1. Semasa saya berumur empat tahun, bapa saya telah membawa kami sekeluarga
pergi melawat ke Zoo Negara di Bintulu. Kami semua berasa amat gembira kerana
inilah kali pertama kami pergi melawat ke Zoo Negara.
Pagi-pagi lagi kami telah bersiap sedia untuk melawat ke Zoo Negara. Ibu saya
juga telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dimakan di Zoo Negara,
Setelah semua siap, kami menaiki kereta ayah untuk sampai ke destinasi tersebut.
Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Kami berborak dengan sangat gembira sewaktu
dalam perjalanan. Ayah saya juga memandu kereta dengan perlahan kerana
keadaan jalan yang agak uzur.
Pada pukul 9.30 pagi, kami telah sampai ke destinasi tertentu. Saya dan kakak
saya berasa sangat gembira apabila ternampak pemandangan sekeliling Zoo
Negara yang begitu menawan sekali. Saya dan kakak saya menolong ibu
memunggah barang manakala ayah saya pergi membeli tiket masuk ke Zoo Negara.
Dalam Zoo Negara, kami nampak banyak jenis binatang liar dan jinak yang comel.
Contoh binatang liar ialah buaya, harimau, singa, dan ular. Contoh binatang jinak
ialah burung gagak, lembu, kambing dan ayam jantan. Ayah saya juga telah
menolong kami mengambil banyak foto gambar bersama-sama binatang tersebut.
Pada pukul 12.30 tengah hari, kami semua berasa lapar. Oleh itu, kami makan
juadah yang dibawa oleh ibu di bawah sebuah pondok. Selepas makan kami pun
bersiap sedia untuk pulang. Ayah saya mengumpulkan sampah-sampah untuk
dibuang ke dalam tong sampah.
Apabila hari beransur petang, ayah saya pun bercadang untuk pulang ke rumah.
Setelah selesai mengemas semua barang, kami pun berangkat pulang. Walaupun
kami semua berasa letih, tetapi kami berasa amat berbaloi dan seronok sekali.