SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan warisan pusaka Melayu yang amat bernilai. Hal ini kerana,
kesusasteraan Melayu itu memaparkan bahasa, sejarah, budaya dan lambang kebudayaan
masyarakat Melayu. Oleh itu, pengajaran kesusasteraan dalam bahasa Melayu mula diberi
penekanan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara
dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba‟ie Sujud (2009), melalui pembacaan karya
sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati
kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Awang Had
Salleh (1968) pula, menyebut bahan sastera dalam pengajaran adalah untuk melatih murid
menikmati sesebuah karya sastera sepenuhnya dengan membuat penilaian, pertimbangan dan
kritik.

Di sekolah rendah bahan sastera seperti pantun, puisi, seloka, gurindam dan sebagainya
ada diselit di dalam buku teks bahasa Melayu. Antara bahan sastera tersebut, pantun
merupakan satu daripada warisan Melayu klasik yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang
dek panas. Ia merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat
yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke generasi. Genre pantun hidup subur
dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Apabila muncul teknologi percetakan
pada akhir abab ke 19, koleksi pantun mula terbitkan dalam bentuk buku.

Berdasarkan pendapat Wan Hashim Wan Teh (2000), pantun merupakan pernyataan
manusia yang merangkumi unsur-unsur akal budi, pemikiran emosi dan imaginasi. Unsurunsur seperti ini dapat menyemai nilai-nilai kehalusan budi, menyemai sifat pengasih, saling
menghormati dan merangsang pemikiran kreatif. Oleh itu, pantun digunakan secara meluas
dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Penggunaan pantun dalam pendidikan
memperlihatkan gabungan dua unsur iaitu penyediaan bahan dan tenaga guru. Hal ini,
melibatkan ketelitian aspek perancangan dan penyediaan yang khusus serta sistemetik.

Perancangan yang baik mestilah menerapkan unsur-unsur interaktif, didik hibur atau apa
sahaja yang boleh menarik perhatian murid, menjana daya kreativiti dan merangsang minat.
Selain itu, pendedahan genre pantun juga, membolehkan murid menikmati karya sastera serta
mengukuhkan kemahiran berbahasa murid dari segi mendengar, bertutur, membaca dan
menulis (Dr. Sharifah Maimumah Syed Zin, 2000). Namun demikian, penggunaan pantun
1
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

sebagai bahan pengajaran ini mestilah mengutamakan kaedah dan teknik terkini yang
mengutamakan pendekatan kreatif agar objektif pembelajaran tercapai.

2.0 MAKSUD PANTUN
2.1 Definisi
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah dari pantun dua kerat, empat kerat
hinggalah ke pantun berkait. Genre pantun ini menduduki tempat yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu ,justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam
percintaan, upacara peminangan dan perkhawinan. Pendeknya setiap tahap kehidupan
masyarakat Melayu, yakni dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu
dan dihiasi dengan pantun.

Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun ialah ,
“...sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiaptiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud...”

Berdasarkan Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm.710) pula, definisi pantun
ialah,
“ ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris(abab) dan
dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja...”

Zaaba (1965) pula menyatakan,
“... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang
dengan makna seperti,umpama, laksana...”

Hal ini, dibuktikan melalui ungkapan “kami sepantun telur itik” atau “tuan sepantun kilat
cermin” yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud
2
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

“seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan seperti
contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi:
“...akan sekarang adalah seperti pantun orang „pagar makan padi‟ ”.

Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut
teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang,
mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya,
perumpamaan “Sudah gaharu cendana pula” menjadi pantun dua kerat :
“ Sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu bertanya juga.”

Menurut Kamus Ensiklopedia Malaysiana (2010), menyatakan pantun ialah
puisi tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum
tahu membaca dan menulis. Hak milik orang Melayu ini ada disebut oleh Zainal
Abidin bin Ahmad (Za‟ba) dalam buku Pelita bahasa Melayu (1957) iaitu:
“Pantun ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu
dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. Dan lagi
ialah kaedah Malaya yang sejati bagi menggubahkan alun perasaan
„syair‟ yang sebenar iaitu menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu,
sedih, suka,sindir,giat dan warna-warna perasaan yang indah seperti
hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih
dengan kekasihnya.”

Berikut maksud pantun dalam bahasa Nusantara yang lain:
i.

Bahasa Jawa : parikan

ii.

Bahasa Sunda : paparikan

iii.

Minangkabau : panuntun (pembimbing/penasihat)

iv.

Bahasa Pampanga : tuntun (teratur)

v.

Bahasa Tagalog : tonton (bercakap mengikut aturan tertentu)

vi.

Bahasa Jawa kuno : tuntun (benang), atuntun (teratur) dan Matuntun (memimpin)
3
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

vii.

Bahasa Toba : pantun (kesopanan atau kehormatan)

viii.

Bahasa Melayu : pantun (quatrain atau sajak berbaris empat, rima a-b a-b)

ix.

Bahasa Sunda : pantun (cerita panjang yang bersajak dan diiringi muzik).

Walau apapun sebutan dalam berbagai bahasa Nusantara, secara ringkasnya, pantun itu
membawa maksud bahasa yang tersusun dalam ikatan berirama a-b a-b dan mempunyai
sebutan yang sama di hujungnya. Pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang
dan maksud pantun. Pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan
persekitaran orang Melayu. Maksud pantun atau sampiran adalah perkara tersirat atau tersurat
yang hendak disampaikan.

2.2 Jenis-jenis Pantun
Jenis-jenis pantun Melayu adalah berdasarkan bentuk dan isinya. Secara umumnya jenis
pantun terbahagi dua jenis utama iaitu pantun berkait dan tidak berkait. Jenis pantun tidak
berkait yang utama ialah ;

a. Pantun dua kerat/baris
b. Pantun empat kerat/baris
c. Pantun enam kerat/baris
d. Pantun lapan kerat/baris
e. Pantun sepuluh kerat/baris
f. Pantun dua belas kerat/baris

Jenis pantun yang paling popular dan banyak digunakan ialah pantun empat kerat/baris.
Jenis pantun empat kerat, jika berdasarkan isinya ialah ;

a. Pantun Kanak-kanak
b. Pantun Jenaka
c. Pantun Teka-teki
d. Pantun Bersukacita
e. Pantun Berdukacita
f. Pantun Peribahasa dan kiasan
4
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

g. Pantun Budi
h. Pantun Nasihat
i. Pantun Agama
j. Pantun Kasih Sayang
k. Pantun Nasib.
l. Pantun Adat

Secara ringkasnya, jenis-jenis umum pantun dapat dinyatakan dalam rajah 2.1 di bawah:

pantun dua kerat
pantun empat kerat

Pantun tidak
berkait

pantun enam kerat
pantun lapan kerat

Jenis pantun
pantun sepuluh kerat
Pantun berkait
pantun dua belas kerat

Rajah 2.1 : Jenis-jenis Pantun Secara Ringkas.

2.2.1 Jenis Pantun Berdasarkan Bentuknya.
Jika mengkaji pantun berdasarkan bentuknya, pantun terbahagi kepada dua bahagian
iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksudnya. Jika pantun empat kerat/baris,dua baris
pertama ialah pembayang manakala dua baris yang berikut ialah maksudnya. Jika pantun
lapan kerat/baris, empat baris di atas ialah empat ayat pembayang dan diikuti empat ayat
maksudnya dan demikianlah seterusnya.

Pembayang atau sampiran dalam pantun memainkan peranan untuk memberi persamaan
bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubungkait
5
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Lihat contoh pantun
empat kerat di bawah:

Air melurut ke tepian mandi,......................a (ayat pembayang)
Kembang berseri bunga senduduk,.............b (ayat pembayang)
Elok diturut resmi padi ;..............................a (ayat maksud)
Semakin berisi semakin menunduk.............b (ayat maksud)

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun
tersebut (tema). Jumlah perkataan yang terdapat dalam pantun biasanya mengandungi empat
atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan patah
perkataan yang sama bagi setiap barisnya.

Setiap patah perkataan dalam pantun itu terdiri daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata.
Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi yang
terdapat dalam pantun itu pula pada bahagian tengah atau akhir setiap baris pantun
mempunyai bunyi yang sama (rujuk contoh pantun di bawah). Rima pada baris pertama ayat
pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya.
Pantun yang baik berima a-b a-b namun ada juga yang berima a-a a-a.

Bakar gaharu /dalam taman,
Asamkan karat/ si pisau raut;
Kalau berguru/ salah pedoman,
Sesat di darat/ karam di laut.
( Bunga Gerimis, 1986:3)

Berikut ialah contoh-contoh pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat,
sepuluh kerat dan dua belas kerat. Pantun melebihi empat kerat disebut juga talibun:

Pantun Dua Kerat

6
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Buah kelulut buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.

