SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 4
Hudud, Qisas, Diat dan Takzir-Apakah itu?
Posted on January 11, 2009 by pemudasarawak

“Di bawah undang-undang jinayah (atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah)
terbahagi ia kepada 4 bahagian: HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR. Dan perlu difahami
bahawa hukum2 Islam ini adalah bertujuan untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat
dan kerosakan bukan tujuan untuk menghukum secara semberono atau zalim.

APA ITU HUDUD?

Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah
Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang munakahat,
undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami
dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun JenayahSyariah) ini
terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir.

A) Makna HUDUD:
bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun.Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang
belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak
boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah
dibuat oleh ALLAH SWT.

B) Hukuman HUDUD:
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam
Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti
hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh
dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang
telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith
adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT
yang bermaksud:

” Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.”
(Suratul Baqarah:229)

C) Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum syara`.
ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi
suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang
saksi.
iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau
tidak.
iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari
jagaan atau milik tuannya..
v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan
perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka
kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.kita lihat pula
pengertian QISAS secara ringkas.
Untuk mendalami maknanya, silalah berkunjung ke kulih-kuliah ilmu berdekatan untuk
mendapat pemahaman yang lebih jelas.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan,
mencederakan

dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan;
seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran.
Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah
dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh mangsa atau
keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas
dengan hudud ,dimana hudud ni, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa
tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si
pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan
yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.”
(Suratul Baqarah : 178)
b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau
melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan
tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud:

“Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam
Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan
hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan
gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa
mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.”
(Suratul Ma`idah : 45)

DIAT:

Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan
qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan
rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang
melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi
sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) – qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh;
sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,:

“Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada
mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti
rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang
demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta
satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH
SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,maka
baginya azab yang pedih.”
Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,iaitu
penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia
terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak
boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas
kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-
kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas
peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak
melaksanakan sebatan mengikut hukuman takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40
sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. Wallahu Taala A’lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit
kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas,
kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang
membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas
penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang
penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan
tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Moga ada manafaatnya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Muhammad Fahmi
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
shahirah44
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Mahyuddin Khalid
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Bulan Hijau
 

Was ist angesagt? (20)

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Iman
ImanIman
Iman
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Sistem jinayah
Sistem jinayahSistem jinayah
Sistem jinayah
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
konsep syariah
konsep syariahkonsep syariah
konsep syariah
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 

Ähnlich wie Hudud,qisas,diat,dan takzir

Nota mudah memahami hukum hudud
Nota mudah memahami hukum hududNota mudah memahami hukum hudud
Nota mudah memahami hukum hudud
katsumaru
 
13. larangan makan harta orang lain secara batil
13. larangan makan harta orang lain secara batil13. larangan makan harta orang lain secara batil
13. larangan makan harta orang lain secara batil
asnin_syafiuddin
 
Istimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islamIstimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islam
Khosenulhan Ab Rahman
 
Pengertian dan dalil zina
Pengertian dan dalil zinaPengertian dan dalil zina
Pengertian dan dalil zina
MY WORLD
 

Ähnlich wie Hudud,qisas,diat,dan takzir (20)

Nota mudah memahami hukum hudud
Nota mudah memahami hukum hududNota mudah memahami hukum hudud
Nota mudah memahami hukum hudud
 
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docxPERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
PERBEZAAN_ANTARA_HUDUD.docx
 
Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Jenayah
JenayahJenayah
Jenayah
 
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptxPPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
PPT Fikih Jinayah. Kelompok 1.pptx
 
Konsep jenayah
Konsep jenayahKonsep jenayah
Konsep jenayah
 
Makalah Fikih Jinayah tentang Jarimah Hudud, Zina dan Qazaf
Makalah Fikih Jinayah tentang Jarimah Hudud, Zina dan QazafMakalah Fikih Jinayah tentang Jarimah Hudud, Zina dan Qazaf
Makalah Fikih Jinayah tentang Jarimah Hudud, Zina dan Qazaf
 
Ringkasan Kitab Sistem Sanksi dan Hukum Pembuktian dalam Islam_Hudud
Ringkasan Kitab Sistem Sanksi dan Hukum Pembuktian dalam Islam_HududRingkasan Kitab Sistem Sanksi dan Hukum Pembuktian dalam Islam_Hudud
Ringkasan Kitab Sistem Sanksi dan Hukum Pembuktian dalam Islam_Hudud
 
Jarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docxJarimah Hudud.doc.docx
Jarimah Hudud.doc.docx
 
(13) Hukum Pidana Islam.pptx
(13) Hukum Pidana Islam.pptx(13) Hukum Pidana Islam.pptx
(13) Hukum Pidana Islam.pptx
 
13. larangan makan harta orang lain secara batil
13. larangan makan harta orang lain secara batil13. larangan makan harta orang lain secara batil
13. larangan makan harta orang lain secara batil
 
Istimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islamIstimewanya sistem perundangan islam
Istimewanya sistem perundangan islam
 
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-JawiKeunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
Keunggulan Sistem Pidana Islam - KH. Shiddiq al-Jawi
 
Intan
IntanIntan
Intan
 
Jinayat
JinayatJinayat
Jinayat
 
Pengertian dan dalil zina
Pengertian dan dalil zinaPengertian dan dalil zina
Pengertian dan dalil zina
 
Mengenal dosa atau perilaku tercela
Mengenal dosa atau perilaku tercelaMengenal dosa atau perilaku tercela
Mengenal dosa atau perilaku tercela
 
Keadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan IslamKeadilan Dalam Pandangan Islam
Keadilan Dalam Pandangan Islam
 
Ketentuan Islam Perihal JINAYAT.pptx
Ketentuan Islam Perihal JINAYAT.pptxKetentuan Islam Perihal JINAYAT.pptx
Ketentuan Islam Perihal JINAYAT.pptx
 
Kuliah 10 ((DEPS) - Takzir.ppt
Kuliah 10 ((DEPS) - Takzir.pptKuliah 10 ((DEPS) - Takzir.ppt
Kuliah 10 ((DEPS) - Takzir.ppt
 

Hudud,qisas,diat,dan takzir

  • 1. Hudud, Qisas, Diat dan Takzir-Apakah itu? Posted on January 11, 2009 by pemudasarawak “Di bawah undang-undang jinayah (atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) terbahagi ia kepada 4 bahagian: HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR. Dan perlu difahami bahawa hukum2 Islam ini adalah bertujuan untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan kerosakan bukan tujuan untuk menghukum secara semberono atau zalim. APA ITU HUDUD? Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah. Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain. Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun JenayahSyariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir. A) Makna HUDUD: bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT. B) Hukuman HUDUD: Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud: ” Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Suratul Baqarah:229) C) Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD: Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah: i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum syara`. ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi
  • 2. suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi. iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.. v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan. vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan. vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.kita lihat pula pengertian QISAS secara ringkas. Untuk mendalami maknanya, silalah berkunjung ke kulih-kuliah ilmu berdekatan untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas. QISAS: Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan. Perbandingan QISAS dan HUDUD: Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan; seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud ni, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan. Kesalahan & Hukuman QISAS: Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah : a) Membunuh orang lain dengan sengaja. b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja. c) Melukakan orang lain dengan sengaja. a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.” (Suratul Baqarah : 178)
  • 3. b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud: “Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Suratul Ma`idah : 45) DIAT: Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi. Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya. Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat: i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan. ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) – qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja. iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,: “Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,maka baginya azab yang pedih.”
  • 4. Hukuman TAKZIR: Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang- kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. Wallahu Taala A’lam. Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas. Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka. Moga ada manafaatnya.