SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 39
1.0      PENDIDIKAN

1.1      Pendidikan Abad ke-21

Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat
dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang
banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan
perkembangan negara yang semakin pesat membangun.

         Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah
negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi
peningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang berterusan sepanjang
hayat    haruslah berasakan empat tonggak iaitu „learning to know‟ (belajar untuk tahu),
„learning to do‟ (belajar untuk buat), „learning to live together‟ (belajar untuk hidup
bersama) dan „learning to be‟ (belajar untuk menjadi).

         Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan.
Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat
memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang
mengandungi nilai-nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan
supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yang
kedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan proses
membangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusia
sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin
kehidupan manusia yang seimbang dan normal.

         Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan bertaraf
dunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yang
diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yang
luas, pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang bagi
negara Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan
dan kemajuan dinamik iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan
ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial
masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual serta pembangunan teknologi dan
sains.




                                             1
Sektor industri pendidikan di negara Malaysia sedang berubah secara dinamik dan
dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau
Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ini nanti memerlukan negara
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau
memperoleh status „World Class Education‟.

          Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistem
pendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2
selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruh
dunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun
2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalam
pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukan
ke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun
2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untuk
memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi
membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripada
situasi    ekonomi   yang   berpendapatan    sederhana   kepada   ekonomi   negara    yang
berpendapatan tinggi.

          Dari segi kualiti pendidikan aras rendah, Malaysia berada di tangga ke-21.
Kedudukan tersebut membuktikan Malaysia lebih maju sedikit daripada negara Brunei
Darussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. Pencapaian tersebut sebenarnya telah
mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membantu setiap rakyat menerima pendidikan
berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan       kerana Malaysia yakin,
menerusi pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai sebuah
negara maju menjelang 2020.

          Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia
sebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang berkesan dan
mampu bersaing di peringkat global.Bagi meneruskan usaha menambah baik kedudukan
daya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah,
Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan
pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.Ini adalah sesuatu yang amat penting kerana
bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada perubahan


                                             2
persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat, Kementerian Pelajaran
Malaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012,
dengan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpin
masyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah
blueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa
hadapan.




Jadual 1:Kedudukan kualiti pendidikan bagi negara-negara seluruh dunia yang dikaji.




                                            3
4
1.2    Guru Abad ke-21

Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik dan pengasuh.Guru juga
boleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranan
sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Menjelang abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas
yang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri
seperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri.

       Peranan guru sama ada di peringkat global mahupun peringkat Asia tenggara adalah
sama terutama dalam menempuh abad ke-21. Para pendidik seharusnya mengorak langkah
dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin
ilmu berasaskan teknologi serta bersedia mengusai dan menggunakan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian.Selain itu, kemahiran berfikir dan

                                           5
pemikiran konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21.Para pelajar hendaklah dididik
menggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menghadapi era globalisasi.Ia juga perlu
terarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa yang mampu menjana pemikiran para
pelajar untuk berfikir.

       Guru abad ke-21 juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajar. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, tatasusila insan serta hubungan
sesama manusia, alam dan Tuhan.Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan
masyarakat yang dapat mewujudkan keharmonian negara.Dalam hal ini, guru boleh
bertindak sebagai „role model‟.Di samping itu, guru abad ke-21 juga perlu menguasai
pengetahuan dan kemahiran industri.Ia penting untuk melahirkan generasi atau pelajar
untuk pasaran tenaga kerja industri. Usaha ini adalah sebagai sumbangan kepada
melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba
boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian.

       Dalam menempuh abad ke-21, guru berdepan dengan pelbagai cabaran. Antara
cabaran yang akan ditempuhi oleh guru adalah cabaran di dalam bilik darjah. Para pelajar
akan mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT untuk membantu mereka
dalam proses pembelajaran bestari. Ini mungkin menimbulkan kesulitan bagi guru-guru
yang tidak mahir menggunakan kemudahan ICT. Dari segi penilaian pelajar pula , penilaian
kemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, pelaksanaan penanda
aras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad
ke-21 (Gruber et. al., 1999). Cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh guru abad ke-21 adalah
masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani.
Masalah sosial yang semakin berleluasa kini menyebabkan guru harus memainkan peranan
yang lebih dalam memastikan masalah sosial pelajar berkurangan.

       Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah misi
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia.Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa dan perubahan
seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan
keterampilan guru-guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan.Contohnya,
pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).




                                              6
1.3    Pelajar Abad ke 21


Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid
dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem
pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap
pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains,
Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global,
kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan
mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya
kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran
berfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi dalam dunia globalisasi menuju abad ke 21.


Pelajar abad ke 21 adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciri
seperti yakin berkomunikasi, bersifat ingin tahu, berkemahiran kritis, berani mencuba dan
bijak menyoal memandangkan kepesatan teknologi yang semakin pesat membangun.Pelajar
abad ke 21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas mereka sebagai
pelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu pada guru sebagai punca maklumat
utama.Sebaliknya, mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih
bergelut dengan persoalan asas pembelajaran iaitu kemampuan asas pelajar untuk
membaca, menulis, dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan terutama
di kawasan pedalaman. Namun masalah ini cubadiatasi oleh pihak kementerian dengan
mengambil pelbagai langkah supaya ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh semua
pelajar.


Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian
yang membanggakan itu menghendaki risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan
sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan
mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara
sistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran
antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak.


Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for
International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti



                                              7
keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil
kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.


Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999,
skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains.Penyertaan
dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah
menurun bawahpurata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli
penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia
gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007,
iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada
tahun 2003. Keputusan PISA 2009 dan tahun seterusnya (penyertaan kali pertama Malaysia)
juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok
sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.Pencapaian ini juga meletakkan
Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid
berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap
kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan
dengansatu tahun persekolahan.Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun
di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga
atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia.


Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat
banyak   bukti   kecemerlangan    murid   dan       sekolah   di   seluruh   negara   yang   telah
mencapaistandard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan
akademik.Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik,
menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan
berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.


Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya, sejak lima
tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima
terbawah berdasarkan prestasi muriddalam UPSR. Johor telah melaksanakan program
peningkatankemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkanpencapaiannya
hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur
berdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman

                                                8
seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam
komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik
peringkat Komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yang
mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan
meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara
keseluruhan.


Prestasi pelajar Malaysia mulai menyinar sejajar dengan sasaran pendidikan abad ke
21.Jadual berikut menunjukkan antara bukti-bukti kejayaan pelajar Malaysia di peringkat
global.


Tahun        Peringkat                                  Pencapaian
Julai 2012   8th International Exhibition for Young Pasukan Malaysia memperoleh pingat
             Inventors, Thailand.                       emas bagi rekacipta.


             Genius Olympiad 2012 International Dua orang murid berumur 14 tahun
             High    School      Project     Fair   on berjaya     mendapat     tempat      ketiga
             Environment, New York.                     dalam pertandingan ini.


             2nd International Folk Song and Dance Pasukan Malaysia seramai 15 orang
             Festival, Georgia                          memenangi        Diploma     Emas     dan
                                                        Perak.


                                                        Pasukan Malaysia seramai 16 orang
             5th   Asian    Schools         Badminton
             Championship, Hong Kong                    pemain memenangi 3 pingat emas, 4
                                                        perak dan 9 gangsa.


Jun 2012     The    Invention    and   New     Product Pasukan Malaysia memenangi pingat
             Exposition, Amerika Syarikat               emas     dalam    kategori   reka    cipta
                                                        pendidikan.


                                                        Pasukan Malaysia seramai 200 orang
             4th ASEAN School Games, Indonesia
                                                        atlit    memenangi     sejumlah       100
                                                        pingat; menduduki tempat ketiga
                                                        keseluruhan.
Mei 2012     English Speaking Union International Seorang murid berumur 17 tahun



                                                9
Public Speaking Competition, London         muncul sebagai pemenang terbaik
                                                         Malaysia yang pertama
Okt 2011     ASEAN Primary School Sports Olympiad, Sekumpulan           36      orang       murid
             Indonesia                                   memperoleh          tempat        kedua
                                                         keseluruhannya; memenangi 6 pingat
                                                         emas, 2 perak dan 3 gangsa.
Julai 2011   52nd       International   Mathematical Pencapaian          cemerlang          murid
             Olympiad, Belanda                           Tingkatan 4 dengan mendapat pingat
                                                         emas pertama Malaysia. 4 orang
                                                         murid lain memperoleh keputusan
                                                         yang turut membanggakan.


                                                         Seorang murid Malaysia memperoleh
             42nd International Physics Olympiad,
                                                         pingat emas dan anugerah khas
             Thailand
                                                         daripada European Physical Society.


Dis 2010     International      Competitions        and 68 orang murid Malaysia memperoleh
             Assessments for Schools (ICAS)1             94 pingat emas dan menerima pujian
                                                         pada peringkat antarabangsa.
Nov 2009     World Robot Olympiad (WRO), Korea Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah,
             Selatan                                     memperoleh      pencapaian         yang
                                                         cemerlang    keseluruhan     di    Korea
                                                         Selatan – memenangi tempat kedua
                                                         selama dua tahun berturut-turut.



1.4    Kemahiran Abad-21

Untuk terus menjamin kualiti pendidikan, produk yang dihasilkan iaitu golongan             pelajar
mahupun      peringkat rendah atau tinggi, haruslah mempunyai keupayaan dari segi ilmu
pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi dan maklumat yang
menguasai era global masa kini. Hari ini Malaysia sedang menuju kearah pembentukan
sebuah Negara maju.Dimana, pengetahuan menjadi teras kepada segala-galanya dan
Malaysia berhadapan dengan era „Knowledge Based Economy‟ yang menuntut keperluan K-
pekerja dan tenaga mahir.Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi teras
kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan

                                               10
kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Ini kerana,
penekanan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat akan membantu rakyat mencapai potensi
sebenar diri sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komuniti
setempat.Kemahiran dalam menggunakan pelbagai bahasa juga terutamanya bahasa
Inggeris dan bahasa mandarin merupakan satu aset penting dan batu loncatan dalam
persaingan dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi
dengan bangsa lain di dunia.

