SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
MEMAHAMI
ASAS ISTIHALAH
USRAH FIQH MAKANAN
USIM NILAI
1 OKTOBER 2013
Usrah Fiqh Makanan
Definisi Najis
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, najis bererti
1) Kotoran (seperti air kencing, tahi) yang membatalkan sembahyang
2) Sesuatu yang mencemarkan
3) Jijik
Najis dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang kotor daripada
manusia dan daripada setiap sesuatu. Kebanyakan ulama
mendefiniskan najis dari segi bahasa adalah kotoran dan tidak suci.
Manakala dari segi istilah, najis adalah setiap kotoran yang
menghalang daripada sah solat dan mendirikannya.
(Zulkifli Mohamad, 2012)
(Kamus Dewan, 2004)
Definisi Istihalah
• Istihalah berasal dari kata akar: Ha-Wa-La.
• Istihala, Yastahilu, Istihalatan. Bermaksud berubah sifat
sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan
yang lain.
• Apabila bahan najis/haram, berubah konsep dan bentuk
zatnya, menjadi satu bahan lain, yang berbeza dengan
yang asal dari segi nama, kriteria dan sifatnya, ia menjadi
sesuatu yang halal.
• Menurut kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah:
Istihalah bermaksud perubahan sesuatu dari sudut tabie
dan juga sifatnya atau hilang rupa asal.
• Merujuk pengertian daripada Malaysian Standard,
Istihalah bermaksud: Berubah sesuatu kepada sesuatu
yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya
secara semula jadi melalui proses tindakbalas kimia.
Sandaran Teori Istihalah
PERTAMA:
Ijma’ Ulama: Arak berubah menjadi cuka, cuka itu bersih
dan boleh dimakan. Majoriti Ulama: Tidak ada beza sama
ada perubahan itu berlaku dengan sendiri atau hasil
tindakan yang dilakukan oleh seseorang
KEDUA:
Majoriti Ulama (mazhab Hanafi, Syafii, Ahmad dalam satu
riwayat, Daud az-Zahiri, Sahnun dan Ibnu Abdul Hakam
dari mazhab Maliki) mengatakan kulit bangkai menjadi suci
apabila disamak
Sabda Nabi SAW, ”Mana-mana kulit yang disamak,
menjadi suci”
(Hammad, Nazih, 2004)
Sandaran Teori
KETIGA:
Seluruh zat yang baru, yang muncul dari hasil perubahan
bahan najis dan haram, asalnya adalah suci dan halal.
Tiada nas yang menyatakan ia adalah najis atau haram
digunakan.
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu.”
(Hammad, Nazih, 2004)
Sandaran Teori
KEEMPAT
Menyelaraskan di antara hukum syara’ dengan undang alam dan undang
kehidupan
Contohnya; bahan najis (air kencing, bangkai dll) apabila kering di atas tanah,
akan naiklah wap air daripadanya ke langit. Terbentuk awan, kemudian
turunkan hujan yang mengandungi air tawar untuk diminum
Anggur segar bukan Anggur kering, Perahan Anggur bukan Arak, Cuka bukan
Arak
“Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi
kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa)
susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang
meminumnya
(Hammad, Nazih, 2004)
Sandaran Teori – Kaedah Fiqh
“‫طهرت‬ ‫استحالت‬ ‫اذا‬ ‫النجاسة‬ ‫”ان‬
“Sesungguhnya Bahan Najis Apabila Berubah Keadaannya
Maka Ia Dihukumkan Sebagai Suci”
Salah satu kaedah penentuan halal haram sesuatu bahan adalah
melalui Istihalah. Suatu bahan yang asalnya haram atau najis berubah
menjadi halal dan suci melalui kaedah ini. Ini kerana kaedah ini telah
menyucikan bahan yang asalnya haram kepada halal
Pandangan Ulama
PANDANGANMAZHAB
Menerima konsep ini secara agak meluas walaupun terdapat perselisihan
antara Muhammad & Abu Yusuf. (dalam isu babi dan bangkai jatuh ke
dalam lautan garam, tahi binatang yang dibakar menjadi abu)
Hanafi
Pandangan mirip Hanafi. Abu najis yang dibakar adalah suci, manakala kulit
bangkai yang disamak tidak suci
Maliki
Konsep ini diterima dalam 3 perkara sahaja:
1) Arak yang menjadi cuka secara tabie 2) Kulit bangkai selain anjing dan
babi apabila disamak 3) Sesuatu yang berubah menjadi binatang spt
bangkai yang menjadi ulat
Syafie
Pandangan mirip Syafie. Hanya menerima arak yang menjadi cuka dengan
sendirinya. Proses pembakaran najis, tanah liat yang dipenuhi tahi binatang
dibakar, najis jatuh ke dalam garam dan bertukar garam tetap najis.
Hanbali
Konsep Istihalah diterima secara terbuka. Setiap bahan yang berubah
ditentukan hukum pada keadaan yang baru (terakhir)
Zahiri (Ibn
Hazim)
Apabila bahan najis telah hilang sifat dan bentuk, maka ia menjadi suciIbn al-
‘Arabi
(Saadan Man)
Istihalah dalam Konteks Mazhab Shafie
1) Arak berubah menjadi cuka secara semulajadi
Merujuk Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah yang menghimpunkan pandangan dari
Kitab Nihayah al-Muhtaj, al-Mughni dan Fathu al-Qadir, para ulama bersepakat
menerima konsep Istihalah dalam perubahan arak kepada cuka secara semulajadi
tetapi berbeza pandangan pada perubahan arak kepada cuka bukan secara
semulajadi.
(Zulkifli Mohamad, 2012)
2. Kulit bangkai yang disamak selain Kulit Anjing dan
Khinzir
Kulit bangkai selain kulit Anjing & Khinzir disucikan dengan cara disamak, iaitu
membuang segala lendir pada kulit yang boleh merosakkannya jika dibiarkan,
dengan menggunakan bahan panas dan tajam hingga tidak lagi berbau busuk dan
rosak sekiranya direndam di dalam air. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Apabila kulit disamak maka ia menjadi suci”
(Riwayat Muslim, 366)
Manakala bagi pandangan sesetengah ulama/mazhab, mana-mana kulit bangkai adalah
suci apabila disamak kerana Nabi Muhammad SAW mengharuskan mengambil
manfaat daripada anggota bangkai binatang iaitu kulitnya. Al-Quran telah
menyatakan pengharaman bangkai bersama-sama dengan pengharaman daging
khinzir dan apabila syarak mengharuskan mengambil manfaat daripada bangkai
selain daripada memakannya, maka syarak juga mengharuskan mengambil
manfaat daripada Khinzir selain daripada memakannya.
‫به‬ ‫فانتفعتم‬ ‫فدبغتموه‬ ‫إهابها‬ ‫أخذتم‬ ‫هال‬
“Tidakkah kamu mengambil kulitnya kemudian menyamaknya
sehingga kamu dapat memanfaatkannya.”
(Riwayat Muslim, 1984) (Zulkifli Mohamad, 2012)
(Mustafa al-Khin et. al, 1992)
Struktur Teori Istihalah
(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
Model Asas Istihalah
BAHAN
ASAL
AGEN
PERUBAHAN
BAHAN
AKHIR
Proses
Percampuran
Proses
Perubahan
H + H = H
H1 : Halal
H2 : Haram
(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
Ringkasan Model Istihalah
ContohStatusModel
Penghasilan bebola ikan/udang, penggunaan enzim
transglutaminase rekombinan dicampur bersama
dengan dough
Istihalah
Sahihah
I1: H1+H1 = H1
Khinzir yang jatuh ke dalam lautan garamIstihalah
Sahihah
I2: H2+H1 = H1
Buah-buahan yang dibajai dengan najis KhinzirIstihalah
Sahihah
I3: H1+H2 = H1
Buah Anggur menjadi arakIstihalah
Fasidah
I4: H1+H1 = H2
Penggunaan enzim transglutaminase yang
bersumberkan darah haiwan dalam penghasilan
produk (sosej, keju, yogurt)
Istihalah
Fasidah
I5: H1+H2 = H2
Penyediaan stik Khinzir dicampur dengan sos yang
halal
Istihalah
Fasidah
I6: H2+H1 = H2
(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
Kesimpulan
• Para ulama bersetuju secara konsepsual tapi berbeza
pandangan pada aspek perlaksanaan dan pemakaiannya
• Para ulama Mazhab Syafie dan Hambali menghadkan
pemakaian teori Istihalah manakal ulama Mazhab Hanafi,
Maliki dan Zohiri meluaskan pemakaian teori ini.
(Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
RUJUKAN:
1. Hammad, Nazih (2004). Al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna
al-Nazariyyah wa al-Tatbiq. Dalam Basri Ibrahim (terj), “Penggunaan Bahan-bahan yang Haram &
Najis dalam Makanan & Ubat-ubatan”. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
2. al-Khin, Mustafa., al-Bugha, Mustafa., & al-Syarbaji, Ali. (2009). Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al-
Syafie. Zulkifli Mohamad al-Bakri (terj). Darul Syakir
3. Saadan Man. Pendekatan Istihalah Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi. Jabatan Fiqh & Usul,
APIUM.
4. Che Wan Jasimah & Muhammad Aizat Jamaludin (2009). “Teori Istihalah Menurut Perspektif
Islam dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan Produk Makanan”. Jurnal Syariah Jil.
17, Bil 1: 169-194.
5. Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). “Sumber Alternatif dalam Penentuan
Halal Haram Barangan Gunaan” dalam Suhaimi Ab Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin, Halal
Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Serdang: Penerbitan UPM.
6. Al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah
7. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2012). “Hukum Penggunaan Najis dalam Perubatan”. Seremban:
Muamalah Events
8. Al-Qarni, Aidh Abdullah (2007). Fiqh al-Dalil. Mohd Sofwan Amrullah (terj). Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise
9. Malaysian Standard (MS) 2393:2010 (BM). “Prinsip Islam dan Halal – Definisi dan Penjelasan
Istilah”. Jabatan Standard Malaysia
10. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Disusun Oleh:
Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin
Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi
mrasyadan@yahoo.com

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiNorkamilah Rosely
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'izikra husna
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.jimoh370
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Syuhadah Azri
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanUndang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanZainudin Ismail
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramAkhy Sham
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalatshahirah44
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan Aiisy Afifah
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'salmy1001
 

Was ist angesagt? (20)

Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.Usul fiqh, al quran.
Usul fiqh, al quran.
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
Hak Penjagaan Anak (Hadhanah)
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaanUndang undang muamalat dan perlaksanaan
Undang undang muamalat dan perlaksanaan
 
Definisi istishab
Definisi istishabDefinisi istishab
Definisi istishab
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat2.1 riba muamalat
2.1 riba muamalat
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
Fatwa Semasa Berkaitan Pemakanan
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1
 
Al-Kafalah
Al-KafalahAl-Kafalah
Al-Kafalah
 

Ähnlich wie Memahami Asas Istihalah

ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...
ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...
ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...elisahanim333
 
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan Shaum
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan ShaumImplementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan Shaum
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan ShaumMarhamah Saleh
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Norafsah Awang Kati
 
Makanan halal dan haram dalam Islam
Makanan halal dan haram dalam IslamMakanan halal dan haram dalam Islam
Makanan halal dan haram dalam IslamAbyanuddin Salam
 
Daftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul FiqhDaftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul FiqhSuya Yahya
 
Kaidah cabang al umuru bi maqasidiha
Kaidah cabang al umuru bi maqasidihaKaidah cabang al umuru bi maqasidiha
Kaidah cabang al umuru bi maqasidihaDodyk Fallen
 
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...Kurma Untuk Indonesia
 
Fiqih Tharahah
Fiqih TharahahFiqih Tharahah
Fiqih Tharahahimuska
 
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistMakanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistzhakim farsi
 
Qawaid fiqh koleksi pt 1
Qawaid fiqh koleksi pt 1Qawaid fiqh koleksi pt 1
Qawaid fiqh koleksi pt 1Amiruddin Ahmad
 
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)Marhamah Saleh
 
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptxPPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptxDausaitamaSensei
 
ASWAJA + NDP + PKT
ASWAJA + NDP + PKTASWAJA + NDP + PKT
ASWAJA + NDP + PKTPMII
 

Ähnlich wie Memahami Asas Istihalah (20)

ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...
ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...
ISU PRODUK MAKANAN HALAL MELALUI KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA KAITANNYA...
 
Wahyudi fiqih
Wahyudi fiqihWahyudi fiqih
Wahyudi fiqih
 
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan Shaum
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan ShaumImplementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan Shaum
Implementasi Syariah Islam Dalam Fiqh: Thaharah dan Shaum
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
 
Makanan halal dan haram dalam Islam
Makanan halal dan haram dalam IslamMakanan halal dan haram dalam Islam
Makanan halal dan haram dalam Islam
 
Tentang Makanan
Tentang MakananTentang Makanan
Tentang Makanan
 
Daftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul FiqhDaftar Pertanyaan Ushul Fiqh
Daftar Pertanyaan Ushul Fiqh
 
Kaidah cabang al umuru bi maqasidiha
Kaidah cabang al umuru bi maqasidihaKaidah cabang al umuru bi maqasidiha
Kaidah cabang al umuru bi maqasidiha
 
Makalah sumber hukum islam
Makalah sumber hukum islamMakalah sumber hukum islam
Makalah sumber hukum islam
 
Kajian hukum islam
Kajian hukum islamKajian hukum islam
Kajian hukum islam
 
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...
Mencari rizki yang penting HALAL asal Banyak, daripada sedikit tapi HARAM...
 
Fiqih Tharahah
Fiqih TharahahFiqih Tharahah
Fiqih Tharahah
 
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistMakanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
 
Makanan dan minuman halal&thayyib
Makanan dan minuman halal&thayyibMakanan dan minuman halal&thayyib
Makanan dan minuman halal&thayyib
 
Qawaid fiqh koleksi pt 1
Qawaid fiqh koleksi pt 1Qawaid fiqh koleksi pt 1
Qawaid fiqh koleksi pt 1
 
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 TaharahRingkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
 
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
Presentasi Ushul Fiqh (Ta'rif, Tarikh, Mashadir)
 
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptxPPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
PPT Agama - Hakekat Manusia Menurut Islam.pptx
 
FIQIH THAHARAH - lengkap
FIQIH THAHARAH - lengkap FIQIH THAHARAH - lengkap
FIQIH THAHARAH - lengkap
 
ASWAJA + NDP + PKT
ASWAJA + NDP + PKTASWAJA + NDP + PKT
ASWAJA + NDP + PKT
 

Mehr von Rasyadan Hussin

7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 20177 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017Rasyadan Hussin
 
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Rasyadan Hussin
 
Makanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaMakanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaRasyadan Hussin
 
Kekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasKekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasRasyadan Hussin
 
Konsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananKonsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananRasyadan Hussin
 
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusRasyadan Hussin
 
Kaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauKaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauRasyadan Hussin
 

Mehr von Rasyadan Hussin (8)

7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 20177 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
 
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
 
Makanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaMakanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan Tenaga
 
Kekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasKekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim Panas
 
Pemakanan Semasa Hamil
Pemakanan Semasa HamilPemakanan Semasa Hamil
Pemakanan Semasa Hamil
 
Konsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananKonsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk Makanan
 
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
 
Kaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauKaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & Santau
 

Memahami Asas Istihalah

  • 1. MEMAHAMI ASAS ISTIHALAH USRAH FIQH MAKANAN USIM NILAI 1 OKTOBER 2013 Usrah Fiqh Makanan
  • 2. Definisi Najis Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, najis bererti 1) Kotoran (seperti air kencing, tahi) yang membatalkan sembahyang 2) Sesuatu yang mencemarkan 3) Jijik Najis dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang kotor daripada manusia dan daripada setiap sesuatu. Kebanyakan ulama mendefiniskan najis dari segi bahasa adalah kotoran dan tidak suci. Manakala dari segi istilah, najis adalah setiap kotoran yang menghalang daripada sah solat dan mendirikannya. (Zulkifli Mohamad, 2012) (Kamus Dewan, 2004)
  • 3. Definisi Istihalah • Istihalah berasal dari kata akar: Ha-Wa-La. • Istihala, Yastahilu, Istihalatan. Bermaksud berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. • Apabila bahan najis/haram, berubah konsep dan bentuk zatnya, menjadi satu bahan lain, yang berbeza dengan yang asal dari segi nama, kriteria dan sifatnya, ia menjadi sesuatu yang halal.
  • 4. • Menurut kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah: Istihalah bermaksud perubahan sesuatu dari sudut tabie dan juga sifatnya atau hilang rupa asal. • Merujuk pengertian daripada Malaysian Standard, Istihalah bermaksud: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya secara semula jadi melalui proses tindakbalas kimia.
  • 5. Sandaran Teori Istihalah PERTAMA: Ijma’ Ulama: Arak berubah menjadi cuka, cuka itu bersih dan boleh dimakan. Majoriti Ulama: Tidak ada beza sama ada perubahan itu berlaku dengan sendiri atau hasil tindakan yang dilakukan oleh seseorang KEDUA: Majoriti Ulama (mazhab Hanafi, Syafii, Ahmad dalam satu riwayat, Daud az-Zahiri, Sahnun dan Ibnu Abdul Hakam dari mazhab Maliki) mengatakan kulit bangkai menjadi suci apabila disamak Sabda Nabi SAW, ”Mana-mana kulit yang disamak, menjadi suci” (Hammad, Nazih, 2004)
  • 6. Sandaran Teori KETIGA: Seluruh zat yang baru, yang muncul dari hasil perubahan bahan najis dan haram, asalnya adalah suci dan halal. Tiada nas yang menyatakan ia adalah najis atau haram digunakan. “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Hammad, Nazih, 2004)
  • 7. Sandaran Teori KEEMPAT Menyelaraskan di antara hukum syara’ dengan undang alam dan undang kehidupan Contohnya; bahan najis (air kencing, bangkai dll) apabila kering di atas tanah, akan naiklah wap air daripadanya ke langit. Terbentuk awan, kemudian turunkan hujan yang mengandungi air tawar untuk diminum Anggur segar bukan Anggur kering, Perahan Anggur bukan Arak, Cuka bukan Arak “Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya (Hammad, Nazih, 2004)
  • 8. Sandaran Teori – Kaedah Fiqh “‫طهرت‬ ‫استحالت‬ ‫اذا‬ ‫النجاسة‬ ‫”ان‬ “Sesungguhnya Bahan Najis Apabila Berubah Keadaannya Maka Ia Dihukumkan Sebagai Suci” Salah satu kaedah penentuan halal haram sesuatu bahan adalah melalui Istihalah. Suatu bahan yang asalnya haram atau najis berubah menjadi halal dan suci melalui kaedah ini. Ini kerana kaedah ini telah menyucikan bahan yang asalnya haram kepada halal
  • 9. Pandangan Ulama PANDANGANMAZHAB Menerima konsep ini secara agak meluas walaupun terdapat perselisihan antara Muhammad & Abu Yusuf. (dalam isu babi dan bangkai jatuh ke dalam lautan garam, tahi binatang yang dibakar menjadi abu) Hanafi Pandangan mirip Hanafi. Abu najis yang dibakar adalah suci, manakala kulit bangkai yang disamak tidak suci Maliki Konsep ini diterima dalam 3 perkara sahaja: 1) Arak yang menjadi cuka secara tabie 2) Kulit bangkai selain anjing dan babi apabila disamak 3) Sesuatu yang berubah menjadi binatang spt bangkai yang menjadi ulat Syafie Pandangan mirip Syafie. Hanya menerima arak yang menjadi cuka dengan sendirinya. Proses pembakaran najis, tanah liat yang dipenuhi tahi binatang dibakar, najis jatuh ke dalam garam dan bertukar garam tetap najis. Hanbali Konsep Istihalah diterima secara terbuka. Setiap bahan yang berubah ditentukan hukum pada keadaan yang baru (terakhir) Zahiri (Ibn Hazim) Apabila bahan najis telah hilang sifat dan bentuk, maka ia menjadi suciIbn al- ‘Arabi (Saadan Man)
  • 10. Istihalah dalam Konteks Mazhab Shafie 1) Arak berubah menjadi cuka secara semulajadi Merujuk Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah yang menghimpunkan pandangan dari Kitab Nihayah al-Muhtaj, al-Mughni dan Fathu al-Qadir, para ulama bersepakat menerima konsep Istihalah dalam perubahan arak kepada cuka secara semulajadi tetapi berbeza pandangan pada perubahan arak kepada cuka bukan secara semulajadi. (Zulkifli Mohamad, 2012)
  • 11. 2. Kulit bangkai yang disamak selain Kulit Anjing dan Khinzir Kulit bangkai selain kulit Anjing & Khinzir disucikan dengan cara disamak, iaitu membuang segala lendir pada kulit yang boleh merosakkannya jika dibiarkan, dengan menggunakan bahan panas dan tajam hingga tidak lagi berbau busuk dan rosak sekiranya direndam di dalam air. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kulit disamak maka ia menjadi suci” (Riwayat Muslim, 366) Manakala bagi pandangan sesetengah ulama/mazhab, mana-mana kulit bangkai adalah suci apabila disamak kerana Nabi Muhammad SAW mengharuskan mengambil manfaat daripada anggota bangkai binatang iaitu kulitnya. Al-Quran telah menyatakan pengharaman bangkai bersama-sama dengan pengharaman daging khinzir dan apabila syarak mengharuskan mengambil manfaat daripada bangkai selain daripada memakannya, maka syarak juga mengharuskan mengambil manfaat daripada Khinzir selain daripada memakannya. ‫به‬ ‫فانتفعتم‬ ‫فدبغتموه‬ ‫إهابها‬ ‫أخذتم‬ ‫هال‬ “Tidakkah kamu mengambil kulitnya kemudian menyamaknya sehingga kamu dapat memanfaatkannya.” (Riwayat Muslim, 1984) (Zulkifli Mohamad, 2012) (Mustafa al-Khin et. al, 1992)
  • 12. Struktur Teori Istihalah (Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
  • 13. Model Asas Istihalah BAHAN ASAL AGEN PERUBAHAN BAHAN AKHIR Proses Percampuran Proses Perubahan H + H = H H1 : Halal H2 : Haram (Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
  • 14. Ringkasan Model Istihalah ContohStatusModel Penghasilan bebola ikan/udang, penggunaan enzim transglutaminase rekombinan dicampur bersama dengan dough Istihalah Sahihah I1: H1+H1 = H1 Khinzir yang jatuh ke dalam lautan garamIstihalah Sahihah I2: H2+H1 = H1 Buah-buahan yang dibajai dengan najis KhinzirIstihalah Sahihah I3: H1+H2 = H1 Buah Anggur menjadi arakIstihalah Fasidah I4: H1+H1 = H2 Penggunaan enzim transglutaminase yang bersumberkan darah haiwan dalam penghasilan produk (sosej, keju, yogurt) Istihalah Fasidah I5: H1+H2 = H2 Penyediaan stik Khinzir dicampur dengan sos yang halal Istihalah Fasidah I6: H2+H1 = H2 (Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
  • 15. Kesimpulan • Para ulama bersetuju secara konsepsual tapi berbeza pandangan pada aspek perlaksanaan dan pemakaiannya • Para ulama Mazhab Syafie dan Hambali menghadkan pemakaian teori Istihalah manakal ulama Mazhab Hanafi, Maliki dan Zohiri meluaskan pemakaian teori ini. (Che Wan Jasimah & Aizat Jamaludin, 2009)
  • 16. RUJUKAN: 1. Hammad, Nazih (2004). Al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna al-Nazariyyah wa al-Tatbiq. Dalam Basri Ibrahim (terj), “Penggunaan Bahan-bahan yang Haram & Najis dalam Makanan & Ubat-ubatan”. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 2. al-Khin, Mustafa., al-Bugha, Mustafa., & al-Syarbaji, Ali. (2009). Al-Fiqh al-Manhaji Mazhab al- Syafie. Zulkifli Mohamad al-Bakri (terj). Darul Syakir 3. Saadan Man. Pendekatan Istihalah Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi. Jabatan Fiqh & Usul, APIUM. 4. Che Wan Jasimah & Muhammad Aizat Jamaludin (2009). “Teori Istihalah Menurut Perspektif Islam dan Sains: Aplikasi Terhadap Beberapa Penghasilan Produk Makanan”. Jurnal Syariah Jil. 17, Bil 1: 169-194. 5. Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). “Sumber Alternatif dalam Penentuan Halal Haram Barangan Gunaan” dalam Suhaimi Ab Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin, Halal Haram dalam Kepenggunaan Islam Semasa. Serdang: Penerbitan UPM. 6. Al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah 7. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2012). “Hukum Penggunaan Najis dalam Perubatan”. Seremban: Muamalah Events 8. Al-Qarni, Aidh Abdullah (2007). Fiqh al-Dalil. Mohd Sofwan Amrullah (terj). Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise 9. Malaysian Standard (MS) 2393:2010 (BM). “Prinsip Islam dan Halal – Definisi dan Penjelasan Istilah”. Jabatan Standard Malaysia 10. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
  • 17. Disusun Oleh: Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin Darussyifa’ Bandar Baru Salak Tinggi mrasyadan@yahoo.com