SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
Modul 2
MODUL LDK DAN FASILITATOR
ICE BREAKING
Masa : 1 jam
Bahan : Kain dan marker pen.
Tujuan
Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.
Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam
membuat perancangan.
Menimbulkan nilai-nilai murni.
Kaedah
Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.
Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan
maklumat mengenai logo tersebut.
LATIHAN DALAM KELOMPOK 1
Masa : 2 jam
Aktiviti 1 : Taaruf Berantai
Masa : 30 minit
Objektif
Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.
Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
Kaedah
Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.
Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.
Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak
buahnya.
Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang
keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.
Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta
pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.
Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.
Aktiviti 3 : Surat Muhasabah
Masa : 15 minit
Bahan : Surat
Objektif
Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.
Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.
Kaedah
Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.
Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.
Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa
pasangannya.
Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.
LATIHAN DALAM KELOMPOK 3
Masa : 2 jam
Aktiviti 1 : Pokok Ajaib
Masa : 30 minit
Kaedah
Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi
meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-
ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat
kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan
beserta penerangan.
Objektif
Fikir dahulu baik dan buruknya.
Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.
Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.
Cerita :
Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung
Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada
cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang
yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan
yang lain.
Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang
yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada
cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan.
Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang
berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga
daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di
cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama
daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor
monyet.
Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.
Masa : 2 jam
Kaedah
Latihan bersama fasi
LATIHAN DALAM KELOMPOK 4
Masa : 1jam
Aktiviti 1: Saya OK
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4 dan pen.
Objektif
Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.
Melihat pegangan hidup peserta.
Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang
program.
Kaedah
Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana…….
Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.
Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :
Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.
Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.
Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.
Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah
Masa : 15 minit
Bahan : Surat Muhasabah
Kaedah
Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.
Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.
Aktiviti 3: Kesimpulan
Masa : 15 minit
Kaedah
Fasi membuat kesimpulan.
Latihan Dalam Kelompok ( LDK )
Slod 1 : Taaruf
Aktiviti 1 : Taaruf Berantai
Masa : 10 minit
Objektif
ü Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.
ü Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
Kaedah
ü Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.
ü Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.
ü Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak
buahnya.
ü Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang
keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.
ü Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta
pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.
ü Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.
Atau
Aktiviti 2 : Taaruf Posmen
Masa : 10 minit
Objektif
ü Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan
dirinya.
ü Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.
Kaedah
ü Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya.
ü Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang.
ü Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.
ü Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala
maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara
sekalipun.
ü Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-
rakannya.
ü Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.
Slod 2: Wasiat
Masa : 15 minit
Objektif
ü Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi.
ü Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.
Kaedah
ü Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok.
ü Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di
muka hadapan sekeping kertas.
ü Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat.
ü Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak
mendedahkan kepada pasangannya.
ü Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya.
ü Fasi membuat rumusan.
Slod 3 : Pelan Tindakan
Masa : 35 minit
Objektif
ü Mengenal kekuatan diri.
ü Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.
ü Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.
Kaedah
ü Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K.
ü Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya.
ü Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut.
ü Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.
MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN
ICE BREAKING (JEJAK INSAN)
Objektif
Ø Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta
Ø Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu
Ø Membina semangat setiakawan dalam diri peserta
Ø Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil
Ø Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini
Gerak Kerja
Ø Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan
daripada
ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.
Ø Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-
cirinya ada di kertas.
Ø Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah „sinar nombor‟.
Ø Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan
ketua kelompok 4) Logo
LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)
Objektif
Ø Mengenal watak dan perilaku ahli lain
Ø Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok
Ø Mencari sifat sebenar ahli kelompok
Ø Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli
kelompok.
Gerak Kerja
Ø Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,
Ø pisang, kelapa sawit dan salak.
Ø Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat
yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.
Ø Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.
Ø Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.
LDK 2 (THE LAST GENERATION)
Objektif
Ø Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat
Ø Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas
Ø Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok
Ø Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan
Ø Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli
kelompok
Gerak Kerja
Ø Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada
lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut
jantina.
Ø Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi
untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.
Ø Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit
untuk dipindahkan ke planet baru.
LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)
Objektif
Ø Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling
Ø bergantungan
Ø Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas
Gerak kerja
Ø Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian
Ø ciptaan kelompoknya
Ø Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa
Ø proses penciptaan fesyen
Ø Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan
Ø diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.
APRESIASI ALAM
Objektif
Ø Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta
Ø Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Ø Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Ø Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Ø Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel
Gerak Kerja
1. Paku Millenium
Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang
tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku
tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.
2. Mengapungkan Bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai
kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan
melaluinya.
3. Belon Sifat
Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling
kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.
Tertakluk kepada perubahan
jumaat, 14 mac 2003
Ice-breaking : Mencari Rakan
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas keras, pen
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam
suasana yang menyeronokkan.
1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan
yang berbeza umur.
Kaedah :
1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.
2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-
kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.
3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang
dinyanyikan/diisyaratkan.
4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama,
peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus
mencari ahli kumpulan yang lain.
5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.
6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing
setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang
berkenaan akan menyambutnya.
Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)
Objektif :
1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.
3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.
4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.
Aktiviti 1 : Salam Muhibbah
Masa : 10 minit
Kaedah :
1. Fasi memperkenalkan diri dahulu.
2. Diikuti oleh peserta.
3. Fasi menutup mata salah seorang peserta.
4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan
dan suara.
Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama
Masa : 20 minit
Kaedah :
1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan.
2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah
bulatan.
4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu
diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.
SABTU, 15 MAC 2003
Latihan Dalam Kelompok II