       Kepesatan pembangunan dan teknologi dalam senario kehidupan hari ini menuntut
Malaysia menghadapi perubahan-perubahan tersebut.Peluang-peluang untuk meningkatkan
ilmu dan kemahiran perlu dirancang secara berterusan.Justeru setiap daripada kita,khasnya
para pelajar yang dicorak oleh pendidikan haruslah bersedia dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat.Produk pendidikan yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia mestilah
yang berkeupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan
memanfaatkan     buah   fikiran   baru   serta    menggunakan   teknologi   dan   kemahiran
keusahawanan yang terbaik.

       Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modal
insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-21.Modal insan merupakan
pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah Negara dan menjadi teras kepada
inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.Tidak ada Negara yang mampu
mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh
bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan
kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Justeru itu, membangun, menarik dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai
hasrat Negara.

      Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan
inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan professional, serta paras
produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja Negara
berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap
modal insan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.Carta 5-1 menunjukkan tahap
modal insan Malaysia pada masa kini, berbanding dengan beberapa Negara berpendapatan
tinggi berasaskan ciri tersebut.Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai
modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa
kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin merosot berbanding


                                             11
dengan pelajar Negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics andScience Study
(TIMSS)1 ,2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras
minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7%
dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah
tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas
selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya
28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan
modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit
memandangkan modal insan berkualiti             TIMSS menyediakan perbandingan dalam
pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi
pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan.Sehubungan dengan itu, kita perlu
mengenal pasti dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini untuk membangunkan
modal insan yang benar-benar berketerampilan dan menyumbang kepada pembangunan
dan kemajuan negara.Ini dapat digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah
penyampaian yang berinovasi khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran,
pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-program baru yang relevan
dengan perkembangan semasa.

          Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang dilahirkan tidak lagi
bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya
mempunyai       potensi atau bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan dan
menyumbang kepada penyelesaian cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Justeru itu,
pembangunan bakat dalam kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan
melalui 5Cs sebagai pengukuhan kepada konsep dan modul kemahiran insaniah yang telah
dilancarkan oleh kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical Thinking and
ProblemSolving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah), Effective Communication Skills
(keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team Building (boleh berkolaborasi dan
bekerja dalam satu pasukan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan),
Creative and Innovative (kreativiti dan inovasi) dan Culturally Literate (celik budaya untuk
bergerak dalam dunia yang kepelbagaian). Pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut
akanmenepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabaran-cabaran
global.

          Selain itu, sudah tiba masanya, kita menganjak paradigma iaitu daripada semata-
mata melahirkan modal insan (human capital) kepada usaha meningkatkan modal
intelektual (intellectuals capital).Pendek kata, pembangunan modal insan di negara tidak lagi

                                              12
seharusnya   bergantung    kepada   soal menyediakan      akses   semata-mata,    sebaliknya
membangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti yang diterima oleh seseorang
individu atau pelajar selama berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modal
intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mapan.

Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah dan IPT mestilah
memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan menarik perhatian
pelajar. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah bercorak student-centered atau pemusatan
pelajar, kerana proses pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek
perkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh.Terdapat beberapa langkah yang
perlu dilaksanakan agar kemahiran-kemahiran kritikal dapat diterapkan dalam diri pelajar
agar mampu bersaing di peringkat global.Antaranya memperkayakan kreativiti dan inovasi,
memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi,memanfaatkan globalisasi, kepimpinan institusi
pendidikan bertransformasi dan kelestarian institusi serta pengurusan bakat.

       Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnya
mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata, tetapi sebagai pemimpin yang menerajui
perubahan.Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan
indigenous knowledge amat penting dan signifikan untuk diterapkan di sekolah dan institut
pengajian tinggi. Ini kerana indigenous knowledge atau pengetahuan tempatan ini akan
memacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada pemetaan
Malaysia di peringkat global. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapai
hasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020.Keupayaan dan
kemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha
penambahbaikan dan penanda aras yang berterusan.Kedudukan Malaysia yang semakin
dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan,
kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara, tetapi
juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran.

       Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha
meletakkan Malaysia sebagai pemain global , di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidak
terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program
yang memaksimumkan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi
khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor
pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi
nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.Dengan program pengantarabangsaan juga, para


                                             13
guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang berbeza daripada Negara-negara
luar. Sekaligus, akan membantu meningkatkan daya kreativiti dan penguasaan kemahiran
bersifat global dalam diri pelajar.

        Persaingan pada abad 21 amat memerlukan para pelajar yang berani menampilkan
diri dengan pendapat, kreativiti dan inovasi untuk diketengahkan.Kemahiran soft-skilled
amat perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar lebih berkeyakinan untuk bercakap,
mempertahankan pendirian dan memasarkan diri di pasaran kerja semasa mahupun
antarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar,
Kementerian     Pendidikan    dan     pihak   sekolah     serta   pengajian   tinggi    seharusnya
menggembleng tenaga bersama-sama dan mulai menyusun program yang membolehkan
pelajar mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan itu dapat diaplikasikan
dalam    bidang-bidang    tertentu    yang    boleh     melonjakkan   institusi   pendidikan   dan
menyumbang kea rah keberhasilan negara.

        Konklusinya, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh setiap warga. Setiap pelaksana yang kompeten, yang mempunyai kemahuan
untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat kepada negara dan akhir sekali,
iltizam dan   keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai secara berterusan, kesan dan
impak    daripada   tindakan-tindakan     yang    dilaksanakan,     dan   seterusnya,    membuat
penambahbaikan ke atas sistem pendidikan Negara.




2.0     TEORI PEMBELAJARAN

2.1     Pengenalan

Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia.Manusia sentiasa
belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara
formal iaitu peringkat sekolah, kolej dan universiti; secara tidak formal melalui persekitaran
seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga secara
bukan formal iaitu kursus-kursus, bengkal-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran
formal sebagai tambahan.


Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam

                                                 14
buku Introduction to Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang
dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan
membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010).
Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-
hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.Teori
pembelajaran boleh dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviorisme, kognitif dan
konstruktivisme.


2.2    Teori Pembelajaran Behaviorisme
Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Ahli psikologi juga
berpendapat    bahawa    sesuatu    benda    yang   wujud    adalah   benda    yang    boleh
diperhatikan.Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian dapat dibuat terhadap
perlakuan manusia.Antara tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik
Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.


2.2.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Teori pelaziman klasik Pavlov dikemukakan oleh Ivan P Pavlov, (1849- 1936). Menurut
Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa
sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila
mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Daripada
contoh, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tingkah guru adalah gerak
balas.Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
akibat kaitan rangsangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan
tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini
dikenali sebagai pelaziman klasik.Terdapat 3 peringkat pelaziman dihasilkan iaitu sebelum
pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Beberapa konsep penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik iaitu
generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama
akan menghasilkan tindak balas yang sama. Diskriminasi pula bermaksud individu bertindak
balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang
lain. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan
rangsangan tidak terlazim.



                                             15
2.2.2 Teori Pelaziman Klasik Watson
John B Watson (1878-1958) memperkenalkan teori pelaziman klasik Watson.Beliau telah
menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan
secara klasik. Berdasarkan penyelidikan Watson, guru boleh mempengaruhi pengalaman
pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya
dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan,
gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran,
guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.
2.2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike
Edward Lee Thorndike (1874-1949) adalah seorang pakar psikologi terkenal dalam bidang
pendidikan dan psikologi.Beliau telah menyarankan konsep bahawa segala tindakan manusia
bertujuan sosial dengan matlamat-matlamat yang tertentu.Beliau berpendapat bahawa
pengajaran mesti bermatlamat sosial dengan tujuan pembelajaran mesti sentiasa
memanfaatkan masyarakat. Thorndike menjalankan kajian dan mengutarakan pembelajaran
cuba jaya. Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh dan denda. Manusia membuat
sesuatu yang akan membawa keseronokan daripada melakukan sesuatu yang membawa
kesakitan dan membahayakan diri. Ganjaran mendorong organisma mengulangi sesuatu
gerak balas manakala dendaan akan menyekatnya        daripada melakukan sesuatu gerak
balas.


         Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan
antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).Thorndike menyarankan
bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada
Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.


2.2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner
Burrhus F. Skinner (1904-1990) adalah seorang ahli psikologi Amerika yang amat terkenal
dalam abad ke 20.Beliau telah memajukan bidang psikologi ke peringkat yang lebih tinggi
dengan teori pelaziman operan beliau. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman
operan gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Skinner membahagikan peneguhan kepada peneguhan
positif dan peneguhan negatif.Selain itu, beliau juga telah mengutamakan prinsip-prinsip
Premack yang merujuk kepada pemberian aktiviti    yang kurang diminati oleh murid-murid
untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Skinner juga mengemukakan suatu prinsip
denda yang merupakan proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan

                                          16
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu pertama dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran. Akhir sekali,
skinner mengemukakan pelupusan yang bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan
akan lupus dengan sendirinya.




2.3    Teori Pembelajaran Kognitif
Ahli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-
perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang.Ahli
kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960an untuk menggantikan teori
behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran. Ahli kognitif
berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda
manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesan
maklumat, ingatan dan pengamatan. Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitif
terdiri daripada Wolfgang Kohler, Max Wertheimer, Kurt Lewin, Jean Piaget, David Ausubel,
Jerome Bruner dan Robert Gagne.

2.3.1Teori Perkembangan Kognitif Gestalt

Ahli-ahlipsikologi kognitif terdahulu sepertiMax Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt
Koffka juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt.Fahaman psikologi gestalt telah menjadi
asas kepada perkembangan psikologi kognitif.Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman
dan dalam bahasa Jerman yang bermaksud “pola”.Kohler menjalankan satu kajian ke atas
cimpanzi yang bernama Sultan, telah mengemukakan konsep “celik akal”.Celik akal
bermaksud    penyelesaian   masalah   berlaku    secara   mendadak   atau   tiba-tiba   dan
lengkap.Individu juga perlu masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur
berkaitan di persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas(Khadijah Rohani
Mohd.Yunus et al., 2006).

