Dokumen tersebut membahas tentang penggunaan media visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media visual dibagi menjadi dua jenis yaitu visual tayangan seperti OHP dan proyektor slide, serta visual bukan tayangan seperti poster dan papan tulis. Kedua jenis media visual tersebut dapat digunakan untuk menyampaikan informasi secara efektif dan menarik perhatian siswa.
1. PENGENALAN
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan
(perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk
menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan
pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan
cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan
teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah,
suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih
merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model,
diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual.
Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-
ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang
tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik
amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan
persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada
persekitaran yang berbeza.
1
2. REKABENTUK VISUAL
PENGENALAN
Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat
dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam
pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.
Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan.
Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan
pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu
83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa
visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.
Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar
tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar).
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi
pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya,
manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua
terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9
haiwan dengan habitatnya.
Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya
mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan.
Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk
2
3. mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-
dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih
berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.
JENIS-JENIS VISUAL
Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan
tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid,
kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan
adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model.
Visual atau media tayangan seperti transperensi dan projektor overhead
adalah alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang
efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar
dan melakukannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dan
transperensi yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980),
penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang
mengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–fakta rumusan
kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich (1996)
sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan
topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi
bertindih overlays.
3
4. Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagi
tujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh dihasilkan sendiri oleh
guru. Kemudahan ini telah berjaya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti
di layar perak. Gambar–gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jentera
dan objek–objek lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalam
bilik darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual,
separuh automatik dan automatik sepenuhnya.
Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi moden yang
telah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ramai
penyelidik telah menjalankan kajian mengenai penggunaan televisyen untuk
pengajaran dan pembelajaran. Menurut schramun (1962), murid – murid dapat
belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Menurut Wittich dan
Schuller (1973), televisyen banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalah
pengalaman pembelajaran murid.
Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita video dan
perakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perakam video pula
merupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan menggunakan perakam video
untuk pengajaran ialah gambar dan bunyi atau suara boleh disiarkan serentak.
Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk
menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amat
penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan
4
5. sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurang
daya tarikan.
Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan
pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan
bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran,
carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan
jenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran.
Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta
aliran, carta jadual dan carta pengalaman.
Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan dan
pengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah dan cepat. Poster
yang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya nampak cantik dan menarik
kerana ia dibuat mengikut elemen – elemen grafik yang baik dan sistematik.
Poster juga digunakan oleh syarikat pengeluaran barangan untuk tujuan
mempromosi produk dan digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuan
menyampaikan penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar.
Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang betul
dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan
yang dapat dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarang
pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan cekap selalunya
mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar – benar efektif.
5
6. Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk dan
menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenis
model, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok – olok.
Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga
dimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut
kesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau
tertutup malah ia boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itu
juga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka
dan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajaran
didalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.
Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada visual.
Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan gambarajah.
Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih mudah difahami selain
dapat memberikan arahan yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebih
berkesan.
Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi yang
menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun digunakan
apabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk dijelaskan dengan hanya
menggunakan perkataan. Contohnya seperti carta, peta minda dan graf. Graf,
carta dan visual lain boleh menerangkan banyak perkara dalam masa yang
singkat.
6
7. Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu dengan
hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. Ini
adalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahui
oleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistik
dan matematik. Ini kerana, graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang
banyak. Hanya isi-is penting sahaja yang ditulis di dalam graf.
Contoh penggunaan graf
Selain daripada graf, penggunaan peta minda juga dapat menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Dalam mengaplikasikan penggunaan peta minda,
beberapa syarat perlu di ambil berat. Letakkan tajuk yang penting (main point)
di tengah-tengah dan huraikan isi-isi dengan lebih terperinci dengan membuat
beberapa cabang yang menghubungkan isi-isi dengan tajuk. Contohnya seperti
gambarajah di bawah.
7
8. Contoh penggunaan peta minda
Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan isi-isi
penting berkaitan dengan tajuk. Ini dapat membantu pelajar dalam mengingat.
Maklumat yang terlalu banyak mungkin akan mengelirukan pelajar. Dengan
menggunakan peta minda, isi-isi dapat dihuraikan dengan lebih tersusun dan
pemikiran pelajar tidak hanya terkongkong dengan ayat-ayat tertentu. Pelajar
diberi kebebasan untuk menghuraikan sesuatu isi tanpa lari dari topik yang
sebenar.
Penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan
salah satu kaedah yang berkesan. Carta mengandungi gambar berserta label.
Carta sesuai digunakan untuk pelajar di peringkat rendah kerana pelajar
mendapat visual atau gambaran tentang sesuatu perkara berserta huraian dalam
masa yang sama. Penggunaan carta dapat meningkatkan kefahaman pelajar.
Selain itu, penggunaan carta amat sesuai untuk mata pelajaran yang
8
9. mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperinci
contohnya biologi dan kajian tempatan.
Contoh penggunaan carta
Dalam penggunaan imej pegun, penggunaan warna, saiz objek dan
bentuk perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana, penggunaan warna yang
bersesuaian dapat mempengaruhi serta menarik minat pelajar. Contoh-contoh
lain imej pegun ialah seperti berikut.
Menarik perhatian
pendengar
Membantu dalam
mengingat
9
10. Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej pegun. Imej
bergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan imej pegun, imej bergerak
dapat memaparkan gerakan sesuatu imej contohnya animasi. Imej bergerak
sukar untuk dihasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan tambahan dan
kreativiti pencipta. Walaubagaimanapun, imej bergerak mampu menarik lebih
perhatian berbanding imej pegun.
