6. Tuan Bujang meminta izin daripada
Sultan Palembang untuk mengembara . Di
Rawas , baginda telah berkahwin dengan
anak Dipati Batu Kucing dan dikurniakan
seorang anak lelaki , iaitu Raja Alam .
Tuan Bujang pergi ke Jambi dan
berperang dengan sultan Maharaja di
Batu tetapi baginda cedera dan tewas .
Tuan Bujang pergi ke Minangkabau dan
Pagaruyung untuk bertemu dengan Puteri
Gilan yang merupakan nenda saudaranya .
Puteri Jilan menyuruh Tuan Bujang
merampas kembali taktah kerajaan Johor.
7. Semasa di Mengkalis, penghulu dan semua
rakyat Mengkalis telah menyatakan sumpah
taat setia mereka kepada Tuan Bujang. Tuan
Bujang telah bertemu dengan Raja Bugis,
Daeng Parani , Daeng Celak dan Raja Tuha.
Mereka bersetuju membantu Raja Bujang
merampas semula kerajaan Johor daripada
Yang Dipertuan Johor dengan syarat baginda
akan melantik Daeng Parani sebagai Yang
Dipertuan Muda. Daeng Parani mengutus surat
kepada Yang Dipertuan Johor untuk
memaklumkan bahawa Tuan Bujang akan
menyerang negeri Johor kerana ingin
menuntut bela atas kematian ayahandanya.
8. Setelah Raja Negara Selat
mendengarkan kabar yang disampaikan
oleh yang Dipertuan Johor itu, Raja
Negara Selat telah membawa rakyat
Selat ke Mengkalis untuk bertemu
dengan Tuan Bujang yang merupakan
sultan mereka yang sebenarnya.
9. Di Mengkalis , wujud pertengkaran antara
rakyat Selat dengan Mengkalis kerana
berebutkan Tuan Bujang . Akhirnya ,
persetujuan tercapai dan mereka bersama-
sama bersatu menyerang negeri Johor .
Ketika angkatan Tuan Bujang tiba di Kuala
Johor , Tuan Bujang diminta mengubah rasa
air masin kepada air tawar untuk
membuktikan kedaulatannya . Dengan izin
Allah , air masin tersebut bertukar menjadi
air tawar. Suku laksama akhirnya
mengiktiraf Tuan Bujang sebagai pewaris
kerajaan negeri Johor
10. Tuan Bujang masuk ke istana bersama
dengan empat orang hulu balang
ternama itu sehingga menyebabkan
Bendahara dan Yamtuan Muda melarikan
diri.Yamtuan Muda telah membunuh
isteri dan semua anaknya, kecuali
seorang anak perempuan. Yamtuan Muda
bercadang untuk mengamuk di kota
tetapi apabila diberitakan tentang
kehebatan Tuan Bujang, ia telah
melarikan diri ke hutan.
11. Sementara itu, Yang Dipertuan Besar telah
menyerah diri kepada Tuan Bujang dan
memohon agar hukuman ke atasnya
diringankan. Tuan Bujang menitahkan agar
Yamuan Muda dihukum bunuh kerana
membunuh anak dan isterinya. Bendahara
Johor kembali berkhidmat dengan Tuan
Bujang. Tuan Buajang sempat menemui bonda
kandungnya Encik Apung buat kali terakhir
sebelum beliau meninggal dunia. Tuan Bujang
berkahwin dengan anak Bendahara, iaitu
Tengku Kamariah. Tuan Bujang diistiharkan
sebagai Raja Johor dengan gelaran Sultan
Abdul Jalil Syah, selaku Yang Dipertuan Besar
Negeri Johor yang baharu.
19. Tuan
Bujang
Anak Encik Apung Anak Dipati Batu
Kucing
Yang Dipertuan
Raja Kecil
Yamtuan Sakti
Seorang putera
Adil dan
bertimbang rasa
Anak Raja
yang berdaulat
Bertunang dengan
tengku tengah
50. BAHAGIAN A
(i) Berikan maksud mengampungkan segala
orang besar-besar. [ 2 markah ]
(ii) Apakah perjanjian yang dibuat antara
baginda dengan Daeng Parani? [2 markah]
(iii) Berikan kebaikan bekerjasama dalam
melakukan sesuatu pekerjaan? [4 markah ]
51. BAHAGIAN B
1) Di Palembang, Tuan Bujang tinggal
bersama………….. Sehingga dewasa
2) Tuan Bujang dinobatkan sebagai …………
di Pagaruyung
3) Tuan Bujang dikurniai seorang putera
bernama …………..
4) Tuan Bujang telah menukarkan
air masin kepada ………...
53. BAHAGIAN A
(i) Maksud - mengumpulkan semua pegawai
[2 markah]
(ii) Perjanjian
- Jika Johor berjaya ditawan, baginda
menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng
Parani menjadi Yang Dipertuan Muda
[2 markah]
54. • (iii) Sebab
• - kerja yang susah akan menjadi mudah
• - kerja dapat disempurnakan dalam masa
yang singkat
• - dapat mengeratkan tali silaturahim
• - memupuk semangat bertolak ansur
• - menjamin keharmonian
• - wujud masyarakat yang bersatu padu
• - hasil yang diperoleh dapat dinikmati
bersama-sama
• - dapat berkongsi idea
[4 markah]