistematik dan berunsurkan logik akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan
perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah
namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada
perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal,
berfikir secara universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi
sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,
perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan
menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan
mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan
falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada
tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.
6
2.4 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti
pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia
untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun
yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat
universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan
hasrat dalam FPK :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,
seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita
Negara .
FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar
Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara
jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab serta menjadi warga negara yang baik.
Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan
mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di
Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia dan
seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.
7
3. Faktor pembentukan
3.1 Faktor Agama
Agama Islam adalah agama rasmi Negara kita, namun terdapat juga agama lain seperti
Kristian, Budha, Hindu dan lain-lain. Mereka bebas mengikut agama masing-masing. Faktor ini
penting dalam proses penggubalan FPK dan dapat dilihat melalui pernyataan “mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
3.2 Faktor Sosial
Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk iaitu mempunyai pelbagai kaum. Keharmonian
dan kemakmuran Negara kita bergantung kepada sikap toleransi dan kerjasama, serta hormat
menghormati tanpa mengira kaum , agama dan kepercayaan. Sikap positif amat penting dalam
usaha mengukuhkan perpaduan kaum ianya dinyatakan dalam FPK iaitu ~melahirkan rakyat
Malaysia yang boleh melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran Negara.
3.3 Faktor Politik
Pengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan
Negara. FPK digubah berlandaskan ideologi Negara yang terdapat dalam Rukun Negara .
3.4 Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia yang terlatih dengan pelbagai kemahiran sudah tentu dapat membantu
memperkembangkan ekonomi Negara . Mereka sudah tentu dapat merangka sesuatu yang
terbaik untuk meningkatkan daya pengeluaran Negara yang sedia bersaing di pasaran global.
Ianya dapat di natakan dalam “ melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap
kemakmuran Negara.
8
3.5 Faktor Individu
Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan yang merangkumi
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis.
3.6 Faktor Sejagat
Perkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK.
Idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa boleh membantu
menghasilkan idea yang berkesan. Cintoh seperti pendemokrasian pendidikan dan
pendidikan seumur hidup. Sewajarnya pendidikan Negara kita merangkumi semua
aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat member
sumbangan kepada Negara serta member jasa ke arah kemajuan , keamanan dan
kestabilan antarabangsa.
4 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK meliputi :-
(a) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
(b) Perubahan bahan pelajaran yang mengutamakan nilai murni diserapkan dalam
semua matapelajaran.
(c) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis.
(d) Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum.
(e) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid dalam
bidang vokasional dan teknologi.
9
4.2 Implikasi Terhadap Pendidik.
Perubahan sikap pendidik dan profesionnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan
kehendak FPK meliputi :-
(a) Perubahan sikap peribadi pendidik dengan misi dan visi yang positif sejajar dengan
kehendak FPK.
(b) Perubahan profesionnya mengubah strategi dan teknik pengajaran bersesuaian bagi
melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan,berketerampilan dan berakhlak
mulia.
4.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.
Perubahan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut hasrat
FPK meliputi:-
(a) Perubahan kemudahan yang ada agar pelajar dapat peluang mengembangkan
potensi diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh.
(b) Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondunsif untuk memupuk nilai murni dalam
jiwa murid.
(c) Perubahan iklim sekolah yang kondunsif untuk melahirkan murid yang cintakan ilmu
dan seterusnya membentuk budaya membaca dikalangan mereka.
10
5 Peranan dan Sumbangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Menurut buku Mok Soon Sang (2012) Falsafah pendidikan kebangsaan Memainkan
Peranan penting :-
 Sebagai suluh yang member i panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembang dan memajukan pendidikan
 Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara
 Sebagaia rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan Negara.
 Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas
pendidikan..
 Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan
pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
 Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan.
 Menghapuskan salah faham, keraguan dan pertelingkahan dalam sebarang usaha
melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Menurut blogspot anak cikmaon yang saya baca, peranan dan sumbangan FPM dapat
dilihat melaui berbagai aspek. Diantaranya melalui aspek kepimpinan, banyak teori telah
dikemukakan. Ada teori yang dikemukakan berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan
kepada ”charisma” seseorang. Kepada setengah orang, perkataan ”kepimpinan” mempunyai
erti yang mendalam di mana seseorang pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong
pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan,
pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat berikut: pengarah, pendorong, dan
pembantu. Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di
kalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah
latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau
kerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan
potensi memimpin seseorang murid.. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan
berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah
sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
11
Murid yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin
membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan
adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat
untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya
tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri
berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di
sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perlu
diwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran
dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.
Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan
bahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk
budaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan
kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan
sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan
kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan menjadikan gangguan-gangguan kepada
proses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkah
keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjaga
keselamatan sekolah dan murid.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan
murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni
tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan.
Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak
pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-
menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
12
Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar
murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan
Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah.
Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.
Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai
contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya
kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan mengamalkan amalan tersebut, mereka akan sering
berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahan, mereka akan
sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu.
Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka
mempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan
moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kini
menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan
penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang
dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh
berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum
merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar
melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi
dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selain itu, dalam objektif perlaksanaan ko-
kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang
yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut
13
membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang
berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan
memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.Guru dan pihak
sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui
ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan,
hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang
merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka
dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion,
agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan
diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti
kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf
sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam
pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru
iaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar
memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan
transformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
14
6 Cabaran dan Halangan
6.1 Pelajar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha memperkembangkan potensi disi setiap
pelajar di sekolah. Pelajar diharapkan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
yang disediakan disekolah. FPK juga membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup
yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di
mata dunia. Adakah pelajar dapat melaksanakan perkara tersebut dengan sempurna? Ada
kemungkinan pelajar mempunyai masalah sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Perkara
yang biasa menjadi halangan pelajara adalah factor kemiskinan yang memungkinkan pelajar
tidak hadir kesekolah. Masalah kenderaan juga boleh menjadi halangan kepada pelajar untuk
hadir kesekolah. Kemungkinan pelajar ini tinggal dikawasan pedalaman yang tiada kemudahan
pengankutan awam. Seterusnya masalah salah memilih rakan juga menjadi faktor yang boleh
menghalang pelajar dari terus mendapat kan pendidikan yang berteraskan FPK. Terdapat
ibubapa yang hanya menghantar anak-anak kesekolah tanpa memantau hasil kerja mereka.
Mereka menyerahkan 100% tanggungjawab kepada guru disekolah. Ini juga merupakan
cabaran guru di sekolah bagi menghasilkan anak didik yang boleh merialisasikan objektif yang
terkandung dalam FPK.
6.2 Guru
Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi pelajar yang
cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek sebagaimana yang terkandung dalam
FPK. Cabaran guru di era globalisai ini adalah kemajuan dunia teknologi yang mana guru mesti
mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif. Namun dengan cabaran yang
dasyat dengan bebanan yang bertambah, kualiti pengajaran guru berkemungkinan boleh
berkurangan. Kualiti perkhidmatan guru menurun atas sebab-sebab guru tersebut mempunyai
kurang rasa kepunyaan, kekurangan sokongan pengurusan, pertambahan beban yang diluar
jangkaan, berlaku perubahan pada dasar, budaya sekolah yang kurang memuaskan, kurang
pengetahuan, tidak menguasai dunia teknologi, dan juga sikap guru yang sentiasa berfikiran
negatif didalam melaksanakan tugas. Seorang guru berupaya memimpin perubahan di sekolah
dimana guru tersebut bertugas. Guru tersebut juga boleh menyahut cabaran sekiranya
mengutamakan daya pengeluaran dalam kerjayanya. Guru yang positif boleh Berjaya
sekiranya sentiasa mengikuti peredaran semasa dan memahami perkembangan teknologi.
15
6.3 Global
Cabaran Globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi keperluan terhadap
pembelajaran berterusan, inovasi dalam perlaksanaan kurikulum, penggunaan telekomunikasi
dan maklumat, pengurusan pendidikan dan pembentukan jatidiri pelajar. Dalam dunia yang
mencabar ini ibu bapa, guru dan pelajar sepatutnya mempunyai budaya mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat. Mereka juga seharusnya berkebolehan untuk berkomunikasi
dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.
6.4 Ibubapa
Terdapat ibubapa yang menghalang anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum atas alasan mengabaikan pelajaran. Disini guru-g uru akan mengambil tindakan
untuk membuat kelas tambahan untuk pelajar tersebut. Ibubapa yang kurang perhatian tentang
sahsiah pelajar juga boleh menghalang pelajar dari menguasai hala tuju yang berlandaskan
Faisafah pendidikan Kebangsaan.
7 Cadangan Pemantapan
Sebagaimana sedia maklum peranan sekolah sangat besar dalam melaksanakan FPK.
Sekolah adalah tunggak utama bagi menjayakan matlamat FPK berjaya melalui Guru Besar,
guru , pelajar dan juga tidak ketinggalan kakitangan dan PIBG. Bagi merealisasikan FPK
berkesan beberapa cadangan pemantapan seperti ;-
7.1 Aspek Kepimpinan.
Pengetua dan Guru Besar adalah pemimpin di sekolah yang mana tugas utamanya
adalah memastikan orang bawahannya melaksanakan tugas disekolah dengan betul
berlandaskan FPK. Segala PDP yang dilaksanakan oleh guru-guru sepatutnya dipantau agar
lebih kreatif dan inovatif. Perhubungan antara guru, pelajar dan kakitangan juga semestinya
dalam keadaan yang sangat baik. Visi dan Misi sekolah juga sejajar dengan FPK dan
diterapkan didalam sanubari setia warga sekolah agar hasrat FPK dapat difahami dan
dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.
16
Selain dari itu Pengetua dan Guru Besar juga sewajarnya memastikan bahawa aktiviti
ko-kurikulum , budaya sekolah, sahsiah pelajar, hubungan dengan masyarakat luar
dilaksanakan dengan baik oleh semua guru dan pelajar yang terlibat. Penekanan tersebut
adalah bagi memastikan kejayaan sekolah dapat dicapai berpandukan FPK yang jelas
menitikberatkan kesemua aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi.
Menurut Wilson dan Cororan (1988), segala kejayaan dan kegagalan pelajar adalah
bergantung kepada pihak sekolah . Sebagai pemimpin sikap proaktif dan sentiasa membuat
perubahan adalah sangat diperlukan bagi menghasilkan pencapaian yang tinggi dan berkesan .
7.2 Aspek Budaya Sekolah.
Aspek ini lebih dikenali sebagai iklim sekolah. Tidak dapat dinafikan iklim sekolah
member impak besar kepada kejayaan sekolah merialisasikan FPK. Iklim sekolah yang
terbuka, ceria dan selesa menggalakkan pelajar bebas berinteraksi antara satu sama lain
samada dengan pemimpin, guru, rakan atau kakitangan yang lain. Pada waktu yang sama iklim
yang sebegini membolehkan guru bekerja dalam situasi yang gembira,selesa dan tenteram.
Perkara sebegini sangat perlu bagi membantu guru melaksanakan tanggungjawabnya dalam