Pantun Empat Kerat

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di pulau angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Pantun Enam Kerat

Belayar perahu membawa kuini,
Ke Tanjung Jati mengadap paduka,
Bunga kemboja sembah berkarang;
Kalaulah tahu jadi begini,
Tidaklah hati dibawa berduka,
Ku pilih sahaja orang lain.

Pantun Lapan Kerat

Dini hari melawat pusara,
Bawa merbah bersama emas,
Nenas terletak tepi belanga,
Belanga China bersalut arang;
Benihku cari disemai mesra,
Semaian bercambah menjelma tunas,
Kemudian subur indah berbunga,
Malangnya bunga di getu orang.

7
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Pantun Sepuluh Kerat

Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya;
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh saya yang punya?

Pantun Dua Belas Kerat

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi
Dibawa sultan dari Judah,
Padi jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi;
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

2.2.2 Jenis-jenis Pantun Berdasarkan Isinya
Pantun Melayu dikelaskan juga berdasarkan isi yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat
pembayang di dalam pantun adalah bertujuan untuk menyampaikan maksud penciptanya.
Contohnya, pantun yang isinya menyuruh orang berbuat baik atau berbentuk pengajaran
8
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

adalah dinamakan pantun nasihat. Huraian berikut , antara jenis-jenis pantun berdasarkan
isinya.

2.2.2.1

Pantun Kanak-kanak

Pantun kanak-kanak digunakan kanak-kanak ketika bermain atau ketika bergurau senda.
Pantun ini bersifat memberi hiburan atau saling usik-mengusik. Contoh pantun :

Dari Ambun hendak ke Perak,
Singgah sebentar ke Semarang;
Si Jibun mencari kerak,
Hitam hidungnya mencari arang.

2.2.2.2

Pantun jenaka

Pantun jenaka mempunyai unsur kejenakaan atau kelucuaan yang berfungsi sematamata untuk hiburan. Pantun ini

terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan

perlakuan orang disekeliling penciptanya. Pantun jenaka mempunyai unsur-unsur pemikiran
yang tersusun yang mengandungi pengajaran , nasihat dan sindiran di dalamnya yang
disampaikan dalam bentuk jenaka. Berikut contoh pantun jenaka:

Orang rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang,
Hilang semangat penghulu itik;
Melihat ayam lumba berenang.

2.2.2.3

Pantun Teka-teki

Bagi pantun teka-teki

pula terdapat kelainan sifat dan peranannya yang

tersendiri.Tujuan penggunaan pantun teka-teki ialah untuk berseronok dengan menduga
seseorang.

Pantun teka-teki yang memerlukan jawapan

merupakan

alat untuk

menggerakkan cara berfikir secara spontan atau membina kemahiran berfikir dengan cepat
dan tepat. Berikut contoh pantun teka-teki;

Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
9
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?

2.2.2.4

Pantun Bersukacita

Pantun bersukacita dicipta untuk bersukaria atau untuk tujuan berseronok. Contohnya,
berbalas-balas pantun yang bertujuan untuk memberikan hiburan. Berikut ialah contoh
pantun:
Benih buah dari kota,
Mari ditanam di tepi telaga
Alangkah gembira tiada terkata;
Dikurnia tuah tak terduga.

2.2.2.5

Pantun Berdukacita

Pantun berdukacita pula mempunyai tujuan yang bertentangan dengan pantun
bersukacita. Isi pantun ini menggambarkan perasaan sedih seseorang kerana ditinggalkan
orang tersayang. Contoh pantun :

Buah peria ditimbang kati,
Dijual bersama buah ara,
Pergimu tiadalah berganti;
Tinggallah saya berdukalara

2.2.2.6

Pantun Peribahasa dan Kiasan

Pantun jenis peribahasa pula mudah dikenali iaitu melalui penyampaian isinya
menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi
pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan
bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Pantun berbentuk peribahasa dapat dilihat seperti
contoh ini.
Buah teratak bertangga tiga,
Tangga menghala permatang berlembah;
Kalau tidak berada-ada,
Masakan tempua bersarang rendah.

10
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Contoh pantun isinya berbentuk kiasan ;

Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.

2.2.2.7

Pantun Budi

Pantun budi bertujuan menyatakan tentang amalan berbudi yang wajar diamalkan oleh
orang Melayu. Contoh pantun:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah;
Budi yang baik dikenang juga.

2.2.2.8

Pantun Nasihat

Pantun nasihat senang untuk dikenali kerana menyampaikan maksud dalam bentuk teguran
atau nasihat. Pantun jenis ini bertujuan untuk memberi nasihat atau pengajaran . Berikut
contoh pantun:

Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

11
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

2.2.2.9

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Pantun Agama

Pantun agama juga mudah dikenali kerana isinya yang bersifat memberi nasihat. Pantun
jenis ini memberi nasihat atau teguran ke arah melakukan perbuatan yang baik. Contoh
pantun:

Bakar gaharu dalam taman,
Asamkan karat si pisau raut;
Kalau berguru salah pedoman,
Sesat di darat karam di laut.

2.2.2.10 Pantun Kasih Sayang
Pantun berkasih sayang digunakan untuk menyampaikan perasaan cinta, kasih atau
sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri. Berikut ialah contoh pantun:

Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.

2.2.2.11 Pantun Nasib.
Pantun jenis ini biasanya digunakan oleh orang muda yang berdagang atau merantau. Isi
yang cuba disampaikan tentang untung nasib ketika berdagang atau untuk menggambarkan
rasa sedih tentang nasib yang dialami. Contoh pantun:

Pandan tumbuh ditepi gua,
Diambil orang untuk jamu;
Badanlah lama tidak bersua,
Bilalah kita harus bertemu.

12
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

2.2.2.12 Pantun Adat
Isi yang cuba disampaikan dalam pantun adat adalah lebih mendalam atau serius
berbanding pantun-pantun lain. Pantun ini membicarakan persoalan tentang adat yang
berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama
yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Contoh pantun ialah:

Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda,
Kalau berkenan masuklah meminang;
Tanda diri beradat budaya.

2.2.3 Pantun Berkait
Seperti namanya, pantun berkait adalah pantun yang disusun secara berangkai .Pantun
jenis ini membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam
setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud)
bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama,
serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang. Proses mengarang
pantun jenis ini memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang
disampaikan tampak lancar.

Pantun berkait mempunyai lebih daripada dua rangkap. Pantun jenis ini bermacam tema
seperti juga pantun empat kerat. Berikut ialah contoh pantun berkait bertema budi :

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah;
Budi yang baik dikenang juga.

Gunung daik bercabang tiga,
Tampak jauh dari seberang,
Budi yang baik dikenang juga;
Khidmat bakti disanjung orang.
13
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Tampak jauh dari seberang,
Tegak berdiri bagai raksasa,
Khidmat bakti disanjung orang;
Orang berbudi kita berbahasa.

3.0 PANTUN DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Penggunaan pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu secara tidak
langsung dapat memberi kefahaman kepada murid tentang laras dan gaya bahasa sastera dan
keindahan bahasa itu sendiri. Walaubagaimanapun, pemilihan bahan atau aktiviti berpantun
itu perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa perkara secara menyeluruh.

Menurut Asmah Hj. Omar (1984), pemilihan perlu dilihat dari tiga aspek iaitu:
i.

Pandangan guru bahasa Melayu, apakah tujuan dia memilih aktiviti sastera
atau bahan sastera itu ?

ii.

Kemampuan murid, bergantung pada tingkat umur, tingkat kesedaran,
pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.

iii.

Linguistik dan pedagogi. Adakah teks atau aktiviti yang dipilih itu sesuai
dengan laras bahasa yang akan diajarkan.

3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH)
Berikut iaitu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) murid Tahun Enam yang
melibatkan aktiviti berbalas pantun:

Genre : Puisi Klasik
Tahun : 6 Bestari
Tajuk : Pantun Teka-teki
Masa : 8.45 - 9.45 pagi. (60 minit)
Bilangan murid : 30 orang

Hasil Pembelajaran
14
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Fokus Utama :
10.1 Menghasilkan pelbagai genre(prosa dan puisi) termasuk emel yang mudah,menarik dan
bermakna.

Aras 3
Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan
bahasa yang tepat,indah dan menarik.

Fokus Sampingan
11.2 Mengulas karya bukan sastera dan sastera dari segi penggunaan
perkataan,idea,ayat,wacana,dan nilai dan pengajaran.

Aras 1
Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dalam
pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat:
Menghasilkan pantun yang baik dan puitis secara spontan dalam aktiviti berbalas
pantun
Menyatakan nilai atau pengajaran yang terdapat dalam pantun.

Sistem Bahasa:
Kosa kata
Ejaan
Penerapan
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai : Kerjasama, kebijaksanaan, dan keberanian
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan emosi
Strategi : Konstruktivisme dan konteksual
15
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Bahan Bantu Pengajaran :
Video klip nyanyian dan lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid sudah belajar mencipta pantun.
Langkah Pengajaran: Rujuk jadual 3.2

Jadual 3.1 : Contoh Rancangan Pengajaran Harian.

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti

Nyanyian lagu „Ikan Kekek‟
Set Induksi

Murid menonton

Contoh pantun secara lisan.

video klip dan

(8 Minit)

menyanyi
lagu berbentuk
pantun .
Murid sebut
beberapa pantun
empat kerat yang

Catatan
Video klip lagu
Lirik Lagu:
Ikan kekek mak ilui ilui,
Ikan gelama mak ilai ilai;
Nanti adik mak ilui ilui,
Pulang sama mak ilai ilai.
Tenang-tenang air di laut‟
Sampan golek mudik ke tanjong;
Hati terkenang mulut tersebut‟
Budi yang baik rasa di junjung.
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang;
Dari mata turun ke hati.

pernah diketahui.

Langkah 1

Ciri-ciri pantun 4 kerat.

Murid respon

Nilai : Keberanian

(12 Minit)

i.

Jumlah suku kata.

kepada penyoalan

BBP : Lembaran kerja

ii.

Rima akhir.

guru tentang ciri-

iii.

Pembayang dan

ciri pantun.

maksud.

Murid meneliti

Pengajaran dalam pantun

lembaran kerja dan
menyenaraikan ciriciri pantun yang
diberikan.
Murid menyebut
hasil jawapan.
Murid menyebut

16
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

pengajaran dalam
pantun.

Langkah 2

Pantun teka-teki

Murid mendengar

BBP: Video klip pendek

(8 minit)

Menonton video pantun

penerangan tentang

pantun teka-teki.

teka-teki

ciri-ciri pantun
teka-teki.

Muat turun dari : Taman

Menonton video

Puisi Blogspot./Pantun

dan melihat contoh

teka-teki.wmv.

pantun teka-teki.
Langkah 3

Aktiviti berbalas pantun

Murid dibahagikan

KBKK : menjana idea

(30 minit)

antara kumpulan A dan

kepada 2 kumpulan.

Nilai : Kerjasama dan

kumpulan B.

Murid menjual dan

Menyatakan pengajaran

membeli pantun

Contoh pantun: Kum.A

pantun teka-teki.

teka-teki.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,

keberanian.

Melihat orang memotong tebu,

Contoh :

(3 Minit)

pantun yang baik

Janggutnya lapan tulangnya satu?

untuk dinyatakan

Menghargai haiwan

pengajaran yang

Membawa adik menjamah lontong,

terkandung di

Binatang apa darahnya hitam,

Tuhan.

Penutup

Melayani binatang

sebagai mahkluk ciptaan

ii.

Apakah binatang darahnya hitam;

peliharaan dengan baik.

i.

Memilih beberapa

dalamnya.

Kesimpulan isi pelajaran

Guru membuat

Kumpulan B :
Bersiar-siar di pekan Bertam,

Haiwan lembik bernama sotong.

BBP : Lembaran kerja.

kesimpulan tentang
isi pelajaran.
Murid menerima
edaran lembaran
kerja untuk
pengukuhan (kerja
rumah).
Jadual 3.2 : Langkah-langkah Pengajaran Aktiviti Berbalas Pantun.

17
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN
Aktiviti berbalas pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu melibatkan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai supaya aspek-aspek bahasa itu
dapat dikuasai murid. Kelebihan sesuatu aktiviti itu dapat dimanfaatkan oleh murid jika
seseorang guru itu bijak membuat pertimbangan beberapa perkara secara menyeluruh
sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Antaranya , pemilihan bahan berdasarkan
tema, bahasa, struktur ayat, ilustrasi dan tahap pencapaian murid yang akan terlibat dalam
aktiviti itu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga aktiviti yang menggunakan bahan
sastera seperti pantun mempunyai beberapa kelemahannya. Antaranya, yang berkait rapat
dengan penguasaan kemahiran guru serta aras kemampuan murid.

4.1

Kekuatan
Aktiviti berbalas pantun berupaya meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis

murid. Dalam aktiviti ini, murid perlu pantas berfikir untuk mencipta pantun, khususnya
semasa membalas pantun pihak lawan. Murid perlu menjana idea yang bernas untuk
menghasilkan pantun yang baik. Siti Hajar Abdul Aziz dan Kamaruddin Hj. Hussin (1998)
berpendapat bahan sastera dalam pengajaran bahasa bersifat kognitif. Aktiviti seperti ini
dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan membolehkan guru mengukur perluasan
perbendaharaan kata murid berhubung dengan bahasa yang digunakan dalam penciptaan
pantun.

Berhubung dengan aspek bahasa juga, kegiatan berbalas pantun dapat menanam
penghayatan murid terhadap keindahan bahasa Melayu dan bahan sastera seterusnya,
mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik (Koh Boh Boon (1994). Menurut
Sharifah Maimunah Syed Zin (2000), pendedahan kepada aktiviti berbentuk kesusasteraan
Melayu dapat memperkayakan perbendaharaan kata, struktur ayat, gaya bahasa, jalinan idea
dan sebagainya. Kelebihan aktiviti berbalas pantun ini selaras dengan pendapat Awang Had
Salleh (1968), penggunaan pantun dapat menjamin deria murid terhadap keindahan,
kehalusan dan kesenian bahasa.

Melalui aktiviti mencipta pantun juga akan dapat membantu murid menguasai
perbendaharaan kata . Hal ini kerana, melalui aktiviti ini, murid belajar mencipta ungkapan,
perkataan dan ayat berdasarkan perlambangan yang sesuai (Kamaruzzaman Abdul, 2000).
18
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

S.T. Coleridge (2000) juga, menyatakan kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik
seperti dalam pantun dapat membantu aspek bahasa murid.

Aktiviti berbalas pantun juga, dapat mencungkil bakat murid sebagai pemantun terbaik.
Aktiviti seperti ini memerlukan murid menggarap idea secara spontan dan seterusnya
mengasah pemikiran murid supaya dapat melahirkan pemantun berkualiti. Mohd.Khairul
Faizi Abdul Rasid (2003), melalui kajiannya, menyatakan penggarapan idea secara spontan
dapat melahirkan murid yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, sosial serta
cemerlang dalam pelbagai aspek. Semua aspek ini diperlukan untuk melahirkan pemantun
yang berkualiti.

Kelebihan dari segi penerapan nilai murni pula, pendapat Knapton dan Evans (1967),
pembelajaran dan pengajaran mencipta pantun akan dapat membekalkan pengalaman estetik
yang akan membawa pengaruh positif dalam kesihatan penerimanya (murid) . Wan Hashim
Wan Teh (2000) pula, berpendapat medium sastera dapat membentuk sikap buruk daripada
menguasai diri. Dari penerapan nilai murni juga, Robert C.Pooley (2001), menyatakan puisi
termasuklah pantun dapat memberikan ketenangan dalam diri murid. Apabila ada aktiviti
berbalas pantun, murid akan mencipta dan melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang
sesuai. Situasi ini akan menerbitkan rasa seronok, tenang dan bermotivasi terhadap
pembelajaran bahasa. Berikut ialah rumusan kelebihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik
darjah.
Menguji tahap pemikiran murid
mengemukakan idea secara spontan.
Meningkatkan pengetahuan murid
berkaitan penciptaan puisi klasik
Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa
murid.
Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
murid.

Mencungkil bakat murid sebagai pemantun

Rajah 4.2 : Kelebihan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Bilik Darjah
19
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

4.2

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Kelemahan
Masalah utama apabila diadakan aktiviti berbalas pantun atau mencipta pantun dalam

pembelajaran dan pengajaran ialah, murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang
menepati ciri-ciri pantun yang baik misalnya, mengandungi nilai-nilai estetika dalam
sesebuah pantun. Begitu juga dengan jumlah perkataan yang sepatutnya terkandung dalam
sesebuah pantun yang baik. Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu, Dr.Harun Mat Piah
(2009), pantun yang dicipta ada yang mempunyai rima yang janggal dan tidak mempunyai
rima sama sekali. Hal ini akan menjejaskan estetika pantun Melayu yang tidak pernah
berubah sejak zaman berzaman. Menurut beliau lagi, pantun yang dilontarkan tidak ada
hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang
pantun, inilah yang ditekankan.

