SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PEMILIHAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
BERASASKAN KESIHATAN
ABU BAKAR BIN ABDULLOH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
2
PEMILIHAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
BERASASKAN KESIHATAN
ABU BAKAR BIN ABDULLOH
DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI
MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
3
PENGESAHAN
Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Abu Bakar Bin Abdulloh telah berjaya
menyiapkan Disertasi bertajuk “Pemilihan Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan
Kesihatan” dan memperakukan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian syarat
keperluan kursus KSS 6018 untuk Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan.
………………………………………………….
( DR. ONG KUAN BOON )
Pensyarah Penyelia
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak
2009
4
PENGESAHAN
Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Abu Bakar Bin Abdulloh telah berjaya
menyiapkan Disertasi bertajuk “Pemilihan Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan
Kesihatan” dan memperakukan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian syarat
keperluan kursus KSS 6018 untuk Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan.
………………………………………………….
( DR. MOHD SANI BIN MADON )
Dekan
Fakulti Sains Sukan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak
2009
KANDUNGAN
Muka surat
ix
PENGAKUAN ii
DECLARATION iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH ix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 10
1.3 Kepentingan Kajian 12
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Hipotesis Kajian 16
1.7 Batasan Kajian 19
1.8 Definisi Operational 20
BAB II TINJAUAN LITERATUR
2.1 Tinjauan Am 24
2.2 Tinjauan Relevan 27
2.3 Perdebatan Tentang Ujian Kecergasan Fizikal 36
2.4 Kesimpulan 38
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 40
3.2 Pembolehubah Kajian 43
3.3 Prosedur Pengujian dan Pengukuran 48
3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian 88
3.5 Kajian Rintis 90
3.6 Populasi dan Persampelan 103
3.7 Tatacara Pengumpulan Data 104
2
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 107
4.2 Latar belakang Demografi Sampel Kajian 107
4.3 Keputusan Analisis Diskriptif Kajian 109
4.4 Analisis Statistik Korelasi ke Atas Ujian-ujian
Yang Dipilih 113
4.5 Analisis Statistik Ujian t Berpasangan ke Atas
Ujian-ujian Yang Dipilih 123
4.6 Rumusan 134
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 145
5.2 Kesimpulan 154
5.3 Cadangan 155
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGAKUAN
Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasannya yang setiap satunya telah jelaskan sumbernya.
13.11.2009 ABU BAKAR BIN ABDULLOH
M20031001067
ii
2
DECLARATION
I hereby declare that work in this dissertation is my own except for quotations and
summeries which have been duly acknowledged.
13.11.2009 ABU BAKAR BIN ABDULLOH
M20031001067
iii
3
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan
disertasi ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah Fakulti Sains Sukan Universiti Sultan Idris. Terima kasih dan penghargaan
khas ditujukan kepada Dr. Ahmad Bin Hashim dan Dr. Ong Kuan Boon selaku
Pensyarah Penyelia dan Dekan Fakulti Sains Sukan, Dr. Mohd Sani Bin Madun. Jasa
baik dan bimbingan mereka amat bermakna dalam usaha menyiapkan disertasi ini.
Tidak lupa juga penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada
seluruh warga Fakulti Sains Sukan, terutama Prof Madya Jabar Bin Johari, Dr.
Julisma Binti Jani, Dr. Mohar, En. Hishamuddin, Sdri. Imah dan tidak lupa juga
kepada seluruh warga Institut Pengajian Siswazah yang memberi bantuan dan
sokongan untuk menyempurnakan disertasi ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pembantu penguji iaitu Pn Ruzita
Mohamad @ Abd Halim dan En. Tan Heang Khon serta pihak pentadbiran Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman yang telah memberikan kebenaran
menjalankan kajian ini serta memberi kebenaran kepada pelajar menjadi subjek kajian
ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Salim Awang Ngah, Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana memberi kebenaran menggunakan
kemudahan institut dan kerjasama serta dorongan menyiapkan disertasi ini.
Untuk rakan seperjuangan, En. Tan Heang Khon dan En. Krishnan terima
kasih kerana memberikan sokongan, bantuan dan dorongan yang membakar semangat
sehingga dapat saya menyiapkan disertasi ini.
Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam usaha menyiapkan disertasi ini.
Sekian, terima kasih.
iv
4
ABSTRAK
UKF digunakan bagi menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bahagian
Pendidikan Guru menggunakan ujian dalam bateri Ujian Kecergasan Jasmani
Kebangsaan (UKJK) untuk menilai tahap kecergasan fizikal pelajar Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Bagi tujuan kajian ini, ujian
yang digunakan dalam bateri ujian FITNESSGRAM, President Challenge, Physical
Best, ACSM dan AAHPERD dipilih untuk diuji bersama ujian UKJK. Kaedah pekali
korelasi Person product moment digunakan untuk mencari tahap hubungan ujian yang
dipilih mengikut komponen. 17 ujian dipilih dan diuji dalam tempoh empat minggu.
Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan dalam kalangan ujian yang
dipilih dengan ujian UKJK. Nilai pekali korelasi ujian Lari Ulang-alik Progresif dan
Larian 2.414 kilometer adalah sederhana tinggi (r = 0.675), ujian Bangun Tubi Separa
dan Bangun Tubi Kaki Bengkok juga sederhana tinggi (r = 0.688), ujian Tekan Tubi
dan Tekan Tubi Ubahsuai adalah juga tinggi (r = 0.678). Manakala ujian Duduk
Jangkau-kotak dan Duduk Jangkau adalah tinggi (r = 0.955), ujian Lipatan Kulit
Skinfold dan Komposisi Badan (UKJK) juga tinggi (r = 0.992). Satu bateri ujian
baharu dicadangkan berdasarkan pemilihan ujian ini iaitu ujian Lari Ulang-alik
Progresif (daya tahan kardiovaskular), ujian Bangun Tubi Separa (daya tahan otot
abdomen), ujian Tekan Tubi (kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan otot),
ujian Duduk Melunjur-kotak (kelenturan bahagian bawah belakang badan dan otot
hamstring) dan ujian Lipatan Kulit Skinfold (komposisi badan).
v
5
ABSTRACT
Health Related Fitness Test is used to evaluate the effectiveness of Physical Education
in Teacher Training Institute of Malaysia. Teacher Training Department (BPG) has
been using the National Physical Fitness Test (UKJK) to evaluate the physical fitness
of Bachelor of Education (PPISMP) as the Physical Fitness Test. For the purpose of
this study, FITNESSGRAM, President Challenge, Physical Best, ACSM and
AAHPERD were employed. These tests were carried out together with the UKJK tests.
Pearson product-moment correlation is used to identify any correlation between the
tests components. 17 tests were selected and tested for the duration of four weeks. The
results have shown that there is significant correlation between UKJK and the tests
employed. The moderately high correlation between Progressive Aerobic
Cardiovascular Endurance Run and 2.414 km run (r = 0.675), the Partial Curl-ups
test and Bent Knee Sit-ups test (UKJK) (r = 0.688), the Push-ups and Modified Push-
ups (UKJK) (r = 0.678). While Sit and Reach-box test correlation value, shown that
there is highly correlation with Sit and Reach (UKJK) (r = 0.955). The value for Calf
Skinfolds shown that there is highly correlation with Body Composition (UKJK), (r =
0.992). Based on the selected tests, one new battery test were chosen, that are
Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run test (cardiovaskular endurance),
Partial Curl-ups (abdominal muscular endurance), Push-ups (muscular strenght and
endurance), sit and reach (flexibility) and Calf Skinfolds (body composition).
vi
6
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
3.1 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan
Pembantu Penguji Komponen Kardiovaskular 95
3.2 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan
Pembantu Penguji Komponen Daya Tahan Otot 97
3.3 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan
Pembantu Penguji Komponen Kekuatan Otot 98
3.4 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan
Pembantu Penguji Komponen Kelenturan 99
3.5 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan
Pembantu Penguji Komponen Komposisi Badan 101
4.1 Jumlah Sampel Kajian Mengikut Umur dan Jantina 108
4.2 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai
Ujian Komponen Daya tahan Kardiovaskular 110
4.3 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai
Ujian Komponen Kelenturan 110
4.4 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai
Ujian Komponen Daya tahan Otot 111
4.5 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai
Ujian Komponen Kekuatan Otot 112
4.6 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai
Ujian Komponen Komposisi badan 112
4.7 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Larian Ulang-alik dengan Ujian Larian
2.414 Kilometer 114
4.8 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Larian 1610 meter dengan Ujian Larian