Aktiviti 1 : Resolusi
Masa : 10 minit
Objektif :
1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.
2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.
3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.
Kaedah :
1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.
2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.
Aktiviti 2 : Beg Kendiri
Masa : 1 jam
Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.
Objektif :
1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.
3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.
Kaedah :
1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.
2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.
3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat
sebuah beg.
4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam
akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta
kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas.
5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab
ditampal di luar beg manakala gambar / huruf / perkataan yang menunjukkan
kelemahan disimpan di dalam beg.
Perbincangan :
1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.
2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.
Rumusan :
1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.
2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.
3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang
pengawas.
Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri
Masa : 20 minit
Bahan : Borang soal selidik
Objektif :
1. Mengenal pasti kejujuran peserta.
2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.
Kaedah :
1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.
2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.
3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.
MODUL 1
Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang
Masa : 1 jam
Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.
Objektif :
1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.
2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang
diusulkan.
Kaedah :
1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.
2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.
Cerita :
“Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?”. “Aku memang setai nie, mula-mula
tidoq, lepaih tu baru studi.”
Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana
exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau
tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan
yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka.
“Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!”
Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.
“Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini,
cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya.
Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa
ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi….
“Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua
sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi
padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan
bangunan.
“Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad.
“Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak
balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat
nie…”, kata si Samad.
Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan
untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana
hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau
tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000
hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke
rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada
sedikitpun rasa tanggungjawab.
Aktiviti 2 : Pembentangan
Masa : 1 jam 30 minit.
Objektif :
1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.
2. Memperlihatkan kemahiran berdebat.
Kaedah :
1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.
2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.
MODUL 2
Aktiviti : Strategi dan Perancang
Masa : 2 jam
Bahan : Duit kertas
Objektif :
1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.
2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah
kumpulannya.
Kaedah :
1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).
2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).
3. Kumpulan A: Strategi.
4. Kumpulan B: Perancang.
5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran
pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan
perancang dari kumpulan lain.
6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan
soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).
7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.
8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun
perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.
MODUL RIADHAH
Aktiviti 1 : Pusingan Roda
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
Kaedah :
1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.
2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.
3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.
4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.
5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau
diadakan pertandingan di antara kumpulan.
Aktiviti 2 : Berita Sensasi
Masa : 30 minit.
Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.
Objektif :
1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin
adalah gejala yang perlu dihapuskan.
2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.
Kaedah :
1. Fasi menyediakan potongan karangan.
2. Asingkan peserta di antara satu sama lain.
3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.
4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang
ditunjukkan.
5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.
6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis
kembali mesej yang diterimanya.
7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.
Petikan :
Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat
saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu
membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota
merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu
melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.`
Falsafah :
1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.
2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.
3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah
mencari sumber yang asal.
4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba
memperbaikinya.
5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.
Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja
dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk
menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.
1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.
2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut
perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali.
3. Letakkan tangan kanan anda di dada.
4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan
Alhamdulillah sebanyak 5 kali.
5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut “
Aduh…Lemahnya iman aku hari ini.”
6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan
kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali.
7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.
8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.
9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.
10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke
kiri dan ke kanan.
11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan “Saya anak yang soleh”.
12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.
13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan “Aku kasih kepadamu
sahabat”.
14. Campurkan 44 dengan 56.
15. Sila bacakan ayat tersebut, “Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan
sembahyang Maghrib berjemaah.”
16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu
berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar
sebanyak 3 kali sahaja.
17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Pengertian fasilitator
Sebagai pemudahcara
Sebagai seorang abang atau kakak
Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar
Untuk berkongsi pengalaman
Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai
Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.
Peranan seorang fasilitator
Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri
pelajar.(contohnya teknik belajar)
Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar
Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar
Memotivasikan pelajar
Tugas-tugas seorang fasilitator
“ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator
Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih
dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)
Mengambil berat terhadap kebajikan ahli
*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam
mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna.
Kemahiran berkomunikasi
Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan
sebagainya.
Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut.
Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.
Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-
adiknya.
Perkara-perkara penting
Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia
akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan.
Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli.
Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai
dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi.
Jangan berceramah berlebihan
Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali)
Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau
jawapan itu salah.
Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli
salah kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.
Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar.
Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan
lembut ketika menyelesaikan masalah.
Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia
akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi.
Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar
supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat
mereka.
CIRI-CIRI FASILITATOR
Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan
Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas
Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan
Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif
Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah –
masalah yang ditimbulkan.
Mempamerkan akhlak Islam yang baik.
Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat
berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan.
Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-
ahli kumpulan mempunyai masalah.
Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti
Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri.
Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh
hikmah.
Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah
difahami.
Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus
hadapi
Modul ice breaking

