4. Angina Stabil
Paling biasa berlaku.
Angina jenis ini seringkali berulang dengan ciri-ciri
dan pola yang tertentu.
Biasanya, seseorang itu hanya dapat mengenalpasti
serangan angina setelah beberapa kali serangan itu
berulang.
Tahap tekanan yang menyebabkan angina berlaku
telah dapat dijangka dan pola ini berubah beransur-
ansur
5. Angina Tidak Stabil
Berlaku dalam keadaan sangat teruk pada kali
pertamanya atau beberapa serangan yang berlaku
dengan kerap ataupun apabila berlaku perubahan
yang mendadak pada corak serangan yang biasa
dialami
Simptom-simptom yang wujud seolah-olah seperti
terkena serangan jantung
Tetapi tiada bukti yang dapat mengesahkan
serangan jantung tersebut setelah ujian dijalankan
di hospital
6. Angina Varian ( prinzmetal )
Angina jenis ini disebabkan vasospasma
[merupakan kekejangan yang menyempitkan arteri
koronari dan mengurangkan pengaliran darah
dalam jantung].
Angina jenis ini jarang berlaku.
Angina Mikrovaskular
Angina jenis ini akan mengalami sakit dada tanpa
sebarang sekatan yang nyata pada arteri koronari.
Sakit ini dirasai adalah disebabkan oleh gangguan
pada fungsi saluran-saluran darah yang kecil yang
membekalkan darah ke jantung, tangan dan kaki.
7. Angina berlaku apabila otot jantung memerlukan
bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu
tertentu, contohnya semasa senaman, makan atau
stres.
Punca biasa yang menyebabkan angina ialah
ateriosklerosis ataupun jenis-jenis penyakit
kardiovaskular yang lain yang boleh
menyempitkan arteri yang membekalkan nutrien
8. Faktor-faktor risiko Faktor-faktor risiko yang
bolehubah tidak bolehubah
1. Merokok 1. Peningkatan umur
2. Tekanan darah tinggi 2. Lelaki, bawah 50 tahun
3. Kandungan kolesterol 3. perempuan, bawah 60
darah yang tinggi tahun
4. Tekanan psikologi yang 4. Sejarah keluarga yang
berterusan menghidapi penyakit
5. Diabetes mellitus jantung pramatang
6. Obesiti
7. Faktor-faktor lain
9. Tekanan emosi
Aktiviti fizikal yang memerlukan bekalan darah yang
lebih ke jantung
Kesejukan atau kepanasan badan yang melampau
Makan terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih
banyak darah menuju ke perut bagi membantu
penghadaman
Alkohol
Merokok – menyebabkan arteri koronari menyempit dan
seterusnya mengurangkan kebolehannya untuk
mengangkut darah
10. Sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Ia boleh
menjalar ke lengan atau bahu terutama bahu kiri. Biasa
berlaku selepas senaman, tekanan atau semasa makan.
Kadangkala rasa seperti makanan tidak hadam ataupun
pedih ulu hati.
Kesesakan nafas
Pucat
Sakit biasanya berlarutan hampir 5 minit, namun ada
juga yang berakhir antara 30 saat hingga 30 minit lebih
11. Akibat daripada angina termasuk :
• Infarksi miokardium yang akut (serangan
jantung)
• Aritmia kardiak yang teruk. Ini termasuklah
takikardia dan fibrilasi ventrikel
• Kematian jantung secara tiba-tiba
12. ECG (Elektrok- cardiogram)
- Akan merakamkan impuls elekrtik jantung.
- Ini mampu menunjukkan bahawa otot jantung
tidak menerima oksigen yang mencukupi, ia juga
menentukan keabnormalan ritma jantung atau
keabnormalan ritma jantung yang lain.
13. Ekokardiografi stres
- merupakan satu prosedur diagnostik yang mengkaji
struktur dan pergerakan jantung melalui ultrasound
apabila jantung berada dalam keadaan stres.
Arteriografi
koronari
- ini merupakan cara yang paling tepat menilai tahap
sekatan yang ada dalam arteri koronari.
14. Rawatan Farmakologi
- penggunaan ubat-ubatan ( samada bertindak cepat atau lambat
) biasa diberi melegakan gejala-gejala yang muncul
- nitrogliserin ( yang diambil secara oral, yang disapukan atau
ditampal pada kulit, dadah beta-blockers ataupun antagonis
kalsium
- dadah tradisional yang biasa digunakan yang boleh
mengembangkan saluran darah jantung sebagai rawatan. Tablet
atau lapikan yang ditampal pada kulit menyebabkan saluran
darah mengembangdan seterusnya mengurangkan beban
jantung
15. Rawatan Bukan Farmakologi
1- Angiopasti – penggunaan kateter yang mempunyai belon
di hujungnya untuk membuka arteri yang tersumbat. Proses
ini mengelakkan keperluan untuk melakukan pembedahan,
tetapi mempunyai risikonya yang tersendiri iaitu arteri
tersebut boleh tersumbat kembali
2- Pembedahan – untuk memintas sekatan. Ia hanya
dilaksanakan apabila mengalami serangan angina terlalu
kerap serta menyakitkan dan angiogram koronari pula
menunjukkan penyakit arteri koronari yang teruk
16. Perubahan pada diet
- kajian menunjukkan bahawa makanan yang tinggi
kandungan kolestrol dan lemaknya boleh
meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah dan
seterusnya meningkatkan lagi risiko untuk menghidap
penyakit koronari.
Senaman
- kajian juga menunjukkan mereka yang tidak
bersenam adalah cenderung untuk mendapat serangan
jantung.
- jadikan senaman sebagai sebahagian dari cara hidup
anda.
17. Kawal tekanan darah anda
- tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung,
strok dan lain-lain.
- keadaan ini boleh dikawal melalui pemeriksaan kesihatan
yang kerap, mengawal pengambilan makanan dan rawatan
yang berterusan
Kawal berat badan
- penyakit terutamanya diabetes, tekanan darah tinggi dan
penyakit jantung koronari boleh menyerang dengan mudah
pada individu yang mengalami berat badan yang berlebihan
- berjumpa dengan doktor atau pegawai pemakana untuk
mengetahui tentang berat badan yang idea atau unggul.
18. Jangan merokok
- jangan merokok untuk memastikan jantung kita
sentiasa sihat.
- tabiat ini boleh dibuang untuk mengurangkan risiko
penyakit jantung.