Pantun yang dipersembahkan juga kurang mempunyai unsur perlambangan sedangkan ia
bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan
dalam pembayang dan maksud. Hal ini kerana, masyarakat tradisional menggunakan
pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Menurut Dr. Harun lagi, berbalas pantun juga
hendaklah mengutamakan tema jenaka untuk tujuan hiburan tetapi pantun yang dicipta
kekadang lari dari tema itu. Berdasarkan pendapat ini,

kebanyakan guru

itu sendiri

sebenarnya kurang arif tentang ciri-ciri pantun yang baik. Guru juga kurang arif bagaimana
kaedah dan teknik yang terbaik untuk membimbing murid mencipta pantun yang baik.

Murid itu sendiri juga lemah dalam penciptaan pantun kerana kurang memahami secara
mendalam ciri-ciri bentuk pantun . Murid juga lemah memahami maksud pantun yang cuba
disampaikan. Mohd. Khairul Faizi Abd.Rasid (2003), dalam kajiannya menyebut selain
murid lemah dalam penciptaan pantun, murid juga tidak memahami apa yang cuba
disampaikan melalui pantun. Hal ini juga, ada hubungan dengan kegagalan guru
memantapkan ilmu dalam pengajaran bahan sastera. Sithamparam (1991), menyebut guru
sukar mengajar puisi tradisional seperti pantun kerana pengajaran pantun melibatkan banyak
interpretasi dan guru bahasa melayu kurang berkemahiran dalam soal itu. Pendapat ini sejajar
dengan pendapat Roshani Abdullah (1992). Menurut beliau, guru menghadapi kesukaran dan
ketidakupayaan dalam mengendalikan keseluruhan pengajaran bahasa dengan mudah
menggunakan pantun.

20
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

Hal ini turut disokong oleh Osman Alaudin (1995), yang menyatakan guru sukar
merancang dan melaksanakan pengajaran dengan berkesan kerana kurang jelas tentang bahan
pengajaran komponen sastera dalam pengajaran bahasa. Azizah Hamzah (1993), menyatakan
pengajaran guru sering berpandukan buku teks dan buku panduan tanpa mengukur
kemampuan dan keupayaan sebenar murid. Mohd. Isha Awang ( 2001) juga, menyatakan
guru-guru bahasa Melayu masih kurang cekap melaksanakan komsas di bilik darjah.
Roseazache Ariffin 2003, menyebut guru bahasa Melayu juga kurang faham cara hendak
melaksanakan pengajaran pantun yang betul.

Kelemahan lain dalam melaksanakan aktiviti berbalas pantun ialah, murid tidak ada
kesungguhan melakukan aktiviti berkaitan penciptaan pantun. Carter & Long, (1991) murid
cepat bosan dan kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa aktiviti berpantun dalam
kelas. Rajah berikut rumusan kelemahan pelaksanaan aktiviti berpantun dalam kelas

Murid tidak mahir menulis pantun secara spontan
Murid tidak mahir menggunakan unsur-unsur
perlambangan dalam pantun.
Murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang
menepati ciri-ciri bentuk pantun yang baik.
Guru tidak mahir menggunakan teknik dan pendekatan
yang sesuai untuk mengajar pantun.
Guru tidak mahir dalam bidang pantun/kurang ilmu
Guru bergantung dengan buku teks. murid sukar beri
tumpuan kerana mudah bosan.

Rajah 4.3 : Kelemahan Pelaksanaan Aktiviti Berpantun dalam Bilik Darjah

21
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

RUMUSAN
Pengajaran bahasa Melayu menggunakan pantun sebagai bahan pembelajaran akan
dapat mendorong minat murid terhadap mata pelajaran itu sendiri. Hal ini kerana, bahan
sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang boleh mengubah emosi kepada keceriaan.
Pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi aktiviti yang mencipta pantun berupayaan
membantu perkembangan murid dari segi JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
sosial). Kamaruddin Hj. Hussin (1998) ada menyebut, bahan kesusasteraan menguasai ilmu
yang menyentuh pelbagai perkara.

Pantun itu pelbagai jenis berdasarkan isi dan bentuknya. Oleh itu penggunaan pantun
dalam pengajaran mestilah melibatkan banyak perkara termasuk berdasarkan minat dan gaya
belajar mereka. Guru juga , perlu memilih pantun yang sesuai dengan tahap pemikiran murid
dan tidak terlalu puitis sehingga sukar difahami murid. Seseorang guru itu perlu merancang
dengan baik sebelum memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan pantun.
Perancangan yang sistemetik dan meliputi pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan
dapat membantu murid mempertingkatkan kemahirannya dalam berbahasa.

Aktiviti berbalas pantun dilihat sebagai aktiviti yang mampu menjana idea murid dengan
baik. Hal ini kerana, murid perlu mencipta pantun secara spontan yang menguji tingkat
ketangkasan pemikiran murid untuk berfikir dalam masa yang terhad. Pemilihan tema untuk
aktiviti berbalas pantun ini perlu disesuaikan dengan tahap kognitif mereka. Dalam hal ini,
pantun empat kerat adalah sesuai untuk aktiviti berbalas pantun. Bimbingan daripada guru
yang berkemahiran perlu untuk membantu murid mencipta pantun yang menepati ciri-ciri
pantun yang baik

agar kekuatan pantun sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran

terserlah.

Kelemahan aktiviti berpantun pula dapat diperbaiki dengan pemilihan kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai manakala guru perlu memantapkan lagi ilmunya berkaitan bahan
sastera agar dapat memaksimakan impak positif kepada murid. Kunci kejayaan pengajaran
bahan sastera, khususnya pantun dalam bahasa Melayu bukan hanya terletak pada
kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia juga, terletak
pada kreadibiliti guru mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran itu di bilik darjah.

22
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

RUJUKAN
Adnan Abd. Majid.(2008). Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Aripin Said.(1994).Puisi Warisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj.Omar(1989). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Dr. Harun Mat Piah(2009).Berbalas Pantun Masih banyak Kelemahan. Utusan Melayu.(14
Januari ,2009)
Haryati Shafii.(2010). Koleksi Pantun Haryati Shafii. Tidak diterbitkan.
Ishak Ramly.(2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Kamaruddin Abdul.(2000). Pelajar Wajib Belajar Komponen Kesusasteraan Melayu. Berita
Harian.(17 Februari).
Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti HajarHj. Abdul Aziz(1997). Komunikasi Bahasa Pengajian
Melayu 3. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.
Kamaruddin Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa.Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa
Melayu Tahun 6. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu.Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Koh Boh Boon.(1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hj. Salleh.(2005). Pengenalan dalam Kurik Kendi Merah Saga : Kumpulan
Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Hj. Salleh.(2006). Dalam Daun Ada Bicara :Falsafah Alam Pantun
Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim.” Pantun dan Pembudayaan Bangsa” dlm. Dewan Sastera.hlm.8183.Ogos.2007
Rahman Shaari. “Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm. 1618 Oktober. 2006.
Rogayah A. Hamid “Kebijaksanaan dan Emosi dlm Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm.
15 Oktober. 2006.

11-

Rogayah Abd. Hamid,Jumaah Ilias.(2008). Pandangan Semesta Melayu : Pantun.Kuala
Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
23
SAUDAH BINTI ISMAIL EH

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA
MELAYU/PANTUN

24

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
MohdRainie
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Mazliza Suleiman
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
Azy Shazela
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
Princess Nikko
 

Was ist angesagt? (20)

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Ciri ciri pantun
Ciri ciri pantunCiri ciri pantun
Ciri ciri pantun
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Bmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah strukturalBmm3108 kaedah struktural
Bmm3108 kaedah struktural
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 

Andere mochten auch (20)

Pantun empat kerat
Pantun empat keratPantun empat kerat
Pantun empat kerat
 
Tugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantunTugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantun
 
Assgmnt pantun
Assgmnt pantunAssgmnt pantun
Assgmnt pantun
 
Pantun 2 Kerat
Pantun 2 KeratPantun 2 Kerat
Pantun 2 Kerat
 
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
 
Pantun alam sekitar
Pantun alam sekitarPantun alam sekitar
Pantun alam sekitar
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Ksj puisi tradisional pantun 2 kerat
Ksj puisi tradisional pantun 2 keratKsj puisi tradisional pantun 2 kerat
Ksj puisi tradisional pantun 2 kerat
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9Asigment pantun sem9
Asigment pantun sem9
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Pantun kanak kanak
Pantun kanak kanakPantun kanak kanak
Pantun kanak kanak
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
form 1 Pantun
form 1 Pantunform 1 Pantun
form 1 Pantun
 
Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012
 
Unit 19 (merdeka!merdeka!merdeka!)
Unit 19 (merdeka!merdeka!merdeka!)Unit 19 (merdeka!merdeka!merdeka!)
Unit 19 (merdeka!merdeka!merdeka!)
 
