Dokumen tersebut membahas tentang Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut, sebuah institusi pendidikan Islam swasta yang berfokus pada pengajaran hafalan Al-Quran. Dokumen menjelaskan latar belakang, tujuan, kurikulum, dan syarat-syarat penerimaan siswa di institusi tersebut."
1. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
1. Pendahuluan
AI-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara mutawatir dan membacanya adalah suatu ibadah yang
bermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah Al-Nas. Ia merupakan
kitab terakhir yang diturunkan dan sekaligus memansuhkan kitab-kitab suci yang
terdahulu daripadanya. Tujuan utama penurunannya adalah bukan hanya untuk dibaca
tetapi sebagai panduan hidup yang lengkap bagi seluruh umat manusia dalam semua
aspek kehidupan. Ulama telah menetapkan garis panduan yang masyhur dalam
pengriwayatan dan rukun bacaan Al-Quran. Rukun bacaan Al-Quran perlu
berkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati salah satu
mushaf Othmani. Membaca Al-Quran rasanya tidak lengkap tanpa mempelajari cara
membacanya. Ilmu membacanya biasa disebut dengan ilmu tajwid. Tajwid ini sangat
penting bagi kita sebagai seorang muslim, kerana kita diperintahkan Allah s.w.t.
untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil.
Pada masa kini, Institusi pendidikan al-Quran tumbuh dan berkembang di
serata tempat.Perkembangan ini amat sihat bagi meninggikan syiar Islam dalam
konteks mendedahkan kanak-kanak celik al-Quran di peringkat usia yang masih
muda. Penekanan kepada pembacaan al-Quran merupakan satu usaha ke arah
pembentukan insan kamil dan untuk membimbing pelajar ke arah petunjuk Allah s.w.t
yang bersumberkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup yang utama.
Al-Quran adalah kalam Allah dan petunjuk kepada sekelian manusia.
Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s dan
membacanya adalah ibadat. Allah Taala telah menjanjikan pahala yang baik kepada
semua pembacanya.
1
2. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
Sabda Rasulullah s.a.w
من قرقأ حر فا من كتاب ال فله به حسنة والحسنة بعشر قأمثا لها لقأقول الم
حرف ولكن الف حرف
)ول م حرف وميم حرف – رواه الترمذى )حديث حسن صحيح غريب
Maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, maka
baginya satu kebaikan dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya. Aku tidak
katakan Alif, Lam dan Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf”.
Di samping membacanya Allah menggalakkan kita supaya berfikir dan
mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah serta meneliti akan makna-makna
yang terkandung di dalamnya bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat. Oleh kerana membaca al-Quran itu merupakan satu ibadat yang
diberi ganjaran pahala yang banyak. Maka Allah telah menetapkan bagi setiap
pembaca al-Quran beberapa garis panduan atau kaedah yang tertentu ketika membaca
al-Quran sebagaimana Firman Allah s.w.t : surah al-Muzammil ; ayat;4 yang
bermaksud : "Bacalah Al-Quran secara tartil. Sehubungan dengan itu Nabi
Muhammad s.a.w telah memperdengarkan (menyemak) bacaan al-Qurannya di
hadapan Jibrail a.s pada setiap tahun sekali dalam bulan Ramadhan dan dua kali pada
tahun kewafatannya.
2. Latar Belakang Dan Sejarah Penubuhan Institusi
Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut adalah sebuah institusi pendidikan Islam
swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-
Quran sebagai subjek teras. Darul Uloom Al Islamiyyah ini ditubuhkan pada 1 Jun
1999 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 4.5 hektar di KM 15, Jalan Jerantut –
Jengka, Sungai Salan, Jerantut. Pahang Darul Makmur. Darul Uloom Al Islamiyyah
ini mempunyai beberapa blok bangunan untuk surau, kelas, kediaman tenaga
pengajar, asrama pelajar, pejabat, perpustakaan, koperasi dan stor. Ia mempunyai
kemudahan prasarana dan peralatan yang berkualiti lengkap dan sempurna. Antara
kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pejabat / bilik guru, ruang tamu,
kelas, asrama, musolla,dapur padang permainan, komputer, al-Quran dan sebagainya.