2.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget


Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget
menyatakan manusia sentiasa cuba memahami persekitaran melalui proses berfikir. Proses
berfikir yang sentiasa berubah itu menunjukkan dua kecenderungan asas iaitu organisasi
dan adaptasi. Piaget mendefinisikan organisasi sebagai proses menggabung, menyusun dan
menggabung semula dan menyusun semula elemen pemikiran dan kelakuan seorang dalam
struktur psikologi yang mantap. Piaget menamakan struktur psikologi sebagai skema. Skema

                                            17
adalah blok binaan asas pemikiran yang berfungsi sebagai proses interaksi dan memahami
persekitaran. Menurut Piaget, manusia mempunyai skema asas yang reflektif sejak
dilahirkan dan mengalami pembentukan skema baru yang berterusan sepanjang hayat.
Skema mempunyai bentuk yang berlainan daripada mudah hingga kompleks berdasarkan
interaksi individu dengan persekitaran (Azizi Yahaya et al., 2005).

Ahli psikologi kognitif melihat manusia bukan penerima rangsangan daripada persekitaran
yang pasif, tetapi adalah aktif yang mencari pengalaman, mengubah dan membentuk
pengalaman yang menggunakan proses mental untuk mengubah maklumat berlandaskan
kepada perkembangan kognitif (Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002).Menurut Azizi
Yahaya et al., (2005), Piaget menyatakan bahawa pembentukan dan perkembangan skema
sentiasa didorong oleh proses keseimbangan manusia. Proses keseimbangan manusia
ditakrifkan sebagai keseimbangan mental antara skema kognitif dengan pengalaman baru.
Apabila manusia berinteraksi dengan pengalaman baru, manusia cenderung untuk mencapai
keseimbangan dengan cuba memahami persekitaran sama ada melalui cara menyesuaikan
pengalaman itu dengan skema yang sedia ada atau mengubah suai dan membentuk skema
baru. Proses penyesuaian ini dinamakan adaptasi.Proses adaptasi yang melibatkan
penyesuaian pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada dinamakan asimilasi.
Manakala proses adaptasi yang melibatkan pengubah suai skema yang sedia ada atau
pembentukan skema yang baru bagi penyesuaian pengalaman baru dinamakan akomodasi.
Proses asimilasi dan akomodasi saling bertindak dan mendorong pembentukan skema yang
kompleks dan berperingkat tinggi (Azizi Yahaya et al., 2005).Piaget merumuskan empat
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dalam kerjaya iaitu peringkat deria motor,
praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal (Snowman & Biehler, 2006).

2.3.3 Teori Perkembangan Kognitif Gagne

Robert M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman
dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta terlibat dalam latihan dan masalah-masalah
pendidikan.Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran
berlaku secara berperingkat.Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran.
Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula dari peringkat
asas kepada yang rumit ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus et al., 2006).Sembilan peringkat
teori perkembangan kognitif Gagne bermula dari pembelajaran isyarat, gerak balas,
rangkaian motor, pertalian bahasa, diskriminasi, konsep, hukum dan penyelesaian masalah.




                                              18
2.3.4 Teori Perkembangan Kognitif Bruner

Jerome S. Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-
kanak.Pada pendapat Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan kognitif kanak-
kanak.Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka
perkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosialnya
dengan orang lain. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi
kepada tiga tahap iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Setiap daripada tahap ini
membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus
et al., 2006) .

        Bruner juga telah mengemukakan pembelajaran penemuan.Dalam pembelajaran ini,
pelajar diperkenalkan satu fenomena.Pelajar dikehendaki menyiasat fenomena untuk
mengumpul data dari pelbagai sumber media. Selepas itu, pelajar akan membuat
perbincangan dengan guru dan pelajar di dalam kelas.


2.3.5 Teori Perkembangan Kognitif Ausubel
David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh
ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran
penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran
Ekspositori menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta
yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am
kepada spesifik.


        Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuk pentingnya
maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan
Awal. Penyusunan awal diperkenalkan untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan
pembelajaran supaya pembelajaran optimal berlaku.Fungsi penyusunan awal ialah untuk
menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi
sesuatu tajuk pelajaran.Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari (Snowman & Biehler, 2006).




                                           19
2.3.6Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky


Lev Vygotsky tidak bersetuju dengan kajian Piaget yang lebih meletakkan perkembangan
kognitif kanak-kanak di atas usaha sendiri daripada usaha interaksi dengan persekitaran
sosial.Beliau juga tidak bersetuju bahawa kanak-kanak boleh memahami persekitaran
daripada usahanya sendiri seperti yang disarankan oleh Piaget.Vygotsky percaya
perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa dan
rakan yang lebih berkemampuan. Orang ini akan membekalkan maklumat dan sokongan
yang diperlukan dalam perkembangan proses minda peringkat tinggi (Snowman & Biehler,
2006). Lev Vygotsky juga menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan bantuan
sokongan itu bagi membina kefahaman yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah
secara persendirian.Maka, kesan persekitaran sosial dan pendidikan dilihat oleh Vygotsky
sebagai    syarat     utama   dalam    perkembangan       kognitif     kanak-kanak.Vygotsky    juga
memperkenalkan konsep zon perkembangan prosimal.Zon perkembangan prosimal adalah
jarak ataupun perbezaan antara tahap kognitif semasa kanak-kanak dengan tahap kognitif
yang kanak-kanak itu dapat capai. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam zon
perkembangan prosimal, pembelajarannya akan menjadi berkesan. Manakala apabila di luar
zon ini, mereka menghadapi kesukaran mempelajari elemen baru dengan tahap yang sedia
ada (Azizi Yahaya et al., 2005) .


2.4      Teori Pembelajaran Konstruktisvisme
Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan
dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu.
Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri
dan bukan menguasainya daripada orang lain.


         Para pengerak mazhab konstruktisvisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakar
pendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour
Papert. Menurut penyokong konstruktivisme, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu
yang tidak diketahui, mereka akan ingin memahaminya.                 Menurut teori konstruktivisme,
pengetahuan adalah produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input baru yang
diterima    melalui    deria-deria    sebagai   hasil   persepsi.     Justeru   itu,   pembelajaran
konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik.Ia terhasil daripada pengubahsuaian
idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam
skema.


                                                20
2.4.1 Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk
mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap,
kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di
antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.




2.4.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Pelajar     bertanggungjawab    ke   atas   pembelajarannya    adalah   ciri   pembelajaran
konstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang
membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong
pemikiran mereka. Dalam teori ini, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan
maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru-guru. Selain itu, pembelajaran mesti
bermula dengan isu-isu berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapat
menarik pelajar.
          Guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah konsep supaya
pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Guru sebagai fasilitator perlu
membantu proses ini dengan menggunakan strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran
yang menggalakkan pelajar-pelajar untuk membuat analisis, tafsiran dan ramalan kendiri.
Guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-
soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar-pelajar.


          Teori konstruktivisme tidak menggalakkan penilaian sumatif yang berpusat,
sebaliknya dengan penilaian formatif dan berterusan serta dijalankan serentak dengan
proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh itu, penggubal kurikulum konstruktivisme
perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-ubah berdasarkan
pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.


2.4.3 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah
Dalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada pelajar-
pelajar.Sebaliknya, pelajar-pelajar harus berusaha sendiri membangunkan ilmu pengetahuan



                                             21
secara sendiri dalam struktur mental mereka. Antara implikasi teori konstruktivisme adalah
seperti berikut:


(i)     Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri
Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan
persekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru. Proses pembinaan pengetahuan adalah
berterusan yang melibatkan penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea-
idea tersebut.




(ii)    Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif
Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi dengan
penerangan baru, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan
pada dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum
menerima atau menolak.


(iii)   Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran
Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk membantu pelajar
dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu baru. Bahan bantu
pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman
sedia ada pelajar.


(iv)    Penglibatan Secara Aktif
Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu menggunakan minda mereka
secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada
untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar juga terlibat dalam proses
metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam
minda mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan
menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.


(v)     Strategi Pembelajaran
Guru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar

                                            22
untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlu merancang strategik
pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang
pembelajaran yang telah berlaku.




3.0    WEB 1.0, WEB2.0, WEB 3.0 dan WEB 4.0

3.1    Web 1.0

Web 1.0 merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan
informasi yang bersifat statik dan satu arah sahaja. Segala content atau isinya berada
ditangan administrator, oleh itu pengunjung web hanya dapat melihat isi dari laman
tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.Apa yang dipaparkan dalam laman
web termasuk laman HTML statik adalah jarang dikemaskinikan. Matlamat utama laman web
1.0 ini adalah untuk memberi maklumat kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila
masa.Laman web yang tidak interaktif ini bersifat risalah untuk pengguna membacanya.
Oleh itu ia bersifat read-only.Oleh kerana struktur perhubungannya yang lemah, pengguna
dan pelawat laman web hanya boleh melawat laman web tanpa ada apa-apa kesan atau
sumbangan. Teras protokol web 1.0 adalah HTTP, HTML dan URI.

3.2    Web 2.0

Web 2.0merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Web 2.0 juga dikenali
sebagai web pintar, people-centric web, participative web, dan read-write web .Ia bersifat
dwi-arah kerana pengunjung bukan sahaja sekadar membaca malah boleh menulis dalam
web tersebut. Selain itu web 2.0 juga bukan hanya dipegang oleh administrator
sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga
pengunjung-pengunjung yang lain dapat memberi komen,berkomunikasi antara satu sama
lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Pengguna mempunyai interaksi yang lebih
berbanding kawalan yang terdapat dalam web 1.0. Antara contoh yang jelas mengenai
web2.0 adalah: YouTube, face book,tweeter,Edmodo dan sebagainya. Web 2.0 bukan
sekadar versi baru web 1.0, malah reka bentuk web yang fleksibel, penggunaan yang
kreatif, sistem kemas kini, kandungannya yang bersifat collaborative serta pengubahsuaian
web telah dipermudahkan.