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Norhayati Ismail
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
Herney Aqilah Kay
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
firo HAR
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuilding
khairul anuar
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vak
Has Mira
 
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
soulmoon
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwah
Nurul Nabihah
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Fazri Usidi
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Abdullah Mokhti
 

Was ist angesagt? (20)

Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
kertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobikkertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobik
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuilding
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Gaya pembelajaran vak
Gaya  pembelajaran  vakGaya  pembelajaran  vak
Gaya pembelajaran vak
 
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwah
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
8 peta minda i think
8 peta minda i think8 peta minda i think
8 peta minda i think
 
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 

Ähnlich wie Modul ice breaking

51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator
Azlina Anuar
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
IERA
 
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlanganModul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Muhammad Luqman
 
07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)
RahmaTarigan
 
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
tio resta
 
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas xRpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
Basya Zia
 
Kumpulan permainan pramuka
Kumpulan permainan pramukaKumpulan permainan pramuka
Kumpulan permainan pramuka
khan faa
 
1.5 D Rat Style Profil
1.5 D  Rat Style Profil1.5 D  Rat Style Profil
1.5 D Rat Style Profil
robby chandra
 

Ähnlich wie Modul ice breaking (20)

51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
Modul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwahModul taaruf dan ukhuwah
Modul taaruf dan ukhuwah
 
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam MesraModul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
Modul Kem Jati Diri Pusat Kokurikulum Negeri - Salam Mesra
 
AKTIVITI_LDK.pdf
AKTIVITI_LDK.pdfAKTIVITI_LDK.pdf
AKTIVITI_LDK.pdf
 
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlanganModul motivasi kepimpinan kecemerlangan
Modul motivasi kepimpinan kecemerlangan
 
87520766 modul-kem-solat
87520766 modul-kem-solat87520766 modul-kem-solat
87520766 modul-kem-solat
 
07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)07. 2 lampiran 2 (modul sst)
07. 2 lampiran 2 (modul sst)
 
237722767 modul
237722767 modul237722767 modul
237722767 modul
 
Ice breaking 2
Ice breaking 2Ice breaking 2
Ice breaking 2
 
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.docKertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
 
RPP BERDIFERENSIASI KELAS 5 (2).docx
RPP BERDIFERENSIASI KELAS 5 (2).docxRPP BERDIFERENSIASI KELAS 5 (2).docx
RPP BERDIFERENSIASI KELAS 5 (2).docx
 
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
 
MODUL AJAR PPKn KLS 7 BAB 2.pdf
MODUL AJAR PPKn KLS 7 BAB 2.pdfMODUL AJAR PPKn KLS 7 BAB 2.pdf
MODUL AJAR PPKn KLS 7 BAB 2.pdf
 
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas xRpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
Rpp fikih bab pengurus jenazah kelas x
 
