SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
1.0          PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN


Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu “Salima” bererti selamat sentosa atau
kedamaian.

Dari perkataan “Salima” itu ini dibentuk perkataan “Aslama” yang bermaksud
memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bereti juga menyerah diri, tunduk
patuh dan taat. Perkataan ”Aslama” inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan
Islam iaitu “Salima-Aslama-Yuslimu”, yang membawa erti menyerah diri, patuh dan
tunduk kepada sesuatu(Muhd. Sulaiman bin Hj. Yasin : 1981). Contohnya dapat dilihat
dari Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi
Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam
ini”. (Al Baqarah : 131)

Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan ”Islam” tidak
mempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau
tempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmah
tertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu. Dari segi pemilihan
nama, “Islam” merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah kepada Dinnya. Al-
Quran sebagai kalam Allahs.w.t. menyebut “Islam” sebagai Al-Islam(makrifah) untuk
ditujukan kepada agama suci ini. Di antaranya ayat-ayat tersebut ialah:Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya Islam”. (Ali Imran :
19)

“Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima(agama itu).
”(Ali Imran : 85)“Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku
cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redha Islam itu menjadi agamamu”(Al
Maidah : 3)“Dia yang mengutuskan RasulNya(dengan membawa) petunjuk(AL-Quran)
dan agamayang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-
orang musyrik membenciNya”(Al Taubah : 33)

Definisi Islam menurut Istilah/syara.

a.     Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh
kesedaran dan kerelaaan tanpa paksaan(Ibid). Penyerahan secara terpaksa bukanlah
bidang yang dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara itu tidak akan
mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuta pilihan yang
mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolong
yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk
makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di
akhirat kelak termasuk orang yang rugi”(Ali Imran : 85)
b.     Islam adalah peraturan hidup(way of life), peraturan yang bersifat intergral dan
mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup
ini terkandungdidalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitu
dalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagi
seluruh manusia.

Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti
mana sabda Rasulullah s.a.w. sendiri yang bermaksud :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi
kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”(Riwayat
Bukhari)

c.     Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullah
s.a.w. tentang Islam : “Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah
s.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah
hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan
Ramadhan dan berhaji ke Baitullah jika engkau kuasa”(Riwayat Bukhari) Jibril
membenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah
s.a.w. telah menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalam
Islam(Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut :

i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan
Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus,
benar dan harmoni.

ii. Di atas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas
skopnya, samada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini
tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.

iii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh,
suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem ini
secara serentak. Dalam hal ini, Islam telah meletakkan satu garis dasar bagi
perlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang menyeluruh
dan mantap.

Dengan perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah, apa yang
dikatakan ibadah dalam konteks yang menyeluruh. Menjadi seluruh aktiviti kehidupan
ini ibadah adalah sasaran Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan
untuk mengabdikan kepadaKu”(AL-Zariyat : 56) Islam sebagai sistem yang luas
mempunyai strukturnya yang tersendiri. Dengan struktur inilah pengabdian yang total
dan padu kepada Allah s.w.t. dapat dilaksanakan secara terurus dan terancang, tepat
seperti mana yang dikehendaki di dalam itu sendiri.

PENGERTIAN AD-DIN

Menurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya “Maqayis al Luqhah” perkataan Ad-Din
merupakan perkataan buku yang mempunyai banyak erti diantaranya ialah pasrah,
menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang-orang Arab mempergunakannya
untuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan
agama boleh diertikan kepada Ad-Din.

Perkataan „Din‟(dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang Ad-Din(dalam
bentuk makrifah) bermaksud, cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia
merupakan suatu yang khusus terdapat di dalam Al Quran. Walau bagaimanapun
perkataan Din apabila dirangkaikan dengan perkataan Allah Al haq seperti dinullah,
dinulhaq maka ia bereti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar.

Jadi, perkataan Din apabila dilihat sebagai suatu istilah yang khusus dalam Al Quran ia
mencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat, ia merupakan
suatu istilah yang terdiri daripada empat bahagian :· Kekuasaan yang maha
mutlak(Allah s.w.t. ).· Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan
kesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak.· Iman dan amalan di bawah
pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya.· Ganjaran yang diberi sama ada
baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.Keempat-empat bahagian ini sesuai
disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap “Dinulhaq” yang mana
ia mengandungi tiga ciri terpenting:· Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak
kekuasaanNya, dimana setiap muslim menyerah bulat kepada kekuasaaNya.· Iman
kepada hari kemudian(akhirat), ia merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerah
dan kurniaNya, juga menimpa azab dan derita.· Mengamalkan perintah Allah dan
meninggalkan larangannya.Keserasian yang ada di antara pengertian Din sebagai suatu
istilah yang khusus di dalam Al Quran dengan peristilahan Dinullah dan Dunulhaq yang
mengandungi tiga perkara penting tadi dapat dilihat melalui ayat-ayat Al Quran dan
sunnah Rasulullah s.a.w.


ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM(DINULLAH) HIDUP CIPTAAN ALLAH

Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. diturunkan untuk
seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya
melainkan Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya agama disisi
Allah ialah Islam”. (Ali Imran : 19) Islam adalah agama yang diturunkan kepada para
rasul sejak Nabi Allah Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Agama yang benar
dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-
nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnyadan menyeluruh dari segi
konteksruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir
hidup dan kehidupan seluruh makhluk, samada makhluk yang terdiri dari alam nabat,
alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia.

Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam
semesta mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas,
prinsip-prinsip dan hukum-hakam. Dasar-dasar ini termaktub di dalam kitab suci Al
Quran dan As Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-
perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraandan kebahagian
hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan
hal-hal yang berhubung kait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan
dengan unsur ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk
hubungan :

. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, ia meliputi tentang
kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dan
sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertikal ataupun menegak.

2. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia
dengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang-
bidang politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Kedua-
dua ajaran ini bersifat horizontalataupun mendatar(Nasaruddin Razak : 1986).

Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantara
satu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibat kemusnahan dan kerugian yang
berkekalan kepada pelakunya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada melainkan mereka yang membuat
hubungandengan Allah danmembuat hubungan dengan manusia”(Ali Imran : 112)
Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata
malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan
agama universal(Muhd Sulaiman Yasin : 1981).

ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM SECARA UMUM DAN KHUSUS

4. 1 Sistem Umum/Hukum Alam Semesta

Sistem secara umum bermaksud; sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allah
s.w.t. yang bersifat universal. Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan
peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenal sebagai hukum alam
semesta. Hukum ini tidak ada suatu makluk pun dapat mengelak diri daripadanya
samaada secara redha maupun terpaksa. Dengan sistem/hukum umum inilah Allah
s.w.t. mencipta dan mengatur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan
tetap(Nasaruddin Razak : 1986). Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Dan(Allah) telah
menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukum-hukumnya”( AL Furqan :
2)Hukum umum ini dikenal juga sebagai Sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah.
Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud :“Yang demikian itu, adalah
Sunnatullah yang telah berlaku sejakdahulu, Dan kamu tidak sekali-kali akan
menemukan perubahan pada Sunnatullah itu”(Al Fath : 23)Ketundukan dan kepatuhan
seluruh alam terhadap sistem ini merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat disangkal
lagi, Al Quran dengan tegas menjelaskan dengan maksud:“. Dan kepadaNyalah
menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka maupun terpaksa.
”(Al Ra‟d : 15)Bagi maklukNya yang istimewa, tersusun dari unsur rohani dan jasmani,
memiliki daya pilih, Allah menurunkan suatu sistem khusus yang dinamakan dinullah
atau dinul Islam sesuai dengan status ebagai Khalifah Allah di bumi.


4. 2 Islam Sebagai Suatu Sistem khusus

Islam sebagai satu sistem khusus bermaksud Islam sebagai Ad Din yang datang dari
Allah s.w.t. merupakan peraturan yang mengatur hidup manusia, agar dapat
mengabdikan diri dalam konteks yang sebenar”. Mengabdi merupakan fungsi
penciptaan manusia yang dilakukan dalam keadaan sedar dan merupakan pilihan yang
tepat dan benar berdasarkan persiapan dan unsur-unsur yang sedia ada pada diri
manusia sendiri, Allah s.w.t. berfirman degan maksud :“Tidak aku jadikan jin dan
manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”(Al Zariyat : 56)

Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau melakukan pilihan yang
salah akan mengakibatkan kemurkaan Allah dan di akhirat ia dikategorikan ke dalam
golongan orang-orang yang rugi, firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Barang siapa
yang mencari agama selain Islam, Maka tidak akan diterima(agama itu) daripadanya
dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”(Ali Imran : 85)

Islam merupakan sistem khusus yang mengatur kehidupan manusia dan mampu
menangani seluruh persoalan hidup, baik yang menyangkut persoalan rohani maupun
jasmani dalam seluruh aspek aktiviti kehidupan.


KANDUNGAN ISLAM

Akidah

Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang
di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya, Seluruh
aktivitikehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang
benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya.

Dari segi bahasa
Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab bermaksud ikatan atau simpulan. Pada
kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti
taliatau seumpamanya. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesutu
yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir
perkataan “akidah”iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam
kepercayaan(Muhd. Sulaiman Yasin : 1981).

Dari segi istilah/syara.

Berpandukan dari diatas, akidah bolehdifahamkan sebagai kepercayaan yang terikat
erat dan tersimpulkuat dalamjiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai oleh apa-apa
sekalipun(Ibid). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Maka sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah
berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus, dan Allah Maha
Mendengarlagi Maha Mengetahui”(Al Baqarah : 256)

Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh
prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al Qurandan dijelaskan oleh Al
Hadis.

Unsur-unsur Akidah/Rukun Iman.

Berdasarkan keterangan Al Quran dan Al Hadis di atas dapat disimpulkan bahawa
unsur-unsur akidah atau terasiman adalah seperti berikut:a. Kepercayaan kepada Allah.
Kepercayaan kepada Malaikat. Kepercayaan kepada Kitab-kitabd. Kepercayaan kepada
para Rasule. Kepercayaan kepada hari Akhiratf. Kepercayaan kepada Qadar dan Qadak
Asa utama yamg mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian syahadah.
Akidah adalah penentu pandangan umat Islam kepada makluk dan khalik, kepada dunia
dan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam qhaib (Al Qaradhawi : 2000). Oleh itu
umat Islam digalakkan supaya menjaga akidah dan membataskan diri dari melakukan
perkara-perkara yang boleh mencacatkan Islam itu sendiri.SyariahSyariah dari segi
bahasaBerasal dari perkataan Arab „Syir‟ah‟. Dalam bahasaMelayu bereti jalan, jalan
yang lurus atau sumber air.Syariah mengikut istilah/syara‟Mengikut perundangan Islam,
syariah adalah segala hukum-hukum yang diperundangkan oleh Alalh s.w.t. ke ats
hamba-hambaNya supayamereka beriman dan beramal dengannya agar dapat
mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud
:“Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus(syariah) maka hendaklah
kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak merekayang tidak
mengetahui”( Al Jathiah : 18)Semua hukum-hukum yang diperundangkan ini
dikeluarkan samada dari Al Quran dan Al hadis, melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha
yang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perudangan
Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah :a. Al
Quran(Kitabullah)b. Al Hadith / As Sunnahc. Al Ijmakd. Al Qias Berdasarkan hukum-
hukum ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspek
yang dapat menyumbang kepada kebahagian dan kedamaian. Syariah tidak tandus
dalam membicarakan hubungan manusia dan Allah dan hubungan manusia sesama
makhluk. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka konkrit tentang
persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubungan
antarabangsa.Dalam hal inisyariah memberi luang yang luasbagi manusia membina
tamaddunnya. Penjelasan mengenai mertabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur
teknikal dan kesenian merupakan jawapan bagi seluruh hukum-hakam yang diturunkan
oleh Allah s.w.t. itu dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang
menjelmakan diri sebagai insan yang bertaqwa(Amin b. Amat : 1989)AkhlakAkhlak dari
segi bahasa :Berasal dari bahasa Arab “Akhlaq” iaitu kata jamak dari khuluq bermaksud
tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.Akhlak dari sudut istilah/syara‟Akhlak
berasaldari perbendaharaan istilah Islam. Lain istilah yang mirip dengan akhlak adalah
moral dan etika. Menuru Iman Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak
adalah sifat yang tertanamdalam jiwa seseorangyang dengannya lahir perbuatanhasil
dari pancaran hati sanubari dalamanya. Ia bersikap rohani yang melahirkan tingkah
laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk
lain sesuai dengan suruhan dan larangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
:“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”(Riwayat
Malik)DiriRasulullah s.a.w. sendiri menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi
ikutan ummah. Saidatina Aiyah pernah mengaku bahawa akhlak Rasulullah s.a.w.
adalah Al Quran. Akhlak dalam Islam adalah penting, malah sama pentingnya dengan
Islam itu sendiri(Abdul Karim Zaidan : 1987)Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan
bahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadidasar kepada tatacara
kehidupan insan, baik dalam hubungan dengan Allah s.w.t. , manusia, mahupun alam.
Oleh itu akhlak dapat dihuraikan dalam 3 bentuk hububgan iaitu:a. Akhlak manusia
terhadap Allahb. Akhlak manusia sesama manusiac. Akhlak manusia terhadap makhluk
yang lain.Maka sinilah keistemewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan
kehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya.

CIRI-CIRI ISLAM

Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada
agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah(Musa bin Fathullah Harun : 1996)

1. Rabbani
2. Syamil dan kamil
3. Waqi‟e atau praktikal
4.Tinggi atau agung
5. Alami atau sejagat
6. Insani
7. Wasati
8. Tetap dan anjal
Sesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah s.w.t. turunkan untuk alam
seluruhnya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana ia
memiliki ciri-ciri istemewa dan praktikal.

TUJUAN ISLAM

Tujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup
manusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Disamping menjaga
lima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah :·
Mendidik manusia supaya mengenal penciptanya.· Mengajar dan memandu manusia
supaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang
diperintahkan.· Mendidik dan melahirkan insan berkualiti.· Memberikan jaminan dan
keselamatan diri dan harta.· Memberikan ruang dan tempat pergantungan.·
Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali
yang berkekalan.

KESIMPULAN

Islam sebagai ad-din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka
menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti,
bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak di
atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t.


1.1.1        CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM

Islam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama
ciptaan manusia.

(1)     RABBANI

la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu ini
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu
dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan keduanya dalam bentuk maknanya
sahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta
ataudulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.

(2) SYUMUL DAN LENGKAP
Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala
kepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat danjuga tahsiniyyat.
lajuga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya
samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama
ciptaan manusi tidak memiliki cirri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan
peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak
menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social, sains dan
teknilogi mereka.

(3)   SEPADU DAN SEIMBANG

Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang.
Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini
perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia., bukan sebahagian tertentu
sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan
meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta
pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.Kesepaduan dan keseimbangan system
Islam ini bukan sahaja dalam aspek huku hakam bahkanjuga dalam semua ciptaan
Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan
matahari, semuanya bersifat sepadau dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat
atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani
danjasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan
individu dan masyarakat.

(4)   WAQU ATAU PRAKTIKAL

Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada
persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada
pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupi
seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya.Dalam kontek ini seluruh
system Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan
keadaan, sussana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapi
sebaliknya praktis.

(5)   TINGGI DAN AGUNG

Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swt
yang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam "
{al-Imran:19}Ketingian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa islam itu datang
dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang
mempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama-agama lain.
Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan Islam dengan agama-agama budaya
ciptaan manusia.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Islam itu tinggi dan tidak ada
yang lebih tinggi darinya"


(6)   ALAMI DAN UNIVERSAL
Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat dan
masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia
walaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun.

Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekelian
manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua".{Al-Araf: 158}

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin
kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.


1.1.2        SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM

Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1.   Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah.
2.   Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada; Al-Ijma‟ dan Al-Qias

SUMBER-SUMBER ASASI

AL-QURAN:

Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti
bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran iajuga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab,
Az-Zikr.

Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan
membacanya suatu ibadah.

PENURUNAN AL-QURAN

Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga
merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu
Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala-
galanya baik secara umum atau khusus.Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara
beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la
bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah.

CIRI-CIRI KELEBIHAN Al-QURAN

Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab
yang lain:

Pertama
la diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab Samawi yang
lain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebgai) bacaan yang berbahasa Arab, supaya
kamu berfikir" {Yusuf:2}

Kedua
Al-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah swt kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz
dan maknanya sekali.


Ketiga
Al-Quraan menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orang
Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quraan. Tetapi mereka tidak
mampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quraan bukanlah
ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah swt yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Keempat
A-Quraan disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan
penulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidak
diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: " Sesungguhnya
Kamilah yang menumnkan Al-Quraan dan sesungguhnya Kami benar- benar
memeliharanya" {Al-Hijr, 9}

Kelima
Membaca Al-Quraan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira
ibadah dan diberikan pahala. Allah swt mewajibkan kita membaca surah A-Fatihah
dalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim
akan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan.

AS-SUNNAH

As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela.
Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber
dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya
taqrir (pengakuan).As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas al-Quran. la
berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikal
dalam melaksanakan tuntutan al-Quraan.Dari pengertian di atas, as-Sunnah boleh
dibahagikaa kepada tiga bentuk:

i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam
pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud
"sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat"
ii- Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya
Nabi melakukan ibadah solat dan haji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan
sepertimana yang dilakukannya.

iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucap dan
dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak
membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu
dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui
mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau
mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul
dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat
memakan dhab dengan mendiamkan diri.


SUMBER-SUMBER IJTIHADI

(1)   Al-Ijma’

Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman.
Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua ia
bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil
dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak
mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama
usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w
selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. .
Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali ia
memenuhi syarat-syarat berikut:

i- Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dai
kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.

ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika
sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida
sepakat.

iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-
Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram,
harus dan sebagainya.
v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar
daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah
agama mereka.

vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman
tersebut.

AL-QIAS

Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu
yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang
tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana
adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

Rukun Qias

Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt
rukun berikut;

i- Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas
syara

ii- Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya
samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.

iii- Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-
Quraan atau as-sunnah.

v- Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al
Asl) dengan yang baru (al-Faru).

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNAanuar2u
 
Chapter 4 konsep ibadah membina insan berkualiti
Chapter 4   konsep ibadah membina insan berkualitiChapter 4   konsep ibadah membina insan berkualiti
Chapter 4 konsep ibadah membina insan berkualitiFazd Alias
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarZuraihi Razali
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Muhammad Rezel Masah
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Afiq Izzudin
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanjefson1985
 

Was ist angesagt? (20)

Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Peranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannyaPeranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannya
 
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNATOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
TOKOH SEM 4 : HASSAN AL BANNA
 
Chapter 4 konsep ibadah membina insan berkualiti
Chapter 4   konsep ibadah membina insan berkualitiChapter 4   konsep ibadah membina insan berkualiti
Chapter 4 konsep ibadah membina insan berkualiti
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4Nota lengkap tasawwur islam ting 4
Nota lengkap tasawwur islam ting 4
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affan
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 

Ähnlich wie PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN (20)

Islam dan Ruang Lingkupnya
Islam dan Ruang LingkupnyaIslam dan Ruang Lingkupnya
Islam dan Ruang Lingkupnya
 
Aqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbiAqidah agama.islam-1 a-pbi
Aqidah agama.islam-1 a-pbi
 
AIKA "Islam Sebagai Way Of Life"
AIKA "Islam Sebagai Way Of Life"AIKA "Islam Sebagai Way Of Life"
AIKA "Islam Sebagai Way Of Life"
 
Materi tarbiyah
Materi tarbiyahMateri tarbiyah
Materi tarbiyah
 
PENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.pptPENGERTIAN ISLAM.ppt
PENGERTIAN ISLAM.ppt
 
hukum islam (kel.1)
hukum islam (kel.1)hukum islam (kel.1)
hukum islam (kel.1)
 
Agama Islam
Agama IslamAgama Islam
Agama Islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Islam hadari
Islam hadariIslam hadari
Islam hadari
 
Pendidikan agama tatap muka iii
Pendidikan agama tatap muka iiiPendidikan agama tatap muka iii
Pendidikan agama tatap muka iii
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Membumikan islam di indonesia agar islam dirasakan sebagai kebutuhan hidup.pdf
Membumikan islam di indonesia agar islam dirasakan sebagai kebutuhan hidup.pdfMembumikan islam di indonesia agar islam dirasakan sebagai kebutuhan hidup.pdf
Membumikan islam di indonesia agar islam dirasakan sebagai kebutuhan hidup.pdf
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin (2)
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin (2)Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin (2)
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin (2)
 
Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..
 
Mastering Studi Islam
Mastering Studi IslamMastering Studi Islam
Mastering Studi Islam
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 

Mehr von safwanpbs

Takwim poli 2015
Takwim poli 2015Takwim poli 2015
Takwim poli 2015safwanpbs
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shjsafwanpbs
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islamsafwanpbs
 
Kelas dkm 1 a
Kelas dkm 1 aKelas dkm 1 a
Kelas dkm 1 asafwanpbs
 
Lampiran 1 2012
Lampiran 1 2012Lampiran 1 2012
Lampiran 1 2012safwanpbs
 
Borang pengeluaran aktiviti pelajar
Borang pengeluaran aktiviti pelajarBorang pengeluaran aktiviti pelajar
Borang pengeluaran aktiviti pelajarsafwanpbs
 
Borang ahli koperasi
Borang ahli koperasiBorang ahli koperasi
Borang ahli koperasisafwanpbs
 

Mehr von safwanpbs (7)

Takwim poli 2015
Takwim poli 2015Takwim poli 2015
Takwim poli 2015
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shj
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
Kelas dkm 1 a
Kelas dkm 1 aKelas dkm 1 a
Kelas dkm 1 a
 
Lampiran 1 2012
Lampiran 1 2012Lampiran 1 2012
Lampiran 1 2012
 
Borang pengeluaran aktiviti pelajar
Borang pengeluaran aktiviti pelajarBorang pengeluaran aktiviti pelajar
Borang pengeluaran aktiviti pelajar
 
Borang ahli koperasi
Borang ahli koperasiBorang ahli koperasi
Borang ahli koperasi
 

PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN

  • 1. 1.0 PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu “Salima” bererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataan “Salima” itu ini dibentuk perkataan “Aslama” yang bermaksud memelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bereti juga menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Perkataan ”Aslama” inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataan Islam iaitu “Salima-Aslama-Yuslimu”, yang membawa erti menyerah diri, patuh dan tunduk kepada sesuatu(Muhd. Sulaiman bin Hj. Yasin : 1981). Contohnya dapat dilihat dari Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (Nabi Ibrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alam ini”. (Al Baqarah : 131) Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan ”Islam” tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atau tempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmah tertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu. Dari segi pemilihan nama, “Islam” merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah kepada Dinnya. Al- Quran sebagai kalam Allahs.w.t. menyebut “Islam” sebagai Al-Islam(makrifah) untuk ditujukan kepada agama suci ini. Di antaranya ayat-ayat tersebut ialah:Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya Islam”. (Ali Imran : 19) “Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima(agama itu). ”(Ali Imran : 85)“Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redha Islam itu menjadi agamamu”(Al Maidah : 3)“Dia yang mengutuskan RasulNya(dengan membawa) petunjuk(AL-Quran) dan agamayang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang- orang musyrik membenciNya”(Al Taubah : 33) Definisi Islam menurut Istilah/syara. a. Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh kesedaran dan kerelaaan tanpa paksaan(Ibid). Penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara itu tidak akan mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuta pilihan yang mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolong yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi”(Ali Imran : 85)
  • 2. b. Islam adalah peraturan hidup(way of life), peraturan yang bersifat intergral dan mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidup ini terkandungdidalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitu dalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagi seluruh manusia. Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. sendiri yang bermaksud : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”(Riwayat Bukhari) c. Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullah s.a.w. tentang Islam : “Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullah s.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitullah jika engkau kuasa”(Riwayat Bukhari) Jibril membenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w. telah menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalam Islam(Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut : i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkan Islam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus, benar dan harmoni. ii. Di atas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luas skopnya, samada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal ini tergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan. iii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh, suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem ini secara serentak. Dalam hal ini, Islam telah meletakkan satu garis dasar bagi perlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang menyeluruh dan mantap. Dengan perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah, apa yang dikatakan ibadah dalam konteks yang menyeluruh. Menjadi seluruh aktiviti kehidupan ini ibadah adalah sasaran Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan kepadaKu”(AL-Zariyat : 56) Islam sebagai sistem yang luas mempunyai strukturnya yang tersendiri. Dengan struktur inilah pengabdian yang total
  • 3. dan padu kepada Allah s.w.t. dapat dilaksanakan secara terurus dan terancang, tepat seperti mana yang dikehendaki di dalam itu sendiri. PENGERTIAN AD-DIN Menurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya “Maqayis al Luqhah” perkataan Ad-Din merupakan perkataan buku yang mempunyai banyak erti diantaranya ialah pasrah, menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang-orang Arab mempergunakannya untuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataan agama boleh diertikan kepada Ad-Din. Perkataan „Din‟(dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang Ad-Din(dalam bentuk makrifah) bermaksud, cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan suatu yang khusus terdapat di dalam Al Quran. Walau bagaimanapun perkataan Din apabila dirangkaikan dengan perkataan Allah Al haq seperti dinullah, dinulhaq maka ia bereti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar. Jadi, perkataan Din apabila dilihat sebagai suatu istilah yang khusus dalam Al Quran ia mencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat, ia merupakan suatu istilah yang terdiri daripada empat bahagian :· Kekuasaan yang maha mutlak(Allah s.w.t. ).· Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak.· Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya.· Ganjaran yang diberi sama ada baik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.Keempat-empat bahagian ini sesuai disebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap “Dinulhaq” yang mana ia mengandungi tiga ciri terpenting:· Iman kepada Allah, sebagai yang mutlak kekuasaanNya, dimana setiap muslim menyerah bulat kepada kekuasaaNya.· Iman kepada hari kemudian(akhirat), ia merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerah dan kurniaNya, juga menimpa azab dan derita.· Mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.Keserasian yang ada di antara pengertian Din sebagai suatu istilah yang khusus di dalam Al Quran dengan peristilahan Dinullah dan Dunulhaq yang mengandungi tiga perkara penting tadi dapat dilihat melalui ayat-ayat Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM(DINULLAH) HIDUP CIPTAAN ALLAH Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannya melainkan Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya agama disisi Allah ialah Islam”. (Ali Imran : 19) Islam adalah agama yang diturunkan kepada para rasul sejak Nabi Allah Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Agama yang benar dan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai- nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnyadan menyeluruh dari segi
  • 4. konteksruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup dan kehidupan seluruh makhluk, samada makhluk yang terdiri dari alam nabat, alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia. Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas, prinsip-prinsip dan hukum-hakam. Dasar-dasar ini termaktub di dalam kitab suci Al Quran dan As Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah- perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraandan kebahagian hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubung kait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan unsur ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan : . Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, ia meliputi tentang kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertikal ataupun menegak. 2. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang- bidang politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Kedua- dua ajaran ini bersifat horizontalataupun mendatar(Nasaruddin Razak : 1986). Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantara satu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibat kemusnahan dan kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada melainkan mereka yang membuat hubungandengan Allah danmembuat hubungan dengan manusia”(Ali Imran : 112) Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan agama universal(Muhd Sulaiman Yasin : 1981). ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM SECARA UMUM DAN KHUSUS 4. 1 Sistem Umum/Hukum Alam Semesta Sistem secara umum bermaksud; sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allah s.w.t. yang bersifat universal. Seluruh alam ini termasuk manusia terikat dengan peraturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenal sebagai hukum alam semesta. Hukum ini tidak ada suatu makluk pun dapat mengelak diri daripadanya samaada secara redha maupun terpaksa. Dengan sistem/hukum umum inilah Allah s.w.t. mencipta dan mengatur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dan tetap(Nasaruddin Razak : 1986). Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Dan(Allah) telah menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukum-hukumnya”( AL Furqan :
  • 5. 2)Hukum umum ini dikenal juga sebagai Sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah. Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud :“Yang demikian itu, adalah Sunnatullah yang telah berlaku sejakdahulu, Dan kamu tidak sekali-kali akan menemukan perubahan pada Sunnatullah itu”(Al Fath : 23)Ketundukan dan kepatuhan seluruh alam terhadap sistem ini merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat disangkal lagi, Al Quran dengan tegas menjelaskan dengan maksud:“. Dan kepadaNyalah menyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka maupun terpaksa. ”(Al Ra‟d : 15)Bagi maklukNya yang istimewa, tersusun dari unsur rohani dan jasmani, memiliki daya pilih, Allah menurunkan suatu sistem khusus yang dinamakan dinullah atau dinul Islam sesuai dengan status ebagai Khalifah Allah di bumi. 4. 2 Islam Sebagai Suatu Sistem khusus Islam sebagai satu sistem khusus bermaksud Islam sebagai Ad Din yang datang dari Allah s.w.t. merupakan peraturan yang mengatur hidup manusia, agar dapat mengabdikan diri dalam konteks yang sebenar”. Mengabdi merupakan fungsi penciptaan manusia yang dilakukan dalam keadaan sedar dan merupakan pilihan yang tepat dan benar berdasarkan persiapan dan unsur-unsur yang sedia ada pada diri manusia sendiri, Allah s.w.t. berfirman degan maksud :“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”(Al Zariyat : 56) Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau melakukan pilihan yang salah akan mengakibatkan kemurkaan Allah dan di akhirat ia dikategorikan ke dalam golongan orang-orang yang rugi, firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Barang siapa yang mencari agama selain Islam, Maka tidak akan diterima(agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”(Ali Imran : 85) Islam merupakan sistem khusus yang mengatur kehidupan manusia dan mampu menangani seluruh persoalan hidup, baik yang menyangkut persoalan rohani maupun jasmani dalam seluruh aspek aktiviti kehidupan. KANDUNGAN ISLAM Akidah Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya, Seluruh aktivitikehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya. Dari segi bahasa
  • 6. Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab bermaksud ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti taliatau seumpamanya. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesutu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah”iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan(Muhd. Sulaiman Yasin : 1981). Dari segi istilah/syara. Berpandukan dari diatas, akidah bolehdifahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpulkuat dalamjiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai oleh apa-apa sekalipun(Ibid). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Maka sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui”(Al Baqarah : 256) Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al Qurandan dijelaskan oleh Al Hadis. Unsur-unsur Akidah/Rukun Iman. Berdasarkan keterangan Al Quran dan Al Hadis di atas dapat disimpulkan bahawa unsur-unsur akidah atau terasiman adalah seperti berikut:a. Kepercayaan kepada Allah. Kepercayaan kepada Malaikat. Kepercayaan kepada Kitab-kitabd. Kepercayaan kepada para Rasule. Kepercayaan kepada hari Akhiratf. Kepercayaan kepada Qadar dan Qadak Asa utama yamg mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian syahadah. Akidah adalah penentu pandangan umat Islam kepada makluk dan khalik, kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam qhaib (Al Qaradhawi : 2000). Oleh itu umat Islam digalakkan supaya menjaga akidah dan membataskan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkan Islam itu sendiri.SyariahSyariah dari segi bahasaBerasal dari perkataan Arab „Syir‟ah‟. Dalam bahasaMelayu bereti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.Syariah mengikut istilah/syara‟Mengikut perundangan Islam, syariah adalah segala hukum-hukum yang diperundangkan oleh Alalh s.w.t. ke ats hamba-hambaNya supayamereka beriman dan beramal dengannya agar dapat mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud :“Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus(syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak merekayang tidak mengetahui”( Al Jathiah : 18)Semua hukum-hukum yang diperundangkan ini dikeluarkan samada dari Al Quran dan Al hadis, melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha yang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perudangan Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah :a. Al Quran(Kitabullah)b. Al Hadith / As Sunnahc. Al Ijmakd. Al Qias Berdasarkan hukum-
  • 7. hukum ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagian dan kedamaian. Syariah tidak tandus dalam membicarakan hubungan manusia dan Allah dan hubungan manusia sesama makhluk. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka konkrit tentang persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubungan antarabangsa.Dalam hal inisyariah memberi luang yang luasbagi manusia membina tamaddunnya. Penjelasan mengenai mertabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan jawapan bagi seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang menjelmakan diri sebagai insan yang bertaqwa(Amin b. Amat : 1989)AkhlakAkhlak dari segi bahasa :Berasal dari bahasa Arab “Akhlaq” iaitu kata jamak dari khuluq bermaksud tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.Akhlak dari sudut istilah/syara‟Akhlak berasaldari perbendaharaan istilah Islam. Lain istilah yang mirip dengan akhlak adalah moral dan etika. Menuru Iman Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanamdalam jiwa seseorangyang dengannya lahir perbuatanhasil dari pancaran hati sanubari dalamanya. Ia bersikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”(Riwayat Malik)DiriRasulullah s.a.w. sendiri menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Saidatina Aiyah pernah mengaku bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al Quran. Akhlak dalam Islam adalah penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri(Abdul Karim Zaidan : 1987)Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadidasar kepada tatacara kehidupan insan, baik dalam hubungan dengan Allah s.w.t. , manusia, mahupun alam. Oleh itu akhlak dapat dihuraikan dalam 3 bentuk hububgan iaitu:a. Akhlak manusia terhadap Allahb. Akhlak manusia sesama manusiac. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.Maka sinilah keistemewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya. CIRI-CIRI ISLAM Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah(Musa bin Fathullah Harun : 1996) 1. Rabbani 2. Syamil dan kamil 3. Waqi‟e atau praktikal 4.Tinggi atau agung 5. Alami atau sejagat 6. Insani 7. Wasati 8. Tetap dan anjal
  • 8. Sesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah s.w.t. turunkan untuk alam seluruhnya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana ia memiliki ciri-ciri istemewa dan praktikal. TUJUAN ISLAM Tujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Disamping menjaga lima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah :· Mendidik manusia supaya mengenal penciptanya.· Mengajar dan memandu manusia supaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan.· Mendidik dan melahirkan insan berkualiti.· Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta.· Memberikan ruang dan tempat pergantungan.· Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali yang berkekalan. KESIMPULAN Islam sebagai ad-din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak di atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t. 1.1.1 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM Islam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. (1) RABBANI la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta ataudulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah. (2) SYUMUL DAN LENGKAP Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat danjuga tahsiniyyat. lajuga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusi tidak memiliki cirri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak
  • 9. menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social, sains dan teknilogi mereka. (3) SEPADU DAN SEIMBANG Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia., bukan sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.Kesepaduan dan keseimbangan system Islam ini bukan sahaja dalam aspek huku hakam bahkanjuga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari, semuanya bersifat sepadau dan seimbang. Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohani danjasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupan individu dan masyarakat. (4) WAQU ATAU PRAKTIKAL Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya.Dalam kontek ini seluruh system Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, sussana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapi sebaliknya praktis. (5) TINGGI DAN AGUNG Islam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam " {al-Imran:19}Ketingian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa islam itu datang dari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama-agama lain. Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan Islam dengan agama-agama budaya ciptaan manusia.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya" (6) ALAMI DAN UNIVERSAL
  • 10. Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekelian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua".{Al-Araf: 158} Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjamin kemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa. 1.1.2 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAM Sumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori: 1. Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah. 2. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada; Al-Ijma‟ dan Al-Qias SUMBER-SUMBER ASASI AL-QURAN: Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran iajuga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab, Az-Zikr. Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah. PENURUNAN AL-QURAN Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala- galanya baik secara umum atau khusus.Penuruman Al-Quran telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah. CIRI-CIRI KELEBIHAN Al-QURAN Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain: Pertama
  • 11. la diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab Samawi yang lain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebgai) bacaan yang berbahasa Arab, supaya kamu berfikir" {Yusuf:2} Kedua Al-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah swt kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz dan maknanya sekali. Ketiga Al-Quraan menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quraan. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quraan bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Keempat A-Quraan disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: " Sesungguhnya Kamilah yang menumnkan Al-Quraan dan sesungguhnya Kami benar- benar memeliharanya" {Al-Hijr, 9} Kelima Membaca Al-Quraan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah dan diberikan pahala. Allah swt mewajibkan kita membaca surah A-Fatihah dalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan. AS-SUNNAH As-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir (pengakuan).As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas al-Quran. la berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quraan.Dari pengertian di atas, as-Sunnah boleh dibahagikaa kepada tiga bentuk: i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalam pelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud "sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat"
  • 12. ii- Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. Umpamanya Nabi melakukan ibadah solat dan haji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukan sepertimana yang dilakukannya. iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucap dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri. SUMBER-SUMBER IJTIHADI (1) Al-Ijma’ Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman. Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. . Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali ia memenuhi syarat-syarat berikut: i- Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dai kalangan mereka, maka tidak dikira ijma. ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida sepakat. iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al- Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya. iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.
  • 13. v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka. vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zaman tersebut. AL-QIAS Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya. Rukun Qias Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt rukun berikut; i- Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nas syara ii- Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma. iii- Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al- Quraan atau as-sunnah. v- Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Faru).