Kumpulan im aman
Kumpulan im amanKumpulan im aman
Kumpulan im aman
 
Tema 3 latihan
Tema 3 latihanTema 3 latihan
Tema 3 latihan
 
Ksj puisi moden jangan
Ksj puisi moden janganKsj puisi moden jangan
Ksj puisi moden jangan
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 

Ähnlich wie Jenis jenis pantun

Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Syaf Anton
 
E buku siswa (pertemuan i)
E buku siswa (pertemuan i)E buku siswa (pertemuan i)
E buku siswa (pertemuan i)
Andi Karman
 
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhalizaMemahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Ozone Gote
 

Ähnlich wie Jenis jenis pantun (20)

Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamTugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
 
Kelompok_4_bahasa_dan_satra[1].pptx
Kelompok_4_bahasa_dan_satra[1].pptxKelompok_4_bahasa_dan_satra[1].pptx
Kelompok_4_bahasa_dan_satra[1].pptx
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Bin7 bab5
Bin7 bab5Bin7 bab5
Bin7 bab5
 
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang UtaraKelas V SD 1 Singkawang Utara
Kelas V SD 1 Singkawang Utara
 
Teks puisi rakyat
Teks puisi rakyatTeks puisi rakyat
Teks puisi rakyat
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
Pantun komsas-kerolybkim
Pantun komsas-kerolybkimPantun komsas-kerolybkim
Pantun komsas-kerolybkim
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Memahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantunMemahami dan menganalisis teks pantun
Memahami dan menganalisis teks pantun
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
Menggali  puing puing sastra madura  yang tersisaMenggali  puing puing sastra madura  yang tersisa
Menggali puing puing sastra madura yang tersisa
 
Sastera
SasteraSastera
Sastera
 
Penulisan kreatif
Penulisan kreatifPenulisan kreatif
Penulisan kreatif
 
E buku siswa (pertemuan i)
E buku siswa (pertemuan i)E buku siswa (pertemuan i)
E buku siswa (pertemuan i)
 
Rangkuman materi bahasa indonesia kelas xii
Rangkuman materi bahasa indonesia kelas xiiRangkuman materi bahasa indonesia kelas xii
Rangkuman materi bahasa indonesia kelas xii
 
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhalizaMemahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
Memahami puisi-dalam-lirik-lagu-siti-nurhaliza
 
Pantunfixjadi 171119110204 (2)
Pantunfixjadi 171119110204 (2)Pantunfixjadi 171119110204 (2)
Pantunfixjadi 171119110204 (2)
 
Pantun Powerpoint
Pantun PowerpointPantun Powerpoint
Pantun Powerpoint
 

Jenis jenis pantun

  • 1. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN 1.0 PENGENALAN Kesusasteraan Melayu merupakan warisan pusaka Melayu yang amat bernilai. Hal ini kerana, kesusasteraan Melayu itu memaparkan bahasa, sejarah, budaya dan lambang kebudayaan masyarakat Melayu. Oleh itu, pengajaran kesusasteraan dalam bahasa Melayu mula diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba‟ie Sujud (2009), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Awang Had Salleh (1968) pula, menyebut bahan sastera dalam pengajaran adalah untuk melatih murid menikmati sesebuah karya sastera sepenuhnya dengan membuat penilaian, pertimbangan dan kritik. Di sekolah rendah bahan sastera seperti pantun, puisi, seloka, gurindam dan sebagainya ada diselit di dalam buku teks bahasa Melayu. Antara bahan sastera tersebut, pantun merupakan satu daripada warisan Melayu klasik yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Ia merupakan sastera lisan yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi dari generasi ke generasi. Genre pantun hidup subur dalam sekitar 30 bahasa dan dalam 35 dialek Melayu. Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abab ke 19, koleksi pantun mula terbitkan dalam bentuk buku. Berdasarkan pendapat Wan Hashim Wan Teh (2000), pantun merupakan pernyataan manusia yang merangkumi unsur-unsur akal budi, pemikiran emosi dan imaginasi. Unsurunsur seperti ini dapat menyemai nilai-nilai kehalusan budi, menyemai sifat pengasih, saling menghormati dan merangsang pemikiran kreatif. Oleh itu, pantun digunakan secara meluas dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Penggunaan pantun dalam pendidikan memperlihatkan gabungan dua unsur iaitu penyediaan bahan dan tenaga guru. Hal ini, melibatkan ketelitian aspek perancangan dan penyediaan yang khusus serta sistemetik. Perancangan yang baik mestilah menerapkan unsur-unsur interaktif, didik hibur atau apa sahaja yang boleh menarik perhatian murid, menjana daya kreativiti dan merangsang minat. Selain itu, pendedahan genre pantun juga, membolehkan murid menikmati karya sastera serta mengukuhkan kemahiran berbahasa murid dari segi mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Dr. Sharifah Maimumah Syed Zin, 2000). Namun demikian, penggunaan pantun 1
  • 2. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN sebagai bahan pengajaran ini mestilah mengutamakan kaedah dan teknik terkini yang mengutamakan pendekatan kreatif agar objektif pembelajaran tercapai. 2.0 MAKSUD PANTUN 2.1 Definisi Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah dari pantun dua kerat, empat kerat hinggalah ke pantun berkait. Genre pantun ini menduduki tempat yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu ,justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, upacara peminangan dan perkhawinan. Pendeknya setiap tahap kehidupan masyarakat Melayu, yakni dalam buaian hingga ke alam percintaan dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi dengan pantun. Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun ialah , “...sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiaptiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud...” Berdasarkan Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm.710) pula, definisi pantun ialah, “ ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris(abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja...” Zaaba (1965) pula menyatakan, “... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti,umpama, laksana...” Hal ini, dibuktikan melalui ungkapan “kami sepantun telur itik” atau “tuan sepantun kilat cermin” yang dijumpai dalam rangkap-rangkap pantun lama Melayu, membawa maksud 2
  • 3. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN “seperti atau umpama”. Istilah pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan seperti contoh ayat yang dipetik dari Hikayat Hang Tuah (1975:182) yang berbunyi: “...akan sekarang adalah seperti pantun orang „pagar makan padi‟ ”. Dalam ayat tersebut istilah pantun digunakan sama dengan perumpamaan. Malah mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya, perumpamaan “Sudah gaharu cendana pula” menjadi pantun dua kerat : “ Sudah gaharu cendana pula Sudah tahu bertanya juga.” Menurut Kamus Ensiklopedia Malaysiana (2010), menyatakan pantun ialah puisi tradisi Melayu iaitu puisi tulen milik orang Melayu semenjak mereka belum tahu membaca dan menulis. Hak milik orang Melayu ini ada disebut oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za‟ba) dalam buku Pelita bahasa Melayu (1957) iaitu: “Pantun ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. Dan lagi ialah kaedah Malaya yang sejati bagi menggubahkan alun perasaan „syair‟ yang sebenar iaitu menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu, sedih, suka,sindir,giat dan warna-warna perasaan yang indah seperti hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan kekasihnya.” Berikut maksud pantun dalam bahasa Nusantara yang lain: i. Bahasa Jawa : parikan ii. Bahasa Sunda : paparikan iii. Minangkabau : panuntun (pembimbing/penasihat) iv. Bahasa Pampanga : tuntun (teratur) v. Bahasa Tagalog : tonton (bercakap mengikut aturan tertentu) vi. Bahasa Jawa kuno : tuntun (benang), atuntun (teratur) dan Matuntun (memimpin) 3
  • 4. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN vii. Bahasa Toba : pantun (kesopanan atau kehormatan) viii. Bahasa Melayu : pantun (quatrain atau sajak berbaris empat, rima a-b a-b) ix. Bahasa Sunda : pantun (cerita panjang yang bersajak dan diiringi muzik). Walau apapun sebutan dalam berbagai bahasa Nusantara, secara ringkasnya, pantun itu membawa maksud bahasa yang tersusun dalam ikatan berirama a-b a-b dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud pantun. Pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran orang Melayu. Maksud pantun atau sampiran adalah perkara tersirat atau tersurat yang hendak disampaikan. 2.2 Jenis-jenis Pantun Jenis-jenis pantun Melayu adalah berdasarkan bentuk dan isinya. Secara umumnya jenis pantun terbahagi dua jenis utama iaitu pantun berkait dan tidak berkait. Jenis pantun tidak berkait yang utama ialah ; a. Pantun dua kerat/baris b. Pantun empat kerat/baris c. Pantun enam kerat/baris d. Pantun lapan kerat/baris e. Pantun sepuluh kerat/baris f. Pantun dua belas kerat/baris Jenis pantun yang paling popular dan banyak digunakan ialah pantun empat kerat/baris. Jenis pantun empat kerat, jika berdasarkan isinya ialah ; a. Pantun Kanak-kanak b. Pantun Jenaka c. Pantun Teka-teki d. Pantun Bersukacita e. Pantun Berdukacita f. Pantun Peribahasa dan kiasan 4
  • 5. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN g. Pantun Budi h. Pantun Nasihat i. Pantun Agama j. Pantun Kasih Sayang k. Pantun Nasib. l. Pantun Adat Secara ringkasnya, jenis-jenis umum pantun dapat dinyatakan dalam rajah 2.1 di bawah: pantun dua kerat pantun empat kerat Pantun tidak berkait pantun enam kerat pantun lapan kerat Jenis pantun pantun sepuluh kerat Pantun berkait pantun dua belas kerat Rajah 2.1 : Jenis-jenis Pantun Secara Ringkas. 2.2.1 Jenis Pantun Berdasarkan Bentuknya. Jika mengkaji pantun berdasarkan bentuknya, pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksudnya. Jika pantun empat kerat/baris,dua baris pertama ialah pembayang manakala dua baris yang berikut ialah maksudnya. Jika pantun lapan kerat/baris, empat baris di atas ialah empat ayat pembayang dan diikuti empat ayat maksudnya dan demikianlah seterusnya. Pembayang atau sampiran dalam pantun memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubungkait 5
  • 6. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Lihat contoh pantun empat kerat di bawah: Air melurut ke tepian mandi,......................a (ayat pembayang) Kembang berseri bunga senduduk,.............b (ayat pembayang) Elok diturut resmi padi ;..............................a (ayat maksud) Semakin berisi semakin menunduk.............b (ayat maksud) Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut (tema). Jumlah perkataan yang terdapat dalam pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan patah perkataan yang sama bagi setiap barisnya. Setiap patah perkataan dalam pantun itu terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi yang terdapat dalam pantun itu pula pada bahagian tengah atau akhir setiap baris pantun mempunyai bunyi yang sama (rujuk contoh pantun di bawah). Rima pada baris pertama ayat pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya. Pantun yang baik berima a-b a-b namun ada juga yang berima a-a a-a. Bakar gaharu /dalam taman, Asamkan karat/ si pisau raut; Kalau berguru/ salah pedoman, Sesat di darat/ karam di laut. ( Bunga Gerimis, 1986:3) Berikut ialah contoh-contoh pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat dan dua belas kerat. Pantun melebihi empat kerat disebut juga talibun: Pantun Dua Kerat 6
  • 7. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Buah kelulut buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Pantun Empat Kerat Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di pulau angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Pantun Enam Kerat Belayar perahu membawa kuini, Ke Tanjung Jati mengadap paduka, Bunga kemboja sembah berkarang; Kalaulah tahu jadi begini, Tidaklah hati dibawa berduka, Ku pilih sahaja orang lain. Pantun Lapan Kerat Dini hari melawat pusara, Bawa merbah bersama emas, Nenas terletak tepi belanga, Belanga China bersalut arang; Benihku cari disemai mesra, Semaian bercambah menjelma tunas, Kemudian subur indah berbunga, Malangnya bunga di getu orang. 7
  • 8. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Pantun Sepuluh Kerat Baju dastar kesumba, Seluar gunting petani, Jahitan nyonya kampung Erah, Di hilir pasar Kampung Melaka, Singgah di rumah nahkodanya; Batang emas dahan suasa, Buahnya intan dengan padi, Bunga diisap burung merak, Pipit hendak hinggap di rantingnya, Adakah boleh saya yang punya? Pantun Dua Belas Kerat Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi Dibawa sultan dari Judah, Padi jangan digemparkan, Kalau gempar antara gugur, Bila gugur masuk perigi; Tuan di Mekah di Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. 2.2.2 Jenis-jenis Pantun Berdasarkan Isinya Pantun Melayu dikelaskan juga berdasarkan isi yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat pembayang di dalam pantun adalah bertujuan untuk menyampaikan maksud penciptanya. Contohnya, pantun yang isinya menyuruh orang berbuat baik atau berbentuk pengajaran 8