2.414 kilometer 115
4.9 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Larian 12 Minit dengan Ujian Larian 2.414 Kilometer 116
4.10 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Rengkuk Separa dengan Ujian Bangun Tubi
Lutut Bengkok 117
4.11 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Bangun Tubi Separa dengan Ujian Bangun Tubi
Lutut Bengkok 117
4.12 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Tekan Tubi dengan Ujian Tekan Tubi Ubah-suai 118
4.13 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Tekan Tubi Sudut Tepat dengan Tekan
Tubi Ubah-suai 119
4.14 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Buka dengan Ujian
Duduk Jangkau (UKJK) 120
vii
7
4.15 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Tegak dengan Ujian
Duduk Jangkau (UKJK) 120
4.16 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara
Ujian Duduk Jangkau-kotak dengan Ujian Duduk
Jangkau (UKJK) 121
4.17 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara
Ujian Lipatan Kulit Skinfold dengan Ujian Komposisi
Badan (UKJK) 122
4.18 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
Antara Ujian Ukurlilit Badan dengan Ujian Komposisi
Badan (UKJK) 123
4.19 Keputusan Pengujian Hipotesis Nul (Ho) 141
4.20 Keputusan Pengujian Hipotesis Alternatif (Ha) 143
5.1 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
product moment Antara Ujian Larian Ulang-alik, Larian 12 Minit
dan Larian 1610 meter dengan Ujian Larian 2.414 kilometer 147
5.2 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
product moment Antara Ujian Rengkuk Separa dan
Bangun Tubi Separa dengan Ujian Bangun Tubi Lutut
Bengkok (UKJK) 150
5.3 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
product moment Antara Ujian Tekan Tubi dan Ujian Tekan
Tubi Sudut Tepat dengan Ujian Tekan Tubi (UKJK) 151
5.4 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson
product moment Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Buka,
Ujian Duduk Jangkau Kaki Tegak dan Ujian Duduk
Jangkau-kotak dengan Ujian Duduk Jangkau (UKJK) 152
5.5 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Antara Ujian
Lipatan Kulit Skinfold dan Ukuran Lilitan Tubuh
dengan Ujian Komposisi Badan (UKJK) 153
viii
8
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
3.1 Ten Step Flow Chart for Test Construction 41
3.2 Kerangka Konseptual 43
4.1 Taburan sampel kajian mengikut umur dan jantina 109
4.2 Perbandingan nilai korelasi ujian komponen daya tahan
kardiovaskular yang dipilih dengan ujian UKJK 126
4.3 Perbandingan nilai korelasi ujian komponen daya tahan
otot abdomen yang dipilih dengan ujian UKJK 128
4.4 Perbandingan min ujian komponen kekuatan dan
daya tahan otot bahagian atas badan yang dipilih
dengan ujian UKJK 130
4.5 Perbandingan min ujian komponen kelenturan yang
dipilih dengan ujian UKJK 132
4.6 Perbandingan min ujian komponen komposisi badan
yang dipilih dengan ujian UKJK 134
ix
BAB I
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) di peringkat Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif.
Mata pelajaran PJ bertujuan membantu pelajar mengamalkan gaya hidup sihat
melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif mata pelajaran
PJ adalah untuk meningkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
keupayaan motor. Di samping itu pelajar dapat menguasai kemahiran asas pergerakan
dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri serta
membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
2
Penilaian adalah satu proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Penilaian merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Ujian penilaian dibina dan ditadbir
sendiri oleh guru yang mengajar mata pelajaran PJ (Kementerian Pelajaran Malaysia,
1998).
Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) adalah merupakan alat ukur kepada tahap
kecergasan seseorang. Bateri ujian adalah merupakan satu set ujian yang mengandungi
komponen tertentu. Bateri ujian seharusnya mempunyai ujian yang merangkumi
komponen yang diukur untuk dinilai. Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
(UKF-BK) mengandungi lima komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan
otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan (Johnson dan Nelson, 1986).
Komponen daya tahan kardiovaskular secara fisiologi ialah bermakna
keupayaan, ketahanan dan kecekapan otot jantung bekerja. Daya tahan dan keupayaan
otot jantung secara maksimum merupakan satu penunjuk dan pengukuran fungsi
kardiovaskular (Safrit, 1995). Daya tahan kardiovaskular (aerobic fitness) adalah
keupayaan jantung, paru-paru dan darah membekalkan oksigen kepada kumpulan otot
serta keupayaan kumpulan otot menggunakan oksigen menghasilkan tenaga untuk
terus bekerja. Ujian senaman aerobik sering digunakan bagi menilai secara objektif
fungsi kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik ialah jumlah penggunaan oksigen semasa
menjalani aktiviti fizikal dan juga dikenali sebagai VO2 max. Bagi mengklasifikasikan
tahap kecergasan kardiovaskular seseorang, maka VO2 max yang diperoleh daripada
3
ujian senaman secara maksimum dan submaksimum digunakan (American College of
Sports Medicine, 2000). Jumlah pengambilan oksigen maksimum biasanya dianggap
sebagai petunjuk atau tanda terbaik bagi kecergasan kardiovaskular seseorang.
Keupayaan daya tahan kardiovaskular dari segi fungsinya adalah komponen paling
penting bagi menentukan tahap kecergasan yang tinggi. Ujian lapangan bagi menguji
komponen kardiovaskular harus dipilih mengikut kesesuaian dan membolehkan
penilaian dibuat bagi kumpulan yang ramai dalam masa yang singkat dengan
menggunakan alat-alat dan keperluan teknikal yang minimum.
Komponen kekuatan dan daya tahan otot mempunyai berhubungkait dengan
penguncupan otot. Corbin dan Lindsey (1999), Morrow, Jackson dan Mood, (1995)
sependapat bahawa penguncupan otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu penguncupan
isotonik, penguncupan isometrik dan penguncupan isokinetik. Penguncupan isotonik
ialah kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan
regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan
otot jenis ini dikenali juga sebagai dinamik. Penguncupan isotonik pula boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu penguncupan konsentrik dan esentrik.
Penguncupan konsentrik ialah keadaan otot memendek semasa menguncup manakala
penguncupan esentrik ialah keadaan otot memanjang semasa penguncupan.
Penguncupan isometrik pula menerangkan tentang otot dalam keadaan statik iaitu
regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah. Penguncupan isokinetik pula
ialah pergerakan yang melibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan
yang konsistan pada otot yang tertentu.
4
Komponen daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot
dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam tempoh
masa yang lama. Menurut Corbin dan Lindsey (1999), daya tahan otot ialah
keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi
sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan otot
terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan dinamik. Daya tahan otot
statik menerangkan kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang
tepat pada satu jangka masa. Manakala daya tahan otot dinamik pula menerangkan
kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur
berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa.
Morrow, Jackson dan Mood (1995), pula mengkategorikan daya tahan otot
kepada daya tahan otot ‘relatif’ dan daya tahan otot ‘absolute’. Daya tahan otot
‘relatif’ ialah keupayaan otot menampung beban kerja secara berulang sehingga yang
termampu dilakukan. Manakala daya tahan otot ‘absolute’ ialah kebolehan otot
menampung beban yang telah ditetapkan secara berulang. Dalam ujian daya tahan
yang berkenaan, otot bekerja dengan bebanan yang berkadar terhadap kekuatan
maksimum kumpulan otot yang tertentu atau kepada berat badan (Corbin dan Linsey,
1999).
Berdasarkan pengertian dan definisi yang diperoleh, dapatlah dirumuskan
bahawa kekuatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses penguncupan otot
dan merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal yang amat penting dan perlu
untuk melakukan aktiviti seharian serta kemahiran sukan. Kemampuan otot untuk
mengatasi rintangan yang menunjukkan kekuatan adalah perlu untuk membantu
5
pencapaian perlakuan motor yang diharapkan. Kekuatan otot yang maksimum adalah
penting bagi seseorang atlet muda dalam bidang sukan sebagai asas kecergasan fizikal
dalam menentukan pencapaian prestasi yang tinggi. Berdasarkan kenyataan ini
pendekatan program latihan yang saintifik, sistematik dan teliti perlu disusun bagi
mancapai maksud tersebut. Manakala satu alat ukur yang tepat dan bersesuaian harus
dicari dan digunakan untuk mengukur kekuatan agar maklum balas dari program
latihan dapat diterjemahkan secara saintifik.
Komponen kelenturan (fleksibiliti) didefinisikan sebagai keupayaan seseorang
individu untuk menggerakkan bahagian tubuh badan dengan julat pergerakan yang
besar tanpa berasa kesakitan terhadap sendi dan otot yang terdapat pada sendi yang