Kumpulan permainan pramuka
Kumpulan permainan pramukaKumpulan permainan pramuka
Kumpulan permainan pramuka
 
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
 
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku[1] rpp sd kelas 1 semester 1   diriku
[1] rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
 
1.5 D Rat Style Profil
1.5 D  Rat Style Profil1.5 D  Rat Style Profil
1.5 D Rat Style Profil
 
rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
rpp sd kelas 1 semester 1   dirikurpp sd kelas 1 semester 1   diriku
rpp sd kelas 1 semester 1 diriku
 

Modul ice breaking

  • 1. Modul 2 MODUL LDK DAN FASILITATOR ICE BREAKING Masa : 1 jam Bahan : Kain dan marker pen. Tujuan Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta. Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan. Menimbulkan nilai-nilai murni. Kaedah Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut. LATIHAN DALAM KELOMPOK 1 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 30 minit Objektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
  • 2. Kaedah Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai. Aktiviti 3 : Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Objektif Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri. Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta. Kaedah Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah. Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya. Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.
  • 3. LATIHAN DALAM KELOMPOK 3 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Pokok Ajaib Masa : 30 minit Kaedah Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu- ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan. Objektif Fikir dahulu baik dan buruknya. Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan. Dengar dahulu sebelum membuat tindakan. Cerita : Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain. Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan. Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga
  • 4. daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor monyet. Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal. Masa : 2 jam Kaedah Latihan bersama fasi LATIHAN DALAM KELOMPOK 4 Masa : 1jam Aktiviti 1: Saya OK Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 dan pen. Objektif Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri. Melihat pegangan hidup peserta. Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program. Kaedah Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana……. Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut. Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :
  • 5. Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif. Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian. Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan. Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Muhasabah Kaedah Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya. Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut. Aktiviti 3: Kesimpulan Masa : 15 minit Kaedah Fasi membuat kesimpulan. Latihan Dalam Kelompok ( LDK ) Slod 1 : Taaruf Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 10 minit Objektif ü Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. ü Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
  • 6. Kaedah ü Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. ü Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. ü Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. ü Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. ü Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. ü Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai. Atau Aktiviti 2 : Taaruf Posmen Masa : 10 minit Objektif ü Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya. ü Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli. Kaedah ü Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya. ü Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang. ü Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.
  • 7. ü Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun. ü Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan- rakannya. ü Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita. Slod 2: Wasiat Masa : 15 minit Objektif ü Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi. ü Mengenal kelemahan dan kekurangan diri. Kaedah ü Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok. ü Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan sekeping kertas. ü Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat. ü Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan kepada pasangannya. ü Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya. ü Fasi membuat rumusan. Slod 3 : Pelan Tindakan Masa : 35 minit
  • 8. Objektif ü Mengenal kekuatan diri. ü Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. ü Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat. Kaedah ü Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K. ü Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya. ü Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut. ü Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan. MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN ICE BREAKING (JEJAK INSAN) Objektif Ø Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta Ø Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu Ø Membina semangat setiakawan dalam diri peserta Ø Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil Ø Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini Gerak Kerja Ø Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.
  • 9. Ø Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri- cirinya ada di kertas. Ø Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah „sinar nombor‟. Ø Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI) Objektif Ø Mengenal watak dan perilaku ahli lain Ø Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok Ø Mencari sifat sebenar ahli kelompok Ø Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok. Gerak Kerja Ø Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang, Ø pisang, kelapa sawit dan salak. Ø Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut. Ø Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya. Ø Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya. LDK 2 (THE LAST GENERATION) Objektif Ø Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat
  • 10. Ø Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas Ø Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok Ø Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan Ø Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli kelompok Gerak Kerja Ø Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina. Ø Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru. Ø Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru. LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN) Objektif Ø Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling Ø bergantungan Ø Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas Gerak kerja Ø Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian Ø ciptaan kelompoknya Ø Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa
  • 11. Ø proses penciptaan fesyen Ø Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan Ø diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan. APRESIASI ALAM Objektif Ø Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta Ø Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama Ø Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta Ø Memberi ruang kegembiraan kepada peserta Ø Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel Gerak Kerja 1. Paku Millenium Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan. 2. Mengapungkan Bata Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya. 3. Belon Sifat Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling
  • 12. kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain. Tertakluk kepada perubahan jumaat, 14 mac 2003 Ice-breaking : Mencari Rakan Masa : 30 minit Bahan : Kertas keras, pen Objektif : 1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan. 1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur. Kaedah : 1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar. 2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan- kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya. 3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan. 4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain. 5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.
  • 13. 6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya. Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I) Objektif : 1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator. 2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan. 3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta. 4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain. Aktiviti 1 : Salam Muhibbah Masa : 10 minit Kaedah : 1. Fasi memperkenalkan diri dahulu. 2. Diikuti oleh peserta. 3. Fasi menutup mata salah seorang peserta. 4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara. Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama Masa : 20 minit Kaedah : 1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan. 2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.
  • 14. 3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan. 4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain. SABTU, 15 MAC 2003 Latihan Dalam Kelompok II Aktiviti 1 : Resolusi Masa : 10 minit Objektif : 1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2. 2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta. 3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta. Kaedah : 1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan. 2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan. Aktiviti 2 : Beg Kendiri Masa : 1 jam Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama. Objektif : 1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan. 2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.
  • 15. 3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas. Kaedah : 1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong. 2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil. 3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg. 4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas. 5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg manakala gambar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg. Perbincangan : 1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya. 2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan. Rumusan : 1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan. 2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki. 3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas. Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri Masa : 20 minit Bahan : Borang soal selidik
  • 16. Objektif : 1. Mengenal pasti kejujuran peserta. 2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta. Kaedah : 1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. 2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik. 3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik. MODUL 1 Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang Masa : 1 jam Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam. Objektif : 1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman. 2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan. Kaedah : 1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan. 2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi. Cerita : “Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?”. “Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi.”
  • 17. Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka. “Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!” Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini. “Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya. Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi…. “Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan. “Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad. “Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat nie…”, kata si Samad. Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab. Aktiviti 2 : Pembentangan Masa : 1 jam 30 minit. Objektif :
  • 18. 1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai. 2. Memperlihatkan kemahiran berdebat. Kaedah : 1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka. 2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit. MODUL 2 Aktiviti : Strategi dan Perancang Masa : 2 jam Bahan : Duit kertas Objektif : 1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya. 2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya. Kaedah : 1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau). 2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B). 3. Kumpulan A: Strategi. 4. Kumpulan B: Perancang. 5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain. 6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).
  • 19. 7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan. 8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya. MODUL RIADHAH Aktiviti 1 : Pusingan Roda Masa : 30 minit Objektif : 1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan. 2. Meningkatkan keyakinan diri. Kaedah : 1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan. 2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam. 3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya. 4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi. 5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan pertandingan di antara kumpulan. Aktiviti 2 : Berita Sensasi Masa : 30 minit. Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat. Objektif : 1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang perlu dihapuskan.
  • 20. 2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat. Kaedah : 1. Fasi menyediakan potongan karangan. 2. Asingkan peserta di antara satu sama lain. 3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama. 4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan. 5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan. 6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang diterimanya. 7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza. Petikan : Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.` Falsafah : 1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat. 2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya. 3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang asal. 4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya. 5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.
  • 21. Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati. 1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung. 2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali. 3. Letakkan tangan kanan anda di dada. 4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah sebanyak 5 kali. 5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut “ Aduh…Lemahnya iman aku hari ini.” 6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali. 7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda. 8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8. 9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir. 10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan. 11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan “Saya anak yang soleh”. 12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat. 13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan “Aku kasih kepadamu sahabat”. 14. Campurkan 44 dengan 56.
  • 22. 15. Sila bacakan ayat tersebut, “Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah.” 16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja. 17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar. Pengertian fasilitator Sebagai pemudahcara Sebagai seorang abang atau kakak Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar Untuk berkongsi pengalaman Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya. Peranan seorang fasilitator Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik belajar) Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar Memotivasikan pelajar Tugas-tugas seorang fasilitator “ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator
  • 23. Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli) Mengambil berat terhadap kebajikan ahli *Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna. Kemahiran berkomunikasi Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya. Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut. Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru. Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik- adiknya. Perkara-perkara penting Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan. Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli. Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi. Jangan berceramah berlebihan Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali) Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan itu salah. Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.
  • 24. Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar. Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut ketika menyelesaikan masalah. Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi. Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka. CIRI-CIRI FASILITATOR Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah – masalah yang ditimbulkan. Mempamerkan akhlak Islam yang baik. Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan. Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli- ahli kumpulan mempunyai masalah. Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri. Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah.
  • 25. Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi