2. Seni lukisan
Lukisan mempunyai dua aspek
terpenting iaitu unsur seni dan prinsip
rekaan.
Memainkan peranan penting dalam
menghsilkan sesebuah hasil seni.
Lukisan merupakan satu lakaran yang
menggunakan alatan sama ada media
konvensional atau moden dan dihasilkan
diatas sesebuah permukaan
3. Dapat dilihat bahawa, seni ini merupakan
antara suatu aset yang begitu indah dan
boleh menjadi satu daya tarikan kepada
masyarakat di luar mahupun di dalam
negara.
Batik, tempayan, tembikar, ukiran,
tekstile, khaligrafi, arca, dan lain lagi
sebagai aset kesenian dalam menarik
tarikan pelancong.
4. Batik merupakan antara kesenian lukisan yang begitu sohor di Malaysia
Batik ini kebiasaanya terkenal di bahagian pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Batik menerapkan dua elemen yang kebiasaannya di hasilkan di atas kain tersebut iaitu flora, fauna
dan origami.
Namun begitu,selalu digunakan adalah bermotifkan flora
Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih
berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan
lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda.
Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain
Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk
memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj
Langkah keempat
kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga
motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi
memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan
dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan
kualitinya
5. Jenis-jenis batik
batik blok
Buat batik Hasil daripada
mengguna blok
kan blok/
penekap
6. Batik lukis/batik canting
Pencanting Hasil mencanting
batik batik
10. Nasi ambeng
Ambeng merupakan salah satu makanan
tradisional tempatan yang lazat dan masih popular
dikalangan masyarakat melayu keturunan Jawa
yang tinggal di kawasan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia.
digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian
besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang
tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal
dari Pulau Jawa.
Simbolik dari penyediaan nasi ambeng adalah
untuk menjimatkan kos dan kerja pengendalian
majlis-majlis tersebut. Disamping itu pengamal nasi
ambeng percaya amalan ini boleh membawa
kerukunan atau kebahagiaan dalam keluarga.
11. Cara membuat dan penyediaan:
Nasi Ambeng terdiri daripada Nasi Putih, Tempe, Kerisik,
Rempeyek, Serunding Kelapa, Mee atau Bihun goreng,
ayam dan lain-lain juadah pembuka selera termasuk
buah-buahan. Makanan ini akan dihidangkan dalam
dulang atau talam yang dilapik dengan daun pisang.
Kebiasaannya satu hidangan Nasi Ambeng adalah untuk
4 orang.
Begini lah rupa nasi
ambeng
13. Seni Tarian
SEJARAH TARIAN
Secara umumnya, Kepelbagaian warisan budaya
dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada
tarian- tarian yang terdapat di sini. Tarian-tarian
kaum seperti Melayu, Cina, dan India iaitu antara
kaum majoriti di Malaysia benar-benar eksotik dan
menawan. Bagi sesetengah masyarakat, setiap
tarian yang diwarisi mempunyai makna yang
tersendiri. Kebiasaannya tarian-tarian ini diwarisi
secara turun-temurun. Setelah sekian lama kaum
Cina dan India menetap di Malaysia, tarian-tarian
tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian
daripada warisan dan budaya Malaysia.
17. Jenis Tarian Negeri/Kaum
Gambus Perak
Bharat Natyam Semua Negeri (Orang
India)
Canggung Perlis
Baghra Sikh
Kuda kepang Johor
Inang Melaka
Sumazau Sabah
Ngajat Sarawak
Kipas Cina
Singa Cina
Balai Terengganu
Wau Bulan Kelantan
Zapin Johor
19. Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan
seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah
direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang
menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka
dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan
dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut
keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan
penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup
dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara
amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang.
Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh
dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu
Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap
sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran
udara yang secukupnya kepada rumah
20. Keistimewaan rumah
tradisional
FAKTOR CUACA
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan.
Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan
bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang
kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang
banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian
bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas
tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.
SUMBER ALAM
Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber
hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala
rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai,
buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.
BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam
membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah
mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga
diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri
dan aktiviti keluarga.
PENGARUH ASING
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni
bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih
atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu
sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan
akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif
dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.