  • 9. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN adalah dinamakan pantun nasihat. Huraian berikut , antara jenis-jenis pantun berdasarkan isinya. 2.2.2.1 Pantun Kanak-kanak Pantun kanak-kanak digunakan kanak-kanak ketika bermain atau ketika bergurau senda. Pantun ini bersifat memberi hiburan atau saling usik-mengusik. Contoh pantun : Dari Ambun hendak ke Perak, Singgah sebentar ke Semarang; Si Jibun mencari kerak, Hitam hidungnya mencari arang. 2.2.2.2 Pantun jenaka Pantun jenaka mempunyai unsur kejenakaan atau kelucuaan yang berfungsi sematamata untuk hiburan. Pantun ini terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan orang disekeliling penciptanya. Pantun jenaka mempunyai unsur-unsur pemikiran yang tersusun yang mengandungi pengajaran , nasihat dan sindiran di dalamnya yang disampaikan dalam bentuk jenaka. Berikut contoh pantun jenaka: Orang rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang, Hilang semangat penghulu itik; Melihat ayam lumba berenang. 2.2.2.3 Pantun Teka-teki Bagi pantun teka-teki pula terdapat kelainan sifat dan peranannya yang tersendiri.Tujuan penggunaan pantun teka-teki ialah untuk berseronok dengan menduga seseorang. Pantun teka-teki yang memerlukan jawapan merupakan alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan atau membina kemahiran berfikir dengan cepat dan tepat. Berikut contoh pantun teka-teki; Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; 9
  • 10. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? 2.2.2.4 Pantun Bersukacita Pantun bersukacita dicipta untuk bersukaria atau untuk tujuan berseronok. Contohnya, berbalas-balas pantun yang bertujuan untuk memberikan hiburan. Berikut ialah contoh pantun: Benih buah dari kota, Mari ditanam di tepi telaga Alangkah gembira tiada terkata; Dikurnia tuah tak terduga. 2.2.2.5 Pantun Berdukacita Pantun berdukacita pula mempunyai tujuan yang bertentangan dengan pantun bersukacita. Isi pantun ini menggambarkan perasaan sedih seseorang kerana ditinggalkan orang tersayang. Contoh pantun : Buah peria ditimbang kati, Dijual bersama buah ara, Pergimu tiadalah berganti; Tinggallah saya berdukalara 2.2.2.6 Pantun Peribahasa dan Kiasan Pantun jenis peribahasa pula mudah dikenali iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Pantun berbentuk peribahasa dapat dilihat seperti contoh ini. Buah teratak bertangga tiga, Tangga menghala permatang berlembah; Kalau tidak berada-ada, Masakan tempua bersarang rendah. 10
  • 11. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Contoh pantun isinya berbentuk kiasan ; Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang. 2.2.2.7 Pantun Budi Pantun budi bertujuan menyatakan tentang amalan berbudi yang wajar diamalkan oleh orang Melayu. Contoh pantun: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah; Budi yang baik dikenang juga. 2.2.2.8 Pantun Nasihat Pantun nasihat senang untuk dikenali kerana menyampaikan maksud dalam bentuk teguran atau nasihat. Pantun jenis ini bertujuan untuk memberi nasihat atau pengajaran . Berikut contoh pantun: Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. 11
  • 12. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 2.2.2.9 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Pantun Agama Pantun agama juga mudah dikenali kerana isinya yang bersifat memberi nasihat. Pantun jenis ini memberi nasihat atau teguran ke arah melakukan perbuatan yang baik. Contoh pantun: Bakar gaharu dalam taman, Asamkan karat si pisau raut; Kalau berguru salah pedoman, Sesat di darat karam di laut. 2.2.2.10 Pantun Kasih Sayang Pantun berkasih sayang digunakan untuk menyampaikan perasaan cinta, kasih atau sayang antara pasangan kekasih atau suami isteri. Berikut ialah contoh pantun: Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. 2.2.2.11 Pantun Nasib. Pantun jenis ini biasanya digunakan oleh orang muda yang berdagang atau merantau. Isi yang cuba disampaikan tentang untung nasib ketika berdagang atau untuk menggambarkan rasa sedih tentang nasib yang dialami. Contoh pantun: Pandan tumbuh ditepi gua, Diambil orang untuk jamu; Badanlah lama tidak bersua, Bilalah kita harus bertemu. 12
  • 13. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN 2.2.2.12 Pantun Adat Isi yang cuba disampaikan dalam pantun adat adalah lebih mendalam atau serius berbanding pantun-pantun lain. Pantun ini membicarakan persoalan tentang adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Contoh pantun ialah: Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda, Kalau berkenan masuklah meminang; Tanda diri beradat budaya. 2.2.3 Pantun Berkait Seperti namanya, pantun berkait adalah pantun yang disusun secara berangkai .Pantun jenis ini membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud) bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama, serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang. Proses mengarang pantun jenis ini memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang disampaikan tampak lancar. Pantun berkait mempunyai lebih daripada dua rangkap. Pantun jenis ini bermacam tema seperti juga pantun empat kerat. Berikut ialah contoh pantun berkait bertema budi : Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah; Budi yang baik dikenang juga. Gunung daik bercabang tiga, Tampak jauh dari seberang, Budi yang baik dikenang juga; Khidmat bakti disanjung orang. 13
  • 14. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Tampak jauh dari seberang, Tegak berdiri bagai raksasa, Khidmat bakti disanjung orang; Orang berbudi kita berbahasa. 3.0 PANTUN DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Penggunaan pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada murid tentang laras dan gaya bahasa sastera dan keindahan bahasa itu sendiri. Walaubagaimanapun, pemilihan bahan atau aktiviti berpantun itu perlu dilakukan dengan mempertimbangkan beberapa perkara secara menyeluruh. Menurut Asmah Hj. Omar (1984), pemilihan perlu dilihat dari tiga aspek iaitu: i. Pandangan guru bahasa Melayu, apakah tujuan dia memilih aktiviti sastera atau bahan sastera itu ? ii. Kemampuan murid, bergantung pada tingkat umur, tingkat kesedaran, pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya. iii. Linguistik dan pedagogi. Adakah teks atau aktiviti yang dipilih itu sesuai dengan laras bahasa yang akan diajarkan. 3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Berikut iaitu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) murid Tahun Enam yang melibatkan aktiviti berbalas pantun: Genre : Puisi Klasik Tahun : 6 Bestari Tajuk : Pantun Teka-teki Masa : 8.45 - 9.45 pagi. (60 minit) Bilangan murid : 30 orang Hasil Pembelajaran 14
  • 15. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Fokus Utama : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre(prosa dan puisi) termasuk emel yang mudah,menarik dan bermakna. Aras 3 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang,tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat,indah dan menarik. Fokus Sampingan 11.2 Mengulas karya bukan sastera dan sastera dari segi penggunaan perkataan,idea,ayat,wacana,dan nilai dan pengajaran. Aras 1 Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dalam pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. Objektif: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat: Menghasilkan pantun yang baik dan puitis secara spontan dalam aktiviti berbalas pantun Menyatakan nilai atau pengajaran yang terdapat dalam pantun. Sistem Bahasa: Kosa kata Ejaan Penerapan Ilmu : Sains dan Teknologi Nilai : Kerjasama, kebijaksanaan, dan keberanian Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Menjana idea Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan emosi Strategi : Konstruktivisme dan konteksual 15
  • 16. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Bahan Bantu Pengajaran : Video klip nyanyian dan lembaran kerja Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah belajar mencipta pantun. Langkah Pengajaran: Rujuk jadual 3.2 Jadual 3.1 : Contoh Rancangan Pengajaran Harian. Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Nyanyian lagu „Ikan Kekek‟ Set Induksi Murid menonton Contoh pantun secara lisan. video klip dan (8 Minit) menyanyi lagu berbentuk pantun . Murid sebut beberapa pantun empat kerat yang Catatan Video klip lagu Lirik Lagu: Ikan kekek mak ilui ilui, Ikan gelama mak ilai ilai; Nanti adik mak ilui ilui, Pulang sama mak ilai ilai. Tenang-tenang air di laut‟ Sampan golek mudik ke tanjong; Hati terkenang mulut tersebut‟ Budi yang baik rasa di junjung. Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi, Dari mana datangnya sayang; Dari mata turun ke hati. pernah diketahui. Langkah 1 Ciri-ciri pantun 4 kerat. Murid respon Nilai : Keberanian (12 Minit) i. Jumlah suku kata. kepada penyoalan BBP : Lembaran kerja ii. Rima akhir. guru tentang ciri- iii. Pembayang dan ciri pantun. maksud. Murid meneliti Pengajaran dalam pantun lembaran kerja dan menyenaraikan ciriciri pantun yang diberikan. Murid menyebut hasil jawapan. Murid menyebut 16
  • 17. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN pengajaran dalam pantun. Langkah 2 Pantun teka-teki Murid mendengar BBP: Video klip pendek (8 minit) Menonton video pantun penerangan tentang pantun teka-teki. teka-teki ciri-ciri pantun teka-teki. Muat turun dari : Taman Menonton video Puisi Blogspot./Pantun dan melihat contoh teka-teki.wmv. pantun teka-teki. Langkah 3 Aktiviti berbalas pantun Murid dibahagikan KBKK : menjana idea (30 minit) antara kumpulan A dan kepada 2 kumpulan. Nilai : Kerjasama dan kumpulan B. Murid menjual dan Menyatakan pengajaran membeli pantun Contoh pantun: Kum.A pantun teka-teki. teka-teki. Hari-hari ke rumah Cik Hitam, keberanian. Melihat orang memotong tebu, Contoh : (3 Minit) pantun yang baik Janggutnya lapan tulangnya satu? untuk dinyatakan Menghargai haiwan pengajaran yang Membawa adik menjamah lontong, terkandung di Binatang apa darahnya hitam, Tuhan. Penutup Melayani binatang sebagai mahkluk ciptaan ii. Apakah binatang darahnya hitam; peliharaan dengan baik. i. Memilih beberapa dalamnya. Kesimpulan isi pelajaran Guru membuat Kumpulan B : Bersiar-siar di pekan Bertam, Haiwan lembik bernama sotong. BBP : Lembaran kerja. kesimpulan tentang isi pelajaran. Murid menerima edaran lembaran kerja untuk pengukuhan (kerja rumah). Jadual 3.2 : Langkah-langkah Pengajaran Aktiviti Berbalas Pantun. 17
  • 18. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN 4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN Aktiviti berbalas pantun dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu melibatkan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai supaya aspek-aspek bahasa itu dapat dikuasai murid. Kelebihan sesuatu aktiviti itu dapat dimanfaatkan oleh murid jika seseorang guru itu bijak membuat pertimbangan beberapa perkara secara menyeluruh sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Antaranya , pemilihan bahan berdasarkan tema, bahasa, struktur ayat, ilustrasi dan tahap pencapaian murid yang akan terlibat dalam aktiviti itu. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga aktiviti yang menggunakan bahan sastera seperti pantun mempunyai beberapa kelemahannya. Antaranya, yang berkait rapat dengan penguasaan kemahiran guru serta aras kemampuan murid. 4.1 Kekuatan Aktiviti berbalas pantun berupaya meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis murid. Dalam aktiviti ini, murid perlu pantas berfikir untuk mencipta pantun, khususnya semasa membalas pantun pihak lawan. Murid perlu menjana idea yang bernas untuk menghasilkan pantun yang baik. Siti Hajar Abdul Aziz dan Kamaruddin Hj. Hussin (1998) berpendapat bahan sastera dalam pengajaran bahasa bersifat kognitif. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan membolehkan guru mengukur perluasan perbendaharaan kata murid berhubung dengan bahasa yang digunakan dalam penciptaan pantun. Berhubung dengan aspek bahasa juga, kegiatan berbalas pantun dapat menanam penghayatan murid terhadap keindahan bahasa Melayu dan bahan sastera seterusnya, mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik (Koh Boh Boon (1994). Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2000), pendedahan kepada aktiviti berbentuk kesusasteraan Melayu dapat memperkayakan perbendaharaan kata, struktur ayat, gaya bahasa, jalinan idea dan sebagainya. Kelebihan aktiviti berbalas pantun ini selaras dengan pendapat Awang Had Salleh (1968), penggunaan pantun dapat menjamin deria murid terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa. Melalui aktiviti mencipta pantun juga akan dapat membantu murid menguasai perbendaharaan kata . Hal ini kerana, melalui aktiviti ini, murid belajar mencipta ungkapan, perkataan dan ayat berdasarkan perlambangan yang sesuai (Kamaruzzaman Abdul, 2000). 18
