KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
Program pemulihan khas telah dilaksanakan oleh kpm semenjak tahun 1960
1. Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk
membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam
pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.
Definisi Program Pemulihan Khas
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks
disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus,
di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
“ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan
untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan
pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa,
atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang
diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)
“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus
untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam
menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am
KBSR - 1982)
“Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca,
menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.
2. Murid Pemulihan Khas
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh
faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
Rasional
PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah
kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini
berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid
antara 25-30 orang sahaja.
PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu
mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Kumpulan Sasaran
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di
dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan
akal atau terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
a) masalah peribadi
b) masalah psikologi
c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan)