SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
B B P M 2 2 0 3 | 1
FAKULTI: SCHOOL OF BUSINESS
SEMESTER: JANUARI / 2015
BBPM2203
KURSUS: SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN
TAJUK KURSUS: MARKETING MANAGEMENT ll
Soalan: Sediakan laporan yang berkaitan dengan peringkat-peringkat pembangunan produk baru
yang diguna pakai oleh organisasi pilihan anda. Jelaskan dan nilaikan peringkat-peringkat
pembangunan produk baru sedia ada bagi organisasi berkenaan untuk satu produk baru yang
terpilih. Berdasarkan hasil dapatan anda, perbaiki peringkat-peringkat pembangunan produk baru
sedia ada dengan tujuan untuk menghasilkan produk baru yang berjaya bagi pasaran Malaysia.
B B P M 2 2 0 3 | 2
Isi Kandungan m/s
1. PENGENALAN SYARIKAT Nestlé & PRODUK BARU
KIT KAT RUBBIES 4
2. PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU
YANG DIAMALKAN OLEH Nestlé 7
i. Peringkat Penjanaan Idea
ii. Peringkat Penapisan Idea
iii. Peringkat Analisis Perniagaan
iv. Peringkat Pembangunan Prototaip
v. Peringkat Ujian Pasaran
vi. Peringkat Pelancaran Produk
3. PENILAIAN PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK
BARU SEDIA ADA (KIT KAT RUBBIES) 10
i. Penilaian Peringkat Penjanaan Idea
ii. Penilaian Peringkat Penapisan Idea
iii. Penilaian Peringkat Analisis Perniagaan
iv. Penilaian Penilaian Peringkat Pembangunan Prototaip
v. Penilaian Peringkat Ujian Pasaran
vi. Penilaian Peringkat Pelancaran Produk
4. CADANGAN CARA-CARA MEMPERBAIKI PERINGKAT-PERINGKAT
PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA 14
i. Cadangan Penjanaan Idea Semua Kakitangan
ii. Cadangan Penapisan Bahan Mentah
iii. Cadangan Analisis Pesaing
iv. Cadangan Cadangan Pek Percubaan
v. Cadangan Meluaskan Pasaran
vi. Cadangan Pelancaran Serentak
B B P M 2 2 0 3 | 3
5. RUMUSAN 16
6. RUJUKAN 17
B B P M 2 2 0 3 | 4
1. PENGENALAN SYARIKAT Nestlé & PRODUK BARU (KIT KAT
RUBBIES)
Nestlé merupakan sebuah Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang
terkemuka di dunia yang komited untuk memperkembangkan perniagaannya, berdasarkan nilai-
nilai kemanusiaan dan prinsip-prinsip yang bernas sejak 140 tahun yang lalu. Nestlé membawa
maksud ‘sarang kecil’ difahami diseluruh dunia sebagai lambang kemesraan, keselamatan,
khasiat, kekeluargaan, memupuk nilai-nilai murni dan keprihatinan.
“Nestlé mempercayai bahawa makanan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang
baik.”
Kumpulan Nestlé diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé. Memiliki ibu pejabat dan
pusat penyelidikan pemakanan swasta yang terbesar di dunia yang terletak di Vevey, Switzerland
selain daripada 32 Pusat R&D dan Tekonologi di seluruh dunia yang telah mencatat pelaburan
global tahunan sebanyak RM5.16 bilion untuk R&D. Nestlé merupakan pengeluar makanan
terbesar di dunia yang beroperasi lebih daripada 150 buah negara. Nestlé mempunyai lebih
daripada 339,000 warga kerja di seluruh dunia dari 86 buah negara dan memiliki 486 buah
kilang. Pada setiap hari Nestlé menjual produk melebihi daripada 1 bilion yang mewakili lebih
daripada 2,000 jenama global dan tempatan.
Nestlé Malaysia ditubuhkan pada tahun 1912. merupakan pengeluar makanan Halal
terbesar dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. Di Malaysia, Nestlé
mempunyai lebih daripada 5,000 warga kerja untuk menghasilkan lebih 500 produk halal. Sejak
1989 Nestlé telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Di Malaysia, Nestlé mempunyai (7)
tujuh buah kilang dan satu (1) pusat pengedaran, manakala ibu pejabat terletak di Mutiara
Damansara, Selangor. Nestlé Malaysia dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol
Anwar Jamalulail, manakala Pengarah Urusannya ialah En. Alois Hofbauer.
B B P M 2 2 0 3 | 5
Gambar.1: Sejarah & Perkembangan Kit Kat
Pada penghujung abad ke-17, Kit Kat mula dikenali di London. Ditubuhkan pada 29
Ogos 1935 dengan menghasilkan produk pertama iaitu "Four-finger wafer" di York dan wafer
ini kemudiannya di London dan Selatan Timur England dikenali sebagai "Rowntree’s Chocolate
Crisp". Rajah 1 menunjukkan Sejarah dan Perkembangan Perniagaan Kit Kat.
Malaysia merupakan negara yang terawal memperkenalkan produk baru konfeksi iaitu
Kit Kat Rubbies di pasaran pada 15 Disember tahun lalu (2014) kepada pengguna dengan
harga jualan pasaran RM35.90. Kit kat Rubbies dibungkus dengan pembalut berwarna merah
lembayung ini terhasil daripada bahan yang terbaik didatangkan dari Sepanyol menjadikannya
sebagai coklat yang bermutu tinggi dan setanding dengan jenama coklat lain. Coklat enak ini
diadun daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup menjadi teras kepada
kelazatan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.
Pengguna lebih menikmati setiap pusaran Kit Kat Rubbies dengan sebatian 1500 perisanya,
coklat yang diadun adalah sangat kompleks, rasa yang unik, rasa kebuahan, pedas, berempah,
asas dan cukup manis.
Penghasilan produk baru adalah perlu dan penting kepada setiap syarikat termasuk
Nestlé. Ia menuunjukkan bahawa Nestlé mampu berdaya saing dengan syarikat pengeluar coklat
dan konfeksi yang lain. Nestlé mensasarkan bahawa produk baru keluaran anak syarikat mereka
ini mampu memenuhi kehendak pengguna di Malaysia. Mereka tahu akan keperluan
pembangunan dalam produk baru ini perlu berterusan kerana pengguna mempunyai kehendak
dan citarasa yang sentiasa berubah. Kit Kat Rubbies yang baru dikeluarkan oleh Nestlé ini
B B P M 2 2 0 3 | 6
adalah sebagai satu strategi ofensif iaitu strategi yang bertujuan untuk mencari pelanggan baru.
Nestlé selaku syarikat utama mengharapkan dengan produk terbaru keluaran mereka ini dapat
meningkatkan pasaran luar, penjualan dan jumlah pelanggan mereka.
B B P M 2 2 0 3 | 7
2. PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU
YANG DIAMALKAN OLEH Nestlé
Dalam usaha memperkenalkan produk baru, sesebuah organisasi perlu berhadapan
dengan pelbagai risiko yang tinggi. Hal ini memandangkan terdapat produk yang hampir sama
dengan produk baru tersebut telah berada di pasaran. Organisasi perlu berhati-hati memastikan
bahawa pembangunan produk baru mampu menepati keperluan pengguna serta mendatangkan
pulangan kepada organisasi iu. Enam (6) peringkat pembangunan produk baru yang diamalkan
oleh Nestlé ialah (i) Peringkat Penjanaan Idea (ii) Peringkat Penapisan Idea (iii) Peringkat
Analisis Perniagaan (iv) Peringkat Pembangunan Prototaip (v) Peringkat Ujian Pasaran (iv)
Peringkat Ujian Pasaran dan; (vi) Peringkat Pelancaran Produk.
i. Peringkat Penjanaan Idea
Setiap produk adalah terhasil daripada idea. Empat (4) sumber utama dalam dalam
memberikan idea penghasilan produk baru terdiri daripada kalangan pekerja yang dipercayai.
Kebiasaannya, pekerja yang terlibat dengan jualan adalah golongan yang
dipertanggungjawabkan menjana idea mereka kerana mereka sering berurusan dengan golongan
pengguna dan juga pembekal semasa menjalankan tugasan luar. Idea yang diperoleh akan
dibentangkan dalam satu sesi yang akan diadakan, sebagai contoh sesi percambahan fikiran.
Sumber yang kedua ialah dari kalangan pelanggan/ pengguna kerana mereka lebih mengetahui
akan apa yang mereka perlukan. Bagi mendengar idea daripada kalangan pelanggan/ pengguna
mereka syarikat menyediakan satu peti cadangan yang terletak di bahagian aduan pelanggan.
Aduan yang diterima daripada aduan para pelanggan akan dikaji dan ditinjau oleh syarikat dari
semasa bagi menjana idea-idea baru.
Seterusnya adalah melalui pembekal dan pesaing yang menuntut supaya syarikat lebih