merealisasikan kehendak FPK .
Iklim yang terbuka ini membantu pelajar mencapai inspirasi, membentuk pelajar lebih
berdedikasi, berinisiatif, mesra , kreatif dan berhemah.Iklim sekolah juga merangkumi
kebersihan ,keceriaan, keselamatan, kelengkapan prasarana dan peralatan PDP. Sesebuah
sekolah akan dapat berfunsi dengan baik sekiranya penitik beratan terhadap perkara tersebut
diutamakan. Sekolah ceria pelajar gembira , guru-guru suka dan sejahtera.
Memperkukuhkan program Nilam akan membudayakan pelajar kepada minat membaca.
Pelajar perlu digalakkan membaca bukan sahaja dalam Bahasa Melayu malah perlu membaca
dalam Bahasa Inggeris. Program ini secara tidak langsung akan mengembangkan daya
pemikiran pelajar menjadi lebih kritis dan kreatif . Menurut Ee(1944) tamadun bangsa ataun
bahasa dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Budaya ilmu boleh
dilaksanakan melalui tabiat suka membaca. Penggunaan MBMMBI perlu dipertingkatkan
sejajar dengan matlamat FPK yang boleh melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing
diperingkat global.
17
7.3 Aspek Ko-Kurikulum
Bagi merealisasikan matlamat FPK berjaya aspek ko-kurikulum tidak kurang pentingnya
kerana dengan mengikuti program ini, pentadbir, guru dan pelajar bersama-sama melakukan
aktiviti terancang yang bercorak tidak formal. Gerak kerja ko-kurikulum dapat menyemai sifat
kerjasama, tolong menolong, sedia berkhidmat, patuh kepada arahan, boleh member arahan
dan mesra dikalangan pelajar. Mereka dapat mengembangkan diri mereka dari segi sosial,
jasmani dan tidak ketinggalan rohani. Pelajar dan guru perlu bergerak aktif dalam aktiviti ini
kerana ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan juga rasa tanggungjawab berkidmat untuk masyarakat yang lain. Kesemua
perkara yang dinyatakan adalah keperluan utama dalam perlaksanaan FPK.
7.4 Aspek Guru
Guru adalah tunggak utama dalam merealisasikan kejayaan FPK. Tanpa guru siapakah
pelajar? Apa yang berlaku kepada sekolah sekiranya guru mogok besar? Guru
bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
bersepadu agar menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , jasmani dan emosi.
Bebanan guru semakin bertambah dari hari kesehari. Ia semakin hebat dengan pertukaran
dasar yang dilaksanakan umpamanya PPSMI sedang guru menguasai dengan baik
dimansuhkan ditukar pula dengan PBS/MBMMBI. Kesemua perubahan memberi tekanan tugas
kepad warga pendidik dan dikhuatiri akan menjejaskan kualiti PDP mereka di dalam kelas.
Ditambah pula dengan berbagai program wajib dalam kokurikulum , ianya juga menjejaskan
tugas warga pendidik. Bagi merealisasikan FPK dengan baik adalah diharapkan agar
kementerian mengkaji semual segala dasar yang di bebankan kepada guru. Guru adalah
tenaga pelaksana dalam proses pendidikan Negara.
Kementerian sedang melaksanakan program LINUS. Guru diarah berusaha
menghapuskan linus sebaik mungkin. Bagi guru yang mengajar di sekolah kurang murid,
mereka agak bernasib baik kerana tidak diganggu dengan tugasan berat mengajar pelajar
dengan bilangan yang ramai. Begitu juga dengan PBS, ketidak adilan tenaga seorang guru
berlaku apabila seorang guru mengajar di sekolah kurang murid dengan mengajar di sekolah
yang pelajar berjumlah lebih 35 orang. Saya ingin mencadangkan agar kelas matapelajaran
teras dilaksanakan seperti kelas j-Qaf, seorang guru bertindak mengajar seperti biasa seorang
lagi membantu yang kurang pantas menguasai kemahiran. Sekiranya ini dapat dilaksanakan
kemungkinan pelajar CICIR dapat segera diatasi dan beban kerja guru juga dapat menjadi
ringan.
18
7.5 Aspek Disiplin
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab
untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah
disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin,
guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah
melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa
menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri
daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin
murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah
disiplin.Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru
bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin
murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan
bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan
tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga
berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Disiplin yang
baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid seperti pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan licin dan teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat
ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan
murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah,
kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat dan sebagainya. Masalah disiplin perlu
ditangani dengan sebaik mungkin.
19
8 Penutup
Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai
nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai
ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang
lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan
membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia
boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat
Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al-Quran. Pernyataannya seperti berikut:
“Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek,
emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan
bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan
bantu membantu antara satu sama lain.”
Pernyataan falsafah itu menunjukkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses
yang berterusan, bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad.
Fokusnya ialah terhadap perkembangan individu secara bersepadu. Seperti Falsafah
Pendidikan kebangsaan yang merupakan pendidikan yang berterusan dan melahirkan pelajar
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Persamaan hasrat ini menunjukkan bahawa
betapa pentingnya setiap individu yang terlibat dapat melaksanakan hasrat tersebut.
Pendidikan ialah satu usaha berterusan
Memperkembangkan lagi potensi individu
Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Insan yang seimbang dan harmonis
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat Malaysia yang bertangungjawab
Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
20
Berdasarkan Falsafah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirumus bahawa pendidikan
bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri tetapi ia juga merupakan
pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu , keluarga, masyarakat dan
Negara, Kesan akhir pendidikan adalah menghasilkan individu yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kearah keluarga, masyarakat dan Negara
yang aman, damai dan bersatupadu.
9 Rujukkan
Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.
Mok Soon Sang (2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Ipoh : Multimedia
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi,
Modul KPF 3021 (2013) Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar ,
Pusat Pembangunan Kurikulum, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Anan Nur (2010) Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,
http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme
http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan
http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan.html
http://belognilam.blogspot.com/2011/03/falsafah-dan-hala-tuju-pendidikan-di.html
http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/2-falsafah-pendidikan-kebangsaan
http://www.slideshare.net/sifatpgsr/25880966konsepdanmatlamatfalsafahpendidikankebangsaa
n
http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html
http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Shuk Ri
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
firo HAR
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
Amir Ibrahim
 
Pengertian dan hukum dasar pendidikan
Pengertian dan hukum dasar pendidikanPengertian dan hukum dasar pendidikan
Pengertian dan hukum dasar pendidikan
Adhi Panjie Gumilang
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
Sukie Lan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
firo HAR
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
afinde
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
Vince Here
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk
Rose Roja
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Inspire Tamizhan
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Ameilya P P
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Yogeswary Ramuchandran
 

Was ist angesagt? (20)

Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Pengertian dan hukum dasar pendidikan
Pengertian dan hukum dasar pendidikanPengertian dan hukum dasar pendidikan
Pengertian dan hukum dasar pendidikan
 
Tujuan akhir
Tujuan akhirTujuan akhir
Tujuan akhir
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Kpf 4013 kuliah 1
Kpf 4013   kuliah 1Kpf 4013   kuliah 1
Kpf 4013 kuliah 1
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk
 
Falsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan KhasFalsafah Pendidikan Khas
Falsafah Pendidikan Khas
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
 
Sumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan IslamSumber Dasar Pendidikan Islam
Sumber Dasar Pendidikan Islam
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 

Ähnlich wie Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012

131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
hasrol
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
Roslyna Ina
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
Hafizul20
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
ahzai09
 
Uts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikanUts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikan
Feralia Eka Putri
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
Arra Asri
 

Ähnlich wie Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012 (20)

Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptx
 
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
Uts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikanUts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikan
 
Filsafat Pendidikan Islam
Filsafat Pendidikan  IslamFilsafat Pendidikan  Islam
Filsafat Pendidikan Islam
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
 
landasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulumlandasan pengembangan kurikulum
landasan pengembangan kurikulum
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
PENDIDIKAN SEBAGIAN DARI PENGEMBANGAN TRADISI ILMU.pptx
PENDIDIKAN SEBAGIAN DARI PENGEMBANGAN TRADISI ILMU.pptxPENDIDIKAN SEBAGIAN DARI PENGEMBANGAN TRADISI ILMU.pptx
PENDIDIKAN SEBAGIAN DARI PENGEMBANGAN TRADISI ILMU.pptx
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Tugas pengantar pendidikan[1].do111111cx
Tugas pengantar pendidikan[1].do111111cxTugas pengantar pendidikan[1].do111111cx
Tugas pengantar pendidikan[1].do111111cx
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiah
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 

Mehr von SK Seri Tawai

Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
SK Seri Tawai
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
SK Seri Tawai
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan bKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
SK Seri Tawai
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
SK Seri Tawai
 
Kertas dua timbangan berat
Kertas dua timbangan beratKertas dua timbangan berat
Kertas dua timbangan berat
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 ukuran panjang
Kertas 2   ukuran panjangKertas 2   ukuran panjang
Kertas 2 ukuran panjang
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
SK Seri Tawai
 