berkenaan (Johnson dan Nelson, 1986). Menurut Baumgartner dan Jackson (1991),
kelenturan dirujuk sebagai julat pergerakan yang berkaitan dengan sendi. Julat
pergerakan yang wujud dalam kalangan individu adalah berbeza antara satu sama lain.
Julat pergerakan ini bergantung kepada ciri fisiologi yang mempengaruhi kelembutan
otot dan ligamen yang mengelilingi sendi.
Hastad dan Lacy (1998), menyatakan bahawa pengukuran terhadap kelenturan
dan julat pergerakan yang terdapat di sendi atau kumpulan sendi. Individu yang boleh
menggerakkan kumpulan sendi yang terdapat dalam tubuh mereka misalnya sendi
buku lali (pergelangan kaki), sendi lutut, dan sendi pinggul tanpa berasa tegang atau
sakit dianggap mempunyai tahap kelembutan atau kelenturan yang tinggi. Sendi
dalam tubuh manusia memainkan peranan yang penting semasa kita melakukan
pergerakan.
6
Komponen komposisi badan dalam kecergasan fizikal terbahagi kepada tiga
komponen struktur asas yang ada pada badan manusia terdiri daripada lemak, otot dan
tulang. Penentuan isi kandungan lemak badan menunjukkan peratusan lemak badan
yang dibandingkan dengan isi kandungan otot dan tulang. Lebihan peratusan lemak
dalam badan menimbulkan masalah seperti kegemukan. Kegemukan juga
mendatangkan kesan yang negatif kepada kesan emosi kendiri dan kejayaan sosial
seseorang itu.
Lee, Blair dan Jackson (1999), menyatakan bahawa mereka yang dapat
menurunkan berat badan dapat mengurangkan penyakit jantung. Apa yang
menariknya adalah penyakit berkaitan jantung, mereka yang kurus tetapi tidak cergas
lebih dua kali berisiko dari mereka yang mengalami obesiti tetapi sentiasa bersenam
dan mengekalkan kecergasan. Dalam kata lain, risiko penyakit jantung lebih tinggi
berlaku kepada orang yang kurus tetapi tidak cergas berbanding mereka yang
mengalami obesiti tetapi sentiasa cergas.
Ramai yang sedar bahawa berat badan berlebihan boleh membawa akibat yang
buruk kepada kesihatan. Lemak badan berlebihan merupakan satu faktor risiko yang
boleh menyebabkan penyakit kardiorvaskular. Ia juga memudahkan seseorang
mendapat penyakit darah tinggi, angin ahmar (stroke), kencing manis dan kecergasan
kardiovaskular yang lemah (WHO, 1998). Lebihan lemak badan ini tidak membawa
apa-apa manfaat. Satu cara mengatasinya iaitu melalui aktiviti fizikal dan amalan
pemakanan yang sesuai dan seimbang. Peratusan lemak yang ideal bagi setiap
individu lelaki ialah 20% dari berat badan manakala bagi wanita ialah 30% daripada
keseluruhan berat badan. Peratusan yang lebih dari itu merupakan peratusan lemak
7
yang memberikan kesan kapada tubuh badan dan kesihatan diri (Johnson dan Nelson,
1986). Bagi mengetahui tahap peratusan lemak dalam badan seseorang, individu itu
perlu melalui ujian pengukuran dan penilaian. Dalam proses mengukur komposisi
lemak badan, terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih
tinggi keesahannya daripada segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta
prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data untuk tujuan
penganalisan yang lebih tepat.
Berdasarkan penerangan berkaitan komponen kecergasan yang dibincangkan
di atas, mengenalpasti tahap kecergasan fizikal seseorang menerusi, pengukuran dan
penilaian harus dibuat. Pengukuran dan penilaian adalah aspek yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran merupakan satu proses, kaedah atau
teknik pengumpulan data serta maklumat. Pengukuran boleh dilakukan dengan
menggunakan alat ujian, temubual atau pemerhatian. Pengukuran dalam mata
pelajaran PJ bukan hanya mengukur pencapaian kognitif tetapi juga boleh memberi
penilaian terhadap pencapaian kemahiran psikomotor. Sebagai seorang guru atau
pengajar mata pelajaran PJ, mereka perlu mengetahui kekuatan serta kelemahan
kaedah pengukuran yang digunakan supaya hasil penilaian lebih tepat diperoleh.
Penilaian kecergasan adalah satu prosedur atau teknik yang digunakan untuk
menguji tahap kecergasan semua pelajar. Prosedur dan teknik ujian hendaklah
mengikut tahap umur, kebolehan serta mengambil kira peralatan dan tempat ujian
dijalankan. Namun begitu pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti
menghidap penyakit kronik, kemalangan atau tidak sihat dikecuali daripada menjalani
ujian sehinggalah mereka sembuh sepenuhnya. Peralatan yang digunakan hendaklah
8
lengkap dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Kawasan yang digunakan
hendaklah sesuai dan selamat digunakan. Pelajar juga harus bersedia dari segi fizikal
dan mental dengan berlatih prosedur ujian sebelum menjalani ujian. Kecergasan
fizikal merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi perlindungan kepada manusia daripada penyakit ‘hipokinetik’
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit yang melibatkan jantung, obesiti dan
pelbagai penyakit otot dan tulang (U.S. Department of Health and Human Services,
2000).
Program penilaian kecergasan fizikal harus dirancang selaras dengan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ. Gaya hidup masyarakat Malaysia
semakin sedantari begitu juga pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Kesibukan aktiviti harian dan beban tugas sebagai seorang pelajar menjadikan pelajar
di sekolah dan institusi pengajian tinggi kekurangan masa untuk bersenam dan
beriadah di luar. Ada kalangan pelajar menghabiskan masa lapang mereka bermainan
permainan video berbanding bermain atau bersukan bersama rakan. Ini menyebabkan
mereka kurang melakukan aktiviti fizikal atau senaman yang menggunakan tenaga
yang banyak. Ahli masyarakat yang sentiasa sibuk dengan kerja dan urusan lain tidak
mempunyai kesempatan untuk bersenam atau tidak mempunyai kemudahan
berhampiran tempat kediaman mereka. Hal ini menyebabkan mereka mengalami gaya
hidup yang sedantari, tidak banyak menggunakan aktiviti fizikal. Kecergasan yang
optimum boleh membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih
dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang dirancang perlu dilaksanakan
dengan sempurna (KPM, 1999). Penilaian tahap kecergasan pelajar adalah
bermatlamat memberikan kesedaran, kepekaan, pengetahuan dan mengamalkan
9
aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal
yang optimum.
Penilaian kecergasan bertujuan menilai tahap kecergasan pelajar di samping
menyedarkan pelajar tentang kepentingan kecergasan fizikal, melakukan ujian
kecergasan yang dirancang oleh guru atau pengajar, menganalisis, menginterpretasi
dan menyimpan rekod tahap kecergasan sendiri dan seterusnya melakukan tindakan
susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti
kecergasan terancang. Objektif penilaian bagi para guru pula adalah untuk
mendapatkan maklumat atau maklum balas keberkesanan kaedah, perancangan dan
aktiviti yang telah dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas mata
pelajaran PJ. Maklumat atau maklum balas ini membolehkan para guru membuat
penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelajar juga
harus dimaklumkan tahap kecergasan mereka dengan menjalani ujian kecergasan
fizikal. Hasil daripada pengukuran dan penilaian yang dijalankan ke atas pelajar, hasil
tersebut memberikan maklum balas tahap kecergasan mereka. Para guru sebaiknya
mencadangkan senaman atau aktiviti fizikal yang sesuai untuk mereka.
Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana tahap
kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit
yang mungkin membahayakan diri (B. Sarjit Singh & Sheikh Kamaruddin, 1987).
Program Gaya Hidup Sihat (GHS) yang diperkenalkan oleh KBS turut menekankan
amalan pemakanan yang seimbang di samping melakukan senaman dan aktiviti
fizikal.
10
Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang diperkenal dan
diterbitkan oleh KBS adalah merupakan satu-satunya bateri ujian yang rasmi
digunakan di peringkat kebangsaan sejak tahun 1987. UKJK ini melalui proses
penyemakan semula pada tahun 1999 dan masih digunakan hingga sekarang. UKJK
ini adalah merupakan projek yang dibentuk dengan kerjasama Persatuan Pendidikan
Jasmani Malaysia dan United States Sports Academy, Amerika Syarikat sebagai
pelengkap kepada program Malaysia Cergas. UKJK juga dijadikan salah satu aktiviti
dalam program Malaysia Cergas yang antara lain bertujuan melibatkan masyarakat
secara menyeluruh, mengamalkan gaya hidup, kecergasan seumur hidup dan
menanam nilai dan sikap kesukanan.
1.2 Penyataan Masalah
UKF merupakan satu komponen yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran PJ. Mata pelajaran PJ dalam kursus Persediaan Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) telah menggariskan panduan untuk
pengujian, pengukuran dan penilaian digunakan bagi menguji tahap kecergasan fizikal
pelajar. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mensyaratkan setiap pelajar yang
mengambil elektif PJ, wajib mengambil ujian amali termasuk ujian kecergasan fizikal.
UKJK adalah merupakan sumber rujukan utama bagi UKF ujian kecergasan PPISMP.
Proses pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal telah banyak mengalami
perkembangan dan perubahan namun BPG masih menggunakan UKJK sebagai
rujukan. Hal demikian berlaku kerana tiada ujian kecergasan fizikal yang baharu

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmalUjian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Bezita Goku
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
Noor Remy Ariffin
 
Peraturan am pertandingan
Peraturan am pertandinganPeraturan am pertandingan
Peraturan am pertandingan
ben683958sia
 
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLAKEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
jafri1980
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
Mohamad Ihtifazuddin
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
Mohamad Ihtifazuddin
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
Mia Mia
 

Was ist angesagt? (20)

Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmalUjian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
Ujian lari 2.4km, 1500m, larian cooper,ujian bleep dan satu ujian makmal
 
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan
 
Peraturan am pertandingan
Peraturan am pertandinganPeraturan am pertandingan
Peraturan am pertandingan
 
Biomekanik dalam sukan
Biomekanik dalam sukanBiomekanik dalam sukan
Biomekanik dalam sukan
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.pptPENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
 
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLAKEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
KEMAHIRAN MENERIMA DAN MENGHANTAR BOLA
 
Latihan Litar
Latihan LitarLatihan Litar
Latihan Litar
 
Prosedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubiProsedur Ujian tekan tubi
Prosedur Ujian tekan tubi
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
 
Permainan kecil bola baling
Permainan kecil bola balingPermainan kecil bola baling
Permainan kecil bola baling
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Pergerakan projektil
Pergerakan projektilPergerakan projektil
Pergerakan projektil
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
 

Andere mochten auch

Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Presley Marcel
 
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
khairul azlan taib
 
Prosedur segak
Prosedur segakProsedur segak
Prosedur segak
Aki Ntol
 
Penilaian dan pengukuran.ppt
Penilaian dan pengukuran.pptPenilaian dan pengukuran.ppt
Penilaian dan pengukuran.ppt
Faizal Thahir
 
contoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukancontoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukan
Nurul Shahida
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
khairul azlan taib
 
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan15266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
Mohd Zapri Hj Yusof
 
Sheppard portfolio
Sheppard portfolioSheppard portfolio
Sheppard portfolio
shep421
 
The danger of cancer
The danger of cancerThe danger of cancer
The danger of cancer
ashjpage18
 
1 урок
1 урок1 урок
1 урок
Rahatvlk
 

Andere mochten auch (20)

Perbandingan 6 Bateri Ujian
Perbandingan 6 Bateri UjianPerbandingan 6 Bateri Ujian
Perbandingan 6 Bateri Ujian
 
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
 
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
 
Ujian kecergasan kali ke
Ujian kecergasan kali keUjian kecergasan kali ke
Ujian kecergasan kali ke
 
Latihan litar
Latihan litarLatihan litar
Latihan litar
 
chegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litarchegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litar
 
Prosedur segak
Prosedur segakProsedur segak
Prosedur segak
 
Penilaian dan pengukuran.ppt
Penilaian dan pengukuran.pptPenilaian dan pengukuran.ppt
Penilaian dan pengukuran.ppt
 
Jenis2 latihan
Jenis2 latihanJenis2 latihan
Jenis2 latihan
 
contoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukancontoh kertas kerja sains sukan
contoh kertas kerja sains sukan
 
Kaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikalKaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikal
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Nota beteri ujian
Nota beteri ujianNota beteri ujian
Nota beteri ujian
 
Rph-tahun-5-ketangkasan
Rph-tahun-5-ketangkasanRph-tahun-5-ketangkasan
Rph-tahun-5-ketangkasan
 
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan15266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
5266658 standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan1
 
System of a down
System of a downSystem of a down
System of a down
 
Sheppard portfolio
Sheppard portfolioSheppard portfolio
Sheppard portfolio
 
The danger of cancer
The danger of cancerThe danger of cancer
The danger of cancer
 
1 урок
1 урок1 урок
1 урок
 
Baker
BakerBaker
Baker
 

Ähnlich wie Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
ThilagaThila4
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
Sobri Ismail
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
narazlanzz
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
Jimmy Siow
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
Jimmy Siow
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
Jimmy Siow
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah mei
rosfariza
 
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
sham7482
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Siot Sapian
 

Ähnlich wie Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan (20)

Review Jurnal Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
Review Jurnal Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprintReview Jurnal Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
Review Jurnal Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
 
KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
KESAN_LATIHAN_PLIOMETRIK_TERHADAP_KUASA_DAN_KEPANTASAN_KAKI-with-cover-page-v...
 
Review Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
Review Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprintReview Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
Review Korelasi kuat antara kekuatan squat maksimal dengan sprint
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)Buku panduan segak (1)
Buku panduan segak (1)
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Review Penerapan latihan hollow sprint dan pickup sprint dalam peningkatan ke...
Review Penerapan latihan hollow sprint dan pickup sprint dalam peningkatan ke...Review Penerapan latihan hollow sprint dan pickup sprint dalam peningkatan ke...
Review Penerapan latihan hollow sprint dan pickup sprint dalam peningkatan ke...
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan15   kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
15 kssr-pj-tahun4 - modul kecergasan - komponen kecergasan
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Buku panduan SEGAK
Buku panduan SEGAKBuku panduan SEGAK
Buku panduan SEGAK
 
Buku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah meiBuku panduan segak rendah mei
Buku panduan segak rendah mei
 
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
20908113 buku-panduan-segak-2009 (1)
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007Segak murni mei 2007
Segak murni mei 2007
 
Tesis lengkap
Tesis lengkapTesis lengkap
Tesis lengkap
 
Tesis lengkap
Tesis lengkapTesis lengkap
Tesis lengkap
 
Review PENGEMBANGAN METODE LATIHAN JUMPING UNTUK MENINGKATKAN VERTICAL JUMP ...
Review PENGEMBANGAN METODE LATIHAN JUMPING UNTUK  MENINGKATKAN VERTICAL JUMP ...Review PENGEMBANGAN METODE LATIHAN JUMPING UNTUK  MENINGKATKAN VERTICAL JUMP ...
Review PENGEMBANGAN METODE LATIHAN JUMPING UNTUK MENINGKATKAN VERTICAL JUMP ...
 
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskesTes dan pengukuran dalam penjaskes
Tes dan pengukuran dalam penjaskes
 
Buku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMKBuku kebugaran jasmani SMK
Buku kebugaran jasmani SMK
 

Kürzlich hochgeladen

TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksiTM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
haslinahaslina3
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
fidel377036
 
Presentasi contoh Visum et Repertum.ppt
Presentasi contoh  Visum et Repertum.pptPresentasi contoh  Visum et Repertum.ppt
Presentasi contoh Visum et Repertum.ppt
SuwandiKhowanto1
 
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
cels17082019
 
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank MaybankUNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
csooyoung073
 
askep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
askep hiv dewasa.pptxcvbngccccccccccccccccaskep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
askep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
anangkuniawan
 

Kürzlich hochgeladen (20)

Kartu Kembang Anak - Pemantauan Perkembangan Anak Bina Keluarga Balita (BKB)
Kartu Kembang Anak - Pemantauan Perkembangan Anak Bina Keluarga Balita (BKB)Kartu Kembang Anak - Pemantauan Perkembangan Anak Bina Keluarga Balita (BKB)
Kartu Kembang Anak - Pemantauan Perkembangan Anak Bina Keluarga Balita (BKB)
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
 
Tatalaksana Terapi Diabetes Mellitus (farmasi klinis)
Tatalaksana Terapi Diabetes Mellitus (farmasi klinis)Tatalaksana Terapi Diabetes Mellitus (farmasi klinis)
Tatalaksana Terapi Diabetes Mellitus (farmasi klinis)
 
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksiTM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
TM 6_KESPRO REMAJA.ppt kesehatan reproduksi
 
KONSEP DASAR LUKA DAN PENANGANANNYA, PROSES PENYEMBUHAN
KONSEP DASAR LUKA DAN PENANGANANNYA, PROSES PENYEMBUHANKONSEP DASAR LUKA DAN PENANGANANNYA, PROSES PENYEMBUHAN
KONSEP DASAR LUKA DAN PENANGANANNYA, PROSES PENYEMBUHAN
 
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
 
PPT Kebijakan Regulasi RME - Dir 28 -29 Feb 2024 s.d 1 Maret.pdf
PPT Kebijakan Regulasi RME - Dir 28 -29 Feb 2024 s.d 1 Maret.pdfPPT Kebijakan Regulasi RME - Dir 28 -29 Feb 2024 s.d 1 Maret.pdf
PPT Kebijakan Regulasi RME - Dir 28 -29 Feb 2024 s.d 1 Maret.pdf
 
Presentasi contoh Visum et Repertum.ppt
Presentasi contoh  Visum et Repertum.pptPresentasi contoh  Visum et Repertum.ppt
Presentasi contoh Visum et Repertum.ppt
 
Root cause analysis ( analisa akar masalah )
Root cause analysis ( analisa akar masalah )Root cause analysis ( analisa akar masalah )
Root cause analysis ( analisa akar masalah )
 
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
468660424-Kuliah-5-CDOB-upkukdate-ppt.ppt
 
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADAASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
 
Parasitologi-dan-Mikrobiologi-Pertemuan-4.ppt
Parasitologi-dan-Mikrobiologi-Pertemuan-4.pptParasitologi-dan-Mikrobiologi-Pertemuan-4.ppt
Parasitologi-dan-Mikrobiologi-Pertemuan-4.ppt
 
ASUHAN KEPERAWATAN PADA LANSIA MENJELANG AJAL PPT.pptx
ASUHAN KEPERAWATAN PADA LANSIA MENJELANG AJAL PPT.pptxASUHAN KEPERAWATAN PADA LANSIA MENJELANG AJAL PPT.pptx
ASUHAN KEPERAWATAN PADA LANSIA MENJELANG AJAL PPT.pptx
 
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smeardokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
 
Dasar-Dasar Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) EDIT
Dasar-Dasar Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) EDITDasar-Dasar Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) EDIT
Dasar-Dasar Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) EDIT
 
regulasi tentang kosmetika di indonesia cpkb
regulasi tentang kosmetika di indonesia cpkbregulasi tentang kosmetika di indonesia cpkb
regulasi tentang kosmetika di indonesia cpkb
 
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank MaybankUNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
UNIKBET Situs Slot Habanero Deposit Bisa Pakai Bank Maybank
 
asuhan keperawatan manajemen bencana pada pasien bencana konsep bencana
asuhan keperawatan manajemen bencana pada pasien bencana konsep bencanaasuhan keperawatan manajemen bencana pada pasien bencana konsep bencana
asuhan keperawatan manajemen bencana pada pasien bencana konsep bencana
 
askep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
askep hiv dewasa.pptxcvbngccccccccccccccccaskep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
askep hiv dewasa.pptxcvbngcccccccccccccccc
 

Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

  • 1. PEMILIHAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN ABU BAKAR BIN ABDULLOH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009
  • 2. 2 PEMILIHAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN ABU BAKAR BIN ABDULLOH DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009
  • 3. 3 PENGESAHAN Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Abu Bakar Bin Abdulloh telah berjaya menyiapkan Disertasi bertajuk “Pemilihan Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan” dan memperakukan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian syarat keperluan kursus KSS 6018 untuk Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan. …………………………………………………. ( DR. ONG KUAN BOON ) Pensyarah Penyelia Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak 2009
  • 4. 4 PENGESAHAN Saya mengesahkan bahawa pelajar ini, Abu Bakar Bin Abdulloh telah berjaya menyiapkan Disertasi bertajuk “Pemilihan Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan” dan memperakukan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian syarat keperluan kursus KSS 6018 untuk Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Sukan. …………………………………………………. ( DR. MOHD SANI BIN MADON ) Dekan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak 2009
  • 5. KANDUNGAN Muka surat ix PENGAKUAN ii DECLARATION iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI JADUAL vii SENARAI RAJAH ix BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 10 1.3 Kepentingan Kajian 12 1.4 Objektif Kajian 14 1.5 Persoalan Kajian 15 1.6 Hipotesis Kajian 16 1.7 Batasan Kajian 19 1.8 Definisi Operational 20 BAB II TINJAUAN LITERATUR 2.1 Tinjauan Am 24 2.2 Tinjauan Relevan 27 2.3 Perdebatan Tentang Ujian Kecergasan Fizikal 36 2.4 Kesimpulan 38 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian 40 3.2 Pembolehubah Kajian 43 3.3 Prosedur Pengujian dan Pengukuran 48 3.4 Pentadbiran Instrumen Kajian 88 3.5 Kajian Rintis 90 3.6 Populasi dan Persampelan 103 3.7 Tatacara Pengumpulan Data 104
  • 6. 2 BAB IV DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 107 4.2 Latar belakang Demografi Sampel Kajian 107 4.3 Keputusan Analisis Diskriptif Kajian 109 4.4 Analisis Statistik Korelasi ke Atas Ujian-ujian Yang Dipilih 113 4.5 Analisis Statistik Ujian t Berpasangan ke Atas Ujian-ujian Yang Dipilih 123 4.6 Rumusan 134 BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan 145 5.2 Kesimpulan 154 5.3 Cadangan 155 RUJUKAN LAMPIRAN
  • 7. PENGAKUAN Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasannya yang setiap satunya telah jelaskan sumbernya. 13.11.2009 ABU BAKAR BIN ABDULLOH M20031001067 ii
  • 8. 2 DECLARATION I hereby declare that work in this dissertation is my own except for quotations and summeries which have been duly acknowledged. 13.11.2009 ABU BAKAR BIN ABDULLOH M20031001067 iii
  • 9. 3 PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan disertasi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Fakulti Sains Sukan Universiti Sultan Idris. Terima kasih dan penghargaan khas ditujukan kepada Dr. Ahmad Bin Hashim dan Dr. Ong Kuan Boon selaku Pensyarah Penyelia dan Dekan Fakulti Sains Sukan, Dr. Mohd Sani Bin Madun. Jasa baik dan bimbingan mereka amat bermakna dalam usaha menyiapkan disertasi ini. Tidak lupa juga penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada seluruh warga Fakulti Sains Sukan, terutama Prof Madya Jabar Bin Johari, Dr. Julisma Binti Jani, Dr. Mohar, En. Hishamuddin, Sdri. Imah dan tidak lupa juga kepada seluruh warga Institut Pengajian Siswazah yang memberi bantuan dan sokongan untuk menyempurnakan disertasi ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pembantu penguji iaitu Pn Ruzita Mohamad @ Abd Halim dan En. Tan Heang Khon serta pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman yang telah memberikan kebenaran menjalankan kajian ini serta memberi kebenaran kepada pelajar menjadi subjek kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Salim Awang Ngah, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana memberi kebenaran menggunakan kemudahan institut dan kerjasama serta dorongan menyiapkan disertasi ini. Untuk rakan seperjuangan, En. Tan Heang Khon dan En. Krishnan terima kasih kerana memberikan sokongan, bantuan dan dorongan yang membakar semangat sehingga dapat saya menyiapkan disertasi ini. Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menyiapkan disertasi ini. Sekian, terima kasih. iv
  • 10. 4 ABSTRAK UKF digunakan bagi menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru menggunakan ujian dalam bateri Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk menilai tahap kecergasan fizikal pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Bagi tujuan kajian ini, ujian yang digunakan dalam bateri ujian FITNESSGRAM, President Challenge, Physical Best, ACSM dan AAHPERD dipilih untuk diuji bersama ujian UKJK. Kaedah pekali korelasi Person product moment digunakan untuk mencari tahap hubungan ujian yang dipilih mengikut komponen. 17 ujian dipilih dan diuji dalam tempoh empat minggu. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan dalam kalangan ujian yang dipilih dengan ujian UKJK. Nilai pekali korelasi ujian Lari Ulang-alik Progresif dan Larian 2.414 kilometer adalah sederhana tinggi (r = 0.675), ujian Bangun Tubi Separa dan Bangun Tubi Kaki Bengkok juga sederhana tinggi (r = 0.688), ujian Tekan Tubi dan Tekan Tubi Ubahsuai adalah juga tinggi (r = 0.678). Manakala ujian Duduk Jangkau-kotak dan Duduk Jangkau adalah tinggi (r = 0.955), ujian Lipatan Kulit Skinfold dan Komposisi Badan (UKJK) juga tinggi (r = 0.992). Satu bateri ujian baharu dicadangkan berdasarkan pemilihan ujian ini iaitu ujian Lari Ulang-alik Progresif (daya tahan kardiovaskular), ujian Bangun Tubi Separa (daya tahan otot abdomen), ujian Tekan Tubi (kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan otot), ujian Duduk Melunjur-kotak (kelenturan bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring) dan ujian Lipatan Kulit Skinfold (komposisi badan). v
  • 11. 5 ABSTRACT Health Related Fitness Test is used to evaluate the effectiveness of Physical Education in Teacher Training Institute of Malaysia. Teacher Training Department (BPG) has been using the National Physical Fitness Test (UKJK) to evaluate the physical fitness of Bachelor of Education (PPISMP) as the Physical Fitness Test. For the purpose of this study, FITNESSGRAM, President Challenge, Physical Best, ACSM and AAHPERD were employed. These tests were carried out together with the UKJK tests. Pearson product-moment correlation is used to identify any correlation between the tests components. 17 tests were selected and tested for the duration of four weeks. The results have shown that there is significant correlation between UKJK and the tests employed. The moderately high correlation between Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run and 2.414 km run (r = 0.675), the Partial Curl-ups test and Bent Knee Sit-ups test (UKJK) (r = 0.688), the Push-ups and Modified Push- ups (UKJK) (r = 0.678). While Sit and Reach-box test correlation value, shown that there is highly correlation with Sit and Reach (UKJK) (r = 0.955). The value for Calf Skinfolds shown that there is highly correlation with Body Composition (UKJK), (r = 0.992). Based on the selected tests, one new battery test were chosen, that are Progressive Aerobic Cardiovascular Endurance Run test (cardiovaskular endurance), Partial Curl-ups (abdominal muscular endurance), Push-ups (muscular strenght and endurance), sit and reach (flexibility) and Calf Skinfolds (body composition). vi
  • 12. 6 SENARAI JADUAL Jadual Muka surat 3.1 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan Pembantu Penguji Komponen Kardiovaskular 95 3.2 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan Pembantu Penguji Komponen Daya Tahan Otot 97 3.3 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan Pembantu Penguji Komponen Kekuatan Otot 98 3.4 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan Pembantu Penguji Komponen Kelenturan 99 3.5 Analisis Statistik Ujian ANOVA Sehala Penguji dan Pembantu Penguji Komponen Komposisi Badan 101 4.1 Jumlah Sampel Kajian Mengikut Umur dan Jantina 108 4.2 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai Ujian Komponen Daya tahan Kardiovaskular 110 4.3 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai Ujian Komponen Kelenturan 110 4.4 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai Ujian Komponen Daya tahan Otot 111 4.5 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai Ujian Komponen Kekuatan Otot 112 4.6 Analisis Statistik Skor Min dan Sisishan Piawai Ujian Komponen Komposisi badan 112 4.7 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Larian Ulang-alik dengan Ujian Larian 2.414 Kilometer 114 4.8 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Larian 1610 meter dengan Ujian Larian 2.414 kilometer 115 4.9 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Larian 12 Minit dengan Ujian Larian 2.414 Kilometer 116 4.10 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Rengkuk Separa dengan Ujian Bangun Tubi Lutut Bengkok 117 4.11 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Bangun Tubi Separa dengan Ujian Bangun Tubi Lutut Bengkok 117 4.12 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Tekan Tubi dengan Ujian Tekan Tubi Ubah-suai 118 4.13 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Tekan Tubi Sudut Tepat dengan Tekan Tubi Ubah-suai 119 4.14 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Buka dengan Ujian Duduk Jangkau (UKJK) 120 vii