peka akan reaksi dan usaha dari syarikat-syarikat lain bagi memperoleh penjanaan idea produk
baru. Sekiranya pasaran menerima, idea dari pesaing boleh disalin oleh pemasar. Peringkat yang
terakhir ialah melalui jabatan dan badan penyelidikan yang ditubuhkan untuk menyelidik secara
menyeluruh dari segi idea kreatif, inovasi, usahsuai serta penyalinan semula untuk menghasilkan
produk terbaru yang berkualiti.
B B P M 2 2 0 3 | 8
ii. Peringkat Penapisan Idea
Peringkat kedua ialah penapisan idea. Pengurusan atasan akan melantik sebuah
jawatankuasa dalam membuat tapisan ke atas idea tersebut. Walau bagaimanapun, idea-idea
yang diperoleh semasa sesi penjanaan idea tidak diterima sepenuhnya. Peringkat tapisan perlu
dibuat kerana ada diantara idea yang diperoleh tidak bersesuaian kerana terlalu mahal,
ketidaksesuaian dengan teknologi serta tafrifan bahan-bahan mentah yang tidak jelas. Idea baru
yang dijana perlulah yang praktikal dan dapat diterima dengan baik oleh pengguna apabila ianya
dipasarkan kelak. Manakala idea yang baik akan diterima dan dibangunkan. Diantara kriteria
asas yang digunakan untuk menilai idea-idea baru adalah:
 Mengenalpastian peluang pasaran yang ada serta persaingan
 Kos pelaburan yang berbaloi atau sebaliknya
 Kemahiran pemasaran dan pembuatan dari segi kecanggihan teknologi yang ada
 Faktor-faktor lain seperti kesan ke atas undang-undang, masyarakat dan sosial
iii. Peringkat Analisis Perniagaan
Analisis perniagaan merupakan peringkat yang akan dibuat setelah ujian ke atas
konsep yang diuji telah mendapat reaksi positif daripada pengguna. Pelbagai faktor akan
dianalisa oleh syarikat seperti saiz pasaran, persaingan dari pelbagai syarikat lain, jangkaan kos
yang digunakan sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya, serta jumlah kos serta aspek alam
sekitar yang lain yang dilihat mampu member kesan ke atas penjualan produk baru itu nanti.
iv. Peringkat Pembangunan Prototaip
Pada peringkat yang kelima (5) ini adalah dalam bentuk fizikal terhadap produk baru
tersebut. Ianya melibatkan dari segi pembungkusan, ciri serta penjenamaan yang dilakukan di
makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Nestlé yang berada di seluruh dunia termasuk di
Malaysia. Ujian akan dilakukan untuk memastikan kekuatan, keupayaan serta ketahanan bagi
member maafaat yang telah dikemukakan bagi tujuan mengenal pasti tindak balas pengguna.
Setelah mendapat reaksi, mereka akan membuat perubahan dan penghasilan produk yang lebih
baik dan berkualiti.
B B P M 2 2 0 3 | 9
v. Peringkat Ujian Pasaran
Selanjutnya ialah ujian pasaran yang akan dilakukan di beberapa kawasan pasaran
dengan melibatkan sasaran terhadap kumpulan pengguna yang terpilih. Objektif Nestlé pada
peringkat ini adalah untuk mengetahui tindak balas daripada pengguna terhadap produk baru
mereka. Ujian yang dilakukan adalah bagaimana pengguna mereka akan membeli dan seterusnya
menggunakan produk, siapa yang akan membeli (golongan sasaran pengguna), apakah faktor
yang menarik pengguna untuk membeli produk mereka (kelebihan produk Nestlé) dan apakah
yang akan mereka lakukan terhadap pemasaran.
vi. Peringkat Pelancaran Produk
Peringkat terakhir ialah pelancaran produk yang akan ditentukan oleh syarikat sama
ada ianya perlu atau sebaliknya. Sekiranya produk baru ingin dibawa ke pasaran, maka Nestlé
perlu memastikan masa pelacaran yang sesuai dengan keadaan seperti dalam keadaan ekonomi
yang tengah stabil. Tempat pelancaran produk juga perlulah strategik, bersesuaian dengan
produk tersebut iaitu konfeksi yang memerlukan suhu yang sesuai dan tidak terdedah kepada
cuaca yang panas. Apabila kedua-dua perkara di atas berjaya diuruskan, maka perkara terakhir
ialah persediaan kakitangan yang terlibat dalam sesi pelancaran pada tarikh yang telah dipilih.
Pelancaran biasanya akan dihadiri oleh golongan-golongan atasan dan bahagian pemasaran.
B B P M 2 2 0 3 | 10
3. PENILAIAN PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK
BARU SEDIA ADA (KIT KAT RUBBIES)
1. Penilaian Peringkat Penjanaan Idea
Produk yang dihasilkan adalah tercipta daripada satu idea yang datang dari pelbagai
pihak. Seperti yang dinyatakan di atas , syarikat besar seperti Nestlé yang mempunyai pekerja
yang ramai dan mempunyai bahagian pemasaran yang khusus dan terlatih dalam organisasi
tesebut. Sehubungan dengan itu, penjanaan idea dalam menghasilkan Kit Kat Rubbies yang
baru ini adalah hasil dan percambahan idea dari pihak yang telah dikhususkan. Bahagian
pemasaran Nestlé yang diketuai oleh Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan
Konfeksinya, Sachin Goel merupakan pihak yang sering berurusan dengan pembekal dan
pelanggan. Hasil daripada maklumat dan maklumbalas yang diterima oleh mereka akan
dikumpulkan dan dibentangkan sebagai idea dalam sesi perjumpaan yang diadakan. Selain
daripada kakitangan dalaman, penjanaan idea terhadap produk baru juga diperoleh daripada
pengguna kerana mereka lebih mengetahui keperluan dan kehendak. Nestlé menyediakan ruang
kepada pengguna dalam menyalurkan sebarang idea, cadangan dan aduan. Peti cadangan
disediakan oleh Nestlé untuk pelanggan untuk sebarang kemusykilan. Selain dari peti cadangan,
pengguna juga boleh membuat aduan dan sebarang bentuk pertanyaan atau cadangan melalui
talian khas dan terus kepada laman web mereka iaitu http://www.nestle.com.my/ .
2. Penilaian Peringkat Penapisan Idea
Walaupun Nestlé mampu membelanjakan modal yang besar dalam menghasilkan
setiap produk yang baru, namun penapisan idea perlu dilakukan sebelum melaksanakan
penghasilan produk tersebut. Sebelum Kit Kat Rubbies ini dihasilkan, Nestlé dari bahagian R&D
(Researh & Development) telah melakukan tapisan idea dari sudut kos perbelanjaan, kepakaran
teknologi, pengggunaan bahan-bahan mentah, pengetahuan dan penerimaan pasaran terhadap
produk baru mereka ini. Selain daripada pakar R&D, banyak pihak yang terlibat sama dalam
penapisan idea ini termasuklah Bahagian Kewangan, Teknikal, Pembuatan serta Pemasaran
Nestlé.
B B P M 2 2 0 3 | 11
3. Penilaian Peringkat Analisis Perniagaan
Rajah.iii
Kejayaan mengekalkan pertumbuhan dua (2) digit dalam perniagaan Konfeksi pada tahun
2013, dilihat sebagai pendorong kepada Nestlé dalam menghasilkan Kit Kat Rubbies pada
penguhujung 2014. Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksinya, Sachin Goel
telah melaksanakan analisis kuantitatif terhadap idea-idea yang telah disenarai pendek. Dalam
kajian analisis tersebut, Nestlé mensasarkan sebanyak 10 peratus daripada peratusan semasa iaitu
18.7 peratus peningkatan penguasaan dalam pasaran coklat pada tahun 2015 ini.
Unjuran yang disasarkan itu adalah berdasarkan kepada analisa saiz pasaran dan lain-lain
faktor luaran seperti penerimaan positif terhadap produk baru ini. Snek ringan ini bukan sahaja
dinikmati oleh golongan muda, malahan golongan tua juga meminati Kit Kat diserata lebih 11
negara Asia. Kesan permintaan dari pelbagai negara dan peringkat usia ini yang memberi
keyakinan kepada Nestlé dalam menghasilkan produk baru iaitu Kit Kat Rubbies.
Berdasarkan kepada analisa kos pada tahun 2010, pelaburan tambahan juga telah
dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti dengan peluasan kapasiti proses pembuatan Wafer di
kilang konfeksi KIT KAT. Pelaburan yang dibuat adalah bagi memastikan jaminan terhadap
kualiti produk yang akan dihasilkan disamping meningkatkan insiatif penjimatan kos syarikat
Nestlé pada masa akan datang. Laporan Tahunan 2013 menunjukkan Nestlé membuat pelaburan
sebanyak 214 juta khusus bagi tujuan meningkatkan pengeluaran kapasiti dalam tiga (3) kategori
utama iaitu Minuman Cecair, Konfeksi dan Mi Segera.
Nestlé turut membuat kajian dari sudut pasaran dan bilangan pesaing rapat yang
menghasilkan produk yang sama seperti persaingan dari Cadbury, Beryl’s dan Hershey. Analisa
dibuat bertujuan untuk mengukuhkan lagi produk baru dan bersaing secara sihat dalam
menghasilkan coklat yang berkualiti
B B P M 2 2 0 3 | 12
4. Penilaian Penilaian Peringkat Pembangunan Prototaip
Gamabar.iv
Peringkat kelima (5) dalam pembangunan produk baru ialah pembangunan
prototaip dimana konsep produk akan diberikan dalam bentuk fizikal. Sejak dari awal keluaran
pada tahun 1935 Kit Kat sangat menitikberatkan bentuk pembungkusan produk mereka seperti
dalam Gambar.1. Kit Kat Rubbies dibungkus menarik dengan pembalut merah lembayung,
disusun di dalam kotak dua lapisan yang sangat elegen, di dalamnya mempunyai 20 paket kecil
seberat 11.2gram. Pembungkusan yang menarik ini juga menjadikan Kit Kat Rubbies sebagai
pilihan pengguna untuk dijadikan sebagai hadiah dan pemberian kepada insan tersayang
5. Penilaian Peringkat Ujian Pasaran
Strategi pemasaran yang dibuat oleh Nestlé ini adalah sangat bagus untuk
dipraktikkan. Nestlé menggunakan pengiklanan Nuffnang sebagai landasan susulan dalam
memperkenalkan Kit kat Rubbies kepada pengguna. Segelintir pengguna di Malaysia adalah
pembaca blog, jadi mereka akan mendapat tahu akan produk terbaru Nestlé ini berdasarkan
kepada iklan yang tertera pada kebanyakan blog terkenal di negara ini. Penulis Blog dan pihak
Media yang dijemput juga diberi peluang untuk menikmati coklat yang dilancarkan
pemasarannya kemudian mereka akan diminta untuk mengulas berkenaan Kit Kat Rubbies
tersebut di dalam penulisan mereka. Kaedah ini adalah salah satu ujian pasaran yang dilakukan
oleh Nestlé. Nestlé akan mengumpul data mengenai corak penggunaan pengguna apabila Kit Kat
Rubbies telah mencapai pasaran. Strategi ini dilihat berkesan kerana syarikat dapat mengetahui
tindak balas sebenar pengguna.
B B P M 2 2 0 3 | 13
6. Peringkat Pelancaran Produk
Gamabar.vi
Majlis pelancaran produk terbaru Nestlé ini telah berlangsung dengan gilang
gemilang di Hotel Royale Chulan, Damansara dihadiri oleh Pengurus Inovasi dan Renovasi, Unit
Perniagaan Konfeksi Nestle Products, Thierry Martin telah menjemput pihak Media dan Penulis
Blog tempatan. Selain daripada itu, stesyen penyiaran TV3 juga diberi kepercayaan oleh Nestlé
untuk menayangkan iklan Kit Kat Rubbies ini pada waktu-waktu kemuncak sebagai strategi
memasarkan produk terbaru mereka.
B B P M 2 2 0 3 | 14
4. CADANGAN CARA-CARA MEMPERBAIKI PERINGKAT-PERINGKAT
PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA
Pelbagai usaha yang berperingkat telah dilakukan dalam usaha membangunkan
produk baru oleh pihak Nestlé. Walau bagaimanapun masih terdapat perkara-perkara yang perlu
diberi lebih perhatian dalam setiap peringkat tersebut.
i. Cadangan Penjanaan Idea Semua Kakitangan
Kebiasaannya, penjanaan idea dalam menghasilkan sesuatu produk baru di Nestlé
adalah dari golongan atasan yang berjawatan tinggi iaitu Pengurus Inovasi dan Renovasi.
Sebagai langkah pada masa akan datang, Nestlé seharusnya tidak menghadkan penjanaan idea
dari pihak-pihak yang berkenaan sahaja. Mereka perlu meluaskan lagi peluang memberikan idea
dari pelbagai peringkat pekerja dari pelbagai bahagian-bahagian lain. Tidak semua idea yang dari
dari pihak yang telah ditetapkan menghasilkan produk yang baik dan berkualiti. Apabila peluang
telah diberikan kepada semua kakitangan, barulah peringkat yang kedua boleh dimulakan.
ii. Cadangan Penapisan Bahan Mentah
Uji kaji saringan yang dilakukan pada peringkat ini haruslah diteliti dan dikaji
sebaiknya oleh Nestlé. Penggunaan bahan mentah yang digunakan adalah betul-betul Halal
kesahihannya. Hal ini bertujuan supaya produk baru yang dihasilkan tidak memudaratkan kepada
pengguna di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta bersesuaian dengan
status Halal yang disahkan oleh JAKIM.
iii. Cadangan Analisis Pesaing
Pada peringkat ketiga (3) ini, Nestlé perlu melaksanakan penelitian yang lebih
dalam menganalisis pesaing. Jika dilihat dipasaran banyak konfeksi dari syarikat lain yang
hampir sama dengan Kit Kat Rubbies seperti konfeksi keluaran Cadbury yang dilihat lebih
mendapat sambutan dari kalangan pengguna. Seperti yang pengguna sedia maklum, Cadbury
lebih awal mengeluarkan produk mereka di pasaran dan sehingga kini kekal dan menerima
permintaan yang menggalakkan oleh penggemar coklat di Malaysia.
B B P M 2 2 0 3 | 15
iv. Cadangan Pek Percubaan
Harga RM35.90 sekotak Kit Kat Rubbies dianggap mahal jika berbanding dengan
coklat keluaran syarikat lain. Hal ini membuatkan penggemar coklat tidak berminat untuk
mencuba Kit Kat Rubbies. Pihak pemasaran Nestlé seeloknya menyediakan pek percubaan Kit
Kat Rubbies di pasaran bagi membolehkan penggemar coklat mencuba produk baru mereka
dengan harga yang berpatutan.
v. Cadangan Meluaskan Pasaran
Ujian pasaran seharusnya tidak hanya terhad kepada golongan Media dan Penulis
Blog sahaja. Nestlé sewajarnya melakukan ujian kepada semua orang awam di pasaraya semasa
pelancaran produk tersebut. Maklum balas daripada orang awam adalah lebih banyak dan
pelbagai bentuk jika Nestlé merancang meluaskan pasaran.
vi. Cadangan Pelancaran Serentak
Seperti yang dinyatakan dalam cadangan peringkat ujian pasaran, pelancaran Kit
Kat Rubbies lebih elok jika dibuat secara serentak di pasaraya-pasaraya besar di seluruh negara.
Ianya membolehkan pengguna dan orang awam lebih mengetahui akan kewujudan produk baru
dari Nestlé.
B B P M 2 2 0 3 | 16
5.RUMUSAN
Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan
sesuatu produk baru dalam syarikat adalah perlu secara berperingkat bermula dari peringkat
pertama (1) hingga peringkat keenam (6). Pembangunan peringkat yang pertama mestilah
melibatkan seluruh kakitangan syarikat, pengguna, pembekal dan juga pesaing. Apabila
pembangunan pada peringkat pertama telah disempurnakan dengan baik, seterusnya kepada
peringkat kedua iaitu penapisan ke atas idea-idea yang telah dijanakan diperingkat pertama.
Analisis merangkumi aspek seperti mencari peluang pasaran dikalangan pesaing, meneliti kos
pelaburan supaya ianya memberi keuntungan, memastikan teknologi yang ada mampu
menghasilkan produk baru dan mengenalpasti faktor-faktor lain yang boleh membantu mencapai
matlamat.
Selanjutnya, Nestlé perlu menganalisis perniagaan mereka merangkumi aspek
saiz pasaran, persaingan, kos jangkaan, factor alam sekitar dan juga jumlah jualan sebelum
memulakan peringkat yang keempat iaitu peringkat pembangunan prototaip iaitu pembangunan
bentuk fizikal produk baru. Seterusnya peringkat pengujian pasaran dan peringkat yang terakhir
(keenam) ialah pelancaran Kit Kat Rubbies iaitu produk baru dari Nestlé. Rentetan peringkat
pembangunan produk Kit kat Rubbies yang dilakukam secara berperingkat ini mampu memberi
pulangan yang postif dan penerimaan yang baik dalam pemasaran konfeksi di Malaysia.
2,858 patah perkataan
B B P M 2 2 0 3 | 17
6. RUJUKAN
1. BBPM2203 Marketing Management ll : (Mohamad, Md Said, Othman, Mohd
Mokhtar, Abd Ghani, & Wei, 2013)
2. Nestle : http://www.nestle.com.my/
3. Utusan Online : http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/nestle-mahu-tingkat-
penguasaan-pasaran-segmen-coklat-1.34962
4. mStar : http://www.mstar.com.my/lain-lain/suara/2014/12/10/kit-kat-rubies/

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Norazul89
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Ashraf Azim
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
Maria Nordin
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
haniffpotter
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
kim rae KI
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Sky Red
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
mr_kay86
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
umishahirah
 

Was ist angesagt? (20)

Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Bab 2 persekitaran
Bab 2   persekitaranBab 2   persekitaran
Bab 2 persekitaran
 
Peranan kesatuan sekerja
Peranan kesatuan sekerja   Peranan kesatuan sekerja
Peranan kesatuan sekerja
 
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1
Perniagaan & persekitaran stpm sem 1
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAANPENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
PENGELUARAN- PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam PerniagaanPenggunaan Internet dalam Perniagaan
Penggunaan Internet dalam Perniagaan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
 
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaranPeranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
Peranan kerajaan dalam penentuan harga pasaran
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasionalPengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
Pengajian Perniagaan-Cabaran syarikat multinasional
 

Ähnlich wie BBPM2203

Global Produk REF.pptx
Global Produk REF.pptxGlobal Produk REF.pptx
Global Produk REF.pptx
NildaRasulung
 
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
Widiya Puji Astuti
 
Kik2011 kumpulan inovatif kreatif
Kik2011 kumpulan inovatif kreatifKik2011 kumpulan inovatif kreatif
Kik2011 kumpulan inovatif kreatif
UPSRPMRSPMSTPM
 

Ähnlich wie BBPM2203 (20)

Pengembangan dan menajemen produk baru recover
Pengembangan dan menajemen produk baru recoverPengembangan dan menajemen produk baru recover
Pengembangan dan menajemen produk baru recover
 
19. PPT_MARDILAH.pptx
19. PPT_MARDILAH.pptx19. PPT_MARDILAH.pptx
19. PPT_MARDILAH.pptx
 
(2022) Silabus Training_The Accurate "Strategy for Creating NEW PRODUCT and P...
(2022) Silabus Training_The Accurate "Strategy for Creating NEW PRODUCT and P...(2022) Silabus Training_The Accurate "Strategy for Creating NEW PRODUCT and P...
(2022) Silabus Training_The Accurate "Strategy for Creating NEW PRODUCT and P...
 
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptxPERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
PERTEMUAN 4 DESAIN PRODUK.pptx
 
Global Produk REF.pptx
Global Produk REF.pptxGlobal Produk REF.pptx
Global Produk REF.pptx
 
Tahapan & Proses Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0. _ Traini...
Tahapan & Proses Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0. _ Traini...Tahapan & Proses Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0. _ Traini...
Tahapan & Proses Penciptaan/Pengembangan Produk Digital Banking 4.0. _ Traini...
 
PPT EDUPRENERSHIP KELOMPOK 4 TEMA 4.pptx
PPT EDUPRENERSHIP KELOMPOK 4 TEMA 4.pptxPPT EDUPRENERSHIP KELOMPOK 4 TEMA 4.pptx
PPT EDUPRENERSHIP KELOMPOK 4 TEMA 4.pptx
 
Mengadapi perubahan dibutuhkan nnovation
Mengadapi perubahan dibutuhkan nnovationMengadapi perubahan dibutuhkan nnovation
Mengadapi perubahan dibutuhkan nnovation
 
Ppt kel 3
Ppt kel 3Ppt kel 3
Ppt kel 3
 
Mp mendesain produk
Mp mendesain produkMp mendesain produk
Mp mendesain produk
 
Jefri la28 2001558100_compilation
Jefri la28 2001558100_compilationJefri la28 2001558100_compilation
Jefri la28 2001558100_compilation
 
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
Sim, widiya puji astuti, hapzi ali, tugas uas, ppt, analisis dan perancangan ...
 
10. Ide Peluang Usaha.pptx
10. Ide Peluang Usaha.pptx10. Ide Peluang Usaha.pptx
10. Ide Peluang Usaha.pptx
 
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian AmKOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
KOLEJ KOMUNITI - Pengajian Am
 
134701924 pemasaran-global
134701924 pemasaran-global134701924 pemasaran-global
134701924 pemasaran-global
 
134701924 pemasaran-global
134701924 pemasaran-global134701924 pemasaran-global
134701924 pemasaran-global
 
Kik2011 kumpulan inovatif kreatif
Kik2011 kumpulan inovatif kreatifKik2011 kumpulan inovatif kreatif
Kik2011 kumpulan inovatif kreatif
 
P14 MGT INOVASI.pptx
P14 MGT INOVASI.pptxP14 MGT INOVASI.pptx
P14 MGT INOVASI.pptx
 
Designing & Managing Product
Designing & Managing ProductDesigning & Managing Product
Designing & Managing Product
 
Tugas besarkelompok.grup5.tjiwi kimia
Tugas besarkelompok.grup5.tjiwi kimiaTugas besarkelompok.grup5.tjiwi kimia
Tugas besarkelompok.grup5.tjiwi kimia
 

Kürzlich hochgeladen

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Kürzlich hochgeladen (20)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 

BBPM2203

  • 1. B B P M 2 2 0 3 | 1 FAKULTI: SCHOOL OF BUSINESS SEMESTER: JANUARI / 2015 BBPM2203 KURSUS: SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN KEPUJIAN TAJUK KURSUS: MARKETING MANAGEMENT ll Soalan: Sediakan laporan yang berkaitan dengan peringkat-peringkat pembangunan produk baru yang diguna pakai oleh organisasi pilihan anda. Jelaskan dan nilaikan peringkat-peringkat pembangunan produk baru sedia ada bagi organisasi berkenaan untuk satu produk baru yang terpilih. Berdasarkan hasil dapatan anda, perbaiki peringkat-peringkat pembangunan produk baru sedia ada dengan tujuan untuk menghasilkan produk baru yang berjaya bagi pasaran Malaysia.
  • 2. B B P M 2 2 0 3 | 2 Isi Kandungan m/s 1. PENGENALAN SYARIKAT Nestlé & PRODUK BARU KIT KAT RUBBIES 4 2. PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU YANG DIAMALKAN OLEH Nestlé 7 i. Peringkat Penjanaan Idea ii. Peringkat Penapisan Idea iii. Peringkat Analisis Perniagaan iv. Peringkat Pembangunan Prototaip v. Peringkat Ujian Pasaran vi. Peringkat Pelancaran Produk 3. PENILAIAN PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA (KIT KAT RUBBIES) 10 i. Penilaian Peringkat Penjanaan Idea ii. Penilaian Peringkat Penapisan Idea iii. Penilaian Peringkat Analisis Perniagaan iv. Penilaian Penilaian Peringkat Pembangunan Prototaip v. Penilaian Peringkat Ujian Pasaran vi. Penilaian Peringkat Pelancaran Produk 4. CADANGAN CARA-CARA MEMPERBAIKI PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA 14 i. Cadangan Penjanaan Idea Semua Kakitangan ii. Cadangan Penapisan Bahan Mentah iii. Cadangan Analisis Pesaing iv. Cadangan Cadangan Pek Percubaan v. Cadangan Meluaskan Pasaran vi. Cadangan Pelancaran Serentak
  • 3. B B P M 2 2 0 3 | 3 5. RUMUSAN 16 6. RUJUKAN 17
  • 4. B B P M 2 2 0 3 | 4 1. PENGENALAN SYARIKAT Nestlé & PRODUK BARU (KIT KAT RUBBIES) Nestlé merupakan sebuah Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang terkemuka di dunia yang komited untuk memperkembangkan perniagaannya, berdasarkan nilai- nilai kemanusiaan dan prinsip-prinsip yang bernas sejak 140 tahun yang lalu. Nestlé membawa maksud ‘sarang kecil’ difahami diseluruh dunia sebagai lambang kemesraan, keselamatan, khasiat, kekeluargaan, memupuk nilai-nilai murni dan keprihatinan. “Nestlé mempercayai bahawa makanan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang baik.” Kumpulan Nestlé diasaskan pada tahun 1866 oleh Henri Nestlé. Memiliki ibu pejabat dan pusat penyelidikan pemakanan swasta yang terbesar di dunia yang terletak di Vevey, Switzerland selain daripada 32 Pusat R&D dan Tekonologi di seluruh dunia yang telah mencatat pelaburan global tahunan sebanyak RM5.16 bilion untuk R&D. Nestlé merupakan pengeluar makanan terbesar di dunia yang beroperasi lebih daripada 150 buah negara. Nestlé mempunyai lebih daripada 339,000 warga kerja di seluruh dunia dari 86 buah negara dan memiliki 486 buah kilang. Pada setiap hari Nestlé menjual produk melebihi daripada 1 bilion yang mewakili lebih daripada 2,000 jenama global dan tempatan. Nestlé Malaysia ditubuhkan pada tahun 1912. merupakan pengeluar makanan Halal terbesar dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. Di Malaysia, Nestlé mempunyai lebih daripada 5,000 warga kerja untuk menghasilkan lebih 500 produk halal. Sejak 1989 Nestlé telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Di Malaysia, Nestlé mempunyai (7) tujuh buah kilang dan satu (1) pusat pengedaran, manakala ibu pejabat terletak di Mutiara Damansara, Selangor. Nestlé Malaysia dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Syed Zainol Anwar Jamalulail, manakala Pengarah Urusannya ialah En. Alois Hofbauer.
  • 5. B B P M 2 2 0 3 | 5 Gambar.1: Sejarah & Perkembangan Kit Kat Pada penghujung abad ke-17, Kit Kat mula dikenali di London. Ditubuhkan pada 29 Ogos 1935 dengan menghasilkan produk pertama iaitu "Four-finger wafer" di York dan wafer ini kemudiannya di London dan Selatan Timur England dikenali sebagai "Rowntree’s Chocolate Crisp". Rajah 1 menunjukkan Sejarah dan Perkembangan Perniagaan Kit Kat. Malaysia merupakan negara yang terawal memperkenalkan produk baru konfeksi iaitu Kit Kat Rubbies di pasaran pada 15 Disember tahun lalu (2014) kepada pengguna dengan harga jualan pasaran RM35.90. Kit kat Rubbies dibungkus dengan pembalut berwarna merah lembayung ini terhasil daripada bahan yang terbaik didatangkan dari Sepanyol menjadikannya sebagai coklat yang bermutu tinggi dan setanding dengan jenama coklat lain. Coklat enak ini diadun daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup menjadi teras kepada kelazatan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus. Pengguna lebih menikmati setiap pusaran Kit Kat Rubbies dengan sebatian 1500 perisanya, coklat yang diadun adalah sangat kompleks, rasa yang unik, rasa kebuahan, pedas, berempah, asas dan cukup manis. Penghasilan produk baru adalah perlu dan penting kepada setiap syarikat termasuk Nestlé. Ia menuunjukkan bahawa Nestlé mampu berdaya saing dengan syarikat pengeluar coklat dan konfeksi yang lain. Nestlé mensasarkan bahawa produk baru keluaran anak syarikat mereka ini mampu memenuhi kehendak pengguna di Malaysia. Mereka tahu akan keperluan pembangunan dalam produk baru ini perlu berterusan kerana pengguna mempunyai kehendak dan citarasa yang sentiasa berubah. Kit Kat Rubbies yang baru dikeluarkan oleh Nestlé ini
  • 6. B B P M 2 2 0 3 | 6 adalah sebagai satu strategi ofensif iaitu strategi yang bertujuan untuk mencari pelanggan baru. Nestlé selaku syarikat utama mengharapkan dengan produk terbaru keluaran mereka ini dapat meningkatkan pasaran luar, penjualan dan jumlah pelanggan mereka.
  • 7. B B P M 2 2 0 3 | 7 2. PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU YANG DIAMALKAN OLEH Nestlé Dalam usaha memperkenalkan produk baru, sesebuah organisasi perlu berhadapan dengan pelbagai risiko yang tinggi. Hal ini memandangkan terdapat produk yang hampir sama dengan produk baru tersebut telah berada di pasaran. Organisasi perlu berhati-hati memastikan bahawa pembangunan produk baru mampu menepati keperluan pengguna serta mendatangkan pulangan kepada organisasi iu. Enam (6) peringkat pembangunan produk baru yang diamalkan oleh Nestlé ialah (i) Peringkat Penjanaan Idea (ii) Peringkat Penapisan Idea (iii) Peringkat Analisis Perniagaan (iv) Peringkat Pembangunan Prototaip (v) Peringkat Ujian Pasaran (iv) Peringkat Ujian Pasaran dan; (vi) Peringkat Pelancaran Produk. i. Peringkat Penjanaan Idea Setiap produk adalah terhasil daripada idea. Empat (4) sumber utama dalam dalam memberikan idea penghasilan produk baru terdiri daripada kalangan pekerja yang dipercayai. Kebiasaannya, pekerja yang terlibat dengan jualan adalah golongan yang dipertanggungjawabkan menjana idea mereka kerana mereka sering berurusan dengan golongan pengguna dan juga pembekal semasa menjalankan tugasan luar. Idea yang diperoleh akan dibentangkan dalam satu sesi yang akan diadakan, sebagai contoh sesi percambahan fikiran. Sumber yang kedua ialah dari kalangan pelanggan/ pengguna kerana mereka lebih mengetahui akan apa yang mereka perlukan. Bagi mendengar idea daripada kalangan pelanggan/ pengguna mereka syarikat menyediakan satu peti cadangan yang terletak di bahagian aduan pelanggan. Aduan yang diterima daripada aduan para pelanggan akan dikaji dan ditinjau oleh syarikat dari semasa bagi menjana idea-idea baru. Seterusnya adalah melalui pembekal dan pesaing yang menuntut supaya syarikat lebih peka akan reaksi dan usaha dari syarikat-syarikat lain bagi memperoleh penjanaan idea produk baru. Sekiranya pasaran menerima, idea dari pesaing boleh disalin oleh pemasar. Peringkat yang terakhir ialah melalui jabatan dan badan penyelidikan yang ditubuhkan untuk menyelidik secara menyeluruh dari segi idea kreatif, inovasi, usahsuai serta penyalinan semula untuk menghasilkan produk terbaru yang berkualiti.
  • 8. B B P M 2 2 0 3 | 8 ii. Peringkat Penapisan Idea Peringkat kedua ialah penapisan idea. Pengurusan atasan akan melantik sebuah jawatankuasa dalam membuat tapisan ke atas idea tersebut. Walau bagaimanapun, idea-idea yang diperoleh semasa sesi penjanaan idea tidak diterima sepenuhnya. Peringkat tapisan perlu dibuat kerana ada diantara idea yang diperoleh tidak bersesuaian kerana terlalu mahal, ketidaksesuaian dengan teknologi serta tafrifan bahan-bahan mentah yang tidak jelas. Idea baru yang dijana perlulah yang praktikal dan dapat diterima dengan baik oleh pengguna apabila ianya dipasarkan kelak. Manakala idea yang baik akan diterima dan dibangunkan. Diantara kriteria asas yang digunakan untuk menilai idea-idea baru adalah:  Mengenalpastian peluang pasaran yang ada serta persaingan  Kos pelaburan yang berbaloi atau sebaliknya  Kemahiran pemasaran dan pembuatan dari segi kecanggihan teknologi yang ada  Faktor-faktor lain seperti kesan ke atas undang-undang, masyarakat dan sosial iii. Peringkat Analisis Perniagaan Analisis perniagaan merupakan peringkat yang akan dibuat setelah ujian ke atas konsep yang diuji telah mendapat reaksi positif daripada pengguna. Pelbagai faktor akan dianalisa oleh syarikat seperti saiz pasaran, persaingan dari pelbagai syarikat lain, jangkaan kos yang digunakan sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya, serta jumlah kos serta aspek alam sekitar yang lain yang dilihat mampu member kesan ke atas penjualan produk baru itu nanti. iv. Peringkat Pembangunan Prototaip Pada peringkat yang kelima (5) ini adalah dalam bentuk fizikal terhadap produk baru tersebut. Ianya melibatkan dari segi pembungkusan, ciri serta penjenamaan yang dilakukan di makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Nestlé yang berada di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ujian akan dilakukan untuk memastikan kekuatan, keupayaan serta ketahanan bagi member maafaat yang telah dikemukakan bagi tujuan mengenal pasti tindak balas pengguna. Setelah mendapat reaksi, mereka akan membuat perubahan dan penghasilan produk yang lebih baik dan berkualiti.
  • 9. B B P M 2 2 0 3 | 9 v. Peringkat Ujian Pasaran Selanjutnya ialah ujian pasaran yang akan dilakukan di beberapa kawasan pasaran dengan melibatkan sasaran terhadap kumpulan pengguna yang terpilih. Objektif Nestlé pada peringkat ini adalah untuk mengetahui tindak balas daripada pengguna terhadap produk baru mereka. Ujian yang dilakukan adalah bagaimana pengguna mereka akan membeli dan seterusnya menggunakan produk, siapa yang akan membeli (golongan sasaran pengguna), apakah faktor yang menarik pengguna untuk membeli produk mereka (kelebihan produk Nestlé) dan apakah yang akan mereka lakukan terhadap pemasaran. vi. Peringkat Pelancaran Produk Peringkat terakhir ialah pelancaran produk yang akan ditentukan oleh syarikat sama ada ianya perlu atau sebaliknya. Sekiranya produk baru ingin dibawa ke pasaran, maka Nestlé perlu memastikan masa pelacaran yang sesuai dengan keadaan seperti dalam keadaan ekonomi yang tengah stabil. Tempat pelancaran produk juga perlulah strategik, bersesuaian dengan produk tersebut iaitu konfeksi yang memerlukan suhu yang sesuai dan tidak terdedah kepada cuaca yang panas. Apabila kedua-dua perkara di atas berjaya diuruskan, maka perkara terakhir ialah persediaan kakitangan yang terlibat dalam sesi pelancaran pada tarikh yang telah dipilih. Pelancaran biasanya akan dihadiri oleh golongan-golongan atasan dan bahagian pemasaran.
  • 10. B B P M 2 2 0 3 | 10 3. PENILAIAN PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA (KIT KAT RUBBIES) 1. Penilaian Peringkat Penjanaan Idea Produk yang dihasilkan adalah tercipta daripada satu idea yang datang dari pelbagai pihak. Seperti yang dinyatakan di atas , syarikat besar seperti Nestlé yang mempunyai pekerja yang ramai dan mempunyai bahagian pemasaran yang khusus dan terlatih dalam organisasi tesebut. Sehubungan dengan itu, penjanaan idea dalam menghasilkan Kit Kat Rubbies yang baru ini adalah hasil dan percambahan idea dari pihak yang telah dikhususkan. Bahagian pemasaran Nestlé yang diketuai oleh Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksinya, Sachin Goel merupakan pihak yang sering berurusan dengan pembekal dan pelanggan. Hasil daripada maklumat dan maklumbalas yang diterima oleh mereka akan dikumpulkan dan dibentangkan sebagai idea dalam sesi perjumpaan yang diadakan. Selain daripada kakitangan dalaman, penjanaan idea terhadap produk baru juga diperoleh daripada pengguna kerana mereka lebih mengetahui keperluan dan kehendak. Nestlé menyediakan ruang kepada pengguna dalam menyalurkan sebarang idea, cadangan dan aduan. Peti cadangan disediakan oleh Nestlé untuk pelanggan untuk sebarang kemusykilan. Selain dari peti cadangan, pengguna juga boleh membuat aduan dan sebarang bentuk pertanyaan atau cadangan melalui talian khas dan terus kepada laman web mereka iaitu http://www.nestle.com.my/ . 2. Penilaian Peringkat Penapisan Idea Walaupun Nestlé mampu membelanjakan modal yang besar dalam menghasilkan setiap produk yang baru, namun penapisan idea perlu dilakukan sebelum melaksanakan penghasilan produk tersebut. Sebelum Kit Kat Rubbies ini dihasilkan, Nestlé dari bahagian R&D (Researh & Development) telah melakukan tapisan idea dari sudut kos perbelanjaan, kepakaran teknologi, pengggunaan bahan-bahan mentah, pengetahuan dan penerimaan pasaran terhadap produk baru mereka ini. Selain daripada pakar R&D, banyak pihak yang terlibat sama dalam penapisan idea ini termasuklah Bahagian Kewangan, Teknikal, Pembuatan serta Pemasaran Nestlé.
  • 11. B B P M 2 2 0 3 | 11 3. Penilaian Peringkat Analisis Perniagaan Rajah.iii Kejayaan mengekalkan pertumbuhan dua (2) digit dalam perniagaan Konfeksi pada tahun 2013, dilihat sebagai pendorong kepada Nestlé dalam menghasilkan Kit Kat Rubbies pada penguhujung 2014. Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksinya, Sachin Goel telah melaksanakan analisis kuantitatif terhadap idea-idea yang telah disenarai pendek. Dalam kajian analisis tersebut, Nestlé mensasarkan sebanyak 10 peratus daripada peratusan semasa iaitu 18.7 peratus peningkatan penguasaan dalam pasaran coklat pada tahun 2015 ini. Unjuran yang disasarkan itu adalah berdasarkan kepada analisa saiz pasaran dan lain-lain faktor luaran seperti penerimaan positif terhadap produk baru ini. Snek ringan ini bukan sahaja dinikmati oleh golongan muda, malahan golongan tua juga meminati Kit Kat diserata lebih 11 negara Asia. Kesan permintaan dari pelbagai negara dan peringkat usia ini yang memberi keyakinan kepada Nestlé dalam menghasilkan produk baru iaitu Kit Kat Rubbies. Berdasarkan kepada analisa kos pada tahun 2010, pelaburan tambahan juga telah dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti dengan peluasan kapasiti proses pembuatan Wafer di kilang konfeksi KIT KAT. Pelaburan yang dibuat adalah bagi memastikan jaminan terhadap kualiti produk yang akan dihasilkan disamping meningkatkan insiatif penjimatan kos syarikat Nestlé pada masa akan datang. Laporan Tahunan 2013 menunjukkan Nestlé membuat pelaburan sebanyak 214 juta khusus bagi tujuan meningkatkan pengeluaran kapasiti dalam tiga (3) kategori utama iaitu Minuman Cecair, Konfeksi dan Mi Segera. Nestlé turut membuat kajian dari sudut pasaran dan bilangan pesaing rapat yang menghasilkan produk yang sama seperti persaingan dari Cadbury, Beryl’s dan Hershey. Analisa dibuat bertujuan untuk mengukuhkan lagi produk baru dan bersaing secara sihat dalam menghasilkan coklat yang berkualiti
  • 12. B B P M 2 2 0 3 | 12 4. Penilaian Penilaian Peringkat Pembangunan Prototaip Gamabar.iv Peringkat kelima (5) dalam pembangunan produk baru ialah pembangunan prototaip dimana konsep produk akan diberikan dalam bentuk fizikal. Sejak dari awal keluaran pada tahun 1935 Kit Kat sangat menitikberatkan bentuk pembungkusan produk mereka seperti dalam Gambar.1. Kit Kat Rubbies dibungkus menarik dengan pembalut merah lembayung, disusun di dalam kotak dua lapisan yang sangat elegen, di dalamnya mempunyai 20 paket kecil seberat 11.2gram. Pembungkusan yang menarik ini juga menjadikan Kit Kat Rubbies sebagai pilihan pengguna untuk dijadikan sebagai hadiah dan pemberian kepada insan tersayang 5. Penilaian Peringkat Ujian Pasaran Strategi pemasaran yang dibuat oleh Nestlé ini adalah sangat bagus untuk dipraktikkan. Nestlé menggunakan pengiklanan Nuffnang sebagai landasan susulan dalam memperkenalkan Kit kat Rubbies kepada pengguna. Segelintir pengguna di Malaysia adalah pembaca blog, jadi mereka akan mendapat tahu akan produk terbaru Nestlé ini berdasarkan kepada iklan yang tertera pada kebanyakan blog terkenal di negara ini. Penulis Blog dan pihak Media yang dijemput juga diberi peluang untuk menikmati coklat yang dilancarkan pemasarannya kemudian mereka akan diminta untuk mengulas berkenaan Kit Kat Rubbies tersebut di dalam penulisan mereka. Kaedah ini adalah salah satu ujian pasaran yang dilakukan oleh Nestlé. Nestlé akan mengumpul data mengenai corak penggunaan pengguna apabila Kit Kat Rubbies telah mencapai pasaran. Strategi ini dilihat berkesan kerana syarikat dapat mengetahui tindak balas sebenar pengguna.
  • 13. B B P M 2 2 0 3 | 13 6. Peringkat Pelancaran Produk Gamabar.vi Majlis pelancaran produk terbaru Nestlé ini telah berlangsung dengan gilang gemilang di Hotel Royale Chulan, Damansara dihadiri oleh Pengurus Inovasi dan Renovasi, Unit Perniagaan Konfeksi Nestle Products, Thierry Martin telah menjemput pihak Media dan Penulis Blog tempatan. Selain daripada itu, stesyen penyiaran TV3 juga diberi kepercayaan oleh Nestlé untuk menayangkan iklan Kit Kat Rubbies ini pada waktu-waktu kemuncak sebagai strategi memasarkan produk terbaru mereka.
  • 14. B B P M 2 2 0 3 | 14 4. CADANGAN CARA-CARA MEMPERBAIKI PERINGKAT-PERINGKAT PEMBANGUNAN PRODUK BARU SEDIA ADA Pelbagai usaha yang berperingkat telah dilakukan dalam usaha membangunkan produk baru oleh pihak Nestlé. Walau bagaimanapun masih terdapat perkara-perkara yang perlu diberi lebih perhatian dalam setiap peringkat tersebut. i. Cadangan Penjanaan Idea Semua Kakitangan Kebiasaannya, penjanaan idea dalam menghasilkan sesuatu produk baru di Nestlé adalah dari golongan atasan yang berjawatan tinggi iaitu Pengurus Inovasi dan Renovasi. Sebagai langkah pada masa akan datang, Nestlé seharusnya tidak menghadkan penjanaan idea dari pihak-pihak yang berkenaan sahaja. Mereka perlu meluaskan lagi peluang memberikan idea dari pelbagai peringkat pekerja dari pelbagai bahagian-bahagian lain. Tidak semua idea yang dari dari pihak yang telah ditetapkan menghasilkan produk yang baik dan berkualiti. Apabila peluang telah diberikan kepada semua kakitangan, barulah peringkat yang kedua boleh dimulakan. ii. Cadangan Penapisan Bahan Mentah Uji kaji saringan yang dilakukan pada peringkat ini haruslah diteliti dan dikaji sebaiknya oleh Nestlé. Penggunaan bahan mentah yang digunakan adalah betul-betul Halal kesahihannya. Hal ini bertujuan supaya produk baru yang dihasilkan tidak memudaratkan kepada pengguna di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta bersesuaian dengan status Halal yang disahkan oleh JAKIM. iii. Cadangan Analisis Pesaing Pada peringkat ketiga (3) ini, Nestlé perlu melaksanakan penelitian yang lebih dalam menganalisis pesaing. Jika dilihat dipasaran banyak konfeksi dari syarikat lain yang hampir sama dengan Kit Kat Rubbies seperti konfeksi keluaran Cadbury yang dilihat lebih mendapat sambutan dari kalangan pengguna. Seperti yang pengguna sedia maklum, Cadbury lebih awal mengeluarkan produk mereka di pasaran dan sehingga kini kekal dan menerima permintaan yang menggalakkan oleh penggemar coklat di Malaysia.
  • 15. B B P M 2 2 0 3 | 15 iv. Cadangan Pek Percubaan Harga RM35.90 sekotak Kit Kat Rubbies dianggap mahal jika berbanding dengan coklat keluaran syarikat lain. Hal ini membuatkan penggemar coklat tidak berminat untuk mencuba Kit Kat Rubbies. Pihak pemasaran Nestlé seeloknya menyediakan pek percubaan Kit Kat Rubbies di pasaran bagi membolehkan penggemar coklat mencuba produk baru mereka dengan harga yang berpatutan. v. Cadangan Meluaskan Pasaran Ujian pasaran seharusnya tidak hanya terhad kepada golongan Media dan Penulis Blog sahaja. Nestlé sewajarnya melakukan ujian kepada semua orang awam di pasaraya semasa pelancaran produk tersebut. Maklum balas daripada orang awam adalah lebih banyak dan pelbagai bentuk jika Nestlé merancang meluaskan pasaran. vi. Cadangan Pelancaran Serentak Seperti yang dinyatakan dalam cadangan peringkat ujian pasaran, pelancaran Kit Kat Rubbies lebih elok jika dibuat secara serentak di pasaraya-pasaraya besar di seluruh negara. Ianya membolehkan pengguna dan orang awam lebih mengetahui akan kewujudan produk baru dari Nestlé.
  • 16. B B P M 2 2 0 3 | 16 5.RUMUSAN Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan sesuatu produk baru dalam syarikat adalah perlu secara berperingkat bermula dari peringkat pertama (1) hingga peringkat keenam (6). Pembangunan peringkat yang pertama mestilah melibatkan seluruh kakitangan syarikat, pengguna, pembekal dan juga pesaing. Apabila pembangunan pada peringkat pertama telah disempurnakan dengan baik, seterusnya kepada peringkat kedua iaitu penapisan ke atas idea-idea yang telah dijanakan diperingkat pertama. Analisis merangkumi aspek seperti mencari peluang pasaran dikalangan pesaing, meneliti kos pelaburan supaya ianya memberi keuntungan, memastikan teknologi yang ada mampu menghasilkan produk baru dan mengenalpasti faktor-faktor lain yang boleh membantu mencapai matlamat. Selanjutnya, Nestlé perlu menganalisis perniagaan mereka merangkumi aspek saiz pasaran, persaingan, kos jangkaan, factor alam sekitar dan juga jumlah jualan sebelum memulakan peringkat yang keempat iaitu peringkat pembangunan prototaip iaitu pembangunan bentuk fizikal produk baru. Seterusnya peringkat pengujian pasaran dan peringkat yang terakhir (keenam) ialah pelancaran Kit Kat Rubbies iaitu produk baru dari Nestlé. Rentetan peringkat pembangunan produk Kit kat Rubbies yang dilakukam secara berperingkat ini mampu memberi pulangan yang postif dan penerimaan yang baik dalam pemasaran konfeksi di Malaysia. 2,858 patah perkataan
  • 17. B B P M 2 2 0 3 | 17 6. RUJUKAN 1. BBPM2203 Marketing Management ll : (Mohamad, Md Said, Othman, Mohd Mokhtar, Abd Ghani, & Wei, 2013) 2. Nestle : http://www.nestle.com.my/ 3. Utusan Online : http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/nestle-mahu-tingkat- penguasaan-pasaran-segmen-coklat-1.34962 4. mStar : http://www.mstar.com.my/lain-lain/suara/2014/12/10/kit-kat-rubies/