                                           23
Berikut merupakan perbezaan web 1.0 dengan web 2.0 yang telah dipermudahkan:

Web 1.0                                          Web 2.0
Reading (baca)                                   Reading/Writing (baca dan tulis)
Companies (syarikat)                             Communities (komuniti)
Client-Server (server pelanggan)                 Peer to Peer
HTML, Portals                                    XML, RSS
Taxonomy                                         Tags
Owning (kepunyaan sendiri)                       Sharing (perkongsian)
IPOs                                             Trade sales
Netscape                                         Google
Web forms                                        Web applications
Screen scraping                                  APIs
Dialup                                           Broadband
Hardware costs                                   Bandwidth costs
Lectures (ceramah)                               Conversation (perbualan)
Advertising (iklan)                              Word of mouth (kata-kata dari mulut anda)
Services sold over the web(Perkhidmatan Web services (perkhidmatan web)
yang dijual melalui web)
Information portals (portal informasi)           Platforms



3.3      Web 3.0

Web 3.0 dikatakan akan bermula pada 2010. Syarat dan konsep yang paling penting dan
perlu ada dalam web 3.0 ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman web
yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.

Antara ciri2 khas web 3.0:
1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media
3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, servis laman
      web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni,
      pengedaran komputer ,pelebarluasan komputer.
4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform
      open source/percuma


                                            24
5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas
6. The       intelligent     Web:        Sebagai    Semantic     Web     technologies      termasuk
      RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based
      datastores yang pintar.


Perbezaan antara web 2.0 dan 3.0:

Web 2.0                                             Web 3.0
Read/Write                                          Web Portable Personal Web (web peribadi
                                                    yang portable)
Communities (komuniti)                              Individuals (individu)
Sharing Content (perkongsian content)               Consolidating            Dynamic       Content
                                                    (Memperkukuhkan            Kandungan       yang
                                                    Dinamik)
Blogs                                               Lifestream
AJAX                                                RDF
Wikipedia, google                                   Dbpedia, igoogle
Tagging                                             User engagement (penglibatan pengguna)



3.4      Web 4.0

Web 4.0 masih lagi diperingkat perkembangan idea dan masih belum ada definisi yang tepat
untuk menjelaskan web ini.Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web.Impian di sebalik
web simbiotik ini ialah interaksi antara manusia dan mesin adalah dalam bentuk simbiosis.
Dalam perkataan mudah, mesin akan menjadi bijak membaca kandungan web, dan
bertindak    balas   dalam      bentuk   melaksanakan     dan    memutuskan       apa   yang   perlu
dilakukan.Web 4,0 akan menjadi web membaca-menulis-pelaksanaan-keserentakan. Web
4.0 atau webOS akan menjadi seperti middleware di mana akan berfungsi seperti sistem
operasi selari dengan otak manusia. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0
dan teknologinya, tetapi ia adalah jelas bahawa web ini bergerak ke arah menggunakan
artificial intelligent untuk menjadi web yang sangat pintar.




                                                   25
3.5    Ringkasan Web 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0

Web 1.0               Web 2.0                Web 3.0                 Web 4.0
Web 1.0 merupakan     Web 2.0 ditakrifkan    Web 3.0 atau web        Web 4,0 merupakan web
generasi pertama      sebagai web baca-      semantic                membaca-menulis-
web yang dianggap     tulis. Teknologi       mengurangkan tugas      pelaksanaan-keserentakan
Sebagai web baca      web 2.0                dan keputusan           dengan interaksi yang
sahaja dan juga       membolehkan            manusia                 pintar. Namun begitu,
sebagai satu sistem   pemasangan dan         dengan menyediakan      masih tiada definisi yang
kognisi. Web 1.0      pengurusan bersifat    kandungan yang          tepat mengenainya. Web
bermula sebagai       global melalui         boleh dibaca oleh       4.0 juga dikenali sebagai
tempat maklumat       kepentingan            mesin di web.Secara     web simbiotik di mana
bagi perniagaan       bersama dalam          umum, web 3.0           minda manusia dan mesin
untuk menyiarkan      interaksi sosial.      mempunyai dua           boleh berinteraksi secara
maklumat mereka                              platform utama, iaitu   simbiosis.
kepada rakyat.                               teknologi semantik
Web awal disediakan                          dan persekitaran
pengguna terhad                              pengkomputeran
interaksi atau                               sosial. Teknologi
sumbangannya                                 semantik mewakili
kandungan dan                                piawaian terbuka
hanya dibenarkan                             yang boleh
untuk mencari                                digunakan di atas
maklumat dan                                 web. Persekitaran
membaca                                      pengkomputeran
                                             sosial membolehkan
                                             manusia-mesin
                                             bersama
                                             mengoperasi dan
                                             mengatur web sosial.




                                            26
4.0      WEB 2.0: GOANIMATE

4.1      Pengenalan

Goanimate merupakan salah satu platform atas talian yang membolehkan pengguna mereka
animasi tanpa memerlukan latar belakang yang berbentuk grafik.Penggunaannya percuma
untuk tujuan bukan komersial. Goaminate mempunyai dua jenis akaun iaitu „goanimate
basic‟ untuk pengguna kali pertama dan „goanimate plus +‟ untuk mereka yang ingin
mengembangkan animasi mereka. Walau bagaimanapun, untuk „account plus‟ sedikit yuran
dikenakan.Namun begitu, „account basic‟ juga menyediakan ciri-ciri yang menarik dan
menyeronokkan kepada pengguna yang ingin mereka animasi yang mudah.Setiap tema
dilengkapi dengan latar belakang, watak dan prop yang boleh digabungkan untuk
menghasilkan animasi.


4.2      Kelebihan menggunakan GoAnimate
      a. Pengguna GoAnimate tidak perlu memuat turun aplikasi dan memasang perisian.
      b. Pengguna boleh memilih bentuk, ciri-ciri karakter dan menambah skrip pada animasi
         mereka. Penghasilan animasi yang baik dapat dilakukan dengan mudah.
      c. Ia bertindak sebagai landasan penceritaan dalam mengembangkan bidang sastera.
      d. Saluran untuk individu mempamerkan kreativiti dan ekspresi diri.



4.3      Penggunaan GoAnimate dalam pendidikan

         Berikut adalah beberapa faedah GoAnimate yang boleh dilaksanakan dalam
         pendidikan (Perez 2011):


      a. Menawarkan pendekatan alternatif untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran
         berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
      b. Boleh digunakan sebagai alat untuk mengembangkan kerjasama dan pertukaran
         pembelajaran dalam kalangan pelajar dan juga pengajar.
      c. Sebagai alat perkongsian maklumat kajian berkenaan sesuatu topik dengan lebih
         spesifik.
      d. Mengembangkan kreativiti sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan mewujudkan
         minat golongan pengajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
      e. Pelajar boleh menggunakan Goanimate untuk membuat pembentangan dan laporan
         berbanding kaedah tradisional.


                                              27
f.    Pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video ke akaun Face book, dig
        StumpbleUpon, MySpace, reddit, and del.icio.us untuk tontonan umum.
  g.    Melibatkan penyertaan pelajar dan menarik perhatian pelajar.



4.4    Aplikasi GoAnimate untuk Sekolah

       Buka akaun GoAnimate di laman sesawang www.goanimate.com.
          a. Klik „upgrade – GoAnimate for schools‟




          b. Klik pada „Try Before You Buy‟ untuk percubaan secara percuma.




                                           28
c. Paparan berikut akan muncul dan guru akan menggunakan akaun guru (login
   as teacher) untuk mencuba aplikasi ini.




d. Guru perlu menerima (accept) syarat yang ditetapkan untuk masuk ke
   aplikasi. Paparan seterusnya membolehkan guru melihat laman sendiri yang
   merangkumi „Your Page‟, „Create‟, „videos‟, „students‟, „teachers‟ dan „manage
   account‟.




                                 29
Guru boleh membuat penilaian terhadap tugasan ataupun video yang
   dihasilkan oleh pelajar di laman ini dengan mengklik pada nama pelajar yang
   dipaparkan.




e. Guru boleh menghasilkan video untuk dijadikan tontonan pelajar bagi tujuan
   pengajaran menggunakan teknologi atau menjadikan video tersebut sebagai
   alat bantuan mengajar di dalam kelas (contohnya dijadikan sebagai set
   induksi). Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat video pendek
   yang boleh dilakukan oleh guru. Klik pada „create‟ dan paparan berikut akan
   dipaparkan.




   Tekan butang „make a short video‟ (sebagai contoh) untuk meneruskan
   aplikasi. Paparan berikut akan muncul di skrin.




                                 30
Tekan „next‟ untuk meneruskan aplikasi.Apabila paparan seterusnya muncul,
guru perlu memilih tetapan yang sesuai.




Apabila selesai membuat pilihan tetapan, paparan berikut akan muncul di
skrin. Guru perlumemilih watak yang hendak digunakan di dalam video.




                             31
Setelah watak dipilih, paparan seterusnya membolehkan guru menaip atau
merekod suarapada video. Pertukaran pelakon, emosi, suara dan juga
membuang dialog yang telah dihasilkan juga boleh dibuat pada aplikasi ini.




Selesai sahaja aktiviti membuat video, guru boleh melihat video penuh yang
dihasilkan dengan menekan „preview‟ dan paparan berikut akan muncul.
Simpan video yang telah dihasilkan dan „publish‟ untuk ditonton oleh pelajar.




                              32
Guru perlu memberi tajuk, sedikit penerangan dan memilih kepada siapa
     video tersebut ditayangkan sebelum menyiarkannya.


f.   Guru juga boleh menghasilkan video dengan menekan „create‟ pada laman
     guru dan memilih mana-mana „make a movie‟ yang disukai.




     Laman seterusnya membolehkan guru memilih pelbagai fungsi untuk
     menghasilkan video seperti memilih watak yang ingin digunakan.




                                  33
Apabila watak telah dipilih, guru boleh menambah aksi dan ekspresi pada
watak.




Suara pada watak boleh dimasukkan dengan menaip dialog yang diingini
ataupun membuat rakaman suara serta mengubah bahasa yang digunakan.




Pergerakan watak, arah muka watak sama ada menghadap kiri atau kanan
dan kedudukan watak sama ada di bawa ke hadapan ataupun ke belakang
boleh diubah.