Penggunaan imej bergerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan syarat-syarat tertentu. Ini adalah kerana, penggunaan imej bergerak
yang tidak sesuai dengan situasi akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya dalam persembahan power point, rekabentuk slaid
hendaklah diambil kira. Animasi tidak sesuai digunakan untuk slaid yang
mengandungi huraian yang banyak kerana pelajar akan lebih tertarik untuk
melihat kepada animasi berbanding huraian yang ditulis. Jadi ini secara tidak
langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Imej bergerak adalah sesuai digunakan untuk pelajaran yang memerlukan
pergerakan supaya topik yang hendak diajar mudah difahami contohnya
mengenai kelajuan. Dengan cara ini pelajar dapat melihat proses gerakan yang
berlaku. Maklumat akan lebih mudah untuk disampaikan kepada pelajar. Selain
itu, imej bergerak sesuai digunakan untuk menerangkan sesuatu proses berlaku
contohnya proses penapisan air. Imej bergerak adalah lebih sesuai digunakan
kerana proses yang berlaku adalah sukar untuk diterangkan dengan hanya
10
11. menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika menggunakan
animasi kerana pelajar lebih mudah memahamai perjalanan sesuatu proses.
Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas ‘grafik’ untuk
membuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas. Pemahaman asas
‘grafik’ membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif.
Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan
dan latarbelakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM; memadailah
jika mempunyai pengetahuan asas grafik.
Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan
informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan
bagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan masa. Sebagai
contoh, ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik. Ia digunakan sebagai satu
daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan
tepat.
Wittich dan schuller (1973) menerangkan bahawa grafik adalah terdiri
daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu
menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar–
gambar. Kanak–kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang ditunjukkan.
Mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan dunia sekeliling. Dengan ada
bantuan grafik moden, pendidikan yang mereka terima dapat membantu
memenuhi naluri ingin tahu.
11
12. Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea dan
penerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa lukisan,
perkataan, lambang dan foto. Perkataan dan angka juga digunakan pada
kebanyakan grafik bagi menjelaskan penyampaian penerangan seperti yang
terdapat pada graf, jadual, rajah dan carta. Grafik banyak sekali melibatkan
bentuk – bentuk visual yang mengandungi penerangan singkat dan padat.
FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah
sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.
Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek
konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan
konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik
dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.
Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod
pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap
pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah
memahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya,
terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar.
Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media
pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar
12
13. dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
dan berkesan.
Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan
simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta,
gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Contoh-contoh simbol yang
mengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti
Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan hanya
melihat kepada simbol, pelajar dapat meramalkan maksud
yang ingin disampaikan.
Surat memberi simbol email atau laman web. Selain
dari itu, ikon sampul surat juga memberi maksud
yang sama:
Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang
susah untuk diterangkan dengan penulisan. Contohnya seperti gambar di
bawah. Larger pictures give the reader a sense of being there. For example, the
picture shows more detail, capturing the reader's attention.
13
14. APLIKASI VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
MERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK VISUAL
Dalam perkara ini, ukuran hasil kerja haruslah dipastikan sama ada besar
atau kecil kerana ia akan melibatkan aspek–aspek seperti perseimbangan,
susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi. Prinsip–prinsip seni reka
seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberi
perhatian utama.
‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan
sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan kepada satu atau dua
isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dikalangan
pelajar. Sebaik–baiknya berpegang kepada prinsip ‘mudah dilihat dan mudah
dibaca’. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas,
ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja.
14
15. ‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBM
mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantara
satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk,
warna atau ruang.
‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam
satu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen
penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan–garisan kasar ;
warna–warna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari
kiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan.
‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk ‘formal’
dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk
yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama
berat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan
perseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih daya
gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik.
‘Ruang’ yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat
mempengaruhi satu–satu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu,
ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin diketarakan supaya
tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak.
‘Garisan’ adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia
boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan
15
16. juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandangan
seseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan.
‘Warna’ juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu – satu
visual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna dapat
memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visual
BBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untuk
menggunakannya. Ini melibatkan pengetahuan ketagori – ketagori warna, sama
ada sejuk atau panas.
WARNA BIRU DAN HIJAU TERGOLONG DALAM KETAGORI SEJUK
WARNA MERAH DAN KUNING TERGOLONG DALAM KETAGORI
PANAS
Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar.
Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan ‘poster’,
warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warna–warna
objek atau huruf yang digunakan. Jika warna latarbelakang adalah ketagori
warna cerah seperti kuning, merah muda, biru laut dan hijau muda amatlah
sesuai digunakan warna–warna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua,
biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf.
16
17. Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri
‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visual BBM. Ia
berfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu,
penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi
‘kejelasannya’. Ini akan melibatkan kaedah–kaedah menggunakan huruf, saiz
huruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf, seseorang itu harus menghadkan
penerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satu–satu
visual.
Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu visual BBM, seseorang itu harus
menentukan jenis huruf; seeloknya huruf ‘bold’ yang tidak mengelirukan.
Visual: salah satu bahan bantu
mengajar.
Terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang itu menghasilkan
penghurufan yang baik bagi sesuatu visual BBM seperti menggunakan stensil
huruf, penekan huruf, pita huruf, sistem penghurufan, komputer dan
sebagainya.
COOPER BLACK FONT 12
STENCIL FONT 14
GEORGIA FONT 16
17
18. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan
dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu
perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih
menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.
SAYA SAYA
Baik Kurang baik
18
19. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan
dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu
perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih
menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.
SAYA SAYA
Baik Kurang baik
18
20. Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan
dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu
perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih
menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.
SAYA SAYA
Baik Kurang baik
18