  • 19. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN S.T. Coleridge (2000) juga, menyatakan kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik seperti dalam pantun dapat membantu aspek bahasa murid. Aktiviti berbalas pantun juga, dapat mencungkil bakat murid sebagai pemantun terbaik. Aktiviti seperti ini memerlukan murid menggarap idea secara spontan dan seterusnya mengasah pemikiran murid supaya dapat melahirkan pemantun berkualiti. Mohd.Khairul Faizi Abdul Rasid (2003), melalui kajiannya, menyatakan penggarapan idea secara spontan dapat melahirkan murid yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, sosial serta cemerlang dalam pelbagai aspek. Semua aspek ini diperlukan untuk melahirkan pemantun yang berkualiti. Kelebihan dari segi penerapan nilai murni pula, pendapat Knapton dan Evans (1967), pembelajaran dan pengajaran mencipta pantun akan dapat membekalkan pengalaman estetik yang akan membawa pengaruh positif dalam kesihatan penerimanya (murid) . Wan Hashim Wan Teh (2000) pula, berpendapat medium sastera dapat membentuk sikap buruk daripada menguasai diri. Dari penerapan nilai murni juga, Robert C.Pooley (2001), menyatakan puisi termasuklah pantun dapat memberikan ketenangan dalam diri murid. Apabila ada aktiviti berbalas pantun, murid akan mencipta dan melafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai. Situasi ini akan menerbitkan rasa seronok, tenang dan bermotivasi terhadap pembelajaran bahasa. Berikut ialah rumusan kelebihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah. Menguji tahap pemikiran murid mengemukakan idea secara spontan. Meningkatkan pengetahuan murid berkaitan penciptaan puisi klasik Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa murid. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Mencungkil bakat murid sebagai pemantun Rajah 4.2 : Kelebihan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Bilik Darjah 19
  • 20. SAUDAH BINTI ISMAIL EH 4.2 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Kelemahan Masalah utama apabila diadakan aktiviti berbalas pantun atau mencipta pantun dalam pembelajaran dan pengajaran ialah, murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang menepati ciri-ciri pantun yang baik misalnya, mengandungi nilai-nilai estetika dalam sesebuah pantun. Begitu juga dengan jumlah perkataan yang sepatutnya terkandung dalam sesebuah pantun yang baik. Menurut pengkaji sastera tradisional Melayu, Dr.Harun Mat Piah (2009), pantun yang dicipta ada yang mempunyai rima yang janggal dan tidak mempunyai rima sama sekali. Hal ini akan menjejaskan estetika pantun Melayu yang tidak pernah berubah sejak zaman berzaman. Menurut beliau lagi, pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun, inilah yang ditekankan. Pantun yang dipersembahkan juga kurang mempunyai unsur perlambangan sedangkan ia bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud. Hal ini kerana, masyarakat tradisional menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Menurut Dr. Harun lagi, berbalas pantun juga hendaklah mengutamakan tema jenaka untuk tujuan hiburan tetapi pantun yang dicipta kekadang lari dari tema itu. Berdasarkan pendapat ini, kebanyakan guru itu sendiri sebenarnya kurang arif tentang ciri-ciri pantun yang baik. Guru juga kurang arif bagaimana kaedah dan teknik yang terbaik untuk membimbing murid mencipta pantun yang baik. Murid itu sendiri juga lemah dalam penciptaan pantun kerana kurang memahami secara mendalam ciri-ciri bentuk pantun . Murid juga lemah memahami maksud pantun yang cuba disampaikan. Mohd. Khairul Faizi Abd.Rasid (2003), dalam kajiannya menyebut selain murid lemah dalam penciptaan pantun, murid juga tidak memahami apa yang cuba disampaikan melalui pantun. Hal ini juga, ada hubungan dengan kegagalan guru memantapkan ilmu dalam pengajaran bahan sastera. Sithamparam (1991), menyebut guru sukar mengajar puisi tradisional seperti pantun kerana pengajaran pantun melibatkan banyak interpretasi dan guru bahasa melayu kurang berkemahiran dalam soal itu. Pendapat ini sejajar dengan pendapat Roshani Abdullah (1992). Menurut beliau, guru menghadapi kesukaran dan ketidakupayaan dalam mengendalikan keseluruhan pengajaran bahasa dengan mudah menggunakan pantun. 20
  • 21. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN Hal ini turut disokong oleh Osman Alaudin (1995), yang menyatakan guru sukar merancang dan melaksanakan pengajaran dengan berkesan kerana kurang jelas tentang bahan pengajaran komponen sastera dalam pengajaran bahasa. Azizah Hamzah (1993), menyatakan pengajaran guru sering berpandukan buku teks dan buku panduan tanpa mengukur kemampuan dan keupayaan sebenar murid. Mohd. Isha Awang ( 2001) juga, menyatakan guru-guru bahasa Melayu masih kurang cekap melaksanakan komsas di bilik darjah. Roseazache Ariffin 2003, menyebut guru bahasa Melayu juga kurang faham cara hendak melaksanakan pengajaran pantun yang betul. Kelemahan lain dalam melaksanakan aktiviti berbalas pantun ialah, murid tidak ada kesungguhan melakukan aktiviti berkaitan penciptaan pantun. Carter & Long, (1991) murid cepat bosan dan kurang memberi kerjasama dan perhatian semasa aktiviti berpantun dalam kelas. Rajah berikut rumusan kelemahan pelaksanaan aktiviti berpantun dalam kelas Murid tidak mahir menulis pantun secara spontan Murid tidak mahir menggunakan unsur-unsur perlambangan dalam pantun. Murid tidak mahir untuk menghasilkan pantun yang menepati ciri-ciri bentuk pantun yang baik. Guru tidak mahir menggunakan teknik dan pendekatan yang sesuai untuk mengajar pantun. Guru tidak mahir dalam bidang pantun/kurang ilmu Guru bergantung dengan buku teks. murid sukar beri tumpuan kerana mudah bosan. Rajah 4.3 : Kelemahan Pelaksanaan Aktiviti Berpantun dalam Bilik Darjah 21
  • 22. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN RUMUSAN Pengajaran bahasa Melayu menggunakan pantun sebagai bahan pembelajaran akan dapat mendorong minat murid terhadap mata pelajaran itu sendiri. Hal ini kerana, bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang boleh mengubah emosi kepada keceriaan. Pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi aktiviti yang mencipta pantun berupayaan membantu perkembangan murid dari segi JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial). Kamaruddin Hj. Hussin (1998) ada menyebut, bahan kesusasteraan menguasai ilmu yang menyentuh pelbagai perkara. Pantun itu pelbagai jenis berdasarkan isi dan bentuknya. Oleh itu penggunaan pantun dalam pengajaran mestilah melibatkan banyak perkara termasuk berdasarkan minat dan gaya belajar mereka. Guru juga , perlu memilih pantun yang sesuai dengan tahap pemikiran murid dan tidak terlalu puitis sehingga sukar difahami murid. Seseorang guru itu perlu merancang dengan baik sebelum memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan pantun. Perancangan yang sistemetik dan meliputi pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan dapat membantu murid mempertingkatkan kemahirannya dalam berbahasa. Aktiviti berbalas pantun dilihat sebagai aktiviti yang mampu menjana idea murid dengan baik. Hal ini kerana, murid perlu mencipta pantun secara spontan yang menguji tingkat ketangkasan pemikiran murid untuk berfikir dalam masa yang terhad. Pemilihan tema untuk aktiviti berbalas pantun ini perlu disesuaikan dengan tahap kognitif mereka. Dalam hal ini, pantun empat kerat adalah sesuai untuk aktiviti berbalas pantun. Bimbingan daripada guru yang berkemahiran perlu untuk membantu murid mencipta pantun yang menepati ciri-ciri pantun yang baik agar kekuatan pantun sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran terserlah. Kelemahan aktiviti berpantun pula dapat diperbaiki dengan pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai manakala guru perlu memantapkan lagi ilmunya berkaitan bahan sastera agar dapat memaksimakan impak positif kepada murid. Kunci kejayaan pengajaran bahan sastera, khususnya pantun dalam bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia juga, terletak pada kreadibiliti guru mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran itu di bilik darjah. 22
  • 23. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN RUJUKAN Adnan Abd. Majid.(2008). Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Aripin Said.(1994).Puisi Warisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj.Omar(1989). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Dr. Harun Mat Piah(2009).Berbalas Pantun Masih banyak Kelemahan. Utusan Melayu.(14 Januari ,2009) Haryati Shafii.(2010). Koleksi Pantun Haryati Shafii. Tidak diterbitkan. Ishak Ramly.(2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kamaruddin Abdul.(2000). Pelajar Wajib Belajar Komponen Kesusasteraan Melayu. Berita Harian.(17 Februari). Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti HajarHj. Abdul Aziz(1997). Komunikasi Bahasa Pengajian Melayu 3. Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman. Kamaruddin Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa.Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu Tahun 6. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Koh Boh Boon.(1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hj. Salleh.(2005). Pengenalan dalam Kurik Kendi Merah Saga : Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Hj. Salleh.(2006). Dalam Daun Ada Bicara :Falsafah Alam Pantun Melayu.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriah Taslim.” Pantun dan Pembudayaan Bangsa” dlm. Dewan Sastera.hlm.8183.Ogos.2007 Rahman Shaari. “Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm. 1618 Oktober. 2006. Rogayah A. Hamid “Kebijaksanaan dan Emosi dlm Pantun”.dlm Dewan Sastera.Hlm. 15 Oktober. 2006. 11- Rogayah Abd. Hamid,Jumaah Ilias.(2008). Pandangan Semesta Melayu : Pantun.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. 23
  • 24. SAUDAH BINTI ISMAIL EH PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU/PANTUN 24