                           34
Dialog yang dimasukkan pada watak boleh diubah saiz tulisan, warna dan
sebagainya sesuai dengan kehendak guru.




Latar belakang ataupun tempat watak dilakonkan juga boleh diubah mengikut
kesesuaian cerita.




                            35
Watak boleh diberi peralatan ataupun barang untuk dipegang.




Video juga boleh dimasukkan muzik untuk menarik perhatian pelajar.




                             36
Tetapan pemandangan video boleh diubah peralihan seperti menjadikan
video lebih pudar, membubarkan watak dan banyak lagi mengikut kreativiti
guru.




Guru juga boleh menambah adegan untuk mencipta cerita yang mempunyai
pelbagai variasi sesuai dengan pengajaran yang akan dilaksanakan ataupun
sebagai bahan untuk menambah pengetahuan pelajar.




Selesai membuat video, guru boleh melihat semula video yang telah
dihasilkan sebelum menyimpan video yang telah dihasilkan.




                             37
Semasa menyimpan video yang dihasilkan, guru perlu menyatakan tajuk,
   kepada siapa video akan ditayangkan, sedikit penerangan, penggunaan
   video, katogeri video (sebagai contoh untuk subjek sains) dan boleh
   mengubah bahasa video tersebut.




   Video yang telah disimpan oleh guru secara automatik akan dipaparkan di
   dalam halaman guru. Video tersebut juga secara langsung boleh ditonton
   oleh pelajar di halaman pelajar masing-masing.




g. Pelajar boleh menggunakan proses yang sama seperti langkah ( e ) dan ( f )
   untuk menghasilkan video bagi dinilai oleh guru dari semasa ke semasa.
   Video yang dihasilkan oleh pelajar dapat dilihat oleh guru secara terus dari
   laman guru sendiri.




                                38
4.5    Penutup

Dalam dunia yang semakin pesat membangun dengan ledakan teknologi ini, para guru
harus memberi penekanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
peredaran semasa. GoAnimate boleh dijadikan salah satu instrumen untuk menghasilkan
bahan bantu mengajar (BBM) bagi memudahkan pemahaman pelajar ataupun memberi
penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar seterusnya mencapai objektif pengajaran
yang telah ditetapkan. Aplikasi penghasilan video menggunakan GoAnimate ini juga turut
memberi kesan yang baik kepada pelajar di mana mereka akan meningkatkan daya kreativiti
yang ada dalam diri pelajar.



5.0    RUJUKAN


Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi kognitif
       dalam pendidikan. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Gruber, Jonathan, and David A. Wise, eds. 1999.Social security and retirement around the
      world.Chicago: University of Chicago Press.

Hasan Langgulung .2003. Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al
      Husna Baru.

Kamus Dewan .1993. Edisi Baru, Kuala Lumpur: DBP

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan.
       Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran- Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan:
      Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Snowman, J.& Biehler, R. 2006. Psychology Applied to Teaching. USA: Houghton Mifflin
       Company.




                                             39

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21Jaf Hussin
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Modul penyusunan soal b. inggris
Modul penyusunan soal b. inggrisModul penyusunan soal b. inggris
Modul penyusunan soal b. inggrisNur Alfi
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNurul Asha'ari
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Ismail Abdul Wahid
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanHelman Talib
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Nurrahmah Fitria
 
Permasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab VPermasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab VSusi Novita
 
Makalah permasalahan pendidikan di
Makalah permasalahan pendidikan diMakalah permasalahan pendidikan di
Makalah permasalahan pendidikan diEko Pratiwiningsih
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja  Profesi Tenaga PendidikPeningkatan Kinerja  Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidiksman 2 mataram
 

Was ist angesagt? (20)

ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21keperluan perubahan abad21
keperluan perubahan abad21
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Modul penyusunan soal b. inggris
Modul penyusunan soal b. inggrisModul penyusunan soal b. inggris
Modul penyusunan soal b. inggris
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Globalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikanGlobalisasi dalam pendidikan
Globalisasi dalam pendidikan
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
Jenis Permasalahan Pokok Pendidikan dan Keterkaitan Antara Masalah-Masalah Pe...
 
Permasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab VPermasalahan Pendidikan Bab V
Permasalahan Pendidikan Bab V
 
750 2508-1-pb
750 2508-1-pb750 2508-1-pb
750 2508-1-pb
 
Makalah permasalahan pendidikan di
Makalah permasalahan pendidikan diMakalah permasalahan pendidikan di
Makalah permasalahan pendidikan di
 
2
22
2
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
 
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja  Profesi Tenaga PendidikPeningkatan Kinerja  Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
 

Ähnlich wie Pendidikan Abad ke-21

Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaEman Syukur
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationTai Erh
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdfIrwan233605
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eMs. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eSafiraTyas
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Deny HY
 
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptxKelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptxNiaNurhayati11
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptx
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptxPPT_PKBS_Kelompok 4.pptx
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptxUlanMade
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalannur dasima
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21MASRURI23
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_mamandina
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Ema Tania
 

Ähnlich wie Pendidikan Abad ke-21 (20)

Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf5125-12285-1-SM.pdf
5125-12285-1-SM.pdf
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 eMs. word tugas 3 tik safira 2 e
Ms. word tugas 3 tik safira 2 e
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
 
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptxKelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
Kelompok 5_Kajian Kurikulum_RETOOLING SCHOOLING bismillah.pptx
 
Hdr3
Hdr3Hdr3
Hdr3
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptx
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptxPPT_PKBS_Kelompok 4.pptx
PPT_PKBS_Kelompok 4.pptx
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
pendidikan
pendidikanpendidikan
pendidikan
 
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21
 
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
 

Pendidikan Abad ke-21

  • 1. 1.0 PENDIDIKAN 1.1 Pendidikan Abad ke-21 Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat membangun. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang berterusan sepanjang hayat haruslah berasakan empat tonggak iaitu „learning to know‟ (belajar untuk tahu), „learning to do‟ (belajar untuk buat), „learning to live together‟ (belajar untuk hidup bersama) dan „learning to be‟ (belajar untuk menjadi). Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai-nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yang kedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan proses membangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal. Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan bertaraf dunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yang luas, pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang bagi negara Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual serta pembangunan teknologi dan sains. 1
  • 2. Sektor industri pendidikan di negara Malaysia sedang berubah secara dinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ini nanti memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status „World Class Education‟. Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistem pendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2 selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun 2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripada situasi ekonomi yang berpendapatan sederhana kepada ekonomi negara yang berpendapatan tinggi. Dari segi kualiti pendidikan aras rendah, Malaysia berada di tangga ke-21. Kedudukan tersebut membuktikan Malaysia lebih maju sedikit daripada negara Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. Pencapaian tersebut sebenarnya telah mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membantu setiap rakyat menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan kerana Malaysia yakin, menerusi pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang berkesan dan mampu bersaing di peringkat global.Bagi meneruskan usaha menambah baik kedudukan daya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah, Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.Ini adalah sesuatu yang amat penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada perubahan 2
  • 3. persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012, dengan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah blueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa hadapan. Jadual 1:Kedudukan kualiti pendidikan bagi negara-negara seluruh dunia yang dikaji. 3
  • 4. 4
  • 5. 1.2 Guru Abad ke-21 Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik dan pengasuh.Guru juga boleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menjelang abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri. Peranan guru sama ada di peringkat global mahupun peringkat Asia tenggara adalah sama terutama dalam menempuh abad ke-21. Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia mengusai dan menggunakan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian.Selain itu, kemahiran berfikir dan 5
  • 6. pemikiran konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21.Para pelajar hendaklah dididik menggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menghadapi era globalisasi.Ia juga perlu terarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa yang mampu menjana pemikiran para pelajar untuk berfikir. Guru abad ke-21 juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, tatasusila insan serta hubungan sesama manusia, alam dan Tuhan.Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan keharmonian negara.Dalam hal ini, guru boleh bertindak sebagai „role model‟.Di samping itu, guru abad ke-21 juga perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran industri.Ia penting untuk melahirkan generasi atau pelajar untuk pasaran tenaga kerja industri. Usaha ini adalah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Dalam menempuh abad ke-21, guru berdepan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang akan ditempuhi oleh guru adalah cabaran di dalam bilik darjah. Para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Ini mungkin menimbulkan kesulitan bagi guru-guru yang tidak mahir menggunakan kemudahan ICT. Dari segi penilaian pelajar pula , penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, pelaksanaan penanda aras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21 (Gruber et. al., 1999). Cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh guru abad ke-21 adalah masalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani. Masalah sosial yang semakin berleluasa kini menyebabkan guru harus memainkan peranan yang lebih dalam memastikan masalah sosial pelajar berkurangan. Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah misi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa dan perubahan seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan.Contohnya, pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV). 6
  • 7. 1.3 Pelajar Abad ke 21 Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi dalam dunia globalisasi menuju abad ke 21. Pelajar abad ke 21 adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti yakin berkomunikasi, bersifat ingin tahu, berkemahiran kritis, berani mencuba dan bijak menyoal memandangkan kepesatan teknologi yang semakin pesat membangun.Pelajar abad ke 21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas mereka sebagai pelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu pada guru sebagai punca maklumat utama.Sebaliknya, mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan persoalan asas pembelajaran iaitu kemampuan asas pelajar untuk membaca, menulis, dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan terutama di kawasan pedalaman. Namun masalah ini cubadiatasi oleh pihak kementerian dengan mengambil pelbagai langkah supaya ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh semua pelajar. Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghendaki risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti 7
  • 8. keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains.Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawahpurata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009 dan tahun seterusnya (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengansatu tahun persekolahan.Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia. Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh negara yang telah mencapaistandard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik.Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang menunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya, sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan lima terbawah berdasarkan prestasi muriddalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatankemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkanpencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman 8
  • 9. seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik peringkat Komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan. Prestasi pelajar Malaysia mulai menyinar sejajar dengan sasaran pendidikan abad ke 21.Jadual berikut menunjukkan antara bukti-bukti kejayaan pelajar Malaysia di peringkat global. Tahun Peringkat Pencapaian Julai 2012 8th International Exhibition for Young Pasukan Malaysia memperoleh pingat Inventors, Thailand. emas bagi rekacipta. Genius Olympiad 2012 International Dua orang murid berumur 14 tahun High School Project Fair on berjaya mendapat tempat ketiga Environment, New York. dalam pertandingan ini. 2nd International Folk Song and Dance Pasukan Malaysia seramai 15 orang Festival, Georgia memenangi Diploma Emas dan Perak. Pasukan Malaysia seramai 16 orang 5th Asian Schools Badminton Championship, Hong Kong pemain memenangi 3 pingat emas, 4 perak dan 9 gangsa. Jun 2012 The Invention and New Product Pasukan Malaysia memenangi pingat Exposition, Amerika Syarikat emas dalam kategori reka cipta pendidikan. Pasukan Malaysia seramai 200 orang 4th ASEAN School Games, Indonesia atlit memenangi sejumlah 100 pingat; menduduki tempat ketiga keseluruhan. Mei 2012 English Speaking Union International Seorang murid berumur 17 tahun 9
  • 10. Public Speaking Competition, London muncul sebagai pemenang terbaik Malaysia yang pertama Okt 2011 ASEAN Primary School Sports Olympiad, Sekumpulan 36 orang murid Indonesia memperoleh tempat kedua keseluruhannya; memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa. Julai 2011 52nd International Mathematical Pencapaian cemerlang murid Olympiad, Belanda Tingkatan 4 dengan mendapat pingat emas pertama Malaysia. 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut membanggakan. Seorang murid Malaysia memperoleh 42nd International Physics Olympiad, pingat emas dan anugerah khas Thailand daripada European Physical Society. Dis 2010 International Competitions and 68 orang murid Malaysia memperoleh Assessments for Schools (ICAS)1 94 pingat emas dan menerima pujian pada peringkat antarabangsa. Nov 2009 World Robot Olympiad (WRO), Korea Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah, Selatan memperoleh pencapaian yang cemerlang keseluruhan di Korea Selatan – memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut. 1.4 Kemahiran Abad-21 Untuk terus menjamin kualiti pendidikan, produk yang dihasilkan iaitu golongan pelajar mahupun peringkat rendah atau tinggi, haruslah mempunyai keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi dan maklumat yang menguasai era global masa kini. Hari ini Malaysia sedang menuju kearah pembentukan sebuah Negara maju.Dimana, pengetahuan menjadi teras kepada segala-galanya dan Malaysia berhadapan dengan era „Knowledge Based Economy‟ yang menuntut keperluan K- pekerja dan tenaga mahir.Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi teras kepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan 10
  • 11. kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Ini kerana, penekanan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat akan membantu rakyat mencapai potensi sebenar diri sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komuniti setempat.Kemahiran dalam menggunakan pelbagai bahasa juga terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa mandarin merupakan satu aset penting dan batu loncatan dalam persaingan dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia. Kepesatan pembangunan dan teknologi dalam senario kehidupan hari ini menuntut Malaysia menghadapi perubahan-perubahan tersebut.Peluang-peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran perlu dirancang secara berterusan.Justeru setiap daripada kita,khasnya para pelajar yang dicorak oleh pendidikan haruslah bersedia dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.Produk pendidikan yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia mestilah yang berkeupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-21.Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah Negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.Tidak ada Negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Justeru itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat Negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan professional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja Negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia pada masa kini, berbanding dengan beberapa Negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut.Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin merosot berbanding 11
  • 12. dengan pelajar Negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics andScience Study (TIMSS)1 ,2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan berkualiti TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan.Sehubungan dengan itu, kita perlu mengenal pasti dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini untuk membangunkan modal insan yang benar-benar berketerampilan dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.Ini dapat digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedah penyampaian yang berinovasi khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-program baru yang relevan dengan perkembangan semasa. Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang dilahirkan tidak lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya mempunyai potensi atau bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan dan menyumbang kepada penyelesaian cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Justeru itu, pembangunan bakat dalam kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan melalui 5Cs sebagai pengukuhan kepada konsep dan modul kemahiran insaniah yang telah dilancarkan oleh kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical Thinking and ProblemSolving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah), Effective Communication Skills (keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team Building (boleh berkolaborasi dan bekerja dalam satu pasukan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and Innovative (kreativiti dan inovasi) dan Culturally Literate (celik budaya untuk bergerak dalam dunia yang kepelbagaian). Pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut akanmenepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabaran-cabaran global. Selain itu, sudah tiba masanya, kita menganjak paradigma iaitu daripada semata- mata melahirkan modal insan (human capital) kepada usaha meningkatkan modal intelektual (intellectuals capital).Pendek kata, pembangunan modal insan di negara tidak lagi 12
  • 13. seharusnya bergantung kepada soal menyediakan akses semata-mata, sebaliknya membangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti yang diterima oleh seseorang individu atau pelajar selama berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modal intelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mapan. Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah dan IPT mestilah memanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan menarik perhatian pelajar. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah bercorak student-centered atau pemusatan pelajar, kerana proses pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspek perkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh.Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan agar kemahiran-kemahiran kritikal dapat diterapkan dalam diri pelajar agar mampu bersaing di peringkat global.Antaranya memperkayakan kreativiti dan inovasi, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi,memanfaatkan globalisasi, kepimpinan institusi pendidikan bertransformasi dan kelestarian institusi serta pengurusan bakat. Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnya mengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata, tetapi sebagai pemimpin yang menerajui perubahan.Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaan indigenous knowledge amat penting dan signifikan untuk diterapkan di sekolah dan institut pengajian tinggi. Ini kerana indigenous knowledge atau pengetahuan tempatan ini akan memacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada pemetaan Malaysia di peringkat global. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020.Keupayaan dan kemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda aras yang berterusan.Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara, tetapi juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global , di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang memaksimumkan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.Dengan program pengantarabangsaan juga, para 13
  • 14. guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang berbeza daripada Negara-negara luar. Sekaligus, akan membantu meningkatkan daya kreativiti dan penguasaan kemahiran bersifat global dalam diri pelajar. Persaingan pada abad 21 amat memerlukan para pelajar yang berani menampilkan diri dengan pendapat, kreativiti dan inovasi untuk diketengahkan.Kemahiran soft-skilled amat perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar lebih berkeyakinan untuk bercakap, mempertahankan pendirian dan memasarkan diri di pasaran kerja semasa mahupun antarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar, Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah serta pengajian tinggi seharusnya menggembleng tenaga bersama-sama dan mulai menyusun program yang membolehkan pelajar mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan itu dapat diaplikasikan dalam bidang-bidang tertentu yang boleh melonjakkan institusi pendidikan dan menyumbang kea rah keberhasilan negara. Konklusinya, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap warga. Setiap pelaksana yang kompeten, yang mempunyai kemahuan untuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat kepada negara dan akhir sekali, iltizam dan keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai secara berterusan, kesan dan impak daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan, dan seterusnya, membuat penambahbaikan ke atas sistem pendidikan Negara. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN 2.1 Pengenalan Pembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia.Manusia sentiasa belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu peringkat sekolah, kolej dan universiti; secara tidak formal melalui persekitaran seperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga secara bukan formal iaitu kursus-kursus, bengkal-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai tambahan. Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam 14
  • 15. buku Introduction to Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum- hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme. 2.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Ahli psikologi juga berpendapat bahawa sesuatu benda yang wujud adalah benda yang boleh diperhatikan.Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian dapat dibuat terhadap perlakuan manusia.Antara tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner. 2.2.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov Teori pelaziman klasik Pavlov dikemukakan oleh Ivan P Pavlov, (1849- 1936). Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Daripada contoh, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tingkah guru adalah gerak balas.Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan rangsangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.Terdapat 3 peringkat pelaziman dihasilkan iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Diskriminasi pula bermaksud individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. 15
  • 16. 2.2.2 Teori Pelaziman Klasik Watson John B Watson (1878-1958) memperkenalkan teori pelaziman klasik Watson.Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan secara klasik. Berdasarkan penyelidikan Watson, guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan. 2.2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike Edward Lee Thorndike (1874-1949) adalah seorang pakar psikologi terkenal dalam bidang pendidikan dan psikologi.Beliau telah menyarankan konsep bahawa segala tindakan manusia bertujuan sosial dengan matlamat-matlamat yang tertentu.Beliau berpendapat bahawa pengajaran mesti bermatlamat sosial dengan tujuan pembelajaran mesti sentiasa memanfaatkan masyarakat. Thorndike menjalankan kajian dan mengutarakan pembelajaran cuba jaya. Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh dan denda. Manusia membuat sesuatu yang akan membawa keseronokan daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan dan membahayakan diri. Ganjaran mendorong organisma mengulangi sesuatu gerak balas manakala dendaan akan menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerak balas. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. 2.2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner Burrhus F. Skinner (1904-1990) adalah seorang ahli psikologi Amerika yang amat terkenal dalam abad ke 20.Beliau telah memajukan bidang psikologi ke peringkat yang lebih tinggi dengan teori pelaziman operan beliau. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Skinner membahagikan peneguhan kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif.Selain itu, beliau juga telah mengutamakan prinsip-prinsip Premack yang merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Skinner juga mengemukakan suatu prinsip denda yang merupakan proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan 16
  • 17. berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu pertama dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran. Akhir sekali, skinner mengemukakan pelupusan yang bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. 2.3 Teori Pembelajaran Kognitif Ahli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan- perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang.Ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960an untuk menggantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran. Ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan. Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitif terdiri daripada Wolfgang Kohler, Max Wertheimer, Kurt Lewin, Jean Piaget, David Ausubel, Jerome Bruner dan Robert Gagne. 2.3.1Teori Perkembangan Kognitif Gestalt Ahli-ahlipsikologi kognitif terdahulu sepertiMax Wertheimer, Wolfgang Kohler dan Kurt Koffka juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt.Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan psikologi kognitif.Psikologi gestalt telah diasaskan di Jerman dan dalam bahasa Jerman yang bermaksud “pola”.Kohler menjalankan satu kajian ke atas cimpanzi yang bernama Sultan, telah mengemukakan konsep “celik akal”.Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.Individu juga perlu masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas(Khadijah Rohani Mohd.Yunus et al., 2006). 2.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget menyatakan manusia sentiasa cuba memahami persekitaran melalui proses berfikir. Proses berfikir yang sentiasa berubah itu menunjukkan dua kecenderungan asas iaitu organisasi dan adaptasi. Piaget mendefinisikan organisasi sebagai proses menggabung, menyusun dan menggabung semula dan menyusun semula elemen pemikiran dan kelakuan seorang dalam struktur psikologi yang mantap. Piaget menamakan struktur psikologi sebagai skema. Skema 17
  • 18. adalah blok binaan asas pemikiran yang berfungsi sebagai proses interaksi dan memahami persekitaran. Menurut Piaget, manusia mempunyai skema asas yang reflektif sejak dilahirkan dan mengalami pembentukan skema baru yang berterusan sepanjang hayat. Skema mempunyai bentuk yang berlainan daripada mudah hingga kompleks berdasarkan interaksi individu dengan persekitaran (Azizi Yahaya et al., 2005). Ahli psikologi kognitif melihat manusia bukan penerima rangsangan daripada persekitaran yang pasif, tetapi adalah aktif yang mencari pengalaman, mengubah dan membentuk pengalaman yang menggunakan proses mental untuk mengubah maklumat berlandaskan kepada perkembangan kognitif (Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002).Menurut Azizi Yahaya et al., (2005), Piaget menyatakan bahawa pembentukan dan perkembangan skema sentiasa didorong oleh proses keseimbangan manusia. Proses keseimbangan manusia ditakrifkan sebagai keseimbangan mental antara skema kognitif dengan pengalaman baru. Apabila manusia berinteraksi dengan pengalaman baru, manusia cenderung untuk mencapai keseimbangan dengan cuba memahami persekitaran sama ada melalui cara menyesuaikan pengalaman itu dengan skema yang sedia ada atau mengubah suai dan membentuk skema baru. Proses penyesuaian ini dinamakan adaptasi.Proses adaptasi yang melibatkan penyesuaian pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada dinamakan asimilasi. Manakala proses adaptasi yang melibatkan pengubah suai skema yang sedia ada atau pembentukan skema yang baru bagi penyesuaian pengalaman baru dinamakan akomodasi. Proses asimilasi dan akomodasi saling bertindak dan mendorong pembentukan skema yang kompleks dan berperingkat tinggi (Azizi Yahaya et al., 2005).Piaget merumuskan empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dalam kerjaya iaitu peringkat deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal (Snowman & Biehler, 2006). 2.3.3 Teori Perkembangan Kognitif Gagne Robert M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan.Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat.Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula dari peringkat asas kepada yang rumit ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus et al., 2006).Sembilan peringkat teori perkembangan kognitif Gagne bermula dari pembelajaran isyarat, gerak balas, rangkaian motor, pertalian bahasa, diskriminasi, konsep, hukum dan penyelesaian masalah. 18
  • 19. 2.3.4 Teori Perkembangan Kognitif Bruner Jerome S. Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif kanak- kanak.Pada pendapat Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan kognitif kanak- kanak.Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Maka perkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosialnya dengan orang lain. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada tiga tahap iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Setiap daripada tahap ini membolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus et al., 2006) . Bruner juga telah mengemukakan pembelajaran penemuan.Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan satu fenomena.Pelajar dikehendaki menyiasat fenomena untuk mengumpul data dari pelbagai sumber media. Selepas itu, pelajar akan membuat perbincangan dengan guru dan pelajar di dalam kelas. 2.3.5 Teori Perkembangan Kognitif Ausubel David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran Ekspositori menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Penyusunan awal diperkenalkan untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran supaya pembelajaran optimal berlaku.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari (Snowman & Biehler, 2006). 19
  • 20. 2.3.6Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky Lev Vygotsky tidak bersetuju dengan kajian Piaget yang lebih meletakkan perkembangan kognitif kanak-kanak di atas usaha sendiri daripada usaha interaksi dengan persekitaran sosial.Beliau juga tidak bersetuju bahawa kanak-kanak boleh memahami persekitaran daripada usahanya sendiri seperti yang disarankan oleh Piaget.Vygotsky percaya perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa dan rakan yang lebih berkemampuan. Orang ini akan membekalkan maklumat dan sokongan yang diperlukan dalam perkembangan proses minda peringkat tinggi (Snowman & Biehler, 2006). Lev Vygotsky juga menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan bantuan sokongan itu bagi membina kefahaman yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah secara persendirian.Maka, kesan persekitaran sosial dan pendidikan dilihat oleh Vygotsky sebagai syarat utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Vygotsky juga memperkenalkan konsep zon perkembangan prosimal.Zon perkembangan prosimal adalah jarak ataupun perbezaan antara tahap kognitif semasa kanak-kanak dengan tahap kognitif yang kanak-kanak itu dapat capai. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam zon perkembangan prosimal, pembelajarannya akan menjadi berkesan. Manakala apabila di luar zon ini, mereka menghadapi kesukaran mempelajari elemen baru dengan tahap yang sedia ada (Azizi Yahaya et al., 2005) . 2.4 Teori Pembelajaran Konstruktisvisme Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu. Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain. Para pengerak mazhab konstruktisvisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakar pendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert. Menurut penyokong konstruktivisme, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka akan ingin memahaminya. Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru itu, pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik.Ia terhasil daripada pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema. 20
  • 21. 2.4.1 Prinsip-prinsip Konstruktivisme Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. 2.4.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya adalah ciri pembelajaran konstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori ini, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru-guru. Selain itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapat menarik pelajar. Guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Guru sebagai fasilitator perlu membantu proses ini dengan menggunakan strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar-pelajar untuk membuat analisis, tafsiran dan ramalan kendiri. Guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan- soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar-pelajar. Teori konstruktivisme tidak menggalakkan penilaian sumatif yang berpusat, sebaliknya dengan penilaian formatif dan berterusan serta dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh itu, penggubal kurikulum konstruktivisme perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-ubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal. 2.4.3 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah Dalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada pelajar- pelajar.Sebaliknya, pelajar-pelajar harus berusaha sendiri membangunkan ilmu pengetahuan 21
  • 22. secara sendiri dalam struktur mental mereka. Antara implikasi teori konstruktivisme adalah seperti berikut: (i) Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan persekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru. Proses pembinaan pengetahuan adalah berterusan yang melibatkan penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea- idea tersebut. (ii) Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi dengan penerangan baru, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolak. (iii) Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu baru. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. (iv) Penglibatan Secara Aktif Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan. (v) Strategi Pembelajaran Guru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar 22
  • 23. untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlu merancang strategik pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. 3.0 WEB 1.0, WEB2.0, WEB 3.0 dan WEB 4.0 3.1 Web 1.0 Web 1.0 merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat statik dan satu arah sahaja. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, oleh itu pengunjung web hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.Apa yang dipaparkan dalam laman web termasuk laman HTML statik adalah jarang dikemaskinikan. Matlamat utama laman web 1.0 ini adalah untuk memberi maklumat kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa.Laman web yang tidak interaktif ini bersifat risalah untuk pengguna membacanya. Oleh itu ia bersifat read-only.Oleh kerana struktur perhubungannya yang lemah, pengguna dan pelawat laman web hanya boleh melawat laman web tanpa ada apa-apa kesan atau sumbangan. Teras protokol web 1.0 adalah HTTP, HTML dan URI. 3.2 Web 2.0 Web 2.0merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Web 2.0 juga dikenali sebagai web pintar, people-centric web, participative web, dan read-write web .Ia bersifat dwi-arah kerana pengunjung bukan sahaja sekadar membaca malah boleh menulis dalam web tersebut. Selain itu web 2.0 juga bukan hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung-pengunjung yang lain dapat memberi komen,berkomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Pengguna mempunyai interaksi yang lebih berbanding kawalan yang terdapat dalam web 1.0. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah: YouTube, face book,tweeter,Edmodo dan sebagainya. Web 2.0 bukan sekadar versi baru web 1.0, malah reka bentuk web yang fleksibel, penggunaan yang kreatif, sistem kemas kini, kandungannya yang bersifat collaborative serta pengubahsuaian web telah dipermudahkan. 23
  • 24. Berikut merupakan perbezaan web 1.0 dengan web 2.0 yang telah dipermudahkan: Web 1.0 Web 2.0 Reading (baca) Reading/Writing (baca dan tulis) Companies (syarikat) Communities (komuniti) Client-Server (server pelanggan) Peer to Peer HTML, Portals XML, RSS Taxonomy Tags Owning (kepunyaan sendiri) Sharing (perkongsian) IPOs Trade sales Netscape Google Web forms Web applications Screen scraping APIs Dialup Broadband Hardware costs Bandwidth costs Lectures (ceramah) Conversation (perbualan) Advertising (iklan) Word of mouth (kata-kata dari mulut anda) Services sold over the web(Perkhidmatan Web services (perkhidmatan web) yang dijual melalui web) Information portals (portal informasi) Platforms 3.3 Web 3.0 Web 3.0 dikatakan akan bermula pada 2010. Syarat dan konsep yang paling penting dan perlu ada dalam web 3.0 ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman web yang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir. Antara ciri2 khas web 3.0: 1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu 2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media 3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, servis laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran komputer ,pelebarluasan komputer. 4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma 24
  • 25. 5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas 6. The intelligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores yang pintar. Perbezaan antara web 2.0 dan 3.0: Web 2.0 Web 3.0 Read/Write Web Portable Personal Web (web peribadi yang portable) Communities (komuniti) Individuals (individu) Sharing Content (perkongsian content) Consolidating Dynamic Content (Memperkukuhkan Kandungan yang Dinamik) Blogs Lifestream AJAX RDF Wikipedia, google Dbpedia, igoogle Tagging User engagement (penglibatan pengguna) 3.4 Web 4.0 Web 4.0 masih lagi diperingkat perkembangan idea dan masih belum ada definisi yang tepat untuk menjelaskan web ini.Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web.Impian di sebalik web simbiotik ini ialah interaksi antara manusia dan mesin adalah dalam bentuk simbiosis. Dalam perkataan mudah, mesin akan menjadi bijak membaca kandungan web, dan bertindak balas dalam bentuk melaksanakan dan memutuskan apa yang perlu dilakukan.Web 4,0 akan menjadi web membaca-menulis-pelaksanaan-keserentakan. Web 4.0 atau webOS akan menjadi seperti middleware di mana akan berfungsi seperti sistem operasi selari dengan otak manusia. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0 dan teknologinya, tetapi ia adalah jelas bahawa web ini bergerak ke arah menggunakan artificial intelligent untuk menjadi web yang sangat pintar. 25
  • 26. 3.5 Ringkasan Web 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0 Web 1.0 Web 2.0 Web 3.0 Web 4.0 Web 1.0 merupakan Web 2.0 ditakrifkan Web 3.0 atau web Web 4,0 merupakan web generasi pertama sebagai web baca- semantic membaca-menulis- web yang dianggap tulis. Teknologi mengurangkan tugas pelaksanaan-keserentakan Sebagai web baca web 2.0 dan keputusan dengan interaksi yang sahaja dan juga membolehkan manusia pintar. Namun begitu, sebagai satu sistem pemasangan dan dengan menyediakan masih tiada definisi yang kognisi. Web 1.0 pengurusan bersifat kandungan yang tepat mengenainya. Web bermula sebagai global melalui boleh dibaca oleh 4.0 juga dikenali sebagai tempat maklumat kepentingan mesin di web.Secara web simbiotik di mana bagi perniagaan bersama dalam umum, web 3.0 minda manusia dan mesin untuk menyiarkan interaksi sosial. mempunyai dua boleh berinteraksi secara maklumat mereka platform utama, iaitu simbiosis. kepada rakyat. teknologi semantik Web awal disediakan dan persekitaran pengguna terhad pengkomputeran interaksi atau sosial. Teknologi sumbangannya semantik mewakili kandungan dan piawaian terbuka hanya dibenarkan yang boleh untuk mencari digunakan di atas maklumat dan web. Persekitaran membaca pengkomputeran sosial membolehkan manusia-mesin bersama mengoperasi dan mengatur web sosial. 26
  • 27. 4.0 WEB 2.0: GOANIMATE 4.1 Pengenalan Goanimate merupakan salah satu platform atas talian yang membolehkan pengguna mereka animasi tanpa memerlukan latar belakang yang berbentuk grafik.Penggunaannya percuma untuk tujuan bukan komersial. Goaminate mempunyai dua jenis akaun iaitu „goanimate basic‟ untuk pengguna kali pertama dan „goanimate plus +‟ untuk mereka yang ingin mengembangkan animasi mereka. Walau bagaimanapun, untuk „account plus‟ sedikit yuran dikenakan.Namun begitu, „account basic‟ juga menyediakan ciri-ciri yang menarik dan menyeronokkan kepada pengguna yang ingin mereka animasi yang mudah.Setiap tema dilengkapi dengan latar belakang, watak dan prop yang boleh digabungkan untuk menghasilkan animasi. 4.2 Kelebihan menggunakan GoAnimate a. Pengguna GoAnimate tidak perlu memuat turun aplikasi dan memasang perisian. b. Pengguna boleh memilih bentuk, ciri-ciri karakter dan menambah skrip pada animasi mereka. Penghasilan animasi yang baik dapat dilakukan dengan mudah. c. Ia bertindak sebagai landasan penceritaan dalam mengembangkan bidang sastera. d. Saluran untuk individu mempamerkan kreativiti dan ekspresi diri. 4.3 Penggunaan GoAnimate dalam pendidikan Berikut adalah beberapa faedah GoAnimate yang boleh dilaksanakan dalam pendidikan (Perez 2011): a. Menawarkan pendekatan alternatif untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. b. Boleh digunakan sebagai alat untuk mengembangkan kerjasama dan pertukaran pembelajaran dalam kalangan pelajar dan juga pengajar. c. Sebagai alat perkongsian maklumat kajian berkenaan sesuatu topik dengan lebih spesifik. d. Mengembangkan kreativiti sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan mewujudkan minat golongan pengajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. e. Pelajar boleh menggunakan Goanimate untuk membuat pembentangan dan laporan berbanding kaedah tradisional. 27
  • 28. f. Pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video ke akaun Face book, dig StumpbleUpon, MySpace, reddit, and del.icio.us untuk tontonan umum. g. Melibatkan penyertaan pelajar dan menarik perhatian pelajar. 4.4 Aplikasi GoAnimate untuk Sekolah Buka akaun GoAnimate di laman sesawang www.goanimate.com. a. Klik „upgrade – GoAnimate for schools‟ b. Klik pada „Try Before You Buy‟ untuk percubaan secara percuma. 28
  • 29. c. Paparan berikut akan muncul dan guru akan menggunakan akaun guru (login as teacher) untuk mencuba aplikasi ini. d. Guru perlu menerima (accept) syarat yang ditetapkan untuk masuk ke aplikasi. Paparan seterusnya membolehkan guru melihat laman sendiri yang merangkumi „Your Page‟, „Create‟, „videos‟, „students‟, „teachers‟ dan „manage account‟. 29
  • 30. Guru boleh membuat penilaian terhadap tugasan ataupun video yang dihasilkan oleh pelajar di laman ini dengan mengklik pada nama pelajar yang dipaparkan. e. Guru boleh menghasilkan video untuk dijadikan tontonan pelajar bagi tujuan pengajaran menggunakan teknologi atau menjadikan video tersebut sebagai alat bantuan mengajar di dalam kelas (contohnya dijadikan sebagai set induksi). Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat video pendek yang boleh dilakukan oleh guru. Klik pada „create‟ dan paparan berikut akan dipaparkan. Tekan butang „make a short video‟ (sebagai contoh) untuk meneruskan aplikasi. Paparan berikut akan muncul di skrin. 30
  • 31. Tekan „next‟ untuk meneruskan aplikasi.Apabila paparan seterusnya muncul, guru perlu memilih tetapan yang sesuai. Apabila selesai membuat pilihan tetapan, paparan berikut akan muncul di skrin. Guru perlumemilih watak yang hendak digunakan di dalam video. 31
  • 32. Setelah watak dipilih, paparan seterusnya membolehkan guru menaip atau merekod suarapada video. Pertukaran pelakon, emosi, suara dan juga membuang dialog yang telah dihasilkan juga boleh dibuat pada aplikasi ini. Selesai sahaja aktiviti membuat video, guru boleh melihat video penuh yang dihasilkan dengan menekan „preview‟ dan paparan berikut akan muncul. Simpan video yang telah dihasilkan dan „publish‟ untuk ditonton oleh pelajar. 32
  • 33. Guru perlu memberi tajuk, sedikit penerangan dan memilih kepada siapa video tersebut ditayangkan sebelum menyiarkannya. f. Guru juga boleh menghasilkan video dengan menekan „create‟ pada laman guru dan memilih mana-mana „make a movie‟ yang disukai. Laman seterusnya membolehkan guru memilih pelbagai fungsi untuk menghasilkan video seperti memilih watak yang ingin digunakan. 33
  • 34. Apabila watak telah dipilih, guru boleh menambah aksi dan ekspresi pada watak. Suara pada watak boleh dimasukkan dengan menaip dialog yang diingini ataupun membuat rakaman suara serta mengubah bahasa yang digunakan. Pergerakan watak, arah muka watak sama ada menghadap kiri atau kanan dan kedudukan watak sama ada di bawa ke hadapan ataupun ke belakang boleh diubah. 34
  • 35. Dialog yang dimasukkan pada watak boleh diubah saiz tulisan, warna dan sebagainya sesuai dengan kehendak guru. Latar belakang ataupun tempat watak dilakonkan juga boleh diubah mengikut kesesuaian cerita. 35
  • 36. Watak boleh diberi peralatan ataupun barang untuk dipegang. Video juga boleh dimasukkan muzik untuk menarik perhatian pelajar. 36
  • 37. Tetapan pemandangan video boleh diubah peralihan seperti menjadikan video lebih pudar, membubarkan watak dan banyak lagi mengikut kreativiti guru. Guru juga boleh menambah adegan untuk mencipta cerita yang mempunyai pelbagai variasi sesuai dengan pengajaran yang akan dilaksanakan ataupun sebagai bahan untuk menambah pengetahuan pelajar. Selesai membuat video, guru boleh melihat semula video yang telah dihasilkan sebelum menyimpan video yang telah dihasilkan. 37
  • 38. Semasa menyimpan video yang dihasilkan, guru perlu menyatakan tajuk, kepada siapa video akan ditayangkan, sedikit penerangan, penggunaan video, katogeri video (sebagai contoh untuk subjek sains) dan boleh mengubah bahasa video tersebut. Video yang telah disimpan oleh guru secara automatik akan dipaparkan di dalam halaman guru. Video tersebut juga secara langsung boleh ditonton oleh pelajar di halaman pelajar masing-masing. g. Pelajar boleh menggunakan proses yang sama seperti langkah ( e ) dan ( f ) untuk menghasilkan video bagi dinilai oleh guru dari semasa ke semasa. Video yang dihasilkan oleh pelajar dapat dilihat oleh guru secara terus dari laman guru sendiri. 38
  • 39. 4.5 Penutup Dalam dunia yang semakin pesat membangun dengan ledakan teknologi ini, para guru harus memberi penekanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan peredaran semasa. GoAnimate boleh dijadikan salah satu instrumen untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) bagi memudahkan pemahaman pelajar ataupun memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar seterusnya mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Aplikasi penghasilan video menggunakan GoAnimate ini juga turut memberi kesan yang baik kepada pelajar di mana mereka akan meningkatkan daya kreativiti yang ada dalam diri pelajar. 5.0 RUJUKAN Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Gruber, Jonathan, and David A. Wise, eds. 1999.Social security and retirement around the world.Chicago: University of Chicago Press. Hasan Langgulung .2003. Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al Husna Baru. Kamus Dewan .1993. Edisi Baru, Kuala Lumpur: DBP Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill Sdn Bhd. Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran- Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Snowman, J.& Biehler, R. 2006. Psychology Applied to Teaching. USA: Houghton Mifflin Company. 39