Kertas dua perwakilan data 2
Kertas dua  perwakilan data 2Kertas dua  perwakilan data 2
Kertas dua perwakilan data 2
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 ruang dua matra
Kertas 2 ruang dua matraKertas 2 ruang dua matra
Kertas 2 ruang dua matra
SK Seri Tawai
 
Kertas dua perwakilan data 1
Kertas dua  perwakilan data 1Kertas dua  perwakilan data 1
Kertas dua perwakilan data 1
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 nombor bulat
Kertas 2  nombor bulatKertas 2  nombor bulat
Kertas 2 nombor bulat
SK Seri Tawai
 
Kertas 2 nombor bulat
Kertas 2  nombor bulatKertas 2  nombor bulat
Kertas 2 nombor bulat
SK Seri Tawai
 

Mehr von SK Seri Tawai (18)

Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
Khairiah bt abdul kadir d20121061507 krt3013
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan bKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan b
 
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan aKrb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507  soalan a
Krb 3033 khairiah binti abdul kadir d20121061507 soalan a
 
Nombor 1 100 bm
Nombor 1 100 bmNombor 1 100 bm
Nombor 1 100 bm
 
6. kira cepat 1
6. kira cepat 16. kira cepat 1
6. kira cepat 1
 
2. sifir tambah
2. sifir tambah2. sifir tambah
2. sifir tambah
 
Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
 
Kertas dua timbangan berat
Kertas dua timbangan beratKertas dua timbangan berat
Kertas dua timbangan berat
 
Kertas 2 ukuran panjang
Kertas 2   ukuran panjangKertas 2   ukuran panjang
Kertas 2 ukuran panjang
 
Kertas 2 isipadu cecair
Kertas 2   isipadu cecairKertas 2   isipadu cecair
Kertas 2 isipadu cecair
 
Kertas dua perwakilan data 2
Kertas dua  perwakilan data 2Kertas dua  perwakilan data 2
Kertas dua perwakilan data 2
 
Kertas 2 ruang dua matra
Kertas 2 ruang dua matraKertas 2 ruang dua matra
Kertas 2 ruang dua matra
 
Kertas 2 bongkah
Kertas 2 bongkahKertas 2 bongkah
Kertas 2 bongkah
 
Kertas 2 pecahan 1
Kertas 2 pecahan 1Kertas 2 pecahan 1
Kertas 2 pecahan 1
 
Kertas dua perwakilan data 1
Kertas dua  perwakilan data 1Kertas dua  perwakilan data 1
Kertas dua perwakilan data 1
 
Kertas 2 nombor bulat
Kertas 2  nombor bulatKertas 2  nombor bulat
Kertas 2 nombor bulat
 
Kertas 2 nombor bulat
Kertas 2  nombor bulatKertas 2  nombor bulat
Kertas 2 nombor bulat
 

Kürzlich hochgeladen

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
MetalinaSimanjuntak1
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
AgusRahmat39
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 

Kürzlich hochgeladen (20)

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012

  • 1. 1 PEMARKAHAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ) KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR D20121061507 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-AO3(A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR KHALIP BIN MUSA TARIKH SERAH: 28.4.2013 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
  • 2. 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Bil Isi Kandungan Muka surat 1 Peta minda 3 2 Pendahuluan Maksud Falsafah Konsep Falsafah Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4 3 Pembentukan (Faktor Pembentukan) 7 4 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. 8 5 Peranan dan Sumbangan 10 6 Cabaran dan Halangan 14 7 Cadangan Pemantapan 15 8 Penutup 19 9 Rujukan 20
  • 3. 3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 1. Peta Minda FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN HURAIAN/ PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA CABARAN & HALANGAN PERANAN & SUMBANGAN KONSEP & MATLAMAT FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PEMANTAPAN IMPLIKASI Agama SosialPolitik Budaya Sekolah Kepimpinan Institusi Pendidik Kurikulum Sejagat Individu Ekonomi Disiplin Guru Kokurikulum pelajar ibubapa global guru
  • 4. 4 2. Pendahuluan Falsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuah Negara. Setiap Negara mempunyai falsafah pendidikannya sendiri. Di Indonesia , Falsafah Pendidikan adalah dibina berdasarkan Pancasila. Negara kita , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibina berdasarkan matlamat Negara, dasar-dasar, prinsip Rukun Negara, dan sebagainya. Sebelum 1988 Falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat, namun matlamat pendidikan dinyatakan melalui penyata, akta, dan laporan seperti Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta pelajaran 1962, dan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979. Halaman 12 (Modul KPF 3012) menyatakan Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul selain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996 2.1 Maksud Falsafah Menurut Modul 3012 .Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia. Philo bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau kehikmahan. Jadi Falsafah bermaksud mencintai . kebijaksanaan Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencari kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang mantap dan nilai-nilai yang teguh .
  • 5. 5 2.3 Konsep Falsafah Menurut Mok Soon Sang (2012)pada amnya falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara=perkara yang penting dalam kehidupan. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berunsurkan logik akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara integral. Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.
  • 6. 6 2.4 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK : "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita Negara . FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warga negara yang baik. Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.
  • 7. 7 3. Faktor pembentukan 3.1 Faktor Agama Agama Islam adalah agama rasmi Negara kita, namun terdapat juga agama lain seperti Kristian, Budha, Hindu dan lain-lain. Mereka bebas mengikut agama masing-masing. Faktor ini penting dalam proses penggubalan FPK dan dapat dilihat melalui pernyataan “mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 3.2 Faktor Sosial Malaysia terdiri dari masyarakat majmuk iaitu mempunyai pelbagai kaum. Keharmonian dan kemakmuran Negara kita bergantung kepada sikap toleransi dan kerjasama, serta hormat menghormati tanpa mengira kaum , agama dan kepercayaan. Sikap positif amat penting dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum ianya dinyatakan dalam FPK iaitu ~melahirkan rakyat Malaysia yang boleh melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Negara. 3.3 Faktor Politik Pengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan Negara. FPK digubah berlandaskan ideologi Negara yang terdapat dalam Rukun Negara . 3.4 Faktor Ekonomi Rakyat Malaysia yang terlatih dengan pelbagai kemahiran sudah tentu dapat membantu memperkembangkan ekonomi Negara . Mereka sudah tentu dapat merangka sesuatu yang terbaik untuk meningkatkan daya pengeluaran Negara yang sedia bersaing di pasaran global. Ianya dapat di natakan dalam “ melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara.
  • 8. 8 3.5 Faktor Individu Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis. 3.6 Faktor Sejagat Perkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK. Idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa boleh membantu menghasilkan idea yang berkesan. Cintoh seperti pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur hidup. Sewajarnya pendidikan Negara kita merangkumi semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat member sumbangan kepada Negara serta member jasa ke arah kemajuan , keamanan dan kestabilan antarabangsa. 4 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4.1 Implikasi Terhadap Kurikulum. Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK meliputi :- (a) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. (b) Perubahan bahan pelajaran yang mengutamakan nilai murni diserapkan dalam semua matapelajaran. (c) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. (d) Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum. (e) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi.
  • 9. 9 4.2 Implikasi Terhadap Pendidik. Perubahan sikap pendidik dan profesionnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan kehendak FPK meliputi :- (a) Perubahan sikap peribadi pendidik dengan misi dan visi yang positif sejajar dengan kehendak FPK. (b) Perubahan profesionnya mengubah strategi dan teknik pengajaran bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia. 4.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan. Perubahan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut hasrat FPK meliputi:- (a) Perubahan kemudahan yang ada agar pelajar dapat peluang mengembangkan potensi diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh. (b) Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondunsif untuk memupuk nilai murni dalam jiwa murid. (c) Perubahan iklim sekolah yang kondunsif untuk melahirkan murid yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dikalangan mereka.
  • 10. 10 5 Peranan dan Sumbangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menurut buku Mok Soon Sang (2012) Falsafah pendidikan kebangsaan Memainkan Peranan penting :-  Sebagai suluh yang member i panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan  Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara  Sebagaia rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan Negara.  Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas pendidikan..  Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.  Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan.  Menghapuskan salah faham, keraguan dan pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Menurut blogspot anak cikmaon yang saya baca, peranan dan sumbangan FPM dapat dilihat melaui berbagai aspek. Diantaranya melalui aspek kepimpinan, banyak teori telah dikemukakan. Ada teori yang dikemukakan berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan kepada ”charisma” seseorang. Kepada setengah orang, perkataan ”kepimpinan” mempunyai erti yang mendalam di mana seseorang pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat berikut: pengarah, pendorong, dan pembantu. Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid.. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
  • 11. 11 Murid yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perlu diwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar. Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan kawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan menjadikan gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan murid. Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat- menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
  • 12. 12 Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu. Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan mengamalkan amalan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahan, mereka akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kini menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selain itu, dalam objektif perlaksanaan ko- kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut
  • 13. 13 membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru iaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan transformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 14. 14 6 Cabaran dan Halangan 6.1 Pelajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha memperkembangkan potensi disi setiap pelajar di sekolah. Pelajar diharapkan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang disediakan disekolah. FPK juga membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara di mata dunia. Adakah pelajar dapat melaksanakan perkara tersebut dengan sempurna? Ada kemungkinan pelajar mempunyai masalah sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Perkara yang biasa menjadi halangan pelajara adalah factor kemiskinan yang memungkinkan pelajar tidak hadir kesekolah. Masalah kenderaan juga boleh menjadi halangan kepada pelajar untuk hadir kesekolah. Kemungkinan pelajar ini tinggal dikawasan pedalaman yang tiada kemudahan pengankutan awam. Seterusnya masalah salah memilih rakan juga menjadi faktor yang boleh menghalang pelajar dari terus mendapat kan pendidikan yang berteraskan FPK. Terdapat ibubapa yang hanya menghantar anak-anak kesekolah tanpa memantau hasil kerja mereka. Mereka menyerahkan 100% tanggungjawab kepada guru disekolah. Ini juga merupakan cabaran guru di sekolah bagi menghasilkan anak didik yang boleh merialisasikan objektif yang terkandung dalam FPK. 6.2 Guru Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi pelajar yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek sebagaimana yang terkandung dalam FPK. Cabaran guru di era globalisai ini adalah kemajuan dunia teknologi yang mana guru mesti mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif. Namun dengan cabaran yang dasyat dengan bebanan yang bertambah, kualiti pengajaran guru berkemungkinan boleh berkurangan. Kualiti perkhidmatan guru menurun atas sebab-sebab guru tersebut mempunyai kurang rasa kepunyaan, kekurangan sokongan pengurusan, pertambahan beban yang diluar jangkaan, berlaku perubahan pada dasar, budaya sekolah yang kurang memuaskan, kurang pengetahuan, tidak menguasai dunia teknologi, dan juga sikap guru yang sentiasa berfikiran negatif didalam melaksanakan tugas. Seorang guru berupaya memimpin perubahan di sekolah dimana guru tersebut bertugas. Guru tersebut juga boleh menyahut cabaran sekiranya mengutamakan daya pengeluaran dalam kerjayanya. Guru yang positif boleh Berjaya sekiranya sentiasa mengikuti peredaran semasa dan memahami perkembangan teknologi.
  • 15. 15 6.3 Global Cabaran Globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi keperluan terhadap pembelajaran berterusan, inovasi dalam perlaksanaan kurikulum, penggunaan telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan dan pembentukan jatidiri pelajar. Dalam dunia yang mencabar ini ibu bapa, guru dan pelajar sepatutnya mempunyai budaya mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Mereka juga seharusnya berkebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa. 6.4 Ibubapa Terdapat ibubapa yang menghalang anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum atas alasan mengabaikan pelajaran. Disini guru-g uru akan mengambil tindakan untuk membuat kelas tambahan untuk pelajar tersebut. Ibubapa yang kurang perhatian tentang sahsiah pelajar juga boleh menghalang pelajar dari menguasai hala tuju yang berlandaskan Faisafah pendidikan Kebangsaan. 7 Cadangan Pemantapan Sebagaimana sedia maklum peranan sekolah sangat besar dalam melaksanakan FPK. Sekolah adalah tunggak utama bagi menjayakan matlamat FPK berjaya melalui Guru Besar, guru , pelajar dan juga tidak ketinggalan kakitangan dan PIBG. Bagi merealisasikan FPK berkesan beberapa cadangan pemantapan seperti ;- 7.1 Aspek Kepimpinan. Pengetua dan Guru Besar adalah pemimpin di sekolah yang mana tugas utamanya adalah memastikan orang bawahannya melaksanakan tugas disekolah dengan betul berlandaskan FPK. Segala PDP yang dilaksanakan oleh guru-guru sepatutnya dipantau agar lebih kreatif dan inovatif. Perhubungan antara guru, pelajar dan kakitangan juga semestinya dalam keadaan yang sangat baik. Visi dan Misi sekolah juga sejajar dengan FPK dan diterapkan didalam sanubari setia warga sekolah agar hasrat FPK dapat difahami dan dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.
