tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
Contoh kaedah membuat kutipan
1. A. Contoh Cara Pertama Membuat Kutipan:
Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa sejak zaman berzaman kerana
sejarah membuktikan yang bahasa Melayu telah memainkan peranan yang
penting dalam dunia Melayu. Menurut Collins (1994) bahasa Melayu mula
berkembang 700 tahun Sebelum Masehi (SM) apabila memiliki sistem
dan budaya tulisan. Bukti bertulis tentang bahasa Melayu Kuno terdapat di
beberapa buah batu bersurat (Darwis, 1992; Ismail, 1984). Bahasa Melayu
terus berkembang sehingga “ … menjadi bahasa pemerintah dan pentadbiran
serta bahasa budaya tinggi bagi empayar-empayar Melayu mulai dari empayar
Sriwijaya hingga kepada yang lebih kemudian, seperti kerajaan-kerajaan besar
Acheh, Sulu, Brunei dan Johor” (Asmah, 2010, hlm. 85).
B. Contoh Cara Kedua Membuat Kutipan:
Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa sejak zaman berzaman kerana
sejarah membuktikan yang bahasa Melayu telah memainkan peranan yang
penting dalam dunia Melayu. Menurut Collins (1994) bahasa Melayu mula
berkembang 700 tahun Sebelum Masehi (SM) apabila memiliki sistem
dan budaya tulisan. Bukti bertulis tentang bahasa Melayu Kuno terdapat di
beberapa buah batu bersurat (Darwis, 1992; Ismail, 1984). Bahasa Melayu
terus berkembang sehingga “ … menjadi bahasa pemerintah dan pentadbiran
serta bahasa budaya tinggi bagi empayar-empayar Melayu mulai dari empayar
Sriwijaya hingga kepada yang lebih kemudian, seperti kerajaan-kerajaan besar
Acheh, Sulu, Brunei dan Johor.” (Asmah, 2010, hlm. 85)
* Perhatikan perbezaan antara kedua-dua petikan ini. Kelihatan sama tetapi ada
perbezaannya. Jom kita selidiki.
C. Contoh Blok dan Kutipan Lain
Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan pada tahun
1956 telah diberi kuasa yang tertinggi dalam hal ehwal yang berkaitan dengan
bahasa Melayu (Asmah 1984). Slogan DBP, iaitu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’
menyerlahkan betapa bahasa begitu akrab dengan penuturnya:
2. … bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti
kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu
bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu
menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling
memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu
bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.
(Bahasa Jiwa Bangsa, t.t., hlm. 1)
Kewajaan bahasa Melayu dapat dilihat dari sudut pertumbuhannya, iaitu
sebagai “…satu bahasa yang pada mulanya sangat sederhana, tumbuh dan
berkembang secara alamiah” (Darwis, 1992: 58) sehingga berperanan sebagai
bahasa lingua franca. Bahasa Melayu juga terus berkembang sebagai bahasa
pentadbiran, bahasa agama, dan bahasa ilmu di samping dapat bertahan
pada ketika tanah air dijajah. Kelestarian bahasa Melayu juga hasil daripada
perkembangan secara terancang khususnya selepas kemerdekaan.