  • 13. 7 4.15 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Tegak dengan Ujian Duduk Jangkau (UKJK) 120 4.16 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Duduk Jangkau-kotak dengan Ujian Duduk Jangkau (UKJK) 121 4.17 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Lipatan Kulit Skinfold dengan Ujian Komposisi Badan (UKJK) 122 4.18 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson Antara Ujian Ukurlilit Badan dengan Ujian Komposisi Badan (UKJK) 123 4.19 Keputusan Pengujian Hipotesis Nul (Ho) 141 4.20 Keputusan Pengujian Hipotesis Alternatif (Ha) 143 5.1 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson product moment Antara Ujian Larian Ulang-alik, Larian 12 Minit dan Larian 1610 meter dengan Ujian Larian 2.414 kilometer 147 5.2 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson product moment Antara Ujian Rengkuk Separa dan Bangun Tubi Separa dengan Ujian Bangun Tubi Lutut Bengkok (UKJK) 150 5.3 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson product moment Antara Ujian Tekan Tubi dan Ujian Tekan Tubi Sudut Tepat dengan Ujian Tekan Tubi (UKJK) 151 5.4 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Pearson product moment Antara Ujian Duduk Jangkau Kaki Buka, Ujian Duduk Jangkau Kaki Tegak dan Ujian Duduk Jangkau-kotak dengan Ujian Duduk Jangkau (UKJK) 152 5.5 Keputusan Analisis Statistik Pekali Korelasi Antara Ujian Lipatan Kulit Skinfold dan Ukuran Lilitan Tubuh dengan Ujian Komposisi Badan (UKJK) 153 viii
  • 14. 8 SENARAI RAJAH Rajah Muka surat 3.1 Ten Step Flow Chart for Test Construction 41 3.2 Kerangka Konseptual 43 4.1 Taburan sampel kajian mengikut umur dan jantina 109 4.2 Perbandingan nilai korelasi ujian komponen daya tahan kardiovaskular yang dipilih dengan ujian UKJK 126 4.3 Perbandingan nilai korelasi ujian komponen daya tahan otot abdomen yang dipilih dengan ujian UKJK 128 4.4 Perbandingan min ujian komponen kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan yang dipilih dengan ujian UKJK 130 4.5 Perbandingan min ujian komponen kelenturan yang dipilih dengan ujian UKJK 132 4.6 Perbandingan min ujian komponen komposisi badan yang dipilih dengan ujian UKJK 134 ix
  • 15. BAB I PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Mata pelajaran PJ bertujuan membantu pelajar mengamalkan gaya hidup sihat melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Objektif mata pelajaran PJ adalah untuk meningkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan keupayaan motor. Di samping itu pelajar dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri serta membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
  • 16. 2 Penilaian adalah satu proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penilaian merupakan sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Ujian penilaian dibina dan ditadbir sendiri oleh guru yang mengajar mata pelajaran PJ (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998). Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) adalah merupakan alat ukur kepada tahap kecergasan seseorang. Bateri ujian adalah merupakan satu set ujian yang mengandungi komponen tertentu. Bateri ujian seharusnya mempunyai ujian yang merangkumi komponen yang diukur untuk dinilai. Ujian Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan (UKF-BK) mengandungi lima komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan (Johnson dan Nelson, 1986). Komponen daya tahan kardiovaskular secara fisiologi ialah bermakna keupayaan, ketahanan dan kecekapan otot jantung bekerja. Daya tahan dan keupayaan otot jantung secara maksimum merupakan satu penunjuk dan pengukuran fungsi kardiovaskular (Safrit, 1995). Daya tahan kardiovaskular (aerobic fitness) adalah keupayaan jantung, paru-paru dan darah membekalkan oksigen kepada kumpulan otot serta keupayaan kumpulan otot menggunakan oksigen menghasilkan tenaga untuk terus bekerja. Ujian senaman aerobik sering digunakan bagi menilai secara objektif fungsi kapasiti aerobik. Kapasiti aerobik ialah jumlah penggunaan oksigen semasa menjalani aktiviti fizikal dan juga dikenali sebagai VO2 max. Bagi mengklasifikasikan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang, maka VO2 max yang diperoleh daripada
  • 17. 3 ujian senaman secara maksimum dan submaksimum digunakan (American College of Sports Medicine, 2000). Jumlah pengambilan oksigen maksimum biasanya dianggap sebagai petunjuk atau tanda terbaik bagi kecergasan kardiovaskular seseorang. Keupayaan daya tahan kardiovaskular dari segi fungsinya adalah komponen paling penting bagi menentukan tahap kecergasan yang tinggi. Ujian lapangan bagi menguji komponen kardiovaskular harus dipilih mengikut kesesuaian dan membolehkan penilaian dibuat bagi kumpulan yang ramai dalam masa yang singkat dengan menggunakan alat-alat dan keperluan teknikal yang minimum. Komponen kekuatan dan daya tahan otot mempunyai berhubungkait dengan penguncupan otot. Corbin dan Lindsey (1999), Morrow, Jackson dan Mood, (1995) sependapat bahawa penguncupan otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu penguncupan isotonik, penguncupan isometrik dan penguncupan isokinetik. Penguncupan isotonik ialah kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan otot jenis ini dikenali juga sebagai dinamik. Penguncupan isotonik pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu penguncupan konsentrik dan esentrik. Penguncupan konsentrik ialah keadaan otot memendek semasa menguncup manakala penguncupan esentrik ialah keadaan otot memanjang semasa penguncupan. Penguncupan isometrik pula menerangkan tentang otot dalam keadaan statik iaitu regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah. Penguncupan isokinetik pula ialah pergerakan yang melibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan yang konsistan pada otot yang tertentu.
  • 18. 4 Komponen daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam tempoh masa yang lama. Menurut Corbin dan Lindsey (1999), daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan dinamik. Daya tahan otot statik menerangkan kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa. Manakala daya tahan otot dinamik pula menerangkan kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Morrow, Jackson dan Mood (1995), pula mengkategorikan daya tahan otot kepada daya tahan otot ‘relatif’ dan daya tahan otot ‘absolute’. Daya tahan otot ‘relatif’ ialah keupayaan otot menampung beban kerja secara berulang sehingga yang termampu dilakukan. Manakala daya tahan otot ‘absolute’ ialah kebolehan otot menampung beban yang telah ditetapkan secara berulang. Dalam ujian daya tahan yang berkenaan, otot bekerja dengan bebanan yang berkadar terhadap kekuatan maksimum kumpulan otot yang tertentu atau kepada berat badan (Corbin dan Linsey, 1999). Berdasarkan pengertian dan definisi yang diperoleh, dapatlah dirumuskan bahawa kekuatan mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses penguncupan otot dan merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal yang amat penting dan perlu untuk melakukan aktiviti seharian serta kemahiran sukan. Kemampuan otot untuk mengatasi rintangan yang menunjukkan kekuatan adalah perlu untuk membantu
  • 19. 5 pencapaian perlakuan motor yang diharapkan. Kekuatan otot yang maksimum adalah penting bagi seseorang atlet muda dalam bidang sukan sebagai asas kecergasan fizikal dalam menentukan pencapaian prestasi yang tinggi. Berdasarkan kenyataan ini pendekatan program latihan yang saintifik, sistematik dan teliti perlu disusun bagi mancapai maksud tersebut. Manakala satu alat ukur yang tepat dan bersesuaian harus dicari dan digunakan untuk mengukur kekuatan agar maklum balas dari program latihan dapat diterjemahkan secara saintifik. Komponen kelenturan (fleksibiliti) didefinisikan sebagai keupayaan seseorang individu untuk menggerakkan bahagian tubuh badan dengan julat pergerakan yang besar tanpa berasa kesakitan terhadap sendi dan otot yang terdapat pada sendi yang berkenaan (Johnson dan Nelson, 1986). Menurut Baumgartner dan Jackson (1991), kelenturan dirujuk sebagai julat pergerakan yang berkaitan dengan sendi. Julat pergerakan yang wujud dalam kalangan individu adalah berbeza antara satu sama lain. Julat pergerakan ini bergantung kepada ciri fisiologi yang mempengaruhi kelembutan otot dan ligamen yang mengelilingi sendi. Hastad dan Lacy (1998), menyatakan bahawa pengukuran terhadap kelenturan dan julat pergerakan yang terdapat di sendi atau kumpulan sendi. Individu yang boleh menggerakkan kumpulan sendi yang terdapat dalam tubuh mereka misalnya sendi buku lali (pergelangan kaki), sendi lutut, dan sendi pinggul tanpa berasa tegang atau sakit dianggap mempunyai tahap kelembutan atau kelenturan yang tinggi. Sendi dalam tubuh manusia memainkan peranan yang penting semasa kita melakukan pergerakan.
  • 20. 6 Komponen komposisi badan dalam kecergasan fizikal terbahagi kepada tiga komponen struktur asas yang ada pada badan manusia terdiri daripada lemak, otot dan tulang. Penentuan isi kandungan lemak badan menunjukkan peratusan lemak badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot dan tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan menimbulkan masalah seperti kegemukan. Kegemukan juga mendatangkan kesan yang negatif kepada kesan emosi kendiri dan kejayaan sosial seseorang itu. Lee, Blair dan Jackson (1999), menyatakan bahawa mereka yang dapat menurunkan berat badan dapat mengurangkan penyakit jantung. Apa yang menariknya adalah penyakit berkaitan jantung, mereka yang kurus tetapi tidak cergas lebih dua kali berisiko dari mereka yang mengalami obesiti tetapi sentiasa bersenam dan mengekalkan kecergasan. Dalam kata lain, risiko penyakit jantung lebih tinggi berlaku kepada orang yang kurus tetapi tidak cergas berbanding mereka yang mengalami obesiti tetapi sentiasa cergas. Ramai yang sedar bahawa berat badan berlebihan boleh membawa akibat yang buruk kepada kesihatan. Lemak badan berlebihan merupakan satu faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit kardiorvaskular. Ia juga memudahkan seseorang mendapat penyakit darah tinggi, angin ahmar (stroke), kencing manis dan kecergasan kardiovaskular yang lemah (WHO, 1998). Lebihan lemak badan ini tidak membawa apa-apa manfaat. Satu cara mengatasinya iaitu melalui aktiviti fizikal dan amalan pemakanan yang sesuai dan seimbang. Peratusan lemak yang ideal bagi setiap individu lelaki ialah 20% dari berat badan manakala bagi wanita ialah 30% daripada keseluruhan berat badan. Peratusan yang lebih dari itu merupakan peratusan lemak
  • 21. 7 yang memberikan kesan kapada tubuh badan dan kesihatan diri (Johnson dan Nelson, 1986). Bagi mengetahui tahap peratusan lemak dalam badan seseorang, individu itu perlu melalui ujian pengukuran dan penilaian. Dalam proses mengukur komposisi lemak badan, terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi keesahannya daripada segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data untuk tujuan penganalisan yang lebih tepat. Berdasarkan penerangan berkaitan komponen kecergasan yang dibincangkan di atas, mengenalpasti tahap kecergasan fizikal seseorang menerusi, pengukuran dan penilaian harus dibuat. Pengukuran dan penilaian adalah aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengukuran merupakan satu proses, kaedah atau teknik pengumpulan data serta maklumat. Pengukuran boleh dilakukan dengan menggunakan alat ujian, temubual atau pemerhatian. Pengukuran dalam mata pelajaran PJ bukan hanya mengukur pencapaian kognitif tetapi juga boleh memberi penilaian terhadap pencapaian kemahiran psikomotor. Sebagai seorang guru atau pengajar mata pelajaran PJ, mereka perlu mengetahui kekuatan serta kelemahan kaedah pengukuran yang digunakan supaya hasil penilaian lebih tepat diperoleh. Penilaian kecergasan adalah satu prosedur atau teknik yang digunakan untuk menguji tahap kecergasan semua pelajar. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut tahap umur, kebolehan serta mengambil kira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Namun begitu pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti menghidap penyakit kronik, kemalangan atau tidak sihat dikecuali daripada menjalani ujian sehinggalah mereka sembuh sepenuhnya. Peralatan yang digunakan hendaklah
  • 22. 8 lengkap dan sesuai dengan peringkat umur mereka. Kawasan yang digunakan hendaklah sesuai dan selamat digunakan. Pelajar juga harus bersedia dari segi fizikal dan mental dengan berlatih prosedur ujian sebelum menjalani ujian. Kecergasan fizikal merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi perlindungan kepada manusia daripada penyakit ‘hipokinetik’ (kekurangan pergerakan) seperti penyakit yang melibatkan jantung, obesiti dan pelbagai penyakit otot dan tulang (U.S. Department of Health and Human Services, 2000). Program penilaian kecergasan fizikal harus dirancang selaras dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ. Gaya hidup masyarakat Malaysia semakin sedantari begitu juga pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Kesibukan aktiviti harian dan beban tugas sebagai seorang pelajar menjadikan pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi kekurangan masa untuk bersenam dan beriadah di luar. Ada kalangan pelajar menghabiskan masa lapang mereka bermainan permainan video berbanding bermain atau bersukan bersama rakan. Ini menyebabkan mereka kurang melakukan aktiviti fizikal atau senaman yang menggunakan tenaga yang banyak. Ahli masyarakat yang sentiasa sibuk dengan kerja dan urusan lain tidak mempunyai kesempatan untuk bersenam atau tidak mempunyai kemudahan berhampiran tempat kediaman mereka. Hal ini menyebabkan mereka mengalami gaya hidup yang sedantari, tidak banyak menggunakan aktiviti fizikal. Kecergasan yang optimum boleh membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu aktiviti kecergasan yang dirancang perlu dilaksanakan dengan sempurna (KPM, 1999). Penilaian tahap kecergasan pelajar adalah bermatlamat memberikan kesedaran, kepekaan, pengetahuan dan mengamalkan
  • 23. 9 aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Penilaian kecergasan bertujuan menilai tahap kecergasan pelajar di samping menyedarkan pelajar tentang kepentingan kecergasan fizikal, melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh guru atau pengajar, menganalisis, menginterpretasi dan menyimpan rekod tahap kecergasan sendiri dan seterusnya melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang. Objektif penilaian bagi para guru pula adalah untuk mendapatkan maklumat atau maklum balas keberkesanan kaedah, perancangan dan aktiviti yang telah dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas mata pelajaran PJ. Maklumat atau maklum balas ini membolehkan para guru membuat penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pelajar juga harus dimaklumkan tahap kecergasan mereka dengan menjalani ujian kecergasan fizikal. Hasil daripada pengukuran dan penilaian yang dijalankan ke atas pelajar, hasil tersebut memberikan maklum balas tahap kecergasan mereka. Para guru sebaiknya mencadangkan senaman atau aktiviti fizikal yang sesuai untuk mereka. Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana tahap kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri (B. Sarjit Singh & Sheikh Kamaruddin, 1987). Program Gaya Hidup Sihat (GHS) yang diperkenalkan oleh KBS turut menekankan amalan pemakanan yang seimbang di samping melakukan senaman dan aktiviti fizikal.
  • 24. 10 Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang diperkenal dan diterbitkan oleh KBS adalah merupakan satu-satunya bateri ujian yang rasmi digunakan di peringkat kebangsaan sejak tahun 1987. UKJK ini melalui proses penyemakan semula pada tahun 1999 dan masih digunakan hingga sekarang. UKJK ini adalah merupakan projek yang dibentuk dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dan United States Sports Academy, Amerika Syarikat sebagai pelengkap kepada program Malaysia Cergas. UKJK juga dijadikan salah satu aktiviti dalam program Malaysia Cergas yang antara lain bertujuan melibatkan masyarakat secara menyeluruh, mengamalkan gaya hidup, kecergasan seumur hidup dan menanam nilai dan sikap kesukanan. 1.2 Penyataan Masalah UKF merupakan satu komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PJ. Mata pelajaran PJ dalam kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) telah menggariskan panduan untuk pengujian, pengukuran dan penilaian digunakan bagi menguji tahap kecergasan fizikal pelajar. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mensyaratkan setiap pelajar yang mengambil elektif PJ, wajib mengambil ujian amali termasuk ujian kecergasan fizikal. UKJK adalah merupakan sumber rujukan utama bagi UKF ujian kecergasan PPISMP. Proses pengukuran dan penilaian kecergasan fizikal telah banyak mengalami perkembangan dan perubahan namun BPG masih menggunakan UKJK sebagai rujukan. Hal demikian berlaku kerana tiada ujian kecergasan fizikal yang baharu