  • 16. 16 Selain dari itu Pengetua dan Guru Besar juga sewajarnya memastikan bahawa aktiviti ko-kurikulum , budaya sekolah, sahsiah pelajar, hubungan dengan masyarakat luar dilaksanakan dengan baik oleh semua guru dan pelajar yang terlibat. Penekanan tersebut adalah bagi memastikan kejayaan sekolah dapat dicapai berpandukan FPK yang jelas menitikberatkan kesemua aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi. Menurut Wilson dan Cororan (1988), segala kejayaan dan kegagalan pelajar adalah bergantung kepada pihak sekolah . Sebagai pemimpin sikap proaktif dan sentiasa membuat perubahan adalah sangat diperlukan bagi menghasilkan pencapaian yang tinggi dan berkesan . 7.2 Aspek Budaya Sekolah. Aspek ini lebih dikenali sebagai iklim sekolah. Tidak dapat dinafikan iklim sekolah member impak besar kepada kejayaan sekolah merialisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka, ceria dan selesa menggalakkan pelajar bebas berinteraksi antara satu sama lain samada dengan pemimpin, guru, rakan atau kakitangan yang lain. Pada waktu yang sama iklim yang sebegini membolehkan guru bekerja dalam situasi yang gembira,selesa dan tenteram. Perkara sebegini sangat perlu bagi membantu guru melaksanakan tanggungjawabnya dalam merealisasikan kehendak FPK . Iklim yang terbuka ini membantu pelajar mencapai inspirasi, membentuk pelajar lebih berdedikasi, berinisiatif, mesra , kreatif dan berhemah.Iklim sekolah juga merangkumi kebersihan ,keceriaan, keselamatan, kelengkapan prasarana dan peralatan PDP. Sesebuah sekolah akan dapat berfunsi dengan baik sekiranya penitik beratan terhadap perkara tersebut diutamakan. Sekolah ceria pelajar gembira , guru-guru suka dan sejahtera. Memperkukuhkan program Nilam akan membudayakan pelajar kepada minat membaca. Pelajar perlu digalakkan membaca bukan sahaja dalam Bahasa Melayu malah perlu membaca dalam Bahasa Inggeris. Program ini secara tidak langsung akan mengembangkan daya pemikiran pelajar menjadi lebih kritis dan kreatif . Menurut Ee(1944) tamadun bangsa ataun bahasa dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Budaya ilmu boleh dilaksanakan melalui tabiat suka membaca. Penggunaan MBMMBI perlu dipertingkatkan sejajar dengan matlamat FPK yang boleh melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing diperingkat global.
  • 17. 17 7.3 Aspek Ko-Kurikulum Bagi merealisasikan matlamat FPK berjaya aspek ko-kurikulum tidak kurang pentingnya kerana dengan mengikuti program ini, pentadbir, guru dan pelajar bersama-sama melakukan aktiviti terancang yang bercorak tidak formal. Gerak kerja ko-kurikulum dapat menyemai sifat kerjasama, tolong menolong, sedia berkhidmat, patuh kepada arahan, boleh member arahan dan mesra dikalangan pelajar. Mereka dapat mengembangkan diri mereka dari segi sosial, jasmani dan tidak ketinggalan rohani. Pelajar dan guru perlu bergerak aktif dalam aktiviti ini kerana ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan juga rasa tanggungjawab berkidmat untuk masyarakat yang lain. Kesemua perkara yang dinyatakan adalah keperluan utama dalam perlaksanaan FPK. 7.4 Aspek Guru Guru adalah tunggak utama dalam merealisasikan kejayaan FPK. Tanpa guru siapakah pelajar? Apa yang berlaku kepada sekolah sekiranya guru mogok besar? Guru bertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu agar menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , jasmani dan emosi. Bebanan guru semakin bertambah dari hari kesehari. Ia semakin hebat dengan pertukaran dasar yang dilaksanakan umpamanya PPSMI sedang guru menguasai dengan baik dimansuhkan ditukar pula dengan PBS/MBMMBI. Kesemua perubahan memberi tekanan tugas kepad warga pendidik dan dikhuatiri akan menjejaskan kualiti PDP mereka di dalam kelas. Ditambah pula dengan berbagai program wajib dalam kokurikulum , ianya juga menjejaskan tugas warga pendidik. Bagi merealisasikan FPK dengan baik adalah diharapkan agar kementerian mengkaji semual segala dasar yang di bebankan kepada guru. Guru adalah tenaga pelaksana dalam proses pendidikan Negara. Kementerian sedang melaksanakan program LINUS. Guru diarah berusaha menghapuskan linus sebaik mungkin. Bagi guru yang mengajar di sekolah kurang murid, mereka agak bernasib baik kerana tidak diganggu dengan tugasan berat mengajar pelajar dengan bilangan yang ramai. Begitu juga dengan PBS, ketidak adilan tenaga seorang guru berlaku apabila seorang guru mengajar di sekolah kurang murid dengan mengajar di sekolah yang pelajar berjumlah lebih 35 orang. Saya ingin mencadangkan agar kelas matapelajaran teras dilaksanakan seperti kelas j-Qaf, seorang guru bertindak mengajar seperti biasa seorang lagi membantu yang kurang pantas menguasai kemahiran. Sekiranya ini dapat dilaksanakan kemungkinan pelajar CICIR dapat segera diatasi dan beban kerja guru juga dapat menjadi ringan.
  • 18. 18 7.5 Aspek Disiplin Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid seperti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat dan sebagainya. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
  • 19. 19 8 Penutup Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al-Quran. Pernyataannya seperti berikut: “Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.” Pernyataan falsafah itu menunjukkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan, bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad. Fokusnya ialah terhadap perkembangan individu secara bersepadu. Seperti Falsafah Pendidikan kebangsaan yang merupakan pendidikan yang berterusan dan melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Persamaan hasrat ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya setiap individu yang terlibat dapat melaksanakan hasrat tersebut. Pendidikan ialah satu usaha berterusan Memperkembangkan lagi potensi individu Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang dan harmonis Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat Malaysia yang bertangungjawab Rakyat Malaysia yang berketerampilan Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • 20. 20 Berdasarkan Falsafah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirumus bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri tetapi ia juga merupakan pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu , keluarga, masyarakat dan Negara, Kesan akhir pendidikan adalah menghasilkan individu yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kearah keluarga, masyarakat dan Negara yang aman, damai dan bersatupadu. 9 Rujukkan Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann. Mok Soon Sang (2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Ipoh : Multimedia Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, Modul KPF 3021 (2013) Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar , Pusat Pembangunan Kurikulum, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia. Anan Nur (2010) Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010, http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan.html http://belognilam.blogspot.com/2011/03/falsafah-dan-hala-tuju-pendidikan-di.html http://www.slideshare.net/normalaprasekolah/2-falsafah-pendidikan-kebangsaan http://www.slideshare.net/sifatpgsr/25880966konsepdanmatlamatfalsafahpendidikankebangsaa n http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan