1. Profil
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian
Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir
Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran
Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan
bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan
dan kematian.
Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar majikan dan pekerja, mengutip
caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa
malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan
jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan
Berkanun.
Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem
Saraan Baru PERKESO (SSBP).
MISI PERKESO
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka menerusi Skim-skim
Keselamatan Sosial serta meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi
meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja
VISI PERKESO
Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul Dan Cemerlang
2. Dasar & Piagam Pelanggan
MATLAMAT KORPORAT
Memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif untuk penduduk Malaysia.
OBJEKTIF KORPORAT
Mempasti dan menjaminkan pembayaran faedah yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan
keadilan sosial serta mempertingkatkan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
DASAR KUALITI PERKESO
PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah
penambahbaikan yang berterusan.
STRATEGI PERKESO
* Mengutamakan kepentingan Negara serta organisasi setiap masa.
* Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada pelanggannya.
* Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi
canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya.
* Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi
lebih teguh.
* Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO.
* Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa
keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan serta kakitangan adalah
beriltizam untuk membentuk dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke
arah membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan nyawa.
Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan;
• Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan
kemalangan.
• Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan
keselamatannya serta orang lain
• Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik.
• Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan
3. membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.
• Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat supaya
terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan
kerajaan.
• Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta
menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya
sendiri dan juga persekitarannya.
PIAGAM PELANGGAN
• Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (HUS) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7
hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima.
• Membayar Faedah Hilangupaya Kekal (HUK) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 14 hari
selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas
semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari
selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pencen Ilat (ILT) kepada pekerja yang Iayak dalam tempoh 14 hari selepas semua
maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Membayar Faedah Pencen Penakat (PKT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas
semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima.
• Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1
hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.
• Menyiasat dan menyampaikan maklumat ke atas setiap aduan mengenai tuntutan faedah dalam
tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.