2
3. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah dipelopori oleh Maulana Juhari B.
Mohamad Ali.dengan dibantu oleh 13 orang tenaga pengajar lelaki dan 4 orang guru
perempuan. Manakala jumlah pelajar sekarang adalah 150 lelaki dan 56 pelajar
perempuan. Kebanyakan pelajar adalah terdiri dari masyarakat setempat yang berada
di sekitar daerah jerantut. Walau bagaimanapun, kini telah terdapat pelajar-pelajar
daripada Negara luar seperti dari Thailand seramai 15 orang, Filipina seramai 7 orang,
Algeria seramai 3 orang dan 1 orang pelajar dari Negara Perancis. Kebanyakan
pelajar tersebut fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bilangan pelajar di Darul
Uloom Al Islamiyyah ini semakin bertambah setiap tahun ekoran daripada
kepercayaan dan keyakinan penuh daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak
mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan dapat menamatkan pengajian
mereka. Dan pihak pentadbir Darul Uloom Al Islamiyyah ini sedang berusaha untuk
menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan kemudahan prasarana yang
mencukupi supaya dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.
Faktor penubuhan Maahad Tahfiz persendirian ini adalah pengaruh lepasan
tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan. Apabila mereka pulang ke Malaysia dengan
membaawa sijil tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan, mereka telah menubuhkan
maahad tahfiz persendirian untuk mengembangkan pengajaran al-Quran di tempat
masing-masing.Justeru banyak maahad tahfiz persendirian dan kebanyakan lepasan
mereka menyambung pelajaran ke India dan Pakistan. Dan kebanyakan guru-guru
yang mengajar di sini adalah lepasan dari India dan Pakistan. Antara sumbangan
mereka ialah pelajar-pelajar digalakkan menjadi imam terawih dan mengkhatamkan
bacaan mereka dalam bulan Ramadhan. Setelah hampir 11 tahun beroperasi, Darul
Uloom Al Islamiyyah ini telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan
masyarakat setempat dan telah menubuhkan beberapa cawangannya di daerah Kuala
Lipis.
3
4. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
3. Objektif
Penubuhan Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut ini menggariskan matlamat
dan objektif seperti berikut:
i. Untuk melahirkan qari-qari dan hafiz al-Quran
ii. Dapat melahirkan bakal-bakal Imam yang arif dan mahir dalam
pembacaan al-Quran untuk memimpin masyarakat tempatan
iii. Sebagai asas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
khususnya dalam bidang al-Quran dan Hadis di dalam dan luar Negara
iv. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani, Darul
Uloom Al Islamiyyah Jerantut dapat menyumbang ke arah matlamat
tersebut
Dengan sokongan dari semua pihak, kesungguhan dan dedikasi tenaga pengajar dan
komitmen dari setiap individu yang terlibat pihak pentadbiran yakin bahawa Darul
Uloom Al-Islamiyyah Jerantut ini akan dapat merialisasikan objektif tersebut,
Insyaallah.
4. Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar
Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Uloom Al
Islamiyyah Jerantut, telah menetapkan beberapa syarat bagi setiap pemohon yang
berhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini. Antara syarat-syarat adalah seperti
berikut:
i. Khatam dan boleh membaca al-Quran
ii. Berumur 12 tahun ke atas
iii. Kelulusan UPSR 2A
iv. Kelulusan KAFA
v. Keutamaan kepada penduduk tempatan
vi. Tidak ada sakit atau cacat anggota
vii. Kedua ibu bapa bersetuju menanggung pembelajaran anak mereka
hingga tamat pengajian
viii. Setiap pemohon akan di temuduga dan diuji melalui bakat,
kemampuan serta kemahiran pembacaan al-Quran masing-masing
4
5. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Darul Uloom Al
Islamiyyah Jerantut. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah yang mempunyai minat
mendalam dan mempunyai kebolehan membaca al-Quran dan juga memiliki sijil
kelukusan KAFA.
5. Kurikulum Pengajian
Setiap pelajar adalah diwajibkan supaya mengikuti kesemua mata pelajaran.
Ia juga merupakan syarat kelulusan bagi setiap pelajar yang ingin menamatkan
pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Pihak pentadbiran akan
mengadakan imtihan (peperiksaan) untuk menguji kebolehan pelajar tersebut Bagi
mata pelajaran serta menganugerahkan sijil pengiktirafan setelah menamatkan
pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Sebelum menghadapi peperiksaan
pelajar-pelajar dikehendaki mengulangi dan menghafaz setiap surah yang telah
ditentukan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pengulangan bacaan boleh
di lakukan di hadapan ketua di dalam setiap kumpulan masing-masing.
Sistem peperiksaan adalah suatu perkara yang amat penting dilaksanakan di
sesebuah institusi pengajian untuk menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa.
Tempoh pengajian di Darul Uloom ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat tahfiz al-
Quran selama tiga tahun dan peringkat yang kedua ialah setiap pelajar yang berjaya
menamatkan pengajian pada setiap peringkat akan dianugerahkan syahadah / sijil.
Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun – Bulan Safar dan
akhir tahun – Bulan Sya’aban mengikut kalendar Islam. Peperiksaan ini akan
dijalankan berterusan sehinggalah bagi sesi pengajian tersebut untuk menentukan
kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar. Pelajar-pelajar yang telah tamat
tempoh pengajian mereka akan ditawarkan supaya menyambung pengajian pada
peringkat yang tinggi sama ada di dalam atau di luar Negara seperti Pakistan, Mesir,
Jordan . Indonesia dan sebagaiya. Kebanyakan pelajar keluaran Darul Uloom Al
Islamiyyah ini telah dapat menamatkan pengajian mereka dengan kejayaan yang
cemerlang, serkaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-
anak mereka belajar di maahad tahfiz.
5
6. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
DARUL ULOOM AL ISLAMIYYAH
JERANTUT PAHANG
PENGERUSI
MAULANA JUHARI B. MUHAMAD ALI
NAIB PENGERUSI
USTAZ ADNAN B. MAMAT
SSETIAUSAHA
USTAZ AHMAD NAZRI B. MOHD NAZAM
BENDAHARI
USTAZ ZULKIFLI B. MOHD YUSUF
AHLI JAWATANKUASA
USTAZ HISYAMUDDIN B. MOHAMAD
USTAZ AHMAD REDZUAN B. ABU BAKAR
USTAZ AZIZUL B. ABDUL KARIM
USTAZ MU’AZ B. MUJAHID
USTAZ MOHAMAD ARIS B. JASMI
USTAZ FIRDAUS B. ABDULLAH
USTAZ KAMAL NAWAWI B. MAT SHAM
6
7. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
6. Logo
Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk kubah masjid
yang melambangkan tempat yang suci untuk melakukan ibadat
kepada Allah s.w.t.Al Ilmu al-Quran yang sentiasa tersedia
untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya.
Bulatan berbentuk kubah masjid yang seolah-olah bercahaya yang melambangkan
al-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia.
Bentuk bulat yang berwarna hijau melambangkan warna yang sejuk dan memberi
ketenangan dalam menjalankan ibadat setiap waktu, terutam ketika membaca ayat-ayat
suci al-Quran yang mulia itu.
Bentuk kubah enam jalur berwarna putih di bawah kubah kecil bermaksud rukun
iman mengandungi enam perkara. Dan antaranya percaya kepada kitab ai-Quran yang
suci. Dan para huffaz al Quran sebagai pemelihara al- quran dan pemerintah bumi.
Slogan logo “Darul Uloom” bermaksud tempat mencari ilmu dan memperdalami ilmu
al-Quran Kalam Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Huffaz al-Quran ialah yang
bijaksana layak sebagai khalifah bumi.
Secara keseluruhan bentuk logo kubah masjid yang membawa slogan dan nama
Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan al
Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani.
7
8. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
7. Struktur Organisasi Guru dan Kakitangan
BIL. NAMA UMUR JAWATAN KELULUSAN
01 Juhari B. Muhammad Ali 45 Thn Penyelaras M.A (Hadis), Pakistan
02 Mohd Sofian B. Rejab 35 Thn Pengetua M.A (Hadis),Pakistan
03 Mohd Asri B. Yusuf 41 Thn P.K .1 M.A (Hadis)A. Selatan
04 Tadri B. Mazir 36 Thn P.K.2 Dip. Syariah
05 Mohd Pakhruddin B. Mahmud 38 Thn P.K.3 M.A(Hadis) Miftahul
06 Khairul Amri B Khalid 33 Thn Warden Syahadah Tahfiz, Jtt
07 Mohd Sabri B. Salleh 30 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt
08 Azmuley B. Abd Aziz 31 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt
09 Siti Fatimah Bt. Mohamed 33 Thn Guru B.A Usuluddin
10 Mohd Hafiz B. Abdullah 30 Thn Guru/Kerani B.A Usuluddin
11 Zurani Bt Harun 39 Thn Tukang Masak
12 Zainol Abidin b.Mohamad 40 Thn Tukang Masak
8. Sumber Kewangan
Kebanyakan sumber kewangan di dapati daripada sumbangan orang ramai
yang berbentuk wang tunai atau barangan. Terdapat juga sumbangan daripada pihak
syarikat persendirian yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau
sumbangan barangan kering seperti bahan-bahan makanan untuk pelajar di sini.
Manakala Pusat Pungutan Zakat dan Yayasan juga memberi bantuan setiap untuk
perbelanjaan pengurusan Darul Uloom Al Islamiyyah ini. Begitu juga terdapat projek
ekonomi secara kecil-kecilan oleh kakitangan Darul Uloom ini dengan menanam
pokok kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan pengurusan pada setiap bulan. Di
bawah ini di sertakan jumlah anggaran perbelanjaan pengurusan secara kasar Darul
Uloom.
i. Makanan / minum pelajar :RM 5,000
ii. Bayaran bil elektrik, telefon dan air : RM 500
8
9. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
iii. Elaun kakitangan : RM 8,300
iv. Elaun tukang masak : RM 500
Jumlah : RM 14,300
v. Yuran pelajar RM 80 x 188 : RM 13,840
vi. Derma / sumbangan orang ramai : RM 3,000
Jumlah : RM 16,840
9. Rasional Pemilihan Masa Pengajaran al-Quran
Dalam usaha untuk memastikan kejayaan setiap pelajar, pihak Darul Uloom
Al Islamiyah Jerantut telah menetapkan satu jadual yang padat dan tersusun seawal
pagi dan lewat malam. Setiap pelajar diwajibkan supaya mematuhi jadual seperti
berikut:
Masa Aktiviti
4.30 -5.30 pagi Bangun dan solat tahajjuj
5.45- 6.30 pagi Solat subuh dan bacaan yasin
6.30 – 7.30 pagi Kelas pengajian (pelajaran tasmik sabaq)
7.30 – 8.30 pagi Khidmat umum dan sarapan pagi
8.30 – 11.00 pagi Kelas pengajian hafazan
11.00 – 11.30 pagi Kelas fardhu ain
12,00 tengah hari Rehat dan tidur
1.30 tengah hari Solat zohor
2.00 – 2.30 petang Makan tengah hari
2.30 – 4.30 petang Kelas pengajian al-Quran
4.45 – 5.00 petang Solat asar
5.00 – 5.30 petang bacaan hadis
9
10. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
5.30 – 6.20 petang Riadah
6.20 – 7.00 petang Mandi dan makan petang
7.00 – 9.00 malam Solat maghrib dan isyak
9.15 – 10.45 malam Hayatus sahabah dan bacaan al-Waqiah
11.00 malam Persiapan untuk tidur
Berdasarkan jadual di atas, pemilihan masa yang sesuai untuk membaca dan
menghafaz al-Quran adalah dari seawal pagi kerana waktu ini suasana yang tenang
dan damai. Sebelum waktu subuh para pelajar akan dikejutkan oleh tenaga pengajar
pada pukul 4.45 pagi. Setelah mempersiapkan diri, pelajar dikehendaki datang ke
masjid untuk melaksanakan ibadah kerohanian sama ada untuk menunaikan solat
tahajjud atau solat sunat yang lain. Kemudian pelajar dikehendaki berada di saf
pertama, kedua dan ketiga di hadapan secara berdua-dua menghadap antara satu sama
lain untuk hafazan sendiri sama ada sabaq ulang (mengulang haafazan baru) atau
amokhtah (mengulang hafazan lama) dan tidak dibenarkan sekali-kali berada di saf
belakang dalam masjid. Ini untuk mengelakkan pelajar dari melakukan aktiviti lain
selain dari mengaji al-Quran seperti berbual, tidur dan sebagainya untuk memudahkan
pemantauan dilakukan oleh guru-guru. Dan setiap pelajar di kehendaki mematuhi
adab-adab ketika membaca al-Quran. Pelajar yang telah dapat menghafaz ayat-ayat
al-Quran akan dibaca secara berulang kali di hadapan guru untuk memastikan tidak
ada kesalahan bacaan dari segi makhraj huruf dan hukum-hukum tajwid. Sekiranya
terdapat kesalahan, maka guru akan terus memperbetulkan kesalah tersebut.
10. Pemilihan Kaedah Bacaan al-Quran
Untuk membantu mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran dalam kelas-
kelas, mereka telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya:
10
11. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
10.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah
Kaedah ini bermaksud bacaan secara bersemuka antara guru dengan pelajar.
Pelajar mengikut bacaan guru dengan melihat pergerakan bibir guru. Kaedah ini
merupakan kaedah yang paling lama telah digunakan oleh malaikat Jibrail a.s kepada
Nabi Muhammad s.a.w semasa penurunan wahyu yang pertama di gua hira’. Kaedah
ini sesuai diaplikasikan di dalam kelas pengajian al-Quran. Guru membaca sebagai
bacaan dan kemudian diikuti secara beramai-ramai atau secara individu. Kaedah ini
amat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap hukum-hukum
tajwid dalam bacaan al-Quran seperti makhraj huruf, sifat huruf dan sebagainya.
10.2 Kaedah Tasmik (Bacaan)
Kaedah ini juga digunakan dalam pembelajaran kemahiran hafazan pada
setiap hari. Ini kerana kaedah ini amat sesuai dipraktikkan dalam kemahiran bacaan
al-Quran untuk menguji bacaan pelajar yang telah mahir dalam penguasaan membaca
al-Quran. Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan.
Biasanya ianya dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajar
dikehendaki mentasmik pada keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayat-
ayat yang perlu ditasmik pada keesokan harinya pada dua atau tiga malam
sebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat mengingati dengan baik dan
tergesa-gesa atau kelam kabut. Dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar, maka guru pembimbing akan memperbetulkan kesalahan tersebut. Pelajar
juga akan ditanya tentang hokum-hukum tajwid. Guru pembimbing akan mendengar
dan meneliti bacaan pelajar sama ada kumpulan atau individu secara bergilir-gilir.
Pelajar yang telah lancar menguasai bacaan boleh mendengar bacaan daripada kawan-
kawan yang lain
10.3 Kaedah Tikrar (Ulangan)
Kaedah ini digunakan dalam bacaan al-Quran sebagai kaedah ulangan atau
latih-tubi, secara berulang-kali. Kaedah ini guru memperdengarkan terlebih dahulu
11
12. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
bacaannya dan diikuti oleh pelajar. Pembacaan al-Quran ini juga dilakukan secara
beramai-ramai mengikut kumpulan secara berturutan dan berulang kali. Saidatina
Aisyah r.a meriwayat hadis yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w suka mengulang-
ulang sesuatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang
sebenar”. Mengikut maksud hadis ini dinyatakan bahawa kaedah ulangan ini sesuai
dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut dalam masa yang sama. Dengan
menggunakan kaedah ini, guru pembimbing dapat mengenalpasti kemahiran yang
dikuasai oleh pelajar dan sekaligus dapat membina keyakinan pelajar.
11. Pembentukan Halaqat al-Quran
Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut telah menetapkan pembentukan halaqat
secara individu dan juga kumpulan. Pembentukan halaqat ini mengikut peringkat
umur yang telah ditetapkan oleh pihak pertadbir dan disertai oleh seorang guru
pembimbing bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar mesti mengikuti jadual yang telah
ditentukan dengan mengikut juzuk hafalan yang telah ditetapkan. Dan pelajar mesti
menghafalnya dan didengari oleh kawan-kawan dalam kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan huffaz terdiri daripada tujuh orang ahli, dan seorang ketua dilantik
daripada pelajar yang senior daripada ahli kumpulan. Satu tempoh masa diberikan
kepada setiap ahli kumpulan untuk menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan.
Program ini mengandungi tiga langkah yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu:
i. Sebelum menghafaz ayat, pelajar perlu membacanya dengan sendiri.
Jika bacaan pelajar tidak lancer dan terdapat kesalahan, pelajar perlu
memperbaiki dan mengulang semula. Setelah yakin bacaannya betul,
pelajar boleh berjumpa dengan guru pembimbing untuk mentasmik
bacaannya.
ii. Setelah itu pelajar perlu menghafaz 10 ayat-ayat al-Quran dalam masa
30 minit dalam waktu rasmi Program Huffaz. Semakan ayat-ayat
hafazan yang baru ini boleh ditasmik dengan guru pembimbing
masing-masing untuk mamastikan tiada kesalahan bacaan atau lupa
sebelum berpindah kepada ayat hafazan baru.
iii. Langkah terakhir adalah 10 ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz akan
diulang setiap hari selepas waktu zohor. Asar dan malam. Ulaangan
dilakukan mengikut tertib al-Quran. Satu jadual tasmik KUBRA telah
12
13. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
ditetapkan, dan pelajar dikehendaki tasmik surah yang ditetapkan di
hadapan guru pembimbing dan tahap hafazan pelajar akan dicatatkan
pada buku panduan huffaz. Sijil huffaz akan diberikan kepada pelajar
yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Program Huffaz ini, bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafaz sahaja,
malahan membina kaedah bacaan yang berkesan dengan menitikberatkan beberapa
kaedah berikut:
i. Masalah kelupaan dalam kemahiran membaca al-Quran
ii. Sebutan huruf dan sifat huruf
iii. Kaedah pembacaan dan hafazan
Apabila pelajar-pelajar yang menghadapi masalah berkenaan akan dikelompokkan di
bawah program alternatif iaitu Program Tahsin al-Quran bagi memperbaiki mutu
bacaan pelajar-pelajar yang lemah. Salah satu cara yang diperkenalkan oleh guru-guru
tahsin adalah dengan menggunakan kaedah Iqra’ j-Qaf dan kuliah intensif tajwid
12. Kelayakan guru
Kebanyakan guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengajian
al-Quran, tafsir dan hadis. Mereka pernah menjadi pendakwah bebas ke Negara-
negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand, Sabah, Saarawak dan
negeri-negeri di semenanjung. Begitu juga berpengalaman dalam mengimarahkan
masjid-masjid di daerah sebagai imam-imam masjid terutama pada bulan Ramadhan.
Mereka juga bertugas sebagai fasilitator dalam kursus jemaah haji, seminar di bawah
Risda, Felcra dan Jabatan Pendidikan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Antara kelayakan guru yang mengajar di Darul Uloom Al Islamiyyah ini ialah:
i. M.A (Hadis) New Town Karachi, Pakistan
ii. M.A (Hadis) Khairul Madanis, Multan Pakistan
iii. M.A (Hadis) Mahmoodiah, Spring Afrika Selatan
iv. M.A (Hadis) Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur
v. M.A (Hadis) Jamiah Samsol Olom Pakistan
13
14. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
vi. Syahadah Tahfiz Madrasatul, Quran Kubang Terengganu
vii. Syahadah Tahfiz, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut Pahang
viii. Syahadah Tahfiz, Pasantren Annajah, Jawa Barat Indonesia
13. Keberkesanan pengajaran guru
Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah melahirkan para huffaz, umpamanya
dalam Musabaqah Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ramai pesertanya
adalah dari kalangan maahad tahfiz ini. Faktor utama mengapa mereka mendominasi
senarai peserta musabaqah dan memiliki kejayaan ialah kerana memasuki maahad
adalah ketika berumur dua belas tahun, sebagaimana diketahui umum bahawa
menghafaz ketika kecil ingatannya akan melekat umpama memahat di batu. Ini juga
menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan oleh para guru dengan aktiviti
jadual yang padat dan juga disiplin pelajar dapat dapat diikuti dengan baik dan
sekaligus dapat mempercepatkan untuk mengingati ayat-ayat yang perlu dihafalkan
oleh para pelajar. Justeru itu, Darul Uloom telah mengeluarkan para huffaz yang dapat
menamatkan pengajian dan seterusnya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat
yang lebih tinggi seperti ke Negara Pakistan, Yaman, Indonesia. Thailand, Afrika dan
sebagainya. Ini menunjukkan berkat dengan bimbingan para guru-guru yang
mengajar, mendidik dan memastikan prestasi para pelajar sentiasa cemerlang. Segala
urusan perbelanjaan pemergian para pelajar akan ditanggung oleh pihak pentadbir
Darul Uloom. Manakala semua perbelanjaan pengajian akan ditanggung sepenuhnya
oleh keluarga pelajar itu sendiri sehingga tamat pengajian mereka.
14. Masalah Yang Wujud
Masalah yang wujud di Darul Uloom Al Islamiyyah ini hanya terdapat
segelintir sahaja pelajar yang menghadapi masalah seperti sikap malas menghafaz
ayat-ayat yang telah ditetapkan. Apabila tertinggal disebabkan masalah lupa maka
akan memberi sedikit tekanan kepada pelajar kerana mereka akan tercicir dengan
kawan-kawan yang lain. Tekanan keluarga yang memaksa anak-anak mereka dihantar
ke pusat Mahaad Tahfiz tanpa kerelaan anak-anak, akan menjadi masalah kepada
pihak pentaadbir Darul Uloom kerana pelajar tersebut kurang berminat dan tidak
mampu menghafaz al-Quran sebagaimana kehendak kedua ibu bapa. Jika keadaan ini
berlarutan, akan memberi masalah kepada pihak pentadbir. Permasalahan yang
14
15. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
timbul ini menyebabkan pihak Darul Uloom tidak sekali-kali menggunakan sistem
paksaan, sebaiknya semua terserah kepada pelajar sama ada mahu menghafaz atau
tidak Jika pelajar tidak mencapai sasaran hafazan (muqarra) yang telah ditetapkan
oleh pihak Darul Uloom, maka pelajar tersebut akan ditamatkan pengajiannya.
Amalan paksaan tidak dilaksanakan di Darul Uloom kerana tenaga pengajar tidak
memaksa para pelajarnya dalam bidang hafazan untuk mengelak pelajar tertekan.
15. Penutup
Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam.
Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam.
Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa,
masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan persaudaraan dan
masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi,
tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-
Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran
ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Dalam
masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan
mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal
melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional sekaligus memenuhi
matlamat pendidikan al-Quran.
16. Rujukan
Dr. H. St.Amanah. (1993). Pengertian Ilmu Al-Quran Dan Tafsir. Kuala Lumpur:
Penerbit Asy Syifa’ Darul Fikir Sdn. Bhd.
15
16. KAMARIAH MOHD AMIN
HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5
Habibah @ Artini Ramli & Syaryanti Hussin (2007). Pendidikan Islam Tahun 5.
Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.
Harun Arrasyid Tuskan. (1998). Ilmu Tajwid Praktikal Dan Berkesan. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
Hasan Mahmud Al-Hafiz, (1993), Mengenal Qiraat Al-Quran Penerbit Darul
Nu’man Kuala Lumpur.
Prof. dr. MAnsor Fadzil, Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor 2007,
HBQE 2103 Al-Tajwid. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.
Prof. dr. Mansor Fadzil, Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohamad Al-
Hafiz 2007 dan 2008, HBQE 2203 Al-Qiraat. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia
http://abuhuzaifah.blogspot.com
www.qari-qariah.blogspot.com
www.darul.uloom.com
www.rehal.org
16